Friday, August 22, 2014

Gambar Pesawat Yang Membawa Jenazah MH17

Posted 2014/08/22 by Ana Ghoib in Berita Harian
 


mh17 mas

Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategik Malaysia Airlines (MAS) Datuk Najmuddin Abdullah hari ini memuatnaik gambar menyayat hati pesawat Boeing jenis 747 yang akan membawa balik 20 jenazah nahas MH17 ke Malaysia esok ke akaun Instagramnya.
Pesawat itu dengan kod penerbangan khas Mike_Papa_Sierra akan membawa kesemua jenazah warga Malaysia dan dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi esok.
“Mike Papa Sierra sudah ditugaskan untuk membawa anda pulang, ia satu perjalanan jauh dan juga satu rehat yang panjang. Ia telah menjadi satu tempoh yang emosi untuk ramai pihak.
“Ia juga amat meletihkan, tetapi kami akan terus kuat dan menunggu dirimu pulang, Anda akan disambut dengan penghormatan, seluruh negara mendoakan setiap seorang daripada kamu.
“Kamu tidak sepatutnya mengakhiri hidup sebegini tetapi kamu layak disambut dengan penuh penghormatan. Anda akan sentiasa dekat di hati kami, kami tidak akan melupakan anda.
“Saya selalu katakan kepada semua orang, kami akan mengingati kamu sepertimana kami mengenali mula mengenali kami tidak mengenangkan bagaimana kamu semua pergi meninggalkan kami.
“Biarpun tiada pengumuman akan kedengaran dalam pesawat nanti apabila hendak mendarat, saya ingin menyatakan sesuatu kepada anda “Selamat Pulang, Rakyat Malaysia,” katanya dalam kapsyen yang begitu sedih.
Esok kesemua 20 jenazah yang menaiki pesawat MAS, penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine akan disambut dalam satu Istiadat Penghormatan khas di Kompleks Bunga Raya sebagai menghormati semua jenazah berkenaan.
Sempena kepulangan jenazah itu, kerajaan mengisytiharkan esok sebagai Hari Berkabung Negara – Mynewshub.my

Malaysiaku Minda Merdeka


MUHAMMAD MUHD TAB | .

Saya sedang berada dalam kereta menuju ke Taiping pagi ini untuk menyambut rombongan bermotor Jelajah Merdeka yang akan tiba di sana kira-kira jam 8 30 pagi ini.

Motosikal-motosikal berkuasa tinggi ini dilepaskan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di Temerloh pada 16 Ogos yang lepas.

Kesemua 15 mereka akan bergerak dari Temerloh ke Trengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kembali ke Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan di sambut oleh Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam.

Apa yg kita nak sibuk-sibuk bermotor ke seluruh negara? Tak ada ke kerja lain yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan?

Bila saya dilantik oleh Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar untuk mempengerusikan JK Sambutan Kemerdekaan Makaysia ke-57 tahun ini 2014 anjuran PAS, saya fikir kita ada satu aspek yang sangat penting berkaitan kemerdekaan ini. Yakni aspek berkaitan minda atau lebih tepat jiwa.

Jiwa yang kukuh dan kuat boleh memberi keyakinan pada otak untuk menggerak seluruh anggota untuk melakukan sesuatu.

Jiwa yang lemah akan menyebabkan otak akan menjadi lemah atau 'demotivated'.

Melalui siri perbincangan dalam banyak kali mesyuarat jawatankuasa persiapan, maka salah seorang ahli, Suhaimi melontar kan idea slogan "Malaysiaku Minda Merdeka"

Saya berperdapat slogan Malaysiaku Minda Merdeka ini sangat releven dengan keadaan pemikiran dan sikap orang-orang kita pada ketika ini.

Tanpa mempunyai minda yang merdeka orang kita akan terus berada di dalam alam fikiran "kebergantungan" kepada org lain.

Ianya tidak baik dan membawa seseorang itu menjadi mundur ke belakang.

Orang Jepun, German punyai minda yang hebat. Kekuatan minda mereka menjadikan mereka sangat berjaya membina negara mereka.

Kita masih dibelengu oleh dasar pemerintah BN yang sejak mula-mula merdeka 1957 hinggalah ke hari ini yang mengamalkan dasar subsidi yang terus menerus melemahkan minda dan jiwa orang kita.

Minda yang lemah dan jiwa yangg lemah tidak memungkinkan orang kita bangun dan bingkas bergerak apatah lagi hendak bersaing dngan bangsa-bangsa maju di dunia.

Nabi Muhammad SAW berjaya mewujudkan jiwa dan minda hebat. Selepas zaman Baginda, Islam berkembang ke seluruh dunia.

Orang-orang Islam selepas Baginda punyai jiwa yang hebat dipandang tinggi oleh orang-orang di merata tempat di seluruh dunia pada ketika itu.

Anak-anak muda yang mengibarkan bendera Makaysia ke seluruh pelusuk negara ini mengajak kita semua menghayati slogan 'Malaysiaku MINDA Merdeka'.

*Penulis adalah Pengerusi JK Sambutan Kemerkekaan PAS Malaysia kali ke-57, dan juga mantan Menteri Besar Selangor.

- HARAKAHDAILY 22/8/2014

Salah lapor, Khalid timbang saman akhbar


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang menyalah petik kenyataan beliau berhubung kuasa Sultan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid, beliau secara peribadi tidak mengeluarkan kenyataan mempersoal kuasa mutlak Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar seperti dilaporkan media.

Sebaliknya, beliau hanya menyatakan pandangan awam dari pengguna internet.

"Media salah petik kenyataan saya. Saya berkata itu pandangan pengguna internet. Bukan pandangan saya.
"Hakikat bahawa saya sebut PAS beri dua nama jelas menunjukkan saya tiada masalah dgn amalan memberi dua nama tu dan saya sebut "ada pandangan...." Bila ditanya pandangan siapa, maka saya jawab "di alam maya, luar sana, ahli akademik, Tun Mahathir," katanya kepada Harakahdaily.
Jelasnya beliau lagi, beberapa media telah membetulkan semula laporan mereka selepas ditegur termasuk The Malaysian Insider dan Malaymail.
"Tapi New Straits Times (NST) masih mengekalkan yang tidak betul.

"Saya memberi peluang 24 jam kepada mereka untuk membetulkan laporan mereka. Jika tidak, saya akan mengemukakan notis saman," tegasnya.

