Monday, March 25, 2013
Khemah aktivis Palestin diroboh
BAITULMAQDIS - Kira-kira 200 polis Israel bertindak merobohkan khemah aktivis Palestin, yang didirikan sebagai membantah projek penempatan haram tambahan berhampiran Baitulmaqdis.
Dipetik Al-Jazeera, seorang aktivis, Mustafa Barghouti memberitahu, dia bersama empat rakannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Maale Adumim untuk disoal siasat.
"Seramai 50 aktivis turut diusir dan dihantar pulang ke Tebing Barat," katanya lagi.
Sebelum ini, Mahkamah Israel pernah mengarahkan kesemua khemah didirikan sejak Januari lalu dirobohkan atas alasan menyebabkan gangguan awam.
Difahamkan, projek pembinaan lebih 3,500 apartmen di bawah projek E1 itu dibangunkan di kawasan antara Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang sebelum ini dituntut Palestin untuk membentuk sebuah negara. - Al-Jazeera

Imelda Marcos, wanita besi Filipina
IMELDA Remedios Visitacion Romualdez atau lebih dikenali sebagai Imelda Marcos, adalah ahli politik dan balu bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.
Beliau amat terkenal dengan jolokan 'wanita besi' yang hidup mewah tetapi dirundung sejuta masalah membabitkan tuduhan penyelewengan wang rakyat di Filipina. Beliau memegang status wanita pertama pada usia 36 tahun tatkala suaminya, Ferdinand Marcos dilantik sebagai Presiden Filipina pada 1965.
Bekas ratu cantik berkelulusan ijazah pendidikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Filipina apabila perkahwinannya dengan Marcos didakwa mempergunakan kecantikannya bagi menawan pemimpin nombor satu negara itu.
Penghujung penggal kedua sebagai presiden dalam 1972, Marcos mengisytiharkan kuasa ketenteraan seluruh Filipina sekali gus menggantung majoriti hak awam bagi memastikan kuasanya tidak luput.
Ketika negara berada di bawah kekuasaan tentera, Imelda diketengahkan dalam kerajaan dan memegang majoriti jawatan rasmi. Beliau dilantik sebagai Gabenor Metro Manila yang tidak pernah wujud sebelum ini. Malah Imelda turut dilantik menjadi Menteri Penempatan Masyarakat serta duta istimewa dan berkuasa penuh.
Selepas berhadapan dengan pelbagai tuduhan pencabulan hak asasi kemanusiaan dan digantung dalam Perlembagaan Filipina, Imelda sekeluarga digulingkan menerusi satu revolusi tanpa pertumpahan darah dalam 1986 sekali gus terpaksa melarikan diri ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS).
Imelda terkenal dengan kegilaan mengumpul kasut dan memiliki beberapa unit bangunan mewah di negara barat termasuk seunit di Fifth Avenue, Crown Building bernilai AS$51 juta (RM158 juta); unit pejabat di 40 Wall Street dan 200 Madison Avenue, AS bernilai AS$60 juta (RM186 juta).
"Mereka memerlukan tokoh dan ikon sebagai panduan untuk mereka lebih maju dan mengubah kehidupan yang miskin," kata Imelda dalam satu kenyataan media tempatan.
Namun, kesemua aset Imelda bersama suaminya, dirampas bersama koleksi lukisan Michelangelo, Bottecelli dan Canaletto serta barang kemas. Kerajaan Filipina mendakwa tindakan dibuat bagi membiayai perolehan pemilikan yang telah dicuri daripada perbendaharaan nasional.

Tujuh terkorban dalam pertempuran di Mali
BAMAKO 25 Mac - Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban termasuk tentera dan dua orang awam dalam pertempuran antara tentera Mali dan kumpulan al-Qaeda di bandar Gao semalam.
Kejadian itu berlaku selepas tentera Mali menjalankan operasi pembersihan besar-besaran yang mensasarkan kumpulan al-Qaeda yang mendakwa melakukan serangan pada waktu malam di kem tentera.
