Saturday, June 8, 2013

Lebih 10,000 kematian akibat tabiat merokok setahun


MACHANG 8 Jun - Tabiat merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian di negara ini setiap tahun, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.
Beliau berkata pada tahun 2011, sejumlah 11,056 kematian yang berpunca daripada penggunaan produk tembakau dicatat di hospital kerajaan.
Katanya Tinjauan Kesihatan Kebangsaan melalui Global Audit Tabacco Survey Malaysia 2011 menunjukkan kadar merokok dalam kalangan dewasa di negara ini adalah 23 peratus iaitu lebih empat juta perokok.
Beliau berkata demikian berucap di majlis perasmian sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2013 peringkat Negeri Kelantan di Kampung Kemunchup Luar di sini hari ini oleh Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaacub.
Dr Ahmad Razin berkata sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia adalah penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya tembakau dan perlu kepada pengawalan bagi mencegah tabiat merokok.
Katanya kempen berterusan perlu diadakan bagi menyedarkan masyarakat mengenai risiko merokok dan kepada perokok pasif. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_31/Lebih-10000-kematian-akibat-tabiat-merokok-setahun#ixzz2Vd8lu7dd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Firdaus akan dibedah kali kedua

Firdaus akan dibedah kali keduaRohani menunjukkan bekas pembedahan di bahagian hidung Firdaus.
ALOR SETAR - “Alhamdulillah,  Firdaus selamat jalani pembedahan,” demikian luahan hati seorang ibu, Rohani Ahmad, 52, mengenai keadaan anak lelakinya yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian hidung itu.

Rohani berkata, anaknya, Mohd Firdaus Che Saad, 27, kelihatan lebih sihat berbanding keadaan sebelumnya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 28 Mei lalu.

“Sebaik sahaja Firdaus selesai jalani pembedahan itu, dia dapat bernafas dengan baik. Malah, penglihatannya dipercayai semakin pulih berikutan dapat melihat bayangan dan persekitaran dalam keadaan samar-samar.

“Dulu, nak bernafas pun susah. Terpaksa gunakan mulut, namun sekarang walaupun tak berapa lancar tapi dia dah boleh bernafas seperti sedia kala melalui hidung. Setakat ini, untuk menikmati makanan dan minuman pun menjadi lebih mudah,” katanya kepada Sinar Harian.

Rohani berkata, dia bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar namun, Firdaus bakal menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan semula tulang hidungnya kepada kedudukan asal.

Menurutnya, pembedahan itu bergantung kepada keputusan hospital dan kesihatan Firdaus, namun setakat ini mereka sekeluarga masih belum pasti tarikh sebenarnya.

“Rekod menunjukkan Firdaus harus ke PPUM pada 17 Jun nanti untuk jalani ‘Neurosurgery’, namun saya kurang pasti sama ada Firdaus menjalani pemeriksaan terlebih dahulu mahupun terus dibedah. Apa pun keadaan ini membimbangkan saya kerana kami mengalami masalah kewangan,” katanya.

Lebih menyedihkan, apabila anak perempuannya, Siti Asmida Che Saad, 18, terpaksa melepaskan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perhutanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu kerana masalah kewangan itu juga.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keadaan Mohd Firdaus yang memiliki ketumbuhan bersaiz 3 sentimeter (cm)  pada bahagian hidung sehingga menyukarkan pergerakannya dan dia juga terpaksa berhenti kerja.

Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Firdaus, boleh datang ke kediamannya di alamat D-92, Lorong Pauh, Alor Setar atau menghubungi talian 019-5239792, mahupun memberi bantuan melalui akaun CIMB Bank nombor akaun 0205-0129-8485-29 (Rohani Ahmad).

Pelajar dilarang pakai coli berkancing besi


 
Foto
Seorang pelajar diperiksa sebelum masuk ke bilik peperiksaan di Jilin, wilayah Timur Laut China.

Foto
Seorang pelajar diperiksa sebelum masuk ke bilik peperiksaan di Jilin, wilayah Timur Laut China.

Petugas peperiksaan memeriksa isyarat radio bagi memastikan tiada pelajar menipu di pusat peperiksaan Qingdao, wilayah Shandong, Timur China.

Pegawai pastikan tiada penipuan peperiksaan masuk universiti seluruh China

Beijing: Langkah keselamatan luar biasa diambil untuk memastikan tiada penipuan berlaku ketika sembilan juta pelajar menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh China.

