Showing posts with label insurans. Show all posts
Showing posts with label insurans. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Murid naik bas sekolah dilindungi RM100,000



PELAJAR yang menaiki bas sekolah akan mendapat perlindungan insurans sehingga RM100,000 mulai tahun depan.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans mulai Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.
Syed Hamid berkata, skim itu dikenali sebagai perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.
Katanya, SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.
"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.
"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD serta Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2GCPrpKkt 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, October 28, 2012

Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit



London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya.

Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu.
Antara alasan paling pelik syarikat insurans itu adalah kisah petani di Devon yang mendakwa telefonnya termasuk dalam dubur lembu. Petani itu berkata, alat komunikasi berkenaan dipegangnya ketika membantu seekor lembu beranak, lapor akhbar, di sini..


Alasan kedua paling pelik membabitkan seorang wanita berusia 40-an di Nottingham.

Dia mendakwa termasak alat itu ketika membuat kek untuk anak perempuannya menyambut hari jadi.

Seorang wanita 30-an pula berkata, telefonnya dirampas seekor burung di Barry Island, Wales.
Seorang wanita berusia 20 tahun di Bristol pula mendakwa gegaran telefonnya tidak berfungsi ketika menggunakan alat itu untuk tujuan peribadi.

Dalam satu lagi kes, seorang pekerja berusia 40 tahun berkata, telefonnya terjatuh ketika mahu duduk di mangkuk tandas.

Seorang lagi lelaki berisia 30-an mendakwa, ketika merakamkan aksi monyet dari dalam keretanya di Tamah Safari Longleat, seekor monyet naik ke bumbung kenderaan dan merampas alat itu daripadanya.
Agensi