Sunday, November 11, 2012

Helikopter terhempas ragut 17 nyawa

ANKARA - Sebuah helikopter tentera Turki terhempas sehingga meragut semua anggotanya ketika operasi membabitkan puak Kurdish, semalam.

Pihak berkuasa berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku di kawasan pergunungan Pervari daerah Siirt.

"Kejadian berlaku disebabkan kabus tebal hingga menghadkan jarak penglihatan," katanya.

Sementara itu, gabenor wilayah, Ahmet Aydin mengesahkan kejadian  itu berlaku berhampiran kubu kuat Parti Buruh Kurdistan (KWP).

Stesen televisyen tempatan melaporkan, seramai 17 askar berkenaan berada di kawasan itu bagi menjalankan operasi terhadap kumpulan pemberontak Kurdistan yang semakin meruncing sejak enam bulan lalu.

Serangan tercetus sejak 1980-an, melibatkan tuntutan terhadap hak-hak puak Kurdish termasuk kawasan autonomi di tenggara negara itu. - AP

Iraq batal perjanjian senjata RM13 bilion

Iraq batal perjanjian senjata RM13 bilion - Global - Sinar Harian: "BAGHDAD - Iraq membatalkan pakej perjanjian senjata bernilai AS$4.2 bilion (RM13 bilion) dengan Rusia selepas mengesyaki ada unsur rasuah, menurut jurucakap Perdana Menteri Nuri al-Maliki, semalam.

Ali Mussawi berkata, Perdana Menteri memutuskan untuk menjalankan siasatan dan mengkaji semula seluruh isi kandungan perjanjian itu.

Bagaimanapun, Mussawi tidak memberi butiran lanjut sama ada Iraq akan memulakan rundingan baru bersama Moscow selepas siasatan itu selesai.  - AFP"

'via Blog this'

Beri etnik Rohingya hak kerakyatan




11 November 2012
Beri etnik Rohingya hak kerakyatan
PBB gesa Myanmar beri hak kewarganegaraan kepada etnik Rohingya. - Foto: Reuters
Navi Pillay
Navi Pillay - Foto: Reuters
NUSA DUA - Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay, kelmarin, menggesa Myanmar memberi kerakyatan kepada penduduk Islam Rohingya, berikutan konflik etnik yang semakin meruncing di barat negara itu.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diselesaikan segera dan undang-undang di Myanmar perlu dikaji semula kerana etnik Rohingya dikecualikan daripada proses pembaharuan negara tersebut.

"Undang-undang kewarganegaraan perlu diselaraskan untuk memastikan penduduk Rohingya mendapat hak sama rata sebagai penduduk sah negara tersebut," katanya lagi semasa di Forum Demokrasi di Bali.

Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa jika keganasan tersebut berterusan ia akan menghalang usaha pembaharuan Myanmar untuk menjadi sebuah negara demokrasi.

Rabu lalu, pihak berkuasa di Rakhine memaklumkan mereka mula membuat proses pengesahan taraf kerakyatan ke atas penduduk Islam di negeri itu.

Difahamkan, individu gagal mendapat hak tersebut akan dihantar ke negara lain.  - AFP

Terlalu gemuk untuk jalani hukuman mati

myMetroTerlalu gemuk untuk jalani hukuman mati: "OHIO: Doktor seorang banduan yang menanti hukuman mati memberitahu mahkamah di sini semalam, pesakitnya terlalu gemuk untuk menjalani suntikan maut dan kerana itu tidak boleh menjalani hukuman berkenaan.

“Kerana tidak mempunyai vena pada lengan, tangan atau kaki untuk disuntik kerana terlalu gemuk, dia tidak boleh menjalani hukuman mati,” kata Doktor Sergio Bergese. Ronald Post, 53, sepatutnya menjalani hukuman itu pada 16 Januari depan atas kesalahan membunuh seorang kerani hotel, Grance Vantz pada 1983.


Post, 53, yang seberat 270 kilogram mahukan mahkamah membatalkan hukuman itu atas alasan berat badannya akan menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat ketika menjalani proses berkenaan.

