Tuesday, July 5, 2011

KH Zainuddin MZ Meninggal Dunia..

KH Zainuddin MZ akan Dimakamkan di Halaman Dekat Rumahnya
KH Zainuddin MZ
Jakarta 5 Julai 11: Almarhum KH Zainuddin MZ rencananya akan dimakamkan di halaman dekat rumahnya di Jakarta Selatan pada Selasa (5/7) sore nanti. Tempat rencana pemakaman kiai kondang Sejuta Umat ini berdampingan dengan Masjid Fajrul Islam yang ada di depan tempat tinggalnya semasa hidup di Gang Haji Aom, Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Hal itu terlihat di papan pengumuman yang terpampang di rumah duka. Sebelum dimakamkan, jenazah akan dishalatkan di Masjid Fajrul Islam. Ribuan orang pelayat memadati kawasan rumah duka serta Masjid Fajrul Islam.

Zainuddin meninggal dalam usia 60 tahun. Dokter yang bertugas di ruang Unit Gawat Darurat Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP) Jakarta, Dr Nanang, mengatakan bahwa KH Zainuddin MZ saat dibawa keluarganya ke RSPP itu sudah dalam kondisi meninggal.

"Almarhum dibawa oleh keluarganya pada pukul 09.20 WIB dan sudah meninggal. Namun, pihak dokter tetap melakukan pemeriksaan untuk memastikan kalau beliau sudah meninggal," kata Nanang saat dihubungi Antara.

Ibnu Hasyim: KH Zainuddin MZ Meninggal Dunia..

Email Daripada Seorang Kangkung

BlogList Malaysia: Email Daripada Seorang Kangkung: "


Warga yg DiHormati,

Asalamualaikm,salam sejahtera kakitangan UiTM. Saya ingin ingatkan supaya semua kakitangan UiTM jauhkan dari Perhimpunan Haram Bersih. Beri sokongan pd Kerajaan Sekarang yg sentiasa memberi perlindungan kpd kita. Negara Aman dan Makmur dgn kerajaan pimpinan Dato Sri Najib. Kita perlu beri sokongan Kerajaan supaya kita akan maju lagi. Jangan gadaikan Agama, Bangsa dan Negara. Kita perlu hormat Semua Bangsa dan Agama Negara kita.

Sent from my iPad
Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar
Vice Chancellor/President
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam,40450
Selangor, Malaysia
Tel: 603-55442222"

Ibu Angkat Harap Polis Dapat Tangkap Pembunuh Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun

JOHOR BARU: Ibu angkat kepada seorang pelajar tingkatan empat yang mati dibunuh dengan kejam meminta pihak polis berusaha sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.

Mayat Nurrahayu Qomarodin, 16, yang mati dibunuh dengan kejam telah ditemui di sebuah tanah perkuburan Hindu dekat Masai dalam keadaan terbakar dan dikerat-kerat.

"Nurrahayu sudah seperti anak kandung saya sendiri. Saya tidak menjangkakan sesuatu seperti ini boleh terjadi ke atasnya," kata Juliana Jumail, 35.

Menurut Juliana, Nurrahayu dan anak perempuan sulungnya berkawan rapat sejak mereka berusia 13 tahun kerana Nurrahayu sering kali bermalam di rumah mereka kerana kesempitan hidup.

"Bapanya sering bertukar pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan saya tidak berasa keberatan langsung untuk menjaga Nurrahayu dan bapanya juga memberi restu dan izin," kata Juliana lagi.

Kata Juliana, sehingga ke saat ini, anak sulungnya itu tidak dapat menerima kenyataan yang kawan karibnya telah tiada.

"Dia banyak menghabiskan masa sendirian di dalam bilik dan enggan bercakap dengan sesiapa pun," kata Juliana lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Seri Alam, Ruslan Zainuddin berkata, pihak polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam Nurrahayu.

"Setakat ini pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun untuk membantu siasatan," katanya.

Lelaki yang ditahan itu yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan mempunyai lapan rekod jenayah pada masa lepas termasuklah menyerang, menculik dan mencuri.

Polis juga katanya masih menunggu laporan bedah siasat.

Adalah dipercayai, mangsa pada mulanya menjadi sasaran rompakan tetapi bagaimanapun telah dibunuh, kemudian dikerat dan dibakar di sebuah kawasan terpencil di di Sungai Tiram dekat sini.

Saki baki mayatnya kemudian telah dibawa ke tanah perkuburan tersebut dan kemudian telah membakar mayat mangsa sekali lagi.

mStar Online
: Ibu Angkat Harap Polis Dapat Tangkap Pembunuh Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun

PAS Junjung Titah Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: PAS menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ahad lepas berhubung perhimpunan haram yang dirancang kumpulan pengacau pada Sabtu ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS merasa berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan Yang di-Pertuan Agong sebagai pelindung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara.

"Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

"Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa bahawa tercetusnya idea bantahan tersebut adalah berikutan berlaku banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia termasuk penipuan, rasuah, salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.

"Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan," dakwanya. - BERNAMA

mStar Online
: PAS Junjung Titah Yang di-Pertuan Agong

Abdullah Nafi Laporan Akhbar Australia Mengenai Cubaan Rasuah

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan dakwaan mengenai percubaan rasuah ketika beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan pada 2003 sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar Australia.

"Tidak ada kebenaran langsung dalam dakwaan itu dan saya tidak ingat tentang ada orang menemui saya dengan sebarang tawaran.

