Sunday, July 1, 2012

Gambar menceritakan segala2 nya...Mungkin kebetulan atau realitinya mcm itu..

Skandal demi skandal terdedah

Skandal demi skandal terdedah,demi maruah dan anak cucu kita.ayuhlah bangkit menentang kerajaan yang zalim..

See More : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/jambatan-ajaib-di-jabur-timbulkan.html

Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengumumkan sokongannya kepada Palestin sehingga penduduk wilayah berkenaan "mendapat semula, semua hak mereka".

Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengumumkan sokongannya kepada Palestin sehingga penduduk wilayah berkenaan "mendapat semula, semua hak mereka".

Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden Mesir di Universiti Kaherah di sini semalam.

"Saya mengumumkan dari sini bahawa Mesir, rakyatnya dan institusi Presiden berdiri teguh bersama bangsa Palestin sehingga mereka mendapat semula semua hak mereka," kata Morsi.

Presiden Mesir solat jumaat di masjid azhar,sesuatu yg tdk berlaku era presiden sebelum ini. !!!الله اكبر

Hari-hari awal Tuan Presiden, Muhammad Mors

Nik Mohamad Abduh:
Hari-hari awal Tuan Presiden, Muhammad Morsi:

1- Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan jumlah kereta yang mengiringi pergerakannya agar tiada kesesakan lalu lintas awam. Beliau tidak mahu rakyat menyampah dan membenci presiden kerana itu.

2- Menolak untuk tinggal di istana presiden, sebaliknya kekal di rumahnya dikelilingi rakyat.

3- Mengisytiharkan gajinya adalah untuk rakyat.

Anda tahu perkara di atas bukanlah satu kewajiban, tetapi begitulah agama mengajar dan mendidik jiwa pemimpin. 

Kini, satu demi satu qudwah muncul di khalayak umat. Hari-hari gelap adalah untuk pemimpin hipokrit yang memijak rakyat yang memilih mereka secara paksa.

Di negara kita, MB-MB PAS membuktikan bahawa kita dan Mesir disatukan oleh pengajaran ugama. Kita adalah umat yang satu..

Bersatulah umatku pada tali ugama yang kukuh. Tolak sekularisme dan tolak UMNO!

keadilan sejagat


BERITA - Menurut pengarah urusan Rumah Anak Teater, Faisal Mustafa isu Beng Hock bukan isu orang Cina, sama seperti isu kematian Amirulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati oleh polis yang tidak boleh dianggap isu orang Melayu, kerana ia adalah soal keadilan sejagat. http://roketkini.com/2012/07/01/teater-beng-hock-kesedaran-masyarakat-amat-penting/
 

Islam Di Benua Amerika



Sejarah mereka telah digelapkan

Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.


Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.

Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.


Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.

Lokasi Timbuktu

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi.

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.

Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus

Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia
 

Berita dari Rohingya, Myanmar




Eramuslim.com | Media Islam Rujukan,

FRESH NEWS.
26 JUN 2012

SADINDA PARA-SAMUNIA. UTARA DAERAH MAUNGDAW, ARAKAN, MYANMAR.

43 pemuda terus ditembak mati, dan 40 orang pemuda ditangkap. Rumah ketua kampong dimusnahkan oleh pengganas Buddha. Kumpulan pengganas Buddha datang dengan membawa senjata api dari Bangladesh dengan niat untuk membunuh Umat Islam Rohingya.Ketua kampong tersebut ditangkap dan dibawa ke kem Nasaka.

SUMBER: NAHDATUL MUFAKKIRIN

HUNJJA VILL BAHAGIAN SELATAN MAUGDAW, ARAKAN, MYANMAR.

45 pemuda Islam termasuk seorang budak berusia 10 tahun ditangkap di rumah mereka masing-masing lalu dibawa ke pusat kegiatan operasi NASAKA di Kawar vill. Kesemua mangsa yang ditangkap dipukul dan diseksa kemudian dicampak hidup-hidup ke dalam lubang yang telah lama digali oleh tentera Myanmar.

SUMBER BERITA: KELUARGA MANGSA DIHUBUNGI MELALUI TELEFON SECARA RAHSIA




http://www.youtube.com/watch?v=yNyxAzzWfqE&bpctr=1340904358&skipcontrinter=1


http://www.youtube.com/watch?v=eZaX3qROY0k&feature=related
 

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen'

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen' - Politik - Sinar Harian:

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen'
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran Parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan Najib yang juga Presiden Umno.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen.

"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya dipetik Harakah Daily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di sini, semalam.