Menurut Bergese, Post juga mempunyai parut pada lengan kiri dan kanannya akibat cubaan membunuh diri. Parut berkenaan menyebabkan dia tidak boleh disuntik.


Sementara itu, waris mangsanya yang mendesak pihak berkuasa meneruskan hukuman itu, menyifatkan alasan Post sebagai jenaka. - Agensi"

'via Blog this'

17 tentera Turki maut

myMetro17 tentera Turki maut: "ANKARA: Media Turki melaporkan 17 anggota tentera negara itu terbunuh dalam kemalangan helikopter, semalam.

Kemalangan berlaku di tenggara negara itu.


Rangkaian televisyen Channel 24 memetik Gabenor wilayah Siirt, Ahmet Aydin sebagai berkata, helikopter terbabit terhempas di daerah Pervan.

Laporan lain menyatakan, kejadian berlaku dalam kabus tebal di kawasan pergunungan di daerah terbabit.


Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan. Pejuang Kurdis dikatakan aktif di kawasan berkenaan.


Tentera Turki melancarkan operasi untuk mengusir pejuang berkenaan sejak beberapa bulan lalu. - AP"

'via Blog this'

Pembinaan penempatan haram oleh Israel langgar undang-undang antarabangsa

KUALA LUMPUR - Malaysia mengulangi pendirian sekian lama bahawa pembinaan penempatan haram oleh Israel di tanah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa.

Sekiranya Israel komited dalam mencari penyelesaian kepada masalah Palestin, maka penempatan ini perlu diroboh dan tiada penempatan haram yang baru  dibina semula di atas tanah Palestin.

Pendirian negara itu dibangkitkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff dalam laporan jawatankuasa khas bagi menyiasat amalan Israel yang menjejaskan hak asasi manusia rakyat Palestin dan warga Arab lain di wilayah yang didudukinya.

Laporan itu dibentangkan pada Jawatankuasa Keempat Sesi ke-67 Perhimpunan Agung PBB di New York, Jumaat.

Teks ucapannya diterima Bernama hari ini.

Hussein berkata apa yang menggemparkan ialah dalam tempoh antara 1 Januari dan 1 Julai tahun ini, sebanyak 378 struktur yang dibina oleh rakyat Palestin telah dirobohkan dan tahun lepas sahaja, sebanyak 222 buah rumah penduduk Palestin dimusnahkan di Tebing Barat.

"Undang-undang antarabangsa tidak mempunyai makna kepada Israel. Dasar aktif menyokong dan membina penempatan haram diteruskan dengan 500,000 rakyat Israel tinggal di 150 penempatan baru di wilayah diduduki. Situasi itu akan terus menjejaskan usaha untuk memulakan semula Rundingan Damai.

"Tanpa Rundingan Damai semula, sebarang harapan untuk melihat keamanan kekal semakin terhakis. Kita tidak boleh berdiam diri manakala rakyat Palestin terus menderita.

"Malaysia sekali lagi menggesa Perhimpunan Agung untuk mengambil langkah baru bagi menangani rekod Israel yang enggan berkerjasama dengan PBB termasuk ingkar dan mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung," kata Hussein.

Beliau berkata Israel, sebagai kuasa penjajah, mesti menanggung tanggungjawab terhadap keselamatan orang awam Palestin di bawah undang-undang antarabangsa terutama dalam Konvensyen Geneva Keempat.

Katanya Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan mesti mengambil langkah yang wajar bagi memastikan Israel melindungi orang awam di wilayah yang didudukinya.

