KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berpendapat, larangan kepada bukan ahli parlimen mengadakan sidang akhbar di sudut sidang media parlimen berkemungkinan ada kaitan dengan kes Scorpene.
Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata, beliau tidak menolak kemungkinan arahan terbaru itu sebgai cubaan menghalang pihak tertentu yang akan hadir ke parlimen bagi mendedahkan isu kapal selam itu.
Difahamkan katanya, peguam dari Perancis akan hadir ke parlimen bagi mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
"Atau adakah ini merupakan cubaan menghalang kehadiran dan sidang media Peguam Perancis yang bakal hadir ke Parlimen bagi mendedahkan sisi gelap pembelian kapal selam Scorpene," soal Ahmad Anwar.
Jika benar katanya, ianya adalah satu lagi cara untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin daripada terus dibongkar segala jenis kecurangan yang selama ini ingin disorok.
Menurut beliau lagi, parlimen Malaysia adalah satu-satunya institusi tertinggi demokrasi berperlembagaan di mana wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pilihanraya berbahas dan meluluskan rang undang-undang demi kemaslahatan rakyat.
"Sekiranya rakyat ataupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat sivil tidak lagi dibenarkan hadir membuat sidang media bersama wakil-wakil rakyat di Parlimen, ia merupakan satu tragedi besar kepada lanskap demokrasi negara," tambahnya.
Beliau juga berpendapat, parlimen adalah milik rakyat dan bukannya eksklusif kepada beberapa kerat Ahli-ahli Parlimen.
Dalam pada itu beliau berkata, SAMM tidak menolak sekiranya arahan diberikan bagi kemudahan rakan-rakan pengamal media malah menyokong sama sekali sekiranya penggiliran dan had masa sidang media dikenakan, sidang media tidak diadakan semasa waktu rehat, sidang media yang ingin diadakan mesti diiringi Ahli Parlimen.
Namun tegasnya, bukan arahan yang tidak membenarkan selain Ahli Parlimen untuk membuat sidang media di Parlimen.
"SAMM turut melihat bahawa sidang media yang diadakan di Parlimen mempunyai nilai berita atau "news value" yang tinggi berbanding sidang media di lokasi lain," katanya.
Friday, November 9, 2012
Rumah kosong sarang penagih
GELUGOR - Akibat dibiarkan kosong, kini beberapa rumah yang terletak berhampiran dengan Bukit Gambir dipercayai dihuni penagih dadah.
Begitulah keadaan perumahan kuarters kerajaan lama yang terletak berhampiran dengan Taman Tun Sardon dan juga Kampung Kastam.
Lebih mengecewakan apabila tiada pihak yang bertanggungjawab cuba meletakkan papan tanda larangan memasuki perumahan lama itu.
Menurut sumber, rumah-rumah berkenaan dikosongkan kerana adanya rumah pangsa yang baru untuk kakitangan kerajaan menyebabkan penduduk dari rumah itu mula berpindah.
Apa yang dikesalkan sehingga kini ia terbiar dan tidak dirobohkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Sementara itu, penduduk Taman Tun Sardon menyatakan kerisauan mereka berikutan sekiranya rumah terbabit tidak dirobohkan, ia mengundang orang lain yang cuba untuk mendiami rumah berkenaan.
Penduduk Taman Tun Sardon, Alias Ali berkata, dia pernah terserempak dengan beberapa kelibat orang yang memasuki rumah kosong berkenaan.
Menurutnya, kelibat itu mula kelihatan sejak rumah terbabit dikosongkan dan dia yakin mereka adalah antara penagih dadah yang sering kali menghuni tempat sedemikian untuk melepaskan gian.
“Kami tak mahu dengan adanya bangunan seperti ini ia seperti menggalakkan lagi penagih dadah berkunjung ke kawasan ini.
“Seperti yang sudah kita ketahui, sebuah lagi bangunan kosong sekitar taman ini pernah menjadi lokasi penangkapan dadah terbesar pada tahun lalu, kami sebagai penduduk tak mahu sejarah berulang kembali sekiranya benar ada penagih di dalam rumah kosong itu,” katanya.