Jumaat lalu, selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU13, dan desakan tidak henti-henti dari PRt, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Najib menggunakan mandat penuh untuk menunaikan segala janji dan program.

Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong PR.

"Semalam (kelmarin) di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai. Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya merujuk kepada majlis Perhimpunan Hijau yang diadakan di Johor Bahru kelmarin.

Free Syria!!!

Kisah 3 beradik: 'Makan dua senduk nasi sehari'

Kisah 3 beradik: 'Makan dua senduk nasi sehari' - Semasa - Sinar Harian:

'Makan dua senduk nasi sehari'
Nordi mengucup pipi anaknya selepas mereka berjaya dibawa pulang ke Malaysia. -FOTO: SAFWAN MANSOR
KUALA LUMPUR - “Terima kasih kerana bawa kami pulang. Kami tak mahu ke sana semula. Kami mahu tinggal bersama ayah. Saya mahu ke sekolah dan tak mahu jumpa ibu lagi.”

Demikian luah Nurul Safiza Fitri Nordi, 11, sejurus sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, tengah hari semalam. Nurul bersama dua adiknya, Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyita Amiera, 8, terpisah dengan ayahnya, Nordi Adi, 57, kira-kira lima tahun lalu selepas ibu tirinya membawa mereka tinggal di Lampong, Jakarta.

Nurul berkata, mereka tiga beradik terpaksa bekerja sebagai buruh untuk menampung kehidupan dan masuk ke dalam hutan untuk mencari hasil hutan.

Menurutnya, mereka hanya diberi makan dua senduk nasi sekiranya hasil diperoleh sedikit, manakala upah diterima sebahagiannya perlu dibahagikan kepada ibu tirinya yang tidak bekerja.

“Kami bertiga akan masuk ke hutan dari pagi sehingga petang. Ibu juga akan memarahi kami sekiranya melakukan kesalahan walaupun kesalahan kecil,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kakak sulungnya, Siti Norzana, 12, tidak tinggal bersama mereka sejak setahun lalu kerana dihantar ibu tiri mereka ke Temusuci, Indonesia untuk bekerja di sana.

Isteri enggan balik ke Malaysia

Sementara bapa mereka, Nordi bersyukur dengan kepulangan tiga daripada empat anaknya yang terpisah sejak tahun 2010.

“Saya akan menjaga mereka dan memberi pendidikan yang sempurna walaupun hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Saya gembira dapat bantuan daripada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dan kerajaan kerana membantu saya membawa pulang mereka,” katanya.

Nordi juga meletakkan harapan tinggi untuk membawa pulang anak sulungnya dan yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, empat kanak-kanak itu hasil perkahwinannya dengan isterinya, Muhainah Asmah, 34, dan berpisah pada 2006.

Katanya, setahun selepas itu, dia berkahwin dengan wanita warga Indonesia berusia 18 tahun pada 2007 dan membina hidup baru di kampung halaman wanita tersebut di Lampong, Jakarta bersama anak-anaknya.

“Selepas beberapa bulan, saya balik ke negara ini dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor Bahru. I

steri saya enggan balik bersama dan mahu menjaga anak-anak saya di sana,” katanya.

Nordi berkata, dipercayai isterinya menggunakan empat orang anaknya itu sebagai alasan untuk mendapatkan wang.

Menurutnya, kali terakhir berjumpa anaknya pada 2010 dan isterinya enggan pulang serta menegaskan mahu menjaga anaknya di sana.

“Saya terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM27,000 dan hasil perniagaan baja RM60,000 untuk diberikan kepada isteri bagi kegunaan anak-anak,” katanya.

Hanya tiga berjaya dibawa pulang

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, dua pegawainya bersama Nordi ke sana untuk melaksanakan misi membawa pulang empat adik beradik tersebut.

Menurutnya, mereka terpaksa menempuh 16 jam perjalanan sebelum sampai ke sana dan berjaya membawa pulang hanya tiga daripada mereka.

“Kita mengalami pelbagai kesulitan termasuk berunding dengan ahli keluarga di sana dan masalah dokumen perjalanan kerana sebelum ini mereka masuk ke negara itu dengan cara yang tidak sah.

“Kakak mereka tidak ditemui kerana tinggal berasingan, tetapi kita akan terus berusaha untuk membawanya pulang,” katanya

30 individu buat laporan polis terhadap Uncle Seekers

30 individu buat laporan polis terhadap Uncle Seekers - Semasa - Sinar Harian:
JOHOR BAHARU - Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
   
Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
   
Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.
   