Semalam beberapa media melaporkan kononnya Khalid menyatakan bahawa Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar.

Laporan itu didakwa dibuat Khalid pada satu sidang media semalam.

Ekoran itu juga, PAS melalui setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali mendakwa kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS.

Dalam pada itu, Khalid turut memuat naik rakaman video sidang medianya semalam di blog beliau www.khalidsamad.com.

Dalam video itu menunjukkan, beliau ditanya wartawan tentang siapa memberi pandangan begitu.

"Di dalam internet di luar sana, di alam maya, di mana-mana, daripada ahli akademik, Tun Mahathir.

"Kamu ini saja nak kena sebut nama," jawabnya sambil ketawa.

- HARAKAHDAILY 22/8/2014

Walau Khalid menteri besar terbaik...


  •  Ketua Wanita PKR, Zuraida KamaruddinKetua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin

SHAH ALAM - Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang menteri besar yang terbaik, namun sekiranya parti mahukannya turun, beliau perlu menghormati keputusan itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang tetap berdegil meskipun telah ditolak.

"Kita turun padang dan jelaskan kepada rakyat untuk jelaskan kenapa (penolakan Abdul Khalid).

"Akhirnya, orang yang sokong Abdul Khalid pun faham bahawa dalam parti politik, walaupun anda 'the best man, the best MB' tapi apabila parti mahu anda turun atau meletakkan jawatan, anda patut hormat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.

Katanya, Abdul Khalid sepatutnya faham keputusan parti itu dan meletakkan jawatan dengan aman.

"Secara peribadi, kebanyakan daripada kami kecewa dengan apa yang dia (Abdul Khalid) buat selepas apa yang kita telah beri...jawatan MB, peluang untuk apa yang dia telah lakukan sebagai MB untuk parti.

"Dia sepatutnya faham dalam parti politik, apabila parti menunjukkan orang lain, dia sepatutnya meletakkan jawatannya dengan aman. Itu yang kita harap dia buat. Kami sedih hingga terpaksa melalui sampai ke tahap ini dan melakukan semua ini," katanya.

Sementara itu, beliau menolak untuk mengulas soal pilihan raya negeri (PRN) kerana Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dun.

"Kita tak mahu buat spekulasi. Kita jauh daripada itu (PRN). Kerana kalau ikut Perlembagaan, tak mungkin dia boleh bubar Dun sebab kami majoriti.

"Sebenarnya dia telah ditolak daripada menjadi MB cuma proses peletakan jawatan itu belum lagi," katanya.

Kelihatan kenderaan berhenti untuk bertafakur sempena menghormati kepulangan jenazah mangsa MH17

 

Isu MB: Sultan mungkin minta beberapa nama lagi


  • Isu MB: Sultan mungkin minta beberapa nama lagi

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mungkin akan meminta PR mengemukakan beberapa nama bagi calon menteri besar yang baharu dan bukannya menerima terus calon tunggal PR, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, Sultan Sharafuddin memerlukan beberapa nama untuk membolehkan baginda membuat pilihan siapa yang paling layak.

“Walaupun undang-undang negeri tidak mengatakan hanya lelaki yang mesti dilantik sebagai menteri besar (kerana wanita pun boleh dilantik) asalkan beragama Islam, namun luar biasalah jika wanita dilantik untuk jadi Menteri Besar Selangor," katanya.

“Biarlah PR mahu letak nama Dr Wan Azizah saja (sebagai calon menteri besar), tetapi baginda mungkin akan minta beberapa nama calon lain. Saya tak yakin Sultan Sharafuddin akan mudah terima Dr Wan Azizah,” katanya.
Bagaimanapun katanya, Sultan Selangor berhak membuat sebarang keputusan dan tidak akan mudah memberikan tampuk kepimpinan negeri kepada individu yang bukan anak kelahiran Selangor.

Ahad lalu, PR sepakat mahu memberikan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun Pas mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua namun, PR sepakat kemukakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

10 sunnah ketika makan



http://detikislam.blogspot.com | .
 
1. membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan. (Sunan Abi Dawud Hadtith 3755)
 
2. duduk di atas lantai. (Bukhari Sahih Hadith 5386) 
 
3. duduk di salah satu daripada tiga postur berikut;
a) Dalam kedudukan MEMBACA TASYAHHUD (seperti dalam solat) (Fathul Baari Hadith 5399), 
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan, (Ibid; Takhrijul Ihya Hadith 1304) dan 
c) Dalam postur mencangkung (Sahih Muslim Hadith 5299). 
 
4. makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). (Sahih Muslim Hadith 5265 dan Majmauz-zawaaid) 
 
5. membaca nama Allah sebelum makan. (Bukhari Sahih Hadith 5376) 
 
6. Makan dengan tangan kanan. (Bukhari Sahih Hadith 5376) 
 
7. makan dari bahagian yang paling dekat plat dan bukan dari tengah-tengah. (Bukhari Sahih Hadith 5376) 
 
8. Seboleh-bolehnya, untuk makan secara kolektif dari satu pinggan/talam. (Ibn Kathir Surah24 Aayat61; Sunan ibn Majah Hadith 3287) 
 
9. membersihkan setiap sedikit makanan yang tertinggal di atas pinggan dan menjilat jari sebelum membasuh mereka. (Muslim Sahih Hadith 5268) 
 
10. Untuk membaca pelbagai du'aas Masnoon selepas makan. Salah satu daripadanya adalah, 'Alhamdulillaahil ladhiy at'amanaa wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimeen'. (Sunan Abi Dawud)

Mahathir perlu keluar Umno sekali lagi...


http://shahbudindotcom.blogspot.com | .
Selain berpendapat polisi dan dasar Najib Razak banyak merosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara, teguran Mahathir Mohamad juga berkisar mengenai rasa rimasnya dengan terlalu banyak pengampu dan pembodek yang berada di sekeliling Perdana Menteri sekarang ini.

Dalam dua kisah dongeng zaman silam yang disebutkan Mahathir dalam tulisannya, jelas memperingatkan mengenai budaya ampu dan bodek yang disedari oleh banyak pihak berada di tahap melampau sekarang ini. Pembodek dan pengampu ini bukan saja dalam bentuk mengharapkan balasan seperti projek dan sebagainya tetapi ramai juga yang dibayar gaji semata-mata untuk berbuat demikian.

