Wednesday, March 16, 2011

Loji nuklear rosak Jepun keluarkan radiasi di tahap bahaya

MASA DEPAN NEGARA TERANCAM: Seorang bayi diperiksa bagi tahap radiasi di Nihonmatsu di wilayah Fukushima, utara Jepun semalam. Penduduk Tokyo panik apabila paras keradioaktifan naik di sekitar loji nuklear di utara ibu kota itu semalam, hingga ada yang meninggalkan bandar itu atau mula menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain. -- Foto REUTERS


GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN
Orang ramai ketakutan, borong makanan dan air minum


SENDAI (Jepun): Letupan dan kebakaran di loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa bumi Jumaat lalu telah mengeluarkan radiasi pada tahap bahaya semalam, menyebabkan pasaran saham jatuh teruk dan orang ramai menyerbu pasar- pasar raya kerana panik.Saham Tokyo, yang menjunam kelmarin dalam penjualan terburu-buru hingga menyebabkan indeks seluruh dunia terjejas, jatuh lagi 14 peratus semalam sebelum mengurangkan beberapa kerugian dan berakhir dengan kejatuhan 10.55 peratus.Di pekan-pekan dan bandar-bandar, penduduk ketakutan memborong makanan dan air minum hingga mendorong pemerintah Jepun mengeluarkan amaran pembelian panik itu boleh menjejas keupayaannya menyampaikan bantuan ke kawasan-kawasan terjejas teruk oleh gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.Namun penduduk Tokyo yang ketakutan tetap memenuhi kereta api untuk keluar dari bandar itu atau terburu-buru membeli pelitup muka dan keperluan kecemasan kerana takut terkena radiasi.Paras radiasi di sekeliling loji Fukushima Nombor 1 di pantai timur telah 'naik dengan banyak', kata Perdana Menteri Naoto Kan.Ketua jurucakapnya berkata paras itu sudah sampai peringkat membahayakan kesihatan.Di Tokyo, pihak berkuasa juga berkata paras radiasi lebih tinggi daripada biasa telah dikesan di ibu kota itu, tetapi belum sampai tahap bahaya.Encik Kan memberi amaran kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer di luar satu zon lingkungan penghalang 20 kilometer di sekeliling loji itu supaya jangan keluar rumah.Kebakaran itu, yang akhirnya dapat dipadamkan dengan bantuan askar Amerika Syarikat, terjadi di reaktor nombor 4 loji itu, bererti empat daripada enam reaktor di loji itu kini bermasalah. Suhu di dua lagi reaktor pula dilaporkan semakin naik.Paras radiasi di loji itu dan di bandar Tokyo kemudian menurun, kata ketua jurucakap pemerintah, Encik Yukio Edano.Agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata angin yang bertiup membawa bahan radioaktif ke arah laut, dan 'tidak ada implikasi' bagi Jepun atau negaranegara berdekatan.Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis berkata bencana itu kini di paras enam dalam kiraan tujuh mata bagi tahap kehebatan kemalangan nuklear antarabangsa.Ia yang kedua hebat selepas Chernobyl, di bekas Soviet Union, pada pada 1986.Krisis itu juga mendorong Russia dan Jerman menilai semula sektor nuklear mereka, dengan Berlin berkata ia mungkin menghentikan tujuh reaktor nuklearnya selama tiga bulan sementara menunggu penyiasatan keselamatan.Jepun terpaksa juga menghadapi kerosakan amat teruk akibat gempa itu dan tsunami, yang membinasakan daerah besar di pantai timur lautnya.Angka kematian rasmi kini 2,424 orang, menurut polis, tetapi para pegawai berkata sekurang-kurangnya 10,000 orang mungkin maut.Lebih 200,000 orang telah dipindahkan dari satu zon penghalang 20 kilometer di sekeliling loji nuklear rosak itu.Bangunan-bangunan yang menempatkan reaktor 1 dan 3 meletup Sabtu lalu dan kelmarin. Semalam, satu letupan melanda reaktor 2 dan reaktor 4.Pemerhati nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), berkata Tokyo telah meminta bantuan pakar selepas gempa itu.Namun ketua IAEA, Encik Yukiya Amano, cuba menenangkan kebimbangan dunia bahawa keadaan itu boleh mencapai kehebatan tragedi nuklear di Chernobyl. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Amerika hantar pakar nuklear bantu tangani kerosakan reaktor




MENCARI TANDA-TANDA BERNYAWA: Pasukan Pertahanan Awam Jepun masih mencari orang hilang di desa Noda di wilayah Iwate. Jepun masih bergelut dengan kerosakan harta dan kehilangan jiwa akibat gempa dan tsunami, kini berdepan dengan kesan meluas daripada kerosakan nuklear pula. -- Foto AFP



GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN


WASHINGTON: Suruhanjaya Pengawalan Nuklear Amerika Syarikat (NRC) kelmarin menghantar lapan pakar dan pengurus tambahan ke Jepun bagi membantu menangani kerosakan di loji nuklearnya.
California pula kini memantau krisis itu dengan dekat tetapi para pegawai cuba tidak mengheboh-hebohkan ancaman kesihatan bagi penduduk di pantai barat Amerika, jika awan radioaktif melintasi Lautan Pasifik.NRC, yang pada Sabtu lalu menghantar dua pakar nuklear ke Jepun, menyahut seruan Tokyo agar memberikan bantuan teknikal di beberapa loji nuklear yang rosak akibat gempa bumi yang kuat dan tsunami minggu lalu.'Pasukan itu termasuk pakar-pakar reaktor tambahan, kakitangan profesional dalam hal antarabangsa, dan seorang pengurus kanan dari satu daripada empat rantau beroperasi NRC,' kata kenyataan agensi itu.Pakar-pakar pertama pasukan itu dijangka tiba di Tokyo hari ini.Pasukan itu diarahkan supaya menilai langkah-langkah menghentikan reaktor-reaktor di Jepun itu; memahami kesan sebarang pelepasan keradioaktifan yang mungkin terjadi terhadap manusia dan persekitaran; dan memberikan sokongan dan nasihat teknikal.Awal kelmarin, pemerintah Jepun telah meminta bantuan Amerika secara rasmi.Awal sebelum itu, pasukan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna berkata Jepun telah meminta bantuan daripada pasukan pakarnya.Sejurus selepas satu gempa kuat yang melanda Jepun Jumaat lalu dan merosakkan loji nuklear Fukushima yang terletak 250 kilomter dari Tokyo itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menawarkan bantuan secara rasmi kepada kerajaan Jepun.Kerosakan di loji nuklear itu mungkin menerbitkan awan yang akan melintasi Lautan Pasifik hingga ke pantai barat Amerika.Namun, paras radioaktif itu mungkin tidak begitu tinggi hingga boleh menyebabkan masalah kesihatan besar, kata NRC.Ada pakar yang tidak setuju, tetapi NRC berkata pulau Hawaii di Lautan Pasifik juga tidak begitu terancam.Jabatan Kesihatan Awam California berkata ia sedang 'memantau situasi itu' dan menarik perhatian kepada Program Tindakan Kecemasan Nuklear yang telah membariskan langkah-langkah jika ada insiden nuklear.Wilayah di barat Amerika itu telah menyimpan stok bagi kecemasan seperti itu termasuk pil-pil kalium iodida yang boleh menghalang beberapa jenis radiasi, di satu kawasan berhampiran loji nuklear San Onofre dekat San Diego, kata para pegawai. -- AFP.
Cyberita Online

Gabenor Tokyo mohon maaf


TOKYO: Gabenor bandar raya ini, Shintaro Ishihara yang terkenal kerana sikap konsevatifnya semalam memohon maaf kerana menyifatkan gempa bumi dan tsunami sebagai ‘balasan tuhan.’
“Ulasan saya mengenai bencana itu menghiris perasaan mangsa dan penduduk Tokyo.

“Saya memohon maaf,” kata Ishihara, 78 yang akan bertanding semula untuk mempertahankan jawatannya 10 April depan, pada satu sidang akhbar.
Kelmarin, gabenor itu berkata, rakyat Jepun semakin tamak dan kes penduduk negara itu yang mengambil wang pencen ibu bapa mereka dengan melengahkan laporan kepada pihak berkuasa mengenai kematian mereka.

“Adalah perlu untuk membersihkan jiwa yang tamak dengan tsunami,” kata Ishihara kepada wartawan Isnin lalu.

“Saya berpendapat ia adalah balasan tuhan.” Beliau menarik balik kenyataan itu ketika pihak berkuasa Jepun berusaha mengelak peleburan terhadap loji nukelar dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa daripada bencana Jumaat lalu.
Ishihara yang pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen, Jumaat lalu mengumumkan pencalonannya untuk penggal keempat sebagai gabenor Tokyo.

Beliau terkenal kerana pandangannya yang bersifat kebangsaan, termasuk menafikan kekejaman Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, seperti Pemerkosaan Nanking. - AFPmyMetro

Ramai kahwin warga asing di Songkhla

Ramai kahwin warga asing di Songkhla
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/03/16

Peningkatan nikah campur membimbangkan

SONGKHLA (Thailand): Sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia yang direkodkan di lima daerah wilayah Selatan Thailand sepanjang tahun lalu, membabitkan kahwin campur dengan warga asing.
Rakyat Malaysia terbabit dikesan memilih pasangan dari 31 negara asing berlainan, dengan perkahwinan antara rakyat Malaysia-Thailand mencatat angka tertinggi iaitu 419 pasangan, diikuti Malaysia-Indonesia (228), Malaysia-Pakistan (45) dan Malaysia-Filipina (18).
Selain empat negara itu, rakyat Malaysia turut memilih pasangan yang berasal dari Bangladesh, Kemboja, Afrika Selatan, Nepal, Singapura, Perancis, Nigeria, Korea, Jepun, Afghanistan, Lubnan, Denmark, Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan.