"Jika betul ada, sudah tentu saya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis untuk tindakan susulan yang perlu," kata Abdullah dalam satu kenyataan di sini.

Akhbar The Age melaporkan hari ini bahawa sebuah firma cetak wang kertas disyaki cuba merasuah Abdullah bagi menolongnya mendapatkan kontrak mata wang $31 juta. -BERNAMA

mStar Online
: Abdullah Nafi Laporan Akhbar Australia Mengenai Cubaan Rasuah

Pejabat PKR cuba di ceroboh



SITIAWAN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut mendakwa pejabat parti itu, yang beralamat di No 6 Tingkat Atas, Taman Pegawai, di sini cuba di ceroboh sekumpulan belia pada 30 Jun lalu.

Ketua PKR Cabang Lumut, MP Shanmugam berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu pada jam 6.20 petang melalui panggilan telefon dari seorang jiran berdekatan.

“Saya dimaklumkan bahawa sekumpulan remaja atau belia bermotosikal berkumpul di hadapan Pejabat PKR Cabang Lumut, ketika itu.

“Mengikut maklumat yang saya perolehi, mereka berkumpul dan membuat bising di hadapan pejabat PKR serta terdapat percubaan untuk menceroboh ke dalam pejabat,” katanya ketika ditemui di Pejabat PKR Cabang Lumut, di sini.

Shanmugam mendakwa, kumpulan belia itu juga menunjukkan lagak ganas dan sombong serta mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.

“Ketika mendapat perkhabaran itu saya tidak berani untuk terus ke pejabat bersendirian kerana bimbang diapa-apakan.

“Saya terus ke Balai Polis Sitiawan untuk membuat laporan bagi membolehkan polis mengambil tindakan segera,” kata Shanmugam.

Selepai membuat laporan polis, beliau ke Pejabat PKR Cabang Lumut dan mendapati dua kereta peronda polis berada di premis itu.

Katanya, kehadiran pihak polis menyebabkan kumpulan terbabit bertempiaran melarikan diri.

“Saya tidak dapat mengenal pasti atau mengecam mana-mana individu terbabit dalam kumpulan itu, malah tidak berkesempatan mengambil gambar mereka ketika itu.

“Saya melaporkan kejadian ini bukan untuk tujuan mencari populariti atau bermegah-megah, tetapi mencari keadilan demi masa hadapan rakyat di Parlimen Lumut,” katanya.

Beliau berharap polis dapat memantau perkara berkenaan sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
SH

Najib sanggup sedia stadium



PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak, mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan atau menghancurkan apa yang dibangunkan selama ini.

Perdana Menteri berkata, rancangan mengadakan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan oleh pihak berkepentingan pada 9 Julai ini, bukannya cara baik dalam mencari penyelesaian.

“Perhimpunan haram sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada, tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara tidak demokratik.

“Melalui demonstrasi jalanan, tiada jaminan segalanya boleh berlaku dengan aman.

“Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beberapa menteri Kabinet.

Najib berkata, sebenarnya ada pendekatan lain untuk menangani sesuatu isu itu dan jangan melakukannya kerana dipengaruhi oleh emosi.

“Kita sanggup sediakan stadium untuk berkumpul tetapi kenapa memilih demonstrasi jalanan, mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya kerajaan tiada halangan.

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko berbahaya kepada negara,” katanya.

Najib berkata, jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk memperbetulkan sistem pilihan raya di negara ini, kenapa Barisan Nasional (BN) tewas di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri menjelaskan keadaan itu menunjukkan sistem pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bebas dan adil.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sanggup mengkaji dengan melakukan penambahbaikan, termasuk memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan sistem pilihan raya, berjalan dengan adil.

“Tetapi anehnya bila dah menang, sunyi sepi, tiada cerita pengundi hantu. Tiba-tiba bila rasa dah dekat, timbul balik. Ini jenis hantu, ada masa timbul, ada masa dia hilang,” katanya.

Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat supaya mendengar nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, lebih banyak keburukan daripada kebaikan dengan mengadakan perhimpunan haram itu.- Bernama
SH

Greece jadi boneka rejim Zionis

ATHENS - Kerajaan Greece menawarkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada Pihak Berkuasa Palestin, kelmarin selepas melarang konvoi ke Gaza meninggalkan pelabuhan negara itu dan menahan seorang kapten kapal.

Tawaran itu dilihat sebagai cubaan Athens untuk mengurangkan kritikan terhadap negara itu yang dianggap tunduk kepada desakan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) dengan menghalang perjalanan konvoi.

Konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla II ke Gaza disertai 10 kapal dan ratusan sukarelawan dari pelbagai negara itu sepatutnya berlepas ke Genting Gaza, minggu lalu.

Percubaan kapal AS, Audacity of Hope untuk meneruskan perlayaran dihalang pasukan keselamatan marin Greece yang mengarahkan kapal itu berpatah balik sebelum menahan kapten kapal.

Greece mengeluarkan arahan, Jumaat lalu bahawa semua kapal konvoi itu dilarang meninggalkan pelabuhan Greece walaupun konvoi itu akan berlayar di perairan antarabangsa.

“Larangan dibuat kerana kebimbangan keselamatan dan selari dengan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta cadangan Kesatuan Eropah (EU),” menurut Kementerian Luar Greece dalam satu lagi kenyataan, kelmarin.

