Wednesday, November 19, 2014

Bayi kepala besar perlu bantuan


Nurfaten sedang memberi susu kepada Nur Maisara.
Nurfaten sedang memberi susu kepada Nur Maisara.
KLUANG - Seorang bayi, Olivia Nur Maisara Naqiu Fitri, 1, kuat melawan penyakit yang dihidapinya sejak berusia dua minggu selepas dilahirkan.

Bayi yang lebih mesra dengan panggilan Nur Maisara itu menghidap penyakit dikenali ‘hydrocephalus’ yang menyebabkan saiz kepalanya lebih besar daripada bayi biasa.

Menurut ibunya, Nurfaten Mohd Yusoff, 25, anak bongsu daripada lima beradik itu dilahirkan pada 17 November 2013 dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit namun selepas dua minggu doktor mensyaki anaknya mempunyai masalah pada kepala berikutan saiznya yang agak luar biasa.

Jelasnya, apabila mencecah dua bulan keadaan kepala anaknya semakin membesar dan doktor terpaksa menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan air yang terkandung di kepala anaknya itu.

“Selepas pembedahan dijalankan, kepala anak saya semakin membesar, tetapi perkembangan dan tumbesaran anak saya adalah normal.

“Hanya saiz kepalanya yang membimbangkan, namun saya bersyukur tahap kesihatan anak saya memuaskan dan apabila buat pemeriksaan beratnya sentiasa naik.

“Apabila saya bagi makan nestum dan susu Nur Maisara sangat berselera,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Jalan Kiaramas, Taman Kiaramas, di sini, semalam.

Nurfaten berkata, pihak hospital pernah mencadangkannya menjalankan pembedahan sekali lagi ke atas anaknya namun dia enggan kerana tidak mahu mengambil risiko.

Menurutnya, sekiranya pembedahan dijalankankan peratusan untuk anaknya sembuh sepenuhnya agak tipis dan kini dia hanya menggantung harap dengan ubat yang diberikan oleh seorang doktor bagi mengecutkan saiz kepala anaknya.

“Selepas anak saya makan ubat yang dicadangkan itu keadaan kepada anak saya semakin mengecil dan tidak menegang seperti dahulu.

“Walaupun tidak nampak terlalu ketara perubahannya namun saya bersyukur dengan perubahan ini dan saya serta suami sanggup berhabis wang ringgit demi menyembuhkan anak saya ini,” katanya.

Menurutnya, masalah kesempitan wang sering dialami kerana hanya suaminya, Naqiu Fitri Abdullah, 32, yang bekerja menyara keluarga dengan pendapatan RM1,800 sebulan.

Nurfaten berkata, ia digunakan untuk membayar sewa rumah RM200 sebulan, membayar bil eletrik dan air serta menanggung tiga anak yang bersekolah.

“Kami tidak penah mendapat bantuan daripada mana-mana agensi terutama untuk perubatan anak saya.

“Saya harap ada pihak yang sudi hulur bantuan bulanan bagi meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Harga minyak RON97 sepatutnya RM2


ASLANI M | .
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penurunan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen malam tadi langsung tidak memadai berbanding kadar penurunan harga minyak dunia.

Hal ini kerana harga minyak dunia USD75.64/barrel pada 18 November lalu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, harga minyak RON97 pernah diturunkan sebanyak 15 sen ke paras RM2.55 pada 22 Ogos 2008 ketika harga minyak dunia USD114.59/barrel.

Katanya, akal yang waras boleh membuat penilaian iaitu kelihatan kepincangan sikap kerajaan ketika menetapkan harga minyak selaras harga minyak dunia.

“Pada saat kerajaan menetapkan harga minyak RON97 di paras RM2.55 harga minyak dunia sedang menjunam ke paras yang sangat rendah.

“Kalau dilihat kepada rekod kenaikan dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak sepatutnya sekadar turun sekadar 20 sen sahaja,” katanya di sini.

