Saturday, October 18, 2014

Awas! Bagi suami tidak solat


http://detikislam.blogspot.com | .

Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama. Inilah suami ‘keladak’ yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat. Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia TAUBAT segera atau tuntut FASAKH (hanya fokus ini sudut hukum agama, sudut sukarnya urusan mahkamah itu hal administrasi).

Nabi sebut dalam hadis sahih (إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ) Ertinya: Sempadan di antara seorang lelaki/wanita dengan KEKUFURAN adalah MENINGGALKAN SOLAT) – Hadis riwayat Muslim`

Allah menyebut dalam Al-Quran orang yang tidak solat, tidak mendapat sebarang syafaat di akhirat. Ia tanda tidak solat bererti seperti sudah terkeluar dari Islam sehingga tiada layak dapat syafaat sama sekali.

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ..
فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
(Surah al-Mudatthir ayat 43 dan 48)

* Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Subhanallah, tidur salah satu tanda kebesaran Allah


http://detikislam.blogspot.com | .

Tidur menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali cergas sehingga dia kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin kita tidak menyedari selama ini.

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur pada siang hari untuk masa yang singkat (satu setengah jam, misalnya). Para saintis telah mendapati bahawa otak merasa letih di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan oleh kerana itu otak memerlukan rehat sejenak. Rehat bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, saintis menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan memberi masa rehat kepada otak dapat menguatkan memori. Saintis mendapati orang yang biasa tidur sebentar di siang hari menunjukkan prestasi akademik mereka lebih baik dan kemampuan mengingat sesuatu adalah lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah kelebihan yang perlu direnungkan dan dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci Nya Al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan kelebihan yang harus kita renungkan. Allah berfirman:


(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar." (Surah Al-Rum: 23)

* DIterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Labah-labah masuk ke dalam kulit badan lelaki



Satu garisan panjang terbentuk di atas perut Thomas selepas seekor labah-labah masuk menerusi bekas pembedahannya.


BALI –Seorang warga Australia terkejut selepas mendapati satu garisan panjang berwarna merah timbul di atas perutnya ketika bercuti di sini, lapor MailOnline kelmarin.
Kejadian tersebut disedari semasa lelaki itu, Dylan Thomas, 21, berada di Bali menyebabkan dia ke sebuah pusat perubatan antarabangsa untuk mendapatkan rawatan.
Pada mulanya seorang doktor yang memeriksa berkata, garisan itu terjadi mungkin akibat gigitan serangga lalu dia diberikan sejenis ubat sapu.
Namun, selepas beberapa hari, kulitnya semakin melepuh menyebabkan dia terpaksa menemui seorang doktor pakar kulit.
Doktor yang membuat pemeriksaan lanjut kemudian menemui seekor labah-labah kecil di bawah garisan merah berkenaan dan serangga itu dipercayai masuk ke dalam kulit perutnya melalui parut pembedahan apendiksnya.
“Ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa apabila mengetahui terdapat serangga di dalam badan sejak beberapa hari,” katanya.
Labah-labah itu akhirnya berjaya dikeluarkan dan telah dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengenal pasti spesies labah-labah tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GTaRMAX4 
Hakcipta terpelihara 

Republikan desak sekat warga Afrika Barat masuk AS



SEORANG penunjuk perasaan membawa sepanduk mendesak sekatan perjalanan terhadap negara dijangkiti Ebola ke AS di hadapan White House, Washington kelmarin. - REUTERS


WASHINGTON – Parti pembangkang, Parti Republikan kelmarin mempolitikkan krisis Ebola yang melanda Amerika Syarikat (AS) apabila menuntut Presiden Barack Obama melaksanakan larangan perjalanan melibatkan beberapa negara yang terjejas teruk akibat virus maut itu.
Sebelum ini, pentadbiran Obama enggan melaksanakan larangan perjalanan dari Guinea, Liberia dan Sierra Leone di Afrika Barat yang menyaksikan beribu-ribu orang mati akibat wabak demam Ebola sejak Mac lalu.
“Presiden (Obama) mempunyai kuasa itu. Beliau memilih untuk tidak menggunakannya,” kata wakil rakyat Texas daripada Parti Republikan, Michael Burgess.
“Tiada siapa tahu kenapa kita tidak mengambil tindakan penting untuk melindungi negara kita,” tambahnya.
Menjawab dakwaan tersebut di sini kelmarin, Obama memberitahu, larangan perjalanan bukan cara untuk melindungi AS kerana ia kurang berkesan berbanding langkah menyaring penumpang dari Afrika Barat.
“Pada dasarnya, saya tidak menolak larangan perjalanan jika ia cara untuk melindungi keselamatan rakyat AS,” kata Obama.
“Bagaimanapun, sebahagian penduduk rantau itu mungkin akan cuba menyeludup masuk ke AS dan mengelak pemeriksaan saringan jika sekatan perjalanan dikuatkuasakan.
“Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan jangkitan Ebola di AS meningkat dan bukan sebaliknya,” jelas Presiden AS itu. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3GTaH5PYi 
Hakcipta terpelihara 

