Wednesday, February 9, 2011

Alkisah musuh nama www, FB, @


Alkisah musuh nama www, FB, @
Hishamuddin Rais
Feb 7, 11
2:58pm
Kongsi 213
Guruh bergema gegak gempita. Alam menjadi gelap-gelita. Tiupan angin makin lama makin kencang. Seolah-olah ada yang terus meniupkan angin sangkakala. Ini disambut pula oleh petir sabung-menyabung.


Sesekali bunyi halilintar memecah bumi. Air sungai semakin deras. Ombak laut mula bergelora. Maka turunlah hujan seperti seperti gajah terkencing berdiri. Inilah tanda sebuah negera yang sedang dilanggar bencana.


Maka tabuh dipalu. Beduk diketuk. Maka segala bala tentera, soldadu jantan dan betina semuanya dipanggil datang mengadap ke Balairung. Di balai kelihatan seorang jantan gemuk, pendek dan hitam sedang mengarahkan soldadu dan laskar untuk tegak berdiri.


Tidak berapa jauh dari pintu kelihatan seorang jantan kepala botak, berambut sejemput, berperut gendut, tidak berbaju, memakai cawat berwarna kuning sedang membakar kemenyan.


Maka gong pun dipalu lagi. Semua senyap dan sepi macam "mat pet" baru selesai berasap. Di saat dan ketikanya maka muncul Tok Seri, terus masuk ke Balairung. Tok Seri diikuti oleh segala para menteri. Apit di kiri Menteri Dalam, apit di kanan Menteri Luar.


Kemudian dibontoti oleh Menteri Beras, Menteri Duit dan Menteri Heboh. Di belakang semua ini ialah juak dan sida, dayang, hamba sahaya, tok penggawa, tok penghulu, tukang kipas dan tukang bodek.


Para soldadu, panglima dan laskar semuanya siap-siaga tegak berdiri, tunduk memandang ke bumi takut untuk melihat muka sang menteri. Maka Tok Seri pun duduklah di tilam pandak untuk menerima semua laporan dan sembah tentang kedudukan negara.


Maka Menteri Dalam membuka kisah bahawa negara sedang kelam lagi resah. Kini negeri sedang diserang bertalu-talu. Hinggakan saham bas mini jatuh mendadak. Hinggakan akhbar Meloya bertimbun-timbun tidak laku.


Menteri Heboh pun turut menyampuk dan menerangkan yang Jabatan Pengheboh dan para juruheboh upahan sedang cuba mengenal segala angkara.


Menteri Duit membuat hitungan jika serangan ini berterusan maka negara ini akan bankrap dalam masa yang tidak lama. Pelabur luar telah ramai lari. Kilang akan ditutup. Dan paling ngeri sekali, duitrasuah sudah tidak masuk lagi.


Ini amat amat menyusahkan ketika ini sedang mengumpul dana persediaan untuk membuat pilihan raya ke-13.


Menteri Beras memberitahu jika keadaan ini berterusan maka besar kemungkinan negara ini terpaksa makan keladi hutan. Ini kerana nilai wang jatuh dan tidak ada modal untuk mengimpot beras.


Bila mendengar laporan ini semakin banyak rambut Tok Seri yang gugur. Tok Seri mengetuk-ngetok kepalanya yang botak dan dia bertempik marah.


Ekornya bergulung-gulung


"Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar."


"Musuh baru melanggar kita, Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi Musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul. Nak kata bini puaka pun bukan.


Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecil, ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai, kadang kadang sedikit,” sahut Menteri Dalam.


"Musuh jenis apa ni? Jangan buat silap mata dengan aku," Tok Seri bertanya marah, tetapi penuh hairan.


"Ada ekornya bergulung-gulung. Ada kepak macam tiga ekor garuda. Macam rupa bentuk kereta pun ada.Selalu datang dengan kawannya bila menyerang," jelas Menteri Dalam lagi.