Malam tadi Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia mengesahkan harga petrol RON97 turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi. Penurunan sebanyak 20 sen.

Berdasar kepada harga petrol RON97 sekarang ia hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang mendapat subsidi kerajaan.

Ahmad Fadhli berkata, penurunan ini telah dijangka berasas fenomena penurunan mendadak harga minyak dunia.

Katanya juga kerajaan menghadapi tekanan bagi menggambarkan harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga minyak dunia.

“Kefahaman yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat Malaysia kerana faktor nilaian mata wang yang berbeza adalah tidak berbangkit.

“Jika dilihat kepada rekod pada 22 Ogos 2008 kadar tukaran USD berbanding Ringgit ialah USD1=RM3.33 manakala hari ini pada paras USD1=RM3.36,” katanya.

Kata beliau jika benar harga minyak RON97 diselaras mengikut harga minyak dunia, maka paras yang paling ideal ialah RM1.80 - RM2.

“Namun beranikah kerajaan Barisan Nasional meletakkan paras harga minyak RON97 lebih rendah dari RON95 yang kononnya diberikan subsidi.

“Nyatalah sekarang rakyat sedang ditipu kerajaan Umno dan BN,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2014

Banggol Donas: Kroni dijaga, tanah penduduk dirampas


ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu, 22 penduduk Kampung Banggol Donas kini diselubungi keresahan dan kebimbangan kediaman mereka dirobohkan bila-bila masa.

Kebimbangan itu ekoran projek pembinaan jalan yang sedang giat dilakukan kini sudah semakin menghampiri kampung mereka, yang akhirnya akan menyebabkan mereka bakal kehilangan tanah dan kediaman.

Biarpun penduduk telah mengemukakan rayuan agar jajaran ditukarkan dan dipersetujui kerajaan negeri, pihak pemaju masih enggan mengubah jajaran tersebut.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata penduduk mencadangkan dua laluan alternatif yang tidak melibatkan banyak rumah kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Difahamkan, jajaran alternatif pertama lebih pendek serta melibatkan hanya lima buah rumah sahaja, tetapi melalui tanah milik keluarga bekas Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK).

Manakala, jajaran alternatif kedua pula melalui tanah kosong, serta tiada rumah yang terlibat tetapi melalui tanah milik syarikat korporat, namun rayuan itu tidak dilayan pihak kerajaan,

Dalam masa sama, projek itu dijalankan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) apabila projek ini tidak diwartakan bawah Seksyen 4 (bahawa tanah kemungkinan diambil) sebelum memulakan projek.

"Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Bil 1/Tahun 2003) menetapkan bahawa agensi yang memerlukan tanah bagi sesuaatu projek hendaklah mencari dan menentukan tapak atau jajaran yang sesuai dua tahun sebelum pelaksanaan projek.

"Bagaimanapun, projek telah berjalan pada 18 Julai 2010, sedangkan ia diwartakan pada 18 Oktober 2010," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS petang tadi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg Banggol Donas, Salleh Embong berkata perjuangan bagi memastikan tanah warisan mereka tidak diceroboh akan terus dilakukan.

Katanya, pihak penduduk kampung telah mengemukakan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan perbicaraan mengenainya akan berlangsung pada 25 Nov akan datang.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera bertindak memandangkan kerajaan negeri pernah menyatakan persetujuan untuk menukar jajaran tersebut, namun tidak diendahkan pemaju.

"Senang cerita, dalam kes ini pemaju menang dan lebih besar dari kerajaan negeri. Mungin ada tangan-tangan ghaib di sebalik semua ini, itu saya tidak tahu," kata beliau dengan nada kesal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, menegaskan sekiranya kerajaan benar-benar mempunyai kesungguhan, isu berkaitan tanah kampung warisan ini boleh diselesaikan.

