WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hartawan terkenal, Donald Trump yang sedang dalam proses melobi rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi presiden kini gagal dan tidak layak untuk bertanding.
Perkara tersebut diumumkan White House dalam satu kenyataan semalam selepas Trump menggesa AS supaya menghalang orang beragama Islam dari masuk ke negara tersebut.
[ARTIKEL BERKAITANTrump gesa halangan terhadap Muslim masuk AS]
"Apa yang ducapkan oleh Trump semalam telah mengagalkannya untuk bertanding sebagai presiden," kata Setiausaha Media White House, John Earnest semalam.
John menegaskan setiap Presiden AS perlu berjanji untuk 'memelihara, mempertahankan dan melindungi' undang-undang persekutuan AS, dan kata-kata Trump membuktikan sebaliknya.
Kenyataan Trump pada Isnin lepas menyebabkan beliau dikecam hebat rakyat AS, calon presiden lain dari parti sama (Republican) dan Presiden AS sendiri, Barack Obama
.