Thursday, April 16, 2015

Tarian bogel hibur si mati

DUA wanita separuh bogel di sisi keranda si mati.
Taipei: Ahli keluarga dan rakan yang hadir pada majlis pengebumian seorang lelaki di sini terkejut selepas upacara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian bogel.
Lebih mengejutkan lagi penari bogel itu sebenarnya diupah oleh isteri si mati sendiri sebagai hadiah untuk suaminya.
Pelawat majlis pengebumian yang berlangsung pada Ahad lalu itu pada mulanya hairan apabila lampu berwarna-warni tiba-tiba dipasang disusuli dengan muzik rancak.
Mereka terus terkejut apabila dua wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi tiba-tiba keluar dan terus menari.
Penari itu menari dalam keadaan yang mengghairahkan dan mereka menggeselkan tubuh mereka pada keranda si mati.
Beberapa pelawat dilihat berebut-rebut merakamkan imej wanita berkenaan dengan telefon bimbit dan mereka seolah-olah lupa kepada rakan mereka yang sudah meninggal dunia itu.
Menurut laporan akhbar The People’s Daily, lelaki itu yang dikenali sebagai Jian meninggal dunia baru-baru ini selepas diserang strok.
Isteri Jian berkata, dia tahu suaminya suka melihat wanita cantik dan dia mahu memberikan hadiah yang akan dihargai lelaki itu pada majlis pengebumiannya.
Keluarga dan rakan rapat Jian memberitahu mereka terkejut melihat persembahan itu, tetapi memahami mengapa isterinya bertindak demikian.
“Wanita itu seorang yang setia dan sentiasa berada di sisi Jian ketika sakit sehinggalah dia meninggal dunia.
“Saya yakin Jian pasti tersenyum ketika dalam perjalanan untuk dikebumikan,” kata seorang rakannya.
Ada penduduk berpendapat tarian bogel diadakan bagi menghiburkan si mati yang suka menonton tarian bogel ketika hidup.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:26 AM


Timur Ukraine kembali bergolak

Timur Ukraine kembali bergolak
Asap tebal memenuhi ruang udara di kawasan kejiranan Jabunki berhampiran lapangan terbang Donetsk selepas ia dibedil tentera Ukraine.
KIEV - UKRAINE. Sekurang-kurangnya seorang maut manakala lima lagi cedera akibat serangan tentera kerajaan di bandar pelabuhan Mariupol, menurut Kementerian Pertahanan Republik Rakyat Donetsk (DPR), semalam.
Menurut laporan Press TV, Jurucakap kementerian itu memaklumkan bedilan bertalu-talu itu menyasarkan kawasan Shirokino terletak kira-kira 20 kilometer di barat Mariupol.

"Tindakan tentera Ukraine menggunakan senjata berat dalam tempoh 24 jam lalu jelas menunjukkan mereka telah mencabuli gencatan senjata. Beberapa lokasi lain termasuk lapangan terbang Donetsk turut menjadi sasaran serangan mereka," jelasnya lagi.

Difahamkan, insiden serangan terbaharu itu berlaku kira-kira enam hari selepas enam tentera kerajaan terkorban manakala 12 lagi cedera ketika bertempur dengan pasukan pro-Rusia di timur Ukraine.

Kelmarin, Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) memberitahu Misi Pemantau Khas (SMM) ke Ukraine melaporkan insiden keganasan meningkat di negara itu sejak beberapa hari lalu. - Press TV

Resolusi 2216 diterima

Resolusi 2216 diterima
Negara anggota UNSC sebulat suara menerima pakai Resolusi 2216 yang mengenakan embargo senjata terhadap pemberontak Houthi.
RIYADH - ARAB SAUDI. Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengeluarkan resolusi mengenakan embargo senjata terhadap kumpulan pemberontak Houthi selain menyenaraihitamkan bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Menurut laporan Al-Arabiya, Setiausaha Agungnya, Dr Abdulllatif al-Zayani berkata, tindakan tegas UNSC itu jelas menunjukkan kesungguhan masyarakat antarabangsa menyokong penduduk Yaman dan kuasa yang sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan sah.

Kelmarin, Resolusi 2216 diluluskan di bawah Bab 7 Piagam PBB dan UNSC turut mengenakan sekatan ke atas pemimpin pemberontak Houthi serta bekas presiden negara tersebut.
Keputusan itu dibuat selepas ia diterima sebulat suara oleh negara anggota kecuali Rusia yang mengambil pendekatan berkecuali.
Sementara itu, Jawatankuasa Revolusi Agung Yaman bertindak mengutuk Resolusi 2216 yang dikenakan ke atas mereka dan menyifatkan keputusan itu seakan menyokong 'pencerobohan' Saudi serta sekutunya ke atas negara bergolak tersebut.

