Sunday, March 27, 2011

Bayi lemas apabila rumah dinaiki air




SAYU: Cik Norazilawati Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan melihat tempat kejadian yang meragut nyawa anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang dipercayai terjatuh dari rumahnya yang dinaiki air. - Foto HARIAN METRO


KUALA TERENGGANU: Seorang bayi berusia 13 bulan, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, mati lemas apabila pekarangan rumah keluarganya di Kampung Raja Baram, Chendering, dinaiki air 0.2 meter kira-kira 8 pagi kelmarin.
'Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung-apung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga,' kata ibunya, Cik Norazilawati Ibrahim, 30 tahun.Cik Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan demikian, beliau terus mengangkat bayi itu dan memanggil suaminya, Encik Zaidi Mamat, 32 tahun, seorang nelayan.Namun, usaha mereka menyelamatkan anak bongsu dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas, gagal.Cik Norazilawati menambah, sebelum kejadian itu, beliau bersama anak dan suaminya tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air semakin naik, selepas pekarangan rumah dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang Khamis lalu.Katanya, kira-kira 2 pagi, beliau terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila dari buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum bayi itu merengek minta susu kira-kira 4 pagi.'Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung-apung dalam air pagi tadi (kelmarin),' katanya. -- Harian Metro.



Pemberontak kuasai semula bandar minyak



AJDABIYA (Libya): Kumpulan pemberontak Libya dapat menguasai semula bandar minyak Ajdabiya yang strategik semalam.
Ini menandakan kemenangan mereka yang pertama ke atas pasukan Kolonel Muammar Gaddafi sejak serangan-serangan tentera campuran bermula seminggu lalu.Pihak pemberontak, yang disokong pengeboman bertubi-tubi oleh pihak Barat, telah menyerbu bandar itu dan meninggalkan kereta-kereta kebal serta kenderaan tentera yang rosak tersadai di sepanjang jalan, kata wartawan AFP di kawasan itu.Mayat sekurang-kurangnya dua askar pro-Gaddafi ditemui bergelimpangan dikelilingi beberapa orang yang merakamkan gambar.Kelihatan juga bekas serangan meriam ke atas sebuah masjid dan beberapa buah rumah.Para pemberontak meraikan kemenangan itu sambil melaungkan 'Allah lebih kuat.'Sebelum itu, askar-askar pro-Gaddafi telah memasuki kawasan tersebut setelah berpatah balik dari jalan raya menuju Benghazi ekoran serangan-serangan tentera campuran yang pertama.Mereka telah dituduh berlaku kejam terhadap para penduduk.Seorang penduduk, Encik Ibrahim Saleh, 34 tahun, memberitahu AFP:'Kereta-kereta kebal itu tidak henti-henti menembak ke arah rumah-rumah di sini. Saya tidak dapat keluar rumah selama beberapa hari.'Tidak ada air, bahan api atau talian telefon. Apabila penduduk keluar untuk mendapatkan minyak kenderaan, mereka ditembak.'Serangan tentera campuran berlaku semalam dan hari ini (kelmarin dan semalam). Mereka menyerang dari udara dan pasukan revolusi tiba kemudian dan membebaskan bandar ini,' katanya.Ajdabiya m erupakan bandar pertama yang jatuh semula ke tangan pemberontak sejak tentera gabungan Barat melancarkan serangan udara yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 19 Mac lalu, untuk menghalang pasukan Gaddafi daripada menyerang orang awam.Di tempat lain, beberapa letupan kuat menggegarkan satu pangkalan tentera di sebuahkawasan pinggir bandar timur Tripoli awal semalam apabila pasukan Barat meningkatkan tekanan ke atas Encik Gaddafi dengan tembakan bertubi-tubi dari udara. -- AFP.