Manakala Mohd Faisal Tarmizi, 23, pula sering kali menggunakan laluan di hadapan rumah berkenaan untuk mengunjungi gerai makan Taman Tun Sardon yang sememangnya dikenali ramai.
Katanya, hampir setiap malam dia berulang alik daripada pusat pengajian di universiti berdekatan untuk ke taman berkenaan mencari kedai makan.
Namun apa yang dibimbangkan ialah kawasan rumah terbiar itu gelap di sepanjang jalan menuju ke simpang taman.
“Risau juga jika ada orang tahan sebab saya menaiki motosikal, mana tahu tengah-tengah malam begitu tiba-tiba penagih dadah dari dalam rumah itu khayal dan kacau pengguna jalan raya, apa kami nak buat?,” katanya.
Suu Kyi desak Myanmar henti pergolakan etnik
YANGON - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan penggubal undang-undang menyeru kerajaan supaya mengubah perlembagaan bagi menghentikan pergolakan etnik antara Buddha dan Muslim di Rakhine.
Beliau berkata, pembunuhan mencecah 90 orang, manakala 30,000 yang lain menjadi pelarian sejak Jun lalu adalah situasi meruncing di negara itu.
“Undang-undang perlu dipulihkan kerana ia adalah punca ketegangan,” katanya.
Menurutnya, pendekatan ini juga perlu diambil oleh Bangladesh kerana faktor kejiranan.
“Kedua-dua negara berkongsi sempadan dan perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan negara masing-masing serta perkara berkaitan imigresen,” katanya.

Suu Kyi berkata, jika undang-undang persempadanan diperketat pergolakan ini berupaya dibendung terutama melibatkan keselamatan nyawa. - AP
Lagi pesawat menuju ke Syria diperiksa
ANKARA - Turki sekali lagi mengarahkan sebuah pesawat yang sedang menuju ke Syria mendarat di negara itu, menurut media tempatan, semalam.
Stesen penyiar NTV melaporkan pihak berkuasa Lapangan Terbang Erzurum bertindak melakukan pemeriksaan ke atas pesawat kargo dari Armenia yang membawa bantuan kemanusiaan kerana dikhuatiri digunakan untuk membekalkan senjata kepada tentera Syria.
Tindakan sama turut dikenakan ke atas pesawat domestik pertengahan bulan lalu, tetapi ia dibenar meneruskan penerbangan ke Damsyik.
Turki mengenakan larangan ke atas pesawat Syria untuk melintasi ruang udara negara tersebut sejak bulan lalu selepas insiden penemuan senjata dalam pesawat penumpang dari Moscow.
Dalam perkembangan lain, Ankara bakal membuat tuntutan kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menempatkan sistem peluru berpandu Patriot di sepanjang sempadan negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar berkata, langkah itu bertujuan menangani ancaman musuh pada masa akan datang. - Reuters

Buaya buruan tewas
GAZA - Kehadiran seekor buaya yang membimbangkan penduduk di sebuah kampung di utara Gaza sejak 18 bulan lalu berakhir apabila reptilia itu ditangkap semalam.
Jurucakap polis, Ayman al-Batniji berkata, seekor daripada empat buaya terlepas dari zoo Gaza tersebut ditangkap dengan menggunakan jaring nelayan.
Jurucakap polis, Ayman al-Batniji berkata, seekor daripada empat buaya terlepas dari zoo Gaza tersebut ditangkap dengan menggunakan jaring nelayan.
“Buaya sepanjang 1.8 meter dijumpai di dalam kolam kumbahan,” katanya.
Menurutnya, buaya digelar ‘Sakher’ itu akan dihantar semula ke zoo berkenaan. - Reuters
SYRIA
Everyday life in Palestine |
Bibi tried to hijack memorial, transform it into campaign: Hollande. (PIC) - French President Francois Hollande (L) and Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu attend a ceremony in Toulouse, France, November 1, 2012. French President Francois Hollande has criticized Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu over transforming a memorial ceremony in France into an electoral campaign, saying Netan
yahu tried to hijack the event.