"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.
   
"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya. - Bernama

Hadi: 'Kami terbuka Anwar disiasat'

Hadi: 'Kami terbuka Anwar disiasat' - Nasional - Sinar Harian:


hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG – Pas menyatakan persetujuan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas dikaitkan kontroversi pemilikan akaun RM3 bilion.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta SPRM menjalankan siasatan terhadap mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat jika terdapat penyelewengan, kerana pembangkang mahu setiap pemimpinnya bersih.

Abdul Hadi juga Ahli Parlimen Marang berkata, demikian apabila ditanya desakan pelbagai pihak supaya siasat akaun dimiliki Anwar berjumlah RM3 bilion.

“Kita terbuka, Datuk (Seri) Anuar Ibrahim, Menteri Besar kita, Ketua Menteri kita, kita beri peluang untuk (mereka) disiasat, semua (pemimpin), kerana kita mahu parti kita bersih,” katanya pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kampung Batu 10, Bukit Payong, semalam.

ISU KAPAL SELAM. TAK HABIS-HABIS. SEKEJAP SELAM, SEKEJAP TIMBUL.

LETIH SEBENARNYA POSTING PENYELEWENGAN UMNO NI, SEKALI-SEKALI NAK JUGAK POST PENYELEWENGAN PAKATAN PULAK, TAPI MALANGNYA MEMANG TAK ADA DALAM PAKATAN. KALAU BAB TIBAI DUIT NI MEMANG UMNO JUARA. TAK ADA SIAPA BOLEH LAWAN. ENTAH LE...TAK CUKUP KENYANG KE DAH 54 TAHUN MEMERINTAH??? NAK LAGI TIBAI DUIT RAKYAT. RAKYAT HANYA NAK CARI SESUAP NASI JE, TAKKAN RAKYAT BIASA MACAM SAYA NI PUN NAK KENA TIBAI JUGAK???. HAVE A HEART, JANGAN KEJAM SANGAT YA...***

ISU KAPAL SELAM. TAK HABIS-HABIS. SEKEJAP SELAM, SEKEJAP TIMBUL.
 

Rakyat hidup merana..

Pembaziran umno

Pembaziran wang rakyat

Judi: MB syukur Mahkamah Rayuan tolak saman MCA...

Judi: MB syukur Mahkamah Rayuan tolak saman MCA...

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu. 

Menurut Setiausaha Akhbar MB, Fadhli Shaari, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini berada di Kuala Lumpur beranggapan keputusan ini satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan Kelantan.

Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. 

Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu.

"Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya. 

Persoalannya, kata beliau, di manakah suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa? 

"Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau.

Justeru, katanya, menjadi harapan Tuan Guru Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama.

Dasar ini pula selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990.HD

Hudud dan persepsi palsu Umno...

Hudud dan persepsi palsu Umno... 

DAP meminta semua rakyat terutamanya penyokong parti-parti di dalam Pakatan Rakyat agar tidak terikut dengan persepsi Umno Barisan Nasional (BN) berhubung isu hudud.

"Walaupun isu hudud seringkali ditimbulkan oleh Umno-BN kita sebagai rakyat dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat jangan terikut dengan persepsi mereka tentang hudud.

"Umno-BN sering sahaja menggunakan isu ini untuk memecah belah perpaduan yang dibina dalam Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tambahnya, persefahaman dan perpaduan yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat perlu dipegang bersama agar matlamat untuk menjatuhkan Umno-BN dapat dicapai.

"Persepsi palsu akan terus dimainkan oleh mereka jika kita terikut dengan rentak mereka itu hanyalah akan menguntungkan mereka (BN) sahaja.

"Pihak lawan akan terus berusaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, perpaduan yang telah dibentuk ini perlu diperkemaskan sekuat-kuatnya," sambungnya.

Lim Guan Eng turut menyatakan Umno BN cuba menakut-nakutkan bukan Islam dengan PAS dan hudud dengan berharap bukan Islam akan menolak PAS.

"Seperti mana Umno-BN menakutkan orang bukan Islam tentang PAS dan hudud begitu jugalah orang Melayu bila mereka mengatakan DAP anti Islam.

"Namun sepanjang sejarah negara ini kita tidak pernah mendengar bahawa PAS mahupun DAP telah membunuh orang bukan Melayu ataupun orang Melayu tetapi peristiwa Memali membuktikan siapa yang perlu kita takuti," sambungnya lagi.