Israel sejak awal lagi menggunakan pelbagai cara dan tekanan diplomatik bagi menghalang usaha konvoi kemanusiaan memecahkan sekatan haram rejim Zionis ke atas Genting Gaza.
SH

'Berhimpunlah tapi dalam stadium'

PM Najib: Kerajaan sedia izinkan Himpunan Bersih 2.0 dengan bersyarat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan sedia membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.

'Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

'Kami bersedia menyediakan satu stadium bagi mereka berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes.

'Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara,' kata beliau semalam.

Datuk Seri Najib berkata jika matlamat perhimpunan yang dilarang itu adalah bagi memperbetulkan sistem pilihan raya di negara ini, kenapa Barisan Nasional (BN) tewas di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008?

Beliau menjelaskan bahawa keadaan itu menunjukkan bahawa sistem pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bebas dan adil.

Malah, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sanggup mengkaji dengan melakukan penambahbaikan, termasuk akan memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan sistem pilihan raya di negara ini, berjalan dengan adil.

'Tetapi yang anehnya apabila dah menang... sunyi sepi, tiada cerita pengundi hantu. Tiba-tiba apabila rasa dah dekat, timbul balik. Ini jenis hantu, ada masa timbul, ada masa dia hilang,' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata rancangan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan oleh pihak berkepentingan pada 9 Julai ini bukannya cara yang baik dalam mencari penyelesaian.

'Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan,' katanya

Sementara itu, Bersih 2.0 berkata pihaknya berhasrat menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pagi semalam.

'Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia,' katanya.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Datuk Ambiga berkata:

'Ya.'

Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaitkan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.

Sehubungan dengan itu, pucuk pimpinan tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS) turut menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh terdekat, dipercayai bagi membincangkan isu berkaitan perhimpunan itu, kata Timbalan Presiden PAS, Encik Mohamad Sabu. -- Agensi.

Cyberita Online Luar Negara

Ketua pemberontak izin Gaddafi tinggal di Libya

BENGHAZI: Ketua pemberontak Libya berkata Encik Muammar Gaddafi boleh tinggal di negara itu dengan syarat beliau melepaskan kuasanya.

Sebelum ini, Encik Gaddafi menolak semua gesaan antarabangsa supaya meletak jawatan sebagai presiden, sebaliknya bertegas akan berjuang bermati-matian.

'Sebagai satu huraian damai, kami menawarkan agar beliau meletak jawatan dan mengarahkan semua askarnya berundur dari posisi dan berek mereka dan kemudian beliau boleh memutuskan sama ada untuk tinggal di Libya atau di luar negara,' kata pemimpin pemberontak, Encik Mustafa Abdel Jalil, yang mengetuai Majlis Peralihan Kebangsaan.

'Jika beliau ingin tinggal di Libya, kami akan menetapkan tempatnya dan ia akan diletakkan di bawah pengawasan antarabangsa.'

Menurut beliau, yang merupakan mantan menteri keadilan dalam pemerintahan Encik Gaddafi, usul itu dimaklumkan kepada Tripoli sebulan lalu melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, sehingga kini, pihaknya belum mendapat sebarang jawapan.

Antara saranan yang diusulkan ialah bagi Encik Gaddafi menghabiskan usia persaraannya di sebuah berek tentera yang dikawal.

Minggu lalu, anak perempuan Encik Gaddafi, Cik Aisha, berkata bapanya bersedia berunding dengan pemberontak tetapi menegaskan beliau tidak akan meninggalkan negara itu.

Anak lelakinya, Encik Saif al-Islam, turut menolak usul agar bapanya meninggalkan Libya.

'Untuk menggesa ayah saya meninggalkan negara ini, ia satu jenaka. Kami tidak akan menyerah kalah. Kami akan berjuang. Ini negara kami,' katanya kepada saluran televisyen Perancis, TF1.

Perdana Menteri Libya, Encik Al-Baghdadi Ali Al- Mahmoudi, pula berkata rakyat Libya sendiri tidak mahu Encik Gaddafi berundur.

'Anda lihat semua orang - daripada kanak-kanak kepada lelaki tua - semua sayangkan Muammar Gaddafi. Mereka semua sayangkan beliau,' katanya kepada saluran televisyen Al-Arabiya.

Jumaat lalu, Encik Gaddafi menggesa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) agar menghentikan pengeboman ke atas negaranya atau berdepan dengan serangan pejuang Libya yang akan menyerang Eropah 'seperti sekawan lebah atau belalang juta'. -- Reuters.

Cyberita Online Luar Negara

Kelibat Erni curi tumpuan

SHAH ALAM: Tiada yang lebih menarik perhatian pada hari pertama perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selain kehadiran anak sulung jutawan itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Wanita yang mewarisi empayar perniagaan ibunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Center Sdn Bhd itu hadir diiringi adiknya, Erni Erinawati Sofia, 22 dan peguam pemerhati mewakili keluarganya, Kamarudin Ahmad. Kelibat Erni Dekritawati Yuliana yang lebih mesra dengan panggilan Rita dengan berkemeja biru lembut dan memakai kaca mata hitam di lobi mahkamah seawal jam 8.30 pagi itu mencuri tumpuan utama lensa jurugambar dan jurukamera televisyen yang tidak henti-henti merakamkan gambarnya. Hadir sama, seorang lagi adiknya Erni Reenilawati, 16, dan bapa mereka, Buhari Mohamed. Rita yang memiliki kulit putih mulus persis Sosilawati itu akan memberi keterangan dari kandang saksi sebagai orang terakhir yang melihat ibunya sebelum jutawan kosmetik itu bertolak ke Banting untuk bertemu seorang peguam pada hari kejadian. Tiga beradik itu bersama bapa kandung yang akan tampil sebagai saksi pendakwaan itu tidak memberikan sebarang kenyataan dan bergegas menuju kamar Mahkamah Tinggi 7 yang menempatkan saksi, bertentangan dengan perbicaraan kes di kamar Mahkamah Tinggi 8. Terdahulu, polis membawa masuk 192 barang kes mulai jam 9 pagi termasuk pelbagai barangan peribadi milik mangsa seperti dua telefon pintar Blackberry, jam tangan mewah jenama Bell & Ross dan Longines dan kunci kereta BMW yang ditemui di beberapa lokasi di Banting.