Peperiksaan yang bermula semalam menyaksikan pihak berkuasa pendidikan turut melarang pelajar memakai coli berkancing besi.
Di wilayah timur laut Jilin, pelajar dilarang memakai pakaian ada besi di dalamnya.

Pihak berkuasa pendidikan memasang alat di pusat peperiksaan untuk mengesan ‘alat penipuan tanpa wayar’, lapor akhbar Global Times.

Pelajar guna telefon pintar

Pihak berkuasa berhati-hati mengenai kemungkinan calon menggunakan alat seperti telefon pintar yang lebih kecil dan mudah untuk disembunyikan sebagai alat bantuan ketika ujian berlangsung.

Seramai 9.12 juta pelajar sekolah tinggi berdaftar di seluruh China untuk menduduki peperiksaan penting selama dua hari yang dipanggil ‘gaokao’, menurut laporan yang memetik Kementerian Pendidikan.
Pihak berkuasa berusaha membanteras penjualan alat berteknologi tinggi bertujuan menipu dalam peperiksaan itu, lapor Global Times.

Ada juga langkah yang diambil bertujuan memastikan pelajar tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya dianggap keterlaluan.

Antara gambar yang dikirimkan di internet menunjukkan kereta bomba juga digunakan untuk menghantar seorang pelajar berpakaian seragam ke pusat peperiksaan di sebuah kawasan pedalaman Mongolia.

Bandar Guangzhou pula memperkenalkan laluan khas kenderaan yang membawa pelajar ke pusat peperiksaan, lapor media tempatan. - AFP

Musim beluncas Bird-cherry


Musim beluncas Bird-cherry
Keseluruhan kawasan berdekatan pokok dipenuhi beluncas yang menggelikan.
Musim beluncas Bird-cherry
Musim beluncas Bird-cherry
Sebatang pokok dipenuhi dengan sarang beluncas berwarna putih.
PENDUDUK Road Warfield, Hampton, Britain, menyedari kehadiran ribuan beluncas Bird-cherry lebih tiga minggu lalu.

Pada awal kehadiran, kumpulan beluncas menggelikan ini mengeluarkan selaput berwarna putih pada sebatang pokok Bird-cherry.

Namun, selepas tiga minggu, penduduk mula berasa kurang selesa apabila beluncas itu mula merayap ke kawasan berdekatan serta memenuhi permukaan jalan raya, pagar kediaman termasuk kenderaan yang dipakir berdekatan pokok berkenaan.

Kehadiran tanpa diundang itu, dilabelkan sebagai serangan oleh penduduk yang rimas setiap kali berada di luar kawasan kediaman.

"Kami dapat merasakan kumpulan beluncas itu sedang memusnahkan pokok yang ada di depan rumah saya ini," kata Trisha Mole dipetik dalam MailOnline.

Seorang lagi penduduk berkata, pokok Bird-cherry bertukar warna putih akibat diselaputi sarang beluncas.

"Setiap kali keluar rumah, pasti ada beluncas yang tersangkut pada rambut, baju dan kasut. Ia sungguh menggelikan," katanya.

Sementara itu, jurucakap ahli majlis berkata, pihak masih belum menemui mana-mana bahan kimia yang sesuai untuk menyingkirkan kumpulan beluncas daripada pokok berkenaan.

"Beluncas itu akan meninggalkan pokok Bird-cherry selepas sebulan dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

"Sebenarnya, serangga jenis Y. evonymella ini menjadikan pokok Bird-cherry sebagai rumah dan makanannya sebelum bertukar kepada rama-rama," katanya.

AS intip guna internet

AS intip guna internetWashington: Agensi perisikan Amerika Syarikat melakukan intipan ke atas sembilan pelayan gergasi internet termasuk Apple, Facebook, Microsoft dan Google dalam satu program anti-pengganas besar-besaran menyasarkan rakyat asing, kata laporan semalam.

Pengarah Perisikan Kebangsaan, James Clapper bagaimanapun mengemukakan bantahan terhadap pendedahan itu dan memberi amaran pendedahan mengenai satu lagi program mengumpul rekod telefon boleh menjejaskan keselamatan Amerika Syarikat.
Demi keselamatan negara


Rumah Putih yang berhadapan kontroversi berikutan skala dan skop program pemantauan sulit bagaimanapun menafikan kerajaan mengintip rakyat negaranya sebaliknya menegaskan mereka perlu menggunakan apa juga kaedah yang ada untuk memastikan keselamatan negara.