Namun, tegasnya kerajaan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan yang menyebabkan rakyat diancam dan tertindas.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah wakil Pertubuhan Prihatin Asnaf Anak Terengganu (Bantu) dan Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti).  - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Tujuh Gangguan Setan Ketika Sakaratul Maut


Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ajarilah orang-orang yang hendak meninggal dunia di antara kalian ucapan laa ilah illallah,” (Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram no 501 mengatakan, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan kitab hadits yang empat [Nasai, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah].
islampos.com—MAUT itu hak dari setiap yang bernyawa. Manusia tentu saja digolongkan pada yang bernyawa tersebut. Bagi siapapun, kematian adalah sesuatu yang pasti, namun bagaimana kita mati adalah pilihan bagi kita.
Dalam banyak sumber dan kajian, disebutkan bahwa saat-saat sakaratul maut adalah saat yang genting. Betapa tidak? Setan mengganggu manusia pada akhir hayat menjadi sesuatu paling dahsyat.
Setan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan.
Gangguan 1
Akan datang Setan dengan berbagai rupa yang rumit dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lezat-lezat. Ini disebabkan orang yang tengah berada dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut.
Gangguan 2
Setan datang kepada orang yang tengah berada dalam sakaratul maut menyerupai binatang yang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kalajengking yang berbisa.
Gangguan 3
Setan datang kepada orang yang tengah berada dalam sakaratul maut menyerupai binatang yang menjadi kesukaan orang yang hendak mati itu. Jika orang tersebut suka sekali kepada burung, maka serupa dengan burung, dan jika dia suka terhadap ayam sabaung untuk berjudi, maka dirupakan pula dengan ayam sabung judi, dan begitu seterusnya.
Gangguan 4
Setan datang kepada orang yang tengah berada dalam sakaratul maut menyerupai sesuatu  yang paling dibenci oleh orang yang akan mati tersebut. Misalnya musuhnya sewaktu masih hidup.
Gangguan 5
Setan datang kepada orang yang tengah berada dalam sakaratul maut menyerupai sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman.
Gangguan 6
Setan datang kepada orang yang tengah berada dalam sakaratul maut menyerupai ulama-ulama yang membawa banyak kitab.
Gangguan 7
Setan datang kepada orang yang tengah berada dalam sakaratul maut terdiri dari 72 barisan.
Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia kalimat  talkin “Laa Ilaaha Illallah” untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan itu. [sa/islampos]

Subhanallah, 7 Lapisan Bumi Telah Diketahui dalam Qur’an (2-Habis)