myMetro | Kelibat Erni curi tumpuan

‘Ada kamera tersorok?’


BINCANG...Erni Dekritawati  (tengah) bersama adiknya Erni Erinawati  (kanan) berbincang dengan peguam mereka, semalam.
BINCANG...Erni Dekritawati (tengah) bersama adiknya Erni Erinawati (kanan) berbincang dengan peguam mereka, semalam.

SHAH ALAM: “Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku...,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?” itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.
Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.

Ketika itu, Habishah berbuka puasa.
Ini antara keterangan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan ketika membacakan ucapan pembukaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang bermula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, berkata pihaknya juga mengemukakan keterangan Habishah bahawa Sosilawati ke Banting antara 9 September dan 30 Ogos tahun lalu untuk menukar dua cek berhubung urusan jual beli tanah di Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan peguam bernama Pathma. Kandungan penuh SMS dan butiran panggilan yang terjadi sebelum semua mangsa dilaporkan hilang sehingga mereka didakwa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu akan terungkai sepanjang prosiding yang ditetapkan selama tiga bulan ini.

Terdahulu katanya, pihak pendakwaan akan menampilkan 76 saksi yang akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan tertuduh melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan termasuk anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.
Menurutnya, Sosilawati ada menghubungi Erni Dekritawati Yuliana pada malam kejadian, tetapi panggilan itu tidak dijawab anaknya kerana tidak perasan.

“Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej ‘Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang...hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.’
“Erni Dekritawati Yuliana juga akan memberi keterangan berhubung urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan menukar tarikh cek bagi mempercepatkan tarikh,” katanya.

Selain itu katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suami menyatakan tidak akan pulang selama tiga hari kerana mahu menolong masalah Sosilawati yang diugut Kamaruddin berhubung ‘gambar’.

Beliau berkata, Suzana menerima panggilan itu pada jam 8.15 malam, 30 Ogos tahun lalu selepas Noorhisham mengikut Sosilawati ke Banting bersama dengan Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

Ishak berkata, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan juga akan memberi keterangan suaminya memaklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam pada hari sama.

“Apabila ditanya mengapa tak balik, suaminya memberitahu orang kanan Sosilawati bernama Kamal mengugut hendak sebarkan gambar Sosilawati iaitu gambar tak elok. Suaminya juga memberitahu Sosilawati menangis dan dia beritahu hendak tolong Sosilawati,” katanya.myMetro | ‘Ada kamera tersorok?’

Logam nadir di Lautan Pasifik


TOKYO 4 Julai - Logam nadir yang sukar ditemui serta menjadi komponen penting dalam pembuatan produk elektronik berteknologi tinggi ditemui dalam jumlah yang banyak di dasar Lautan Pasifik, dipercayai 1,000 kali ganda kuantiti yang terdapat di darat.

Deposit mineral itu boleh dikeluarkan dengan mudah, kata saintis Jepun yang mengumumkan penemuan tersebut, hari ini.
"Deposit itu padat dengan logam tersebut, hanya satu kilometer persegi deposit akan dapat memenuhi satu per lima daripada penggunaan tahunan global pada masa kini," kata profesor madya sains bumi di Universiti Tokyo, Yasuhiro Kato.
Deposit tersebut ditemui oleh sepasukan saintis diketuai Kato termasuk penyelidik daripada Agensi bagi Sains dan Teknologi Marin-Bumi Jepun.
Mereka menemui mineral itu dalam lumpur laut yang dikeluarkan dari 78 lokasi pada paras antara 3,500 hingga 6,000 meter di bawah permukaan lautan.
Satu pertiga daripada lokasi itu kaya dengan logam tersebut yang juga dikenali sebagai logam yttrium, kata Kato dalam wawancara menerusi telefon.
Deposit tersebut terletak di perairan antarabangsa di kawasan yang terbentang dari timur ke barat Hawaii, serta ke timur Tahiti di Polinesia Perancis, katanya.
Kato menganggarkan logam yang sukar ditemui itu yang terkandung dalam deposit tersebut berjumlah anrara 80 hingga 100 bilion tan, berbanding rizab global yang disahkan buat masa ini oleh Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berjumlah hanya 110 juta tan yang ditemui kebanyakannya di China, Rusia, bekas negara Kesatuan Soviet yang lain, dan Amerika Syarikat.
Butir-butir penemuan itu disiarkan hari ini dalam versi dalam talian jurnal Britain, Nature of Geoscience.
Paras uranium dan thorium iaitu bahan radioaktif yang selalunya terkandung dalam deposit sedemikian dan boleh membahayakan alam sekitar, didapati hanya satu perlima daripada paras yang dikesan dalam deposit di darat, ujar Kato.
Kekurangan kronik bekalan logam yang sukar ditemui itu, yang penting dalam pembuatan pelbagai produk elektronik berteknologi tinggi, magnet dan bateri, menggalakkan aktiviti perlombongan bagi bahan galian itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Greece hantar bantuan ke Gaza



sebahagian daripada 40 aktivis menaiki Salah sebuah kapal Perancis yang menyertai flotila bantuan ke gaza bergambar di pelabuhan Pireus dekat Athens. - AFP


ATHENS 4 Julai - Greece semalam menyatakan kesediaan untuk mengirimkan bantuan kemanusiaan kepada Pihak Berkuasa Palestin selepas pihaknya melarang flotila kapal bantuan ke Genting Gaza belayar dari pelabuhannya dan menahan kapten salah sebuah bot terlibat.

