Monday, June 10, 2013

Tawaran penuh muslihat Kiram


Tawaran penuh muslihat Kiram
Pemandangan di Kampung Sungai Bilis.
Tawaran penuh muslihat Kiram
Kampung Tinagian.
Tawaran penuh muslihat Kiram
SK Lok Buani terpaksa ditutup sementara pada Mac lalu akibat krisis pencerobohan yang berlaku.
Tawaran penuh muslihat Kiram
Antara kesan serangan pengganas yang masih ada di Kampung Tanjung Batu.
Tawaran penuh muslihat Kiram
Pekerjaan utama penduduk Kampung Tanjung Batu adalah berniaga.
LAHAD DATU – Meskipun ancaman penceroboh di Lahad Datu sudah berakhir, namun pengalaman pahit tetap segar di ingatan penduduk. Apa yang jelas, pengganas Kiram sudah lama merancang  untuk masuk ke Sabah dan menawan Borneo dengan hajat meletakkan kepulauan itu di bawah kekuasaan Sultan Sulu.

Beberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK mengakui kewujudan pelbagai tawaran dari pengganas untuk memujuk penduduk di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu, Kampung Sungai Bilis, Kampung  Tinagian, Kampung Lok Buani dan Kampung Lok Sembuang menyokong tindakan mereka.

Menyoroti semula kisah enam bulan sebelum pengganas menyusup masuk ke Lahad Datu, Ketua Kampung Tinagian, Abdul Aziz Linggan mengakui ada mendapat perkhabaran mengenai kemasukan ejen–ejen pengganas yang dilantik untuk memujuk penduduk kampung menyertai mereka.

“Mereka beroperasi di kedai kopi atau warung dan menyuruh penduduk menjadi ahli Sultan Sulu dengan bayaran RM50.

"Setiap orang yang menyertainya akan memperoleh kad identiti,” katanya.

Menurutnya, ketika itu orang kampung tidak menampakkan minat untuk menjadi ahli Sultan Sulu namun ejen-ejen terdiri dari orang Sulu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan berterusan memujuk penduduk menyertai mereka.

“Mereka janji macam-macam termasuk tanah, harta serta pangkat sekiranya Kesultanan Sulu berjaya merampas Borneo dan ini bagi saya adalah perkara ‘gila’.

"Saya juga terkejut apabila mendengar berita  ketua-ketua  kampung di Lahad Datu menjadi buruan ketika pengganas memasuki Kampung Tanjung Labian, 3 Mac lalu.

“Meskipun kampung Tinagian tidak menjadi sasaran pengganas namun kerana ianya berhampiran dengan Kampung Tanjung Batu, saya diberitahu supaya mengarahkan penduduk kampung keluar segera pada 4 Mac, iaitu selepas berlaku pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Labian.

“Masa itu tembak menembak sudah berlaku Kampung Tanjung Batu, tiba-tiba dalam kekecohan untuk keluar dari kampung saya dihubungi seseorang yang bertanyakan di mana saya berada dalam bahasa Sulu. Bila dengar sahaja bahasa Sulu itu hati saya jadi tidak sedap, jadi saya ambil keputusan untuk tidak  melayan panggilan itu kerana khuatir pengganas mencari saya," katanya lagi.

Menurut ketua kampung itu lagi, teka-teki berhubung panggilan itu akhirnya terjawab apabila seorang pemuda datang ke rumahnya dan menyuruhnya keluar dari kampung segera.

“Dia beritahu pengganas sedang cari semua ketua kampung menyebabkan saya melarikan diri,” katanya.

Menurutnya bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia tinggal sementara di  rumah saudaranya  di kawasan Felda Sahabat.

Pengganas lantik orang tengah

Pengerusi JKKK  Kampung Sungai Bilis, Hussin Uyong  mengakui  sememangnya pengganas menggunakan orang tengah untuk meminta  penduduk menyertai mereka.

“Mereka bergerak senyap-senyap dan laporan mengenai kegiatan ini memang  diketahui namun kerana ia nampak biasa pada mulanya, kami tidak mengesyaki apa-apa.

“Sepanjang krisis pencerobohan bermula, kami dan beberapa ketua kampung lain sudah lima kali dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Kami beri kerjasama dan maklumkan mereka sememangnya mempunyai saudara mara yang ramai di sekitar Lahad Datu," katanya.

Katanya, kumpulan yterbabit juga sering menghubungi telefon bimbit penduduk malah  beliau juga mendapat tahu, kononnya kad ahli Sultan Sulu ini kebal dari tindakan pihak berkuasa.

“Mereka sasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen.  Kalau tunjuk pada pihak berkuasa, mereka tidak akan ditahan atau dikenakan tindakan.

“Inilah yang kerap mereka kata jika menjadi ahli mereka boleh mendapat pangkat dan tanah sekiranya pengganas menakluki Borneo di bawah nama Kesultanan Sulu," jelasnya.

Penduduk jangan terpengaruh

Ketua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid,47, berkata, dia sentiasa menasihatkan penduduk supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang boleh mencemar kedaulatan negara.