"Seorang tentera Mali, empat orang ahli kumpulan al-Qaeda dan dua orang awam antara yang terbunuh dalam pertempuran tersebut," kata sumber keselamatan Afrika. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130325/lu_01/Tujuh-terkorban-dalam-pertempuran-di-Mali#ixzz2OWOFMrKW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Israel roboh khemah bantahan
BAITULMAQDIS 24 Mac - Kira-kira 200 orang aggota polis Israel malam tadi merobohkan khemah bantahan penempatan haram Yahudi yang didirikan penduduk Palestin di pinggir Baitulmaqdis, kata polis dan aktivis hari ini.
Khemah-khemah yang diberi nama Pintu Matahari itu dibangunkan aktivis Palestin Rabu lalu berhampiran penempatan Israel, Maale Adumim di Tebing Barat dalam usaha mereka menarik perhatian terhadap rancangan Israel meneruskan pembinaan bangunan di kawasan yang juga dikenali sebagai E1.
Aktivis mendirikan kira-kira 15 buah khemah bagi mengetengahkan isu berkenaan sempena lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Israel dan Palestin yang berakhir kelmarin, kali pertama sejak beliau memegang jawatan nombor satu Amerika tersebut lebih empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghouti yang merupakan satu daripada penganjur ketika dihubungi AFP berkata, beliau dan empat lagi peserta kem bantahan itu telah ditahan dan disoal di balai polis Maale Adumim. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130325/lu_07/Israel-roboh-khemah-bantahan#ixzz2OW4v0mcV
© Utusan Melayu (M) Bhd
58 terbunuh di Afghanistan
KABUL 24 Mac - Sekurang-kurangnya 58 orang termasuk anggota kumpulan militan Taliban dan anggota tentera terbunuh dalam dua kejadian berasingan di Afghanistan, semalam.
Di daerah Wardooj di wilayah Badakhshan, sekurang-kurangnya 51 anggota Taliban terbunuh manakala 17 yang lain cedera ketika bertempur dengan pasukan tentera Afghanistan.
Pertempuran itu turut menyaksikan tiga anggota tentera maut, sembilan cedera dan 11 lagi diculik Taliban.
Bagaimanapun kesemua tentera yang diculik itu kemudiannya dibebaskan dengan syarat seorang anggota taliban yang ditahan kerajaan perlu dibebaskan.
Dalam perkembangan lain, empat kanak-kanak dari sebuah keluarga maut dalam satu letupan lombong arang batu di selatan wilayah Kandahar. - dpa
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130324/lu_01/58-terbunuh-di-Afghanistan#ixzz2OW3UAgGN
© Utusan Melayu (M) Bhd
PADAN MUKA!!!...GAMBAR SAMSENG-SAMSENG UMNO YANG KENA CEKUP KERANA GANGGU KACAU PROGRAM PKR DISABAH, TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!!!.
Lihatlah betapa kecut dan menikusnya samseng-samseng upahan UMNO apabila kena cekup oleh AMK dengan bantuan pihak polis semasa mereka cuba buat ganggu kacau satu program di Kota Kinabalu, Sabah, petang tadi, 24hb Mac 2013...Sebiji seketul macam tikus kena simbah air panas..Tunduk ketakutan.. Kalau tidak bukan main garang dan berlagak lagi...Ingatkan hebat sangat!!!
Bila kena cekup tahu pula kecut perut..Tapi jangan salahkan mereka.. Itulah sebenarnya peribadi juak-juak UMNO..Belum kena buku dengan ruas dialah hero. Bila dah kena cekup, senyap terus!!!!
Masa kena cekup ketua-ketua mereka pun hilang lesap tak nampak batang hidung.
Syabas kepada PDRM kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan juga AMK yang bertindak pantas dan berani membantu pihak PDRM dalam menagkap para penyangak upahan UMNO ini.
