Friday, July 24, 2015

Dua Rakan Jho Low Dikehendaki Bank Negara


Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 3:01 PM

DIKEMASKINI
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengesan dua individu yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan Low Teak Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
BNM memuatnaik poster membabitkan Casey Tang Keng Chee, 50 dan Jasmine Loo Ai Swan, 42 menerusi laman Facebooknya bagi mendapatkan maklumat berkaitan mereka.
Keng Chee adalah kakitangan terawal Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya ditukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dia adalah antara tenaga kerja TIA bersama bekas Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Shahrol Azrai Halmi.
Sementara itu, Ai Swan pula menyertai 1MDB pada 2011 bagi menggantikan Keng Chee.
Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Eksekutif Jabatan Perundangan dan Pematuhan Utama Banking Group Bhd (UBG), syarikat yang pernah dimiliki ahli perniagaan Low Teak Jho serta rakan niaganya.
Dia juga adalah Pengarah Putrajaya Perdana Berhad, syarikat yang diambil alih UBG pada 2008.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat di mana kedua-dua individu terbabit berada boleh menghubungi talian 03-26988044 sambungan 8554/7610 atau laporkan di balai polis berdekatan," kata BNM.
Pihak BNM juga memaklumkan tidak menawarkan sebarang ganjaran untuk sebarang maklumat yang disampaikan berkaitan kedua-dua individu berkenaan.

Siasatan 1MDB: Seorang lagi direman


Siasatan 1MDB: Seorang lagi direman
PUTRAJAYA 24 JULAI 2015 - Seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan direman selama empat bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Suspek ditahan pada jam 10.45 malam tadi di pejabat SPRM di sini setelah soal siasat dijalankan. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 24 Julai - Seorang pemilik tunggal syarikat perdagangan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suspek berumur 28 tahun itu diberkas pada pukul 10.45 malam tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Majistret di sini.
Penangkapan suspek tersebut menjadikan jumlah yang diberkas berhubung kes itu sebanyak tiga orang.
Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin sebanyak RM100,000. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/siasatan-1mdb-seorang-lagi-direman-1.116322#sthash.nPwfxuoN.dpuf

1MDB: Justo dakwa ditawar AS$2 juta oleh ahli perniagaan Malaysia


1MDB: Justo dakwa ditawar AS$2 juta oleh ahli perniagaan Malaysia
POLIS Thailand tangkap dan dakwa warga Switzerland Xavier Andre Justo , bekas eksekutif Petrosaudi
KUALA LUMPUR 24 Julai - Bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi) Xavier Andre Justo mendakwa seorang ahli perniagaan dari Malaysia menawarkan imbuhan sebanyak AS$2 juta (RM7.63 juta) bagi mendapatkan maklumat perniagaan dari bekas majikannya.
Justo yang kini ditahan di Thailand dalam satu temu bual bersama wartawan Straits Times Singapura menyatakan yang beliau bagaimanapun tidak menerima bayaran itu selepas menyerahkan dokumen yang dikehendaki.
Katanya, persetujuan itu dicapai dalam satu pertemuan di Singapura pada Februari lepas yang turut dihadiri pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/1mdb-justo-dakwa-ditawar-as-2-juta-oleh-ahli-perniagaan-malaysia-1.116418#sthash.qs7TGBsu.dpuf

Pemilik The Edge mengaku tawar AS$2 juta kepada Justo


KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.
Tong Kooi Ong
Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya.
Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.
“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.
“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.
“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemilik-the-edge-mengaku-tawar-as-2-juta-kepada-justo-1.116422#sthash.fH29JzPb.dpuf