"Kami menggesa penduduk Yaman supaya mengadakan protes sebagai membantah resolusi tersebut," menurut kenyataan mereka menerusi saluran TV rasmi kumpulan terbabit.

Tiga pandangan hukum kutip cukai

GST baru

PUTRAJAYA - Terdapat tiga pandangan mengenai hukum mengutip cukai daripada rakyat, menurut perspektif ulama.

Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Arieff Salleh Rosman berkata, tiga pendapat itu adalah haram kerajaan mengutip cukai, harus tetapi bersyarat dan haram tetapi bersyarat.

“Ulama bermazhab Hambali menyatakan haram. Sebagai contoh, katanya, Ibnu Muflih menjelaskan diharamkan mengambil cukai daripada harta seperti yang dikutip oleh raja daripada rakyat.
“Ulama terdahulu juga mengemukakan pendapat yang sama. Ibnu al-Azraq menjelaskan antara contoh siasah yang batil menurut syarak ialah mengutip cukai secara zalim,” katanya dalam Seminar Kebangsaan GST Menurut Perspektif Islam, semalam.

Bagi pendapat kedua, kerajaan harus mengenakan cukai sekadar memenuhi keperluan umum pentadbiran negara.

“Imam al-Syatibi ketika mengulas isu pemimpin mengutip cukai daripada rakyat yang kaya ketika wujud keperluan berkata, (ia dibolehkan) untuk menjaga perbatasan negara dan memelihara kestabilan sedangkan jumlah tentera semakin meningkat dan perbendaharaan tidak mencukupi.
"Pemimpin yang adil boleh mengenakan cukai kepada rakyat yang kaya bagi memenuhi keperluan itu," katanya.
Menurutnya, imam itu berpendapat, cukai juga boleh dikutip jika, tanpa mengutip cukai, kuasa pemimpin yang adil akan tergugat dan negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir.

Pemuda Umno Sabah Lapor Polis Isu Ugut Musa Aman


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 11:22 PM
musa aman 2

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah pada Rabu membuat laporan polis terhadap pemegang akaun Facebook (FB) bernama 'Jo Nandu' berhubung tulisan dan postingnya yang mengugut serta mengancam Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan keluarganya.

Laporan itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Ir Shahelmey Yahya bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Ranau, Kudat, Kalabakan, Sandakan dan Beluran, di Balai Polis Karamunsing.

Bercakap kepada pemberita di luar balai polis Karamunsing, Shahelmey berkata Pemuda UMNO Sabah memandang serius posting FB yang berupa ancaman dan ugutan keselamatan kepada ketua menteri Sabah itu.

"Justeru, Pemuda UMNO Sabah mahu pihak keselamatan terutama polis menyiasat dan menangkap pemegang akaun FB tersebut dengan segera kerana telah menghina, mengancam dan mengugut pemimpin utama negeri Sabah," tegasnya.

Larikan Buku Cek, Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman


Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 5:33 AM
Vanidah Imran

KEMELUT Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terlerai apabila bendaharinya, Vanidah Imran dilucutkan jawatannya selepas melarikan buku cek.

Presidennya Zed Zaidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang bersidang pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk menyingkirkan Vanidah daripada memegang jawatan berkenaan.

"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

"Dan jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak)," katanya kepadamStar Online.

Konflik yang berlaku dalam AJK Seniman bermula apabila Vanidah 'melarikan' buku cek persatuan tersebut dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Perbuatan Vanidah itu memaksa Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember 2014.


Zed Zaidi

Keadaan bertambah rumit apabila pada awal Januari lalu, enam AJK baharu iaitu Rashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) mengeluarkan kenyataan media mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek itu.

Kenyataan itu turut menyentuh beberapa isu semasa berkaitan persatuan dan ahli-ahlinya termasuk beberapa hal pentadbiran yang perlu diperkemaskan termasuklah keengganan Zed Zaidi mengadakan mesyuarat selepas disuarakan oleh AJK.

Sementara itu, Zed berkata, suami Vanidah iaitu Rashidi turut menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Zed menegaskan, artis yang memegang jawatan dalam persatuan harus bertanggungjawab dalam segala hal walaupun sibuk dengan kerjaya.

"Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.

"Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti," tegasnya.

Dalam pada itu Vanidah yang  ketika dihubungi mStar Online enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

Jangan Kaitkan Ibu Saya - Ahmad Maslan


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 7:39 PM
Ahmad Maslan

PERMATANG PAUH: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sentiasa terbuka untuk dikritik namun mahu supaya keluarganya tidak dikaitkan.

"Tak ada masalah jika anda nak serang saya dengan pelbagai kritikan, tapi jangan babitkan ibu saya," kata Ahmad pada Rabu.

Menurut beliau, terdapat beberapa komen di media sosial yang dianggap biadap dengan ada antaranya mensasarkan ibunya.

