Sunday, April 25, 2010

Poligami Marak di Gaza, PALESTIN





Jika Anda ke Gaza, jangan pernah terkejut mendengar kalimat ini, "Saya akan menikah dengan seorang lelaki yang sudah menikah," dari seorang gadis yang cantik dan masih muda.
Mungkin anda akan bertanya, “Bagaimana boleh jadi begitu? Anda adalah seorang gadis muda yang cantik?"
"Tidak ada masalah jika saya isteri kedua atau ketiga," itulah mungkin yang akan dikatakannya kemudian. "Yang penting bagi saya adalah hidup dengan orang yang boleh memberikan saya segala sesuatu yang saya minta."
Begitulah gadis-gadis muda di Gaza. Mungkin timbul sebuah pertanyaan, bagaimana ini boleh terjadi? Apakah kemiskinan dan kemelaratan yang diciptakan oleh Israel di Gaza sangat buruk sehingga gadis-gadis cerdas dan muda itu bersedia menjadi isteri kedua (atau mungkin isteri ketiga) hanya untuk memastikan kestabilan kewangan dan keperluan sehari-hari?
Hamas, yang membuka sebuah majlis khusus pernikahan telah membuka pintu untuk warga Gaza yang sudah ingin pernikahan. Hanya di Gaza, pernikahan yang halal dan syari dimudahkan dan tidak pernah berbelit-belit dengan segala catatan awam yang mungkin tak perlu, dan prosedur yang mahal dan sulit.
Menjadi istri calon syuhada atau menikahi janda syuhada
Om Alabed, seorang pegawai kota, mempunyai pandangan lain. Menurutnya, ada hal lain yang melatarbelakangi poligami di Gaza. Ketika seorang lelaki beristeri meninggal kerana kekejaman tentara Israel, keluarganya tak akan pernah ditelantarkan. “Masyarakat Gaza akan terdorong untuk menikahi janda para syuhada."
Di Gaza, Hamas membiayai pernikahan warganya. Setiap pasangan yang baru menikah menerima bantuan tunai sebesar $ 2800 (sekitar Rp. 3 juta), hadiah dan dibangunkan rumah untuk mereka.
Ahmad Abdul Karim Saef, 44, memiliki dua isteri dan 7 anak-anak. Dia mengatakan, "Saya berfikir untuk menikahi lagi, tentu setelah biayanya cukup, dan saya pasti meminta izin kepada isteri saya..."
Abir, 28, telah menikah dengan seorang pria yang sudah menikah selama tiga bulan. "Saya tidak suka dengan kenyataan bahawa saya berbahagi suami saya dengan perempuan yang lain, tapi semuanya di sini berjalan sangat sulit."
Alasan agama
Syaikh Mohammad Najm, profesor Undangundnag Islam di Universiti Al-Azhar, berkata, "tingginya jumlah syuhada mengakibatkan banyak jumlah janda pula, begitu pula dengan gadis-gadis yang belum menikah."
Dia menambahkan bahawa praktik poligami di Gaza ada dasar hukumnya dalam Islam. Al-Quran mengatakan seorang pria boleh menikahi empat wanita, jika ia dapat memperlakukan mereka semua dengan adil. Di Gaza, poligami adalah jalan untuk menjaga para janda para syuhada dalam perang yang telah berjuang selama bertahun-tahun. (sa/palestiniannote)
sumber

Ada Bukti Hubungan Malaysia-Israel

PAS melahirkan kekesalannya berhubung tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa mempromosikan Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, part itu mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang menyediakan khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan rejim Israel.

“Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan industri Israel dalam negara,” katanya kepada 
Malaysiakinimenerusi email.

Menurut Idris, antara yang boleh ditemui di perpustakaan berkenaan adalah majalah 
Israel-Asia TradeIsrael Review, buku Advantage IsraelTrade Policies Review (Israel)Advance Technology From IsraelOpportunity IsraelThe Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan.

“Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan di negara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku,” katanya.

Idris berkata pihaknya hairan, bagaimana buku dan majalah berkenaan boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini menteri yang bertanggngjawab mendakwa di Dewan Rakyat bahawa mereka langsung tidak ada hubungan dengan rejim Yahudi berkenaan.

“Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen,” katanya lagi.

Rak Khas

Katanya, kehadiran rak khas untuk bahan-bahan dari Israel itu membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar kerajaan yang pada tahun 1994 yang meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

“PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas,” ujarnya.

Menurut Idris, perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006.
Menteri Yahudi itu juga dilaporkan begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menterinya , Datuk Seri Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan rejim Israel.

“Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat.

“Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

“Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai timbalan menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.,” ujarnya.

Menurut Idris, PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan perdagangan Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh kerajaan.

Kalaun dah busuk tu busuk juga


Guna meriam tembak pewangi atasi bau busuk


TIGA pekerja pusat pelupusan di Beijing sibuk mengangkut sampah.


BEIJING - Sebuah pusat pelupusan sampah di sini akan memasang lebih 100 laras meriam untuk menembak pewangi bagi menangani bau busuk sampah yang menyelubungi ibu kota China itu ekoran cuaca panas.
Ketua seksyen daerah, Zhang Quanhong berkata, meriam dicipta sendiri petugas pusat itu susulan pihak berkuasa Beijing memohon maaf kepada jutaan penduduk yang terpaksa menghidu bau tengik sampah dari situ.
Meriam tersebut berfungsi seumpama penyembur pewangi jarak jauh dengan melepaskan cecair yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan serta akan menutup bau busuk di 13 buah pusat pelupusan di sekitar Beijing, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Dianggarkan 17.5 juta warga Beijing menghasilkan 18,400 tan sampah sehari, menyebabkan bau busuk dan ramai mengadu tidak dapat tidur waktu malam. - Agensi

48,935 atau 75.87% keluar mengundi di Hulu Selangor



25/04/2010 6:38pm

HULU SELANGOR – Sejumlah 48,935 orang atau 75.87 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata, jika kesemua peti undi dari 48 pusat mengundi dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi di pekan Kuala Kubu Baharu menjelang 8.30 malam dan urusan penjumlahan siap dalam masa sejam, keputusan dapat diumumkan sebelum 10 malam.
Katanya, SPR pada keseluruhannya berpuas hati dengan proses pengundian itu, walaupun pada awalnya menyasarkan kira-kira 80 peratus keluar mengundi.
"Di Batang Kali dan beberapa tempat lain berlaku hujan lebat petang tadi, jadi mungkin ada yang tidak dapat keluar mengundi. Apa pun, kita berpuas hati dengan 75.87 peratus ini,” katanya ketika dihubungi selepas pengundian tamat pada 5 petang.
Jumlah yang keluar mengundi itu melebihi 47,622 atau 75.24 peratus pada pilihan raya umum 2008.
Wan Ahmad berkata, terdapat ketegangan di luar beberapa pusat mengundi apabila pihak SPR dan polis cuba menutup pondok panas atau barung yang dipasang oleh para penyokong parti yang bertanding.
"Walaupun ada kekecohan di luar, proses pengundian di pusat mengundi berjalan lancar,” katanya. – Bernama

Takut kena tangkap


Lelaki mati terjatuh apartmen




GOMBAK – Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam.
Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.
LONGKANG tempat mangsa terjatuh.


Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan.
Sebaik sampai di depan rumah, salah seorang daripada lima ahli jawatankuasa masjid yang mendapat tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu mengetuk pintu yang pada awalnya tidak dibuka.
ANAK panah menunjukkan tempat mangsa terjatuh dari tingkat lima di Gombak semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, setelah beberapa minit menunggu, salah seorang daripada mereka dikejutkan dengan bunyi objek terjatuh sebelum seorang wanita membuka pintu rumah.
“Pihak berkuasa itu kemudian memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.
“Ketika kejadian, salah seorang daripada mereka melihat terdapat satu tingkap dalam keadaan terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Rosly, sebaik melihat ke bawah, kakitangan tersebut terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan terperosok di dalam longkang.

Rakyat jadi saksi kejahatan pemimpin


Dari Anas r.a katanya:”Suatu arakan jenazah telah melewati suatu tempat. Lantas orang ramai memuji bahawa itu adalah jenazah orang yang baik. “Ya, pasti.” Berkata rasulullah s.a.w. menyetujuinya. Kemudian berlalu pula arakan jenazah yang lain. Orang ramai berkata pula:”Mayat yang jahat.” Berkata Rasulullah saw.:”Ya, pasti!” Maka bertanya Umar bin al-Khattab:”Apakah yang pasti ya Rasulullah?” jawab baginda:”Kamu katakan mayat itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si anu itu jahat, pasti pula ia masuk ke neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi.”


(Bukhari)

Jangan pilih pemimpin yang bazir duit rakyat

[17 : 27] Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara SYAITAN dan SYAITAN itu adalah sangat ingkar kepada Rabbnya.

Jangan pilih golongan syaitan

[58 : 19] SYAITAN telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan SYAITAN. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan SYAITAN itulah golongan yang merugi.