Paras radiasi di laut sekitar loji nuklear Fukushima membimbangkan



SENDAI (Jepun): Paras radiasi dalam air laut di sekitar loji nuklear Fukushima naik sepuluh kali ganda dalam beberapa hari sahaja, sedang para pekerja bertungkus lumus cuba menstabilkan kemudahan nuklear yang rosak setelah dilanda tsunami itu.
Seseorang boleh terdedah kepada radiasi yang biasanya diperolehi dalam tempoh setahun, hanya dengan meminum cuma setengah liter air tawar yang dicemari paras radiasi sebanyak itu, kata seorang pegawai. Bagaimanapun, menurutnya, tiada ancaman segera ke atas hidup-hidupan laut dan keselamatan makanan laut.Paras iodin-131 di Lautan Pasifik berhampiran loji Fukushima itu semalam dikatakan 1,250 kali lebih tinggi daripada yang dibenarkan. Ini berbanding 126 kali lebih tinggi Selasa lalu, dan 145 kali lebih tinggi pada Khamis lalu.'Paras ini agak tinggi,' kata pegawai agensi keselamatan nuklear, Encik Hidehiko Nishiyama, dalam sidang akhbar mengenai hasil ujian ke atas air laut itu yang dikeluarkan kelmarin oleh Tokyo Electric Power Company (Tepco).Kata Encik Nishiyama: 'Secara umumnya, bahan beradioaktif yang mengalir ke laut akan tersebar dengan pasang surutnya air. Paras yang lebih tinggi daripada itu diperlukan untuk membolehkannya diserap rumpai laut dan hidupan laut lain.'Beliau juga berkata, oleh kerana iodin-131 ada setengah hayat (masa diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas menjadi setengah nilai asalnya) lapan hari, 'apabila makanan laut itu akhirnya dimakan manusia, paras kimia itu sudah pun berkurang.'Walau bagaimanapun, Tepco juga berkata paras sesium-137, yang setengah hayatnya sekitar 30 tahun, adalah 79.6 kali had dibenarkan.Jaminan-jaminan itu tidak dapat meredakan kemuraman yang menyelubungi Jepun sejak satu gempa bumi sekuat 9.0 di skala Richter melanda negara itu pada 11 Mac lalu yang menimbulkan satu tsunami yang meranapkan pantai timur laut negara tersebut.Gelombang raksasa itu telah melanggar benteng-benteng yang dibina sepanjang pantai dan menghanyutkan rumah-rumah, kenderaan laut dan darat serta ribuan penduduk.Semalam, angka korban yang disahkan mencecah 10,151. Harapan menemui semula 17,053 orang yang dianggap hilang semakin menipis.Gelombang besar itu juga telah merosakkan sistem penyejukan bagi keenam-enam reaktor di loji Fukushima. Tiga reaktor itu disyaki telah lebur sebahagiannya ekoran letupan gas hidrogen dan kebakaran lain.Kereta bomba telah menyiram beribu-ribu tan air laut ke atas kemudahan itu untuk menghalang batang bahan api di dalam teras reaktor itu serta kolam penyimpan bahan api yang telah digunakan, daripada menjadi kering dan menyebabkan peleburan sepenuhnya.Iodin, sesium dan kobalt beradioaktif di dalam air di bangunan turbin di reaktor No 1 dan No 3 kini 10,000 kali ganda di atas paras normal. Ini mencetuskan kebimbangan, bekas reaktor atau injap dan paipnya telah bocor. Oleh kerana bimbang garam dalam air laut boleh terkumpul dalam loji itu dan menyebabkan hakisan, air tawar pula mula digunakan.Dua baj tentera Amerika Syarikat kini menuju loji itu dari pangkalan tentera laut dekat Tokyo, bagi membantu membekalkan air tawar kepada loji itu. -- AFP.

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah - Malaysiakini

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah - Malaysiakini


Kong
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.


"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalamblognya.


NONE"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.


Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.


"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.


"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.


Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.


"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.


Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.

Bumiputera sendiri harus dipersalah: Rozali



SHAH ALAM -Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saham milik syarikat Bumiputera berkurangan hampir 96 peratus daripada RM54 bilion kepada RM2 bilion disifatkan sesuatu yang membimbangkan.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), Tan Sri Rozali Ismail berkata, trend itu menunjukkan kaum Bumiputera kurang berminat untuk merebut peluang-peluang yang ada dalam bidang perniagaan dan pelaburan.

Menurutnya, dalam hal itu, beliau juga berpendapat kaum Bumiputera sendiri harus dipersalahkan kerana hanya melihat sesuatu isu itu dari sudut sempit.

“Disebabkan kita terlalu fokus dalam memperjuangkan bahagian dan hak Bumiputera, kita lupa nilai perjuangan Bumiputera sebenar, mengecap kekayaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, zaman dan landskap perniagaan berubah dan sekiranya Bumiputera ingin berjaya, mereka harus meneroka serta mencari arah baru dalam perniagaan dan mewujudkan peluang baru dalam abad ke-21 ini.