Semua dalam balairung senyap. Tidak ada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Mereka semua amat sedar yang negara ini sedang diserang oleh sejenis musuh yang baru.


"Apakah ini garuda menyerang kita? Ada kepak, ada ekor bergulung-gulung. Kenapa pula rupa macam jenis kereta? Mana Guru Ji Bomoh Negara yang kita impot dari Bombay? Datang ke sini!" arah Tok Seri.


Maka jantan kepala botak, berambut sejemput dan berperut gendut tidak berbaju serta hanya mamakai cawat berwarna kuning terkedik-kedik datang ke hadapan Tok Seri. Dia menonggeng dan kemudian mencium buku lali Tok Seri.


Guru Ji terus terkumat-kamit mulutnya sambil membakar kemenyan dalam batil. Semua menunggu apakah yang akan ditemui oleh Guru Ji.


Musuh negara numero uno


"Wahai Tok Seri Jantan Mongoli, ada pun musuh ini datang dari negeri atas angin. Ada yang datang mengikut jalan laut. Ada yang datang mengikut jalan udara. Mereka halus tapi bukan polong. Mereka halimunan tapi bukan hantu.


Mereka bahaya tetapi bukan kuman. Mereka ini macam polong tak bertuan. Berkepak bersayap tapi bukan garuda. Mereka telah dilepas bebas oleh Ronald Reagan," terang Bomoh Negara.


"Berkepak macam mana?'" tanya Tok Seri dengan penuh kehairanan.


Yang lain pun turut sama hairan.


"Musuh ini bernama www, yang berkepak macam tiga ekor burung enggang terbang jauh di awan. Kawan dia ekornya bergulung. Nak kata A bukan A, nak kata C bukan C, inilah rupanya '@'.


"Inilah musuh yang sedang menyerang negeri kita. www ini bukan kereta Wok Wigan dari Jerman, wahai Tok Seri Jantan Mongoli," kata Guru Ji sambil meneran dan kemudian terus berundur.


"Menteri Dalam, kalau begitu, tangkap segera www dan kawan dia yang bernama @. Kita haramkan www, kita tangkap www, tangkap dan bunuh dengan senjata beracun kita.


"Apa jadi dengan Akta Mesin Cetak kita? Kita boleh hapuskan www dengan akta ini," perintah To Seri dengan bengis.


Maka semenjak petang itu, diketahui oleh para menteri siapa sebenarnya musuh negara ini. Maka segala bala- tentera, soldadu jantan dan betina telah di kerah untuk mencari dan menangkap www dan kawanya yang berekor-ekor, yang bernama @.


Jika sesiapa ada menemui www dan tidak melaporkan kepada polis maka orang ini akan ditahan untuk disoal-siasat di tingkat 14.


Tabuh dipukul, canang dipalu. Menteri Heboh masuk kampung, keluar kampung sambil menerangkan kepada sesiapa yang masih dalam gelap tentang siapa sebenarnya musuh negara ini.


Manakala Menteri Dalam dengan tergesa-gesa, belum pun sempat berfikir panjang telah meluluskan satu akta baru untuk mengetatkan lagi Akta Mesin Cetak.


Akta dan undang-undang baru telah diluluskan tanpa bantahan dalam parlimen.


Maka dengan akta baru ini, sesiapa sahaja yang kenal, yang tahu, yang melihat, yang ternampak, yang membaca, yang menghidu, yang menggunakan atau yang berfikir tentang www, atau kawan www yang bernama @, maka orang ini akan ditangkap.


Sesiapa sahaja, tidak kira jantan atau betina, tua atau muda, jika dituduh oleh akhbar sebagai pengikut ajaran sesat dan boleh ditangkap. www secara rasmi telah dinobatkan sebagai musuh negara numero uno.


