Sunday, April 24, 2011

‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’ at Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

“Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk,” kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak.

Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat.

Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini:

“Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya.” Saya kata “Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan “Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang,” kata Anwar.

Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

“Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina,” kata Anwar

“Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan,” tambahnya lagi.

‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’ at Anwar Ibrahim

Puas jejaki bapa saudara



BALING - Seorang lelaki dari Kampung Pajak, Lorong Dokong, Mukim Pulai di sini, sudah puas menjejaki bapa saudaranya ke beberapa negeri sehingga kini.

Mohd Khadri Rejab, 45, berkata, sejak dilahirkan sehingga sekarang dia tidak pernah menemui bapa saudaranya, Mohamed Johar Pilus.

“Saya pernah bertanya pada arwah ibu mengenai bapa saudara, tetapi arwah enggan memberitahu sehinggalah saya berusaha mencari sendiri, namun sehingga sekarang tidak ditemui,” katanya.

Mohd Khadri berkata, dia terdetik untuk mencari bapa saudaranya sejak sekian lama dan masih yakin dia masih hidup.

Menurutnya, alamat yang ditemui pada sekeping gambar yang disimpan beralamat C-96 Bukit Ubi Road, Kuantan, Pahang.

“Saya merayu orang ramai yang mengenali bapa saudara bolehlah menghubungi telefon bimbit saya, 017-4723101,” katanya kepada pemberita 

Dua beradik jaga bapa lumpuh



ALOR LIMBAT - Kehidupan seorang warga emas yang kematian isteri 10 tahun lalu di Kampung Binjai Berambu di sini, amat menyayat hati kerana dia hanya mampu terbaring di atas tilam usang akibat lumpuh selepas diserang strok sejak bulan lalu.

Namun, warga emas ini, Mohamad Ali Salleh, 73, amat beruntung kerana mempunyai anak yang bertanggung jawab dan berhati mulia seperti Rosdi Mohamad Ali, 39, dan abangnya, Mohd Mohamad Ali, 52, yang cekal menjaganya setiap hari.

Menurut Rosdi yang bekerja sebagai tukang rumah di sini, dia dan abangnya reda dengan apa yang menimpa bapanya dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun dalam masa sama perlu menjaga keperluan isteri dan enam anaknya.

“Kami reda dengan ketentuan Allah ini dan akan menjaganya tanpa mengharap sebarang balasan kerana selama ini bapa sudah banyak berkorban untuk kami 10 beradik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini, semalam.

Rosdi berkata, rutin hariannya bersama abangnya yang juga bekerja sebagai tukang rumah bermula jam 8 pagi untuk memandikan bapanya itu, seterusnya menggantikan lampin dan menyediakan makan pagi selepas menghantar anak ke sekolah.

Menurutnya, walaupun mereka bekerja dengan pendapatan tidak menentu, tanggungjawab menjaga bapa terpikul di bahu mereka memandangkan adik beradik lain tinggal berjauhan kerana mengikut keluarga masing-masing.

“Walaupun pendapatan kami tidak menentu, tetapi ia cukup untuk menyara keluarga dan menanggung perbelanjaan harian serta kos perubatan bapa yang turut mendapat bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Sementara itu abangnya, Mohd berkata, malah, bapanya tidak pernah mengharapkan balasan dan sebagai anak, kesusahan hidup bukan alasan untuk mereka mengabaikan keperluan dan tidak menjaga bapa pada penghujung usianya.

‘Kami tak minum arak’


BUKTI... gambar dalam Internet menunjukkan Que dan Linda bersama rakan di hadapan botol arak.

BUKTI... gambar dalam Internet menunjukkan Que dan Linda bersama rakan di hadapan botol arak.

KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.

Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.

“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.

Janda Roslin enggan terbabit


KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain badminton negara Roslin Hashim, 36, Norhayati Othman, 39, enggan dikaitkan dengan sebarang berita atau kejadian membabitkan Roslin serta keluarga produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.
Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, Norhayati menganggap dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kerana baginya segala-galanya sudah selesai.

“Saya tidak mahu masuk campur lagi kerana apa yang saya lihat sekarang adalah membabitkan pihak mereka dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Jadi, rasanya saya tidak perlu bercakap apa-apa kerana tidak menjadi keperluan untuk saya memberi sebarang kenyataan.

“Lagipun, jika ada perkara yang ingin saya katakan, ia akan dibuat mengikut saluran betul,” katanya ketika diminta mengulas luahan rasa bekas jaguh badminton beregu negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami Raja Azmi berhubung kes tuduhan khalwat membabitkan isterinya dan pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan terhadapnya.

Beliau mendakwa mengetahui apa sebenarnya berlaku (antara Roslin dan Raja Azmi) yang dikatakan berkhalwat di sebuah hotel pada Ogos, tahun lalu, kerana ketika kejadian dia berada di hotel berkenaan.


Norhayati berkata, dia hampir melupakan kejadian silamnya, malah baru mengumpul kekuatan untuk memulakan hidup baru.

