Wednesday, June 13, 2012

Mokhzani Merompak Petronas ?? -

Mokhzani Merompak Petronas ?? - 
Posted by alif asyraf

Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka.

Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin lagi kedana.

Pada 3 mac yang lalu, Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia.

Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jiak kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar.

Terbaru, Petronas telah membuat transaksi wang sebanyak RM 23 billion kepada tiga buah syarikat kroni, salah satunya dimiliki oleh Dato Mokhzani anak kepada Mahathir. Sepatutnya wang ini perlu digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara bukan mengenyangkan kroni-kroni BN.

Sepatutnya RM 23 billion ini selalu dibelanja untuk cari gali minyak di sudan, tetapi selepas pemecatan Tan Sri Hasan Merican, dan diganti oleh orang yang dipilih sendir oleh Najib Razak, wang ini telah dibawa balik dan diberi kepada pemakan-pemakan duit haram ini.

Antara syarikat yang diberi duit haram ini ialah syarikat KENCANA iaitu syarikat kepada Dato Mokhzani.

Satu lagi ketirisan yang berlaku dalam Petronas ialah jika kita lihat dalam laporan kewangan 31 Mac 2010 telah yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu.

Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini. Umno/Bn penipu.

Saya percaya bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.

Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri.

Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini.

Apa lagi yang anda harus tunggu lagi. Bukanlah ini cara rakyat yang sayangkan negara jika hanya mampu lihat dan tidak membuat sebarang tindakan.

Jika benar-benar sayang akan negara, ayuh bangkit dan menunjukkan solidariti kepada negara kita yang tercinta. Rakyat malaysia, marilah kita boikot Umno/Bn yang telah lama mengeksploitasi harta-harta kerajaan. Pilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia.

INI HARUS JELAS


Tukanglawan
 —

empat perkampungan telah diserang dan dibakar

9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian

Skandal FOREX bank negara..MELESAPKAN L3BIH 30 BILION WANG RAKYAT!!!

Skandal FOREX bank negara..MELESAPKAN L3BIH 30 BILION WANG RAKYAT!!!

RISIKO MATAWANG JATUH MENJUNAM 

sebuah badan yg di pertanggungjawabkan mengurus wang negara kita kini bermain judi mengikut telunjuk Madey!!!!SEBUAT TRIBUNAL SIASATAN jenayah HARUS DI WUJUDKAN BAGI MENANGKAP SI PELAKU KE MUKA PENGADILAN..

see more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/skandal-forex-bank-negara-wujudkan.html

Kerajaan Bee end menzalimi rakyat 1m'sia..

Kerajaan Bee end menzalimi rakyat 1m'sia..

Lebih 400 murid SK Tuarid Taud belajar di bawah khemah dan kolong surau...

KENINGAU: Sebahagian daripada lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tuarid Taud dekat sini terpaksa menjalankan pembelajaran dan pengajaran di bawah khemah dan bawah kolong surau akibat kekurangan kelas di sekolah itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Karim Antong, berkata kekurangan kelas sekolah itu disebabkan satu blok bangunan sekolah itu terbakar pada 27 Ogos 2011 manakala satu blok lagi bangunan kini dalam keadaan usang dan disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak selamat digunakan.

“Berikutan masalah kekurangan kelas itu, pihak pengurusan sekolah terpaksa mencari alternatif mendirikan khemah dan menggunakan bawah kolong surau sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran di sekolah itu,” kata Karim kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Karim berkata, keadaan ini menyebabkan kurang keselesaan dan sedikit menjejaskan prestasi murid-murid sekolah itu.

Katanya, selain bangunan sekolah yang usang, terdapat juga bangunan rumah guru yang usang yang tidak selamat digunakan.

Walau bagaimanapun katanya, rumah guru yang serentak dibina dengan sekolah pada tahun 1965 yang usang itu terpaksa didiami oleh guru.

Selain itu katanya, pagar sekolah juga sudah usang perlu dibina semula untuk keselamatan peralatan sekolah.

Justeru itu katanya, PIBG sekolah ini memohon dan merayu kepada Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia agar memberi peruntukan untuk membina bangunan baru bagi mengganti bangunan yang terbakar dan bangunan yang usang untuk keselesaan murid dan warga pendidik.