Omak kau tabik spring pada anda kalian
-omak kau

UMNO/BN SABAH BANGSAT !
Sila Share gambar ini keseluruh alam khususnya di walll umno...
Bila PR menggiatkan kempen untuk bertapak di Sabah bagi memastikan kuasa dikembalikan pada rakyat.. UMNO Sabah hanya tersenyum saja.. Kerana mereka cukup yakin dengan 'kesetian' pengundi mereka.. dan dengan segera memohon agar DISEGERAKAN secepat mungkin proses permohonan pendatang selatan filipina dan Sulu sebagai warganegara UMNO.. oopss.. Malaysia yang sah.....
Surat ini menjadi bukti...!
MB Selangor Dato' Khalid Ibrahim turut mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus
MB Selangor Dato' Khalid Ibrahim turut mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original )
KUALA SELANGOR: Pekan Ijok mencipta sejarah hari ini apabila lebih 10,000 orang menyertai kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Turut serta mendengar kuliah dari ustaz selebriti itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagi Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa'eza Aziz, semua gembira dengan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar, ulamak dari Terengganu itu.
Kuliah yang bermula jam 8 - 10 malam di Masjid Nurul Iman, Ijok itu mendapat sambutan dari pelbagai pihak.
Dari segi rekodnya, mungkin inilah kuliah di masjid yang paling ramai disertai di sekitar Ijok ini.
Turut serta adalah pelakun dan pengarah filem, Pierre Andre.
k.g.b

Iran nafi rakyat jadi pengintip
Dubai: Iran tidak ada hubungan dengan satu kumpulan didakwa perisik yang ditahan di Arab Saudi, lapor media Iran semalam.
Selasa lalu, Arab Saudi berkata ia menahan seorang warga Iran, Lubnan dan 16 warga tempatan kerana mengintip.
Penganalisis politik dan media di Arab Saudi menuduh Iran yang majoritinya Syiah menjadi dalang di sebalik dakwaan pengintipan itu.
Bergelut dapatkan pengaruh
Kedua-dua negara terbabit dalam satu pergelutan untuk mendapatkan pengaruh di seluruh rantau itu dengan menyokong pembangkang di Bahrain, Yaman, Syria, Lubnan dan Iraq.
Menteri luar negara Teluk Arab yang mengadakan rundingan di Riyadh bulan lalu mengeluarkan kenyataan mengutuk apa yang dikatakan sebagai ‘campur tangan’ Iran di negara mereka, tuduhan yang ditolak Tehran.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast, menafikan bahawa seorang warga Iran terbabit dalam rangkaian perisikan dan menggelar tuduhan itu pernah dibuat sebelum ini berulang, lapor Press TV dalam bahasa Inggeris milik Iran, semalam.
“Membangkitkan isu tanpa asas di peringkat media hanyalah untuk kepentingan domestik semata-mata,” katanya menurut Press TV.
Pemimpin minoriti Syiah di Arab Saudi turut mengkritik penahanan 16 orang lain yang dikatakan menjadi punca ketegangan mazhab.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menyalahkan rusuhan di kalangan puak Syiah di daerah Qatif, Wilayah Timur pengeluaran minyak terhadap pengaruh kuasa asing.
Pihak berkuasa mengakui ia merujuk kepada Iran, satu dakwaan yang dinafikan aktivis Syiah tempatan.
Enam belas orang terbunuh di Qatif dalam pertembungan dengan polis sejak dua tahun lalu. - REUTERS
Musharraf pulang Pakistan
Musharraf ceria sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Karachi, semalam.
Karachi: Bekas pemimpin Pakistan, Pervez Musharraf pulang ke tanah air semalam selepas lebih empat tahun hidup dalam buangan.
Beliau tidak takut dengan ancaman bunuh Taliban dalam usaha bertanding pilihan raya tidak lama lagi.