lapisan-bumi

GAMBAR ini menunjukkan tujuh lapisan bumi, memberitahukan bahwa kerak bumi adalah lapisan sangat tipis yang disusul dengan mantel dengan berbeda-beda ketebalannya, lalu disusul lapisan-lapsan yang terdiri zat cair, dan diakhiri dengan yang lapisan ketujuh, yaitu nukleus padat.
Para ilmuwan juga menemukan bahwa atom terdiri dari tujuh lapisan atau tingkatan, dan hal ini membuktikan keseragaman ciptaan, di mana bumi mempunyai tujuh lapisan dan atom-atom mempunyai tujuh lapisan juga. Subhanallah.
Tujuh lapisan bumi itu sangat berbeda-beda dari segi struktur, kepadatan, suhu dan bahannya. Oleh karena itu, tidak seorang pun menganggap bumi itu hanya mempunyai satu lapisan sebagai orang di masa lampau berpikir. Di sini kita menemukan bahwa pemikiran bahwa bumi mempunyai lapisan-lapisan merupakan berkara baru dan tidak dikenal atau yang dikemukakan pada waktu al-Qur’an itu sedang diturunkan. Penemuan-penemuan ini dikemukakan para ilmuwan abad 21 kepada kita, tetapi sejak dahulu kitab Allah telah memberitahu kita tentang hal tersebut.
Informasi di dalam al-Qur’an al-Karim
Al-Qur’an al-Karim, perkataan Allah SWT, menuturkan kepada kita tentang tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi di dalam dua ayat berikut:
“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” (QS. al-Mulk: 3).
Allah juga berfirman, “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi,” (QS. ath-Thalaq: 12).
Ayat pertama bericara kepada kedua tentang dua sifat langit: bilangan langit itu, yaitu tujuh, dan bentuk langit, yaitu berlapis-lapis. Inilah arti kata thibaqan yang kita temukan di dalam kitab-kitab tafsir al-Qur’an dan kamus-kamus bahasa Arab. Sedangkan ayat kedua menegaskan bahwa bumi itu menyerupai langit, dan hal itu diungkapkan dengan kalimat, ‘Dan seperti itu pula bumi.’ Sebagaimana langit itu berlapis-lapis, maka begitu pula bumi, dan masing-masing jumlahnya tujuh lapisan.
Informasi dalam Sunnah
Seandainya kita meneliti hadits-hadits Rasulullah SAW, maka kita menemukan sebuah hadits yang menegaskan keberadaan tujuh lapis bumi, maksudnya tujuh lapis yang sebagiannya membungkus sebagian yang lain. Nabi SAW bersabda,
“Barangsiapa yang menyerobot sejengkal tanah, maka Allah akan menimbunnya dengan tujuh lapis bumi,” (HR. Bukhari). Kata menimbun di sini diungkapkan dengan kata thawwaqa yang secara bahasa berarti meliputinya dari semua sisi.
Pertanyaannya di sini adalah: Bukankah hal ini merupakan mukjizat Nabawi yang besar? Bukankah hadits yang mulia ini telah menentukan bilangan lapisan bumi, yaitu tujuh, dan menentukan bentuk lapisan itu, yaitu meliputi dan menyelubungi. Bahkan hadits ini memuat sinyal tentang bentuk bulat atau semi-bulat. Al-Qur’an dan Sunnah telah mendahului ilmu pengetahuan modern dalam mengungkapkan fakta yang ilmiah ini. Selain itu, al-Qur’an juga telah memberi kita penjelasan yang tepat mengenai struktur bumi dengan menggunakan kata thibaqan. Subhanallah. [rika/islampos/mtf-online]

Sultan Pahang murka


Arah hentikan penerokaan tanah haram di Cameron Highlands

PEMANDANGAN persekitaran Cameron Highlands yang masih asli mesti
PEMANDANGAN persekitaran Cameron Highlands yang masih asli mesti dipelihara untuk mengelakkan kesan kemusnahan alam sekitar yang lebih buruk.-- fotoBERNAMA
CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.
Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat telah menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.
"Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta.
"Dalam hal ini, beta berharap Kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya," titah baginda yang melakukan lawatan ke tanah tinggi itu hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/sultan-pahang-murka-1.26618#sthash.vUmi3HML.dpuf

Perokok ada masalah mental - Prof. Mohamad Haniki


Alami ketagihan yang tinggi

IPOH 19 Nov. - Golongan perokok disifatkan sebagai berada dalam kalangan kelompok pesakit mental yang perlu diberikan rawatan.
Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Pahang, Prof. Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed berkata, hal itu kerana golongan perokok mempunyai masalah ketagihan yang sangat tinggi.
Beliau juga menyifatkan bahawa perokok mengalami penyakit ketagihan berpanjangan yang berulang.
“Dari segi mental, perokok mempunyai masalah kerana mereka tidak boleh jika tidak menghisap rokok. Ketagihannya berada pada kadar yang tinggi walaupun sedar bahawa rokok itu membahayakan kesihatan.
"Berdasarkan kajian, golongan perokok juga adalah yang paling ramai mendapatkan khidmat kesihatan, sama ada di hospital kerajaan atau pun swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi bertajuk 'Rokok Pemusnah Ummah' dalam Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng dekat sini semalam.
Menurut Mohamad Haniki, kajian terbaru menunjukkan terdapat kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya terkandung dalam rokok yang 70 daripadanya merupakan bahan penyebab kanser.
Katanya, enam daripada lapan penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok boleh disebabkan oleh tabiat merokok.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, kita juga perlu sedar bahawa hasil kajian pada 2010 menunjukkan penggunaan darah babi dalam penghasilan rokok,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia, Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar pula menjelaskan bahawa terdapat beberapa sebab kukuh mengapa rokok difatwakan haram.
“Rokok bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi orang sekeliling termasuk keluarga kita dan Islam mencegah kita melakukan kemudaratan.
“Menghisap rokok juga merupakan pembaziran kerana duit yang kita gunakan bukanlah untuk kebaikan, tetapi kemudaratan. Rokok juga membawa kemudaratan kepada Islam kerana membantu menguatkan musuh kita iaitu Israel,” kata beliau. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/perokok-ada-masalah-mental-prof-mohamad-haniki-1.26243#sthash.jwlZeRaH.dpuf