Katanya, kerajaan wajar memberi peruntukan segera untuk pembinaan bangunan baru sekolah itu bagi mengatasi masalah itu.

Tambahnya, pihak PIBG telah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah kepada pihak yang berkenaan namun sehingga kini belum ada tindakan diambil.

sumber-http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/59332

Zalim dan kejam pembunuhan Muslim Rohingya...

Zalim dan kejam pembunuhan Muslim Rohingya...

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah An Nahl [16] : ayat 18)

Surah An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

Begitu juga dengan nikmat keamanan yang kita peroleh di negara Malaysia ini. Negara Malaysia yang rakyatnya hidup aman damai pada zahirnya, jauh dari peperangan dan persengketaan. Namun sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa Islam, kita wajib cakna dan sedar sebenarnya tentang saudara seislam kita yang masih belum sempat merasai nikmat keamanan lagi sehingga kini. Adakah kita pernah peduli tentang apa yang berlaku terhadap mereka? Tepuk dada tanya iman!

Sebelum ini, kita telah menyingkap sejarah nakbah Palestin yang merujuk kepada malapetaka atau bencana besar yang terjadi di Palestin, kemudian penyembelihan beramai-ramai umat Islam di Haulah, Syria, Dan terkini seluruh dunia telah digemparkan pula mengenai isu yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Mereka telah diserang setelah seorang wanita Rakhine yang dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan dari itu dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya, ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

Tambahan dari maklumat tersebut, didapati bahawa sebenarnya ramai lagi umat Islam yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari dan mayat mereka tidak diserahkan kepada keluarga mereka yang berkenaan. Terkini, dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw. Nasib umat Islam di Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan meruncing dan tenat. Selain itu,mereka juga turut menderita dengan perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid ,dan arahan tidak dibenarkan memperbaiki mana-mana Masjid serta ratusan Masjid telah musnah dan diganti dengan Pagoda Buddha. Perkahwinan dan pergerakkan mereka juga dihadkan hanya dengan keizinan tentera. Penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan memasuki agama Budha juga turut berlaku.

Hal ini tidak seharusnya berlaku pada mana-mana agama di dunia. Seperti mana contoh yang diamalkan dalam Islam yang tidak memaksa mana-mana agama untuk memasukinya. Firman Allah swt dalam kitabnya yang mulia,

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)” [Al-Baqarah (2):256].

Begitu juga dengan hak kebebasan dalam beragama sepertimana yang diamalkan oleh Malaysia yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 11 iaitu tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan Agamanya di Malaysia. Tertulis juga dalam Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang berkait dengan hak seseorang itu untuk menukar agamanya tanpa paksaan.

Maka berbalik kepada isu utama yang terjadi terhadap umat Islam Rohingya, tindakan yang amat zalim telah berlaku ke atas mereka. Di manakah keadilan dan hak yang perlu dibela terhadap mereka? Agama, nyawa, keturunan, harta dan akal mereka harus dijaga dan dipelihara sepertimana yang disebut dalam “maqasid syariah (objektif syariah)” yang wajib dijaga.

Maka dengan ini, kami di peringkat PMIUM berpendirian, semua umat Islam di seluruh dunia kembali bersatu dan menyatakan pendirian yang jelas bagi membela nasib sahabat kita di Arakan Myanmar ini. Perkara ini harus diselesaikan dengan bijak dan segera tanpa menyebabkan mana-mana pertelingkahan atau pergaduhan antara agama sebelum kesan yang lebih buruk berlaku.

Sebagai anak muda khususnya golongan mahasiswa, peranan yang perlu dimainkan oleh kita pada saat ini bukan sekadar tertumpu kepada segulung ijazah semata-mata., tetapi kita perlu merasai dan menyedari kepentingan sikap pedulisme dan prihatin terhadap nasib saudara-saudara jiran kita di serantau Asia dan dunia amnya. Moga nikmat aman dapat kita kecapi bersama akhirnya. Allahu Akbar!

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

SABAH MASIH MUNDUR BERSAMA BN ADALAH FITNAH!!! GAMBAR INI BUKTINYA

SABAH MASIH MUNDUR BERSAMA BN ADALAH FITNAH!!! GAMBAR INI BUKTINYA:

Inilah realiti sebenar di Sabah, Sebuah sekolah yang terletak di bandar Kota Kinabalu, iaitu SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia berada didalam keadaan yang sungguh daif, walaupun Sabah telah berada didalam Malaysia puluhan tahun, dengan hasi bumi yang melimpah ruah, tapi kehidupan rakyatnya tetap miskin.