Bekas diktator berusia 69 tahun itu berkata, beliau sedia berdepan sebarang risiko untuk bertanding pada 11 Mei depan. Ia peralihan kuasa demokratik pertama dalam sejarah negara bersenjata nuklear yang banyak kali diketuai pemimpin tentera.
Rampas kuasa 1999
Musharraf merampas kuasa sebagai ketua tentera pada 1999 dan meninggalkan negara itu selepas meletak jawatan pada Ogos 2008 apabila Asif Ali Zardari dipilih sebagai presiden selepas isterinya, bekas perdana menteri Benazir Bhutto dibunuh.
Penerbangan Emirates dinaiki Musharraf dari Dubai mendarat jam 12.45 tengah hari (0745 GMT). Akaun rasmi Facebook dan Twitternya memberi ulasan berterusan termasuk menyiarkan mesej dan gambarnya dalam pesawat.
“Sudah duduk dalam pesawat untuk memulakan perjalanan pulang. Pakistan negaraku!” kata mesej dihantar ke akaun Twitter @P—Musharraf, dengan gambarnya memakai pakaian tradisi shalwa kameez putih gading.
Sesetengah penyokongnya dalam pesawat menjerit ‘panjang usia Musharraf’ menjengkelkan penumpang lain, menurut wartawan AFP.
Diberi jaminan perlindungan
Musharraf yang diberi jaminan perlindungan untuk menarik balik ancaman penahanan segera sekembalinya ke Pakistan, memberitahu media sebelum berlepas ke Karachi bahawa beliau tidak merasa gentar namun mengakui sedikit bimbang.
“Saya bimbang, ada banyak faktor tidak diketahui berkaitan keganasan dan pelampau, faktor tidak diketahui berhubung isu perundangan, berapa banyak saya perlu tunjuk prestasi (dalam pilihan raya),” katanya.
Beliau terpaksa membatalkan rancangan memberi ucapan dalam satu perhimpunan awam di makam bapa pengasas Pakistan, Mohammad Ali Jinnah kerana kebimbangan keselamatan dan sebaliknya memberi ucapan kepada penyokongnya di lapangan terbang yang dikawal ketat.
Polis menarik balik kelulusan untuk perhimpunan pinggir bandar selepas ancaman Taliban Pakistan untuk mengerahkan satu skuad pengebom bunuh diri untuk membunuh Musharraf.
Dalam satu kes perundangan yang sekian lama menjerat Musharraf, adalah pembunuhan Benazir apabila beliau memerintah negara itu pada Disember 2007, tiga bulan sekembalinya ke Pakistan daripada hidup dalam buangan. - AFP

'Ketua perisik' Kiram diburu
Pasukan keselamatan memeriksa dokumen pengenalan diri orang ramai yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Cenderawasih menuju Kampung Kembara Sakti.
Suspek adik Jamalul Kiram III berada di Semporna
Lahad Datu: Pasukan keselamatan memburu seorang lagi pemimpin kanan kumpulan pengganas berjawatan ‘ketua perisik’ yang dipercayai masih bersembunyi di Semporna.
Suspek berusia 50-an itu adik kepada Jamalul Kiram III dikenali Datu Piah Datu Kiram serta dianggap antara orang paling kanan ketua pengganas, Agbimuddin Kiram.
Difahamkan, suspek mempunyai kedudukan setaraf dengan Komander Habib Musa A Abdullah atau Jeneral Haji Musa yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, pada awal Ops Daulat.
Sumber memberitahu BH, pasukan keselamatan yakin suspek yang menceroboh negeri ini bersama Agbimuddin serta Jeneral Haji Musa dan pengikut mereka sebelum mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, masih bersembunyi di Semporna.
Katanya, suspek dipercayai antara individu yang menyertai kumpulan pengganas membuat rundingan dengan pasukan keselamatan Februari lalu, namun dia dilaporkan ‘hilang’ sebaik berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac.