Apa yang disebutkan Mahathir itu bagaimanapun terbukti nyata akhirnya kerana bukan intipati teguran beliau yang mahu diambil-berat oleh pemimpin dan menteri UMNO, sebaliknya mereka berebut-rebut memuji dan menyanjung kehebatan Perdana Menteri dalam menguruskan negara sehingga diumpamakan lebih hebat daripada Barack Obama dan Vladimir Putin.

Meskipun budaya membodek pemimpin pada umumnya adalah amalan biasa, tetapi ramai yang merasakan budaya itu begitu berlebih-lebihan dan melampau ketika ini sehingga seolah-olah Najib tidak pernah melakukan kesalahan sama-sekali dalam menguruskan negara.

Lebih buruk lagi, isteri seorang Perdana Menteri yang tidak pernah begitu menonjol sebelum ini dan didapati melakukan beberapa pembaziran yang tidak sepatutnya, turut tiada yang berani memberikan teguran dan kritikan. Malah ramai yang memuji, menyanjung dan mencium tangannya apabila bersalam.

Dalam masa yang sama, Najib pula terus dengan sikap biasanya apabila menghadapi masalah. Beliau hanya diam, senyap dan tiada respon.

Sudah masuk hari kelima sejak Mahathir melontarkan taguran dan mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, sehingga ini Najib masih diam dan tiada respon. Tiada ulasan dan reaksi daripada seorang nakhoda apabila kapal yang dikemudinya sedang ditembak dan dalam keadaan terumbang-ambing.

Teguran Mahathir terhadap Najib sebenarnya bukanlah kali pertama. Ia sudah kerapkali dilakukan sebelum ini. Tetapi semua teguran dan kritikan itu berlalu begitu saja berikutan sikap Najib yang diam, senyap dan dan tiada respon serta mengharapkan ia dilupakan seiring dengan peredaran masa.

Apa yang pertama kali dilakukan Mahathir kepada Najib ialah menarik balik sokongannya. Sebelum ini, di sebalik kritikannya, beliau tetap menyokong Perdana Menteri dan hanya mahukan isu yang disebutkannya diberi perhatian atau tindakan saja.

Ketika era Pak Lah dahulu, Mahathir juga banyak memberi teguran atas beberapa kepincangan yang berlaku dan sehingga ke suatu peringkat, oleh kerana ia terus tidak diberi perhatian, beliau akhirnya mengumumkan keluar daripada UMNO untuk memberi lebih tekanan.

Kesannya, BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 dan Pak Lah kemudiannya berundur daripada memimpin negara.

Walaupun Mahathir menyebut tegurannya bukan bertujuan memaksa Najib melepaskan jawatannya, sebaliknya hanya mahukan adanya perubahan tetapi kebarangkalian untuk Najib berubah juga sebenarnya sangat tipis. Kalau Najib mahu berubah, beliau sebenarnya sudah melakukannya sebaik keputusan PRU 13 dulu lagi. Dari segi ini, ramai yang mengatakan Najib memang lebih teruk daripada Pak Lah.

Najib bukan saja selesa dengan sokongan kukuh dari kalangan pimpinan UMNO bahagian-bahagian seluruh negara tetapi juga kerana tiada yang tampil menegur dasar serta polisi yang dilakukannya dalam mengurus negara. Setiap hari beliau hanya mendengar kata-kata pujian dan tiupan angin yang seolah-olah sedang membawanya ke syurga.

Oleh itu, teguran yang disertai penarikan balik sokongan Mahathir ini juga mungkin tidak mendatangkan kesan kepada perubahan yang diharap-harapkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Najib tentunya lebih menghargai pujian berbanding teguran. Satu-satunya tindakan yang boleh terus diambil untuk menekan dan membuatkan Najib segera memberi reaksi terhadap teguran dan kritikan serta cenderung untuk berubah ialah dengan Mahathir mengumumkan keluar UMNO sekali lagi.

Hanya tindakan keluar UMNO ini yang boleh membuatkan arus bawah dalam UMNO akan bergerak lebih laju dan sama-sama bangun menuntut perubahan. Sebelum ini, arus bawah yang bergelodak ini sering dilindungi oleh pemimpin di atas atau oleh pengampu dan pembodek sehingga berjaya menutup hakikat yang sebenarnya sedang berlaku serta memberi gambaran yang baik-baik kepada Najib.

Namun, dengan kesediaan Mahathir membuat tindakan drastik sekali lagi keluar UMNO, arus bawah ini akan lebih mengalir deras bersama-samanya. Lebih berkesan lagi, jika beberapa bekas pemimpin lama yang sekarang ini banyak meluahkan rasa tidak puas hati atas kepimpinan Najib yang disifatkan lembut dan lembik, turut mengambil tindakan yang sama.

Tidak kurang berkesannya juga jika Mukhriz, anak Mahathir yang menjadi Menteri Besar Kedah turut bersama-sama dengan perjuangan bapanya itu.

Sebagaimana yang disebutkan Mahathir bahawa beliau lebih sayangkan bangsa dan negara ini, keberaniannya sekali lagi keluar UMNO adalah pengorbanan ke arah itu. Jika tidak, tegurannya mungkin bagai angin lalu saja kerana Najib tidak terasa panas pun lantaran lebih banyak disejukkan oleh tukang-tukang kipas yang berada di sekelilingnya. (SH 21/08/2014)

Dedah punca kereta perisai terbalik


SALMAH HUSAIN | .

PASIR MAS: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mendesak  satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi kereta perisai terbalik yang mengakibatkan kematian dua orang tentera di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan terperinci itu penting bagi merungkai persoalan yang bermain di kalangan rakyat khususnya lebih lebih lagi ia berlaku di kawasan yang sering berlaku ancaman keselamatan.

“Ini ditambah lagi dengan kebimbangan ekoran siri ancaman keselamatan yang sering berlaku akibat tindakan provokasi pihak-pihak luar.

“Saya yakin pihak tentera sendiri amat serius di dalam menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara.

"Namun rakyat juga berhak untuk tahu apakah sebenarnya yang mengakibatkan kereta perisai yang sewajarnya digunakan untuk peperangan namun boleh hilang kawalan dengan mudah seterusnya mengakibatkan kematian,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga salah seorang tentera yang terkorban dalam kejadian itu, Ahmad Fikri Mansor di Kampung Galok, Chetok, Pasir Mas hari ini.