Katanya lagi, persepsi yang dibawa oleh Umno-BN itu perlu diketepikan sepenuhnya dalam usaha Pakatan mencari pentadbiran terbaru yang akan membanteras kemungkaran sepenuhnya.

"Kita mahu rakyat hidup dengan bermaruah tanpa ada perasaan takut, kita juga mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"DAP tidak pernah mengancam Islam malah kami menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan Islam itu agama rasmi," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Lim Guan Eng bertindak sebagai panelis bersama pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek pada program wacana 'Benarkan Dasar DAP Mengancam Islam'.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS bertindak sebagai moderator

WAWANCARA DR HARON DIN: Usah lepas peluang terbaik PRU13...

WAWANCARA DR HARON DIN: Usah lepas peluang terbaik PRU13... 

Mulanya dijangkakan pertemuan sekadar menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din, yang mulai pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, kali kelima, di Hospital Stanford, California, Amerika Syarikat.

Operasi bypass kali ini, bagi ulamak terkemuka itu, memang lebih sukar. Dr Haron Din hanya sedar seminggu selepas dibedah, pada 2 April lalu. Walaupun ternyata beliau masih perlu berehat sebaik pulang ke tanahair pada 13 Mei, dan belum dapat memenuhi undangan program di luar, namun ia tidak menghalangnya daripada mengikuti dan mengulas perkembangan semasa, khususnya iklim politik yang meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ikuti wawancara AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN, di kediamannya, di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.


HARAKAH: Walaupun berehat agak lama selepas pembedahan jantung, ustaz tentu tetap mengikuti perkembangan mutakhir politik tanah air, 'kan?

DR HARON DIN: Saya ikuti perkembangan politik tanah air walaupun ketika berada di Amerika terutama melalui internet, juga daripada anak-anak dan kawan-kawan. Suhu politik Malaysia akan naik bila dekat pilihan raya.

Taktik pemerintah pula adalah dengan mengggula-gulakan rakyat, seperti pemberian bantuan 1Malaysia. Bagaimanapun, mereka masih belum selesa untuk mengadakan pilihan raya, maka bantuan itu akan diberi sekali lagi. Dan bila suasana pilihan raya dekat pelbagai isu timbul dan ditimbulkan.

Selalunya media digunakan menyerang musuh politik mereka. Di Malaysia senang nampak kerana hanya ada dua penjuru politik. Politik Umno-BN dan Pakatan Rakyat. Muncung peluru politik itu dihala kepada Pakatan Rakyat dan isu perbesarkan. Jika isu tidak ada, akan diada-adakan.

Contoh yang tidak patut dijadikan isu ialah pilihan raya hendak dibuat di musim haji. Mulanya pemerintah tidak kata apa-apa, kita yang menafsirkan mungkin dibuat pada musim haji.

Ada suara politik dalam Pakatan agar ditangguhkan haji. Jadi dituduh kita mempergunakan agama padahal sepatutnya dipersoalkan, mengapa pemerintah tidak menyelesaikan persoalan ini dengan menegaskan bahawa pilihan raya tidak akan dibuat pada musim haji atau isytiharkan pilihan raya lebih awal daripada musim haji.

Memang wajar bagi pemerintah, yang ada pilihan masa, untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan tanggungjawab demokrasi untuk memilih pemerintah. Jadi, elakkan PRU13 dalam musim haji. Sama ada buat sebelum atau selepasnya. Itu saja.

Saya melihat pelbagai isu ditimbulkan seolah-olahnya yang layak memerintah ini hanya Umno-BN sahaja, orang lain tidak layak. Inilah karenah politik tanah air yang sengaja menggunakan media bagi menggambarkan segala kebaikan dalam BN walaupun sebenarnya tidaklah baik sepenuhnya. Ia juga menggambarkan keburukan parti pembangkang walaupun hakikatnya tidaklah semuanya buruk.

Sedangkan saya lihat rakyat sudah sedar dan bersedia untuk menolak BN, dengan melihat masa depan lebih gemilang melalui Pakatan Rakyat.


HARAKAH:Apabila bercakap soal kecenderungan mengundi, ramai pemerhati yakin masyarakat bukan Islam khususnya orang Tionghua akan terus menolak BN. Yang masih menjadi polemik atau pertikaian ialah kebersamaan pengundi Melayu untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Umno pula nampaknya berusaha keras untuk menggambarkan PAS semakin meninggalkan perjuangan Islamnya. Bagaimana ustaz melihat situasi ini?