Polis Hong Kong serbu lokasi protes


ANGGOTA polis berlari ke arah penunjuk perasaan yang cuba berkumpul semula selepas diarahkan bersurai di daerah Mongkok, Hong Kong semalam. - AFP


HONG KONG – Polis melakukan serbuan pada waktu Subuh untuk mengosongkan sebahagian daripada lokasi penunjuk perasaan di pulau ini semalam dengan merobohkan khemah dan sekatan yang dibina oleh kumpulan prodemokrasi.
Serbuan dilakukan beberapa jam selepas pemimpin pulau ini membuka semula tawaran rundingan bagi menamatkan demonstrasi jalanan yang berlanjutan sejak hampir tiga minggu lalu.
Serbuan itu tidak mendapat tentangan kumpulan penunjuk perasaan dan dibuat selepas Ketua Eksekutif Leung Chun-ying menawarkan semula untuk berdialog dengan mereka, seminggu selepas beliau menolak rundingan tersebut.
“Serbuan itu berlaku dengan pantas,” kata seorang penunjuk perasaan Yung Chung-To, 20.
“Polis datang pada pukul 5 pagi sambil menjerit mereka akan membersihkan kawasan ini,” tambahnya.
Menurut seorang penunjuk perasaan lain, serbuan itu berlaku dengan aman dan tiada sebarang pergaduhan berlaku.
Namun, operasi polis berisiko menjejaskan dialog tersebut, manakala sejumlah penunjuk perasaan masih berdegil dan terus berhimpun di sebahagian jalan yang tidak diserbu pihak berkuasa.
Sementara itu, daerah Mongkok di sini pula menyaksikan pergaduhan ganas antara penunjuk perasaan yang menuntut pentadbiran demokrasi dengan kumpulan prokerajaan.
Pulau ini yang merupakan pusat kewangan Asia digegarkan oleh beberapa tunjuk perasaan besar-besaran bagi menuntut pemerintahan demokrasi sepenuhnya dan peletakan jawatan Chun-ying.
Pemerintah China bagaimanapun bertegas bahawa pengganti Chun-ying perlu ditapis oleh Beijing sebelum boleh bertanding dalam pilihan raya pulau ini pada 2017.
Peraturan tersebut disifatkan oleh kumpulan penunjuk perasaan sebagai demokrasi palsu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3GTZuecrc 
Hakcipta terpelihara 

Muzik Jazz bantu redakan sakit lepas pembedahan


NEW ORLEANS – AMERIKA SYARIKAT. Muzik Jazz membantu mengurang kadar denyutan jantung sekaligus, mengurangkan rasa berdebar berdasarkan kajian yang dibentangkan dalam perjumpaan tahunan Anestesiologi 2014 baru-baru ini.

Menurut Pakar Anestesiologi Pusat Perubatan Penn State S. Hershey, Dr. Flower Austin memberitahu, kebimbangan pesakit untuk menghadapi pembedahan, di tambah dengan rasa takut terhadap anesthesia mewujudkan tekanan emosi dan keresahan kepada kebanyakan pesakit.

"Pakar bius akan menyediakan ubat bius kepada pesakit.

"Namun, terdapat sesetengah ubat bius boleh memberi kesan sampingan yang ketara kepada pesakit," katanya.

Austin menambah, kajian ini bertujuan mengetahui kaedah baru yang lebih efektif dari segi kos untuk diguna pakai bagi merawat pesakit.