Seorang lagi tentera yang terkorban ialah Mohd Hanif Patahur dari Johor.

Turut sama mengiringi beliau ialah Ketua Pemuda PAS Dun Chetok Abdul Rahim Yahya dan Penghulu Mukim Jabo Chetok Shamsuddin Ismail.

Fadhli yang  juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, turut menyampaikan sumbangan kepada ibu allahyarham yang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan.

“Kita mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu allahyarham yang hanya bergantung kepada perniagaannya yang sebelum ini dibantu oleh mangsa yang merupakan anak sulung di dalam keluarganya.

“Sesungguhnya, jasa Allahyarham kepada negara cukup besar sehingga terkorban ketika menjalankan tugas, “ katanya lagi.

- HARAKAHDAILY 22/8/2014

Kuasa Sultan: Kenyataan Khalid bukan pendirian PAS


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS.

Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - HARAKAHDAILY 22/8/2014

MH17: Pesawat MH6129 mendarat di KLIA

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 10:03 AM

PESAWAT MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa MH17 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada jam 9.54 pagi ini.
 
KUALA LUMPUR: Pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.54 pagi ini.

Penerbangan pesawat khas itu milik MAS dikendalikan olah tiga juruterbang, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakr Othman dan Kapten Zaim Khalid serta dibantu pegawai penerbangan, Yap Yoon Kong.

Jutaan warga Malaysia menyambut ketibaan 20 rakan senegara yang terkorban dalam nahas di timur Ukraine, menyaksikan peristiwa sedih apabila seluruh negara diisytiharkan berkabung hari ini.

Perhatian dunia akan tertumpu di Kompleks Bunga Raya KLIA yang mana keranda jenazah diturunkan dari pesawat khas itu.

Jalur Gemilang turut dikibar separuh tiang sebagai persediaan untuk bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi itu yang mengorbankan 298 orang termasuk 43 rakyat Malaysia pada 17 Julai.

Penantian memeritkan bagi 20 waris mangsa itu bakal berakhir dengan ketibaan jenazah, 37 hari selepas pesawat awam Boeing 777 ditembak jatuh yang mengejutkan seluruh dunia.

Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor antara orang kenamaan hadir di kompleks yang terletak bersebelahan bangunan terminal utama KLIA.

Seramai 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan semua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat.

Walaupun upacara itu akan disiarkan secara langsung oleh saluran stesen televisyen tempatan, orang ramai mula berkumpul di luar premis itu seawal 7 pagi untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Sehingga kini 30 mangsa warga Malaysia nahas itu telah dikenal pasti tetapi hanya 20 yang akan dibawa pulang hari ini selepas selesai menjalani prosedur ketat sebelum diserah kepada kerajaan Malaysia.

Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak.

Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching.

Rizab tenaga merosot ke paras mencemaskan

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:05 AM
Turbin gas bagi Stesen Janakuasa Segari di Lumut, Perak.
 
KUALA LUMPUR: Rizab tenaga Malaysia sudah merosot ke paras yang mencemaskan dan kerajaan wajar mempertimbangkan keadaan ini dengan serius, kata penganalisis.

Mengikut kalangan penganalisis, satu daripada langkah yang boleh diambil oleh kerajaan ialah menggantikan segera beberapa loji tenaga yang sudah uzur, dan jika langkah ini gagal diambil, loji berkenaan akan menjadi beban kepada rizab tenaga dalam tempoh 48 bulan akan datang.

Ia juga boleh menjejaskan visi dan misi negara ini untuk menjadi negara dunia pertama menjelang 2020, kata mereka.

Ketua Unit Penyelidikan di Mercury Securities, Edmund Tham, berkata tenaga elektrik adalah satu daripada komponen yang memacu industri pembuatan dan perkhidmatan dunia.

"Krisis tenaga akan melembapkan enjin pertumbuhan, manakala krisis tenaga yang berpanjangan boleh menyebabkan pelabur berpindah ke tempat lain," katanya.

Penganalisis di CIMB Investment Bank, Faisal Syed Ahmad, berkata rizab tenaga akan susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh itu jika kerajaan tidak berbuat sesuatu dalam empat tahun akan datang untuk meningkatkan pengeluaran.

"Grid (kebangsaan) mungkin mempunyai margin rizab yang lebih rendah daripada dijangkakan dan ini mungkin meningkatkan risiko terputusnya bekalan.

"Disebabkan terputusnya bekalan ini, margin rizab boleh susut sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 31 peratus, dengan mengandaikan kedua-dua loji kuasa tidak menghadapi masalah," tulis beliau dalam laporannya mengenai sektor kuasa negara dua bulan lalu.

Ketua Penyelidikan Runcit Maybank Investment Bank, Tee Sze Chiah, berkata permintaan elektrik Malaysia dijangka meningkat sebanyak tiga hingga empat peratus setahun, hampir-hampir mencerminkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dari 2000 hingga 2013 pada kadar kira-kira 4.4 peratus.

"Permintaan bagi tenaga tidak terhad kepada Malaysia sahaja, ia berlaku di mana-mana di dunia, tetapi dalam kes Malaysia wujud keperluan untuk menggantikan loji-loji yang sudah berusia dengan segera," tegasnya.

Pada 2012, ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata permintaan bagi tenaga elektrik melebihi bekalan, dan beberapa industri tidak mendapat bekalan yang diperlukan.

"Rancangan yang rapi perlu dibuat bagi pembangunan sistem kuasa," beliau dilaporkan berkata pada satu forum bertajuk 'Adakah Tenaga Nuklear Satu Pilihan Bagi Malaysia'.

Ketika ini, TNB adalah pembekal terbesar tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah Electricity Sdn Bhd dan Sarawak Electricity Supply Corp masing-masing pembekal bagi Sabah dan Sarawak.

Sumbangan tenaga juga disokong oleh beberapa penjana tenaga bebas (IPP). - BERNAMA

MH17: Suasana sibuk di KLIA bertukar sunyi

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:09 AM
SUASANA sibuk di KLIA bertukar sunyi seketika apabila surah Al Fatihah berkumandang bagi menandakan upacara berkabung selama satu minit.
 