Katanya, Dewan Perniagaan dan pemegang kepentingan perlu membina semangat persaingan dan bekerjasama dalam kalangan institusi serta industri bagi memastikan pembangunan idea-idea yang baik, berjaya menembusi pasaran dan memberi impak positif untuk masa depan.

Rozali berkata, sesuai dengan keputusan Najib, DPMMS dan Mapem akan mengkaji serta meneliti masalah yang menyebabkan isu pegangan saham Bumiputera jatuh dan seterusnya mencari jalan memastikan pegangan tersebut dipertingkatkan.

Terkejut bil telefon RM11,579.05



PANDAMARAN - Kehidupan seorang lelaki kini tidak tenteram selepas namanya disenarai hitam akibat gagal membuat bayaran penuh terhadap bil telefon bimbit berjumlah RM11,579.05 yang dikenakan syarikat telekomunikasi sejak September 2009.

Antara panggilan yang dibuat termasuklah Thailand, Ethopia dan juga Mali, Afrika Selatan.

Albert Kho Kia Boon, 27, dari Bayu Perdana mendakwa, berikutan itu, dia tidak boleh lagi membuat panggilan keluar kerana disekat.

“Pada asalnya, had penggunaan telefon saya adalah RM2,450 bagaimanapun sebaik bil mencecah jumlah ini, syarikat itu akan memaklumkan kepada saya.

“Bagaimanapun, kali ini berbeza dan saya hanya dimaklumkan sebaik bil telefon diterima membuatkan saya terkejut kerana tidak pernah menghubungi negara terbabit,” katanya.

Beliau mendakwa, beberapa kali ke syarikat telekomunikasi itu bagi menyelesaikan masalah ini.

“Beberapa kali mereka memaklumkan perkara sama iaitu saya harus membuat bayaran penuh.

“Tidak tahan dan khuatir saya telah dipergunakan pihak syarikat atau pihak lain, saya membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya.

Menurutnya, dia semakin tertekan sebaik menerima surat daripada peguam.

“Sehinggalah November tahun lalu, kes dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta dan dia diminta menjelaskan bayaran tersebut.

“Apa yang mengejutkan saya apabila e-billing yang diterima sebelum itu menunjukkan outstanding bill adalah sifar,” dakwanya ketika ditemui di Pejabat Biro Aduan MCA Klang di sini, beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon yang mewakili Pusat Khidmat Masyarakat berkata, pihaknya percaya kemungkinan perkara ini berlaku disebabkan masalah teknikal berkaitan sistem.

“Tambahan lagi sudah banyak kes sedemikian berlaku, oleh itu, syarikat tersebut harus menyiasat perkara ini dengan teliti kerana kita khuatir berlaku penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pekerja syarikat.

“Selain itu, kita turut akan membantu Albert dari segi guaman agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya

Adakan perhimpunan anti politik lucah



Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;
1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam UMNO, PKR, Pas, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain. 
2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.
3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.
4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.
5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.
Dipetik daripada blog Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Qazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis - Malaysiakini

Qazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis - MalaysiakiniQazaf: Jamil Khir enggan ulas kerana libatkan polis
Mac 26, 11 3:35pm
Kongsi 196
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.

NONEKatanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini.

Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Jamil Khir berkata fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.

Katanya fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik.

Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah berkata trend kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN.

"Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8...seri," katanya.

- Bernama

Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan - Malaysiakini

Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan - Malaysiakini
Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan
S Pathmawathy
Mac 26, 11
3:24am
Kongsi 582
Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim di Gombak malam tadi.

NONEKira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

NONEAnggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Terpaksa berundur

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

NONEKetua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

NONEPada ucapannya itu, Anwar mengingatkan perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak menggunakan taktik kotor tetapi lawan secara bermaruah di gelanggang pilihan raya.

"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja.

“Saya salahkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar.

Tunggu pilihan raya

"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihan raya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.

NONEAnwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkannya di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.

Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," katanya.

NONE"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita.

“Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar dengan marah.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.

NONENamun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.

"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini?" tanya Anwar dengan nada kesal.

Bank Adik Najib Sumbang RM250 Juta Kepada Israel

Oleh Suara KeadilanBank Adik Najib Sumbang RM250 Juta Kepada Israel
nazirnajibRosmah Mansor cuba muncul dengan imej 'penyayang' dan prihatin dengan cuba menjadi ikon membantu Palestin. Dia muncul dalam perbagai program kutipan derma untuk Palestin. Ini ialah sebahagian usaha bersungguh - sungguh untuk memberikan imej bersih kepadanya selepas dia tercalar dengan perbagai imej negatif.