Ketika menghubungi Presiden Palestin Mahmoud Abbas melalui telefon semalam, Perdana Menteri Greece George Papandreou menawarkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan bekalan perubatan ke Gaza dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Abbas menyambut positif cadangan itu dan menyatakan sokongannya," jelas satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri Greece.

Flotila kemanusiaan ke Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan serta beratus-ratus aktivis dari pelbagai negara sepatutnya memulakan pelayaran mereka dari Greece minggu lalu.

Dalam satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar Greece menjelaskan pihaknya tidak membenarkan flotila itu belayar dari pelabuhan Greece atas sebab-sebab keselamatan sejajar dengan permintaan PBB serta saranan Kesatuan Eropah (EU).

Sementara itu, kumpulan- kumpulan pro-Palestin seperti Pergerakan Perpaduan dan aktivis dari seluruh negara ini berhasrat melancarkan protes besar-besaran di lapangan terbang Israel pada Jumaat ini bagi membantah sekatan rejim Zionis ke atas Gaza serta polisi-polisi lain yang dilaksanakan Israel.

Media melaporkan kumpulan aktivis itu mahu menganggu penerbangan keluar masuk ke Israel. - Reuters/AP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Suu Kyi cabar amaran tentera



Suu Kyi (tengah) tersenyum sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Nyaung Oo di Bagan, tengah Myanmar, semalam. - AFP


BAGAN, Myanmar 4 Julai - Ikon demokrasi Aung San Suu Kyi melawat sebuah bandar kuil purba di Myanmar dengan anak lelakinya hari ini dalam percubaan pertamanya untuk bergerak bebas selepas dibebaskan oleh Junta.

Pemenang Anugerah Nobel Keamanan yang sebelum ini menerima amaran keras daripada rejim itu supaya tidak terlibat dalam politik selepas dibebaskan, disambut di lapangan terbang Bagan oleh sekumpulan wartawan dan polis berpakaian biasa.

Ia merupakan pengembaraan pertama Suu Kyi keluar dari Yangon selepas beliau dibebaskan daripada tahanan di rumah selama tujuh tahun pada November lalu.

Suu Kyi, bagaimanapun tidak memberi kenyataan sebaik-baik tiba dan terus menuju ke hotel dengan anak lelaki bongsunya, Kim Aris yang memberitahu AFP beliau sangat gembira kerana dapat bercuti selama empat hari bersama ibunya.

Sementara itu, timbalan ketua perwakilan Myanmar ke Amerika Syarikat (AS) di Washington hari ini memohon perlindungan politik di AS, lapor Radio Free Asia.

Menurut agensi berita tersebut, diplomat Kyaw Win, 59, yang berkhidmat di Washington sejak 2008 dilaporkan berpaling tadah kerana pemimpin Myanmar enggan melonggarkan cengkaman ke atas kerajaan.

"Pegawai kanan tentera memperkukuhkan lagi cengkaman mereka dan sedang mencari jalan untuk menghapuskan demokrasi," kata Win.

Tambahnya, ancaman terhadap Suu Kyi harus dipandang serius.

Win yang berkhidmat sebagai diplomat selama 31 tahun di empat negara merupakan timbalan ketua perwakilan kedua memohon perlindungan politik di Washington.

Pada Mac 2005, Aung Lynn Htut yang merupakan timbalan ketua perwakilan Myanmar ke sana turut memohon perlindungan politik di AS. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Berita Harian Online | 76 saksi akan dipanggil

  • Foto

    ANGGOTA polis membawa barang kes ketika perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

  • Foto

    ERNI Dekritawati (tengah) bersama adiknya, Erni Erinawati Sofia (kanan) berbincang dengan peguam ketika perbicaraan kes bunuh ibunya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Foto

ERNI Dekritawati (tengah) bersama adiknya, Erni Erinawati Sofia (kanan) berbincang dengan peguam ketika perbicaraan kes bunuh ibunya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

192 barang kes jadi bukti empat bunuh jutawan kosmetik


SHAH ALAM: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di sebuah ladang di Tanjong Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu, pergi ke Banting untuk berjumpa tertuduh pertama yang juga bekas peguam, N Pathmanabhan.
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, yang mengetuai barisan pendakwaan, berkata pihaknya akan mengemukakan keterangan membuktikan Sosilawati ingin berjumpa Pathmanabhan bagi menukar tarikh 9 September 2010 pada dua cek untuk urus niaga jual beli tanah di Batu Feringhi, Pulau Pinang, kepada 30 Ogos tahun sama.
Berita Harian Online | 76 saksi akan dipanggil

Flotila tak ubah haluan ke Gaza




PRESIDEN  Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al Ehsan,  Muhammad Ridzwan Sulaiman  menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan Greece, Emmanuel Niotis,  di Kedutaan Greece, di Kuala Lumpur, semalam.
PRESIDEN Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al Ehsan, Muhammad Ridzwan Sulaiman menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan Greece, Emmanuel Niotis, di Kedutaan Greece, di Kuala Lumpur, semalam.