The ceremony was held on November 1 to commemorate a Rabbi and three Jewish children who were killed during a shooting in France’s southern city of Toulouse in March. “Netanyahu came to France to campaign and we knew that,” Hollande said. “Since I was there, he toned down his speech but it wasn’t good to transform this ceremony into an electoral meeting,” Hollande stated, adding, “It wasn’t appropriate.” A French weekly recently exposed Hollande’s remarks. Last year, former French President Nikolas Sarkozy called Netanyahu “a liar” in a private meeting with US President Barack Obama during a G20 summit. He was not aware the microphones in the meeting room had been switched on. “I cannot bear Netanyahu, he’s a liar,” Sarkozy said. According to a French interpreter, Obama replied, “You’re fed up with him but I have to deal with him even more than you.” http://www.presstv.ir/ |
Palestinian women resist evacuation by Israeli soldiers before the demolition of two Palestinian houses in the village of Hares near the West Bank city of Nablus on November 7, 2012. The houses were destroyed because they were built without a permit. Via : Freedom To You Africa to Gaza Aid Convoy http://www.facebook.com/ |
Martyr Ahmad Abu Dagga carried during his funeral today, after being killed yesterday by Zionists at Khan Younus in Gaza Strip. Via : FREE PALESTINE By Ramadan Elagha Africa to Gaza Aid Convoy |
Bashar sanggup mati.
Presiden Syria, Bashar Al-Assad berikrar sanggup mati di Syria dan tidak akan melarikan diri ketika konflik di negaranya memasuki bulan ke-19.
Beliau membuat kenyataan itu pada satu wawancara dengan stesen televisyen Russia Today TV yang disiarkan semalam.
Wawancara itu disiarkan dua hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron mencadangkan supaya Bashar diberi laluan selamat untuk keluar dari negara ini jika cara itu boleh menamatkan perang saudara yang sudah meragut hampir 36,000 nyawa.
"Saya bukan boneka, saya bukan diarah oleh Barat untuk ke negara Barat atau mana-mana negara lain," kata Bashar.
Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan tentera asing.
"Saya tidak fikir Barat sedang menuju ke arah ini, namun, jika ia berlaku tiada siapa boleh meramalkan apakah akibatnya," kata Bashar.
Pertempuran antara tentera Bashar dengan para penentang di Syria bermula sejak Mac tahun lalu.
Para penentang menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi
BEBERAPA anggota Tentera Pembebasan Syria bergambar dengan sebuah kereta kebal milik tentera Syria yang berjaya dirampas mereka di pangkalan tentera al-Dewala dekat Idlib pada Ahad lalu.
Sebuah keluarga Yahudi yang telah memeluk Islam
Sebuah keluarga Yahudi yang telah memeluk Islam, Alhamdulillah (All Praise to Allah).
Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al A'raaf ayat 178, maksudnya "Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah [dengan sebab keingkarannya], maka merekalah orang-orang yang merugi."

BN tak akan menang, jangan janji lebuh raya
KUALA LUMPUR: Rakyat Kelantan sangat malang kerana tidak dapat menikmati kemudahan lebuh raya seperti negeri-negeri lain, kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempersoal diskriminasi Kerajaan BN terhadap Kelantan hanya kerana rakyat Kelantan tidak menyokong parti itu.
"Dulu orang Kelantan marah dengan sikap diskriminasi Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan tapi sekarang sudah tak rasa marah, tapi kecil hati.
"Kelantan satu-satunya negeri yang tak ada lebuh raya walaupun satu meter. Apalah malangnya nasib rakyat Kelantan.
"Sampai bilakah penderaan dan diskriminasi kerajaan menganaktirikan rayat Kelantan? Rakyat Kelantan juga ingin merasai perjalanan pada musim perayaan sama dengan negeri-negeri lain," katanya.
Tegas beliau juga, BN tidak perlu berjanji untuk membina lebuh raya sekiranya mengambil alih negeri itu kerana rakyat tidak menyokong parti itu.
"Timbalan Menteri kata kerajaan memang berjanji akan membina lebuh raya sekiranya BN berjaya mengambil alih negeri Kelantan.
"Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan. Rakyat Kelantan tidak akan redha dengan perbuatan ini," tegasnya.
Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan KL - KB terutamanya pada musim perayaan.
Timbalan Menteri, Datuk Yong Khoon Seng dalam jawapannya bagamanapun berkata, kesesakan lalu lintas merupakan perkara biasa pada musim perayaan, bukan sahaja jalan ke Kelantan.

Kenyataan Izzah: Polis ambil keterangan Malaysiakini
KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.
"Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi.
Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.
Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan.
Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.
Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi esok. - Bernama

Hamba seks tertua meninggal dunia
TAIPEI - Wanita yang digelar hamba seks tertua dunia, menghembuskan nafas terakhir pada umur 96 tahun akibat kegagalan fungsi pernafasan di Taiwan, Sabtu lalu.
Menurut Pertubuhan Keselamatan Wanita Taipei (TWRF), Huang Wu Hsui-mei, adalah salah seorang daripada lapan hamba seks atau dikenali sebagai 'comfort women', yang masih tinggal di Taiwan selepas 50 yang lain meninggal dunia lebih 20 tahun lalu.
"Huang dipaksa kerajaan Jepun menjadi hamba seks kepada askar mereka di wilayah Guangdong, China pada 1940.
"Dia dipaksa melakukan perkhidmatan seksual kepada lebih 20 askar setiap hari dalam setahun," kata wakil TWRF.
Sebaik kembali ke Taiwan, Huang mengalami penderitaan mental dan fizikal sekali gus diceraikan suaminya kerana gagal melahirkan anak.
Wanita itu turut mengembara ke Jepun, Australia dan Korea Selatan bagi mendapatkan sokongan masyarakat luar serta mendapat pembelaan daripada kerajaan Jepun.
Namun sehingga kini, perjuangan Huang untuk mendapatkan permohonan maaf daripada kerajaan Jepun masih tertangguh dan TWRF berkata, pihaknya akan meneruskannya demi keadilan hamba-hamba seks di zaman itu. - Bernama

Karpal dakwa AG terpaksa tuduh dirinya
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali menyatakan bahawa pertuduhan terhadapnya merupakan satu pendakwaan terpilih (selective prosecution) dan dibuat akibat tekanan orang awam.
Beliau ketika menjawab soalan salah seorang peguam belanya, Gobind Singh Deo memberitahu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mendapat tekanan berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh individu dikatakan ahli UMNO.
Sedangkan, beritahu Karpal kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pegawai kerajaan itu mengetahui apa yang diperkatakan dalam sidang akhbar tersebut tidak menjurus kepada hasutan.
Peguam kanan itu juga memberitahu, debat Ahli Parlimen termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 dan 19 Januari 1993 yang ketika itu sedang dalam proses untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan Raja dan Sultan di negara ini lebih terjumlah kepada hasutan berbanding sidang akhbarnya.
Saksi pertama pembelaan itu kemudian membacakan hansard debat Parlimen itu yang diterima masuk sebagai bukti.
Terdahulu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjelaskan, apa yang dimaksudkan bahawa beliau akan menyaman Sultan Perak sekiranya meneruskan tindakan melantik Menteri Besar Perak baru bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah memfailkan semakan kehakiman.
Semakan kehakiman itu akan dibuat berdasarkan Artikel 33 Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan tindakan Sultan Perak pada ketika itu adalah pra-matang dan tidak mengikut perlembagaan, jawabnya.
Karpal, 72, memberi keterangan tersebut selaku saksi pembelaan pertama dalam kes beliau dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co., No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal membela diri terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan beliau pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Azlina Rasdi.
Yang turut hadir pada prosiding hari ini ialah pemerhati daripada Peguam Diraja (QC) LawAsia, Mark Trowell dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 22 dan 25 Januari 2013.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121109/ma_02/Karpal-dakwa-AG-terpaksa-tuduh-dirinya#ixzz2BjjX4Wpx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Berjalan mampu panjangkan hayat
HARVARD 7 Nov. - Dengan berjalan selama dua jam 30 minit sekali dalam seminggu, anda berupaya memanjangkan tempoh hayat selama tujuh tahun, menurut satu kajian terkini.
