Showing posts with label KONDOM. Show all posts
Showing posts with label KONDOM. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Argentina edar 82 juta kondom



 
Buenos Aires: Argentina merancang mengedarkan kira-kira 82 juta kondom secara percuma di seluruh negara sepanjang 2013, dalam kempen menentang penyakit jangkitan seksual termasuk HIV, kata kementerian kesihatan.

Kondom berkenaan akan diserahkan kepada pusat kesihatan, sekolah, penjara, bar dan kelab malam, selain rangkaian 3,000 pusat khas di agensi perkhidmatan awam.
“Pemberian kondom bersama 17 juta gel pelincir, bertujuan memastikan kaedah yang digunakan dapat mencegah penyakit jangkitan seksual,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pelincir membantu mencegah kondom koyak dan mengelak pengguna daripada melecet, yang boleh mengakibatkan darah tercemar menjangkiti pasangan.

5,500 pesakit baru hidap HIV

Di Argentina, 5,500 pesakit baru yang menghidap HIV dilaporkan setiap tahun dengan 90 peratus daripada jangkitan berpunca daripada mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

“Bagaimanapun, kami mendapati jumlah pesakit baru berkurangan kepada 30 peratus sejak 2004, manakala kadar jangkitan pada 2010, ialah 11.7 kes bagi setiap 100,000 orang berbanding 17.3 sebelumnya,” katanya. Argentina mempunyai 40 juta penduduk dengan 30 juta daripada mereka berusia lebih 15 tahun. - Agensi

Thursday, October 4, 2012

Singapura pengimport kondom utama buatan Malaysia




         
SINGAPURA: Malaysia adalah pengeksport kondom terbesar di dunia dan Singapura menjadi destinasi utama eksportnya.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pengimportan kondom buatan Malaysia oleh Singapura hanya 72,500 kilogram pada 2009. Namun, angka itu melonjak kepada 594,000 kilogram pada 2010 sebelum mencecah 1.43 juta kilogram atau 572 juta tahun lalu, mengatasi China yang mengimport hampir 1.4 juta kilogram kondom.


“Kami musykil jika ada kesilapan. Bagaimana Singapura menggunakan lebih kondom berbanding China?,” kata Pengarah Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat yang mempunyai akses kepada data itu.

Bagaimanapun, kemudiannya didapati projek derma kerajaan Amerika Syarikat telah memindahkan hab utama mereka dari Korea Selatan ke Singapura kerana pertumbuhan pengeluaran kondom di rantau ini. - AsiaOne

Wednesday, October 3, 2012

MALAYSIA Pengeluar KONDOM TERBESAR Dunia



PONTIAN - Sebuah kilang berwarna putih di Pontian adalah ibu pejabat kilang Karex dan ramai pemandu yang tidak akan menoleh jika memandu di sepanjang jalan raya di bandar ini.

Bagaimanapun kilang seluas 3.6 ekar ini sebenarnya adalah kilang pengeluar kondom terbesar di dunia. Kira-kira 1,000 pekerja kilang ini telah memproduksikan dua bilion kondom setahun.

Kilang-kilang Karex lain di Klang dan Hatyai, sebuah bandar Thai berhampiran sempadan Malaysia telah menghasilkan 1 billion kondom lagi, menjadikan jumlah pengeluaran keseluruhan Karex kepada kira-kira tiga bilion, atau kira-kira 15 peratus daripada bekalan di seluruh dunia. Itu menjadikan Karex pembuat kondom terkemuka di dunia.

Kilang ini menghasilkan kondom untuk jenama terkemuka global, walaupun tidak akan mendedahkan nama-nama mereka. Ia juga mempunyai jenama sendiri, Carex, yang dijual di lebih daripada 30 buah negara.

"Kadang-kadang kami kelihatan pelik apabila ketika keluar untuk makan malam dan semua orang membincangkan mengenai kondom, tetapi ini telah menjadi begitu sebahagian daripada kehidupan kami dan kami tidak kisah lagi tentang hal itu," kata Pengarah Eksekutif Goh Miah Kiat sambil ketawa, dimana datuknya adalah pengasaskan syarikat ini.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terlibat dalam industri getah untuk empat generasi, Goh membesar dalam persekitaran bau getah yang tidak menyenangkan.