Dokumentasi diserah kepada Kerajaan Greece mohon teruskan pelayaran

STEFANO Chiarini, kapal penumpang International Freedom Flotilla II yang dinaiki 10 sukarelawan Malaysia tidak akan menukar haluan atau melanggar undang-undang Greece untuk belayar ke Gaza.
Kapal penumpang membawa kira-kira 70 aktivis kemanusiaan pro-Palestin dari lebih 10 negara itu juga tidak bercadang belayar tanpa kebenaran pihak berkuasa pelabuhan Corfu, kepulauan yang terletak lebih 470 kilometer dari Athens.
Koordinator flotila itu, Nordin Elouali, berkata semua dokumentasi berkaitan sudah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Corfu dengan destinasi kapal masih ke Gaza.

“Kita tidak akan tukar haluan dan mereka tidak ada sebab menahan Stefano Chiarini tanpa alasan kukuh,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sebelum itu, aktivis berarak dan mengadakan protes aman kali kedua di atas kapal itu yang kini di bawah pengawasan dua bot peronda penguat kuasa maritim Hellenic.

Nordin yang juga ahli politik Belanda berkata, mengikut undang-undang, Stefano Chiarini berpeluang 100 peratus untuk belayar jika Kerajaan Greece menghormati undang-undang dan tidak tunduk kepada tekanan luar.
Pihak berkuasa pelabuhan tempatan kini berdepan tekanan selepas Kerajaan Greece mengeluarkan arahan menghalang mana-mana kapal menggunakan bendera Greece atau bendera asing yang menyertai flotila kemanusiaan itu daripada berlepas ke Gaza.

Sukarelawan Malaysia diketuai Pengerusi Lifeline4Gaza, Dr Noorazman Mohd Samsuddin turut membantu misi flotila itu dengan menjaga keselamatan kapal daripada disabotaj, selain Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerajui usaha menulis surat bantahan ditandatangani semua Ahli Parlimen menyertai flotila kepada Kerajaan Greece supaya membenarkan semua kapal belayar.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Life Line For Gaza (LLG4G) dan Pergerakan Pemuda UMNO bersama tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Konsulat Greece di Malaysia sebagai bantahan kepada kerajaan negara itu yang menghalang kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla II. Berita Harian Online | Flotila tak ubah haluan ke Gaza

'Ada darah beku di wajah mangsa'


pix_gal0
Ahmad Sarbani disyaki dihempuk ke dinding, saksi inkues nafi suami bunuh diri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner semalam diberitahu, muka Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed disyaki dihempuk ke dinding berdasarkan keadaan wajah mangsa ketika proses pengecaman jenazah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Isteri Ahmad Sarbani, Masiah Manap, 50, berkata beliau pelik melihat mayat suaminya ada ketulan darah beku di muka seolah-olah tidak boleh keluar sedangkan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menelefonnya memaklumkan kematian disebabkan beliau rebah di pejabat itu ketika memberi keterangan.
“Kecederaannya tidak seperti orang rebah, jika rebah mesti luka sebelah saja. Ketika pengecaman dilakukan saya dan empat anak perempuan bersama adik ipar, mereka semua menangis melihat keadaan jenazah, berikutan itu saya harus kuat mententeramkan mereka,” katanya.

Beliau yang mendirikan rumah tangga bersama mangsa selama 28 tahun berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abas di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

Masiah yang bekerja sebagai Penyelia PETRONAS di Seksyen 26 Shah Alam, memberitahu beliau hanya mengetahui punca suaminya meninggal dunia kerana terjatuh daripada bangunan SPRM selepas dimaklumkan jiran sebaik tiba di rumah dan menonton televisyen, jam 8 malam, 6 April lalu.

Katanya, ada juga jiran bertanya sama ada mangsa membunuh diri tetapi beliau yakin suaminya yang disifatkan sebagai individu penyabar, dan berfikir panjang sama sekali tidak akan berbuat demikian.
“Suami saya sembahyang lima waktu sehari tidak mungkin beliau hendak mati dalam keadaan murtad. Saya yakin beliau tidak buat (bunuh diri),” katanya.

Saksi inkues pertama itu berkata, sebelum ke pejabat SPRM menunggang motosikal pada hari kejadian, suaminya memberitahu anak perempuan mereka beliau akan pulang ke rumah mengambil kereta sekali gus menambah keyakinan mangsa tidak berniat membunuh diri.

Pada 6 April lalu, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di gelanggang badminton aras satu di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan selepas datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan KDRM.

Sementara itu, pegawai forensik Bukit Aman yang menyiasat tempat kejadian, Deputi Superintendan Sharul Othman Mansor, berkata beliau melihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan tangan kanan Ahmad Sarbani berada di bawah badan, kaki bersilang serta tulang lutut kanannya terkeluar.

Sebanyak sembilan barang kes ditemui sekitar mayat Ahmad Sarbani dikemukakan di mahkamah termasuk bingkai cermin mata patah, selipar, kasut dan tali pinggang milik mangsa.