Terbaru usahanya ke Universiti Malaysia untuk melancarkan tabung "kuasa 10 sen untuk membantu Gaza" - 'Power of 10 Sen, By Children for Children' . Namun usaha memberikan imej baru kepadanya digagalkan oleh sekumpulan mahasiswa universiti tersebut yang menyambutnya dengan grafiti di dinding dewan yang bakal dihadirinya. Tertera grafiti "Perempuan Isteri Puaka" dan C4 dengan jelas.
Mujur pihak 'keselamatan' Rosmah segera bertindak mengecat dinding itu semula sebelum Rosmah tiba. Laluan Rosmah juga ditukar agar memastikan Rosmah tidak lalu di dinding itu.

Namun walaupun tidak melihat grafiti tersebut dan hanya mendengar cerita cukup menaikkan angin Rosmah. Polis dipaksa campur tangan dan 2 tangkapan awal direman 5 hari hanya kerana ditangkap melakar grafiti di dinding.

Kembali kepada usaha Rosmah menaikkan imejnya dengan kononya membantu Palestin. Adakah ia benar usaha bersungguh-sungguh atau sekadar mencari ruang pembersihan imej ?

Mungkin petikan artikel antara Henry Gurney dan Chin Peng yang diperturunkan semula di bawah ini boleh menjelaskan.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.
Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr Mahathir hero negara Islam.
Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya.
Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.
Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.
Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda BN berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya.
Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.
Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.
Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....
Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.
Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), rejim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchi sebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri piliha nraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen rejim BN. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.
CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.
Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.
EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.
Kesimpulanya Rosmah tidak serius yang dikumpul ratusan ribu itu belum tolak kos itu dan ini tetapi adik iparnya sumbang RM250 juta kepada rejim Zionis untuk terus bunuh anak Palestin.

sumber: tunsabanbalek.blogspot.com

Bank Adik Najib Sumbang RM250 Juta Kepada Israel

Bank Adik Najib Sumbang RM250 Juta Kepada Israel
Bank Adik Najib Sumbang RM250 Juta Kepada Israel
Oleh Suara Keadilan

nazirnajibRosmah Mansor cuba muncul dengan imej 'penyayang' dan prihatin dengan cuba menjadi ikon membantu Palestin. Dia muncul dalam perbagai program kutipan derma untuk Palestin. Ini ialah sebahagian usaha bersungguh - sungguh untuk memberikan imej bersih kepadanya selepas dia tercalar dengan perbagai imej negatif.

Terbaru usahanya ke Universiti Malaysia untuk melancarkan tabung "kuasa 10 sen untuk membantu Gaza" - 'Power of 10 Sen, By Children for Children' . Namun usaha memberikan imej baru kepadanya digagalkan oleh sekumpulan mahasiswa universiti tersebut yang menyambutnya dengan grafiti di dinding dewan yang bakal dihadirinya. Tertera grafiti "Perempuan Isteri Puaka" dan C4 dengan jelas.

Mujur pihak 'keselamatan' Rosmah segera bertindak mengecat dinding itu semula sebelum Rosmah tiba. Laluan Rosmah juga ditukar agar memastikan Rosmah tidak lalu di dinding itu.

Namun walaupun tidak melihat grafiti tersebut dan hanya mendengar cerita cukup menaikkan angin Rosmah. Polis dipaksa campur tangan dan 2 tangkapan awal direman 5 hari hanya kerana ditangkap melakar grafiti di dinding.

Kembali kepada usaha Rosmah menaikkan imejnya dengan kononya membantu Palestin. Adakah ia benar usaha bersungguh-sungguh atau sekadar mencari ruang pembersihan imej ?

Mungkin petikan artikel antara Henry Gurney dan Chin Peng yang diperturunkan semula di bawah ini boleh menjelaskan.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr Mahathir hero negara Islam.

Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya.

Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda BN berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya.

Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), rejim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchi sebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri piliha nraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen rejim BN. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.

Kesimpulanya Rosmah tidak serius yang dikumpul ratusan ribu itu belum tolak kos itu dan ini tetapi adik iparnya sumbang RM250 juta kepada rejim Zionis untuk terus bunuh anak Palestin.

sumber: tunsabanbalek.blogspot.com

Hidup dihimpit kemiskinan



KOTA BHARU - Berada di rumah yang usang dan hampir runtuh bila-bila masa tidak memberi keselesaan apatah lagi terdapat ramai penghuni yang tinggal bersama.

