Thursday, July 9, 2015

Ulama Benarkan Umat Islam Pakistan Iftar Lebih Awal


Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 11:00 AM
Penduduk Pakistan menghabiskan masa lapang dengan beremdam di kolam bagi mengelak berhadapan masalah kesihatan akibat cuaca panas melampau.

KARACHI: Cuaca panas melampau yang dialami Pakistan hingga mengorbankan lebih 750 penduduknya menyebabkan ulama kanan negara itu mengeluarkan fatwa membenarkan rakyatnya yang beragama Islam iftar lebih awal.
Ketua masjid terbesar di sini, Mufti Mohammad Naeem berkata, gelombang panas yang melanda bandar itu boleh mengancam nyawa dan penduduk dibenarkan berbuka puasa terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
"Jika doktor memberitahu bahawa nyawa anda terancam kerana panas, atau keadaan kesihatan lebih teruk jika terus berpuasa, maka anda dibenarkan berbuka.
“Bagaimanapun, pelepasan ini bergantung kepada keadaan kesihatan dan bagaimana penduduk bertindak balas dengan haba. Ia bukannya diberi kepada semua orang,” katanya.
Naeem juga menolak bahawa idea itu akan menimbulkan kontroversi. Malah, mengukuhkan pendapatnya dengan mengatakan, Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya.
Sementara itu, seorang lagi ulama Tahir Ashrafi memberitahu, Islam telah menggariskan syarat untuk berpuasa dan al-Quran juga menekankan bahawa pesakit serta pelancong yang berisiko untuk sakit diberi kelonggaran.
Difahamkan, Perdana Menteri Nawaz Sharif turut mengarahkan tentera menubuhkan pusat perubatan khas untuk merawat pesakit yang mengalami strok haba.

No comments:

Post a Comment