Pemberi maklumat dilindungi jika salur kepada tujuh agensi


KUALA LUMPUR 23 Julai – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat hanya melindungi pemberi maklumat yang membuat laporan dan menyerahkan maklumat atau bukti yang diperoleh secara sah kepada tujuh agensi yang ditetapkan.
Raja Petra
Agensi-agensi itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti.
Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata, akta itu tidak terpakai bagi pemberi maklumat kepada pihak lain termasuk media lebih-lebih lagi yang dicuri.
“Ramai yang terkeliru dengan akta berkenaan. Mereka mengatakan bahawa media yang menerbitkan data yang dicuri perlu diberi perlindungan di bawahnya.
“Sedangkan, akta tersebut mengatakan pemberi maklumat hanya boleh memberikan maklumat yang diperoleh secara sah sahaja, bukannya yang dicuri kepada tujuh agensi yang disebut,” katanya dalam entri terbarunya hari ini.
Kenyataan beliau merujuk kepada artikel Steven Sim yang diterbitkan dalam Malaymail Online yang mempersoalkan tindakan menghalang keluar negara terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong.
Steven berkata, ketiga-tiga individu itu sebaliknya perlu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan diberi imuniti daripada tindakan sivil dan jenayah.
Sementara itu, Raja Petra berkata, adalah menjadi suatu jenayah sekiranya maklumat yang dimiliki didedahkan atau diterbitkan kepada umum walaupun laporan telah dibuat kepada tujuh agensi berkenaan.
Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ujarnya, The Edge hanya memainkan peranan sebagai pemberi maklumat iaitu menyerahkan bukti-bukti kepada pihak berkuasa selepas menerbitkan maklumat tersebut.
Katanya, ini bermakna The Edge bukan sahaja kehilangan kelayakan mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat malah telah melakukan jenayah.
“Pendedahan maklumat sulit akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
“Hentikanlah berbohong kepada rakyat. Undang-undang memberitahu bahawa jika anda mendedahkan maklumat sulit sama ada telah atau tidak melaporkan kepada pihak berkuasa, anda bukan pemberi maklumat sebaliknya melakukan jenayah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemberi-maklumat-dilindungi-jika-salur-kepada-tujuh-agensi-1.116303#sthash.OV1VZj7p.dpuf

1MDB: Penerbit The Edge dipanggil untuk soal siasat

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 5:33 PM


PENERBIT dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat KUALA LUMPUR: Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat, hari ini dipanggil polis untuk disoal siasat berkaitan artikel mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan The Edge Financial Daily. Perkara itu disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datin Asmawati Ahmad. "Dia dipanggil. Dia kena hadir," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Selasa lepas, The Edge menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai 1MDB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Sehari sebelum itu, The Edge Financial Daily menerbitkan artikel empat halaman yang memfokus kepada usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International. 1MDB dalam satu kenyataan pada Selasa menyelar akhbar itu dengan menyatakan bahawa dakwaan dalam laporan itu "sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula." - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69655

Proses tutup Guantanamo di peringkat akhir


AFP - GAMBAR fail yang dirakam pada 8 April 2014 ini menunjukkan salah satu menara kawalan di penjara tentera Teluk Guantanamo, Cuba.


WASHINGTON – Pihak White House kini di peringkat akhir dalam pelan penutupan penjara kontroversi di Teluk Guantanamo dan bakal mengemukakannya kepada penggubal undang-undang bagi tujuan semakan, kata jurucakapnya, Josh Earnest kelmarin.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebelum ini menyatakan penutupan penjara di Cuba itu sebagai salah satu keutamaannya ketika mengambil alih tugas pada tahun 2009.
Pelan itu bagaimanapun berdepan dengan pelbagai halangan, termasuk sekatan Kongres terhadap pemindahan tahanan ke penjara AS.
“Kerajaan secara jelas berada di tahap akhir bagi merangka pelan dengan selamat dan bertanggungjawab (penutupan) penjara di Teluk Guantanamo sekali gus menyerahkannya kepada Kongres.
“Ia sedang diusahakan oleh pihak keselamatan negara sejak sekian lama memandangkan perkara tersebut merupakan satu keutamaan kepada Presi­den,” ujar Earnest.
Earnest memberitahu pemberita bahawa operasi penjara tentera di Cuba itu bukan suatu yang efektif terhadap sumber kerajaan.
“Ia satu tugas yang sukar tetapi kami telah membuat banyak perkembangan yang baik,” tambahnya.
Pangkalan tentera AS di Guantanamo juga mendapat tentangan daripada kerajaan Cuba. Cuba menyatakan bahawa Washington menduduki tanah­nya secara haram. Washington baru-baru ini telah memulihkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez ketika berada di Washington Isnin lepas, meminta wilayah tersebut dipulangkan semula kepada Cuba selain penarikan sekatan AS terhadap negara komunis.
Dalam pada itu, Earnest menyatakan Washington telah menghantar banduan Guantanamo ke negara-negara kelahiran mereka atau negara dunia ketiga secara berperingkat sebagai satu usaha yang perlu dilakukan bagi merealisasikan penutupan fasiliti tersebut.
Pada Jun lepas, seramai enam orang tahanan dari Yemen telah dipindahkan ke Oman, manakala banduan lain perlu menjalani proses pendakwaan atau dikaji semula sebelum dibebaskan.
Penjara tentera Guantanamo dibuka pada Januari 2002 sejurus selepas kejadian serangan 11 September 2001 ke atas AS. Penjara itu pernah dihuni sehingga 680 tahanan pada 2003 dan pada masa kini masih mempunyai 116 tahanan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3glCv7k00 
Hakcipta terpelihara