SEPANG: Suasana sibuk di KLIA bertukar sunyi seketika apabila surah Al Fatihah berkumandang bagi menandakan upacara berkabung selama satu minit bagi menghormati mangsa MH17, sebentar tadi.

Dalam masa sama, seramai 50 kakitangan Jabatan Penerangan Selangor yang membawa poster 'Bertafakur Seminit untuk MH17' ditugaskan sekitar KLIA .

MH17: Kenderaan lalui Jambatan PP berhenti beri penghormatan

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:19 AM

 
GEORGETOWN: Semua kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang dihentikan selama satu minit sejurus 20 jenazah nahas pesawat MH17 selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Ia adalah untuk mengajak seluruh rakyat negeri ini turut serta memberikan penghormatan dengan berdoa mengikut kepada ajaran agama masing-masing.

Seramai 298 penumpang termasuk anak kapal MH17 maut selepas pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

MH17: Linangan air mata ketika jenazah dibawa keluar

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:27 AM
LINANGAN air mata pramugara dan pramugari MAS menghiasi suasana sedih dan pilu di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini
SEPANG: Linangan air mata pramugara dan pramugari MAS menghiasi suasana sedih dan pilu di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini sebaik jenazah mangsa dibawa keluar oleh kenderaan khas menuju lokasi pengebumian dan persemadian.

Saat sedih itu jelas tergambar di rauh wajah mereka, apatah lagi sebahagiannya sudah berkumpul di hadapan kompleks itu seawal jam 9.15 pagi bagi menzahirkan rasa simpati buat rakan-rakannya yang terkorban dalam nahas tragik MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Selain sejambak bunga ros putih dibawanya, mereka turut membawa dan mengibarkan jalur gemilang.

Suasana pilu itu turut dikongsi kira-kira 200 orang awam, selain pasukan keselamatan dan menyelamat antaranya dari JPAM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sekumpulan berbasikal dikenali 'Cycling For All" turut hadir menzahirkan simpati kepada.mangsa nahas.

Jurucakapnya berkata, seramai 50 peserta mewakili pelbagai kumpulan berbasikal di sekitar Lembah Klang berkayuh sejauh lebih 25 kilometer bermula dari Litar Lumba F1 Sepang menuju kompleks berkenaan.

Turut menzahirkan simpati, 30 ahli keluarga dan saudara terdekat pembantu juruterbang MAS, Ahmad Hakimi Hanapi yang berkumpul di laluan keluar kompleks.

MH17: Negeri anjur acara khusus untuk bertafakur


  • mh17

KUALA LUMPUR - Persiapan dibuat di peringkat negeri bagi membolehkan rakyat turut sama menzahirkan penghormatan kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dengan mengadakan acara khusus untuk bertafakur selama seminit bersempena Hari Perkabungan Negara hari ini.

Dua puluh jenazah mangsa nahas rakyat Malaysia dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi esok dengan disambut istiadat penghormatan jenazah.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual berangkat ke KLIA bersama pemimpin lain dan anggota keluarga mangsa nahas pesawat itu, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MH17 dijadual berlangsung bila-bila masa seawal 10.30 pagi.

Di KUALA TERENGGANU, majlis bertafakur akan diadakan di pekarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah serentak dengan seluruh negara hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan negeri, mereka yang beragama Islam akan membacakan surah al-Fatihah manakala yang bukan Islam berdoa mengikut agama masing-masing.

Di KUANTAN, ia diadakan di Dataran Setia, pekarangan Wisma Sri Pahang dengan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.   

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata ia turut berlangsung serentak di semua 11 daerah negeri itu di pekarangan setiap pejabat daerah.

"Selepas bertafakur selama satu minit, Adnan dijadual akan memberikan ucapan yang akan dipancarkan ke seluruh daerah," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Tindakan Negeri Pahang yang dipengerusikan Adnan semalam.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri mengarahkan sebarang bentuk hiburan dihentikan sementara mulai malam ini sehingga malam esok serta bendera persekutuan dan negeri dikibar separuh tiang.

Di SEREMBAN, Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan akan menjadi venue majlis bertafakur peringkat negeri, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.    Di

GEORGE TOWN, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengadakan majlis bertafakur di lobi Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) serentak dengan kerajaan Persekutuan.

"Bendera Pulau Pinang akan dikibar separuh tiang esok sebagai tanda berkabung," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

Beliau berkata satu skrin besar akan diletak di depan sebuah bank utama di Komtar bagi membolehkan orang ramai menyaksikan ketibaan jenazah mangsa nahas di KLIA dari Amsterdam.

Kerajaan negeri turut menasihati penganjur majlis lain dalam tempoh itu agar bertafakur seketika sebelum memulakan acara masing-masing.

Pesawat Boeing 777-200 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Terdapat 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia dalam pesawat malang itu, dan setakat ini, 30 mayat dari negara ini sudah dikenal pasti. - Bernama

Pengorbanan isteri setulus hati


MUHAMAD MAT YAKIM
22 Ogos 2014


YA, ia mungkin cerita biasa bagi kebanyakan orang namun pada diri saya, ketulusannya begitu dirasa. Kerana itu, pengakuan yang ringkas ini begitu menyentuh hati hingga mempengaruhi saya untuk memberi penghormatan kepada si empunya cerita. Ia adalah catatan seorang isteri di Facebook beberapa hari lalu.

Ini kisahnya:  “Sudah hampir dua minggu bercuti untuk jaga suami yang sakit. Melayan kerenah suami dan anak yang sakit agak berbeza. Anak yang sakit lebih banyak tidur dan berkurung dalam bilik.

Makan apa pun tak mahu, jenuh fikir nak masak apa supaya mereka terbuka selera untuk makan. Tetapi apabila suami yang sakit, manjanya mengalahkan budak-budak.

“Macam-macam dia nak makan. Kadang-kadang terasa penat juga masuk dapur tetapi sayang punya fasal, ikut saja. Cuma satu perkara tentang dia yang saya sangat suka ialah apabila masakan saya menepati selera dia, dia tak lokek memuji dan akan makan berulang kali.

“Kalau masakan tak menjadi, dia tak pula kutuk, malah akan ‘repair’ balik dan akan tetap habiskannya. Yang pasti, cukup bulan ini, poket sayalah pula yang sakit sebab ambil cuti tanpa gaji.”

