Showing posts with label polis bangang. Show all posts
Showing posts with label polis bangang. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim



Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.
Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato’ Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.
Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.
Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan ‘rule of law’ dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.
Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.
Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.
Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.
Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.
Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Dipetik daripada blog Datuk Seri Anwar Ibrahim

Gangguan Polis, Ceramah Anwar Dipindah ke Dalam Rumah at Anwar Ibrahim



Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.
Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.
Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan
Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.
Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara.
“Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan,” kata Anwar
Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan.
Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.
Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair.
Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata, polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh.
“Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas.
Akibat ganggunan polis, ceramah Anwar terpaksa dibuat dalam bilik gerakan di N7 Dun Semariang.
“Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan,” kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir.
Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari
.
Gangguan Polis, Ceramah Anwar Dipindah ke Dalam Rumah at Anwar Ibrahim

Sunday, December 19, 2010

ASP KELABU ASAP ! NGAKU SILAP



Tangkapan terhadap Mohamad Sabu tanpa waran tangkap yang sah - Saksi
Harakahdaily
BUTTERWORTH, 16 Dis: Saksi kes dakwaan menghalang pejawat awam menjalankan tugas terhadap Haji Mohamad Sabu mengaku di mahkamah majistret hari ini bahawa waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu bukan yang dipohonnya.

Pegawai penyiasat kes perhimpunan Bersih, ASP Idris Rejab berkata, beliau memohon mahkamah majistret mengeluarkan saman untuk satu kes jenayah kepada Mohamad Sabu namun yang dikeluarkan oleh majistret adalah waran tangkap.

Waran tangkap itu pula, katanya, tanpa tarikh dan nama majistret yang mengeluarkannya.Idris memberikan keterangan di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang sebagai saksi pihak pendakwa terhadap Mohamas Sabu dan sembilan yang lain atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam.

Mereka didakwa berbuat demikian pada 7 Disember 2007 di Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang ketika Mohamad sabu dan keluarganya dalam perjalanan pulang di majlis perkahwinan anaknya.

Ketika itu, polis dikatakan mahu menyerahkan waran tangkap kepada Mohamad Sabu kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur namun Mohamad enggan bekerjasama sehingga pintu keretanya dipecahkan.

Dalam keterangan di mahkamah hari ini, ASP Idris Idrus mengaku kesilapan itu bermakna penyerahan dan tangkapan pada 7 Disember 2007 itu menghadapi risiko tidak sah kerana ia bukan berdasarkan waran tangkap yang sah.Waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu pada 7 Disember itu adalah waran tangkap yang lain, bukan waran tangkap yang diperolehi oleh ASP Idris kerana salinan asalnya kekal bersama beliau.

Waran tangkap itu bertarikh 4 Disember sedangkan waran tangkap yang dipohon beliau adalah tanpa tarikh dan tanpa nama majistret yang mengeluarkan waran itu.

Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di dakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang pejawat awam menjalankan tugasnya.

Beliau dan sembilan yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama Amirudin Zulkifli dan Yusnita Yusof manakala pendakwaan dibuat oleh ketua pendakwa Pulau Pinang.

Ia dibicara didepan Majistret Mohd Izham Ali.
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

Thursday, October 28, 2010

Ditembak polis kerana tak pakai topi keledar

Wanita terkejut suami ditembak 

PASIR GUDANG – Seorang wanita terkejut selepas melihat suaminya terbaring di depan pagar berlumuran darah sementara seorang anggota polis berdiri di: sampingnya, sebaik pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 6 petang, kelmarin. 

Seperti lagak dalam drama, suaminya yang ketika itu masih sedarkan diri menunjukkan dan berkata bahawa bahagian belakang pinggangnya cedera parah terkena tembakan. 

Wanita terbabit yang enggan namanya disiarkan tidak menyangka hasrat suaminya yang ingin keluar menjala ikan berakhir dengan tragedi ditembak kerana dikatakan melarikan diri daripada pihak berkuasa. 

Menurutnya, suaminya yang ketika itu menunggang motosikal bersama beberapa rakan, melarikan diri daripada ditahan kerana tidak memakai topi keledar dan hanya mempunyai lesen L serta cukai jalan tamat tempoh. 