Washington Post yang memetik seorang pegawai risikan, berkata Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mempunyai akses secara terus ke atas firma pelayan internet untuk menjejaki kehadiran individu melalui audio, video, gambar dan e-mel.

Beberapa firma besar di Lembah Silikon yang terbabit dalam program dikenali sebagai PRISM itu termasuk Microsoft, Yahoo, Google, Facebook, Appel, PalTalk, AOL, Skype dan YouTube, kata laporan terbabit.

Akhbar itu berkata, kebocoran daripada pegawai risikan yang terbabit dalam sistem ini menjejaskan keupayaan mereka.
“Mereka hampir boleh melihat bentuk idea anda ketika anda menaip,” kata pegawai terbabit.

Gergasi internet berkenaan bagaimanapun menafikan mereka sengaja membuka pintu kepada agensi risikan Amerika Syarikat.

“Kami tidak pernah mendengar PRISM,” kata jurucakap Apple, Steve Dowling.

Tiada akses terus

“Kami tidak memberikan mana-mana agensi kerajaan akses secara terus kepada pelayan kami dan sebarang agensi kerajaan yang mahukan data pelanggan perlu mendapatkannya melalui satu perintah mahkamah.”

Ketua pegawai keselamatan Facebook, Joe Sullivan berkata rangkaian sosial besar itu tidak memberikan sebarang akses kepada pertubuhan kerajaan.

Google dan Microsoft juga berkata, mereka hanya mendedahkan apa yang dituntut mengikut undang-undang. - AFP

Nenek ambil upah panjat pokok kelapa

Nenek  ambil upah panjat pokok kelapaZabedah Mansor yang juga ibu tunggal menggunakan kudrat empat keratnya sejak 43 tahun lalu bagi memetik buah kelapa untuk dia memperoleh pendapatan antara RM40 dan RM50 sehari.
“Saya mula mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun dan hanya mengambil masa dua minit untuk sampai ke puncak pokok.


“Malah, saya juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan dan duku untuk memetik buahnya dengan tangan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Pekan, dekat sini, semalam.

Zabedah berkata, dia mampu memanjat antara 10 dan 15 pokok kelapa sehari dan menerima upah antara RM5 dan RM10 bergantung kepada ketinggian pokok yang dipanjat.

Lakukan pelbagai kerja

Beliau juga melakukan pelbagai pekerjaan lain, termasuk mengambil upah menjala ikan, menoreh getah dan menjadi tukang kebun.
Zabedah bersyukur kerana dia dapat membesarkan tujuh anaknya hasil pendapatannya mengambil upah memanjat kelapa iaitu Rosima Mohd Daud, 35; Rozana, 33; Rosede, 31; Rizal, 28; Rita, 25; Rurhaliza, 23 dan Rina, 18.

Sementara itu, sepupunya, Shaibah Mohd Radzi, 53, berkata, Zabedah amat dikenali di Kampung Kubang Pekan sebagai seorang yang rajin bekerja.

“Beliau bukan hanya melakukan kerja memanjat pokok tetapi juga mengambil upah menggosok baju dan memotong rumput daripada penduduk sekitar.

“Walaupun sudah berusia, tubuhnya masih sihat dan cergas, malah tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan,” katanya.

Bunga pelik, cetus tanda tanya


NORADILA MAHAMAD 
8 Jun 2013
Bunga pelik, cetus tanda tanya
Abdullah menunjukkan bunga pelik berwarna merah hati yang tumbuh di kebun belakang rumahnya di Kampung Manir.
KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas terkejut apabila mendapati sekuntum bunga setinggi lebih kurang 76.2 sentimeter tumbuh di atas tanah di dalam kebun belakang rumahnya empat hari lalu.

Abdullah Mohd, 66, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Manir berkata, susulan penemuan bunga pelik berwarna merah hati itu, penduduk kampung sering datang ke rumahnya untuk melihat sendiri rupa bentuk bunga yang diceritakan orang ramai.

Dia yang sebelum ini tidak pernah melihat bunga sebesar itu berasa hairan, kerana tidak perasan bila bunga itu mula tumbuh, dan hanya menyedarinya setelah ia kembang.