Austin dan pasukannya telah membuat pemerhatian terhadap 56 pesakit yang menjalani prosedur histerektomi elektif dengan membahagikan seramai 28 pesakit untuk mendengar muzik Jazz, dan selebihnya memakai fon kepala penebat bunyi  selepas pembedahan.

Bacaan pertama kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tahap kesakitan dan keresahan selepas pembedahan dijadikan garis pengukur sebelum mengambil rekod bacaan selama 30 minit.

Bacaan rekod menunjukkan kadar denyutan jantung pesakit bagi kedua-dua kumpulan menurun dengan ketara.

Bagi pesakit yang mendengar muzik Jazz, kadar denyutan jantung mereka menurun selepas 20 minit berbanding pesakit yang menggunakan fon kepala.

Namun, mereka mencatatkan tahap kesakitan yang lebih rendah selepas 10 minit.

Petrol, diesel naik 50 peratus


Penunggang motosikal berbaris di sebuah stesen minyak di Denpasar, Bali selepas berlaku kekurangan bahan api. - Foto: AFP
Penunggang motosikal berbaris di sebuah stesen minyak di Denpasar, Bali selepas berlaku kekurangan bahan api. - Foto: AFP
JAKARTA - INDONESIA . Bakal Presiden Indonesia Joko Widodo merancang untuk menaikkan harga petrol bersubsidi dan diesel sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua minggu selepas menjawat jawatan itu secara rasmi 20 Oktober ini.

Penasihat Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi memaklumkan, langkah itu akan menjimatkan hampir AS$13 bilion (RM43 bilion) tahun depan.

Menurutnya, Jokowi berhasrat untuk menaikkan harga bagi kedua-dua petrol dan diesel sebanyak AS$0.25 (80 sen) seliter pada November depan.

"Rancangan untuk melaksanakannya adalah pada 1 November, tetapi lebih selamat untuk katakan bahawa ia mungkin dilaksanakan dalam tempoh dua minggu pertama selepas memegang jawatan presiden," katanya.

Katanya lagi, duit yang diperoleh hasil daripada penjimatan kos subsidi bahan api digunakan untuk infrastruktur, pertanian, pendidikan dan projek kesihatan.

Difahamkan, Jokowi akan pertimbangkan sama ada untuk menaikkan harga bahan api sekali lagi pada suku keempat tahun depan.

Harga bahan api Indonesia antara yang paling rendah di rantau ini di mana petrol berharga 6,500 rupiah (RM1.80) seliter dan diesel 5,500 rupiah (RM1.50) seliter, dipetik dari laporan Reuters.

Nepal akan sedia sistem amaran cuaca di Himalaya


Pihak berkuasa Nepal menyelamatkan seorang mangsa selepas berlaku kejadian ribut dan salji runtuh di pergunungan Himalaya.
Pihak berkuasa Nepal menyelamatkan seorang mangsa selepas berlaku kejadian ribut dan salji runtuh di pergunungan Himalaya.
KATHMANDU - NEPAL . Perdana Menteri Nepal berjanji akan menubuhkan satu sistem amaran cuaca selepas insiden ribut dan runtuhan salji di kawasan pergunungan Himalaya yang meragut 32 nyawa, kelmarin.

Sushil Koirala dalam satu kenyataan berkata, beliau berjanji akan menyediakan maklumat cuaca lebih baik di kawasan pelancongan dan menyifatkan kehilangan nyawa akibat insiden itu sebagai sangat tragis terutamanya ketika keadaan cuaca dunia kini yang boleh diperoleh setiap masa.

"Saya ingin beri jaminan bahawa kerajaan akan melakukan usaha untuk menubuhkan pusat amaran awal untuk cuaca di tempat penting di seluruh negara terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di sepanjang sungai," katanya menurut laporan AFP.

Kelmarin, salji setebal 91 sentimeter dilaporkan turun dan menjejaskan pendakian 168 pelancong asing yang mendaftar untuk menyertai ekspedisi pendakian di sepanjang litar Manang dan Mustang.