Walaupun pernikahan mereka dilangsungkan secara sah mengikut rukun serta undang-undang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, namun peningkatan angka itu saban tahun menimbulkan kebimbangan Konsul Malaysia di sini, terutama berhubung status agama rakyat asing terbabit.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika ditemui di sini, mengakui wujud kebimbangan mengenai keadaan itu terutama status ‘Islam' warga asing yang dinikahi rakyat Malaysia.

Katanya, perkahwinan sesama rakyat Malaysia di Songkhla perkara biasa, walaupun angkanya meningkat setiap tahun, namun perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga asing mula menjadi 'trend' baru sejak setahun dua lalu.
“Malah, rekod kajian dan temubual pihak kami bersama pasangan terbabit juga mendapati perkahwinan bersama warga asing turut menjadi antara sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand.

“Puncanya, selain perkahwinan itu dihalang pihak keluarga, ada juga yang memilih melangsungkan pernikahan di Thailand untuk mengelak prosedur rumit ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing jika mahu mengahwini warga asing," katanya.

Sementara itu, Mohd Aini juga berkata, jumlah rakyat Malaysia nikah di Selatan Thailand juga meningkat mendadak sejak 10 tahun lalu dan angkanya sudah melebihi 3,000 pasangan setahun.

“Pada 2005, hanya 314 pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand. Namun, selepas 2006 ia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 845 pasangan, diikuti 1,944 pasangan pada 2007.

“Jumlah itu terus meningkat dan pada 2008 lebih 2,000 perkahwinan dan tahun lalu jumlahnya mencapai 3,260 perkahwinan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, pernikahan di Selatan Thailand membabitkan lima daerah iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana prosedurnya mudah dan kos yang perlu ditanggung juga jauh lebih murah berbanding di negara asal.

INFO: Pasangan rakyat Malaysia berkahwin di Thailand mengikut daerah pada 2010
  • Songkhla - 2,559
  • Narathiwat - 177
  • Yala - 160
  • Satun - 173
  • Pattani - 191.
  • Berita Harian Online

    Teheran kecam, Amerika waspada





    2011/03/16

    RAKAMAN televisyen menunjukkan konvoi tanpa sebarang tanda dengan kenderaan perisai berwarna perang melintasi wilayah timur Arab Saudi memasuki Bahrain, semalam.
    RAKAMAN televisyen menunjukkan konvoi tanpa sebarang tanda dengan kenderaan perisai berwarna perang melintasi wilayah timur Arab Saudi memasuki Bahrain, semalam.
    Bantu Bahrain tangani prodemokrasi

    MANAMA: Iran mengecam, manakala Amerika Syarikat semalam menggesa tentera asing yang memasuki Bahrain kelmarin agar tidak bertindak keterlaluan dalam membantu Manama menangani penunjuk perasaan prodemokrasi.
    Tentera bersenjata Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu kelmarin memasuki Bahrain di atas permintaan Manama, memaksa pemantauan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat.
    Rakaman televisyen menunjukkan konvoi tanpa sebarang tanda dengan kenderaan perisai berwarna perang melintasi Wilayah Timur Saudi memasuki Bahrain, yang turut menempatkan Armada Kelima tentera laut Amerika Syarikat.

    Kerajaan Arab Saudi berkata, ia menyambut gesaan bantuan dari negara jirannya itu ketika pasukan tentera negara Teluk menyertai Pasukan Pelindung Semenanjung melintasi lebuh raya memasuki Bahrain.

    “Majlis menteri mengesahkan mereka menerima permintaan Bahrain sebagai sokongan,” kata Kerajaan Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui agensi berita tempatan SPA.

    Di bawah satu perjanjian Majlis Kerjasama Teluk (GCC) enam negara, mana-mana masalah membabitkan keselamatan sesebuah negara anggota dikira sebagai membabitkan keselamatan semua anggota,” katanya.
    Emiriah Arab Bersatu berkata, ia turut menghantar sejumlah 500 polis untuk membantu mengurangkan ketegangan, kata Menteri Luar, Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahayan.

    Tidak dapat dipastikan jika ahli GCC lain seperti Kuwait, Oman dan Qatar juga akan menyertai misi terbabit.

    Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast, berkata kehadiran tentera asing di negara pulau Teluk itu tidak boleh diterima dan menyulitkan lagi keadaan.

