Tuesday, January 7, 2014

Sebuah Universiti di Kanada, membuat sudut ruang tandas bagi Muslim, agar berwuduk menjadi lebih mudah.

Mesej dari seorang sahabat ~



Mohon admin share gmbr ikan yg ad ayat Quran pd bdan ikn trsbut.. Lokasi kg sy, Kuala Pahang Pekan Pahang.. Ada makcik nak potong ikan tersebut, makcik tu perasan ada ayat Quran pada badan ikan tu, tak jadi nak masak.. tq

Subhanallah

Erdogan arah perbicaraan semula

Recep Tayyip Erdogan7 Januari 2014 ANKARA - TURKI. Ratusan pegawai tentera yang dipenjarakan atas kesalahan berkomplot dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu diarah dibicarakan semula.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi keadilan mereka selepas wujud bukti kurang kukuh ketika dibicarakan sebelum ini.

“Perbicaraan semula tersebut akan dibuat berdasarkan asas undang-undang  yang baru diwujudkan,” katanya .

Keputusan disuarakan Erdogan dibuat susulan keputusan mesyuarat Union of Bar Associations yang mencadangkan perbicaraan semula perlu dilakukan terhadap pegawai tentera terlibat.

Minggu lalu, dipetik laporan AP, tentera meminta mahkamah dan kerajaan mengkaji semula tindakan memenjarakan ratusan pegawai tentera selepas bukti dakwaan terhadap mereka dikatakan telah dipalsukan.

Liga Awami bertahan

Liga Awami bertahan7 Januari 2014Keganasan tercetus pada hari pengundian, kelmarin menyebabkan belasan maut dan ratusan cedera.

DHAKA - BANGLADESH . Parti pemerintah Liga Awami dilaporkan mendahului pilihan raya yang penuh dengan keganasan hingga meragut lebih 150 nyawa sepanjang kempen.

Keputusan awal semalam menyaksikan, sehingga jam 10 malam waktu tempatan, Liga Awami mendahului 86 kerusi dari 116 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, laporan dipetik Reuters, timbalan ketua pembangkang Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Fakhrul Islam Alamgir dan sekutunya, Jammat E-Islami mengisytiharkan undi itu tidak sah dan merancang meneruskan protes sehingga Rabu.

“Negara menolak pilihan raya ini. Keputusan itu tidak boleh diterima kerana tidak adil,” katanya.

Ketika pilihan raya semalam, pembangkang bertindak melancarkan mogok dan menghalang lalu lintas dengan meletakkan pokok pisang dan kayu di tengah jalan raya.

Mereka memboikot pilihan raya selepas Perdana Menteri, Sheikh Hasina enggan meletak jawatan dan membentuk pentadbiran sementara bagi memantau proses pengundian dan calon dari parti Jamaat E-Islami turut dilarang bertanding.

Nur Damia Irsalina yang istimewa


Damia menunjukkan kemampuan menulis nama sendiri dan melukis menggunakan kaki sambil berbaring di Sekolah Kebangsaan Telemong, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai pihak.
Semalam, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Mohd. Jusoh berkata, pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2pfAEdkO2 
Hakcipta terpelihara 

Ariel Sharon kini menunggu ajal


ARIEL SHARON


BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang koma sejak 2006 kini di ambang maut selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot.
Pengarah Hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein berkata, sistem kardiovaskular pemimpin berusia 85 tahun itu stabil tetapi fungsi organ lain semakin merosot.
"Beliau semakin tenat setiap hari dan boleh dikatakan beliau berada dalam keadaan amat kritikal," kata Rotstein.
"Dua anak lelakinya kini menemani Sharon pada setiap hari," tambahnya.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.
Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2pf7hhI7t 
Hakcipta terpelihara