Add caption |
Thursday, January 7, 2016
Tempo siar artikel kemewahan Najib, Rosmah
Rencana bertajuk “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri’ turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Penulisnya yang dikenali sebagai Rosalina telah memetik laporan akhbar antarabangsa dan media tempatan untuk mengaitkan kehidupan mewah Perdana Menteri dan isteri yang didakwa telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.
Dia turut memetik laporan The NewYork Times yang mendakwa Rosmah memiliki barang kemas bernilai jutaan ringgit dan beberapa beg tangan berjenama mewah, Birkin.
Begitu juga dengan kenyataan MyWatch yang mendakwa Rosmah memiliki empat jam tangan mewah jenama Richard Miller Lady RM007 yang dikatakan mencecah harga hampir setengah juta ringgit.
Artikel itu menyebut, gaya hidup mewah Rosmah itu tidak sepadan dengan pendapatan Najib sebanyak RM350,000 setahun.
Penulis turut mengaitkan laporan kekayaan anak Rosmah dari perkahwinannya sebelum Najib, Riza Aziz, yang dilaporkan memiliki kekayaan luar biasa.
Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit dan kekayaaan yang dimiliki itu dikaitkan dengan bapa tirinya, Najib.
NAJIB TAK SEMPAT SAMPAI PILIHANRAYA TERSUNGKUR, KATA ANINA
2016-01-07PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB RAZAK AKAN TERSUNGKUR DI KAKI RAKYAT SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU-14).
Perkara itu ditegaskan, bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin, kerana rakyat negara ini sudah muak dengan tindak-tanduk pentadbiran beliau.
Perkara itu tidak mustahil, tegas Anina, kerana sejarah membuktikan bahawa beliau sudah hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihanraya terdahulu.
“Saya nak beri tahu Datuk Seri Najib, saya harap dia mendengar, dia tidak akan sampai pada PRU-14.
“Pada PRU-12 Datuk Seri Najib nyaris-nyaris kalah di Pekan, dia menang tipis sahaja dan kalau esok pilihanraya, hari ini dia akan tersungkur,” katanya semasa wawancara bersama FMT.
Mengulas lanjut, Anina berkata, malahan ahli UMNO sendiri akan menyingkir beliau jika pemilihan parti Melayu itu diadakan dalam waktu terdekat.
Jelasnya lagi, Najib sebagai pemerintah tidak berhak memaksa rakyat untuk menyokong kepimpinannya, kerana rakyat perlu diberi pilihan untuk memilih siapa yang layak untuk memimpin negara ini.
“Pemerintah tidak boleh memaksa rakyat mengundi dia kerana pemerintah tidak menyediakan pilihan untuk rakyat. Saya nak pilih kamu tapi kamu sendiri dah macam setan,” katanya.
Dalam wanwancara itu juga, Anina turut menegur Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana dilihat terlalu mempertahankan Perdana Menteri daripada memperjuangkan suara wanita.
“Dia hanya menjadi Ketua Wanita UMNO untuk mempertahankan Datuk Seri Najib dan kuasanya sahaja. Dia sepatutnya menjadi ibu kepada seluruh wanita UMNO tetapi dia bersekongkol dengan penjahat yang paling jahat dalam sejarah UMNO,” katanya. – Free Malaysia Today
Jual Bandar Malaysia – tunggu hari pembalasan, kata Dewan Perniagaan Melayu – Malaysiakini
KINITV
ANINA LETAK JAWATAN PENSYARAH, TUMPU USAHA DESAK NAJIB DEMI 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA
Bekas ahli UMNO yang memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM2.6 bilion, Anina Saadudin meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
Dia telah menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini, Selasa, kerana tidak mahu dituduh cuba mempengaruhi pelajar-pelajar untuk menentang kerajaan.