“Saya pelik macam mana bunga ini boleh tumbuh di atas tanah seakan kulat (cendawan), tetapi terdapat debunga serta kelompok, sama seperti bunga-bunga lain.

“Saya tak tahu bunga jenis apa yang tumbuh ini, lagipun bunga ini tumbuh di tapak saya membakar sampah,” katanya.

Abdullah berkata, kali terakhir dia membakar sampah di situ adalah sebulan lalu, dan sejak itu dia membiarkan tanah bakar begitu sahaja, sehingga tiba musim hujan sejak kebelakangan ini.

“Sejak hujan, tanah bakar ini membentuk lubang, dan mungkin lubang itu adalah kesan daripada tanaman pokok ubi sarek (ubi ular) yang telah mati.

“Tetapi yang menghairankan saya, pokok ubi sarek tidak pernah mengeluarkan bunga, malah pokok itu sudah dibakar bersama sampah sebulan yang lalu.

“Berkemungkinan besar, bunga itu tumbuh dari dalam lubang yang terbentuk selepas tanah bakar ini dibiarkan,” katanya.

Menurutnya, sejak bunga itu tumbuh, tiada kejadian ganjil berlaku kepadanya sekeluarga dan Abdullah percaya itulah kekuasaan ALLAH SWT yang mampu mencipta apa sahaja.

Menurutnya, dia akan menyimpan bunga itu sehingga ia kering dan akan cabut untuk merungkai 

Insaniah bakal diswastakan?


Insaniah Kuala Ketil.
Insaniah Kuala Ketil.
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya.      

“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan program pengajian yang kini mencecah 40 program mungkin kembali seperti asal iaitu tujuh program.

“Ini juga akan menjejaskan pensyarah dan kakitangan bawahan program berkenaan. Ke mana mereka akan diserapkan?. Jika diberhentikan kerja pula membabitkan banyak pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian tenaga pengajar sudah mula mencari pekerjaan lain termasuk berhijrah ke IPT lain.

“Paling membimbangkan nasib pelajar. Jika benar diswastakan, pelajar menjadi mangsa keadaan apabila yuran akan meningkat dan mungkin perlu mengulang semula pengajian di IPT baru,” katanya.

Sumber turut mendakwa, gaji kakitangan peringkat atasan tertunggak selama dua bulan manakala gaji bagi kakitangan peringkat bawahan mengalami tunggakan sebulan.

Menurutnya, jika benar Insaniah diswastakan, ia suatu kerugian kerana segala kemudahan sudah siap malah operasi Insaniah di Kuala Ketil dalam tahun pertama berjalan lancar.

“Saya percaya Insaniah tidak akan membebankan kewangan kerajaan negeri kerana memiliki ramai pelajar antarabangsa. Malah universiti ini kini menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, suasana pembelajaran di Insaniah juga kondusif, dilengkapi tasik buatan manusia yang berpotensi dijadikan venue sukan air, selain memiliki dewan terbesar di utara tanah air yang mampu memuatkan 5,500 orang selain panggung eksperimen dengan kapasiti 1,500 orang.     

“Kita boleh jana pendapatan sampingan melalui kemudahan tasik dan dewan berkenaan bagi menampung perbelanjaan termasuk jana kewangan negeri melalui penganjuran acara atau disewakan kepada penganjur,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri akan menentukan hala tuju baru Insaniah selepas meneliti situasi terkini selain mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti.

Menurutnya, pembinaan kampus induk RM330 juta itu langsung tidak menjana pendapatan sebaliknya kerajaan negeri seterpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun.

YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob

Photo: [admin] YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob menaiki motosikal untuk menghadiri majlis solat jenazah bapa kepada Saudara Rosli  Abdullah, AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan beberapa bulan lalu di Wakaf Bharu, Kelantan.[admin] YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob menaiki motosikal untuk menghadiri majlis solat jenazah bapa kepada Saudara Rosli Abdullah, AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan beberapa bulan lalu di Wakaf Bharu, Kelantan.

Gambar UAI bersama keluarga

Kereta MB Kedah Sekali Parking Kereta ambil 2 Petak !!! Orang Lain Tak Payah

RAKAMAN GAMBAR KERETA MENTERI BESAR KEDAH LETAK KERETA AMBIL DUA RUANG PARKIR MENJADI BUAH MULUT DI DALAM INTERNET!!!!!