“Perkara ini saya sering tekankan. Jangan biar kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu berulang sekali lagi dan sebagai rakyat Malaysia kita harus sama-sama mempertahankan negara.

“Krisis yang berlaku sebenarnya memberi pengajaran kepada kita betapa perlunya penduduk di kawasan ini bekerjasama dengan pasukan keselamatan supaya kegiatan ini tidak berulang,” katanya.

Pendapat sama dilontarkan Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang yang melalui situasi sama apabila kampungnya menjadi sasaran pengganas.

“Mereka lari masuk ke kampung saya sebaik pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu,” katanya.

Katanya, kedatangan puluhan pengganas bersenjata cukup menakutkan dan disebabkan itu banyak rumah yang rosak kerana pertempuran berlaku di sini.

AllahuAkbar!

Rumahnya hancur berkeping-keping, sanak-saudaranya sudah tiada, namun semua itu tidak menghancurkan keimanannya, imannya teguh mendirikan tiang agama. 

Sebenarnya Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal Di Indonesia?


Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya.
Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.
Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?
Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?
Beberapa Versi Tentang Kematiannya
Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.
Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.
Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.
Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.
Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).
Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.
Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, “Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945.”
Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.
Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, “Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.
“Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. ”
Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.
Biografi Ringkas Adolf Hitler
Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang “anti-sosial” sebagai sebuah kecacatan.
Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.
Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).
Surat keiizinan masuk
Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.
Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar “singa podium”, ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.
Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.
Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.
Bukti-Bukti Hitler di Indonesia
Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?
Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.
Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.
Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran “Doktor Jerman”.
Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.
sumber: suara13.blogspot.com

Solat jangan tak solat

Hebat! Apartment yang boleh berpusing di Dubai

cantinya

Jernihnya air

Punca jambatan Pulau Pinang runtuh

Panas, ada pihak yg arif dlm bidang KEJURUTERAAN mendakwa... gambar besi konkrit yg dibulatkan itu bukanlah untuk buat jambatan tp utk dinding bangunan sahaja. Itulah punca jambatan Pulau Pinang runtuh?. Ada sapa2 yg boleh sahkan maklumat nii.. CMK tak arif dlm bidang berkenaan. Mereka yg ada "IR" mungkin tahu berkenaan hal ini. Jika benar dakwaan tersebut.. teruklah kontraktor kena saman yer?

Ada berani?

Nampak kucing tak?

2 Warga Colombia ditankap pecah rumah disekitar Kepala Batas

Penegasan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.



1. PAS memberi jaminan, kerjasama PAS dengan pakatan rakyat, dengan Dap, dengan keadilan, selagi dapat mempertahankan islam, mempertahankan melayu islam,
sekiranya kerjasama itu merugikan melayu islam, merugikan islam, pas keluar pakatan rakyat, tidak ragu-ragu lagi.

2. Sehingga hari ini kita bersama pakatan rakyat. Apabila Dap orang bukan islam berbagai agama, dalam pakatan Rakyat menerima Islam agama persekutuan hak-hak agama lain diberi hak dengan adil, hak istimewa melayu bumiputra, hak kaum lain adil, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ibunda diberi, raja mengikut perlembagaan, semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini. 

Jauhilah maksiat akan selamat dunia dan akhirat.

JPJ sangkal dakwaan gertak pemandu lori

Keratan
Keratan Sinar Harian 5 Jun lalu.
KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang tidak terlibat secara langsung dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa agensi termasuk JPJ Ibu pejabat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, 29 Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Hashim Mustapha berkata, JPJ Kuantan dan anggota dari Stesen penguatkuasa JPJ Panching hanya sebagai pengendali mesin timbang dan mengeluarkan resit kepada lori yang dikesan membawa muatan berlebihan.

Menurutnya, susulan operasi yang dijalankan awal pagi hari tersebut, pihaknya tidak dapat memberikan gambaran sebenarnya kerana anggotanya hanya mengendali mesin timbang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Perkara itu dipanjangkan kepada JPJ ibu pejabat untuk maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjelaskan dakwaan dua pemandu lori yang mendakwa digertak anggota penguatkuasa itu menggunakan senjata api ketika diminta memberhentikan lori bagi tujuan pemeriksaan.

Sinar Harian 5 Jun lalu melaporkan dua pemandu lori tergamam apabila kenderaan mereka dihimpit sebuah kenderaan lain dipercayai dinaiki anggota penguatkuasa sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Lebih memeranjatkan apabila kedua-dua pemandu itu mendakwa, anggota penguatkuasa terbabit menggertak mereka menggunakan pistol sebagai tanda amaran berhenti.