Menyuarat sulit


Sepurnama setelah akta ini diheboh-hebohkan, kelihatan serangan agak kendur dan mula reda. Tetapi yang menjadikan suasana bertambah pelik apabila serangan berkurangan, rakyat seantero negeri kelihatan resah, sugul dan gelisah macam gian dadah.


Tidak diketahui kenapa rakyat satu negara suka negeri mereka diserang. Bila musuh menyerang rakyat jadi gembira. Ada sesutu yang amat pelik sedang berlaku di negeri ini.


Tiga purnama satelah akta baru dijalankan, maka sekali halilintar memecah bumi. Hujan turun bergantang-gantang. Angin puting-beliung datang menyapu.


Kali ini berita baru diterima oleh Menteri Dalam bahawa rupa-rupanya www ada seorang lagi kawan yang wujudnya dahulu tidak disedari. Tok Seri menyinga marah. Dia memanggil Menteri Heboh dan Menteri Dalam datang mengadap.


Menurut laporan tiga badan risikan negara - Jawi, Jakim dan Juwiee - kawan kepada www ini lebih ganas lagi. Kawan www ini agak muda umurnya dan tugasnya hanyalah meracun kepala anak-anak muda seluruh negara untuk membenci kerajaan Tok Seri.


Guru Ji dipanggil sekali lagi untuk menentukan siapakah kawan baru www ini.


Dari tilikan Guru Ji, musuh baru yang meracun anak-anak muda ini bernama FB. Jangan silap dan jangan salah sangka, FB ini bukan jenama sabun yang boleh membersihkan pakaian. FB ini cukup lincah dan cukup licik.


Dari satu FB boleh menjadi seratus FB, dari seratus FB boleh menjadi seribu. Dan FB ini terus berganda- ganda. Amatlah susah hendak dikalahkan. Apabila Menteri Dalam sedar hal ini maka akta Mesin Cetak dipinda dan dimasukkan sama FB sebagai musuh negara.


Mengikut tuan empunya cerita, apabila rakyat mengetahui adanya serangan baru dari FB, maka sekali lagi rakyat bergembira. Anak-anak muda bukan membantu kerajan menumpaskan FB malah mereka merayakan kesampaian FB.


Bila berita kegembiraan anak-anak muda ini diketahui oleh Menteri Dalam, maka satu persidangan sulit telah diadakan.


Ketika mesyuarat sulit para menteri sedang berjalan - untuk menyedapkan cerita - ada satu lagi musuh baru akan datang. Musuh ini juga adalah suku sakat kepada www.


Musuh baru ini lagi amat merbahaya kerana tidak diketahui letupan apa yang akan dibawanya.


Musuh baru ini bernama www.wikiliks yang rupanya adalah sepupu kepada WWW dan ada pertalian saudara juga dengan @. Ketika riwayat ini diturunkan dari mulut ke mulut, menyuarat sulit para menteri masih lagi berjalan.


Dari berita yang didengar, belum ditemui lagi satu senjata untuk mengalahkan www dan suku sakatnya.

Oleh kerana itu, walau pun hujan turun macam gajah kencing berdiri, guruh berbunyi memekakkan telinga dan guruh berdentam-dentum, rakyat satu negara masih bergembira.Alkisah musuh nama www, FB, @ - Malaysiakini

'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'

'

'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'
Feb 7, 11 3:44pm
Kongsi 1065
Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

NONEIsrael, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.


Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus' - Malaysiakini

Banjir Johor, Melaka Semakin Reda

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Banjir Johor, Melaka Semakin Reda: "Banjir Johor, Melaka Semakin Reda
08/02/2011 14:19:55


Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka pagi tadi dilaporkan terus berkurangan.

Di Johor, 24,523 mangsa masih berada di 4 pusat pemindahan banjir.

Manakala di Melaka, 189 mangsa masih ditempatkan di 2 pusat pemindahan di Daerah Jasin.

Daerah Muar mencatat jumlah mangsa teramai, diikuti dengan Batu Pahat, Ledang, Segamat dan Jasin.

