Sunday, September 5, 2010

Lembu Minum Susu Manusia, Bagaimana Sepatutnya?


SEORANG wanita India bernama Couthi Bai dengan senang hati menyusui anak lembu yatim piatu demi untuk menghidupinya. Anak sapi (pedhet) berusia 46 hari itu disusui dengan payudara Couthi sehari 3-4 kali. Kadang juga diberikan jari-jarinya untuk dimasukkan ke mulut anak lembu itu.

Wanita yang sudah memiliki anak itu rela memberikan susunya kepada anak lembu. Sebagaimana keyakinan warga di desa di India, lembu dianggap sebagai binatang suci sehingga ada ikatan psikologis dengan anak anak lembu. "Setelah ibunya mati, aku selalu memeluknya dan kuberikan air susuku untuk dia (anak lembu) minum juga," kata Couthi yang tinggal di Kilchu, negara Rajasthan, India utara.

Anak lembu itu ditinggal ibunya beberapa hari sesudah kelahiran. "Dia masih sangat muda ketika ibunya mati. Bagi saya tak ada perbedaan anak (manusia) dengan anak lembu,"

Couthi makan tiga hari sekali, sama halnya dengan pemberian air susu ibu kepada anak lembu itu. Kadang anak lembu itu diberi makan chapati (roti) dan air minum untuk melatihnya biar cepat tumbuh membesar. "Para dewa akan senang jika saya menyusuinya," kata Couthi.

Seorang warga desa mengatakan "Ini pertama kali terjadi di desa kami. Setiap kali dia pergi ke ladang, anak lembu itu juga diajaknya (dituntun) sama halnya juga memberinya susu dan makanan berzat bagi anak lembu itu,"

Anak lembu itu seolah-olah menganggap Couhti sebagai ibunya sehingga selalu ikut kemana pun dia pergi. (Sumber
Harian Telegraph dll)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di saat di negara kita wanita-wanita sibuk tidak sempat memberi susu ibu kepada anaknya dengan berbagai alasan, di utara India ada manusia sanggup meluangkan masa dan khidmatnya memberi susu aslinya kepada seekor anak lembu kesayangannya yang yatim piatu. Lembu minum susu manusia, ganti menusia minum susu lembu..

Sedangkan kini, berapa banyak bayi-bayi lahir tetapi tidak dapat susu dari ibunya sendiri, padahal susu ibu merupakan zat dan makanan terbaik bagi bayi. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman...

"Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian.

Apabila keduanya ingin menyapih (berhentikan menyusu sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan bermesyurat, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

-
Al-Baqarah (Surah 2): Ayat 233


Hikmah ayat yang terkandung dalam kitab Suci Alqur’an tersebut, setidaknya menekankan bahawa susu ibu sangat penting. Tidak main-main, seorang ibu sepatutnya memberikan susunya sampai anaknya genap usia 2 tahun.


Difahamkan, usu ibu mempunyai kelebihan luar biasa bagi manusia. Keunggulan susu ibu berbandingkan dengan 'susu formula' adalah...

(i) Kadar susu ibu boleh berubah sesuai dengan fase-fase pertumbuhan bayi.
(ii) Jumlah kalori dan zat berubah berdasarkan keadaan bayi waktu lahir. Samada bayi lahir prematur atau tepat waktu. Bila bayi lahir prematur, kadar lemak dan protein susu ibu lebih tinggi dari keperluan bayi umumnya, kerana kelahiran bayi prematur memerlukan kalori lebih banyak.

Inilah yang tiada pada susu formula.Unsur-unsur sistem kekebalan tubuh yang diperlukan bayi, seperti anticore atau sel pertahanan tubuh, sangat tersedia dalam susu ibu. Ibaratnya mereka sebagai Paspampres, mempertahankan tubuh bayi yang sebenarnya asing bagi mereka, dan melindungi bayi dari musuh.