Anak perempuan rimas pakai baju


Anak perempuan rimas pakai baju
Hanya ketika tidur, Nurhaliza atau Mek Yah boleh diselimutkan kerana sejak tiga tahun lalu dia berbogel sepanjang masa ekoran penyakit misteri.
Anak perempuan rimas pakai baju
Inilah ruang tempat Mek Yah makan dan dia tidak diberikan pinggan serta gelas kaca atau plastik kerana setiap kali selepas makan semuanya itu akan dipecahkan.
Anak perempuan rimas pakai baju
Anuar (dua kanan) bersama Pengerusi Jiran Wanita KRT Kampung Semai Bakti, Noraini Baharin (kiri) dan penolongnya, Khatijah Mamat melihat keadaan kaki Mohamad yang kudung.
KEMAMAN – “Sejak tiga tahun lalu, penyakit anak perempuan saya makin teruk, dia mula rimas pakai baju dan berbogel sepanjang masa,” keluh Nafisah Muda, 55, yang berdepan ujian bertimpa dalam keluarganya.

Nafisah berkata, bukan sahaja anak keempatnya menghidap penyakit misteri, malah suaminya juga perlu diberi perhatian kerana kaki kanan terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Menurutnya, keadaan anaknya, Nurhaliza Mohamad, 29, atau mesra dipanggil Mek Yah yang berbogel menyebabkan dia terpaksa dikurung dalam sebuah bilik bagi mengelakkan keluar dari rumah dalam keadaan begitu.

"Mek Yah mulai sakit selepas berhenti kerja beberapa bulan setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu sikapnya mula bertukar murung, suka termenung dan menangis secara tiba-tiba tanpa mengira masa.

“Dari sebulan ke sebulan, dia bertukar agresif dan seperti ada ‘kuasa’ kerana kekuatannya sangat luar biasa. Dia baling barang dalam rumah, tendang pintu dan ada ketikanya dia berjoget serta bercakap dengan dinding.

“Mula-mula sakit dia pakai baju sama seminggu dan tak nak tukar tapi sejak tiga tahun lalu, dia tak mahu pakai pakaian. Bila dipakaikan baju, dia koyakkan dan tanggalkan,” katanya sebak ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Kampung Semai Bakti, Felda Kerteh 6, dekat sini.

Sejak sakit, Nafisah sekeluarga membawa anaknya berjumpa pengamal perubatan tradisional dan kebanyakan mereka memberitahu anaknya itu diganggu makhluk halus.

“Ada juga bomoh mengatakan Mek Yah yang ada bersama kami sekarang hanya tinggal jasad, manakala jiwa dan rohnya berada di tempat lain.

“Dalam tempoh 12 tahun sejak dia sakit, bermacam-macam bomoh dan pengamal perubatan Islam yang kami temui termasuk Ustaz Harun Din sebagai ikhtiar tapi semuanya tak berhasil. Kami juga bawa anak ke hospital dan doktor kata anak sakit mental,” katanya.

Anak makan mencangkung

Penyakit misteri yang dihidapi anaknya itu semakin teruk apabila mula keluar dari rumah dalam keadaan berbogel pada waktu Maghrib tahun lalu.

Katanya, salah seorang rakan anaknya nampak Mek Yah berjalan berdekatan sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari rumah mereka lalu suaminya segera membawa anak mereka pulang semula.

“Sebelum ini bilik tidurnya tidak berkunci tapi selepas kejadian itu, kami buat bilik khas untuknya dan terpaksa mengurungnya bagi mengelakkannya keluar rumah. Sebagai ibu, luluh hati saya bila terpaksa buat begini. Bahkan ada juga yang mengata kami disebabkan kurung anak tapi ini bukan dengan kerelaan kami,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Dengar benda jatuh

Ketika permulaan Mek Yah sakit, salah seorang anak Nafisah ada mendengar benda jatuh dan berjalan atas bumbung rumah mereka serta sempat melihat benda itu seakan-akan seekor beruk dengan mata merah menyala.

Kata ibu lapan anak ini yang juga bekerja sebagai tukang urut, sejak sakit, Mek Yah juga makan seperti gaya beruk atau mawas dan sejak tiga tahun lalu juga setiap kali buang air besar anaknya itu memijak-mijak najisnya sendiri.

“Saya juga pelik kerana walaupun sudah basuh bilik anak dengan sabun, namun bau busuk dan hanyir dalam biliknya anak tetap tidak hilang.

"Dalam keadaan begini, dua anak lelaki saya banyak bantu bila Mek Yah agresif kerana pergerakan suami sudah terbatas sejak potong kaki setahun lebih yang lalu,” katanya.

Kaki suami keluar nanah

Sementara itu, suami Nafisah, Mohamad Embong, 59, berkata, kaki kanannya mula sakit pada akhir 2011 apabila celah ibu jari kaki kanannya bernanah dan kemudiannya pecah.

“Lepas nanah pecah, darah keluar daripada luka nanah berkenaan setiap kali saya bergerak menyebabkan saya tidak boleh banyak bergerak. Darah yang keluar sangat banyak dalam kalau isi dalam plastik, boleh separuh penuh plastik.

“Lama-kelamaan bawah tapak kaki saya pula timbul banyak gelembung dan pecah hingga saya tidak dapat tidur malam sebab sakitnya tak terkata. Selepas itu saya pergi ke klinik dan doktor mengesahkan ada jangkitan kuman lalu dihantar pula ke Hospital Dungun dan selepas enam hari berada di sana doktor potong separuh tapak kaki kanan saya,” katanya.