Awal pagi kelmarin, pasukan keselamatan menahan anak saudara Agbimuddin merangkap Pemerintah Tentera Sulu ketika bersembunyi dalam paya bersama isterinya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna.
Suspek bertaraf Menteri Pertahanan itu dianggap individu terpenting mengatur serangan serta pergerakan pengganas ke beberapa lokasi sejak pencerobohan mereka.
Selain itu, pasukan keselamatan menahan warga tempatan berusia 40-an dikenali Ali bersama isterinya di Kampung Tungku di sini, malam Jumaat lalu. Mereka dipercayai tali barut utama menyediakan keperluan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo.
Tali barut pengganas
Difahamkan, Ali anak penduduk Kampung Tanduo, Ahmad Malandi atau Mat Bom yang ditahan pasukan keselamatan pada awal Ops Daulat kerana menjadi tali barut pengganas.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Pemerintah Tentera Sulu yang ditahan di Semporna adalah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Beliau berkata, suspek dan isterinya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Operasi mengesan saki baki pengganas giat dijalankan, namun kami percaya mereka sudah hilang arah. Maklumat penduduk penting bagi mengesan saki baki pengganas.
“Dengan ada kerjasama semua pihak, kita percaya saki baki pengganas ini dapat ditumpaskan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, semalam.
Sementara itu, semakan BH di laman sosial Facebook menemui seorang pemegang akaun menggunakan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram dari Jolo, Filipina, dipercayai individu sama dengan suspek yang ditahan pasukan keselamatan.
Berdasarkan maklumat pada akaun terbabit, dia sering memuat naik dan berkongsi laporan insiden pencerobohan Lahad Datu sejak pertengahan bulan lalu.

Musuh Putin ditemui mati
Boris Berezovsky |
Polis di Thames Valley, bagaimanapun, menetapkan punca kematian Boris Berezovsky, 67, sebagai belum diketahui.
Berezovsky pakar dalam matematik sebelum bertukar kerjaya menjual kereta Mercedes.
Berhutang RM1.25 juta
Baru-baru ini, Berezosky dilaporkan berhutang lebih £250,000 (RM1.25 juta) selepas bekas kekasihnya, Elena Gorbunova, menuntutnya menjelaskan hutang berjuta-juta dolar kepadanya.
Beliau mengaut kekayaan ketika Russia menswastakan aset awam pada awal 1990-an. Sebagai tukaran menyokong bekas Presiden Boris Yeltsin, beliau mendapat pengaruh politik dan membeli harta awam sektor minyak dan kenderaan pada harga rendah.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan Putin sebelum berselisih faham dan lari ke Britain untuk mendapat suaka politik awal 2000.
Berezovsky adalah antara tokoh yang dipanggil ‘oligarchs’ kerana bersengketa dengan Putin.
Selepas berkuasa, Putin membuat perjanjian dengan golongan itu - mereka boleh terus kaut untung selagi tidak mencabarnya dalam politik.
Pihak yang enggan mengikut kata Putin dipenjara seperti bekas ketua Yukos Oil, Mikhail Khodorkovsky, manakala orang lain seperti Berezovsky, lari.
Aset ahli perniagaan berkenaan juga dibeli syarikat awam atau hartawan lain pada harga rendah.
Di Britain, Berezovsky berkawan dengan beberapa pengkritik Kremlin termasuk bekas ejen KGB, Alexander Litvinenko yang lari dari Russia dengan bantuan Berezovsky selepas menuduh pegawai kerajaan merancang pembunuhan musuh politik.
Litvinenko mati pada 26 November 2006 selepas minum teh mengandungi unsur radioaktif polonium-210 di sebuah hotel di London. - REUTERS
2 pengganas cuba lolos ditembak
ANGGOTA tentera membawa mayat dua pengganas yang ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, pagi semalam.
Dua budak maut, seorang komando cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu
Lahad Datu: Dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu dekat sini, pagi semalam. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera.
Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Dipercayai warga asing
Pengganas dan kanak-kanak yang terbunuh serta yang cedera itu dipercayai warga asing, namun tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pertempuran itu berlaku ketika pasukan keselamatan menggeledah Kampung Tanjung Batu sebelum terserempak dengan dua pengganas.
“Ketika pertempuran berlaku, pengganas berundur dan berlari masuk ke dalam sebuah rumah menyebabkan pasukan keselamatan mengejar mereka.
“Sebaik menghampiri rumah itu, berlaku kejadian berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Ketika itu, seorang musuh cuba melarikan diri ke sebuah rumah lain selepas membakar rumah pertama, dipercayai taktik untuk meloloskan diri.
“Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arah rumah pertama untuk tujuan keselamatan sebelum membuat penggeledahan.
Temui empat mayat
“Hasil penggeledahan, kita menemui empat mayat di dalam rumah berkenaan, iaitu dua dewasa masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak, termasuk seorang perempuan. Seorang lagi kanak-kanak ditemui cedera.
Bagaimanapun, tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka,” katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, semalam.
Kematian empat pengganas itu menjadikan jumlah militan ditembak mati pasukan keselamatan sepanjang Ops Daulat menjadi 67 orang. Ops Daulat memasuki hari ke-20 semalam, manakala jumlah mayat pengganas yang berjaya dikeluarkan sehingga kini 42.
Zulkifeli berkata, semakan di lokasi kejadian turut menemui bekalan makanan milik pengganas dan kediaman berkenaan dipercayai dijadikan lokasi persembunyian mereka.
“Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan semua lima individu, termasuk empat yang ditemui mati itu anggota kumpulan pengganas. Sekiranya mereka bukan pengganas, mereka mungkin tali barut.
“Semua empat mayat sudah dikeluarkan untuk dibedah siasat, manakala kanak-kanak yang cedera diterbangkan menggunakan helikopter pasukan keselamatan ke Hospital Sandakan. Kita tidak dapat pastikan umur kanak-kanak yang mati dan cedera sehingga bedah siasat selesai,” katanya.

6 terkorban dalam serangan sekumpulan lelaki bersenjata di Iraq
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang calon pilihan raya terbunuh susulan serangan yang dilancar ke atas pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul, hari ini, demikian menurut pihak berkuasa Iraq.
Pegawai polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang dua pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul yang mengakibatkan lima anggota terkorban manakala tiga yang lain cedera.
Mosul terletak 360 kilometer di barat laut Baghdad.
Sementara itu, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan turut menembak mati seorang calon pilihan raya, Salah Khabat ketika mangsa sedang memandu.
Pegawai Hospital mengesahkan angka korban itu, hari ini.
Bagaimanapun, semua pegawai terbabit enggan nama mereka disiarkan atas sebab keselamatan. - AP

2013/03/25 - 08:21:04 AM Cetak Emel Kawan

Empat pengganas ditembak mati
|
LAHAD DATU - Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini membuahkan hasil apabila mereka berjaya menembak mati empat pengganas yang bersembunyi di dalam sebuah rumah semalam.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut mengakibatkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh. Seorang pengganas turut tercedera dalam kejadian berbalas tembak tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ketika operasi, pasukan keselamatan telah menjejaki kehadiran dua pengganas Sulu sebelum mereka melarikan diri ke dalam sebuah rumah lalu berlaku pertempuran.
Katanya, ketika bertempur, salah seorang pengganas telah lari ke dalam sebuah rumah lain yang terletak berhampiran sebelum bertindak membakar kediaman berkenaan. Dia berjaya melarikan diri.