Gadis 23 tahun derita kanser


Jahirah yang dulunya seorang gadis periang namun kini terlantar menderita akibat ketumbuhan di peha dan kepala.
Jahirah yang dulunya seorang gadis periang namun kini terlantar menderita akibat ketumbuhan di peha dan kepala.
CHENOR - Seorang gadis berusia 23 tahun di Kampung  Bukit Lada dekat sini menanggung derita sejenis kanser dengan ketumbuhan bersaiz besar di peha dan kepala sejak tiga tahun lalu.

Ketumbuhan itu menyebabkan anak bongsu dari sembilan beradik, Jahirah Abdul Rahim hilang upaya berjalan dan susut berat badan secara mendadak.

Bapa, Abdul Rahim Awang Kenit, 66, berkata, pada  peringkat awal, ketumbuhan yang tidak mendatangkan sebarang kesakitan itu dianggap normal memandangkan tubuh badan anaknya yang sedikit gempal.

Menurutnya, setahun berlalu, Jahirah hilang upaya berjalan selepas ditemui terbaring di bilik mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlaku pertumpahan darah.

Katanya, ketika ketumbuhan itu membesar, mereka pernah bawa Jahirah ke sebuah hospital pakar di Kuantan, namun kos rawatan mencecah RM10,000 dikenakan sekiranya mahu menjalani rawatan pengimbasan bagi mengetahui penyakit tersebut.

“Disebabkan tidak mampu, kami hanya bawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh  sebelum dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Pihak hospital hanya maklum ia sejenis kanser, namun tiada rawatan lanjut atau sebarang pembedahan dicadangkan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, situasi itu menyebabkan dia sekeluarga buntu dan keadaan bertambah teruk apabila ketumbuhan di peha Jahirah pecah mengeluarkan darah yang banyak pada Julai lalu.

Katanya, tiada apa dapat dilakukan selain rawatan mencuci sementara tumor di kepala yang kadangkala membesar dan mengecut sehingga mengakibatkan penglihatan Jahirah kabur.

“Kami hanya mampu berdoa kerana buntu berikutan  tiada sebarang rawatan yang dicadangkan pihak hospital.

“Saya akui belum lagi memohon bantuan daripada  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi saya amat  perlukan bantuan tersebut untuk tampung belanja lampin pakai buang dan kos ulang-alik ke HoSHAS,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan  boleh lakukan menerusi akaun Bank Islam Abdul Rahim, 0602802463137 atau hubungi talian 019-9974637.