Menurutnya yang juga peneroka, dalam tempoh tidak sampai seminggu kemudian, tapak kakinya bertukar  hitam menyebabkan minggu seterusnya doktor terpaksa memotong kakinya pada paras betis bagi mengelakkan kuman merebak pada 29 Januari tahun lepas.

Katanya, selepas dipotong kaki, pergerakannya terbatas dan hanya boleh berjalan di dalam rumah dan sekeliling rumah dengan bertongkat.

Harap dapat kaki palsu

“Dalam keadaan penyakit anak makin serius dan saya perlu menjaganya, saya mohon bantuan kaki palsu dengan pelbagai pihak sejak Disember tahun lalu tapi sampai sekarang masih belum mendapat apa-apa jawapan.

"Diharap permohonan kaki palsu saya ini dapat segera diluluskan memandangkan keadaan saya yang amat memerlukannya,” rayunya.

Sementara itu, penderitaan yang dihadapi keluarga Mohamad mendapat perhatian Adun Kemasik yang juga  Exco Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman.

Beliau menziarahi keluarga terbabit bersama rombongan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semai Bakti diketuai pengerusinya, Anuar Husain dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Malah, Ir Rosli juga berjanji untuk membantu Mohamad mendapatkan kaki palsu bagi memudahkan pergerakannya.

Dalam pada itu, Nafisah dan Mohamad sekeluarga juga merayu sesiapa yang pandai mengubat penyakit misteri untuk tampil membantu merawat penyakit anak mereka.

Mereka juga memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan membeli sabun dan untuk rawatan anak mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank Mohamad Embong yang bernombor 163082032983 atau boleh menghubungi mereka menerusi talian 019-9703990.

Identiti individu hina Nabi dikenal pasti

Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery Cheek

KEMAMAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.
"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.
Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.
"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.
"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.
Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan. - Bernama

10 model kereta turun harga


Mohamad Madani
KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).
Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.
Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.
Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.
"Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.
"Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016," katanya kepada Utusan Malaysia.
Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.
"Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk," jelasnya.
Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.
Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.
"Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.
"Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.
"Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya.
Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.
"Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.
"Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan," tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga#ixzz2VlVTlGVx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tak lulus himpun Blackout 505 di Perlis


KANGAR 9 Jun - Polis tidak meluluskan perhimpunan Blackout 505 yang dijadual berlangsung malam esok, di tanah lapang Kampung Bakau di sini, kerana penganjurnya tidak mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjurannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan," katanya di sini hari ini.
Menurut Ismail, polis hanya menerima satu permohonan untuk mengadakan program ceramah kesyukuran di tapak berkenaan tetapi polis tidak dapat memproses permohonan itu kerana penganjur gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 10(C) dan Seksyen 11, Akta perhimpunan Aman 2012.
Mengikut Seksyen 10(C) akta berkenaan, penganjur perlu mengemukakan permohonan bersama salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan manakala Seksyen 11 mensyaratkan pemohon memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan, katanya.
Sementara itu, Pengurus Kawalan Pelaburan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Norsiake Kassim mengesahan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi menggunakan tapak perbadanan itu bagi tujuan perhimpunan.
Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak meneruskan program itu atau berdepan tindakan undang-undang. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130609/dn_47/Polis-tak-lulus-himpun-Blackout-505-di-Perlis#ixzz2VlVJiLkc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua tentera Libya letak jawatan


TRIPOLI 10 Jun - Ketua tentera Libya Yussef al-Mangoush meletak jawatan kelmarin selepas berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dan kumpulan militan di timur Bengahazi beberapa hari lalu menyebabkan 31 orang terbunuh.
“Mangoush telah menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Parlimen,’’ kata satu sumber dari Parlimen. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130610/lu_01/Ketua-tentera-Libya-letak-jawatan#ixzz2VlV4GT22
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pertempuran di Libya, 28 maut


Penunjuk perasaan berlari menyelamatkan diri semasa berlaku pertempuran dengan kumpulan pemberontak di Benghazi, semalam. Sebanyak 28 orang terbunuh dalam insiden itu. - REUTERS
BENGHAZI 9 Jun - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh, manakala lebih 60 yang lain cedera apabila kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan kumpulan pemberontak, yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Pelindung Libya', di sini semalam.
Menurut saksi, pertempuran itu berlaku apabila kumpulan penunjuk perasaan menyerang bekas ibu pejabat kumpulan pemberontak, yang menggulingkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pada 2011.
Pihak berkuasa Libya yang masih belum mewujudkan pasukan keselamatan rasmi selepas kejatuhan Gaddafi sering mendapatkan khidmat kumpulan pemberontak bagi menyelesaikan masalah puak yang berlaku di negara ini.
Jurucakap Pelindung Libya, Adel Tarhuni berkata, seorang daripada anggota kumpulannya maut, manakala tujuh lagi cedera dalam pertempuran tersebut.
"Pada mulanya demonstrasi itu berlangsung dengan aman, namun keadaan bertukar menjadi ganas, apabila kumpulan bersenjata mula melancarkan serangan.
"Mereka turut melemparkan bahan letupan ke arah ibu pejabat kami," katanya.
Serangan itu turut mendapat kecaman daripada pasukan ketenteraan.
Jurucakapnya, Kolonel Ali al-Shikhi berkata, kumpulan Pelindung Libya adalah pasukan keselamatan simpanan negara ini dan mana-mana pihak yang menyerang kumpulan itu boleh diibaratkan seperti menyerang pasukan keselamatan yang sah.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Ali Zeidan mengumumkan bahawa satu siasatan khas akan dijalankan bagi menyiasat serangan tersebut dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130610/lu_08/Pertempuran-di-Libya-28-maut#ixzz2VlUo0egu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS, China setuju Pyongyang henti program nuklear