Selain itu, susu ibu merupakan
antibakteri. Perbedaanya dengan bakteri pada susu formula, ialah bakteri dapat tumbuh dalam susu biasa yang disimpan pada suhu bilik selama enam jam. Namun, tidak ada bakteri yang muncul dalam susu ibu yang disimpan dalam suhu dan jangka waktu yang sama. Ilmu biologi tetap menganggap, susu ibu sangat diperlukankan bayi dalam perkembangan otak dan tubuhnya.

Susu formula adalah berbentuk fermentasi dan modifikasi dari susu lembu. Sedangkan di dalam susu ibu, terdapat tiga unsur protein yang jauh lebih tinggi dibandingkan susu lembu, sehingga, terasa sampai dewasa, dalam menjaga kesehatanya. Sebab, ianya akan memperbaiki dan mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Ini boleh ditemukan pada air susu ibu pertama keluar atau
colustrum yang meningkatkan produksi antibodi, menjadi anti-oksidan dan anti radikal bebas (free radicals), bahkan akan menghancurkan plasma sel.

Selain itu, kadar 3.5-4.5% lemak menjadi sumber utama susu ibu dalam kandungan nutrien. Kemudian karbohidrat, yang kandungan utamanya adalah laktose, kadarnya paling tinggi dibanding susu mamalia lain (7%). Protein, dengan kadar 0,9%. Susu ibu mengandung garam dan mineral lebih rendah dibanding susu lembu. Vitamin susu ibu cukup banyak mengandung vitamin yang diperlukan bayi. Iaitu,
vitamin K yang berfungsi sebagai katalisator pada proses pembekuan darah, dengan jumlah yang cukup, dan mudah diserap, juga mengandung vitamin E dan D.

Selanjutnya, susu ibu juga mengandung
zat protektif. Iaitu flora normal akibat bakteri Laktobacilus sp, yang berfungsi mengubah laktose menjadi asam laktat dan asam asetat. Keduanya bersifat asam dalam pencernaan, yang mampu menghambat pertumbuhan mikro organisme, seperti bakteri E.Coli. Juga laktoferin, iaitu protein yang berkaitan dengan zat besi. Dengan mengikat zat besi, maka laktoferin bermanfaat untuk menghambat pertumbuhan kuman tertentu, seperti Stafilokokus dan Escericia sp.

Kemudian mengandung enzim yang dapat memecah dinding bakteri (Lizozim). Antistreptokokus, yang melindungi bayi dari infeksi kuman tertentu. Antibodi, yang dapat mencegah bakteri patogen dan enterovirus masuk kedalam usus.
Akhirnya, tidak ada alasan bagi ibu membuang susunya untuk hak anaknya. Di zaman Rasulullah, pernah ada seorang ibu yang air susunya terus mengalir tanpa berhenti. Itulah Halimah, yang menyusui Nabi Muhammad.SAW.

Ringkasnya, lihat 10 manfaat susu ibu bagi bayinya..

1.
Pemberian susu ibu pada bayi akan meningkatkan perlindungan terhadap banyak penyakit seperti radang otak dan diabetes.

2. Susu ibu juga membantu melindungi dari penyakit-penyakit biasa seperti infeksi telinga, diare demam dan melindungi dari
Sudden Infant Death Syndrome
(SIDS) atau kematian mendadak pada bayi.

3. Ketika bayi yang sedang menyusui sakit, mereka perlu perawatan hospital jauh lebih kecil dibanding bayi yang minum susu botol.


4. Air susu ibu memberikan zat nutrisi yang paling baik dan paling lengkap bagi pertumbuhan bayi.


5. Komponen air susu ibu akan berubah sesuai dengan perubahan nutrisi yang diperlukan bayi ketika ia tumbuh.


6. Air susu ibu akan melindungi bayi terhadap alergi makanan, jika makanan yang dikonsumsi ibu hanya mengandung sedikit makanan yang menyebabkan alergi.


7. Pemberian susu ibu akan menjimatkan perbelanjaan keluarga yang digunakan untuk membeli susu formula dan segala perlengkapnya.