SUMBER:FB KBSB

p/s : Jangan perjudikan nasib anak2 kita...

MAHUKAH ANDA BERSANGKA BAIK TERHADAP SPR & UMNO SELEPAS MEMBACA INI

MAHUKAH ANDA BERSANGKA BAIK TERHADAP SPR & UMNO SELEPAS MEMBACA INI:
p/s Tanyalah kepada Ustaz2 dan Alim Ulama' dikalangan anda, apa hukumnya menipu dalam Pilihanraya?

UMNO semakin tertekan dengan Berita Hairan

Berita yang menghairankan

Menteri Belia & Sukan berat nanang

ANWAR : SIAPA BAYAR SEWA RUMAH MUHYIDDIN

ini aku copy/paste dari blog tukar tiub
NOTA:
siapa orang ini?
dari mana orang ini dapat duit?
apa hubungan orang ini dengan muhyisddin?



ANWAR : SIAPA BAYAR SEWA RUMAH MUHYIDDIN - harakah daily

KAJANG: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencabar Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

woit... BOCORKAN LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah... BOGEL KAN LAGI.... kah kah kah...

kah kah kah.... TELANJANG KAN LAGI..... kah kah kah...

kah kah kah... JANGAN BAGI CHAN.... kah kah kah...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

SIAPAKAH YANG BAYAR?

1 - muhyiddin duduk rumah panjang di pantai dalam - free
2 - muhyiddin duduk flet ktm bangsar utama - free
3 - muhyiddin tumpang tidoo di masjid india - free
4 - muhyiddin tidoo dalam kereta - free
5 - muhyiddin tidoo di ruang tamu parlimen - free

ATAU RUMAH MUHYIDDFIN DI BAYAR OLEH:

1 - george soros - beres
2 - lim goh ting - beres
3 - lebai vincent tan - beres
4 - syed mokhtar - beres
5 - shahrizat jalil - beres
 

Somalia is dying

If u have a heart or compassoin share this photo.

WE CAN SHARE JOKES AND SPAM MAILS TO OUR FRIENDS & NETWORKS
PLEASE FOR ONCE SHARE THIS AND
LETS TRY TO HELP THEM.

‘Helping hands are better than Praying Lips’ – give us your helping hand.
SHARE IT WITH ALL UR FRIENDS.

ATLEAST PEOPLES WILL KNOW WATS GOIN IN WORLD. YOU CAN GOOGLE THIS INFO IF YOU DONT KNOW ABOUT IT.

Friends So Please Share....Your one share can Help to spread this information. We share So many Stupid Things on facebook and ignore these types of things which can save so many lifes.

I hope you all will share. Lets See how many of you really care for this.

THE ANGEL FOUNDATION

Sedarlah....

'Garam dan botol air boleh guling kerajaan'

Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz
KUALA LUMPUR -  Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa
telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.
"Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.
"Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim.
Terdahulu, menjawab soalan asal Lim, Mohamed Nazri berkata perhimpunan jalanan di ibu kota pada 28 April lepas itu sememangnya merupakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan oleh pembangkang.
"Cubaan itu dilaksanakan melalui taktik seumpamanya yang digunapakai di Dataran Tahrir di Mesir, Green Square di Libya dan Martyrs' Square di Syria,"
kata Mohamed Nazri bagi menjawab soalan tambahan lain oleh Lim yang meminta kerajaan menyatakan bukti dakwaan bahawa perhimpunan itu adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Beliau berkata keengganan pihak penganjur perhimpunan haram itu berkompromi dan tindakan ganas serta provokatif sebahagian peserta Bersih 3.0 pada hari berkenaan mencermikan matlamat mereka yang sebenar iaitu untuk melihat pihak berkuasa bertindak balas bagi menegakkan undang-undang dan melindungi kepentingan awam.
"Mereka menggunakan insiden yang berlaku bagi membuktikan kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap perhimpunan yang kononnya aman.
"Ia bermatlamat menimbulkan kesan berantai yang akhirnya berhasrat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik," katanya.
Mohamed Nazri berkata, matlamat dan niat murni majoriti peserta perhimpunan Bersih 3.0 juga telah dirampas oleh pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk memberi tekanan kepada kerajaan.
"Ia dilakukan kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak yakin bahawa melalui pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang dilaksanakan kini, mereka akan berpeluang untuk membentuk kerajaan, katanya.
Beliau berkata, sebagai tindakan yang bersifat preamtif, pihak ini cuba menimbulkan kesangsian di hati dan fikiran rakyat bahawa sistem pilihan raya
negara ini adalah tidak adil dan tidak bebas.
"Jika mereka kalah di dalam pilihan raya yang diadakan kelak, maka mereka akan mendabik dada bahawa mereka telah dibuktikan benar," katanya. - Bernama

Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion

Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!
Written By admin on June 11, 2012 | 6/11/2012 02:30:00 PM
-KERABU BERSUARA
Jikalau diikutkan sekarang sumber utama pendapatan negara Malaysia datangnya daripada pelbagai cukai dan tarif bersama-sama hasil yang diperolehi daripada pengeluaran lesen perniagaan, lesen arak, lesen premis dan lain-lain lagi. Cukai-cukai yang datang ini datang dalam pelbagai bentuk samada :

1. Cukai Jualan Langsung
2. Cukai Pendapatan Peribadi (Jika pendapatan anda melebihi paras dan syarat yang ditetapkan oleh LHDN)
3. Cukai Pendapatan Korporat (setiap syarikat/perbadanan membayar kepada kerajaan sebelum mereka membayar dividen kepada kalangan pemegang saham mereka)

BEBERAPA industri lain yang dikawal selia seperti industri rokok & alkohol boleh dikenakan cukai berbeza pada kadar yang berbeza :

* Cukai Keuntungan Modal (sama ada dari Keuntungan direalisasikan dalam nilai ‘saham’ syarikat / saham korporat)
* Memiliki sebidang tanah atau rumah/bangunan yang telah meningkat nilainya dan akan dikenakan cukai jika ingin menjualnya
* Tarif Air / Elektrik
* Cukai Jalan
* Cukai Pegangan
* Dan lain-lain lagi

105 Kerusi: Pakatan Rakyat Realistik Perolehi Majoriti Mudah

WEDNESDAY, JUNE 13, 2012

105 Kerusi: Pakatan Rakyat Realistik Perolehi Majoriti Mudah
Share


Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.

"Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau.

"Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor.

"Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi.

Rafizi melahirkan keyakinan itu khususnya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim di Sabah dan Sarawak.

Pada PRU12, PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN.

Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi.

"Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," katanya.http://jalanpulang1978blogspot.com.html/#ixzz1p3Rh2fWd

Berkenaan Ceramah Hassan Ali di P.Gudang,Taman Mawar.

Berkenaan Ceramah Hassan Ali di P.Gudang,Taman Mawar.
Share

RABU, 13 JUN 2012

HASAN JATI ....sedikit prkongsian ceramahnya...

1) DAP,PKR & PAS lah penyebab MELAYU RAMAI MURTAD!!!

2) PAS tak mahu lagi laksanakan HUDUD

3) Menuduh liwat,zina, kpd slh seorang pmimpin PR...SDGKAN ISLAM AJAR bawa 4 saksi!! mahkamah pun xlekat kes,,,,tp di mulutnya lekat...

4) yang paling best...kata HASAN JATI..."jgn biarkan mereka(DAP,PKR,PAS) bertapak di JOHOR..."mindaku berputar2 bertanya....

"kalau DAP,PKR,PAS xbleh dibiarkan bertapak di JOHOR...so..sape

lagi???jwpnnya...konfem lah UMNO!!!xkan JATI...JATI NGO jer...

"aku makin bingung"...kalau UMNO yg bertapak...timbul beberapa persoalan...

1) UMNO ni nak laksana HUDUD ke??

2) sape yg tolak utk dilaksanakan UNDANG2 PENCEGAHAN MURTAD di MALAYSIA???.....PAS @ UMNO???

3) sape yg benarkan MELAYU boleh isi borang tukar agama di JPN sehingga ade hmpir 300 ribu permohonan..PAS @ DAP @ PKR @ UMNO?????

...akhirnya...makin jelas lah pada ku siapa HASAN ALI...knp ia dipecat dr PAS...melalui akhlak prcakapannya...aku amat bersyukur HASAN dipecat dari PAS...