Obama (kiri) dan Xi Jiping (kanan) bersama delegasi masing-masing semasa sidang AS-China yang berlangsung di Sunnylands, Rancho Mirage, California, semalam bagi membincangkan isu-isu penting termasuk isu program nuklear Korea Utara. - AP
CALIFORNIA 9 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden baharu China, Xi Jiping, semalam bersetuju bahawa Korea Utara perlu menghentikan program nuklearnya.
Persetujuan itu dicapai ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu sempena sidang AS-China selama dua hari, yang berakhir semalam, yang turut menyaksikan Obama secara langsung menyuarakan kebimbangan terhadap serangan siber rakyat China.
Obama dan Jiping mengadakan rundingan panjang lebar, termasuk perbincangan intensif tentang bagaimana mengawal Korea Utara.
"Mereka bersetuju bahawa Pyongyang perlu menghentikan program nuklearnya kerana tidak ada negara yang menerima Korea Utara sebagai sebuah kuasa nuklear dan mahu meningkatkan usaha serta dialog bagi mencapai matlamat itu," kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House, Tom Donilon kepada wartawan.
Kaunselor Negara China, Yang Jiechi pula memberitahu satu sidang media berasingan, Jiping telah memaklumkan kepada Obama bahawa China dan AS mempunyai 'matlamat dan pendirian sama' berhubung isu nuklear Pyongyang.
China yang merupakan sekutu kuat Korea Utara kini semakin bimbang dengan ancaman Pyongynag yang mahu berperang dengan Korea Selatan.
Donilon pula berkata, Obama secara langsung turut menyuarakan kepada Jiping tentang tuduhan AS bahawa serangan siber rakyat China disasarkan untuk mencuri rahsia industri AS.
Jiechi ketika bercakap kepada wartawan pula berkata, Beijing mahu mengadakan kerjasama berbanding pergeseran dengan AS berhubung keselamatan siber. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130610/lu_05/AS-China-setuju-Pyongyang-henti-program-nuklear#ixzz2VlTXAikO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Google, Facebook, marah intipan


San Francisco: Ketua Eksekutif Google, Larry Page dan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengutuk tindakan kerajaan Amerika Syarikat melakukan perisikan ‘online.’

Mereka juga menggesa supaya pihak berkuasa tidak menyembunyikan perbuatan mengintip menggunakan internet.
“Kami faham Amerika dan kerajaan lain perlu ambil tindakan untuk melindungi keselamatan rakyat termasuk menggunakan taktik mengintip.

“Tetapi, prosedur perundangan ketika ini menjejaskan kebebasan yang kita sanjung,” kata Page dalam blognya.

Zuckerberg pula berkata: “Facebook tidak akan sekali-kali terbabit dalam program memberi akses secara langsung kepada Amerika atau kerajaan lain selain pelayan kita.

Tiada arahan dedah maklumat

“Kami tidak pernah terima sebarang permintaan agensi kerajaan atau arahan mahkamah meminta kami dedahkan maklumat secara besar-besaran.
“Jika ada, sekalipun, kami akan menentangnya habis-habisan,” katanya lagi.
Google, Facebook dan firma teknologi maklumat itu juga menolak sekeras-kerasnya bahawa mereka mengambil bahagian dalam program sulit diberi nama PRISM membenarkan Agensi Kebangsaan Keselamatan (NSA) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) masuk ke dalam sistem mereka. - AGENSI

14 tinggal serumah

14 tinggal  serumahMohd Yuki bersama sebahagian ahli keluarganya di rumah mereka. Kota Bharu: Seramai 14 orang terdiri daripada empat generasi sebuah keluarga di Kampung Tasek Banggu dekat sini, terpaksa berhimpit untuk berkongsi sebuah rumah akibat kedaifan hidup.

Mereka terdiri daripada ibu, Bidah Hussin, 71, bersama dua anak, Mohd Yuki Yusof, 33, dan Siti Halma Yusof, 39, yang juga ibu tunggal dengan dua daripada tiga anaknya sudah berkahwin.
Mohd Yuki dan pasangannya, Nur Ain Ramli, 23, bersama tiga anak mereka, Syafiqah Ulfa, 6, Syakir Irfan, 5, dan Mohd Shahran Ramadhan, 3, berpindah ke rumah itu sejak tujuh bulan lalu selepas Mohd Yuki ditimpa kemalangan jalan raya ketika pulang bekerja di Pasir Gudang, Johor.