Polis Hong Kong lerai penunjuk perasaan cuba rempuh Majlis Perundangan

HONG KONG: Polis Hong Kong terpaksa bertindak terhadap sekumpulan penunjuk perasaan prodemokrasi yang cuba merempuh masuk ke bangunan Majlis Perundangan hari ini.
Kira-kira 100 anggota polis menggunakan semburan lada dan belantan ketika berdepan dengan ratusan penunjuk perasaan dengan sesetengahnya memakai topi keledar dan menghayunkan payung dalam kejadian awal pagi ini.
Empat orang setakat ini ditahan susulan kejadian itu.
"Polis mengutuk keras tindakan penunjuk perasaan yang mengganggu ketenteraman awam," kata kenyataan polis.
Pertempuran itu tercetus apabila sekumpulan penunjuk perasaan memecah pintu masuk ke bangunan majlis perundangan itu di bandar raya ini dan menggunakan penghadang besi.
"Pecahkan dan masuk," jerit seorang penunjuk perasaan yang suaranya dapat didengar dalam liputan yang disiarkan menerusi saluran televisyen TVB.
Kenyataan kerajaan menyatakan mesyuarat biasa majlis perundangan dan waktu lawatan ke kompleks berkenaan dibatalkan.
Penunjuk perasaan terbabit sebelum ini berhimpun di tengah kawasan sibuk di bandar raya ini selama tujuh minggu, bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya ketua eksekutif Hong Kong pada 2017. - AFP

Ahok angkat sumpah Gabenor Jakarta hari ini

JAKARTA: Gabenor Jakarta pertama beragama Kristian dalam tempoh hampir 50 tahun dijangka mengangkat sumpah hari ini walaupun terdapat bantahan daripada pergerakan Islam yang menentang bukan Islam memegang antara jawatan politik paling berkuasa di Indonesia.
Istana Presiden menyatakan, Presiden Joko Widodo akan menghadiri majlis mengangkat sumpah Timbalan Gabenor itu, Basuki Tjahaja Purnama, yang juga lebih dikenali sebagai 'Ahok'.
Ahok adalah pemangku gabenor sejak Widodo berundur bulan lalu untuk menjadi presiden.
Beratus-ratus anggota pergerakan Islam melakukan bantahan terhadap Ahok dan beribu-ribu anggota polis ditempatkan di sekitar ibu negara Indonesia ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kekacauan.
Majlis pelantikan Ahok ditangguhkan sebelum ini bagi menunggu persetujuan presiden berhubung pelantikannya.
Semalam akhbar 'Jakarta Globe' memetik Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo sebagai berkata, majlis akan berlangsung minggu depan.
Adalah tidak diketahui kenapa majlis berkenaan dipercepatkan kepada hari ini. - Reuters

Fail sah lafaz cerai

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

zura_jalil@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Isteri pelakon popular, Datuk Eizlan Yusof memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Difahamkan, Datin Vie Santie Harun, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan berkenaan sekitar pertengahan tahun ini mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak hadir pada prosiding sebutan kes itu semalam kerana berada di luar kawasan.
Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin semalam, peguam syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili Vie Santie memaklumkan mahkamah, bahawa pihaknya sudah memfailkan tiga afidavit keterangan saksi plaintif.
Namun, Syamimi memohon perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana semua saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak hadir ke mahkamah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:17 AM


EIZLAN dan Vie Shanti di saat bahagia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10121#sthash.vPzxGjop.dpuf

Ukraine: NATO beri amaran peningkatan tentera Russia

SELASA, 18 NOVEMBER 2014 @ 11:00 PM

 
KIEV: NATO hari ini memberi amaran mengenai peningkatan "amat serius" askar Russia dan senjata dalam wilayah Ukraine dan di sempadan ketika Jerman menggesa Kiev dan Moscow menghormati pelan damai.

Barat kini meningkatkan tekanan ke atas Russia berhubung konflik di Ukraine susulan sidang kemuncak G20 di Australia yang tegang hujung minggu lalu yang mana Presiden Russia, Vladimir Putin pulang lebih awal.

Di Brussels, pemerintah NATO, Jens Stoltenberg, memberi amaran jelas kepada Moscow berhubung konflik selama tujuh bulan di timur Ukraine yang sudah mengorbankan lebih 4,100 orang dan mengeruhkan hubungan antara Barat dan Russia ke tahap semasa Perang Dingin.