"Saya tiada masalah untuk dikritik, tapi mengapa kaitkan ibu saya?

"Saya percaya cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih baik berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Ibu saya seorang penoreh getah dan beliau buta huruf. Namun beliau tahu membaca al-Quran.

"Beliau dan arwah bapa saya bekerja keras dan dengan bantuan biasiswa kerajaan, mereka berjaya menghantar anak-anak mereka termasuk saya untuk belajar di luar negara," katanya ketika sidang media di SMK Pauh Jaya di sini.

Qatar Airways Syarikat Penerbangan Paling Boleh Dipercayai Di Dunia, MAS Tangga Ke-16


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 4:59 PM

LONDON: Syarikat Penerbangan Qatar atau Qatar Airways telah dinamakan syarikat penerbangan paling boleh dipercayai di dunia kerana ketepatan masanya dan juga rangkaian pesawatnya yang moden.
Qatar Airways juga turut menjadi pilihan kerana caj tambahannya yang minimal berbanding syarikat penerbangan yang lain.
Penilaian tersebut yang dilakukan oleh laman web pengembaraan, WanderBat, menilai kebolehpercayaan syarikat-syarikat penerbangan besar dan popular dunia dalam mengurus jadual penerbangan, rekod penerbangan dan juga kos operasi bagasi.
Qatar Airways menerima markah sempurna, 100 mata diikuti oleh Emirates yang memperolehi 97 mata manakala di tempat ketiga ialah China Eastern yang mendapat 97 mata juga.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), di sebalik segala macam masalah dalaman yang dihadapinya ditambah dengan dua malapetaka yang melanda pesawatnya - mengorbankan lebih 500 penumpang dalam tempoh setahun - masih berupaya mendapat tempat ke-16 dengan catatan 85 mata mengatasi syarikat-syarikat ternama yang lain seperti Southwest Airlines (17), Qantas (18), Aeroflot (19), China Airlines (20), Philippine Airlines (21) dan Air Berlin (22).
Pesaing terdekat MAS, Singapore Airlines menduduki tempat keempat dengan catatan 96 mata manakala China Southern Airlines di tempat kelima dengan 93 mata dan yang paling memeranjatkan ialah syarikat penerbangan dari benua Afrika, Ethiopian Airlines menduduki tangga keenam dengan 92 mata.
Ia malah berada di atas syarikat yang lebih popular dan ternama seperti British Airways yang berada diranking kelapan dengan kutipan 91 mata.
Penilaian ini menunjukkan syarikat-syarikat penerbangan dari negara Asia, Asia Barat dan Afrika telah jauh mengatasi syarikat penerbangan dari Eropah dan Amerika Syarikat dari segi perkhidmatan dan kebolehpercayaan.
Sebaliknya, hanya sebuah syarikat penerbangan Amerika yang tersenarai dalam penilaian kebolehpercayaan ini iaitu Southwest Airlines dan itu pun hanya menduduki tangga ke-17.
Di dalam penilaiannya, WanderBat, turut melihat dari sudut beberapa aspek dan faktor yang berlainan dalam usahanya untuk membentuk satu rating yang bijak dan hanya menilai syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang dianggap terbaik sahaja.
Antara lain ia melihat dari sudut pencapaian mengikut ketepatan masa berlepas dan mendarat, kos caj bagasi (berapa banyak bagasi yang dibenarkan daftar masuk tanpa caj tambahan malah kos ke atas caj bagasi tambahan.
Ia juga menilai usia pesawat dan sejauh manakah sesebuah syarikat penerbangan itu menambah baik rangkaian pesawat mereka.
Jika sesebuah syarikat penerbangan itu terikat dengan mata yang sama, maka penilaian seterusnya akan dilakukan ke atas syarikat manakah yang bertolak mengikut jadual yang ditetapkan.
BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH 22 BUAH SYARIKAT PENERBANGAN ANTARABANGSA PALING BOLEH DIPERCAYAI DI DUNIA:
1. Qatar Airways - 100 Mata
2. Emirates - 97
3. China Eastern - 97
4. Singapore Airlines - 96
5. China Southern Airlines - 93
6. Ethiopian Airlines - 92
7. Air China - 92
8. British Airways - 91
9. Saudia - 90
10. Cathay Pacific - 90
11. Lan - 88
12. Tam Airlines - 88
13. Japan Airlines - 87
14. Egyptair - 87
15. Eithad Airways - 86
16. Malaysia Airlines - 85
17. Southwest Airlines - 84
18. Qantas - 87
19. Aeroflot - 80
20. China Airlines - 80
21. Philippine Airlines - 80
22. Air Berlin - 79

SPRM: Rosmah Juga Tidak Terlepas Siasatan


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 4:52 PM
Abu Kassim Mohamed

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah mansor juga tidak terlepas daripada sebarang siasatan, demikian menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM turut menjalankan siasatan berhubung dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta pada 2011 oleh Rosmah.