Koma, kaki tempang

Akibat kemalangan itu, Nur Ain berkata, suaminya koma selama setahun dan kaki kanan menjadi tempang, lengan bahagian sama gagal berfungsi seperti biasa dan mengalami masalah pertuturan sehingga tidak lagi mampu bekerja.

Beliau berkata, mereka kini hanya bergantung hidup dengan saraan kakak iparnya, Siti Halma yang membuka gerai makanan di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa.

Nur Ain yang tidak dapat bekerja kerana menguruskan Mohd Yuki dan emak mentua yang uzur, berkata yuran persekolahan anaknya sudah beberapa kali tertunggak, selain rawatan fisioterapi suami di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, terpaksa dihentikan akibat kesempitan wang dan masalah pengangkutan.
Masalah kewangan

Sementara itu, Siti Halma pula mempunyai tiga anak, iaitu Mohd Aizat Ismail, 10, selain Nurul Amirah, 21, dan Nurul Shasha Amanda, 17, kedua-dua sudah berkahwin dan juga tinggal bersama pasangan serta anak mereka di rumah sama akibat masalah kewangan.

Nurul Amirah berkahwin dengan Mohd Faizal Sulaiman, 20, manakala pasangan Nurul Shasha adalah Mohd Fadli Mat Wi, 32, dengan masing-masing ada seorang anak berumur 9 bulan, iaitu Puteri Najwa Maisarah dan Putera Syamir Ramadhan.

Tinjauan ke kediaman mereka mendapati rumah itu ada tiga bilik tidur dan sebuah bilik air, dengan keadaannya semakin uzur di mana beberapa bahagian termasuk bilik tidur Bidah sudah dimakan anai-anai.

Bidah berkata, rumah itu sudah didiaminya sejak kecil dan dipercayai berusia lebih 100 tahun.
“Kami jug
a bergantung pada wang bantuan bulanan yang diberikan kepada makcik,” katanya yang menerima bantuan bulanan RM250 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Marina Mahathir jauh lebih matang dari bapanya



KUALA LUMPUR: Menghairankan mengapakah Tun Mahathir tidak mahu mengikut jejak langkah anak perempuannya Marina, tulis blogger Omak Kau.

Ini berhubung sekeping gambar yang memperlihatkan hubungan yang mesra antara Marina Mahathir dengan Nurul Izzah Anwar.

Berikut ulasan blogger Omak Kau.

Tidak semestinya dinobatkan oleh para pengkagum dan pemujanya sebagai negarawan paling ulung pernah dilahirkan di negara ini bersifat berjiwa besar, matang dan profesional dalam tindak tanduknya.

Itulah yang dapat Omak Kau tafsirkan mengenai rakaman gambar di atas.

YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ybhg Datuk Paduka Marina Mahathir Tun Dr Mahathir.

Kelihatan cukup mesra dan mampu ketawa bila bersua muka.

Umum sudah pun mengetahui yang DSAI sejak pembebasannya tahun 2006 lagi telah memaafkan apa jua tindakan zalim dan fitnah yang dikenakan terhadap dirinya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad namun sampai sekarang negarawan yang dikatakan paling ulung oleh para pengkagumnya masih dilihat mempunyai sifat dendam dan terus menyerang DSAI dengan pelbagai fitnah usang dengan cerita diulang tayang.

Di situ terletaknya perbezaan jiwa antara DSAI dengan Tun M..paling menghairankan mengapakah Tun M tidak mau mengikut jejak langkah anak perempuannya Marina?

2,500 orang bantah syarat lesen laman web berita di Singapura


SINGAPURA - Kira-kira 2,500 penduduk berhimpun di Speakers Corner di sini semalam untuk mendesak pemerintah menarik balik syarat baharu pelesenan terhadap laman web berita yang berkuatkuasa 1 Jun lalu.
Bantahan secara aman ini dianjurkan sekumpulan penulis blog dikenali sebagai #FreeMyInternet yang menentang pelaksanaan syarat tersebut.
Kumpulan itu berpendapat, penguatkuasaan syarat berkenaan melanggar hak dan kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat secara dalam talian.
Kata kumpulan itu, lebih 4,000 orang telah menandatangani petisyen menentang syarat perlesenan itu termasuk penyertaan lebih 150 blog berita.
"Kami tidak menolak mengadakan dialog dengan pemerintah selagi ia meliputi perbincangan tentang cara peraturan baharu ini ditarik balik," kata mereka.
Bermula 1 Jun lalu, laman web berita yang sering memuatkan laporan tentang isu berkaitan Singapura dikehendaki mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA).
Menurut undang-udang tersebut, laman web yang diberikan lesen oleh MDA perlu membayar deposit 50,000 dolar Singapura (RM123,853), di samping mematuhi semua syarat kandungan berita oleh pemerintah.
Mereka juga perlu menarik balik mana-mana laporan yang disiarkan dalam tempoh 24 jam jika diminta oleh pemerintah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2Vl7K1x18 
Hakcipta terpelihara 