DR HARON DIN:Keputusan PRU12 telah menunjukkan dengan jelas perubahan sikap pengundi, terutama fakta mengenai kaum Tionghua dan India serta anak-anak muda. Trendnya ketara; mereka dengan jelas menolak Umno-BN. Buktinya Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah jatuh manakala Negeri Sembilan hampir jatuh dan beberapa kerusi lain Pakatan menang.

Ini angka dan ia tidak berlaku secara kebetulan. Selepas PRU12, Pakatan kekal momentumnya dalam siri pilihan raya kecil. Dalam pilihan raya negeri Sarawak, misalnya DAP bertanding 15 dan menang 12 mudah. Padahal media massa berkempen habis-habisan, serta Perdana Menteri dan timbalannya turun padang memberi janji.

Majoriti rakyat sedar taktik Umno-BN. Mereka sudah bersedia untuk berubah. Bagi mengtasinya, pemerintah terpaksa beralih berkempen intensif kepada golongan muda. Membuat program dan memberi janji untuk mengambil hati semula.

Selain itu, ada usaha menimbulkan masalah dan isu dalam Pakatan. Ramai mengharapkan PAS akan menjadi pemimpin dalam Pakatan. Dan rakyat mulai menerimanya. Sebab itu Umno sengaja mencari isu walaupun terpaksa berbohong mengatakan PAS telah lari daripada perjuangan Islam. 

Soalan saya, sejak bila Umno-BN mengakui PAS perjuangkan Islam. Setahu saya, dari dulu mereka tidak pernah percaya. Dasar parti kita jelas, Islam. Mereka tidak percaya tapi sekarang ini jelas terbalik. 

Kini, mereka seolah-olah gambarkan bahawa PAS ini memang perjuangkan Islam sungguh-sungguh dan kemudiannya menyeleweng! Orang melihat apa yang ada dalam perjuangan PAS. Pemimpin dan penyokong semuanya memahami bahawa PAS sahaja yang memperjuangkan Islam berbanding Umno.

Kita telah sebut berkali-kali bahawa taburlah fitnah banyak manapun tapi hakikatnya orang tahu perkara sebenarnya. Melihat sikap kepada pimpinan dan pendokong parti, kita telah membuktikan bahawa kita lakukan yang terbaik dalam masyarakat. Rakyat dapat menilainya.

Saya yakin, rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat dan membolehkan, insya-Allah, satu perubahan besar berlaku.


HARAKAH:Selain menabur tohmah kepada PAS, kerajaan Umno-BN juga cenderung untuk menjemput ulama-ulama luar untuk menjustifikasikan tindakan mereka, misalnya yang terakhir melalui Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin.

DR HARON DIN:Itu satu lagi bukti nyata. Umno amat terdesak dan tidak cukup menggambarkan mereka itu hebat dan parti lawan lemah. Tidak cukup dengan watak dan ketokohan orang dalam negeri, maka mereka beralih ke luar negara.

Secara logiknya, orang boleh berfikir. Apabila kita menjemput orang datang ke rumah kita, dan bertanya apa komen tentang makanan pada hari ini, tentulah mereka kata sedap walaupun tak sedap. Untuk mengambil hati.

Soalnya, orang yang dijemput itu adakah orang dalam arena politik atau ilmuan Islam biasa. Mungkin mereka sendiri tidak pernah terlibat dengan kancah politik Islam. Sayamelihat mereka menjemput orang-orang itu dengan memberi kefahaman yang salah, denganmenggambarkan pemerintahan kita ini Islam.

Ditunjukkan adanya Jakim, sekolah agama, pertandingan membaca al-Quran. Apabila digambarkan seolah-olah Malaysia sebuah negara Islam. Lepas itu, mereka tanya apa pandangan tuan terhadap Malaysia. Maka mereka akan jawab dengan baik.

Sepatutnya yang hendak dijadikan rujukan ialah ulama yang mahir dengan politik Islam. Kalau boleh mereka berjumpa dengan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang didakwa mempolitikkan hudud dan qisas. Persoalan saya, bagaimana boleh melaksanakan hudud dan qisas tanpa menguasai politik? Perubahan dasar hanya boleh dibuat jika menukar kerajaan.

Bagaimana boleh kita pisahkan antara undang-undang dan politik sedangkan politik itu alat utama untuk melaksanakan hukum-hakam. Jadi komen itu menunjukkan orang berkenaan kurang arif tentang politik. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk menghalang undang-undang Islam dilaksanakan di negeri-negeri walaupun agama itu hak negeri, bukan federal, seperti kes Kelantan.