Didapati bahawa cincin yang didakwa dibeli oleh Rosmah memasuki Malaysia melalui Singapura.

Tambah Abu Kassim, Jabatan kastam mengesahkan bahawa ia kemudiannya dihantar semula ke sebuah syarikat barang kemas di New York, demikian lapor Sinchew Daily.

Menurut beliau lagi, SPRM memulakan siasatan satu jam selepas pihaknya menerima aduan pada pukul 2 petang, diikuti dengan panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Apa yang saya ingin katakan ialah...kita telah pun menyiasat isteri Perdana Menteri. Adakah anda fikir kita masih takut?" katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ikrar untuk melawan rasuah bersama wakil rakyat Sabah.

Abu Kassim berkata ini adalah kali pertama beliau mengakui secara terbuka berhubung siasatan terhadap Rosmah.

‘Hamil’ ketumbuhan

Botosani (Romania): Seorang wanita yang menyangka dia hamil dan bakal melahirkan anak kecewa selepas mendapati dia sebenarnya ‘mengandungkan’ ketumbuhan seberat hampir lima kilo- gram.
Madalina Neagu, 42, dibawa ke dewan bersalin selepas dia dikejarkan ke sebuah hospital di sini kerana sakit yang teruk di bahagian perut.
Bagaimanapun, selepas menjalani ujian kehamilan doktor terkejut apabila mendapati wanita itu sebenarnya mempunyai ketumbuhan yang besar di dalam rahimnya.
Seorang doktor, Dorin Scladan berkata, wanita itu memberitahu bahawa dia mengandung dan doktor menjangka dia akan bersalin.
“Perut Madalina besar seperti wanita hamil sembilan bulan menyebabkan kami percaya dia mengandung,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 7:26 AM


KETUMBUHAN yang dikeluarkan dari perut wanita itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44038#sthash.4RaVeL9U.dpuf

Anak hantar teks mesej gergasi kepada bapa di angkasa lepas





NEVADA, Amerika Syarikat – Bagi menyampaikan mesej kepada bapanya yang berada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), seorang remaja berusia 13 tahun mengambil langkah berbeza dengan mencipta ‘nota’ gergasi di atas padang pasir.
Stephanie dibantu oleh 11 kereta jenis Hyundai bagi menulis ‘Steph Loves You’ di Tasik Kering Delamar, Nevada yang seluas 5,6 juta meter persegi sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record sebagai imej tayar terbesar.
“Membuat panggilan jarak jauh tidak mencukupi, maka saya hantar nota maya sebagai tanda rindu kepadanya,” kata Stephanie.
Kereta sedan Hyundai itu bergerak seiringan bagi menulis nota tersebut berdasarkan panduan daripada sebuah helikopter.
Menerusi kempen Hyundai, New Thinking itu membolehkan bapa Stephanie mengambil gambar dari angkasa lepas menggunakan kamera digital. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3XQ1OHSHZ 
Hakcipta terpelihara 

Adik-beradik menerima pampasan £13 juta akibat kecacatan waktu lahir



AGENSI - MCKAY (tengah) bersama anaknya, Natasha dan Patrick yang mengalami kecacatan cerebral palsy semasa lahir.


PRESTON, Britain – Sepasang adik-beradik di sini menerima pampasan berjumlah £13 juta (RM71 juta) akibat kecacatan yang dialami ketika mereka dilahirkan.
Natasha, 24, dan Patrick Jackson, 22, menghidap beberapa komplikasi pada otak dan menjadi cacat akibat kecuaian yang sama dilakukan oleh petugas di wad bersalin di Hospital Sharoe Green di sini.
Ibu kepada adik-beradik yang lahir berselang dua tahun itu, Paula McKay menerima pampasan £7 juta (RM38.22 juta) bagi penjagaan anak perempuannya lima tahun selepas menerima pampasan £6 juta (RM32.77 juta) untuk penjagaan seumur hidup anak lelakinya baru-baru ini.
Petugas di wad bersalin itu gagal memantau tahap kesihatan McKay dan bayinya ketika melahirkan anak pertama di hospital tersebut. Keadaan itu mengakibatkan Natasha yang dilahirkan pramatang mengalami cerebral palsy dan epilepsi sawan.
Situasi sama berlaku kepada Patrick apabila petugas di wad bersalin itu berjanji untuk tidak melakukan kesalahan sama. Namun, mereka gagal mengesan keadaan Jackson yang mengalami kadar denyutan jantung yang lemah menyebabkan dia turut mengalami cerebral palsy.
“Ia suatu penderitaan yang besar. Perasaan ini seperti mengakhiri terowong gelap yang panjang,” ujar Mckay. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3XQ0n8wOe 
Hakcipta terpelihara