Selain itu, bekas ahli wanita UMNO Bahagian Langkawi itu berbuat demikian kerana rasa tanggungjawabnya terhadap institusi pengajian tinggi berkenaan apabila ada pihak tertentu mula mempertikaikan kerjayanya.
“Saya tidak mahu institusi tempat saya bekerja terjejas hanya kerana kes saya. Saya rasa bertanggungjawab atas kes ini dan saya sebagai seorang kakitangan syarikat mengambil keputusan melepaskan jawatan saya sebagai pensyarah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama FMT.
Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang baik untuk 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya hanya pekerja biasa yang bekerja untuk membesarkan anak-anak kecil yang masih bersekolah tetapi saya sanggup memikul tanggugjawab ini (melepaskan jawatan) demi nama baik dan masa depan institusi tempat saya bekerja.
“Saya cabar beliau untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab melepaskan jawatan untuk 30 juta rakyat Malaysia, sekiranya saya boleh lakukan kenapa Datuk Seri Najib tidak boleh,” katanya.
Anina berkata, dia sedikitpun tidak rasa menyesal melepaskan jawatan sebagai pensyarah universiti kerana keputusan itu demi mencari kebenaran yang sebenar dan yakin rezeki itu bukan datang dari Najib tetapi datangnya dari Allah.
Keputusan itu juga akan memberi peluang kepadanya untuk berjuang dengan lebih hebat untuk mendesak Perdana Menteri demi membela nasib 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya berani menentang Datuk Seri Najib, saya berani mengheret Datuk Seri Najib ke mahkamah kerana saya percaya Allah SWT itu ada. Saya tidak akan mati kerana Datuk Seri Najib. Saya tidak akan mati kerana perjuangan saya terhadap Datuk Seri Najib.
“Ini bermakna perjuangan saya akan lebih hebat selepas ini, Saya akan terus mara ke hadapan. Keputusan mahkamah tinggi mengenepikan saman saya itu adalah satu permulaan yang baru dalam perjuangan saya,” katanya.
Dia menjelaskan, keputusan itu bukan kerana tekanan daripada mana-mana pihak sebaliknya dibuat dengan kerelaan hati kerana sayangkan universiti dan tidak mahu nama baik universiti itu diheret dalam kancah ‘peperangannya’ dengan Najib.
Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib mengetepikan saman Anina berhubung isu dana RM2.6 bilion. – FMT
Nota Ana Ghoib:
Ingatlah ini sebuah kisah hikmah diperturunkan: Seorang lelaki bertanya kepada Sufyan at Thauri:”Aku ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah yang zalim); adakah aku tergolong dalam kalangan penyokongnya?
Sufyan at Thauri menjawab: “Engkau bukan daripada kalangan penyokong tetapi engkau adalah golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada engkau jarum dan benang (untuk menjahit).” – (Kitab al Mu’jam al Kabir)
Korea Utara berjaya uji bom hidrogen
6 JANUARI 2016
PYONGYANG - KOREA UTARA . Pihak berkuasa Korea Utara telah berjaya menguji bom hidrogen susulan laporan terdapat gegaran berdekatan tapak utama ujian nuklear negara itu.
Media Korea Utara mengumumkan ujian tersebut selepas gegaran 5.1 skala ritcher dikesan berhampiran tapak Punggye-ri.
Korea Utara telah mengendalikan tiga ujian nuklear di kawasan tersebut sejak tahun 2006, lapor BBC.
Bom hidrogen menggunakan gabungan untuk mewujudkan letupan jauh lebih berkuasa daripada bom atom yang lebih asas.
Dalam pengumuman yang mengejutkan itu, pembaca berita televisyen negara Korea Selatan berkata, " Republik berjaya menjalankan ujian bom hidrogen pada jam 10.00 pagi waktu tempatan pada 6 Januari, 2016.
Bulan lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un mendakwa Pyongyang telah membangunkan bom hidrogen walaupun ia disambut dengan keraguan oleh pakar-pakar antarabangsa.