    Di Paris, pegawai AS yang bersama rombongan Hillary Clinton berkata, Setiausaha Negara AS itu memberitahu Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu bahawa Washington yakin penyelesaian di Bahrain perlu dilakukan melalui perubahan politik dan bukan tindakan ketenteraan. – AFP/Reuters
    Berita Harian Online

    Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya

    Kosmo!

    Horie sedih sambil menyapu air mata di atas kejadian gempa bumi dan tsunami di negaranya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

    KUALA LUMPUR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    Mungkin itu beban emosi yang dirasai oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie ekoran bencana alam yang meragut ribuan nyawa rakyat di negaranya baru-baru ini.

    Masahiko pada sidang akhbarnya di sini semalam tidak dapat menahan kesedihan sehingga menitiskan air mata di hadapan kira-kira 20 wartawan Malaysia di Pejabat Kedutaan Besar Jepun.

    Dia beberapa kali terdiam dan terpaksa mengambil masa beberapa minit sebelum dapat menjawab soalan wartawan."

    Hassan Skodeng lepas tuduhan buat komen palsu

    Kosmo!

    Irwan

    KUALA LUMPUR - Seorang blogger, Hassan Skodeng atau nama sebenarnya, Irwan Abdul Rahman dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen palsu berhubung artikel mengenai Tenaga Nasional Berhad (TNB) di laman blog miliknya.

    Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian terhadap Editor Eksekutif ruangan Lifestyle & Entertaiment akhbar The Malay Mail itu selepas dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik tuduhan terhadapnya.

    Perkara itu dimaklumkan peguam kepada Irwan, 37, iaitu Jahaberdeen Mohamed Yunos semasa sebutan kes itu semalam.

    Menurut Jahaberdeen, pihaknya telah menghantar satu representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 September tahun lalu supaya menyemak balik tuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya."

    Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

    Kosmo! 

    PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan

    GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

    Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.

    Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

    Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

    'Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit."

    Facebook kemas kini status bencana di Jepun

    Kosmo! Online - Dunia: "

    FACEBOOK sentiasa mengemaskini status tentang gempa bumi dan tsunami di Jepun.

    NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Laman jaringan sosial Facebook menggunakan fungsi kemas kini status untuk menunjukkan bagaimana berita tentang tsunami yang melanda Jepun tersebar ke seluruh dunia beberapa jam selepas bencana itu berlaku sekali gus melakar peta yang pertama seumpamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Sebelum ini, fungsi kemas kini status sering digunakan oleh pemilik akaun Facebook untuk berkongsi berita dengan rakan-rakan Facebook mereka.

    Menurut seorang jurucakap Facebook, laman jaringan sosial itu kini digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai malapetaka yang menimpa Jepun. Di samping dijadikan alat untuk mereka yang terjejas menghubungi keluarga dan rakan masing-masing.

    Menurutnya, sebahagian besar aktiviti kemas kini itu tertumpu di sekitar pantai timur dan barat Amerika Syarikat, utara Eropah dan Asia Tenggara sekali gus menunjukkan pengguna Facebook di rantau-rantau berkenaan paling berminat dengan perkembangan yang berlaku.

    'Peta ini menunjukkan buat pertama kalinya penyebaran perbualan di Facebook. Orang ramai menggunakan Facebook sebagai media untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka, selain menghubungi keluarga dan rakan-rakan,' kata jurucakap berkenaan. - Agensi"

    Ular mati patuk wanita




    SEEKOR ular menggigit seorang model wanita di Tel Aviv Israel.


    TEL AVIV - Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.
    Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.
    Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.
    Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. - Agensi
    Kosmo! Online - Dunia

    Ahli bina badan ditangkap melacur




    QUARESMA menggunakan Internet untuk mengiklankan khidmat seks yang ditawarnya.


    MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Bekas juara bina badan Kanada kategori wanita, Rhonda Lee Quaresma (gambar) ditahan polis berhubung dakwaan dia melacurkan dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.
    Quaresma, 42, ditahan selepas polis negeri Florida melancarkan siasatan mengenai sejumlah pelacur yang menggunakan Internet bagi mengiklankan perkhidmatan mereka.
    Wanita itu dicekup selepas dia didakwa menawarkan habuan seks kepada seorang anggota polis berpakaian awam sebagai tukaran untuk 'derma' sebanyak AS$275 sejam (RM850) .
    Dalam laman web bina badan miliknya, wanita itu menggambarkan dirinya sebagai 'sasa, meminati muzik dan lemah lembut', selain mampu mengangkat berat hampir 150 kilogram.
    Dia didakwa kerana melacur sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
    Pemerdagangan manusia termasuk aktiviti pelacuran diharamkan di negeri Florida. - Agensi
    Kosmo! Online - Dunia