8. Air susu ibu sangat sesuai dan mudah, tidak perlukan botol untuk mensterilisasi, dan tidak perlu campuran formula.


9. Menyusu merupakan kegiatan eksklusif bagi ibu dan bayi. Kegiatan ini akan meningkatkan kedekatan antara anak dan ibu.


10. Resiko terjadinya barah ovarium dan payudara pada wanita yang beri susu ibu pada bayinya lebih kecil daripada wanita yang tidak menyusui anaknya.


Oh. Ada lagi dikatakan, bayi yang guna susu ibu sebelum 2 tahun insyaAllah akan sangat mudah diberi makanan, tidak susah makan, dan tidak pilih-pilih makan. Allahu 'aklam. (Dikutib dari pelbagai sumber).
Ibnu Hasyim: Lembu Minum Susu Manusia, Bagaimana Sepatutnya?

Selamat pengantin baru

Polis Hamas tahan Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza



05/09/2010 2:32am

GAZA CITY 5 Sept. - Polis Hamas telah menahan Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr. Muawiya Hassanein semalam, kata abangnya, Abdul Halim Hassanein.
“Pasukan Keselamatan Dalam Negeri datang ke rumahnya di Tel Al-Hawa pada petang kelmarin dan menahannya tanpa diketahui sebabnya,” beritahu beliau kepada AFP.
Menurutnya, pasukan keselamatan telah menggeledah rumah beliau dan merampas komputer termasuk komputer riba yang melibatkan dokumen-dokumen berhubung tugasannya di Kementerian Kesihatan.
Pihak berkuasa Hamas tidak memberi sebarang alasan di atas penahanan itu.
Dr. Muawiya, bekas pegawai pihak berkuasa Palestin daripada Gerakan Islam yang merampas kembali Gaza pada tahun 2007 dan sejak itu ia terus berkhidmat dengan Hamas. - AFP

71 cawangan mahu Taib Mahmud kekal



05/09/2010 6:26pm

KUCHING 5 Sept. - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib hari ini.
"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

Melayu hina islam

Ibu rayu bantuan anak OKU





MAHANI Hashim dipangku ibunya, Jalilah Yaacob ketika hendak makan dan menjalani kehidupan harian di Taman Mutiara, Jerantut, Pahang, semalam.


JERANTUT 4 Sept. - Meskipun usianya sudah mencecah 32 tahun, kehidupannya bagaikan seorang bayi gara-gara diserang demam panas dan sawan ketika berusia enam bulan.
Bagi Mahani Hashim @ Hasin, laungan takbir raya pada pagi 1 Syawal mungkin tidak memberi sebarang makna kepadanya yang diselubungi kecacatan kekal.
Segala urusan kehidupan hariannya juga terpaksa diuruskan oleh ibunya, Jalilah Yaacob, 46, kerana Mahani hanya mampu terlantar.
Anak sulung daripada tiga beradik itu tidak mampu bergerak dan bercakap seperti insan normal lain malah tidak mengerti suasana kemeriahan dan persiapan raya yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi.
Menurut Jalilah, anak daripada perkahwinan pertamanya itu mengalami kecacatan sejak berusia 6 bulan selepas menghidap demam panas dan diserang sawan.
"Anak saya telah menjalani rawatan dan menerima sebanyak 84 kali suntikan, selain air tulang belakangnya diambil untuk kajian dan pemeriksaan bagi mengenal pasti penyakitnya.
"Ketika dilahirkan, anak saya normal tetapi lama kelamaan dia sering mengalami kekejangan, kemudian fizikalnya berubah menjadi keras sehingga pergerakannya terbatas dan berbaring setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mutiara di sini, hari ini.
Menurutnya, kecacatan Mahani tidak dapat dipulihkan lagi kerana doktor memaklumkan kuman dipercayai telah merebak ke bahagian otaknya sehingga mengganggu saraf dan menjadi cacat.
"Namun, sebagai ibu yang melahir dan membesarkannya, saya reda dengan ujian Allah walaupun sedih dan terharu setiap kali tiba Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Jalilah memberitahu, ketika dia keluar membantu suaminya, Mohd. Zauri @ Mohd. Zahari Mat Husin, 47, berniaga di bandar Jerantut, dia terpaksa meninggalkan Mahani di rumah di bawah jagaan anak-anaknya yang lain.
"Walaupun berat meninggalkan rumah, saya terpaksa keluar berniaga membantu suami, kerana kami memerlukan perbelanjaan menampung persekolahan anak dan keperluan di rumah.
"Ini ditambah dengan beban perbelanjaan membiayai perubatan dan kebajikan Mahani, iaitu menyediakan lampin pakai buang dan makanan khas," katanya.
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri ujarnya, tidak ada kuih muih dihidangkan kerana urusan kebajikan Mahani perlu diberi keutamaan.
Jalilah bagaimanapun bersyukur dan berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 untuk membantu Mahani sejak dua tahun lalu bagi meringankan bebannya.
"Namun, anak saya tidak pernah menerima bantuan lain seperti yang dinikmati oleh orang kurang upaya (OKU) iaitu wang zakat dan sumbangan yang sesuai dengan penderitaan yang dialaminya," katanya.
Sehubungan itu, dia memohon pihak tertentu menyenaraikan anaknya di bawah kategori OKU yang layak menerima bantuan.
"Saya menagih harapan agar pihak berkaitan membantu meringankan beban penderitaan anak ini kerana pendapatan harian kami sangat kecil untuk menguruskan perbelanjaan keluarga," katanya.