“Ketika saya pulang makan tengah hari di rumah, suami ada memberitahu dia ingin keluar menjala ikan bersama rakan dan saya pergi semula ke tempat kerja memandu kereta sendiri. 

“Betapa terkejutnya saya sebaik pulang dari tempat kerja apabila melihat suami terbaring berlumuran darah di depan mata kerana ditembak seperti lagak dalam drama yang ditonton di televisyen,” katanya, semalam. 

Dia yang masih bersedih dengan tragedi yang menimpa suaminya, bimbang dengan masa depan empat anaknya yang masih kecil kerana keadaan suaminya yang dirawat di hospital masih belum stabil serta belum sedarkan diri. 

Wanita itu juga mempertikaikan kenapa suaminya ditembak, sedangkan banyak cara lain boleh digunakan untuk menangkap suaminya jika benar dia melarikan diri kerana ketakutan kerana melakukan kesalahan jalan raya. 

“Saya tidak berpuas hati kerana suami saya ditembak seperti penjenayah bahaya, sedangkan dia cuma melarikan diri kerana menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar dan cukai jalan mati serta hanya ada lesen L. 

“Saya bimbang jika apa-apa berlaku kepada suami kerana anak kami empat orang masih kecil dan perlukan kasih sayang ayah; saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi jika apa-apa berlaku kepada suami saya,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat secara terperinci. 

Namun beliau enggan mengulas lanjut.

Friday, October 22, 2010

Polis bangang

Geram kena pintas


KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya dalam kejadian di Batu 2, Jalan Kuala Krai, dekat Bunut Payung, semalam.
Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) oleh dua rakannya sebelum menerima rawatan pesakit luar.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Machang menuju bandar ini untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bunut Payung.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kenderaan berkenaan memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya hingga ke Bunut Payung.

Menurutnya, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di kawasan berkenaan.
“Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu.

“Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu milik seorang anggota polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa dihantar dua rakannya ke hospital akibat cedera di punggung kiri dipercayai terkena tembakan dilepaskan anggota polis itu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, anggota polis berkenaan dan rakannya dikatakan datang ke bandar ini kerana terbabit dalam satu kes perbicaraan.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya mengenal pasti seorang daripada anggota terbabit berusia 28 tahun manakala seorang lagi belum dikenal pasti dan mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang.

“Berikutan kes itu, kami menghubungi Ketua Polis Pahang mengambil tindakan disiplin terhadap anggota terbabit. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Monday, May 10, 2010

Lagi Mangsa Tembakan Polis Fail Saman RM 1 Juta

KLANG - Sejak tragedi Aminulrashid mendapat perhatian ramai, semakin ramai individu tampil membuat laporan polis berikutan gelagat polis yang didakwa sewenang-wenang melepas tembakan.
Kali ini, Siti Nasrinda Sumirin, 23, pula membuat pendedahan mendakwa ditembak polis di Klang Ogos tahun lalu dan menyebabkan kecederaan di pinggang manakala satu peluru mengenai tudungnya.

Sehubungan itu, beliau memfail saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Beliau menuntut anggota polis yang menembak kepadanya dan tunang, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun, sebagai pengajaran kepada anggota polis tidak mengulangi tabit itu.

Anggota polis yang didakwa berbuat demikian berpangkat korporal dan konstabel.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.

Selain tuntutan RM1 juta, tunang yang kini suaminya juga menuntut bayaran RM500,000.
-tvsel

Sunday, May 9, 2010

lagi remaja dibunuh oleh polis ketika memandu


SATURDAY, MAY 8, 2010

Lagi Anak dibunuh Polis ketika memandu

SEORANG penduduk tempatan berbangsa Sungai, Liliyu Bin Suma, 72, semalam telah membuat dua laporan polis di Balai Polis Sandakan..


mengadu supaya polis di Malaysia tangkap dan dakwa anggota polis yang telah sesuka hati melepaskan tembakan menggunakan senjata api milik PDRM hingga menyebabkan kematian seorang anak lelakinya bernama Jalih Bin Liliyu (Mykad 760220-12-5991).

Dalam laporannya, diberi nombor daftar SDK/RPT/6639/2010 dan 6640/2010, Liliyu mendakwa pada 22 April 2010, lebih kurang jam 8 malam bertempat di batu 15 Jalan Labuk Sandakan, seorang anaknya bernama Jalih, telah mati akibat terkena tembakan di kepala.