Bom Hidrogen atau bom termo-nuklear dilihat sebagai bom "bersih" dari bom atom kerana ia mempunyai kurang radioaktif tetapi juga jauh lebih kuat.
Tidak seperti bom atom yang dikuasakan oleh pembelahan nuklear, bom hidrogen kuasa dari gabungan unsur-unsur yang lebih ringan ke dalam unsur-unsur yang lebih berat.
Media Korea Utara mengumumkan ujian tersebut selepas gegaran 5.1 skala ritcher dikesan berhampiran tapak Punggye-ri.
Korea Utara telah mengendalikan tiga ujian nuklear di kawasan tersebut sejak tahun 2006, lapor BBC.
Bom hidrogen menggunakan gabungan untuk mewujudkan letupan jauh lebih berkuasa daripada bom atom yang lebih asas.
Dalam pengumuman yang mengejutkan itu, pembaca berita televisyen negara Korea Selatan berkata, " Republik berjaya menjalankan ujian bom hidrogen pada jam 10.00 pagi waktu tempatan pada 6 Januari, 2016.
Bulan lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un mendakwa Pyongyang telah membangunkan bom hidrogen walaupun ia disambut dengan keraguan oleh pakar-pakar antarabangsa.
Bom Hidrogen atau bom termo-nuklear dilihat sebagai bom "bersih" dari bom atom kerana ia mempunyai kurang radioaktif tetapi juga jauh lebih kuat.
Tidak seperti bom atom yang dikuasakan oleh pembelahan nuklear, bom hidrogen kuasa dari gabungan unsur-unsur yang lebih ringan ke dalam unsur-unsur yang lebih berat.
Korea Utara ledak bom nuklear
PYONGYANG – Korea Utara semalam mengumumkan negara itu berjaya meletupkan sebuah bom hidrogen kecil yang mencetuskan kebimbangan di Jepun dan Korea Selatan.
Media Korea Utara melaporkan, pemimpinnya, Kim Jong-un mengarahkan ujian bom nuklear itu, kali keempat oleh Korea Utara.
“Bom hidrogen pertama berjaya diuji pada pukul 10 pagi (waktu Korea Utara) semalam," lapor agensi berita rasmi KCNA.
Pada bulan lalu, Jong-un mendakwa negaranya berjaya membina sebuah bom hidrogen, juga dikenali sebagai bahan termonuklear yang lebih kuat daripada bom atom. Namun, Amerika Syarikat (AS) dan pakar-pakar antarabangsa sangsi dengan dakwaan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, para pegawai risikan Korea Selatan dan beberapa penganalisis mempertikai sama ada letupan kuat dan dahsyat semalam benar-benar berpunca daripada bom hidrogen.
Bom itu mengeluarkan tenaga 6 kiloton atau bersamaan ledakan 6,000 tan bahan letupan TNT, demikian menurut jawatankuasa perisikan Parlimen Korea Selatan.
“Skala letupan ini terlalu kecil untuk sebuah bom hidrogen sebenar. Mereka mungkin meletupkan campuran antara bom atom dan bom hidrogen. Sukar untuk mempercayai dakwaan Pyongyang melainkan mereka mengemukakan bukti kukuh," kata penyelidik kanan Forum Pertahanan dan Keselamatan Korea, Yang Uk.
Bom nuklear terbahagi kepada bom atom dan bom hidrogen.
Dalam pada itu, Pusat Kajian Geologi AS melaporkan bahawa satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku kira-kira 49 kilometer dari Punggye-ri, lokasi ujian bom nuklear itu.
Sekiranya dakwaan Korea Utara bahawa bom nuklear lebih kecil digunakan dalam ujian kali ini, ia menandakan Pyongyang boleh memasang bom itu pada peluru berpandu balistik yang bukan sahaja mengancam keselamatan jirannya iaitu Jepun dan Korea Selatan, malah turut membahayakan AS. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3wVCYGJPk
Hakcipta terpelihara
Obama menangis
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib kanak-kanak tidak berdosa yang menjadi korban insiden tembakan rambang di negara itu.