Waran tangkap tiada tarikh luput




VASU menunjukkan contoh surat sepina. Keengganan mematuhi arahan sepina seringkali mengakibatkan proses keadilan tergendala.


WARAN tangkap yang dikeluarkan berikutan kegagalan beberapa selebriti seperti Badrul Muhayat, Ako Mustapha dan Raja Azmi Raja Sulaiman hadir perbicaraan di mahkamah menyingkap fenomena betapa segelintir individu di negara ini mengambil mudah sepina atau surat yang meminta seseorang hadir sebagai saksi di mahkamah.
Hingga kini, menurut Pegawai Pentadbiran Mahkamah Sesyen/ Majistret Ampang Jaya, Asisten Superitenden Dr. Vasu Appu, ramai yang tidak menyedari implikasi sepina.
Waran tangkap bermula apabila mahkamah mengeluarkan sepina supaya individu terbabit hadir ke mahkamah pada tarikh perbicaraan.
Penerima harus menandatangani notis tersebut dengan satu salinan disimpan oleh pihak pendakwa raya.
“Menandatangani sepina tersebut bermaksud penerima bersetuju untuk hadir ke mahkamah.
“Di bawah notis tersebut juga secara jelas tertulis, penerima wajib hadir dan jika tidak, tindakan akan diambil,” kata Vasu.
Vasu menjelaskan, terdapat perbezaan antara proses pengeluaran waran tangkap bagi individu yang menjadi saksi dan orang kena tuduh (OKT).
Bagi saksi, sepina akan dikeluarkan sebanyak tiga kali sebelum waran tangkap digunakan.
Bon
Untuk OKT pula, ia tidak membabitkan sepina tetapi bergantung pada jumlah bon yang ditetapkan oleh mahkamah.
Merujuk kes Raja Azmi, Vasu berkata walaupun Raja Azmi hanyalah saksi bagi satu kes sivil, ketidakhadiran beliau ke mahkamah mengakibatkan waran tangkap dikeluarkan.
“Apabila dikenakan waran tangkap, nama individu tersebut akan berada di dalam pangkalan data polis secara automatik.
“Tangkapan akan dibuat serta-merta sebaik sahaja individu terbabit dikesan dan dia akan dirujuk segera ke mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap tersebut,” jelas Vasu.
Waran tangkap dikeluarkan pada hari yang sama prosiding dijalankan.
Lebih menarik, ia tidak mempunyai tarikh luput dan berkuat kuasa selagi mahkamah belum memutuskan untuk melucutkan waran tangkap tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan waran tangkap terhadap penerbit filem ...Dalam Botol itu kerana kegagalannya hadir pada 12 Julai lalu yang menyebabkan prosiding mahkamah terganggu sekali gus mengakibatkan kelewatan perbicaraan kes tersebut.
Sepina untuk memaklumkan kehadirannya ke mahkamah telah diserahkan pada 9 Julai lalu, pukul 8.15 malam yang diletakkan di bonet kereta Mercedez Benz B170 bernombor pendaftaran WRC 9945 selepas Raja Azmi dikatakan enggan menerimanya.
Kereta berkenaan ketika itu berada di tempat letak kereta Hotel Flamingo, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, iaitu tempat majlis perkahwinan kali kedua pemain badminton negara, Roslin Hashim, 35, bersama Norhayati Othman, 38, berlangsung.
KES Raja Azmi secara tidak langsung mendedahkan sikap memandang remeh masyarakat terhadap sepina dan waran tangkap.