5 orang dilaporkan lemas akibat banjir kali ini"

Amizudin: Mengapa Rais tak saman Migrant Care? - Malaysiakini


Amizudin: Mengapa Rais tak saman Migrant Care?
Feb 9, 11 3:58pm
Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat yang sedang menghadapi saman oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempersoalkan tindakan menteri itu yang tidak melakukan tindakkan yang sama terhadap NGO Migrant Care, lapor Harakahdaily.


rais yatim pc 020709 01Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.


Selain WikiLeaks, tindakkan Rais yang tidak menyaman Migrant Care yang mempertahankan kenyataan mereka di media sebelum ini bahawa pernah menemubual amah tersebut di kampung halamannya turut menimbulkan persoalan.


"Kenapa saya yang disaman bukan WikiLeaks atau Migrant Care, padahal WikiLeaks yang mula-mula mendedahkan isu ini dan Migrant Care pula telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa pernah menemuramah amah itu.


"Adakah ada sesuatu yang dibimbangkan oleh Rais seperti kemungkinan lebih banyak lagi pendedahahan dibuat oleh Migrant Care di mahkamah?," katanya.


NONE"Begitu juga dengan blog Rocky Bru (kiri) yang mula-mula sekali menaikkan story ini dalam blognya. Adakah kerana blogger ini pro-Umno?," kata Amizudin.


Beliau juga berkata beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat perintah dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.


"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.


"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi.


Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun telah sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang telah menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.


"Maaflah, setakat ini, itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseluroh.


pkr congress 281110 shamsul iskandarSementara itu, menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau diheret ke mahkamah.


"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Ketua AMK, Shamsul Iskandar," kata sumber itu.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.


Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.


Hakim Zabariah Mohd Yusof juga membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap menteri berkenaan menerusi blognya.

Terdahulu, nama Amizudin Ahmat dan blog yang dikendalikannya itu menjadi terkenal apabila mendedahkan apa yang dianggap sebagai penyelewengan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berhubung isu kuari sehingga membawa perletakkan jawatan Mohd Fairus.Amizudin: Mengapa Rais tak saman Migrant Care? - Malaysiakini

Chow cam anggota polis wanita dalam 30 saat


Chow cam anggota polis wanita dalam 30 saat
Feb 9, 11 2:51pm
Pemilik kedai, Chow Soo Meng, yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis preman di Sungai Buloh minggu lalu, hari ini mengenalpasti anggota polis wanita yang didakwa mengambil wang RM20,000 dari beg tangannya.


NONEChow, 38, mengenalpasti anggota polis berkenaan dalam satu kawad cam di ibupejabat polis Petaling Jaya pada jam 12.05 tengahari tadi.


Pemilik kedai yang sedang mengandung lapan bulan itu ditemani ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.


Menurut Lim, Chow hanya mengambil masa 30 saat untuk mengenalpasti anggota polis wanita yang didakwa menggari dan mengambil wangnya.


Sementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu.


Sabtu lalu, Chow telah mengenalpasti lima lagi anggota polis dalam satu kawad cam berasingan.


Polis nafi curi wang


Chow mendakwa polis telah mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan dari kedainya, serta menamparnya.


NONEDalam laporan polisnya, Chow mendakwa polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga karton minuman tin.


Polis Petaling Jaya menafikan anggotanya mengambil RM20,000 dan barangan lain seperti yang didakwa oleh Chow, tetapi mendakwa hanya RM15,900 dirampas untuk tujuan siasatan berhubung kemungkinan ia keuntungan haram.