Lebih menyedihkan, ada pula kalangan penghuni di rumah itu masih lagi diselubungi duka apabila si bayi kembar lelaki didapati meninggal dunia akibat mengalami penyakit dan ibu (nenek si kembar) pula hidup dalam gangguan emosi.

Bagi suri rumah, Hamidah Hassan, 35, kemiskinan yang dihadapi tidak mematahkan semangatnya bagi meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak yang masih remaja dan bersekolah.

“Bayi kembar saya, Muhammad Danial Wahab mengalami masalah buah pinggang rosak, paru-paru berair dan jangkitan kuman semasa masih dalam kandungan dan semasa lahir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), bayi kembar ini didapati meninggal dunia.

“Sekarang, hanya tinggal adik kembarnya, Muhammad Danish Wahab, 40 hari, yang dilahirkan seberat 2.25 kilogram dan seramai dua anak masih bersekolah daripada tujuh anaknya yang masih ada,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Mas, di sini.

Hamidah berkata, selain mempunyai anak ramai, beliau juga turut memastikan, bapanya, Hassan Othman, 65, yang tidak mampu bekerja akibat mengalami penyakit lelah dan kekejangan saraf kepala, manakala ibunya pula, Mariam Daud, 66, pula hanya berada di kerusi siang dan malam setelah mengalami gangguan emosi.

Menurutnya, dengan hanya bergantung harap kepada pendapatan suami, Wahab Mohd Noor, 47, yang bekerja sebagai pekerja kilang di kilang pakaian terpakai di padang Tembak, Pengkalan Chepa, ia tidak mampu menampung keperluan keluarga.

Sementara itu, Hassan berkata, dia mengalami penyakit lelah setelah kepalanya mengalami kekejangan saraf apabila terkena buah kelapa sawit sejak 20 tahun lalu semasa bekerja mengait kelapa sawit di Pahang.

“Pernah sekali pakcik memperoleh wang bantuan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi setelah daripada itu, saya tidak lagi diberikannya dengan alasan nama tidak ada dalam senarai penerima bantuan,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh ke datang ke kediaman mereka di Lot 93-A, Kampung Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, di sini.

Pemuda terkilan terlepas bas



ALOR SETAR - Seorang pemuda dari Terengganu terkilan dengan pengurusan kaunter jualan tiket bas di Sungai Petani yang menyebabkannya rugi lebih RM40 kerana terlepas bas ekspres yang sepatut dinaikinya.

Pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Azmi, 26, berkata, pada 20 Mac lalu, dia membeli tiket untuk pulang ke Kuala Terengganu pada hari yang sama di sebuah kaunter tiket di Sungai Petani.

“Saya datang ke Kedah atas urusan keluarga dan perlu pulang segera ke Terengganu kerana perlu bekerja keesokan harinya, dan mendapatkan satu tiket berharga RM42.30 untuk perjalanan pada jam 10.30 pagi, hari itu.

“Saya dimaklumkan penjaga kaunter terbabit bahawa bas tidak akan masuk ke dalam kawasan letak kenderaan sebaliknya hanya mengambil penumpang di luar kawasan itu iaitu berhampiran jalan utama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, memandangkan masih awal iaitu belum 10 pagi, dia bersama kenalan minum di gerai berhampiran stesen bas ekspres itu sebelum menunggu bas di kerusi yang terdapat di stesen bas terbabit dan jam pada waktu itu belum pun 10.30 pagi.

“Malangnya, tiada siapa dari kaunter itu yang memaklumkan bahawa bas sudah ada dan saya hanya menyedarinya apabila melihat bas yang sepatutnya saya naiki, mula bergerak menuju ke jalan utama.

“Saya dan rakan cuba mengejar, malangnya mungkin pemandu bas itu tidak perasan, dan penjaga kaunter itu juga dilihat cuba menelefon pemandu bas namun gagal,” katanya.

Azmi berkata, dia kesal apabila penjaga kaunter itu enggan bertanggungjawab sebaliknya asyik menyalahkannya.

“Ini kali pertama saya menaiki bas di sini, sudahlah dimaklumkan bahawa bas hanya mengambil penumpang di luar stesen, apabila sudah jadi begini, mereka enggan membayar balik wang tiket saya ataupun berusaha mencari bas ganti kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian menghubungi penjaga kaunter bas berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan pemuda itu.

Menurutnya, sewaktu pemuda itu membeli tiket di kaunter, dia sudah memaklumkan supaya pemuda itu berada di hadapan kaunter pada 10.15 pagi.