Kereta Mercedes Benz nombor pendaftaran KCX 8 dipercayai kepunyaan Menteri Besar Kedah dilaporkan meletakkan kereta itu dengan mengambil dua ruang parkir kini menjadi buah mulut di alam maya.

Perlukah kereta itu mengambil ruang parkir untuk dua buah kereta?.. Atau ianya lebih kepada sikap besar kepala dan sombong tanpa menghiraukan keperluan orang lain.


Untuk maklumat terkini  KLIK SINI

Delegasi Monggolia minta jawapan kematian Altantunya


Harakah,08 Jun 2013
(Perwakilan Monggolia sedang berucap dalam sidang media mereka)

KUALA LUMPUR: Sidang kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur telah dijadikan platform oleh deligasi Monggolia untuk menuntut kerajaan Malaysia agar kematian rakyat mereka, Altantuya Shariibuu diberikan perbicaraan yang adil.

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

“Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan,” tegasnya.

Takziah buat keluarga Allahyarham Tajuddin


Harakahdaily,08 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada Puan Shariffah Ramli di atas pemergian suami beliau, Allahyarham Tajuddin Zainal Abidin.

Allahyarham merupakan mangsa yang terlibat di dalam tragedi runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung.

Jenazah beliau selamat tiba di kediaman mertuanya pada jam 2.08 pagi tadi.

Ketua DPP Perak yang juga Adun Gunong Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan sempat mengimamkan solat jenazah yang turut disertai oleh Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Pihak kami juga mendoakan ahli keluarga beliau dapat bersabar dan menerima dengan redha. Al-Fatihah,” tulis beliau di Facebook.

Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah


Tuan Ibrahim Tuan Man,08 Jun 2013

Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Senyum

Istilah 'dakwat kekal' tipu pengundi, kata Dr Haron Din


Harakah,08 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.

Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.

“Polis mempunyai kapa­siti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal mem­bekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.

“Kalau kerajaan ber­pakat dengan SPR meme­san dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa se­bagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” ujarnya.

Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.

Sehubungan itu katanya, beliau menyokong se­barang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengun­dang kepada malapetaka.

“Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpu­nan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dina­makan sebagai demonstra­si tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhim­punan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong,” jelas beliau.

[Laporan lanjut dalam Harakah edisi Isnin, 10-13 Jun 2013]

Agih kekayaan tidak seimbang punca korupsi


Harakahdaily,08 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi, ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Justeru, katanya di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

Beliau menjelaskan demikian dalam tulisan di Facebooknya yang bertajuk ‘Allah melaknat orang yang makan riba’ sebagaimana di bawah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya. (Riwayat: Ahmad dan Abu Daud)

Huraian hadis:

i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.

ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud az-ziadah (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.

iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal) al-Baqarah: 275). Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

v) Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.

vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.

vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

RTM DIGODAM



Dua laman Radio Television Malaysia, RTM 1 dan RTM 2 digodam oleh penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Hamba Allah.

Di dalam difacement tersebut difahamkan penggodam mengecam tindakan RTM1 dan RTM 2 yang menggelarkan Pejuang Rakyat Syiria (FSA) sebagai pemberontak. 

Sumber link : http://www.gilerhackers.com/2013/06/gempar-rtm1-dan-rtm2-digodam.html

SPR PAKSA KEMENTERIAN KESIHATAN MENGAKU ADA BUAT PENILAIAN... KAH KAH KAH !



Ini lah dia jenis MANUSIA yang punya MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI beb... sudah TERANG-TERANG yang Menteri Kesihatan mengatakan bahawa TIADA pernah membuat PENILAIAN dan KAJIAN berkenaan DAKWAT KEKAL yang TAK KEKAL sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)... namun Pengerusi Suruhanjaya PENIPU Rakyat (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ni masih hendak MENEGAKAN BENANG YANG BASAH dengan mengatakan ADA... tapi bila diminta MENUNJUKAN SURAT dari Kementerian Kesihatan mengenai KAJIAN dan PENILAIAN tersebut beliau berkata "pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan"... kah kah kah !.