Ringkas tetapi mencetus bermacam-macam rasa, meresap jauh ke dalam jiwa.

Sebaik membaca catatan ini, hati saya segera mengingati isteri. Ya, untuk saya, pengorbanan isteri juga tidak kurang. Walaupun saya tidaklah pernah terlantar sakit hingga masuk wad - moga dijauhkan ALLAH - apa dilakukan isteri setiap hari, bekerja dan pada masa sama mengurus rumah tangga, itu juga pengorbanan besar namanya.

Saya bukan mahu 'angkat' isteri sendiri tetapi untuk kita semua berkongsi rasa, menghargai dan menghormati mereka yang begitu penting di sisi kita.

Jika kita – suami – terpaksa ambil alih kerja buat isteri di rumah selepas balik kerja, agaknya berapa lama kita mampu bertahan?

Saya yakin, ramai yang seperti saya, kelu untuk menjawab soalan itu. Seperti juga saya dan rakan-rakan lelaki sekelas yang kelu selepas ditanya oleh pensyarah kami bulan puasa lalu: “Siapa yang pernah bangun masak untuk sahur?”

Kami semua terdiam, tiada siapa pun yang berani jawab soalan mudah itu.

Bukan kerana tidak tahu jawab, tetapi ....

Akhirnya, dia sendiri yang menjawab, “saya tiap-tiap hari (masak untuk sahur) ketika saya ada di rumah, kecuali jika outstation. Lepas selesai masak, baru saya kejut isteri dan anak-anak...”

Bunyi jawapannya berasa macam tidak mahu percaya tetapi mengenali pensyarah saya itu, saya yakin pengakuannya.

Katanya lagi, sejak mula berkahwin, dia dan isterinya memang ada persefahaman bahawa tugas memasak bukan hanya urusan si isteri.

Sejak itu, untuk sarapan, si suami yang sediakan. Bukan sahaja sarapan bahkan juga bekal untuk anak-anak ke sekolah. Tengah hari, makan di luar. Untuk makan malam, isteri pula sediakan.

Bagi saya, pasangan ini melayari rumah tangga dengan cara istimewa. Pasti ramai anggap si isteri sangat bertuah dan mengidam mahukan suami begitu tetapi ...

Apa yang dibuat, tidaklah susah mana. Tetapi itulah yang membezakan si suami dengan ramai lelaki lain, termasuk saya. Dan itulah juga yang menjadikan rumah tangga mereka begitu istimewa.

Saya sendiri sejak dengar cerita pensyarah saya itu, berazam mahu jadi seperti dia. Sudah hampir dua bulan, azam masih kekal azam, belum pun dimulakan.

Saya yakin, masuk dapur bagi wanita adalah perkara yang sangat utama. Mereka akan jadi orang yang paling bahagia di dunia jika suami, sanggup masuk dapur ambil alih sebahagian tugas mereka, tidak kiralah sama ada secara bergilir ataupun tidak.

Namun ramai juga yang anggap itulah tugas hakiki mereka. Tidak kiralah penat bagaimana sekalipun mereka bekerja seharian mencari rezeki di luar rumah, urusan dapur tetap digagahi juga.

Wanita memang luar biasa. Saya pernah hadapi kompelin  wanita sendiri kerana menulis kritikan kepada lelaki yang membiarkan isteri sendirian di dapur pada bulan puasa sedangkan dia bersenang lenang tonton  TV.

 Kata wanita itu, mengapa ditegur sedangkan kerja dapur memang tanggungjawab isteri?

Sungguh luar biasa isteri yang seperti ini. Saya tidaklah sampai minta suami ambil alih kesemua kerja isteri di dapur, cukuplah sekadar melakukannya bersama-sama.

Mengapa hal lain boleh bersama-sama sedangkan urusan dapur diserah bulat-bulat kepada isteri?

Kalau isteri sudah ambil sebahagian tanggungjawab kita cari rezeki, kita juga perlulah ambil sebahagian tanggungjawab mereka. Kerja dapur bukan lagi urusan hakiki isteri pada zaman ini seperti juga cari rezeki bukan semata-mata dilakukan oleh suami.

Umat Islam digalakkan baca al-Quran


  • Mohd TamyesMohd Tamyes

SHAH ALAM - Umat Islam digalakkan membaca ayat suci al-Quran atau sekurang-kurangnya menyedekahkan al-Fatihah diiringi doa bagi memohon keampunan dan kesejahteraan terhadap jenazah MH17 yang tiba di Malaysia, hari ini.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, umat Islam juga boleh memakai pakaian berwarna gelap atau suram sempena Hari Berkabung Negara, hari ini, bagi menghormati keluarga yang terlibat dalam nahas itu.

“Keluarga mangsa juga kalau boleh janganlah terlalu meratap pemergian ahli keluarga mereka dalam nahas ini. Mereka sepatutnya gembira kerana mangsa yang meninggal dunia ini sudah dikira sebagai mati syahid akhirat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Islam telah memberikan tatacara atau garis panduan yang perlu diikuti untuk menghormati jenazah dan apa yang lebih baik ialah menghadiahkan doa buat mangsa tragedi supaya ia boleh memberi manfaat untuk mereka yang sudah meninggal dunia.

Pas terpaksa terima MB wanita


  • Nik Zawawi Nik Salleh

KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira.

“Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti.

“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam.

Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah ‘ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).

Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali.

“Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi.

“Wilayah ‘ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar.

Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri.

Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita.

"Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita,” katanya.

Urutan masa tragedi MH17


  • MH17

KUALA LUMPUR - Jenazah 20 daripada 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam tragedi MH17 dijadual tiba di Malaysia esok, 37 hari selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ditembak jatuh di wilayah Donestk, timur Ukraine.
  
Berikut urutan masa berkaitan peristiwa menyayat hati itu, yang berlaku pada 17 Julai:
 
  
* 17 Julai (Hari pertama) - Pesawat Malaysia Airlines MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari waktu Amsterdam (waktu Malaysia: 7.14 malam 17 Julai) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.
 
  
* 18 Julai (Hari kedua) - MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia hilang hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) (waktu Malaysia: 10.15 malam 17 Julai) di lokasi 30km dari Tamak waypoint, lebih kurang 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
 
- Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak di zon perang.

- Malaysia menghantar penyiasat ke Ukraine.
 