“Malah, sebaik bas tiba kami memanggil penumpang yang seharusnya menaiki bas itu dan kira-kira jam 10.35 baru kelihatan dia bersama kawannya berjalan ke arah kaunter.

“Sepatutnya 10 penumpang naik bas itu dan sembilan orang sudah pun naik melainkan dia.

“Jadi tidak ada sebab mengapa kami perlu membayar ganti rugi kepadanya, kalau kami gantikan dengan tiket baru pun dia masih perlu bayar untuk tiket baru itu, tetapi pada hari itu tiket perjalanan ke Kuala Terengganu sudah habis,” katanya.

Tolak politik kotor



JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri ini membuat laporan polis terhadap tiga individu dikenali sebagai ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menayangkan video lucah kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut ditemani pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang, di sini, 10.55 pagi, semalam.

Mohamad Nazri berkata, tindakan tiga individu bergelar ‘Datuk T’ menayang video lucah itu jelas bertujuan membunuh kerjaya politik dan menggugatkan kredibiliti Anwar malah kenyataan media yang dibuat seolah-olah mendapat restu dari pihak tertentu.

Menurutnya, pengakuan kepada media oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, merupakan perancangan jahat begitu tersusun.

“AMK Johor melihat ‘politik kotor dan jijik’ mula berakar di negara ini dengan tujuan membunuh kerjaya politik Anwar di salah sebuah hotel di ibu negara yang didalangi tiga individu bergelar Datuk T.

“Tayangan video lucah ini oleh Datuk T dengan menjemput wartawan sebenarnya agak mustahil apabila pihak berkuasa sendiri tidak mendapat sebarang maklumat sekali gus seolah-olah mendapat restu dari pihak tertentu untuk berbuat sedemikian.

“Pengakuan Datuk T khususnya Tan Sri Rahim sendiri membayangkan dengan jelas bahawa dendam kesumat dirinya kepada Anwar atas arahan melepaskan jawatan sebagai Ketua
Menteri Melaka selepas perbicaraan kes rogolnya dengan seorang gadis bawah umur,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam.

Terdahulu, Anwar ditemani isterinya Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Mac lalu sudah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dilemparkan seterusnya mendesak polis menyiasat kes berkenaan secara telus dan berani.

Mohamad Nazri berkata, AMK Johor juga percaya kerja terkutuk itu sudah diatur oleh ‘konspirator’ yang mahu menamatkan karier politik seterusnya mengaibkan Anwar selain mengalihkan fokus pimpinan PR terhadap pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Penayangan video lucah ini jelas bermotifkan politik kerana pemilihan hari penayangan serentak dengan pembubaran DUN Sarawak dan kami yakin ada individu ‘penting’ di belakang Datuk T,” katanya.

Justeru, AMK Johor mendesak supaya pihak berkuasa menahan Datuk T dan didakwa atas tuduhan di bawah Seksyen 5 (1) (a) dan (b) Akta Penapisan Filem 2002 di atas kesalahan mempunyai dan menayang filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

“Kami juga mahu Ummi Hafilda Ali turut ditahan di atas pengakuan memiliki 18 video lucah melibatkan pemimpin utama parti pembangkang. dalam akhbar tabloid tempatan pada 23 Mac lalu,” katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut menyelar kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz apabila menyatakan bahawa tindakan Datuk T menayangkan video lucah berkenaan tidak menyalahi mana-mana perundangan negara.

Serangan udara pakatan bunuh orang awam: Tripoli





2011/03/27

TRIPOLI: Serangan udara terbaru pakatan Barat membunuh orang awam selain askar di sepanjang jalan sejauh 400 kilometer antara Ajdabiya dan Sirte, kata seorang jurucakap kerajaan.

“Malam ini serangan udara terhadap negara kami berterusan secara besar-besaran. Kami kehilangan banyak nyawa, tentera dan orang awam.
"Kami percaya ramai orang awam terbunuh termasuk beberapa keluarga yang cuba melarikan diri daripada serangan udara itu,” kata jurucakap Moussa Ibrahim.

Warna hidup Dr Ma'amor


AMALKAN hidup bermasyarakat. Itulah resipi yang menjadi acuan Datuk Dr Ma'amor Osman, 51, untuk melalui setiap fasa hidup dalam dirinya.
Dari muda sehingga usia yang semakin lanjut, Ma'amor sentiasa mewarnai hidupnya dengan pelbagai aktiviti sosial bersama masyarakat dan caranya adalah melalui pembabitannya bersama persatuan.

