Thursday, June 17, 2010

Isteri Mohamad Sabu dirompak

Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam cawangan Pusat Bandar Shah Alam.

Menurut Harakahdaily, anak kedua Mohamad, Nurul Huda memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.

"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," kata beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.

Disebabkan rompakan itu, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.

"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," katanya.

Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.

Beliau sekarang di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza.

Anwar Tetap Dedah Klip Video RM2 Juta

Harakah DailyOleh Dzulfikar Mashoor
Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.
“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok…kamu diam,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.
Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.
Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.
Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.
Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.
“Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM,” tegasnya.
Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Isteri Mohamad Sabu dirompak



Jun 17, 10 7:10pm
Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam cawangan Pusat Bandar Shah Alam.

Menurut Harakahdaily, anak kedua Mohamad, Nurul Huda memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.

"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," kata beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.

Disebabkan rompakan itu, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.

"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," katanya.

Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.

Beliau sekarang di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza.

Dua juta blogger bukti media massa tempatan bebas - Rais



17/06/2010 3:01pm

KUALA LUMPUR 17 Jun — Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di sini bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.
"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.
"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini,” katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.
Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio. - Bernama

Rayuan Tian Chua ditolak, hukuman dipinda



17/06/2010 5:01pm

KUALA LUMPUR 17 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terhadap sabitan salah atas tuduhan mencederakan seorang anggota polis.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Ghazali Cha meminda hukuman sebelum ini iaitu daripada penjara enam bulan dan denda RM 3,000 kepada denda RM2,000 dan penjara dua bulan jika beliau gagal membayar denda. - Utusan

Anwar: Bukan Masa Tunjuk Bukti Anggota Pkr Keluar Ditawar RM2 Juta



KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicabar menunjukkan bukti bahawa anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti ditawar RM2 juta seperti yang didakwanya, berkata beliau tidak akan membuat demikian buat masa ini.

Katanya beliau hanya akan mengemukakan bukti setelah kerajaan mengambil tindakan terhadap isu-isu lain yang telah dikemukakannya.

"Saya akan keluarkan (bukti) pada ketikanya, saya akan tetapkan masanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas cabaran Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim supaya beliau membuktikan dakwaan kononnya wakil rakyat PKR telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.

Zahrain adalah antara beberapa wakil rakyat daripada PKR yang keluar daripada parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar yang merupakan penasihat PKR.

Mengenai satu lagi dakwaan Zahrain kononnya beliau cuba menyembunyikan skandal penyebaran video seks melibatkan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR, Anwar menafikan pernah menonton atau memiliki video itu.

"Nak layan apa, saya tidak ada video itu. Kalau saya ada saya akan dedahkan. Tetapi tiada buktipun bahawa saya ada. Dia tidak patut buat ini, ia tidak beretika dan tidak boleh diterima," katanya.

Zahrain yang turut mengadakan sidang media selepas itu berkata penafian Anwar itu tidak mengejutkannya.

"Kalau dia nak nafi, biasalah, itu dia punya kelebihan. Saya sanggup bersumpah yang Anwar pernah kata dalam satu taklimat bahawa dia bukan sahaja pernah tengok gambar tapi video (wanita) itu," katanya.



-- BERNAMA

Lepas ni ada yang akan ditangkap dan dituduh militan


Jawatankuasa khas bincang isu kegiatan militan

17/06/2010 4:59pm

PUTRAJAYA — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membincangkan isu berhubung penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata melalui jawatankuasa itu, semua pihak berkaitan dapat mengadakan perbincangan secara berkala serta mengenal pasti peranan masing-masing dalam membendung kegiatan itu.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga penting bagi mengelakkan masalah itu daripada berlarutan sehingga memberi ancaman kepada negara.
"Kementerian akan terus bekerjasama dengan polis bagi mengekang masalah ini daripada terus berlanjutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemasaran Pengajian Tinggi 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, satu pertemuan antara pegawai-pegawai kanan IPT dan polis bakal diadakan minggu depan dan ia secara tidak langsung dapat menentukan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh IPT dalam membantu polis. — Bernama

Setelah Kikis Duit Petronas , Dana Felda Pula Jadi Mangsa


Oleh Angkasanuri
Saya tidak terkejut apabila kerajaan 1Malaysia mengumumkan bahawa dana Felda merosot kira-kira RM 2 bilion. Mungkin ramai yang tak menyedari bahawa, Felda merupakan GLC kedua terkaya selepas Petronas. Jadi tak pelik kenapa dan mengapa Perdana Menteri 1Malaysia begitu tertarik dan teruja dengan Felda.


Salah seorang ahli keluarga saya yang merupakan top 5 di Felda memberitahu pentadbiran dan pengurusan Felda selama ini merasa kurang senang apabila dana Felda sering digunakan kononnya untuk menyuntik aliran modal dan membantu ekonomi negara.

Perdana Menteri selama ini dilihat kononnya sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat dengan Felda. Malah media sering menggambarkan bahawa beliau merupakan penerus kesinambungan bapanya yang bertanggungjawab untuk mengasaskan dan menubuhkan Felda. Rupa-rupanya itu semua cuma lakonan untuk mengkaburi pandangan umum.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menjadi contoh terdekat bagaimana dana Felda digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional untuk merasuah pengundi.

Situasi ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi cuma baru kini didedahkan, itupun apabila melibatkan penyusutan jumlah dana yang bernilai bilion ringgit. Jika Umno BN dibiarkan terus berkuasa Dana Felda bukan hanya akan susut RM 2 bilion mungkin selepas ini habis segala aset harta dan tanah milik Felda akan tergadai dan dijual.http://angkasanuri.blogspot.com/