- MAS menyatakan laluan itu diisytihar selamat oleh Badan Penerbangan Antarabangsa dan pesawatnya mempunyai rokod penyenggaraan sempurna.
     
- Pesawat berkenaan membawa rakyat Belanda (193, termasuk seorang yang memiliki kerakyatan Belanda/Amerika), Malaysia (43, termasuk 15 anak kapal), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10, termasuk seorang yang memiliki kerakyatan Amerika/Afrika Selatan), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand (satu).
 
* 19 Julai (Hari ketiga) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar tentang krisis Ukraine dan Malaysia menuntut diadakan penyiasatan penuh, bebas dan telus.
 
- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong berlepas ke Kiev untuk membantu memudahkan pasukan penyiasat memasuki tempat pesawat berkenaan terhempas.
  
- MAS mengeluarkan maklumat penuh tentang penumpang.

 
* 20 Julai (Hari keempat) - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Ukraine untuk membantu urusan berkaitan kejadian itu.
 
- Penyiasat Malaysia tiba di tempat nahas di Torez.
 
  
* 21 Julai (Hari kelima) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah berlakunya tragedi itu.
      
- Persetujuan dicapai tentang pengeluaran mayat mangsa, Malaysia menyimpan kotak hitam dan penyiasat antarabangsa diberi akses ke tempat nahas.
     

* 22 Julai (Hari keenam) - Kotak hitam MH17 diserhkan kepada pihak berkuasa Malaysia di Donetsk, Ukraine.
 
  
- Kereta api membawa 282 mayat mangsa berlepas dari Donetsk ke Kharkiv.

 
* 23 Julai (Hari ketujuh) - Sidang khas Parlimen Malaysia meluluskan usul mengutuk perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17.
  

- Pasukan penyiasat antarabangsa mengambil keputusan menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Cawangan Siasatan Nahas Udara UK di Farnborough untuk dibuat analisis forensik.
 

* 24 Julai (Hari kelapan) - Kabinet Malaysia membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi MH17.
      
  
- Sukan Komanwel bermula di Glasgow, Scotland dan memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.
 
* 25 Julai (Hari kesembilan) - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil keputusan untuk berlepas ke Amsterdam pada hari berikutnya bagi membantu siasatan tragedi MH17.
    
* 28 Julai (Hari ke-12) - Kumpulan terakhir 38 keranda berisi mayat mangsa tragedi MH17 tiba di Eindhoven, Belanda, menjadikan kesemuanya 227 keranda telah diserahkan.
 
* 29 Julai (Hari ke-13) - Malaysia mendapat persetujuan agar polis antarabangsa ditempatkan di kawasan nahas.

 
* 30 Julai (Hari ke-14) - Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB berkata perbuatan menembak jatuh pesawat MH17 boleh dianggap sebagai jenayah perang.
     
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berlepas ke Kiev.
 
* 31 Julai (Hari ke-15) - Tujuh puluh mayat dikenal pasti melalui proses DVI (pengecaman mangsa bencana).
 
* 1 Ogos (Hari ke-16) - Najib tiba di Amsterdam.
 
- Malaysia, Belanda menyeru agar permusuhan di tempat berlaku nahas ditamatkan.
     
* 3 Ogos (Hari ke-18) - Enam puluh lapan anggota polis Malaysia berlepas ke Donetsk untuk membantu siasatan.
     
* 4 Ogos (Hari ke-19) - Pengumuman dibuat bahawa setiap anggota keluarga terdekat mangsa akan menerima bayaran pampasan US$50,000.
 

* 6 Ogos (Hari ke-21) - Usaha mencari mayat mangsa tragedi MH17 diteruskan di sekitar sebuah tasik di tempat nahas.
   
- Lima puluh peratus siasatan selesai.

* 12 Ogos (Hari ke-27) - Mayat 16 rakyat Malaysia dikenal pasti.
 
* 14 Ogos (Hari ke-29) - Mayat 24 rakyat Malaysia dikenal pasti.
 
- Kerajaan Malaysia mengisytiharkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara.
     
* 16 Ogos (Hari ke-31) - Upacara penuh keagamaan diadakan untuk mangsa bukan beragama Islam.
     
* 17 Ogos (Hari ke-32) - Mayat 26 rakyat Malaysia dikenal pasti.
    
* 19 Ogos (Hari ke-34) - Mayat 28 rakyat Malaysia dikenal pasti.
    
 * 21 Ogos (Hari ke-36) - Mayat 30 rakyat Malaysia dikenal pasti.  - Bernama

14 sekeluarga tinggal di bangsal


  • Keadaan dalam bangsal yang didiami 14 ahli keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian.Keadaan dalam bangsal yang didiami 14 ahli keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian.

KOTA BHARU - Kemiskinan hidup menjadikan 14 sekeluarga yang tinggal di bangsal usang yang berlantaikan tanah di Kampung Demit, Kubang Kerian, di sini, memohon bantuan rumah.

Lebih malang bagi ibu tunggal, Siti Fatimah Muhamad, 56, yang terpaksa tinggal bersama tiga lagi anak yang sudah berkeluarga duduk bersama di bawah satu bumbung usang.

“Kami sudah diminta oleh pemilik tanah supaya mencari tempat kediaman lain kerana tanah ini bukan atas nama arwah suami. Setakat ini kami tidak pernah memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dalam rumah ini terdapat tiga anak yang sudah berkeluarga dengan 11 anak masing-masing, salah seorang daripada mereka juga ibu tunggal seperti makcik,” katanya kepada Sinar Harian di kediaman mereka di Jalan Taski Al-Mardiah, Demit, Kubang Kerian, di sini, kelmarin.

Kisah hidup keluarga tersebut ditemui semasa program pelancaran ‘Ke arah Kelantan Bebas Denggi’ di sekitar Kampung Demit, Kubang Kerian apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Adun Demit, Mumtaz Md Nawi dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Adnan Husin melawat keluarga berkenaan.

Siti Fatimah berkata, bangsal tersebut didiami sejak lebih 20 tahun lalu bersama empat anaknya dan pendapatan bulanan hanya bergantung kepada bantuan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) RM350.