Polis juga mengesahkan memotong besi jeriji pintu kedai Chow selepas dia enggan membukanya, dan sedang menyiasat dakwaan bahawa Chow ditampar.Chow cam anggota polis wanita dalam 30 saat - Malaysiakini

Lubang jalan jadi perangkap maut





CHENEH – Jalan berlubang dan rosak teruk dari simpang Felda Neram ke simpang Air Putih, Jalan Jerangau-Jabor, dekat sini, boleh diibaratkan seperti lubang maut apabila hampir setiap hari berlaku kes kemalangan mahupun kenderaan terbabas akibat tayar pecah.

Wakil penduduk, Ahmad Ludin Yaacob, 50, berkata, berikutan keadaan jalan yang berlubang teruk dan rosak sejak sebulan lalu dan masih belum dibaik pulih sehingga sekarang, kes kemalangan di sepanjang jalan itu meningkat berkali ganda.

Menurutnya, lebih parah, ketika cuaca hujan, lubang dalam di tengah jalan sepanjang jalan itu tidak dapat dilihat pengguna jalan raya kerana dilimpahi air menyebabkan ia menjadi perangkap maut kerana banyak berlaku kes terbabas gara-gara tayar pecah terjerlus lubang.

Katanya, pengguna jalan raya berhadapan risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan tinggi kerana lubang dalam itu terdapat di kanan dan kiri jalan mengakibatkan pengguna terpaksa melalui jalan berkenaan dengan kelajuan perlahan.

“Disebabkan struktur permukaan jalan yang berlubang teruk ini juga, banyak kes kemalangan membabitkan rempuhan kenderaan belakang berlaku gara-gara kereta hadapan membrek mengejut kerana mengelak lubang.

“Malah, akibat mengelak lubang ini juga, beberapa hari lalu sebuah Perodua Viva terbabas sehingga keempat-empat tayar kenderaan terbalik ke atas, nasib baik pemandunya tidak tercedera,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di laluan lubang maut berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, disebabkan keadaan jalan sebegitu, kes tayar kenderaan pecah sepanjang laluan itu berlaku setiap hari.

“Semalam sahaja terdapat tiga kenderaan pecah tayar selepas melalui jalan ini. Kadang-kadang kasi�han apabila melihat pengguna jalan raya terpaksa berhadapan masalah ini kerana mereka tidak tahu keadaan jalan di sini, lainlah bagi penduduk yang selalu melaluinya.

“Memandangkan ia laluan utama penduduk dari Jabor-Jerangau, diharap jalan ini dibaik pulih segera sebelum kes kemalangan lebih teruk berlaku hingga membabitkan banyak nyawa melayang,” katanya.
SH

Wartawan Sinar Harian kerugian lebih RM5,000




SHAH ALAM – Seorang wartawan Sinar Harian kerugian lebih RM5,000 setelah cermin kereta dipecahkan di Seksyen 13 di sini malam kelmarin dan barang-barang berharga miliknya dilarikan penjenayah.

Ketika kejadian, Noor Azura Sahril, 27, meletakkan kereta Produa Myvi berwarna putih di tempat letak kereta, kira-kira jam 8.00 malam.

Noor Azura berkata, ketika itu, dia bersama seorang rakan juga wartawan Sinar Harian sedang makan di restoran berhampiran.

Katanya, kejadian itu hanya disedarinya dua jam kemudian ketika mahu pulang ke rumahnya di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat.

“Ketika memasuki kereta, saya terkejut melihat kerusi hadapan sebelah pemandu diturunkan ke hadapan dan apabila diteliti, cermin kereta pada bahagian itu dipecahkan.

“Barang berharga seperti komputer riba, beg tangan dan kamera digital yang diletakkan di bahagian belakang dilarikan penjenayah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15.

Menurutnya, kira-kira jam 9 pagi semalam, seorang kakitangan stesen minyak di Lebuhraya Persekutuan menghubunginya dan memaklumkan menjumpai beg tangannya di dalam tandas lelaki di situ.

