Saturday, October 26, 2013

Dua-dua kroni BN.

Dua-dua kroni BN. Walaupun pencacai UMNO melabelkan Robert Kuok ini kroni DAP dan mengajak rakyat Malaysia memboikot produknya. Aduh, bodoh tidak boleh diajar!

Apabila kroni Melayu ini mengambil alih AP/monopoli pengimportan/ pengeluaran gula, harga gula naik berkali-kali. Tengok graf.

Soalan: Siapa yang MEMPERGUNA/DIPERGUNA untuk kenaikan harga tersebut yang impaknya amat membebani rakyat?

Bayar RM64.1 juta kepada mangsa peristiwa Tak Bai


Bangkok: Kerajaan Thai membayar lebih Bt641 juta (RM64.1 juta) kepada mangsa yang cedera dalam peristiwa Tak Bai dan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam keganasan tentera negara itu sembilan tahun lalu.

Jumlah itu adalah tambahan kepada pampasan sebanyak Bt42 juta (RM4.2 juta) yang dibayar tentera pada 2007.
Agensi berita Isra melaporkan, sebanyak Bt11.4 (RM1.14) juta juga juga dibayar kepada 766 orang yang ditahan dalam operasi besar-besaran dan kemudian dibebaskan sementara tambahan Bt2 juta (RM202,252) dibayar kepada 58 orang yang disaman oleh kerajaan tetapi kes mereka ditarik balik kemudian.

Menurut laporan itu, sebahagian mangsa masih belum menuntut pampasan terbabit.


Dalam kejadian pada 25 Oktober 2004 itu, beratus-ratus penduduk Islam disumbat dan ditindih antara satu sama lain dalam trak tentera selama beberapa jam hingga menyebabkan 78 orang mati. - Agensi

Tak peduli larangan

Riyadh: Aktivis wanita Arab Saudi yang mempelopori kempen wanita memandu kereta hari ini mengingkari arahan keras Kementerian Dalam Negeri apabila memandu kereta bersama bapanya dari lapangan terbang ke kediamannya.
Menurut sumber, Lujein Al Hadoul mempamerkan keingkarannya itu dengan rakaman video yang dimuat naik dirangkaian sosial menunjukkan dia memandu di jalan raya di Riyadh sejurus tiba dari Amerika Syarikat, tempat dia belajar dengan biasiswa kerajaan. 
Lujein memandu kereta bapanya sementara lelaki terbabit duduk di sebelahnya bagi menunjukkan sokongannya terhadap kempen menamatkan larangan wanita memandu di negara berkenaan.

Lujein dilihat tersenyum penuh yakin ketika memandu pulang ke rumah hanya beberapa jam selepas Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan amaran keras tidak akan membenarkan wanita memandu hari ini.

“Lujein baru tiba di Riyadh dan dia memandu pulang ke rumah dengan gembira hari ini (semalam). Insha Allah kami akan melihat foto dia memandu ini selepas 10 tahun dan akan mentertawakannya,” kata bapa wanita berkenaan.

Lujein muncul di laman sosial Twitter bulan lalu menyeru kaum wanita Saudi memandu di jalan raya pada hari ini dalam kempen terbesar kedua sepanjang dua tahun yang dilancarkan wanita di negara konservatif terbabit bagi mendesak kerajaan memansuhkan larangan berkenaan.

Lebih 100 ulama daripada 29 juta populasi di Arab Saudi mengeluarkan kenyataan Rabu lalu menolak sebarang keputusan kerajaan bagi membenarkan wanita memandu kereta.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sejurus sebelum Kementerian Dalam Negeri mengarah wanita agar tidak menghiraukan seruan Lujein dan memberi amaran yang mereka akan ditahan jika berdegil. - Agensi

AS intip perbualan 35 pemimpin dunia

AS intip perbualan  35 pemimpin dunia
Jay Carney (kiri) dan Edward Snowden. 
Pendedahan terbaru bekas kontraktor, Edward Snowden, melalui akhbar Britain

London: Amerika Syarikat memantau perbualan telefon 35 pemimpin dunia, menurut dokumen sulit yang dibocorkan bekas kontraktor Edward Snowden, lapor akhbar The Guardian, kelmarin.
Nombor telefon pemmpin dunia itu disampaikan kepada Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) oleh seorang lagi pegawai jabatan kerajaan lain, kata dokumen itu, lapor The Guardian dalam laman webnya.