HARAKAH:Pemimpin dan media Umno sering membawa contoh bahawa PAS telah meninggalkan perjuangan Islam apabila konsep Negara Berkebajikan lebih ditonjolkan berbanding Negara Islam ...

DR HARON DIN:Parti lawan atau pemerintah memang sentiasa mencari peluang untuk menuduh atau mendakwa PAS telah lari daripada perjuangan asalnya. Kebetulan dalam masa mencari-cari itu mereka terjumpa ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar, yang mengemukakan konsep Negara Berkebajikan.

Betul, sepanjang ucapan itu saya dengar sendiri tidak disebut Negara Islam. Seolah-olah pandangan musuh politik Islam, inilah satu titik bahawa PAS lari daripada perjuangannya, daripada menegakkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Walaupun dijawab banyak kali oleh Presiden, tapi saya ingin menyebut lagi. Perubahan istilah selagi tidak lari daripada tujuan asal maka tidak menjadi masalah besar kepada dasar. Dulu kita gunakan istilah Negara Islam walaupun perlembagaan parti tidak sebuat dengan jelas tentang Negara Islam.

Kita menyebut masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai Islam. Apabila Presiden mengemukakan Negara Berkebajikan, saya melihat, mendengar dan merasakan bahawa itu adalah ilham yang diambil daripada al-Quran, dengan ayat yang menyebut "Baldatun Thoyyibatun Wa Robbun Ghofur", "Negara Yang Baik dan Allah Maha Pengampun".

Al-Quran menceritakan tentang Negara Berkebajikan, yang berlaku di Yaman, zaman Puteri Balqis. Tidak lari daripada tujuan asalnya, kalaupun disebut Negara Berkebajikan, yang di dalamnya terlaksana perintah Allah SWT.

Maka perubahan istilah, pada saya, langsung tidak merubahkan dasar. Suasana politik yang berubah. Kadang-kadang apabila kita menggunakan istilah Negara Islam dan orang telah memomokkannya, ia menimbulkan fitnah sampai ada orang yang takut pada istilah itu.

Jika mengubahnya, maka orang boleh terima, maka apa salahnya? Ini tidak bermakna PAS telah lari daripada dasarnya.

PAS ada Majlis Syura Ulama. Pengalaman saya dalam Majlis Syura, kita bebas bercakap, menegur, menasihat dan sebagainya. Seramai 15 ahli Syura, jika PAS lari daripada perjuangan, maka dengan sendirinya kita akan menegur.

Namun, tiada teguran dibuat. Bermakna semua orang faham bahawa perubahan ini tidak ada kena mengena dengan perubahan dasar atau penyelewengan daripada luar.

Sepatutnya tidak ada lagi keraguan terhadap PAS untuk menaruk harapan agar ia dapat menerajui perubahan bersama Pakatan dalam PRU13 nanti?

Pihak lawan akan terus berusaha meragukan pengundi terhadap PAS, bagi menghalang PAS berada di hadapan. Keraguan tadi perlu ditukar kepada keyakinan bahawa Islam akan menang akhirnya. Allah akan membantu golongan yang memperjuangkan Islam.

Dalam al-Quran, ada disebut, maksudnya: "Seandainya kamu membantu menegakkan agama Allah maka Allah akan menolong kamu." Keyakinan ini perlu ada pada setiap orang Islam, apatah lagi pejuang yang mengharapkan bantuan Allah. Pada zaman awal Islam, apabila nabi hendak berperang dengan musuh, dengan jumlah yang sedikit, dan bersama golongan yang lemah, miskin serta para hamba.

Nabi menanamkan keyakinan, bahawa sampai masanya Allah akan bantu dan memenangkan orang Islam walaupun sedikit. Sebab itu Allah menyebut dalam al-Quran, maksudnya: "Berapa ramai golongan yang sedikit Allah menangkan daripada golongan yang banyak."

Keadaan sama berlaku dalam PRU 2008. Saya sendiri tidak terbayang bahawa PAS boleh menang 22 kerusi. Saya tidak terbayang Selangor jatuh ketika itu. Perak dan Pulau Pinang memang saya tidak nampak walaupun saya mengharapkan Perlis dan Kedah kita kuasai.

Maka saya menyeru orang yang ragu-ragu ini, agar meletakkan keyakinan kepada Allah, dan memaksimumkan kerja kita. Kita yakinkan rakyat bahawa PAS perlu banyak kerusi daripada parti lain. PAS perlu banyak menang lebih daripada orang lain. Caranya, kita terus bekerja gigih dan kita berharap Allah membantu.