Perasaan sedih menyelubungi mahkamah apabila empat anak mangsa berusia 23 hingga 12 tahun menangis teresak-esak di galeri awam ketika Sharul menunjukkan gambar mayat ayah mereka.

Menjawab soalan, Sharul berpendapat Ahmad Sarbani terjatuh dari tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu ketika beliau ingin keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu.

Prosiding kes itu bersambung hari ini akan membawa semua yang terbabit ke tempat kejadian di Bangunan SPRM, Jalan Cochrane di sini, jam 10 pagi. Berita Harian Online | 'Ada darah beku di wajah mangsa'

Pinda tuduhan berkhalwat



  JASMI   diiring isteri dan  Yusmawati   (kanan) ketika hadir  di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu,  semalam.
JASMI diiring isteri dan Yusmawati (kanan) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu, semalam.

Perkataan berkurung dikekal

JITRA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, meminda tuduhan khalwat dihadapi bekas Ketua Puteri UMNO Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Muhd Ismail, 47, dengan menggugurkan perkataan bersekedudukan, bersekediaman dan bersembunyi, sebaliknya mengekalkan perkataan berkurung.
Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha membenarkan pindaan terhadap pertuduhan asal itu selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menggugurkan tiga fakta dalam pertuduhan asal dengan mengekalkan perkataan berkurung bagi mengelak kekeliruan seperti didakwa peguam bela.
Bagaimanapun, Yusmawati yang memakai baju kurung dan tudung berbunga biru dan Jasmi berkemeja kuning mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Farah Hasan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shukri Zakaria.

Kamaruslan kemudian menetapkan 14 Ogos ini bagi perbicaraan kes untuk memberi masa kepada pendakwaan mengeluarkan sapina bagi memanggil saksi kes.

Yusmawati didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Jasmi didakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.
Mengikut Pertuduhan Yusmawati Yaacob, 31, didakwa berkurung bersama Jasmi di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu. Berita Harian Online | Pinda tuduhan berkhalwat

Bahan letupan, senjata ditemui

Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai

KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.
Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.
Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi ‘Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.’

Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu.
Berita Harian Online | Bahan letupan, senjata ditemui

Kereta, kemudahan awam disembur cat kuning



ANTARA kemudahan awam yang   disembur cat kuning oleh pihak tidak bertanggungjawab   di sekitar Alor Setar, semalam.
ANTARA kemudahan awam yang disembur cat kuning oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR: Perhimpunan haram belum pun diadakan, tetapi kesannya mula dilihat di negeri ini apabila beberapa kenderaan di Jitra dan lot kedai serta bangunan pejabat Perhubungan UMNO Kedah disembur dan diconteng dengan perkataan 'BERSIH' oleh pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.

Difahamkan sekurang-kurangnya empat kereta dan van yang diletak di depan lot kedai sekitar Jitra disembur dengan cat kuning bertulis ‘BERSIH’, manakala lambang UMNO di Bangunan Tunku yang menempatkan Pejabat UMNO negeri diconteng dengan perkataan ‘bodoh jom BERSIH’.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata kejadian itu menunjukkan sikap pengecut pelakunya dan hanya menggambarkan perasaan terdesak mereka untuk mendapat sokongan orang ramai.
Ahmad Bashah menganggap perbuatan itu sebagai provokasi pihak tertentu berikutan pendirian UMNO yang menentang perhimpunan haram BERSIH.

“Kita sudah laporkan hal ini kepada polis untuk disiasat dan kita harap orang yang tidak bertanggungjawab ini dapat diberkas segera.

“Kita tetap dengan pendirian menentang perhimpunan haram dan tidak akan gentar menghadapinya walaupun ada pihak terus membuat provokasi,” katanya di sini, semalam.

Di JITRA, seorang pemandu, Nordin Hassan, 48, berkata van syarikat diletakkan di belakang Pasar raya Yawata sejak petang kelmarin turut disembur cat kuning bertulis perkataan ‘BERSIH’ yang pagi semalam.
“Kenapa perlu babitkan kenderaan awam, saya tidak buat salah apa pada mereka. Ini adalah kenderaan syarikat yang saya guna untuk mendapatkan nafkah buat keluarga saya,” katanya.

Peniaga, Ng Ah Huat, 55, berkata, dia hanya menyedari kenderaannya disembur jam 9 pagi ketika mahu memulakan perniagaan berhampiran Kompleks Jitra dekat sini.

“Saya memang letak kereta di sini dan tidak pernah diganggu. Saya tidak tahu dan tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini tetapi saya harap supaya ia dihentikan,” katanya ketika ditemui, semalam. Berita Harian Online | Kereta, kemudahan awam disembur cat kuning

Ambiga sedia batal


 KETUA Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim   (kiri) dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan menunjukkan baju-T   Bersih yang siap dicetak dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Nuri,  Alor Setar,   semalam. - Foto Shahrizal Md Noor
KETUA Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim (kiri) dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan menunjukkan baju-T Bersih yang siap dicetak dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Alor Setar, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor





  • Jika dititah oleh Agong




  • Mohon menghadap Seri Paduka
    PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sedia membatalkan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini, jika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demikian. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) BERSIH selepas titah Seri Paduka disiarkan media, malam kelmarin.

    Beliau berkata, gabungan itu akan menghantar surat kepada Istana Negara untuk meminta perkenan menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum perhimpunan dijadualkan Sabtu ini.

    “BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.

    “BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor di sini, semalam.
    Ambiga bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi dibatalkan berikutan titah Seri Paduka bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

    “Saya akan membuat pengumuman rasmi sebaik saja pertemuan itu menjadi kenyataan,” katanya.