Kajian yang dilakukan sekumpulan pakar dari agensi penyelidikan perubatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Harvard itu mendapati, dengan berjalan pantas hanya selama 75 minit sekali dalam seminggu, sudah cukup untuk memanjang tempoh hayat selama dua tahun.
Malah, analisis ke atas lebih 600,000 responden lelaki dan wanita berusia 40 tahun ke atas itu turut menyatakan, anda tidak mempunyai masalah sekiranya memiliki berat badan berlebihan asalkan masih cergas dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Menurut keputusan ujian, individu yang memiliki berat badan sihat namun tidak bersenam dijangka meninggal dunia 3.1 tahun lebih awal daripada individu obes yang kekal aktif.
"Individu dengan berat badan ideal dan melakukan senaman sederhana selama dua jam 30 minit, seperti yang disarankan kerajaan, berupaya memanjangkan jangka hayat lebih dari tujuh tahun," menurut keputusan analisis tersebut.
Kajian itu juga mendedahkan kaitan antara aktiviti fizikal dan jangkaan hayat antara lelaki dan wanita adalah sama serta individu berkulit hitam memiliki lebih jangka hayat berbanding kulit putih.
Hubungan antara jangka hayat dan senaman juga lebih kuat di kalangan mereka yang mempunyai sejarah kanser atau penyakit jantung, berbanding individu yang tidak memiliki sejarah apa-apa penyakit.
Penyelidik kanan kajian itu, Dr I-Min Lee berkata, setiap individu sepatutnya tidak memandang rendah kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan mereka, termasuk senaman asas yang berupaya memanjangkan tempoh hayat mereka. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121108/lu_07/Berjalan-mampu-panjangkan-hayat#ixzz2BjhGP47q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bot karam: 90 Rohingya hilang
DHAKA 7 Nov. - Kira-kira 90 penumpang sebuah bot dikhuatiri hilang selepas bot yang membawa pelarian Rohingya Islam untuk ke Malaysia itu karam di perairan Bangladesh awal hari ini, tragedi kedua berlaku dalam tempoh tidak sampai dua minggu.
Komander Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel Zahid Hasan berkata, bot tersebut membawa kira-kira 110 penumpang sebelum ia karam 15 kilometer dari pantai Cox's Bazaar, selatan negara ini.
"Kami sempat menyelamatkan 23 penumpang dengan bantuan nelayan tempatan dan misi menyelamat masih diteruskan," katanya.
Zahid turut mengesahkan sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang terselamat merupakan etnik Rohingya Islam dan mereka kini ditahan.
Sementara itu, Komander Pengawal Pantai, Leftenan Badruddoza berkata, kerja-kerja menyelamat diteruskan dengan bantuan tentera laut Bangladesh.
Pada 28 Oktober lalu, sebuah bot yang membawa 135 penumpang, kebanyakannya pelarian Rohingya Islam yang melarikan diri berikutan sengketa agama di negeri Rakhine, Myanmar, karam di Teluk Bengal dengan hanya enam terselamat dalam kejadian itu.
Beratus-ratus ribu etnik Rohingya Islam meninggalkan Myanmar sejak beberapa dekad lalu bagi mendapatkan perlindungan dan kebanyakannya cuba melarikan diri ke Bangladesh.- AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121108/lu_05/Bot-karam-90-Rohingya-hilang#ixzz2BjgvbZpW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Liga Arab: Kerajaan Syria tidak akan bertahan lama
Liga Arab: Kerajaan Syria tidak akan bertahan lama: "KAHERAH 8 Nov. - Liga Arab semalam mendakwa, kerajaan Syria yang dipimpin Presiden Bashar al-Assad tidak akan kekal untuk tempoh yang lama dan mendesak kumpulan pembangkang mengadakan pertemuan di Qatar dengan mengenepikan perbezaan pendapat mereka.
Ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi berkat, kumpulan pembangkang perlu bersatu-padu kerana kerajaan Bashar tidak akan bertahan lama dan satu hari nanti, situasi akan berubah di Syria.