“Di dalam beg itu yang tinggal buku nota Sinar Harian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Saya ingin nasihatkan kepada semua supaya meletakkan barang berharga di dalam bonet kenderaan dan jangan meletakkannya di dalam kereta kerana barang-barang itu dapat dilihat orang serta menarik perhatian penjenayah,” katanya.
SH

Kerajaan naikkan gaji, pencen kakitangan

SH: "


KAHERAH - Sementara tunjuk perasaan berterusan buat minggu ketiga, kerajaan Mesir memutuskan untuk menaikkan gaji dan pencen kakitangan awamnya sebanyak 15 peratus, kelmarin.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 82, bertemu kabinet baru untuk kali pertamanya, ketika rejim itu berjuang untuk menaikkan semula ekonomi negara itu, meskipun demonstrasi antikerajaan masih diteruskan.

Mesir yang mempunyai 80 juta penduduk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang mahukan Mubarak meletak jawatan segera.

Agensi media Mena melaporkan, kerajaan meluluskan rancangan untuk menaikkan gaji sekor awam sebanyak 15 peratus pada April depan dan menghabiskan 6.5 bilion pound Mesir (RM3.3 bilion) untuk kadar pencen pesara.

Kenaikan gaji itu mungkin dapat memastikan kedudukan Mubarak dalam birokrasi besar Mesir dan pasukan keselamatan, tetapi tiada sebarang tanda puluhan ribu penunjuk perasaan antikerajaan menunjukkan mereka akan berundur."

Kerajaan naikkan gaji, pencen kakitangan

SH: "


KAHERAH - Sementara tunjuk perasaan berterusan buat minggu ketiga, kerajaan Mesir memutuskan untuk menaikkan gaji dan pencen kakitangan awamnya sebanyak 15 peratus, kelmarin.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 82, bertemu kabinet baru untuk kali pertamanya, ketika rejim itu berjuang untuk menaikkan semula ekonomi negara itu, meskipun demonstrasi antikerajaan masih diteruskan.

Mesir yang mempunyai 80 juta penduduk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang mahukan Mubarak meletak jawatan segera.

Agensi media Mena melaporkan, kerajaan meluluskan rancangan untuk menaikkan gaji sekor awam sebanyak 15 peratus pada April depan dan menghabiskan 6.5 bilion pound Mesir (RM3.3 bilion) untuk kadar pencen pesara.

Kenaikan gaji itu mungkin dapat memastikan kedudukan Mubarak dalam birokrasi besar Mesir dan pasukan keselamatan, tetapi tiada sebarang tanda puluhan ribu penunjuk perasaan antikerajaan menunjukkan mereka akan berundur."

Kes saman Khalid terhadap Utusan didengar 25 Mei






KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya 11 September 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu selepas disebut semalam.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid dari Pas, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit, pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz, selaku Ketua Pengarang Kumpulan akhbar :Mingguan Malaysia:, dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu.

Beliau berkata, kata-kata dalam artikel bertajuk “Zulkifli bidas “Pak Janggut” itu adalah secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya meskipun namanya tidak disebut dalam kata-kata itu.

Khalid mendakwa kata-kata itu merujuk kepadanya berdasarkan beliau adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan beliau adalah individu yang berjanggut.

Beliau mendakwa kata-kata dalam makna asal dan biasa bermakna beliau sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, beliau tidak menghormati kesucian al-Quran dan beliau adalah seorang yang sesat kerana sanggup memutar belit ayat al-Quran.
SH

Anggap kenyataan adik fitnah







PETALING JAYA – Kenyataan demi kenyataan oleh Ummi Hafilda Ali untuk menyerang abangnya, Azmin, semata-mata dianggap fitnah oleh Timbalan Presiden PKR itu.

Sehubungan itu, kata Azmin "Fitnah tidak perlu diulas."

"Saya tak minat nak komen fitnah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat mingguan kepimpinan PKR di sini, semalam.

Azmin berkata, orang ramai sudah muak dengan apa yang didedahkan Ummi Hafilda.