Dalam hal ini, katanya Malaysia menggesa Israel menghentikan penahanan sewenang-wenangnya rakyat Palestin dan segera menarik balik sekatan haram di Semenanjung Gaza bagi membolehkan aliran segera bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusian. - Bernama

Israel kekal negara dipandang 'amat negatif'

LONDON - Israel kekal menjadi salah satu negara di dunia paling negatif dari segi persepsi masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi di Eropah, negara-negara Islam dan rantau Asia.
Menurut BBC Country Poll, majoriti 17 daripada 22 negara meletakkan Israel dalam kategori itu dengan sedikit peningkatan berbanding 2012.
Kira-kira 24,090 orang seluruh dunia mengambil bahagian dalam kajian kali ini.
Seramai 50 peratus responden setuju negara Yahudi itu setanding negatif dengan Korea Utara dan hanya di belakang Iran (55 peratus) dan Pakistan (51 peratus).
Hanya majoriti di Amerika Syarikat, Nigeria dan Kenya melihat Israel secara positif.
Mereka menilai Israel mempunyai pengaruh negatif kerana dasar luar negara itu yang amat buruk dan kebanyakan yang mengaitkan dengan ciri negatif hanya merujuk kepada budaya dan tradisi negara Yahudi itu.
Di negara-negara Kesatuan Eropah (EU), persepsi negatif Israel meningkat, di Sepanyol (74 peratus) dan Perancis (65 peratus). Di Jerman dan Britain, persepsi kekal seperti tahun 2011, pada 69 peratus dan 68 peratus.
Di kalangan penduduk negara Islam, Mesir mempunyai pandangan yang paling negatif terhadap negara Yahudi itu dengan 85 peratus memihak soalan berkenaan.
Responden negara itu mempunyai pandangan yang paling negatif berbanding dengan 22 negara yang mengambil bahagian.
Australia dan Kanada juga mempunyai pandangan pesimis yang tinggi  terhadap Israel iaitu kira-kira  65 peratus dan 59 peratus.

Presiden Syria: 'Bukan perang saudara, tapi perang proksi'

Presiden Bashar al-Assad

Presiden Syria, Bashar al-Assad
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad menegaskan negara itu tidak berhadapan dengan perang saudara, tetapi "keganasan proksi" yang disebabkan oleh campur tangan asing.
Malah Bashar juga berkata, beliau tidak menyesal dengan sebarang keputusan yang dibuatnya sejak berlaku pemberontakan 20 bulan lalu.
Katanya, beliau yakin akan kekal menerajui Syria sehingga 2014.
Bashar berkata, Syria sedang menghadapi keganasan melalui proksi iaitu merujuk kepada sokongan asing menentang rejim beliau.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual khas, semalam.
Dengan konflik yang semakin meruncing, lebih 5,000 warga Syria cuba masuk ke sempadan Turki bagi menyelamatkan diri dari belenggu keganasan dan menurut pegawai dari Turki, penghijrahan itu meningkatkan lagi bilangan pelarian Syria sehingga 120,000 orang.
Konflik Syria bermula sejak Mac tahun lalu akibat protes terhadap pemerintahan Bashar tetapi konflik meruncing kerana berlaku pertumpahan darah dan berubah menjadi perang saudara.
Aktivis antikerajaan mengatakan setakat ini lebih 36,000 orang terbunuh termasuk beribu-ribu tentera kerajaan manakala beratus ribu rakyat Syria melarikan diri ke Jordan, Turki, Mesir, Lubnan dan Iraq.
“Kami tidak menghadapi perang saudara pun. Ia hanya keganasan dan sokongan yang datang dari luar negara untuk menjejaskan kestabilan Syria,”  kata Bashar dalam satu temu bual dengan televisyen Rusia.
“Ini merupakan perang baru, keganasan melalui proksi, sama ada yang tinggal di Syria atau pejuang asing yang datang dari luar negara.
"Jadi ia merupakan gaya perang baru dan kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan ia akan mengambil masa untuk diselesaikan,” ujarnya.
Beliau turut mengakui yang tenteranya sedang berjuang menghadapi perang yang sukar.
“Saya boleh memberitahu anda dalam masa beberapa minggu, kita boleh menyelesaikan segala-galanya,” tegasnya.
Ketika ditanya adakah beliau kesal dengan keadaan yang berlaku ketika ini, beliau menjawab, “bukan sekarang."