Nabil berkata demikian ketika beliau dilaporkan akan ke Doha untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pembangkang Syria. - AFP"
'via Blog this'

Indonesia sasar pembelian 150 kereta kebal Jerman
Indonesia sasar pembelian 150 kereta kebal Jerman: "JAKARTA 9 Nov. - Indonesia semalam menandatangani satu perjanjian dengan syarikat pertahanan Jerman, Rheinmetall untuk membuka laluan kepada republik ini membeli 150 buah kereta kebal buatan negara Eropah itu.
Ketua Agensi Pertahanan Indonesia, Mejar Jeneral Ediwan Prabowo berkata, memorandum persefahaman yang ditandatangani itu turut membabitkan aspek teknologi dan penyelengaraan pembelian aset pertahanan terbabit.
Jelasnya, beliau berharap kontrak pembelian 100 buah kereta kebal pertempuran utama, Leopard dan 50 buah kereta kebal ringan, Marder akan ditandatangani pada bulan ini. - dpa"

Amerika ditimpa bencana Obama menang: Trump
Washington: Hartawan hartanah terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump, nyata bengang dengan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden yang berakhir kelmarin.
Trump yang menyokong calon Republikan, Mitt Romney, semalam menggunakan Twitter untuk menghina kemenangan Obama sebelum membuangnya selepas ramai membidasnya.
Ketika meluahkan kekewaannya, Trump menyifatkan kemenangan Obama sebagai satu penipuan dan bencana kepada demokrasi.
Malah, hartawan berusia 66 tahun itu menggesa revolusi dilancarkan ke atas sistem politik Amerika termasuk mengadakan perhimpunan di Washington DC.
Penerbit program realiti ‘The Apprentice’ itu menyiarkan sembilan mesej kepada hampir 1.9 juta pengikutnya, sejurus selepas Obama diisytiharkan pemenang.
“Rancang semula strategi. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kita perlu berarak di Washington dan henti ejekan ini. Negara itu sudah berpecah. Lawan dan hentikan ketidakadilan menjijikkan ini. Dunia sedang ketawakan kita.
“Pilihan raya ini satu penipuan. Kita tidak demokrasi. Negara kita kini menghadapi masalah serius terburuk. Negara kita sudah berpecah.
“Keputusan pilihan raya ini mengikut undian Kolej Pemilih adalah bencana kepada demokrasi,” tulisnya.
Trump meminta ahli politik Republikan tidak berputus asa dan menggesa ditamatkan Obamacare, skim insurans yang diperbaharui Obama.
Trump kemudian membuang mesejnya yang kemudian didapati salah apabila menyatakan Obama mengalahkan Romney meskipun tidak menang undi popular.
Namun, komennya mencetuskan reaksi balas beribu-ribu orang lain termasuk selebriti seperti Alec Baldwin, penyokong kuat Obama.
Baldwin menulis: “@realdonaldtrump.
Anda percaya kepada pengundi apabila mereka mengundi peserta The Apprentice. Mengapa tidak sekarang?”
Penerbit eksekutif rancangan komedi, Steve Levitan, pula menulis: “Trump, adakah anda tonton ucapan kekalahan Romney? Itu sebenarnya contoh seorang yang murah hati dan rambut yang elok.”
Pembaca berita NBC News, Brian Williams, juga mengkritik Trump dengan mengatakan hartawan itu tidak lagi relevan.
Program realiti Trump disiarkan oleh saluran itu.
Trump tidak bertanggungjawab Williams memberitahu penonton: “Kenyataan Trump sudah diketahui ramai. Anda juga patut tahu mengenainya.”
“Trump sudah tidak lagi relevan dan bertindak tidak bertanggungjawab malam ini,” katanya sebelum membaca beberapa kiriman.
Ketika berkempen, Trump turut campur tangan termasuk membantu memeterai perjanjian pelik menderma AS$5 juta (RM15 juta) kepada badan kebajikan jika Obama bersetuju menyiarkan rekod kolej dan pasportnya
Subscribe to:
Posts (Atom)