Isteri boleh tuntut fasakh


KUALA LUMPUR: “Isteri yang menjadi mangsa suami ‘makan luar’ dan menyedari dirinya ditipu suami boleh mendapatkan fasakh. Dalam kes sebegini, Mahkamah Syariah ada kuasa untuk memisahkan pasangan bermasalah,” kata penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Semalam, akhbar ini melaporkan seorang suami yang bekerja sebagai pemandu treler dan gemar mendapatkan khidmat pelacur, menerima padah apabila disahkan menghidapi penyakit kelamin, Clymidia dan mandul.

Dalam masa sama, si suami yang hanya dikenali sebagai Mail, 38, berhajat menceraikan isterinya kerana gagal memberikan zuriat selepas empat tahun berkahwin kerana penyakit itu.

Menurut Hassan, si suami tidak perlu menceraikan isterinya kerana wanita itu lebih berhak mendapatkan fasakh.

Ini disebabkan lelaki terbabit tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Jika isteri enggan mendapatkan fasakh, si suami juga boleh menceraikan isterinya. Jika persetujuan dicapai dan mereka enggan bercerai, si suami perlu kembali ke jalan benar dan bertaubat.


“Islam melarang perlakuan maksiat dan zina. Malah, dalam peristiwa Israq dan Mikraj, Rasulullah memilih daging yang baik dan bersih daripada yang kotor dan busuk,” katanya.

Penyakit misteri kesan tumpahan


Penduduk sekitar Teluk Mexico hilang ingatan, tekanan darah tak stabil 


RACELAND (Louisiana): Berpuluh-puluh pendu­­duk sekitar Teluk Me­­­xi­­­co yang dilanda tumpahan minyak selepas letupan menenggelamkan pelantar Deep­­­water Horizon, kena penyakit misteri termasuk hilang ingatan dan tekanan darah yang sekejap tinggi dan sekejap rendah.
“Apa yang unik mengenai pesakit ialah mereka hilang ingatan. Mereka juga mengalami tekanan darah yang kadang kala rendah dan tinggi sebelum kembali normal.
“Selain itu, tahap gula dalam darah juga tinggi rendah. Ada juga yang meng­alami masalah paru-paru dan usus serius,” ka­­ta doktor, Mike Robichaux kepada Cable News Network (CNN). 

Pendedahan itu dibuat em­­­pat hari selepas seorang penyelidik, Michelle Jones, menyiarkan laporannya me­­­ngenai penyakit misteri itu dengan menerangkan tiga kes membabitkan penduduk tempatan dan bekas pekerja BP yang jatuh sakit kerana tumpahan minyak itu. 

Robichaux melaporkan, dia me­­­­­­rawat sekurang-kurangnya 60 pesakit dan mungkin ada ra­­­­­­­mai­­­ lagi yang mengalaminya. 

Sebuah laman web aktivis alam sekitar mengecam sikap media Amerika yang memilih untuk tidak mela­porkan masalah yang menimpa penduduk dekat Teluk Mexico. 
Seorang penduduk, Andy LaBoeuf, 51, berkata dia dibayar AS$1,500 (RM4,500) sehari untuk mengaut minyak dari da­­­sar laut, dianggarkan se­­banyak 4.9 juta tong selepas telaga BP pecah. 

Empat bulan kemudian, dia jatuh sakit dan tidak dapat bekerja. Baru-baru ini, dia terpaksa membiayai semula ru­­mah kerana tidak dapat membayar cukai. 

“Saya sudah lama sakit dan tidak dapat pulih,” ka­­­tanya ke­­­­ti­­­ka menerangkan masalah ingatan dan sakit kerongkong yang dialaminya lebih setahun lalu. 

Selain hilang ingatan dan darah tinggi tidak menentu, ma­­­­­­sa­­­lah mata, pernafasan, lo­­­­­ya dan ketegangan diri adalah antara yang dialami pe­­­kerja yang menangani tumpahan minyak Prestige di Sepanyol pada 2002 dan tumpahan Exxon Valdez di Alaska pada 1989. 

Diminta memberi ulasan perkara itu, BP menghantar e-mel yang menyatakan ‘perlindungan kepada pekerja bantuan adalah diutamakan’ dan ia sudah menjalankan pemantauan seluas mungkin dengan agensi kerajaan bagi membantu mereka. 

“Masalah kesihatan dan ke­­­cederaan dicatat ketika memberi bantuan dan data perubatan menunjukkan kea­­­­­­daan mereka tidak banyak beza daripada keadaan biasa.” 

Menurut data Institut Ke­­­­bangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 52,000 pekerja terbabit dalam menangani masalah tumpahan minyak di Teluk Mexico pada Ogos 2010. 

Negeri Louisiana pula mela­­porkan 415 kes masalah kesihatan yang ada kaitan dengan tumpahan itu termasuk sakit tekak, pening kapala dan loya. - Agensi 

Usah layan lelaki Afrika di Facebook



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.
"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.
"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.