Karex mula mengeluarkan kondom pada tahun 1989, selepas mendapat idea daripada membuat sarung tangan getah. Tetapi hanya baru-baru ini ia mendapat perhatian apabila mendedahkan rancangan untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa awam. Syarikat itu berharap dana yang diperoleh akan menggandakan kapasiti pengeluarannya kepada enam bilion kondom setahun, untuk memenuhi permintaan kondam yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Menurut firma penyelidikan pasaran Penganalisis Industri Global, pasaran kondom global dijangka bernilai USD 6 bilion ( lebih RM 18 bilion) pada tahun 2015, dengan bekalan di seluruh dunia 27 bilion kondom. Itu adalah sehingga daripada bekalan semasa 20 bilion kondom, bernilai USD 4.2 bilion.

Permintaan bagi kondom di seluruh dunia telah berkembang kukuh sejak beberapa tahun apabila lebih ramai orang menerima penggunaannya, kata Goh.

"Anda boleh lihat bagaimana kondom dipasarkan secara berbeza sekarang. Pada masa lalu kotak kondom menunjukkan wanita seksi berbikini," katanya.

"Tetapi sekarang ianya kosong, seperti gula-gula, kerana kondom telah menjadi produk gaya hidup."

Sebahagian besar pembelian kondom di seluruh dunia bukan daripada pengguna tetapi oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), katanya lagi.

Ia penting sebagai kaedah pencegahan HIV / Aids, terutamanya di negara-negara membangun kebanyakan kondom diedarkan percuma.

Di Afrika Selatan, misalnya, yang mempunyai kadar HIV / Aids tertinggi di dunia, penggunaan kondom di kalangan penduduk telah meningkat dari 27.3 peratus pada tahun 2002 kepada 75.2 peratus pada tahun 2009, kata Goh.

Kontrak dengan kerajaan dan agensi merangkumi separuh daripada jualan Karex, dan telah banyak meningkatkan pengeluarannya kebelakngan ini. Tahun lepas, hasil Karex melebihi RM200 juta.

Malaysia akan berharap bahawa IPO Karex - yang sedang dijadualkan untuk tahun depan - adalah satu kejayaan.

Malysia sedang berusaha menjadikan pembuatan kondom sebagai salah satu batu asas industri getah. Ia sudah pembuat sarung tangan getah terbesar di dunia dan menyumbang kira-kira 60 peratus daripada bekalan global.

Malaysia juga mengatasi Thailand sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia pada tahun 2009. Tahun lalu Malaysia menyumbang kira-kira satu pertiga daripada sebahagian pengeksport kondom dunia, dari segi kuantiti.

Menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), kapasiti pengeluaran tahunan Malaysia untuk pengeluaran kondom adalah 4.5 bilion keping tahun lalu. Ini dijangka meningkat kepada 4.8 bilion tahun ini.SUMBER ASAL

Tuesday, June 15, 2010

Jualan kondom meningkat selepas Korea Selatan menang perlawanan pertama

SEOUL: Jualan kondom di Korea Selatan melonjak lima kali ganda selepas penyokong meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka sewaktu menentang Greece pada perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Kira-kira sejuta penyokong berbaju merah di seluruh negara itu, termasuk 200,000 di Seoul, memenuhi kompleks perniagaan, stadium dan taman tema, Sabtu lalu untuk menyokong pasukan mereka yang menang 2-0 ke atas juara Euro 2004, Greece.

Bagaimanapun, pihak yang paling beruntung adalah kedai serbanika dan premis menjual ayam goreng segera ketika penyokong membanjiri jalan raya, lapor JoongAng Daily, semalam.

Selepas perlawanan itu, penyokong yang bergembira membeli lima kali ganda kondom berbanding ketika persembahan luar biasa pasukan itu sewaktu Piala Dunia 2006. - AFP

Tuesday, May 18, 2010

PERGI PERANG JANGAN LUPA BAWA KONDOM !


Askar wanita Britain diarah bawa kondom 

KABUL - Askar wanita yang akan ke Afghanistan diarahkan Kementerian Pertahanan Britain supaya membawa kondom selepas peningkatan kehamilan yang membimbangkan semasa misi ketenteraan. 

Iklan di dalam sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya mengambil langkah perlindungan kerana terdapat `50 lelaki untuk setiap wanita’. 

Peraturan ketenteraan di Britain melarang askar mengadakan hubungan seks di kawasan perang. 

Namun menurut pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan seksual itu berlaku antara askar berpangkat sama dan tidak mendatangkan kesan kepada operasi. 

Statistik menunjukkan 133 askar wanita hamil di Afghanistan dan Iraq daripada Januari 2003 hingga Februari tahun lepas.