Seperti juga kita tidak pernah bayangkan ada golongan bukan Islam akan menyokong perjuangan Islam. Saya lama dalam PAS. Saya tahu berapa susahnya hendak dapat undi Cina; satu pun payah. Bagaimanapun, tanpa siapa menduga, boleh berlaku perubahan, sehingga tertubuh Kelab Penyokong PAS, dan akhirnya menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kita dengar angkanya sudah melebihi ratusan ribu orang bukan Islam, yang kini menyokong PAS.

Berdasarkan hal ini, apakah tidak mungkin Allah SWT akan mengubah hati rakyat, hati orangbukan Islam dan Islam. Ia mungkn membanyakkan lagi peluang kepada calon-calon PAS yang akan menang dalam PRU13. 

Kerusi Parlimen yang dimenangi PAS nanti, insya-Allah akan lebih banyak daripada kerusi-kerusi lain. Harapan kita begitulah, demi membawa perubahan buat rakyat dan negara. Dengan sendiri keraguan itu akan berakhir. 


HARAKAH:Insya-Allah ... Dan senario mutakhir ini nampak lebih memberangsangkan apabila PAS menerima penyertaan agak ramai karyawan, termasuk artis dan selibriti terkenal. Selain itu ramai bekas pegawai kanan kerajaan, termasuk bekas timbalan menteri bersama PAS.

DR HARON DIN:Semasa saya Ketua Penerangan PAS Pusat, saya menjejaki beberapa pegawai kanan kerajaan yang menyertai PAS, seperti pegawai tinggi tentera, polis, pegawai kanan kerajaan. Saya kumpul mereka di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, untuk meraikan mereka dan berusaha menarik lebih ramai lagi yang lain. 

Sekarang, sahaja pegawai kanan kerajaan, malah artis juga seperti Bob Lokman dan terakhir Aishah, Abby Abadi dan Hairi Othman.

Begitu juga sokongan memberangsangkan anak-anak muda. Dalam perjalanan balik dari Amerika baru-baru ini, saya singgah di Dubai. Ada sekumpulan anak muda melihat kepada saya. Apabila naik pesawat, seorang darinya bertanya: "Minta maaf, nak pastikan ini Dato' Haron Din?" Saya katakan, ya. Dia pun terus menggamit kawan-kawannya, "Oii! Betul, betul."

Rupanya mereka ini wakil negara dalam satu pertandingan sukan di luar negara dan mereka dapat naib juara. Mereka bersalam dan berpeluk dengan saya. Ini hendak menggambarkan golongan muda ini memang berminat dan senang dengan kita.

Saya difahamkan keadaan serupa berlaku kepada ramai lagi pimpinan. Ke mana pun kita pergi, golongan muda ini cukup senang dengan kita. Mereka bertanya khabar dan melahirkan sokongan kepada PAS.

Perubahan ini nampaknya dibimbangi kerajaan. Jumlah golongan muda ini besar dan menjadi penentu dalam PRU13. Walaupun kerajaan cuba memberi kemudahan kepada mereka tapi anak muda faham itu semua adalah adalah kewajipan kerajaan. Hak rakyat untuk menerima kemudahan itu, tapi hak mengundi adalah hak peribadi.

Jika sudah ada kesedaran itu, berilah sebanyak mana pun bantuan, ia tidak boleh memberi prinsip dan hak mereka untuk mengundi calon atau parti yang disukai. Orang sekarang sudah berani menyatakan sikap politik.

Kalau bekas pegawai kanan polis seperti Dato' Fauzi Shaari pun boleh turun berkempen bersama PAS, tentulah ada perkara besar yang tidak kena kepada pemerintah sehingga mereka rasa ia patut diganti.


HARAKAH:Umum mengetahui bahawa PRU13, ibu segala pilihan raya, adalah kritikal dan kita nampak ada tindakan ganas untuk menghalang kemaraan Pakatan. Boleh ustaz beri pesanan kepada petugas parti bagi menghadapi situasi sukar ini? 

DR HARON DIN:Melihat demonstrasi Bersih, berlaku beberapa insden yang tidak baik pada padangan umum masyarakat dan pencinta keamanan. Saya suka kepada damai, ketenangan dan disiplin yang tinggi. Saya amat menyokong orang yang mahu menegakkan keamanan dan keadilan dalam masyarakat.