Tidak dinafikan sejak di bangku sekolah, beliau aktif persatuan. Selepas menamatkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang kedoktoran, beliau terus aktif berpersatuan dan paling menonjol ialah pembabitannya bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

"Saya rasakan diri ini terlalu kosong jika hanya tertumpu pada karier saja.

"Untuk mengisi kekosongan itu, jalan terbaik adalah melalui penyertaan saya dalam persatuan, dan ia juga banyak memberi manfaat bukan saja pada diri, malah pada masyarakat," katanya.

Menyentuh pembabitannya bersama PPIM, beliau antara pelopor persatuan itu bersama rakannya pada 1996.

Matlamat mereka dalam penubuhan persatuan terbabit adalah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu pengguna berlandaskan syariah dan panduan Islam.

PPIM bukan satu-satunya persatuan disertai Ma'amor, malah beliau terbabit dengan lebih kurang 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aneka bidang sejak 1996.
Beliau pernah terbabit sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Perspektif Islam Hadhari, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia, Ahli Majlis Penasihat Pengguna Malaysia, Ahli Dewan Perniagaan Islam Malaysia Selangor dan Ahli Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy).

Di peringkat Kebangsaan, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Perundingan Islam di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Kumpulan Penasihat Pakar dan Kumpulan Perunding Teknikal Majlis Harga Barang Negara serta Majlis Ekonomi Melayu Malaysia.

Menurut Ma'amor, pembabitannya dalam pelbagai persatuan dan NGO banyak membantunya dalam proses mematangkan diri.

"Dari situlah saya belajar mengenai pelbagai perkara dan ia tidak terbatas dengan karier saja. Saya lantang dalam isu dan hak pengguna Islam, dan ia bukan bidang yang saya pelajari ketika di universiti.

"Paling penting, melalui persatuan inilah saya dapat membentuk diri saya, pada masa sama saya turut mengenali ramai orang, dari peringkat bawah hingga atas," katanya.

Bercakap mengenai cabaran hidup di usia 50-an, bagi beliau, ia adalah klimaks bagi menentukan hala tuju hidup seseorang.

"Ia akan menentukan di mana kedudukan anda nanti, jika masa muda anda tercicir, ia akan menentukan hidup anda kemudian.

"Apapun, sama ada susah dan senang, di usia beginilah kita menjadi matang dan mudah menangani pelbagai cabaran dalam hidup seterusnya," katanya.

Daripada segi pencapaian peribadi, tokoh yang lantang dalam isu membabitkan hak pengguna Islam ini pernah menerima pelbagai anugerah di peringkat nasional dan tempatan, antaranya Anugerah Kepimpinan Kategori Kepenggunaan dari Yayasan Insan Melaka, Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Maal Hijrah Selangor dan Anugerah Tokoh Penggunaan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan.



>PROFIL
NAMA: Datuk Dr Ma'amor Osman
LAHIR: 13 Mei 1960 di Kampung Paku, Alor Gajah, Melaka
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur (Matrikulasi) dan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1987)
KARIER: Doktor dan pengamal perubatan profesional
KARIER LAIN: Pengarah Syarikat Inno Scientific And Services Sdn Bhd dan Arena Lagenda Sdn Bhd
PEMBABITAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN: Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); pernah terbabit sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam di Jabatan Perdana Menteri (2008); Ahli Jawatankuasa Penilaian Perspektif Islam Hadhari, Institut Kefahaman Islam Malaysia (2008); Ahli Kumpulan Penasihat Pakar dan Kumpulan Perunding Teknikal Majlis Harga Barang Negara (2008); Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (2007); Ahli Majlis Penasihat Pengguna Malaysia (sesi 2002 hingga 2004); menyertai Majlis Permuafakatan Konsumen Indonesia-Malaysia (2003), Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (Mapan - 2003); Majlis Ekonomi Melayu Malaysia (2003); Ahli Dewan Perniagaan Islam Malaysia Selangor (2001) dan Ahli Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy - 2001)
PENGALAMAN: Pernah bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur (1986-1989); kemudian menyambung khidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga 1993 dan kini mengendalikan klinik persendirian milik beliau, Klinik Maamor
PENCAPAIAN: Anugerah Kepimpinan Kategori Kepenggunaan dari Yayasan Insan Melaka (2010), Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan (2009), Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Maal Hijrah Selangor (2008) dan Anugerah Tokoh Penggunaan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan (2006).
ISTERI: Datin Rohayah Ab Rahman
ANAK: Mardhiah (25) dan Muhammad Razeen (9)

Pesona Cleopatra Hollywood




LAKONAN Elizabeth Taylor dalam filem Suddenly Last Summer pada 1959 mejadikannya aktres paling menggoda.