Pasal apa nak MEMAKLUMKAN kepada Menteri Kesihatan... kalau ADA surat lu kasi TUNJUK lah... atau pun SURAT tersebut memang TAK ADA... dan hendak menghubungi Menteri Kesihatan supaya KELUARKAN SURAT dan CARI IDEA bagaimana untuk SPIN supaya kedua-dua pihak TAK KANTOI... kah kah kah... ini semua bagi MENCARI ALASAN untuk MENUTUPI PENIPUAN yang dilakukan oleh SPR yang mula TERSERLAH sedikit demi sedikit... dah namanya MENIPU beb... berapa lama BENDA YANG BUSUK boleh DITUTUPI... yang hanya mampu dilakukan oleh SIPENIPU tersebut ialah MENAFIKAN MENAFIKAN MANAFIKAN... kalau digantikan dengan MUNAFIKUN MUNAFIKUN NUNAFIKUN pun SEDAP juga TELINGA gua dengar ni beb... kah kah kah !.

Ini yang dikatakan PENIPUAN jenis KAMI KAZE demi untuk MENUTUP dan MELINDUNGI ISI PERUT UMNO... kah kah kah... sebelum PRU13 daripada MULUT LONGKANG beliau jugalah yang mengatakan bahawa DAKWAT KEKAL bagi Pengundian AWAL boleh BERTAHAN selama 7 Hari... manakala DAKWAT KEKAL bagi Pengundian BIASA boleh BERTAHAN selama 3 Hari... bukan Kementerian Kesihatan yang cakap atau pun Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang DAKWA tapi beliau... Timbalan SPR dan Setiausha SPR yang cakap... dan CAKAP tersebut diucapkan dari sebelum Hari Pengundian AWAL hinggalah bermulanya Hari Pengundian BIASA dan hingga TAMAT nya waktu Pengundian BIASA... kah kah kah !.

Dimasa itu tidak TIMBUL soal meletakan TIDAK LEBIH dari 1 Peratus KANDUNGAN SILVER NITRAT atau pun SODIUM NITRAT didalam DAKWAT KEKAL... tak ada pun dimasa tersebut TERDENGAR soal KANSER dalam PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL beb... tapi selepas DAKWAT KEKAL TAK KEKAL barulah timbul soal BOTOL TAK DICONCANG seperti MEGONCANG KEPALA MAK BAPAK SPR... dan selepas MENGONCANG BOTOL seperti MENGONCANG KEPALA MAK BAPAK SPR MASIH TAK KEKAL timbul pulak soal KERUMITAN untuk MENGENAL PASTI KUALITI DAKWAT KEKAL walaupun 1 Tahun MASA untuk MENGENAL PASTI KUALITI dipunyai oleh SPR... kah kah kah !.

Susah lu orang nak jumpa jenis MANUSIA macam ini beb... rasa-rasa gua lah hanya kat Malaysia saja lu orang boleh jumpa SPICIES yang macam ini... kerana langsung TIDAK menunjukan RASA BERSALAH dan INSAF walaupun BAU TEMBELANG PENIPUAN sudah dapat DIHIDU oleh RAKYAT... agak-agak gua lah yang ada didalam KOTAK PEMIKIRAN SPR ni tak kira SIANG... MALAM... JAGA dan TIDUR hanyalah bagaimana HENDAK MENIPU... MENIPU dan terus MENIPU... patut sangat lah kalau ada antara lu orang yang hendak KENCINGKAN KUBUR MANGKUK AYUN ni kalau dia orang MAMPOS nanti beb... sudah lah jelas PENIPU lepas tu BERLAGAK BAGUS... weeekkkk tuihhhhh !. sumber mk


hemmmmm..... macam mana lah tak munafikun... munafikun... munafikun beb... dengan penafian yang dibuat oleh menteri kesihatan ianya telah memecahkan tembelang ketua penerangan umno datuk ahmad maslan... kalau dah ketua penerangan umno pecah tembelang maka sudah tentulah ulul amri umno kencing tak lawas beb... bukan ke ketua penerangan umno tu dilantik oleh ulul amri umno... kah kah kah... umpono perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
sumber

Prof Dr Muhaya & Fazura

Gambar Cicit Keturunan Rasulullah S.A.W




Inilah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. Ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin? Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.


P/s : bagi aku, jangan lah terlalu percaya 100%..ye!! takut lain jadinya….Ingat, “iman tak dapat di warisi”





Sumber : Klik Sini

gambar-gambar jambatan runtuh