Difahamkan, sepasukan anggota polis menaiki tiga buah kenderaan memasuki pejabat tersebut yang terletak di tingkat 8 Menara IMC kira-kira pukul 11 pagi.
Sehingga pukul 6 petang, dua anggota polis dilihat keluar daripada bangunan tersebut bersama sebuah komputer dan bekas yang dipercayai mengandungi dokumen berkaitan 1MDB.
Sementara itu, 1MDB dalam kenyataan akhbarnya memberitahu, kehadiran beberapa pegawai daripada Pasukan Petugas Khas hari ini adalah bertujuan menjalankan siasatan terhadap pejabat syarikat.
“Beberapa dokuman dan bahan diberikan kepada pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.
“1MDB akan memberi kerjasama sepenuhnya. Kami mengulangi pendirian kami bahawa jika sebarang salah laku ditemukan, tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa,” jelas kenyataan tersebut.