"Sehubungan itu, saya tak fikir ia akan menjejaskan PKR," katanya.

Ummi Hafilda dalam kenyataan baru-baru ini mendakwa, Azmin bertindak tidak wajar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan bekas Perdana Menteri itu telah begitu banyak berjasa kepadanya sebelum beliau diambil bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Ummi Hafilda juga mendakwa mempunyai bukti kukuh salah laku moral yang dilakukan Anwar dan abangnya sehingga menyebabkan Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir.

Ummi Hafilda juga pernah menyatakan mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi DAP, Karpal Singh, dan Pas atas dakwaan salah laku mereka terhadapnya pada 1997.
SH

Kekayaan keluarga Mubarak cecah RM212b






KAHERAH - Kekayaan keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak boleh mencecah AS$70 bilion (RM212 bilion), di mana kebanyakan kekayaannya berada dalam Bank Britain dan Switzerland atau terikat dengan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pantai Laut Merah, menurut analisis Timur Tengah, kelmarin.

Selepas 30 tahun memerintah, Mubarak mempunyai akses kepada transaksi pelaburan yang membawa pulang keuntungan ratusan juta pound.

Agensi akhbar Arab, Al Khabar melaporkan, Mubarak mempunyai harta di Manhattan, New York dan Beverly Hills, California.

Profesor fakulti politik sains Universiti Princeton, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan yang dimiliki Mubarak setanding dengan kekayaan pemimpin besar di negara Teluk yang lain.

"Keuntungan yang dikaut kebanyakannya daripada khidmatnya dalam tentera dan kerajaan di kumpul untuk kekayaan peribadinya. Berlaku banyak kes rasuah dalam rejim ini.

"Ini adalah corak diktator Timur Tengah supaya keyaan mereka tidak diambil ketika berlaku peralihan kuasa," katanya.

Laporan Al Khabar menunjukkan beberapa syarikat besar negara Barat yang bekerjasama dengan Mubarak, menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta (RM46 juta) setahun.
SH

Hutang isi rumah membimbangkan: Azmin




PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.

Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.

“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.

“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.

Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

“Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.

Kata Azmin lagi, PKR akan adakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang semakin menekan rakyat pada hari ini.
SH

Nik Aziz nafi mahu debat Majlis Fatwa




KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengenai kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ada kemungkinan, perkara itu dibangkitkan oleh mereka yang mengambil kesempatan menjual nama sendiri di sebalik isu debat yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
“Saya pun tidak tahu dari mana punca keluar benda ini (debat dengan MFK). Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk, yang nak naikkan nama dia.

“Tapi saya langsung tak ada nak debat dengan Majlis Fatwa, saya kata kalau nak berdebat dengan masalah..., boleh syarat, dengan mereka yang ada kuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Menteri Besar di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain termasuk MFK dalam isu tersebut.

Menurutnya, tindakan Nik Aziz mempertahankan kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam boleh diselesaikan jika beliau bersetuju berdebat dengan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Mohd Noor Deris.

Jumaat lepas, Nik Aziz dilaporkan berkata, tiada masalah baginya jika MFK mahu mengkaji semua kenyataannya malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd Rahman dalam nada sinis mencadangkan UMNO melantik Mohd Noor sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama jika parti itu beranggapan beliau layak berdebat dengan Nik Aziz.

“Sekiranya UMNO melihat hanya Mohd Noor Deris layak berdepan dengan Nik Aziz, kami mencadangkan agar beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan diberikan tugas menjaga hal ehwal agama,” katanya.
SH

Padah hutang MARA


Padah hutang MARA
Oleh Nazura Ngah dan Betty Subaryati

2011/02/09

MOHD ASRAF menunjukkan surat daripada MARA  yang menolak  permohonan pinjaman pelajarannya.
MOHD ASRAF menunjukkan surat daripada MARA yang menolak permohonan pinjaman pelajarannya.
KOTA BHARU: Nasib seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terumbang-ambing apabila tidak dapat meneruskan pengajian pada semester dua yang sepatutnya bermula 14 Januari lalu, apabila keputusan peperiksaannya digantung kerana bapanya pernah berhutang dengan MARA.