Kongsi nombor telefon 

Memo itu menyatakan, kakitangan Rumah Putih, Jabatan Negara dan Pentagon digesa berkongsi nombor telefon ahli politik asing.

Dokumen berkenaan yang dilihat oleh The Guardian ditulis pada penggal kedua pentadbiran bekas Presiden George W Bush ketika Condoleezza Rice adalah Setiausaha Negara dan beberapa bulan sebelum Donald Rumsfeld melepaskan jawatan Setiausaha Pertahanan.

Ia juga menyatakan, seorang pegawai Amerika yang tidak dinamakan menyerahkan lebih 200 nombor termasuk 35 pemimpin dunia kepada NSA yang segera mengarahkannya dipantau.
Pendedahan ini pasti meningkatkan ketegangan diplomatik di antara Amerika dan sekutunya selepas Canselor Jerman, Angela Merkel menuduh Washington mengintip perbualannya.

Selepas dakwaan Merkel diketahui umum, Setiausaha Akhbar Amerika, Jay Carney membuat kenyataan bahawa Amerika tidak memantau dan tidak akan memantau komunikasinya.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal menamatkan kemarahan Merkel kerana Amerika tidak menafikan bahawa ia benar-benar mengintip sekutunya.

Pendedahan akhbar The Guardian itu membayangkan pengintipan Amerika terhadap pemimpin dunia lebih meluas daripada apa yang dianggap sebelum ini dan mungkin membayangi sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

Perancis dan Itali juga menimbulkan kebimbangan mengenai laporan Amerika memantau rangkaian komunikasi mereka.

Di Brussels, Perancis dan Jerman mendesak Amerika bersetuju kepada undang-undang baru perisikan.

Paris, Berlin adakan rundingan

Paris dan Berlin akan cuba mengadakan rundingan dua hala dengan Washington bagi mencapai persefahaman hujung tahun ini mengenai peri laku dari segi perisikan di kalangan negara sekutu, kata Presiden Kesatuan Eropah (EU), Herman Van Rompuy pada hari pertama EU bersidang.

Beliau berkata, negara lain juga boleh turut serta jika mereka mahu.
Badan eksekutif EU, Suruhanjaya Eropah (EC) minggu ini menyokong cadangan memerlukan syarikat teknologi Amerika mendapatkan kebenaran sebelum menyerahkan data warganya kepada agensi perisikan Amerika.

Parlimen Eropah menggantung perjanjian berkongsi data bank selepas akhbar Jerman, Der Spiegel mendedahkan NSA memantau sistem pemindahan bank antarabangsa, Swift. - AGENSI

Shah Rukh antara orang terkaya di India



SHAH RUKH KHAN menyertai senarai individu terkaya di India.


MUMBAI - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan berada dalam senarai individu terkaya di India dengan kekayaan peribadi berjumlah sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM945 juta), lapor akhbar India Today semalam.
Menurut edisi kedua Hurun India Rich List yang disiarkan kelmarin, Shah Rukh yang merupakan pemilik bersama syarikat produksi Red Chillies Entertainment menduduki tempat ke-114 senarai orang paling kaya di India.
Laporan sama menyatakan, nilai keseluruhan aset 100 orang terkaya di India meningkat kepada AS$250 bilion (RM787 bilion) pada tahun ini berbanding AS$221 bilion (RM696 bilion) tahun lalu.
Dalam pada itu, pengerusi syarikat Reliance Industries, Mukesh Ambani menduduki tempat teratas senarai itu apabila memiliki aset mencecah AS$18.9 bilion (RM59.49 bilion) diikuti pemilik syarikat Arcelor Mitt yang berpengkalan di London, Lakshmi Mittal dengan harta bernilai AS$15.9 bilion (RM50 bilion).
Sementara itu, pengasas Sun Farmaseutikal, Dilip Shanghvi, 58, pula memecah rekod buat kali pertama apabila beliau menduduki tempat ketiga teratas dengan peningkatan kekayaan sebanyak 66 peratus.
Di India, terdapat 141 individu yang memiliki kekayaan melebihi AS$300 juta (RM945 juta) berbanding 101 individu pada tahun lalu.
Bagaimanapun, sembilan peratus golongan terkaya di India itu tinggal di Dubai. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2ilq3mGgB 
Hakcipta terpelihara