MINDAKU BERPUTAR....ia..memang ini tapisan dari ALLAH...

padaku...HASAN IS SUBCONTRACTOR UMNO...@ HASAN IS SB UMNO..utk longterm projek hapuskan PAS!!...mnta tlg pimpinan2 PAS hati2 skit dgn BEKAS2 yg myertai PAS akhir2 ini...
Oleh: Muhamad Hanif Bin Nordin

PECAH TEMBELANG RUPANYA Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno


PECAH TEMBELANG RUPANYA Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno


NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.

TUAN2 DAN PUAN2 HADIRIN..KITA TK BLH NK HAPUSKAN PTPTN KRANA AKAN MNGZALIMI TAUKE2 IPTS INI

AGAK2NYA KALAULAH MUKA NAJIB DIRIBAI MCM NI...APA AGAKNYA TINDAKAN KETUA POLIS NGARA????

Mana satu yg lbh bahaya

Mana satu yg lbh bahaya:
-DUDUK DI DATARAN MERDEKA?
-ATAU
-MENIPU DLM PILIHANRAYA??

BETULKAH LAPURAN AKHBAR MILIK MCA NI??

macam2

BONGKAR SALAHLAKU YB UMNO

YB Abdul Rahman Dahlan (Parlimen Kota Belud) ini pernah menjalankan urusniaga pasaran hadapan secara HARAM yang berpengkalan di Menara Maybank dekat Puduraya.


Selepas menyonglap jutaan ringgit wang pelaburnya yang kebanyakannya orang Melayu, tiba-tiba beliau menghilangkan diri. Kemudian menyertai UMNO dan dapat pula jadi wakil rakyat. Memang kelakor seorang kaki songlap macam ni boleh jadi wakil rakyat kahkahkah, itu lah UMNO. Ia dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin korup dan kaki seleweng.

FAKTA PEMILIHAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA




- Mukhriz anak Tun M, mantan PM
- Khairy menantu kepada Paklah, PM dan Menteri Dalam Negeri masa itu.
- Khairy derhaka kepada Tengku Mahkota Pahang dalam pemilihan FAM.
- Mukhriz akhirnya mendahului dalam pencalonan.
- TETAPI Khairy pula yang akhirnya menang jawatan Ketua Pemuda UMNO

KENAPA??? Jeng Jeng Jeng...
Cuba tengok sekeliling anda, tak kira di mana jua anda berada, pasti anda akan melihat pelbagai bangunan baru berupa BALAI POLIS, RUMAH KAKITANGAN POLIS, KOMPLEKS IMEGRESEN, KOMPLEKS MAHKAMAH dan lain-lain, semuanya baru dan besar belaka bernilai puluhan juta RM di bawah projek Kem. Dalam Negeri.

Cuba buat sedikit kajian dari Laporan Ketua Audit Negara dan siapakah kontraktor-kontraktornya? hehehe. Semuanya disubkan oleh Ketua-Ketua Pemuda Umno Bahagian yang telah menukar pendirian mereka pada saat akhir untuk memilih Khairy hehehe. 

Mukhriz yang bertanding dengan BERSIH, akhirnya tewas di tangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang jelas KORUP hehehe. Kalau begitulah etika Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang ada, bolehkah anda harapkan mereka menjadi pelapis untuk mentadbir negara ini? hehehe. Alamat terlingkuplah negaraku Malaysia. Ini Fakta, bukan auta :-)

AKUAN BERSUMPAH P. BALASUBRAMANIAM..




_1 Julai 2o08, pnyiasat prsndrian P. Balasubramaniam mndedahkan hbungan Altantuya, Razak Baginda & Najib Razak dlm 1 akuan brsumpah..antara dkwaan yg trkndung dlm akuan itu ialah:
① Najib mmberitahu Razak bliau prnh mlakukan hbungan seks brsm Altantuya..
② Najib mminta Abdul Razak mnjg Altantuya agar wanita brknaan tdk mngacaunya..
③ Najib, Abdul Razak & Altantuya d dkwa prnh mkn mlm brsm d Paris..
④ Altantuya mnuntut wang k0misen sbyk US$50O,0Oo drpd Razak..
Balasubramaniam mndkwa, Abdul Razak mnunjukkan SMS yg dkatakan dkrim Najib yg mnyebut: 'saya (Najib) akan brtemu Ketua P0lis Negara (Tan Sri Musa Hassan) jam 11 hr ini (8 N0vember 20o6 - hr Razak dtgkap)..prkara ini akan dpt dslesaikan..brtenang'..
Balasubramaniam mnarik blik akuan itu sehari slepasnya..bgaimnpun peguam bliau Americk Singh Sidhu mngesahkan pd 5 Julai 20o8 akuan brsumpah yg dbuat oleh Balasubramanian adlh scra RELA_