Mohd Asraf Samsudin, 22, tidak dibenar meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan walaupun memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45.
“Saya memulakan pengajian di kampus Kulim, Kedah dan UNIKL memberi jaminan mendapat kemudahan pinjaman MARA sebelum permohonan itu diluluskan.
“Sementara menunggu pinjaman MARA kira-kira RM40,000, saya mengikuti kelas di UNIKL seperti biasa bersama ratusan pelajar lain. Bagaimanapun, pada akhir semester pertama itu, saya menerima surat daripada UNIKL berhubung keputusan peperiksaan saya digantung.

“Saya dan pelajar lain yang turut menerima nasib sama, kini tidak tahu mahu mengadu kepada siapa walaupun sebelum ini sudah membuat rayuan kepada Biro Pengaduan Awam SUHAKAM, Kementerian Pengajian Tinggi bahagian swasta selain MARA,” katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, bapa Mohd Asraf, Samsudin Abdul Rahman berkata, MARA menemui anaknya Khamis ini bagi membincangkan masalah berkenaan.

Di KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA, Hasni Suleiman, berdasarkan semakan, bapa Mohd Asraf disenaraihitamkan selaku peminjam pelajaran dan pembiayaan perniagaan.
Berita Harian Online | Padah hutang MARA

Penoreh sanggup toreh getah muda dapatkan hasil

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh ABD. RAZAK OSMAN
razak@kosmo.com.my


HASHIM menoreh pokok getah muda di Kampung Banggol, Mukim Sidam Kiri, Sungai Petani semalam
HASHIM menoreh pokok getah muda di Kampung Banggol, Mukim Sidam Kiri, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Kenaikan harga sekerap beku melebihi RM7 sekilogram menyebabkan ramai pemilik kebun getah di sini sanggup menoreh pokok muda yang baru berusia lima tahun.

Biarpun sedar menoreh pokok getah yang tidak matang boleh merosakkan pokok sekiranya tidak ditoreh berhati-hati, namun disebabkan harga yang mahal, risiko itu diketepikan. Pokok getah sesuai untuk ditoreh ketika berusia tujuh tahun.

Seorang penoreh, Hashim Bakar, 60, dari Kampung Hujung Padang, Guar Lobak berkata, dia menoreh pokok getah muda di Kampung Banggo, Mukim Sidam Kiri di sini kira-kira sebulan lalu.

'Setiap hari saya boleh menoreh sebanyak 450 pokok, pendapatan ketika ini melebihi RM1,000 sebulan,' katanya ketika ditemui semalam."

Tawaran tidak diterima

Kosmo! Online - Negara: "


Sultan Ismail Petra bersiar-siar di Pantai Kandis, Bachok baru-baru ini dengan ditemani Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Sultan Ismail Petra bersiar-siar di Pantai Kandis, Bachok baru-baru ini dengan ditemani Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

KOTA BHARU - Bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semalam menolak tawaran perkhidmatan perubatan oleh sebuah jawatankuasa bagi menjaga kepentingan dan hak istimewa serta keselamatan baginda yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ini.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha Sulit Sultan Ismail Petra, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkata, tawaran tersebut ditolak kerana baginda kini sudah pun diberikan rawatan perubatan terbaik oleh tenaga profesional sedia ada.

Beliau menegaskan, kesihatan Sultan Ismail Petra juga bertambah baik, malah baginda aktif dan penuh azam menjalankan pelbagai program rawatan terapi untuk mengembalikan semula tenaga.

'Bagaimanapun, Sultan Ismail Petra berkenan menyatakan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana hasrat murni menubuhkan jawatankuasa itu,'' katanya."