Apabila ditanya mengapa dia mengambil masa begitu lama untuk membuat aduan kepada polis, bapa mangsa berkata dia dalam kebingungan dan tidak tahu apa yang wajib dilakukan.

“Saya bingung kerana nyawa seorang anak saya yang tidak berdosa telah menjadi korban hanya disebabkan dia lari kerana takut ditangkap polis sebab lesen memandunya mati.”

“Oleh kerana saudara saya, OKK Hassnar Haji MP Ebrahim baru sahaja sampai ke Sandakan, maka saya buat laporan polis sebagaimana dinasihatkan olehnya”

Bapa mangsa merasakan menembak mati anaknya hanya kerana enggan berhenti adalah keterlaluan.

Menurut OKK Hassnar, dia telah dimaklumkan tentang kejadian anggota polis menembak hingga mati Allahyarham Jalih sejak 23 April tetapi tidak ingin melibatkan diri berharap pihak polis akan bersikap telus dan jujur menyiasat serta mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.

Dalam kejadian pada 22 April 2010 seramai 4 orang berada dalam sebuah kereta proton yang dipandu oleh mangsa. Setelah terkena tembakan di kepala kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar sebuah pokok mangga di batu 15 Jalan Labuk, Sandakan.

Rakan mangsa, Mohd Ardi Bin Awang yang duduk di hadapan mengalami cedera parah dan masih berada dalam Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.





CEDERA.... Mohd Ardi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent, Sandakan.



Sementara itu, dua lagi penumpang yang duduk di bahagian belakang berjaya melarikan diri. Bagaimanapun seorang daripada mereka telah berjaya diberkas polis dan kini telah dihantar ke penjara Sibuga, Sandakan.

Beberapa jam selepas disahkan mati, pihak hospital telah membenarkan jenazah mangsa dibawa pulang untuk pengkebumian. Menurut OKK Hassnar, ketika dimandikan, baru diketahui terdapat kesan tembakan peluru yang mengena di bahagian belakang kepala tembus ke bahagian hadapan mata mangsa.

Bapa simati yang turut diiring oleh OKK Hassnar ketika membuat dua laporan polisnya menuntut supaya PDRM mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Daerah Sandakan dan Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan Jenayah Sandakan atas tuduhan cuba melindungi dan merahsiakan jenayah anggota polis yang bertanggungjawab melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian mangsa.

Bila ditanya mengapa dia menasihatkan bapa mangsa supaya membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Sandakan, OKK Hassnar berkata;

“Membenarkan jenazah dibawa pulang untuk pengkebumian tanpa post mortem menampakkan ada elemen jenayah yang sengaja hendak dirahsiakan. Kalau Kabinet Malaysia bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kematian Aminulrasyid Amzah adalah wajar kematian Jalih Bin Liliyu akibat tembakan polis diberi layanan serupa,” ujar OKK Hassnar lagi.-s/kini

Saturday, May 8, 2010

Belum selesai kes Aminulrasyid, seorang lagi remaja ditembak polis



Remaja ditembak polis kerana enggan hentikan motosikal



08/05/2010 1:40pm



TAMPIN 8 Mei - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.
Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan

Tuesday, May 4, 2010

Lagi salah laku polis kepada remaja


15 Fakta yang harus difahami mengenai KES PUKUL ANAK MELAYU BAWAH UMUR pada 14 April lalu.

1.Mangsa yang telah dipukul separuh mati itu adalah Mohd Shadan Abdul Latiff Karim berusia 17 tahun dari Taiping.
2.Insiden Pukul berlaku pada 14 April lalu oleh sekumpulan yang dipercayai polis.(masih dalam siasatan)
3.Mangsa disyaki terlibat dengan kesalahan juvana.Masih disyaki , masih OKT.
4.Apa justifikasi untuk memukul mangsa separuh mati sedemikian rupa kerana berdasar kepada peruntukkan undang-undang mangsa tertakluk pada Akta Kanak-kanak 2001 yang mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002 menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947 (semakan 1972).Bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan kepentingannya.
5.Ketua Polis Taiping Yusuf Mohd Diah masih menafikan pembabitan pihak beliau dalam insiden ini.
6.Di minit ke 00:30 saat hingga ke 00:50 saat dalam video ada seorang lelaki berbaju hitam dan botak yang memegang gari di belakang Mohd Shadan , kalau beliau bukan seorang anggota polis , maka apa perlu dia memegang gari ?
7.Pada 01:02 saat dalam video , seorang lelaki berbaju hitam yang berlambang logo PDRM menumbuk muka mangsa pada ketika itu mangsa sudah pun digari.
8.Pada 01:47 saat hingga ke 02:11 saat mangsa telah dipukul dan disepak di muka oleh 2 lelaki ketka tangannya sedang bergari di motor !!!!
9.Pada 02 : 45 hingga ke 03 : 00 setelah gari dibuka , mangsa telah dipukul oleh seorang lagi lelaki berseluar pendek hingga mangsa rebah.
10.Pada 03 : 03 saat mangsa telah dipaksa untuk berdiri kembali.
11.Pada 03 : 08 saat hingga 03 : 28 saat seorang lagi lelaki berbaju coklat memukul hingga mangsa rebah.
12. Pada 03 : 30 saat mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas dan nafasnya berbunyi agak kuat
13.Pada 4 : 05 saat mangsa sudah pun dalam keadaan separuh mati dan mengucapkan Allah Akbar dan dipijak lagi
14.Pada 05 : 10 saat dia di dekati seorang lelaki berseluar jean dan pada 05 : 20 kaki mangsa ditarik dan diugut untuk dipatahkan.
15.Berdasar bukti video sahaja terdapat 5 orang lelaki yang berbeza yang memukul mangsa.

Kita lihat apa kata MENTERI , IGP dan KETUA POLIS TAIPING ....
Sumber:
http://www.tawanmalaysia.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=249:15-fakta-yang-harus-difahami-mengenai-kes-pukul-anak-melayu-bawah-umur-pada-14-april-lalu&Itemid=53

Monday, May 3, 2010

Lagi satu kes polis tembak sesuka hati. Memang polis bangang yang buat kerja ni



Peluru dalam tulang belakang 

KLANG - Belum reda insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak anggota polis, seorang pemuda tampil membuat kenyataan berhubung kes yang hampir meragut nyawanya tahun lalu.

Shahril Azlan Ahmad Kamil, 25, mendakwa kejadian pada April 2009 itu berlaku di Seksyen 7, Shah Alam dalam satu sekatan jalan raya sekitar jam 12 malam bersama empat rakannya yang lain.

Menurutnya, beliau memberhentikan kereta di bahu jalan akibat panik kerana menyedari cukai jalan kenderaan miliknya itu telah tamat tempoh namun secara tiba-tiba dua das tembakan dilepaskan ke arah beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam kereta itu.

“Satu das datang dari arah kiri dan menembusi rusuk saya serta anggota polis berkenaan datang memecahkan cermin kereta sambil mengacukan pistol untuk meminta kami keluar.

“Saya bertanyakan apa kesalahan yang menyebabkan saya ditembak namun anggota polis berkenaan berlalu meninggalkan saya yang dalam keadaan kesakitan di situ,” katanya.

Shahril berkata, selepas itu seorang pegawai polis yang turut ada di tempat kejadian datang dan terkejut melihat beliau yang berlumuran darah akibat terkena tembakan itu.

Menurutnya, beliau dibiarkan hampir dua jam sebelum ambulans tiba dan beliau di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) namun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat keadaannya yang serius.

“Doktor mengesahkan tembakan itu mengenai rusuk dan peluru itu masih berada di dalam tulang belakang sehingga kini. Pihak hospital juga memaklumkan risiko untuk mengeluarkan peluru itu agak tinggi dan berkemungkinan saya boleh lumpuh jika dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata,beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Exco untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius kes ini kerana ia melibatkan soal nyawa dan akan membantu menyediakan khidmat guaman kepada Shahril kelak.

“Pengadu kini tidak mampu lagi bekerja secara berlebihan akibat peluru yang masih berada di dalam tulang belakangnya. Malah beliau juga mengalami trauma akibat kejadian itu.

"Lebih menghairankan, kes berkenaan seolah-olah senyap tanpa ada tindakan daripada polis untuk menyiasat anggota mereka yang bertindak sedemikian,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story7637678.asp