Kematian mereka mendorong beliau mengarahkan supaya undang-undang senjata api lebih ketat dilaksanakan di AS.
Pelaksanaan undang-undang itu dibuat secara unilateral tanpa kelulusan Kongres, manakala Obama turut menggesa pengundi supaya menolak calon wakil rakyat yang prosenjata api.
Obama menjelaskan, beliau sedar bahawa undang-undang senjata api di AS tidak akan berubah sepanjang baki penggal pentadbirannya.
Namun, Presiden AS itu berjanji akan melakukan segala yang terdaya untuk menjadikan isu kawalan senjata sebagai agenda utama menjelang pilihan raya Presiden AS pada November ini bagi mencari penggantinya.
Dalam ucapan penuh emosi di White House, Obama berkata, hak perlembagaan rakyat AS untuk memiliki senjata api perlu diimbangi hak untuk menjalani kehidupan dan berhimpun dengan aman. Turut hadir mendengar ucapan Obama termasuk waris mangsa yang terbunuh dalam insiden tembakan rambang itu.
Obama kerap berkata, beliau sukar untuk menerima kenyataan bahawa 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa maut dalam kejadian amuk senjata api di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada 2012.
“Setiap kali saya mengenangkan nasib kanak-kanak ini, saya jadi marah," kata Obama sambil mengesat air matanya.
Selepas tragedi itu, Presiden AS daripada Parti Demokrat itu masih gagal untuk mendesak Kongres supaya mengetatkan undang-undang senjata api.
Beliau turut menyalahkan sebilangan wakil rakyat kerana menjadi boneka kumpulan pelobi berpengaruh di AS, Persatuan Raifal Kebangsaan. – REUTERS
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3wVCDDLnW
Hakcipta terpelihara
Nilam biru terbesar bernilai £120 juta ditemui di Sri Lanka
COLOMBO – Batu nilam bintang biru terbesar di dunia seberat 1,404 karat yang bernilai sehingga £120 juta (RM761.43 juta) ditemui di Sri Lanka.
Permata itu ditemui pada Ogos 2015 dekat bandar Ratnapura, selatan Sri Lanka. Menurut media tempatan, Ratnapura terkenal dengan dagangan batu permata digelar sebagai bandar permata.
Batu nilam itu bernilai sekurang-kurangnya £68 juta (RM431.47 juta) tetapi boleh dijual pada harga mencecah £120 juta.
Pemilik baru batu nilam itu yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu akhbar tempatan, Ceylon Today bahawa dia berdebar apabila mengetahui permata itu merupakan batu nilam terbesar di dunia.
“Batu nilam ini terlalu besar untuk dijadikan barang kemas dan perlu disimpan di muzium," katanya.
Dia menggelarkan permata miliknya sebagai Bintang Adam sempena kepercayaan sebahagian orang Islam bahawa Nabi Adam turun ke Sri Lanka selepas baginda diperintah keluar dari syurga.
Nabi Adam kemudian dikatakan menetap di sebuah gunung, Punca Adam, kira-kira 24 kilometer dari Ratnapura.
Rekod dunia batu nilam biru sebelum ini ialah seberat 1,395 karat.
Permata itu kadangkala mempunyai corak sebutir bintang di tengahnya ekoran fenomena biasan cahaya yang dinamakan asterisme.
Pada 2011, Persatuan Batu Permata Dan Barang Kemas Sri Lanka menyatakan, batu nilam pada cincin pertunangan Kate Middleton berasal dari negara itu.
Batu permata Duchess of Cambridge itu yang pada asalnya milik Puteri Diana, dinamakan Batu Nilam Biru Cyelon, kata persatuan itu pada April lalu. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3wVAwRV00
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)