Stoltenberg berkata, "terdapat peningkatan amat serius" anggota tentera, artileri dan sistem pertahanan udara di dalam Ukraine dan di sebelah sempadan ketika beliau tiba untuk menemui menteri pertahanan EU di Brussels.

"Russia mempunyai pilihan. Russia boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian damai yang dirundingkan atau Russia boleh terus mengikuti laluan pengasingan diri," katanya. - AFP

Jus katak rawat penyakit kronik


Lima: Katak dari Teluk Titicaca menjadi bahan utama dalam pembikinan jus yang menurut beberapa budaya masyarakat Andes, boleh mengubati penyakit seperti semput, paru-paru berair dan lemah tenaga batin.
Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak dari akuarium kecilnya, mengetuknya hingga mati.
Dia kemudian menyiat kulit amfibia itu dan memasukkannya dalam pengisar bersama-sama lobak, akar maca dan madu.
Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan.
“Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.
Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu.
Katak dari spesies Telmatobius culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi.
Peminat jus itu, Cecilia Cahuana, 35, mendakwa jus itu mengandungi banyak vitamin dan protein.
Kebanyakan pelanggan Cruz berasal dari wilayah Andes. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10059#sthash.iRTORTZr.dpuf

HRW bantah ujian 2 jari terhadap wanita


Jakarta: Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak polis Indonesia menamatkan amalan ‘diskriminasi’ dengan melakukan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan berkenaan.
HRW berkata, polis menetapkan syarat bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu mestilah tidak berkahwin dan dara.
Kata pertubuhan berkenaan, ujian mengesan dara masih dijalankan walaupun ada sesetengah pegawai kanan polis mendakwa ia tidak lagi diamalkan.
“Dalam temu bual kami, gadis tempatan - termasuk sesetengah yang menjalani ujian itu baru-baru ini - menggambarkan prosedur itu menyakitkan serta menyebabkan trauma.
“Mereka menceritakan bagaimana mereka dipaksa berbogel sebelum pegawai perubatan wanita melakukan proses dikenali sebagai ujian dua jari yang boleh dianggap kuno,” kata pertubuhan itu, semalam.
Seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun berkata, dia tidak ingin mengingati pengalaman berkenaan kerana ia sangat menjatuhkan maruah.
Dia menjalani ujian berkenaan di Pekanbaru. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10048#sthash.m2Jcztwa.dpuf

Naik lagi tahun depan?

Jakarta: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla membayangkan harga minyak negara itu mungkin dinaikkan lagi tahun depan jika keadaan semasa memerlukan.
Katanya, keputusan sama ada bahan bakar itu perlu dinaikkan lagi atau kekal pada harga kini bergantung kepada pasaran petroleum dunia.
“Jika harga minyak cuma naik AS$10 (RM33.53) satu tong, ia tidak perlu dinaikkan tetapi jika ia melonjak melebihi AS$30 (RM100.59) kerajaan akan membuat kajian semula,” katanya selepas merasmikan sebuah program di Jakarta Selatan semalam.
Kelmarin Presiden Jokowi mengumumkan kenaikan harga baru untuk petrol dan diesel selepas cakap-cakap mengenainya berlanjutan sekian lama.
Keputusan itu dibuat ketika harga minyak dunia berada pada paras rendah, iaitu sekitar AS$80 (RM268.24) satu tong.
Kata Jusuf, kerajaan akan mengkaji semula harga petroleum Indonesia jika harga komoditi itu di pasaran dunia mencecah AS$110 (RM368.83) satu tong.
Katanya, sebagai langkah meringankan bebanan masyarakat kurang berkemampuan, kerajaan akan menetapkan kadar subsidi berdasarkan pengambilan setiap liter bahan bakar berkenaan.
“Misalnya, rakyat yang dikenal pasti diberi subsidi Rp1,000 (28 sen) seliter,” katanya.
Melalui cara itu, katanya, perbelanjaan negara tidak dipengaruhi pergerakan harga minyak dunia, sebaliknya pengguna perlu menyesuaikan pembelian mereka berdasarkan pergerakan harga minyak antarabangsa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:09 AM


PENUNTUT melaungkan protes dan membakar tayar di Medan, Sumatera Utara, malam kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10051#sthash.9Ld7jXi2.dpuf

Doakan Ahok Mengucap Syahadah


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 3:25 PM
Ahok dengan gaya Islamik disenangi ramai.