Alasan
Bagi Raja Azmi, penahanannya di lokap mendidik dirinya agar mematuhi undang-undang.
Dalam pengakuannya kepada Kosmo! sebelum ini, Raja Azmi berkata beliau telah membuat kesilapan apabila tidak mengambil peduli hal undang-undang dan penjara.
Menurut Vasu, kebanyakan waran tangkap membabitkan kes kecurian kenderaan bermotor dengan 75 peratus melibatkan saksi atau pengadu kecurian motosikal dan kereta.
“Ini terjadi kerana kebanyakan pengadu telah menjumpai semula kenderaan mereka atau sudah mendapat pampasan insurans, jadi mereka rasa tidak perlu lagi hadir ke mahkamah” kata Vasu.
Dalam kes OKT, adalah menjadi tanggungjawab penjamin untuk memastikan individu tersebut hadir ke mahkamah setiap kali prosiding diadakan.
Kata Vasu, sekiranya gagal, penjamin tersebut akan dipanggil oleh majistret untuk memberi penjelasan.
“Penjamin perlu memberi alasan munasabah dengan disertakan bukti agar wang jaminan tidak dirampas oleh mahkamah.
“Ini semua termaktub di bawah Seksyen 404, prosedur mengenai pelucutan bon,” Vasu memberi amaran.
Beliau menambah, prosedur pengeluaran sepina dan waran tangkap mahkamah sivil dan syariah adalah sama.
Tegasnya lagi, banyak implikasi yang timbul jika sepina tidak diendahkan oleh penerima.
Bukan saja mereka menjadi buruan pihak berkuasa, individu terbabit juga boleh dianggap menghina mahkamah.
“Banyak alasan yang diterima berikutan kegagalan saksi hadir di mahkamah.
“Yang paling popular ialah mereka tidak ingat tarikh perbicaraan, sakit atau tidak menerima sepina.
“Ini jelas menunjukkan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab dalam menegakkan keadilan,” kata Vasu kesal.

Izzah kena hati-hati keluar kenyataan berkaitan Melayu



KUALA LUMPUR 4 Sept. - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diminta lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang melibatkan hak istimewa orang Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana hak istimewa yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu merupakan 'jantung' kepada Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, kata beliau, sebarang kenyataan yang tidak tepat mengenai perkara itu boleh dikategorikan sebagai cubaan untuk menghasut.
"Negara ini sama sekali tidak boleh disamakan dengan Amerika Syarikat terutama daripada aspek pembinaan negara bangsa.
"Amerika Syarikat dibangunkan atas dasar perang saudara dan perbezaan warna kulit manakala Malaysia berasaskan kepada kontrak sosial," katanya.
Beliau ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan hari raya anjuran Pergerakan belia India Muslim Malaysia (Gepima) di Surau An-Nur, Taman Koperasi Polis Fasa 1 di sini hari ini.
Hadir sama Pengasas dan Penasihat Gepima, Mohamed Khatir Ali serta Pengerusi Surau An-Nur, Razak Hashim.
Pada majlis itu, Mohd. Puad turut menyampaikan bantuan hari raya kepada 200 anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta golongan fakir miskin sempena sambutan hari raya ini