Sunday, September 23, 2012

Bukan nikah sembunyi

BAHAGIA... gambar Sharifah Khasif bersama suami, Mohammad Hizal pada hari pernikahan mereka 7 September lalu.
BAHAGIA... gambar Sharifah Khasif bersama suami, Mohammad Hizal pada hari pernikahan mereka 7 September lalu.

KUALA LUMPUR: Desas-desus naib juara Akademi al-Quran musim ketiga, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua seorang Datuk Seri akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan status perkahwinannya kepada Metro Ahad, semalam.
Gosip pernikahannya dengan VIP itu disiarkan dalam ruangan CAK, Selebriti, minggu lalu. Berikut isi kandungan e-mel yang dikirim Sharifah Khasif berserta gambar pernikahannya.

“Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.

Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.

Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.


Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.

Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.

Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.”

Iran yakin Israel lancar peperangan

TEHRAN: Serangan Israel terhadap Iran sudah pasti berlaku tetapi Republik Islam itu sudah bersedia dan negara Yahudi itu akan musnah.

“Perang akan berlaku tetapi tidak pasti di mana dan bila,” kata Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali dalam wawancara “Mereka berpendapat hanya perang saja boleh menghalang kita. Tetapi, mereka begitu bodoh hingga Amerika Syarikat terpaksa menyekat mereka.


“Jika mereka memulakan serangan, ia sudah pasti menjadi permulaan kepada kemusnahan mereka. Ia akan berakhir dengan Israel lenyap dari muka bumi ini,” katanya.

Ini kali pertama Iran mengaku kemungkinan sengketa bersenjata dengan Israel akan meletus. Republik Islam itu sebelum ini menganggap senario seumpama itu sebagai karut.


Israel, satu-satunya negara Asia Barat yang dipercayai memiliki senjata nuklear, berulang kali mengancam untuk melancarkan serangan udara terhadap loji nuklear Iran yang didakwanya bertujuan menghasilkan senjata atom.


Iran menegaskan, program nuklearnya hanya bertujuan untuk keamanan. - AFP

Tentera AS hadapi krisis kesihatan

Laporan menyatakan semakin ramai tentera Amerika yang kembali dari Iraq dan Afghanistan menghadapi masalah ketagih arak.
Laporan menyatakan semakin ramai tentera Amerika yang
kembali dari Iraq dan Afghanistan menghadapi masalah ketagih arak.

Washington: Minuman keras murah yang mudah didapati di kem tentera Amerika Syarikat (AS) dan pendekatan ‘era Vietnam’ yang digunakan dalam merawat penyalahgunaannya dikenal pasti penyelidik dari Institusi Perubatan sebagai dua punca ‘krisis kesihatan umum’ dalam kalangan tentera AS.

“Penjagaan baik untuk anggota dan keluarga mereka dihalang oleh strategi pencegahan yang tidak mencukupi, kekurangan kaki tangan, kurang liputan perkhidmatan yang terbukti untuk kerja dan stigma yang dikaitkan dengan penyakit ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa dan penulis laporan itu, Charles P. O’Brien.

Berdasarkan kajian yang diminta Jabatan Pertahanan AS, kira-kira 20 peratus anggota perkhidmatan aktif bertugas melaporkan mereka ketagih minuman keras pada 2008, tahun paling terkini data diperoleh.
Pesta arak meningkat

Laporan itu menyebut pesta minum meningkat dari 35 peratus pada 1988 kepada 47 peratus pada 2008 dan menambah tentera AS mempunyai sejarah lama membabitkan penyalahgunaan dadah dan minuman keras serta gangguan salah guna yang diburukkan lagi dengan penghantaran tugas.

“Sejak permulaan perang di Iraq dan Afghanistan, penyalahgunaan alkohol dalam kalangan kakitangan tentera yang pulang, meningkat,” kata penulis laporan itu.

Kebimbangan terhadap perkara itu memaksa ahli Kongres AS memohon kajian terhadap kes berkenaan.
Kecederaan berkaitan dengan perang juga disebut sebagai faktor kemungkinan yang disifatkan penyelidik ‘penggunaan preskripsi penahan sakit yang mendadak.’

Pada 2009, doktor tentera menulis hampir 3.8 juta preskripsi bagi ubat tahan sakit. Ia lebih empat kali ganda daripada bilangan preskripsi yang ditulis pada 2001, kata laporan itu.

Laporan itu mencadangkan supaya tentera membuat pemeriksaan semula terhadap kemasukan minuman beralkohol.

Kuat kuasa peraturan

“Pasukan tentera bersenjata perlu menguatkuasakan peraturan terhadap minuman berkenaan, mengurangkan premis yang menjual alkohol di pangkalan tentera dan mengehadkan waktu operasi mereka.”

Kajian berkata kaedah baru diperlukan untuk membantu tentera termasuk melatih kaunselor dan penambahan penjagaan pesakit luar.

Jurucakap Pentagon, Cynthia Smith berkata pihak berkuasa Jabatan Pertahanan menganalisa keputusan Institut Perubatan itu dan akan mempertimbangkan panel dalam membuat penambahbaikan yang diperlukan.

“Kami juga mengiktiraf tahap masalah dan bekerja keras memulakan dasar, program dan langkah untuk memerangi isu penyalahgunaan ini. Kesihatan dan kesejahteraan anggota adalah menjadi keutamaan,” kata Smith. - Agensi

Sifat talam dua muka Hasan Nasrallah, pemimpin Hizbullah Syiah Lubnan, bapa munafik abad ini:



Sifat talam dua muka Hasan Nasrallah, pemimpin Hizbullah Syiah Lubnan, bapa munafik abad ini:

1) "Sesungguhnya saya menyeru sekalian warga Arab seluruhnya bagi bangun berdemonstrasi ke atas pemimpin-pemimpin mereka."

2) "Saya menyeru rakyat BAHRAIN bagi demonstrasi."

3) "Saya menyeru rakyat SYRIA setiap lapisan agar menerima rundingan Presiden (Basyar) Al-Asad."

base menatang israel haramjadah nie .. maka celakalah orang2 israel di bumi ini hingga ke akarnya.

Takboh doh..

Protest In Peshawar,Pakistan Today Against Disrespect Of Our Beloved Prophet Hazart Muhammad SWS♥