Jual 300 setem beli rumah

HAIROL menjual pelbagai jenis barangan antik di Taman Kerang.
Oleh Mohd Rafi Mamat 
am@hmetro.com.my

Kuantan: "Saya seperti bermimpi dan tidak percaya apabila menerima tawaran tidak masuk akal. Hanya dengan menjual 300 setem, saya menerima bayaran RM150,000 daripada dua pelancong Singapura.
"Alhamdulillah, wang itu dapat saya gunakan untuk membeli rumah," kata penjual barangan antik, Hairol Budiman Abu Bakar, 43.
Dia yang lebih 25 tahun terbabit dengan perniagaan barangan antik berkata, pengalaman menerima bayaran lumayan hasil jualan setem beberapa negara asing itu ternyata menjadi sejarah tidak mungkin dapat dilupakan dalam hidupnya.
"Beberapa kali saya membelek buku akaun bank untuk melihat baki wang. Untuk meyakinkan diri, saya membuat pengeluaran RM100 menggunakan mesin juruwang automatik (ATM).
"Hanya selepas itu, saya benar-benar yakin bahawa pelancong itu memasukkan wang RM150,000," katanya.
Katanya, apabila pelancong berkenaan menawarkan harga itu, dia tidak berfikir panjang lantas terus bersetuju, tetapi hanya membayangkan akan menerima bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000.
"Pengalaman tiga tahun lalu itu ternyata menambahkan lagi semangat saya untuk terus menjalankan perniagaan menjual barangan antik," katanya yang kini bertugas sebagai warden di Penjara Penor, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:02 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2506#sthash.cpBrHg3B.dpuf

SMS dari kubur


South Tyneside: Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.
Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.
Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.
Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.
Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."
Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.
Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.
"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.
"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.
Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.-AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2469#sthash.J9w69PXu.dpuf

Filipina tolak permohonan AS


Manila: Filipina menolak permintaan AS untuk menghantar petugas perubatan ke kawasan dilanda wabak Ebola dengan memberi alasan, meningkatkan pertahanan negara terhadap sebarang penyakit tempatan menjadi keutamaan.
Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona berkata, permohonan itu dibuat AS dan Britain kepada Manila minggu lalu.
Ketika itu, kata Ona, Manila mempertimbangkan cadangan menghantar sejumlah sukarelawan kesihatan bagi membantu negara Afrika Barat yang diancam wabak Ebola.
Ketika itu, Ona dilaporkan berkata, langkah berkenaan adalah “suatu tanggungjawab untuk negara.”
Namun semalam jurucakap Kementerian Kesihatan Filipina, Lyndon Lee Suy berkata, ketika ini Manila menolak kemungkinan menghantar petugas perubatan ke wilayah berkenaan.
“Sebaliknya, kerajaan mempertimbangkan bantuan dalam bentuk lain seperti kewangan,” katanya, semalam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat rayuan kepada dunia supaya lebih banyak bantuan dihantar ke Afrika Barat bagi mengesang penularan wabak Ebola yang setakat ini membunuh lebih 4,000 orang.
Kebanyakan mangsa adalah di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Kata Lee Suy, meningkatkan keupayaan dalaman lebih dipentingkan sebelum sebarang bantuan dihantar,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2562#sthash.IyOOg1Zi.dpuf

Tertekan dipakaikan seluar dalam wanita


Dover: Seorang lelaki mengambil tindakan mahkamah atas alasan tertekan selepas mendakwa sedar dari satu pembedahan dengan memakai seluar dalam wanita berwarna merah jambu.
Andrew Walls, 32, dari Dover, Delaware, mendakwa dia dipakaikan seluar dalam itu ketika tidak sedarkan diri sewatu menjalani pembedahan di Pusat Pembedahan Delaware pada Oktober 2012.
Dia kini menuntut bayaran ganti rugi atas alasan mengalami tekanan mental dan kehilangan pendapatan.
Menurut laporan Delaware Online, Walls ialah kakitangan pusat pembedahan itu.
“Apabila Walls sedar daripada kesan anesthesia selepas menjalani pembedahan, dia mendapati dia dipakaikan seluar dalam wanita merah jambu
“Dia tidak memakai seluar dalam wanita itu ketika dimasukkan ke bilik bedah dan tidak pernah dengan secara sukarela menawar diri untuk memakainya,” menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung New Castle County, semalam.
Di samping itu, Peguam Gary Nitsche dalam aduan bagi pihak Walls berkata, rakan plaintif gagal melaksanakan dasar dan prosedur untuk pesakit.
Pengarah pusat pembedahan berkenaan, Jennifer Anderson enggan mengulas sebaliknya berkata: “Kami hanya mengetahui perkara ini semalam.” - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2578#sthash.bBfW4NfN.dpuf