Puluhan ribu protes Presiden Rusia

Puluhan ribu protes Presiden Rusia
Puluhan ribu membanjiri di jalan-jalan utama di Moscow memprotes
kepimpinan Presiden Vladimir Putin. - Foto EPA
MOSCOW - Puluhan ribu rakyat Rusia membanjiri jalan-jalan utama bandar raya ini hari ini sebagai tanda protes pertama terhadap kepimpinan Presiden Vladimir Putin sejak disahkan menerajui kembali negara bulan lalu.

Sejak menjadi Presiden yang ketiga, Putin menunjukkan ketegasannya terhadap kumpulan pembangkang termasuk menandatangani satu perlembagaan baru pada minggu lalu yang memperkenalkan denda-denda berat ke atas sesiapa yang menyertai perhimpunan tidak sah.

Kelmarin, sekumpulan polis bertindak merampas komputer, telefon bimbit dan beberapa barangan peribadi milik pemimpin pembangkang di kediaman mereka.

Dalam tempoh kurang sejam perhimpunan menentang Putin berlaku, pemimpin pembangkang telah disoal siasat oleh polis, sekali gus tindakan itu dilihat cubaan menakut-nakutkan mereka yang menyertai protes.

Bagaimanapun, bantahan yang dilancarkan pembangkang Rusia itu mendapat kelulusan pihak berkuasa tetapi sebarang anjakan dari lokasi dan masa bakal mencetuskan tindakan keras oleh polis.

Bulan lalu, perhimpunan menentang Putin berakhir dengan pertempuran hebat antara polis dan penunjuk perasaan dan beberapa aktivis pembangkang berkata keganasan yang timbul adalah disebabkan provokasi samseng-samseng pro-Kremlin selain pihak berkuasa turut menyerbu kediaman pemimpin berhaluan kiri serta menyoal siasat mereka yang dikaitkan dengan bantahan itu.

Askar Syria guna budak jadi perisai manusia

Askar Syria guna budak jadi perisai manusia
Assad kini dikecam kerana menyebabkan ribuan kanak-kanak terbunuh akibat pergolakan di negara itu.
DAMSYIK - Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam mendakwa pasukan tentera Syria menggunakan kanak-kanak sekecil lapan tahun sebagai 'perisai manusia' semasa bertempur dengan kumpulan pemberontak.

Dalam laporan itu, PBB turut menyenaraikan kerajaan Presiden Bashar al- Assad sebagai negara bergolak paling teruk kerana krisis yang semakin meruncing tersebut telah meragut ribuan nyawa budak tidak berdosa.

"Golongan kanak-kanak berterusan menjadi mangsa keganasan di Syria. Mereka didera, dibunuh dan turut dijadikan perisai manusia oleh pasukan keselamatan pro-Assad termasuk gerakan shabiha," kata wakil khas PBB, Radhika Coomaraswamy.

Difahamkan, laporan itu dilengkapkan sebelum tragedi pembunuhan beramairamai di Houla pada 25 Mei lalu yang menyaksikan 49 daripada 108 mangsa kezaliman rejim Assad adalah budak. Dalam satu kenyataan, kumpulan hak  asasi manusia berpusat di New York (HRW) menyatakan Majlis Keselamatan PBB seharusnya mengenakan sekatan senjata ke atas Syria kerana mereka kini menyasarkan golongan lemah seperti kanak-kanak dan wanita sebagai sasaran keganasan.

Menurut HRW lagi, ada pihak mendakwa Tentera Bebas Syria (FSA) turut merekrut kanak-kanak untuk menentang kerajaan Assad.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,176 kanak-kanak telah terbunuh akibat konflik di negara tersebut yang bermula sejak Februari tahun lalu.

Polis Merempit…. 1