Tuesday, February 10, 2015

Ini kampung saya, saya perlu pulang, kata Anwar


Anwar berucap pada Majlis Makan Malam bersama Anwar Ibrahim di Padang Dataran Petaling Jaya, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar berucap pada Majlis Makan Malam bersama Anwar Ibrahim di Padang Dataran Petaling Jaya, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini.

Anwar dalam ucapannya sekali lagi menyebut tentang pelawaan daripada beberapa pemimpin negara luar untuk menyelamtkannya daripada dipenjara.

"Saya hanya menjawab, Malaysia adalah kampung saya, saya perlu pulang untuk menegakkan keadilan.

"Saya bukan penakut, saya akan melawan ketidakadilan di negara ini demi generasi akan datang," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim di Padang Timur, hari ini.
Katanya lagi, generasi muda negara ini perlu tampil menegakkan keadilan.

"Keadilan ini bukan untuk saya tetapi untuk masa depan mereka sendiri," katanya lagi.

Khalid Ibrahim nasihat keluarga Anwar


Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya isteri serta anak-anaknya supaya tabah menerima keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat II yang diumumkan hari ini.

Kata Abdul Khalid menerusi laman mikro Twitternya, beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian dari  ALLAH terhadap Anwar dan keluarganya.

“Saya berdoa kepada ALLAH semoga keluarga Anwar diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi posting tersebut.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Anwar dibawa ke Penjara Sungai Buloh


Kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Penjara Sungai Buloh hari ini. - Foto Bernama
Kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Penjara Sungai Buloh hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh petang ini.
Ketua pembangkang itu dipercayai dibawa ke Penjara Sungai Buloh dengan menaiki kenderaan jenis Nissan X-Trail.
Kenderaan itu turut diiringi lapan kenderaan lain dan dilihat masuk ke perkarangan penjara selepas meninggalkan Mahkamah Persekutuan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan Anwar dibawa ke penjara itu pada 3.49 petang tadi.
Suasana di luar Kompleks Penjara Sungai Buloh bagaimanapun tenang dengan segelintir individu dipercayai penyokong Anwar mengambil peluang merakam gambar kenderaan yang dinaiki Penasihat PKR itu.
Ketibaan Anwar dikawal ketat kira-kira 60 pegawai dan anggota daripada Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pada 5.40 petang, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tiba di Penjara Sungai Buloh untuk menyerahkan beg peribadi milik Anwar berwarna biru gelap.
Turut kelihatan di luar perkarangan penjara ialah Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa dan ketika ditemui pemberita, beliau (Sivarasa) berkata Anwar tidak dibenarkan untuk menerima pelawat hari ini.
"Esok pagi saya akan jumpa Anwar, waktu lawatan belum ditentukan lagi," katanya.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Keputusan itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim. -Bernama

Kelayakan Anwar sebagai MP terlucut

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama


Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
10 Februari 2015

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang ahli Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai ahli Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.
    
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
    
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
    
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
    
Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya. 
    
Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon Pas, Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
    
Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRU10 pada November 1999.
    
Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos, 2008.
    
Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 September 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.
    
Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi. - Bernama

Kes Anwar bukan cerita politik


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
PUTRAJAYA - Kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bukanlah cerita mengenai politik, tetapi mengenai cerita manusia dan perspektif badan kehakiman.

Peguam kanan pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, "semua ini adalah cerita tentang semua manusia tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang".

"Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar, yang mendapat perhatian dalam negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukan olehnya.

"Sepertimana kesemua mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah," katanya ketika membacakan kenyataan pihak pendakwaan dalam sidang media di luar Mahkamah Persekutuan di sini.

Anwar hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, dan mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Keputusan itu dibuat oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Muhammad Shafee turut meminta pihak media melihat kepada fakta kes dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara ini dengan sebaik mungkin demi masyarakat.

"Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim, dan mendakwa sistem kehakiman kita telah di kompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya," katanya.

Muhammad Shafee, yang berpuas hati dengan keputusan hari ini, bagaimanapun berkata, "ia tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya.

"Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa berhadapan dengan sesi pemeriksaan balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguam bela Anwar boleh menyoal balas beliau," katanya dengan menambah, yang proses keadilan telah memburukkan lagi penderitaan Mohd Saiful.

Muhammad Shafee yang dilantik sebagai ketua pendakwaan pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan, berkata manakala Anwar enggan berdepan dengan pemeriksaan balas dan memilih hanya memberi secebis kenyataan dari kandang tertuduh.