Misteri lelaki hilang terjawab


SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
10 November 2012
Abd Ghani Abdullah
Asiah mencium pipi suaminya, Abd Ghani sambil dikelilingi anak-anaknya. Abd Ghani hilang selama dua hari setelah dikatakan 'diganggu' lembaga hitam.
ALOR GAJAH - Misteri kehilangan seorang lelaki yang meninggalkan keretanya dalam keadaan mencurigakan di tebing tali air Sungai Malim, Selasa lalu terungkai apabila dia selamat pulang ke rumahnya, di Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak, petang kelmarin.
Menurut Abd Ghani Abdullah, 52, dia dihantar pulang setelah dipulihkan oleh seorang kenalan yang menemuinya dalam keadaan separuh sedar akibat terjatuh di tepi sungai, Isnin lalu.
Menceritakan semula detik- detik cemas yang dilaluinya, Abd Ghani berkata, segalanya bermula ketika dia sedang duduk di atas kerusi batu di situ sambil menunggu rakannya yang berjanji untuk memancing bersama.
“Sambil menunggu kawan saya sampai, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena apabila bulu roma berdiri. Ketika itu hari sudah senja kerana saya keluar rumah pun sudah melewati jam 6.45 petang.
“Tiba-tiba satu lembaga hitam bertubuh besar datang dari arah belakang dan cuba menolak saya, namun nasib baik saya sempat elak dan terjatuh ke tepi,” katanya.
Abd Ghani yang merupakan seorang pekerja kontrak berkata, dia berada dalam keadaan separuh sedar sebaik sahaja terjatuh.
“Apa yang saya tahu, dalam keadaan mamai itu, saya dihampiri seorang kenalan yang kemudian membawa saya menaiki motosikal pulang ke rumahnya,” katanya yang mendakwa dirinya pengsan selepas itu sehinggalah jam 10 keesokan paginya.
Apabila terjaga, katanya, dia terus bertanya kepada rakannya itu apa yang telah berlaku.
“Kenalan saya itu beritahu saya berada di rumahnya di Taman Merdeka. Katanya, dia dah keluarkan 'benda kotor' dalam badan saya.
“Kira-kira jam 1.20 petang, saya yang sudah pulih sepenuhnya dihantar pulang ke rumah.
Saya memang tak dapat nak menghubungi keluarga kerana telefon bimbit saya kehabisan bateri,” katanya.
Menurut bapa kepada empat anak itu, selama ini dia memang tidak minat memancing namun pada hari tersebut dia pergi ke tebing tali air Sungai Malim bagi memenuhi permintaan rakannya.
Sementara itu, isterinya, Asiah Abdullah, 48, berkata, dia yang berada di dalam rumah petang kelmarin terkejut dengan jeritan anak-anak yang memberitahu ayah sudah pulang.
“Saya bersyukur dan ternyata Allah memakbulkan doa kami sekeluarga yang tidak henti-henti solat Hajat.
“Apa yang penting, suami saya selamat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, kes yang diklasifikasikan sebagai orang hilang itu kini telah selesai.
“Kes lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditutup selepas dia pulang ke rumahnya, tengah hari semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan kehilangan Abd Ghani selepas seorang pekerja pasar borong, Wan Sulaiman Wan Zaid, 29, menemui keretanya di tebing sungai dengan kedua-dua pintu depan terbuka dan kunci masih berada dalam kenderaan itu.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Wan Sulaiman cuba mencari maklumat dengan menghubungi pemilik kenderaan sebelum bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada seorang penjaga kawasan berdekatan, lalu menghubungi polis

Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis



NURUL NAZRAH NAZARUDIN
10 November 2012
Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis
Mangsa bersama Chiek Tuan menunjukkan laporan polis di pejabat MCA, Bukit Mertajam.
[DIKEMAS KINI] BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran  pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.
Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.

Anggota polis keliru status diri


WARTAWAN SINAR HARIAN
11 November 2012
Anggota polis keliru status diri
Surat yang dikeluarkan oleh Bukit Aman
KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.

Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi.

Dia terkejut dan kecewa apabila  permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi.

Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980.

Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara.

“Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya.

Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman.

"Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan,” katanya.

Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM.

"Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya

Cubaan lelong diri tak dapat sambutan



2012/11/11 - 05:45:52 AM Cetak Emel Kawan
 
Tokyo: Ketika kebanyakan pengguna di dunia menggunakan web lelongan eBay selama 10 tahun atau lebih, Jepun kekal satu daripada segelintir negara di mana laman itu tidak popular.

Yahoo! Auctions, satu perkhidmatan diperkenalkan pada 1998, kini semakin menjadi pilihan di Jepun, Taiwan dan Hong Kong serta menerima jumlah kunjungan luar biasa setiap hari.
Iklan aneh

Laman itu mendedahkan bagaimana seorang lelaki, baru-baru ini melelong tengkorak manusia, diikuti pengiklanan aneh seorang individu untuk menjual tanah didakwa diwariskan oleh Tuhan.

Minggu ini, seorang lelaki 22 tahun mengiklankan dirinya untuk dilelong dalam kategori perkhidmatan sewaan, bermula dengan harga 8,000 yen (RM306.87) selama 24 jam.

Tidak seperti wanita Brazil yang melelong kedaraannya beberapa minggu lalu, lelaki muda itu tidak membuat apa-apa syarat berkaitan fantasi seksual, dan mendakwa hanya ‘menyewakan’ dirinya (tidak termasuk kos menaiki kenderaan).

Personaliti ceria
Pelelong itu menggambarkan dirinya sebagai mempunyai personaliti ceria, positif selain mahir mengambil gambar dan melukis.

Dalam ruangan ‘keadaan, dia menyenaraikan dirinya sebagai ‘digunakan’. Namun, apa yang sebenarnya boleh dilakukan seseorang dengan budak lelaki yang disewa selama sehari?

“Saya mungkin, sebagai contoh, membantu tugas anda atau mengemas rumah, atau malah mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan atau hanya memainkan peranan menjadi rakan anda selama sehari; tolong jadi kreatif dalam memutuskan apa yang boleh dilakukan dengan saya!” - Agens

Petraeus mengaku hubungan sulit

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR fail 1 Februari 2009 menunjukkan Jeneral David Petraeus bersama isterinya, Holly sebelum menonton perlawanan bola sepak Amerika di Tampa Florida.



WASHINGTON - Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus bertindak meletak jawatan secara mengejut kelmarin selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Petraeus yang merupakan bekas seorang jeneral pernah mengetuai kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan.
Menurut beberapa pegawai AS, hubungan sulit tersebut terbongkar semasa satu siasatan dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka berkata, Petraeus menjalinkan hubungan sulit bersama penulis biografi dan pegawai unit simpanan tentera AS, Paula Broadwell.
Wanita itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pakar radiologi, Dr. Scott Broadwell dan memiliki dua anak lelaki iaitu Lucien dan Landon.
Dua pegawai yang terlibat dalam siasatan tersebut memberitahu, skandal mereka terbongkar apabila pihak FBI memantau e-mel Petraeus susulan aduan bahawa Broadwell mempunyai akses kepada akaun e-mel peribadinya.
Peletakan jawatan Petraeus sekali gus mengejutkan unit perisikan Washington dan komuniti politik ekoran beliau sebelum ini dianggap sebagai antara jeneral AS yang terbaik.
Petraeus yang mencecah usia 60 tahun pada Rabu lalu memberitahu pegawai-pegawai CIA dalam satu kenyataan bahawa beliau menemui Presiden Amerika Syarikat di White House di sini pada Khamis lalu dan meminta untuk dibenarkan untuk meletakkan jawatan.
Peletakan jawatannya diluluskan oleh Obama kelmarin.
"Petraeus memberitahu stafnya bahawa dia tersilap membuat penilaian dalam hubungannya dengan Broadwell.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," katanya.
Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.
Tempat Petraeus kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah CIA, Mike Morell sebelum pengganti beliau diumumkan. - Agensi

'via Blog this'