"Kita kemudian telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah selepas selesai bertempur sebelum menemui empat mayat iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak. Salah seorang dewasa dan kanak-kanak itu merupakan perempuan.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui namun terdapat sedikit bekalan makanan yang disimpan di dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemui seorang lagi kanak-kanak yang cedera dan kini dirawat di Hospital Sandakan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2OViEJtzi
Hakcipta terpelihara
Memang sah jeneral Sulu
LAHAD DATU - Polis semalam mengesahkan pemimpin utama pengganas Sulu yang diberkas di kawasan berpaya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini kelmarin merupakan Menteri Pertahanan Suluk berpangkat jeneral lima bintang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, panglima pengganas Sulu yang dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40-an ditahan bersama isterinya, Gina Taves Kiram pada pukul 1.30 pagi ketika cuba melarikan diri di kawasan tersebut.
"Ya, saya mengesahkan penangkapan itu adalah mereka," katanya ringkas pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16 dekat sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengatakan pasukan keselamatan telah menahan Amirbahar yang dikatakan anak saudara pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III di satu kawasan paya sewaktu cuba melarikan diri bersama isterinya.
Turut dirampas pada lelaki berkenaan adalah dua beg yang mengandungi komputer riba, tiga telefon bimbit, kad bank Western Union, kad sim, kad memori, fail mengandungi dokumen Kesultanan Sulu serta wang tunai RM3,000.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2OVhxOkYr
Hakcipta terpelihara
Malacanang pertahankan dasar luar Filipina
MANILA, Filipina - Istana Malacanang bertindak mempertahankan dasar luar pentadbiran Presiden Filipina, Benigno Aquino III apabila ramai pihak mengkritik cara beliau menangani isu Sabah, lapor akhbar dalam talian Tempo.
Timbalan jurucakap kepada Presiden, Abigail Valte berkata, Aquino sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat negara ini yang tinggal dan bekerja di luar negara ketika berlaku krisis di negara tersebut.
"Sudah tentu kita tidak bersetuju yang kita gagal untuk membuat yang terbaik dari segi polisi luar," kata Valte.
"Apa yang Presiden utamakan dalam dasar luar kita merupakan kepentingan negara ini."
Sementara itu, Valte berkata, keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III perlu menjelaskan kedudukannya selepas laporan lapan yang dituduh di Malaysia sebagai pengganas.
Keluarga Jamalul Kiram mendakwa kesemua lapan tertuduh merupakan warga Malaysia dan bukan Filipina.
Valte berkata, ia amat mengelirukan kerana pada mulanya Jamalul Kiram mempertahankan semua tertuduh.
Beliau berkata, apa jua pun pendirian Jamalul Kiram, pihak pemerintah akan menyediakan bantuan kepada semua tertuduh.
"Kami telah diberi akses kepada lapan individu itu dan akan mengambil langkah perlu untuk membantu mereka," kata Valte.
Manakala dalam satu wawancara dengan stesen radio dzRB, Valte berkata, bantuan guaman turut akan diberikan kepada jeneral pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap kelmarin.
Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.
Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2OVgoqkAq
Hakcipta terpelihara
Pemimpin Al-Qaeda terbunuh di Mali
|
PARIS - Perancis pada Sabtu mengesahkan bahawa seorang ketua pengganas Al-Qaeda daripada kumpulan Islamic Maghreb (AQIM), Abdelhamid Abou Zeid telah terbunuh dalam satu pertempuran di utara Mali.
Abou Zeid disifatkan sebagai salah seorang pemimpin Al-Qaeda Afrika paling radikal. Pemimpin berusia 46 tahun itu dikatakan bertanggungjawab meluaskan operasi penculikan ke Tunisia, Niger dan rantau Afrika.
Presiden Perancis, Francois Hollande mengesahkan kematian Abou Zeid dalam pertempuran yang berlaku di kawasan pergunungan Ifoghas.
"Kematian seorang pemimpin utama AQIM merupakan satu pencapaian penting dalam perang menentang keganasan di Sahel," kata Hollande dalam satu kenyataan.
Penasihat presiden sementara Mali, Dioncounda Traore menyatakan pengumuman itu sebagai satu berita gembira dan memberi tamparan hebat kepada kumpulan pengganas. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2OVdjoX3l
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)