LIZ Taylor atau nama sebenarnya, Elizabeth Rosemond Taylor berjaya menawan hati sembilan lelaki.
Dia ialah ratu Hollywood. Haruman kehadirannya dalam bidang seni lakonan berjaya menawan hati semua orang. Memulakan karier lakonan seawal umur 10 tahun pada 1942 menerusi filem There's One Born Every Minute, Liz Taylor membesar sebagai seorang jelitawan Hollywood.
Membintangi hampir 70 buah filem, dunia dikejutkan dengan kematiannya akibat komplikasi jantung pada Rabu lalu. Dia berusia 79 tahun.
Ketika hayatnya, Taylor yang merupakan primadona filem Hollywood pernah berkahwin dengan lapan lelaki termasuk sebanyak dua kali dengan aktor yang pernah dicalonkan sebanyak tujuh kali dalam Anugerah Akademi, Richard Burton.
Pelakon kelahiran London itu berkahwin pada usia 18 tahun dan menjanda pada buat kali pertama pada 1951. Dia berkahwin semula pada 1952 sebelum bercerai lagi pada usia 26 tahun.

ELIZABETH TAYLOR dan suami kelimanya, Richard Burton tiba di Itali untuk penggambaran filem Cleopatra pada 1962.


Mungkin disebabkan pesona yang dimiliki wanita itu tiada tandingan, maka ramai lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya juga bukan calang-calang.
Antaranya, pengasas Hotel Hilton dan juga moyang kepada pelakon Paris Hilton, Conrad Hilton. Ahli politik Republikan, John W. Warner dan penerbit filem terkenal Michael Todd.
Taylor pernah berkahwin dengan aktor kacak, Michael Wilding dan penyanyi, Eddie Fisher.
Selain itu, Taylor juga pernah berkahwin dengan pekerja binaan, Larry Fortensky yang merupakan suami kelapan beliau ketika usia Taylor 59 tahun walaupun Fortensky ketika itu berusia 39 tahun.
Ketika usia Taylor 78 tahun, beliau dilaporkan bertunang dengan Jason Winter, 49. Mengelak berita itu menjadi perbualan hangat, Taylor dikatakan bertunang dengan pemuda itu atas dasar ingin mempunyai teman dalam hidup.
"Saya tidak boleh hanya memiliki cinta, melainkan harus berkahwin," kata Taylor dalam satu kenyataan.
Taylor turut dilaporkan menjalin hubungan asmara dengan pemain legenda bola sepak, penerbit jutawan dan peguam dari Mexico.
Kehidupan cinta Taylor barangkali menerima lebih banyak liputan berbanding kehidupan cinta selebriti Hollywood lain dalam sejarah.
Dalam satu kenyataan Tylor memberitahu, lelaki yang hadir dalam hidupnya bukan diibaratkan seperti hingus yang boleh dibuang begitu sahaja.
"Setiap perceraian yang dilalui, saya ibaratkan ia sebagai satu kematian kecil yang memeritkan," katanya.
Pesona Taylor bukan sekadar pada paras rupanya tetapi dari segi penampilannya.
Taylor sentiasa tampil anggun di khalayak ramai dengan dandanan rambut yang tersusun rapi dan solekan menawan serta memakai barang kemas yang pelbagai.
ELIZABETH TAYLOR bersama suami keempatnya, penyanyi legenda Eddie Fisher.


Peminat Taylor tidak pernah melihat pelakon itu tampil mengenakan pakaian biasa seperti seluar jean mahupun baju-T.
Selebriti terkenal dari Britain, Elton John menyifatkan kematian Elizabeth sebagai kehilangan yang cukup besar.
"Kami kehilangan bintang Hollywood paling berharga," katanya kepada Access Hollywood.
Penyanyi popular, Madonna pula melahirkan rasa sedih atas kehilangan legenda hebat itu.
"Dia merupakan legenda berhati mulia," kata Madonna dalam satu kenyataan.
Penyanyi bersuara lunak, Mariah Carey menerusi Twitter memuji Elizabeth sebagai pelakon legenda yang tiada penganti.