Erdogan bertegas enggan berundur



SEORANG penunjuk perasaan mengibar bendera Turki sebelum bertempur dengan polis antirusuhan di ibu negara Turki, Ankara awal semalam.- AP


ANDANA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas bahawa beliau tidak akan berundur di sebalik tunjuk perasaan sejak 10 hari lalu bagi mendesak supaya pemimpin tersebut meletak jawatan.
Berucap di atas sebuah bas di selatan Turki semalam, beliau sekali lagi mengecam penentangnya sebagai samseng dan pencuri.
Bandar ini menjadi lokasi pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dengan penyokong Erdogan kelmarin.
Selain itu, puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan raya di Istanbul dan ibu kota Turki, Ankara dan bandar raya Izmir ketika konflik itu memasuki hari ke-10 semalam.
Menurut media tempatan, ramai penunjuk perasaan cedera di Ankara apabila mereka terjatuh ketika melarikan diri apabila polis melepaskan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan tunjuk perasaan.
Penunjuk-penunjuk perasaan bertindak liar dengan membaling bahan mudah terbakar dan mengejek anggota-anggota polis yang berkawal
Dalam usaha meredakan ketegangan, Erdogan meminta meminta penyokongnya supaya tidak melakukan sebarang keganasan.
Erdogan juga yakin partinya akan menewaskan pembangkang pada pilihan raya tempatan pada Mac tahun depan sekali gus menutup mulut pembangkang.
Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam protes yang tercetus pada 31 Mei lalu selepas polis cuba mematahkan satu tunjuk perasaan aman oleh sejumlah aktivis alam sekitar di ibu kota Turki, Istanbul. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2Vl6wrgcm 
Hakcipta terpelihara 

Telan ikan hidup untuk sembuhkan asma



SEORANG wanita menelan ikan hidup bersama ubat herba di bandar Hyderabad, India semalam.- AP


HYDERABAD - Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews.
Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut.
Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini.
Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam.
Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup.
Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun.
Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit.
"Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy.
Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu.
Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2Vl625dch 
Hakcipta terpelihara 

Mengapa NKRI ( Negara Kesatuan Republik Indonesia) Harus Di Bubarkan...??




1 • Berhukum dengan selain hukum Allah Subhaanahu Wa Ta’aalaa
Indonesia tidak berhukum dengan hukum Allah, tetapi berhukum dengan qawanin wadl’iyyah(undang-undang buatan) yang merupakan hasil pemikiran setan-setan berwujud manusia, baik berupa kutipan atau jiplakan dari undang-undang penjajah (seperti Belanda, Portugis, dll) maupun undang-undang produk lokal. Allah Subhaanahu Wa Ta’aalaa berfirman:
“…Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Al Maidah: 44)

2 • Negara dan pemerintah ini berloyalitas kepada orang-orang kafir, baik yang duduk di PBB atau yang ada di Amerika, Eropa dll, serta membantu mereka dalam rangka membungkam para muwahhidin mujahidin
Bukti atas hal ini sangatlah banyak. Salah satunya yang paling menguntungkan kaum kuffar barat dan timur, yang banyak menjebloskan para mujahidin ke dalam sel-sel besi adalah diberlakukannya Undang-undang Anti Jihad (menurut bahasa mereka Undang-undang Anti Terorisme).

3 • Sistem yang berjalan adalah demokrasi
“Kekuasaan (hukum) ada di tangan rakyat” (bukan di Tangan Allah), itulah demokrasi, dan sistem inilah yang berjalan di negara ini.
“Kemudian bila kalian berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul, bila kalian memang beriman kepada Allah dan Hari Akhir”. (An Nisaa: 59)
“(Hukum) putusan itu hanyalah milik Allah”. (Yusuf: 40)

Kesimpulan :
Semua kaum muslimin yang berda di bumi indonesia ini mempunyai kewajiban yang sama untuk menegakan dan mengganti sistem yang berdasarjkan al-qur'an dan assunnah serta merubah NKRI menjadi "IMAROH ISLAM INDONESIA"

-- :::Al-Malhamah Al-Kubra:::

Alhamdulillah, Multaqod Da’wiy FAKSI Ke-IV Berjalan Sukses!



JAKARTA-Alhamdulillah, acara Multaqod Da’wiy FAKSI (Forum Aktivis Syariat Islam) Ke-IV, yang diadakan hari Sabtu (08/06/2013) di Masjid Fathullah, UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta, berjalan dengan sukses. Para peserta pulang dengan puas dan membawa kesimpulan bahwa hanya dengan dakwah dan jihad, Revolusi Islam untuk menegakkan syariat Islam secara sempurna bisa dilakukan, bukan dengan cara-cara batil yang lain. Allahu Akbar!

Multaqod Da’wiy ke-IV dengan tema : Revolusi Hidup Sahabat, Pondasi Peradaban Islam ini dibukan oleh Ustadz Bachrumsyah dari FAKSI. Mengawali acara, Ustadz Bachrum berpesan bahwa acara FAKSI ini akan terus bekelanjutan, termasuk mengadakan Dauroh Terbuka, Bedah Buku, dan lainnya.