JAKARTA: Peserta Muktamar Muhammadiyah di Universiti Prof Dr Hamka pada Isnin mendoakan pemangku Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama supaya menerima Islam sebagai agamanya.
Basuki yang lebih popular dengan panggilan Ahok mendapat sambutan meriah ketika dia hadir di majlis berkenaan.
Ahok berketurunan Cina dan beragama Kristian namun sejak akhir-akhir ini sering membuat kenyataan positif mengenai Islam.
Malah dia mengaku mempelajari Islam ketika berada di sekolah rendah.
Muktamar itu dihadiri ribuan ulama dan siswa.
Seorang daripada peserta dari Makassar, Ahmad Badawi, 20, mengakui dia malu apabila mendapati pengetahuan Islam Ahok lebih mendalam daripadanya.
Kenyataan Ahmad Badawi disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai.
“Cuma apa yang belum beliau lakukan ialah mengucap kalimah syahadah. Semoga Bapak mendapat hidayah,” katanya.
Sebelum itu, seorang wanita dari Aceh, Irmawati, berkata akhlak Ahok lebih Islamik berbanding beberapa Muslim lain.
“Beliau melambangkan tokoh pemimpin yang diingini Islam, iaitu jujur, boleh dipercayai dan pintar,” katanya.
Minggu lalu sekumpulan pengikut Front Pembela Islam yang beraliran radikal memainkan sentimen bangsa dan agama ketika mengadakan demonstrasi menolak Ahok dilantik sebagai gabenor.
Jawatan itu kosong selepas Joko Widodo memenangi pilihan raya presiden Julai lalu.

MH17: Usaha alih 
rangka ambil masa 5 hari

Sebuah trak mengangkut sebahagian serpihan pesawat MH17 dari Grabove
Sebuah trak mengangkut sebahagian serpihan pesawat MH17 dari Grabove di timur Ukraine ke Kharkiv, kelmarin. – REUTERS
THE HAGUE 18 Nov. - Proses membawa keluar serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai lalu, akan mengambil masa selama lima hari, lapor Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang mengetuai siasatan berhubung tragedi itu.
Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan DSB melaporkan, urusan tersebut telah bermula kelmarin dan antara serpihan yang mula dibawa keluar adalah bahagian ekor pesawat.
Jelas kenyataan berkenaan, usaha membawa keluar serpihan pesawat itu diteruskan lagi hari ini memandangkan situasi yang mengizinkan dan proses berkenaan akan diteruskan selama lima hari lagi.
“Serpihan pesawat MH17 yang dibawa keluar dari kawasan nahas akan ditempatkan di Kharkiv sebelum dihantar ke Belanda menggunakan perkhidmatan kereta api,” tambah laporan itu.
Sementara itu, pasukan penyiasat turut menemukan cebisan baharu mayat mangsa nahas pesawat itu, ketika proses mengeluarkan serpihan pesawat dilakukan sejak dua hari lalu.
Menurut DSB, kesemua cebisan mayat yang ditemukan itu akan diserahkan kepada pasukan forensik di Kharkiv sebelum dihantar ke Belanda untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan laporan akhir Kementerian Kehakiman dan Keselamatan Belanda, sebanyak 289 daripada 298 mayat mangsa nahas itu telah dikenal pasti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mh17-usaha-alih-8232-rangka-ambil-masa-5-hari-1.26391#sthash.OmXbSoBA.dpuf