    Diminta mengulas sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan itu jika diminta oleh Seri Paduka, Ambiga berkata: “Ya. Tunggu saja pengumuman selepas pertemuan itu”.

    Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu mengadakan perhimpunan haram Sabtu ini.

    Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong bertitah, setiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran’.

    “Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

    Diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia membenarkan perhimpunan BERSIH jika diadakan di stadium, beliau berkata, ia akan dibincangkan kemudian.

    Sementara itu, AJK Pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay, berkata BERSIH bukan sebuah pertubuhan haram sebaliknya ia gabungan pertubuhan yang sah.

    Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata parti itu sudah menghantar surat memohon menghadap Seri Paduka dan menjangkakan untuk menerima keputusan mengenainya semalam atau hari ini.

    Mohamad berkata, PAS akan diketuai Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pimpinan tertinggi, termasuk beliau.

    “Pandangan Yang di-Pertuan Agong hari ni amat amat baik, baginda meminta (rakyat) menjaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan dan jangan menimbulkan sebarang bentuk (perlakuan) merosakkan harta benda dan keamanan.

    “Inilah Raja perlembagaan yang betul, betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,” katanya ketika berucap pada majlis ‘PAS Ganti Umno’ di kawasan Ladang malam kelmarin.



  • Berita Harian Online | Ambiga sedia batal

    Strauss-Kahn bakal dituduh lagi

    PARIS: Seorang penulis novel akan mengemukakan aduan hari ini menuduh bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, cuba merogolnya sekali gus menimbulkan kemungkinan siasatan baru ke atas Strauss-Kahn ketika kes ke atasnya di Amerika Syarikat berkemungkinan tidak dibicarakan.

    Kesannya, Perancis sekali lagi dilanda persoalan sama ada ahli politik Parti Sosialis itu wajar terus mencabar Presiden Nicolas Sarkozy dalam pilihan raya umum negara itu.
    Penyokong Strauss-Kahn dikejutkan dengan tindakan penulis dan wartawan, Tristane Banon, untuk membuat aduan itu di sini, menerusi peguamnya.
    Ketika diwawancara dalam program televisyen 2007, Banon, 31, berkata beliau diserang lima tahun sebelum itu oleh seorang ahli politik yang ditemubualnya untuk menerbitkan sebuah buku dan mendedahkan nama Strauss-Kahn beberapa ketika kemudian.

    “Ia berakhir dalam suasana ganas. Saya menendangnya. Dia membuka coli saya. Dia cuba menanggalkan seluar jeans saya,” kata Banon.

    Peguamnya, David Koubbi berkata, Banon dipujuk supaya tidak mengambil tindakan undang-undang oleh ibunya, Anne Mansouret, seorang pentadbir wilayah parti dianggotai Strauss-Kahn.

    Mei lalu, Mansouret mengakui dalam wawancara televisyen bahawa beliau menggesa anaknya tidak membuat aduan selepas kejadian berlaku dan enggan mengulas ketika dihubungi.
    Banon kembali mendedahkan perkara itu selepas Strauss-Kahn ditahan di New York pada 14 Mei lalu tetapi tidak meneruskan niat membuat aduan kerana kes di Amerika sedang berjalan dan mahu ia dibicara berasingan, kata Koubbi. – Agensi
    Berita Harian Online | Strauss-Kahn bakal dituduh lagi

    Suami Hayek pernah skandal


    Linda Evangelista (kiri) dan  Salma Hayek.
    Linda Evangelista (kiri) dan Salma Hayek.


    LOS ANGELES: Dokumen mahkamah yang difailkan supermodel Linda Evangelista menunjukkan anak lelakinya, Augustin James, 4, adalah anak suami kepada aktres, Salma Hayek, François-Henri Pinault.

    Hayek dan Pinault berkahwin pada 2009 serta berkasih sejak 2006, tahun sama Evangelista hamil.
    Pinault mempunyai dua lagi anak, seorang anak lelaki dan perempuan, hasil perkahwinan terdahulu yang berakhir dengan perceraian pada 2004.
    Kini Evangelista memfailkan satu petisyen menuntut wang saraan daripada ahli perniagaan Perancis berusia 49 tahun itu.

    “Dalam dokumen itu, ia mengatakan anaknya ‘dilahirkan secara luar nikah kepada Linda Evangelista, 46, dan (Pinault) mengakui dakwaannya itu,” kata sumber yang mengetahuinya dengan dokumen itu kepada majalah People.

    “Dokumen mengatakan ‘sudah diputuskan’ bahawa Pinault adalah bapa kepada anak lelaki Evangelista, Augustin James,” katanya.

    Tidak dapat dipastikan berapa banyak wang saraan yang akan dibayar Pinault untuk anaknya bersama Evangelista.
    “Ia terpulang kepada seorang majistret untuk menentukan bayaran sokongan, yang akan berterusan sehingga anaknya berusia 21 tahun,” kata sumber. “Pinault meminta untuk memberi keterangan menerusi telefon.”

    Sementara itu, satu lagi sumber memberitahu People: “Ini bukan umpama kes Schwarzenegger. Tiada siapa berkahwin. Tiada kecurangan.”

    Empayar barangan mewah keluarga Pinault dilaporkan bernilai AS$16 hingga AS$18 bilion (RM48 hingga RM54 bilion). – Agensi Berita Harian Online | Suami Hayek pernah skandal