Acara kemudian diserahkan ke Ustadz Abu Shofiy dari Shariah4Indonesia, sebagai moderator yang langsung mempersilahkan para pembicara untuk mengambil tempat masing-masing. Ustadz Abu Shofiy memberikan kesempatan pertama kepada Ustadz Salim Mubarok At Tamimy, seorang da’i sekaligus aktivis FAKSI Malang.

Dalam pemaparannya, Ustadz Salim secara tegas dan jelas mengulas tauhid sebagai pondasi perjuanganumat Islam. Tauhid yang kokoh, mengingkari toghut dan mengimani Allah SWT., harus menjadi landasan perjuangan umat Islam dalam rangka menegakkan syariat Islam.

Selanjutnya, pembicara kedua, Ustadz Abu Qutaibah, FAKSI BIMA, menjelaskan tentang manhaj salaf, yang selalu berpegang teguh kepada Al Qur’an dan As Sunnah, dan beliau menjelaskan sejelas-jelasnya bahwa hanya dengan ittiba atau mengikuti manhaj salah inilah, yakni Rasulullah dan para sahabat, maka umat Islam akan selamat di dunia dan akhirat.

Ustadz Abu Faris, mewakili FAKSI Jawa Timur, sebagai pembicara selanjutnya menjelaskan karateristik At Thoifah Al Manshurah, yakni yang selalu berperang di jalan Allah SWT., sebagai kelompok yang selalu akan memperoleh kemenangan dan pertolongan dari Allah SWT.

Sebagai pembicara terakhir, Ustadz M Fachry, Pemred Al-Mustaqbal Channel, menjelaskan bahwa Siroh Nabawiyah adalah pondasi Revolusi Islam. Mengutip Syekh Abu Qotadah dalam bukunya Al Jihad wal Ijtihad, Ustadz M fachry menyampaikan bahwa umat Islam tidak perlu jauh-jauh mencari pedoman revolusi karena sudah ada dan lengkap di Siroh Nabawiyah.

Dakwah Dan Jihad, Menuju Revolusi Islam

Sesi selanjutnya adalah tanya jawab, dimana dengan antusias para peserta melontarkan pertanyaan-pertanyaan penting dan alhamdulillah oleh para pembicara seluruhnya dapat dijelaskan. Salah satunya adalah adanya syubhat bahwa dakwah tauhid dianggap selalu mengkafirkan orang muslim lainnya dan selalu memecah belah umat. Ustadz Abu Qutaibah menjelaskan bahwa dakwah tauhid tidak pernah mengkafirkan orang muslim, tapi mengkafirkan orang-orang musyrik, yakni karena telah melakukan kesyirikan, atau mengkafirkan orang-orang yang masih mengaku Muslim, padahal telah keluar dari Islam, karena syirik.

Selain itu, Ustadz Abu Qutaibah juga menjelaskan bahwa dakwah tauhid, dawahnya para Nabi, khususnya Muhammad SAW., sebagaimana sebuah hadits, bahwa Rasulullah Muhammad SAW diutus memang memecah belah diantara manusia, yakni memisahkan antara ahlut tauhid dengan syirik, dan memisahkan antara al haq dengan al batil. Jadi, itu yang benar!

Ustadz Salim dalam memberikan jawaban dengan tegas menguraikan bahwa betapa sejarah umat Islam di negeri ini telah dibolak-balik. Yang berjuang memerdekakan negeri ini adalah para Mujahid, para Muwahhid, seperti Tuanku Imam Bonjol, Pangeran Diponegaro, Jenderal Sudirman, Bung Tomo, yang semuanya ketika berjuang meneriakkan Allahu Akbar, bukan yang lain.

Sementara itu, Ustadz Abu Faris menjelaskan tentang hadits berjihad melawan hawa nafsu, bahwa itu adalah hadits yang tidak diketahui asal usulnya, mengutip Syekhul Islam Ibnu Taimiyah, dan ada beberapa perawinya yang cacat. Jadi jelas, hadits bahwa berjihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang terbesar, adalah sebuah propaganda syubhat untuk melemahkan ghiroh jihad umat Islam.

Terakhir, Ustadz M Fachry menjelaskan bahwa sistem tata negara dalam Islam sudah lengkap, dengan selurub sistem penunjangnya. Contoh bernegara sesuai sunnah juga telah dilakukan oleh Rasulullah SAW., di Madinah, untuk kemudian dilanjutkan oleh para sahabat, dan akan kembali muncul nanti, dalam wujud Al Khilafah ala munhajin Nubuwwah. Allahu Akbar!

Acara Multaqod Da’wiy Ke-IV yang juga disiarkan secara live di Radio Al-Mustaqbal ini ditutup dengan takbir dari para peserta dan komitmen untuk terus berbuat, mempersiapkan diri untuk menyambut masa depan Islam yang lebih baik, di bawah naungan syariat Islam secara sempurna. Insya Allah!

al-mustaqbal.net