Tiga anaknya yang berkeluarga iaitu Mohd Hafizal Mat Amin, 29 bekerja sebagai juru kimpal dan tukang rumah dengan mempunyai dua anak; seorang lagi Mohd Zulkifli Mat Amin, 30 belum dikurniakan anak dan ibu tunggal, Che Rosmaria Che Hadi bersama tiga anak.

“Cucu paling kecil yang tinggal di rumah ini iaitu Mohd Hafiz Irfan Mohd Imran berusia enam bulan dan seorang cucu masih bersekolah.

“Perbelanjaan harian biasanya dikongsi bersama daripada himpunan gaji salah seorang anak yang bekerja di pasar raya di bandar Kota Bharu, manakala anak-anak lain tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Baihaqi berkata, pihaknya kini berusaha mendapatkan tapak rumah yang baru memandangkan keluarga berkenaan tidak mempunyai tanah sendiri.

“Berdasarkan perbualan, mereka layak mendapat bantuan rumah kerana mempunyai anak yang ramai dan dua ibu tunggal ada di dalam satu rumah, namun kita perlu menyelesaikan tapak tanah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut boleh mengadakan kunjungan ke alamat: Lot 204, Jalan Taski Al-Mardiah, Demit, Kubang Kerian atau menghubungi 01129208545 (Che Rosmaria).

Malaysia siasat dakwaan 3 rakyat terlibat perang


22 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Malaysia sedang mengenal pasti dakwaan terhadap tiga rakyatnya, yang disyaki terbabit dalam aktiviti militan di Syria.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sedang mengesahkan maklumat tersebut dengan pihak berkuasa Syria.

"Seperti mana yang dilaporkan di dalam media, di mana seorang daripadanya didakwa telah terbunuh dan dua orang lagi tercedera, menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan tiga rakyat Malaysia yang didakwa berjuang di Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian terbaru di wilayah Hama, mangsa yang terbunuh semalam dikenali sebagai Mat Soh atau nama panggilannya, Abu Turab manakala rakannya yang tercedera ialah Mohd Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia tidak menyokong mahupun membenarkan sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk rakyatnya sendiri.

"Rakyat Malaysia sentiasa dinasihati supaya mengamalkan sikap berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk keganasan dan unsur ekstremisme," menurut kenyataan itu. - Bernama

Bangga isytihar murtad


Kuala Lumpur: Ruang maya hangat apabila seorang lelaki yang menggunakan nama samaran, Orkid Anggerik di dalam akaun Twitter miliknya mengisytiharkan dirinya murtad.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dengan penuh bangga membuat beberapa status mengakui secara terang-terangan tidak lagi mengamalkan ajaran Islam kerana tidak mempercayainya.
Perkara itu membuatkan ramai pengguna Twitter menyelar perlakuannya dan ada juga yang menyatakan simpati terhadap nasibnya yang jauh tersasar daripada Islam selain mendoakan dia kembali ke pangkal jalan. 

Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.
Foto
ANTARA status dimuat naik seorang lelaki di laman Twitter mengenai pengakuan keluar daripada Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sebagai seorang Islam setiap individu wajib bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang mereka lakukan termasuk perkataan dan tulisan.

“Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibuat sebagai gurauan iaitu dalam masalah nikah, talak dan memerdekakan hamba.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

Penerbangan MH19 bawa waris mangsa MH17 tiba di KLIA

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 7:12 AM
PESAWAT MH19 dari Amsterdam, Belanda yang membawa sebahagian keluarga mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa pulang hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
 
KAKITANGAN Malaysia Airlines (MAS) mengiringi ahli keluarga mangsa MH17 yang tiba dari Amsterdam, Belanda, pada jam 6.06 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
SEPANG: Pesawat MH19 dari Amsterdam, Belanda yang membawa sebahagian keluarga mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa pulang hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.06 pagi tadi.

Kelihatan beberapa ahli keluarga diiring kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang berpakaian serba hitam. Turut sama dalam penerbangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Upacara penerimaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya pagi ini.

Seluruh negara berkabung hari ini


ANGGOTA tentera mengusung keranda dari pesawat ke kereta jenazah semasa melakukan raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam hari ini di Kompleks Bunga Raya di KLIA, Sepang.


THE HAGUE, Belanda - Selepas 37 hari nahas tragedi MH17 berlaku, kumpulan pertama jenazah rakyat Malaysia diterbangkan pulang ke tanah air semalam dan dijadual tiba ke pangkuan keluarga hari ini.
Kepulangan yang dinanti anggota dan waris keluarga, rakan dan rakyat Malaysia itu merangkumi 20 jenazah yang dihantar pulang dalam 17 keranda dan tiga lagi di dalam bekas abu.
Daripada jumlah itu, 11 merupakan jenazah mangsa beragama Islam dan selebihnya bukan beragama Islam.
Kesemuanya telah selesai menjalani proses pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing- masing pada lewat malam Rabu.
Sejak dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum dekat sini, semua jenazah kemudian melalui lima proses penting.
Ia melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Setelah proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Ini termasuk dibakar, disembahyangkan atau solat jenazah yang dilaksanakan ketua agama masing-masing dan waris keluarga.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3B4XHoMID 
Hakcipta terpelihara 

Keluarga akur tidak buka keranda



ROHANI berbual dengan sebahagian daripada keluarga mangsa nahas MH17 ketika melawat mereka di Hotel Marriott, Putrajaya kelmarin.


SEPANG - Kebanyakan ahli keluarga dan waris mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 menerima cadangan pihak kerajaan untuk tidak membuka keranda jenazah yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kesemua jenazah mangsa sama ada yang beragama Islam atau yang beragama lain telah diurus dengan sebaik mungkin oleh pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya.
"Malam ini (semalam), saya akan bertemu lagi beberapa ahli keluarga mangsa untuk memberi keyakinan kepada mereka mengenai perkara ini tetapi saya gembira apabila sebahagian besar waris mangsa mula memahaminya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, sehingga kini lima ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17 masih berada di Amsterdam dan dijangka kembali ke tanah air awal pagi ini menggunakan pesawat komersial manakala 120 lagi waris telah dikumpul dan di tempatkan di beberapa buah hotel di ibu negara untuk upacara istiadat tersebut.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menunggu jenazah penumpang MAS, Mohd. Ali Mohd. Salim di Pagoh, manakala beliau bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusuf akan mengiringi dua jenazah pulang ke Kuching, Sarawak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3B4WvL47t 
Hakcipta terpelihara