Beliau menganggap tugas tersebut sebagai suatu yang sangat sukar "kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman".

"Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk  mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar di dalam kes ini," katanya.

Beliau berkata setiap penghakiman yang dibuat berdasarkan fakta, dan contohnya keterangan DNA, yang Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA iaitu pertama, memerlukan 16 bacaan yang sepadan, dan kedua tiada perundangan di negara ini yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA.

"Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi. United Kingdom dan Amerika Syarikat membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 iaitu dalam erti kata lain ia padanan sempurna.

"Dan kesemua DNA adalah didapati daripada 'semen', yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh curi, palsukan atau mencemarkannya," kata beliau.

Muhammad Shafee berkata apabila Anwar mencabar sampel pihak pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri sebagai suatu keterangan.

"Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau memilih untuk tidak berbuat apa-apa," katanya.

Selain itu notis alibi Anwar, yang pada mulanya merupakan suatu notis yang menyeluruh, dan telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah, dan ini telah dibuktikan lama dahulu, katanya.

Selain itu, Anwar enggan bersumpah dengan al-Quran mengenai kejadian tersebut, sementara Mohd Saiful telah bersumpah dengan al-Quran mengenai butir kejadian itu di Malaysia dan juga di Mekah, yang merupakan tanah suci Islam.

"Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: Dalam proses undang-undang sedia ada, dan dalam aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti?

"Pada hari ini, jawapan daripada hakim-hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan," katanya.

Muhammad Shafee berkata tuduhan besar yang sering diulang Anwar adalah kes ini mempunyai motif politik, namun berdasarkan keputusan hari ini tuduhan tersebut adalah palsu.

"Tiada sesiapa pun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuk keputusan yang memihak kepada Anwar. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah Anwar dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan," katanya. - Bernama

Larang Jilbab di Sekolah, Ulama Rusia Kirim Surat Terbuka kepada Presiden Putin

ulama rusia

ULAMA Rusia dikabarkan telah mengirim surat kepada Presiden Vladimir Putin mendesak untuk membela hak Muslimah untuk mengenakan jilbab di sekolah-sekolah dan universitas.
“Saya berbicara kepada Anda sebagai ulama juga sebagai seorang ayah. Saya harap Anda bisa melindungi nilai-nilai tradisional kita, melindungi putri dan cucu kami. Juga, melindungi masa depan negara yang besar dan indah di Eurasia ini,” tulis Ravil Gainutdin dalam surat terbuka yang diterbitkan awal pekan ini di website resmi Dewan Rusia seperti yang dilansir Islam Online, Ahad (8/2).
Ulama Gainutdin menjelaskan, suratnya itu dipicu oleh Mahkamah Agung yang berencana untuk membahas larangan jilbab di sekolah-sekolah yang sebelumnya diperkenankan. Pembahasan ini akan dilakukan Mahkamah Agung Rusia pada 11 Februari mendatang.
Para Sarjana juga mengingatkan pemimpin Rusia. Mereka memperingatkan pada 1 Februari lalu yang bersamaan dengan hari hijab internasional.
“Jilbab yang kami gunakan sudah ada di agama-agama Ibrahim lainnya dan budaya tradisional. Kami menilai pengaruh asing menjadi penyebab kontroversi yang menyerang pakaian wanita Muslim,” tambahnya.
Islam sendiri merupakan agama terbesar kedua di Rusia. Penganut agama ini mewakili sekitar 15 persen dari penduduk mayoritas Ortodoks yang berjumlah sekitar 145 juta. [ra/islampos]

1,500 tentera Rusia tiba di Ukraine


KIEV 10 Feb. - Kira-kira 1,500 tentera Rusia dan konvoi kelengkapan ketenteraan memasuki Ukraine sejak hujung minggu lalu, lapor tentera Ukraine semalam.
"Kira-kira 1,500 anggota tentera Rusia dan kira-kira 300 peralatan ketenteraan, termasuk sistem peluru berpandu, memasuki sempadan Ukraine-Rusia sejak beberapa hari lalu," kata jurucakap tentera Ukraine, Andriy Lysensko.
Katanya lagi, kira-kira 170 buah kenderaan, termasuk trak, lori tangki minyak dan beberapa buah kenderaan juga menyeberangi sempadan.
Ukraine dan Barat menuduh Moscow membekalkan tentera dan peralatan kepada kumpulan pemisah Pro-Rusia yang bertempur dengan tentera Kiev di timur negara ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/1-500-tentera-rusia-tiba-di-ukraine-1.57984#sthash.WMmwETaf.dpuf