Dalam Bersih, ada maklumat mengatakan terdapat pihak yang sengaja merancang untuk menimbulkan perkara tidak baik, bagi memburuk-burukkan Pakatan. Padahal jika diselia dengan baik, diberi permit, tetapkan tempat dan mereka berkumpul secara aman, himpunan itu akan berjalan dengan lancar.

Saya menyeru kepada semua jentera PAS, agar tetapkan diri kita sebagai orang Islam, yang mencintai keamanan dan kedamaian, serta mengelak daripada terperangkap dengan provokasi.

Islam mengajar kita supaya patuh dan taat kepada amar maaruf dan mencegah kemungkaran. Pergaduhan itu mungkar, dan boleh mengancam keharmonian masyarakat. 

Saya menyeru ahli-ahli PAS, khasnya petugas pilihan raya agar kekang perasaan marah, walaupun kepada kawan kita yang dulunya baik, sekarang menjadi musuh. Kekang perasaan hendak membalas yang buruk dengan buruk juga. Balaslah dengan yang terbaik.


HARAKAH:Dr Mahathir memberi amaran jika kalah, Pakatan akan cetuskan huru-hara ....

DR HARON DIN:Kenyataan seperti ini saya amat meragui. Bagaimana boleh dituduh dengan begitu mudah? Mana kemampuan Pakatan Rakyat untuk buat huru hara melainkan kerajaan yang ada akan buat huru hara jika mereka kalah.

Memang PRU13 ini kritikal, tapi kalau kita ditakdirkan kalah juga, maknanya kita bukan kalah kali pertama tapi kalah kali ke-13. Jika kita akan buat rusuhan kalau kalah, maka sudah lama berlaku. Sedangkan, rekod menunjukkan, PAS kalah di Kelantan dan di seluruh negara tapi kita tidak buat sebarang kekacauan. Kenapa sekarang ini dituduh kalau kita kalah, akan cetus huru-hara?

Saya mengajak sekali lagi seluruh rakyat dan penyokong PAS ... apakah kita merasakan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanahair? Kita sudah bagi peluang kepada Umno lebih setengah abad, dengan segala kepincangan, yang semakin hari kian terserlah.

Dengan keadaan negara semakin kucar-kacir dan rekod pemerintahan yang buruk, seperti rasuah dan salahguna kuasa. Jika terlambat kita perbaiki, maka akan terlambat seluruhnya. Maka PRU13 adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk tukar pemerintah.

Bagilah ruang lima tahun untuk Pakatan buktikan komitmen mereka. Kalau berlaku lebih buruk daripada yang ada, rakyat boleh tukar semula. Dan jika apa yang berlaku jauh lebih baik daripada yang ada ini, mereka boleh kekalkan. Segalanya tidak berakhir dengan PRU13 ini. Ia satu peluang keemasan yang kita tidak patut lepaskan.

Saya menyeru seluruh rakyat, khasnya orang Melayu, terutama orang atas pagar untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, yang akan membela rakyat dan memperbaiki kerosakan teruk dalam pemerintahan Umno-BN selama ini.


HARAKAH:Pilihan raya Presiden Mesir telah selesai dan telah diumumkan kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi. Mesir dan Ikhwan sebenarnya rapat dengan umat Islam negara ini. Minta ustaz komen.

DR HARON DIN:Perjuangan Ikhwanul Muslimin, bermula sejak zaman Hassan Al-Banna, menyaksikan pertarungan yang amat hebat antara pejuang Islam dengan penentangnya. Pejuang Islam terbukti kental berdepan segala ujian getir itu.

Apa yang berlaku di Mesir adalah satu episod daripada perjuangan yang begitu lama dan begitu banyak memakan korban. Ikhwan di zaman awalnya, malah di bawah regim Abdul Nasser, menyaksikan pertembungan dahsyat dengan pemerintah. 

Berlaku beberapa fitnah besar yang mengorbankan banyak pemimpin dan pengikut. Namun, yang jelas pada hari ini Ikhwanul Muslimin bangkit dan mendapat dokongan rakyat Mesir sehingga terpilih dengan suara majoriti, Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir.

Kemenangan itu diasaskan atas demokrasi pilihan raya. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin atas kemenangan itu. Jangan sesekali dilupakan perjuangan untuk memartabatkan Islam di bumi Mesir.

Ia akan menjadi contoh dan inspirasi kepada pejuang Islam lain terutama di Malaysia, untuk meletakkan kemenangan di tangan pejuang Islam tulen. Insya-Allah perjuangan itu akan mendapat dokongan, sokongan dan keberkatan daripada Allah SWT.