Saturday, November 17, 2012

Israel Siap Sedia Berperang Dengan Hamas Setelah Serangan Udara Gagal


Terkini 5.am waktu Malaysia. Tentera Israel dan pasukan kereta kebal dikerah ke arah sempadan Gaza hari ini. Kerajaan Israel meluluskan panggilan ke atas Pasukan tentera simpanan memandangkan serangan udara gagal untuk menghentikan serangan roket yang dilancar dari wilayah dikawal Hamas.

Sasaran perta
ma serangan udara Israel adalah kepada Ahmed Jabari, ketua sayap ketenteraan Hamas dari briged Ezzedeen al-Qassam. Ia diikuti oleh siri gelombang serangan udara terhadap pejuang Hamas lain, bangunan, dan pengkalan terutamanya pengkalan yang dipercayai melancarkan serangan roket terhadap Israel termasuk roket jarak jauh Fajr buatan Iran yang berkemampuan menggegar Tel Aviv.

Dalam pada itu Mesir telah memanggil pulang dutanya dari Israel sebagai bantahan kepada serangan yang membunuh 13 orang rakyat Palestine.

Tindakan itu juga menurut pandangan wasukalu adalah satu petanda awal putusnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Jangkaan itu dibuat berdasarkan fakta bahawa Hamas adalah salah satu sayap dalam Ikhwanul mukminin yang kini memerintah Mesir.

Semalam Hamas dan beberapa pasukan pejuang lain telah membedil Selatan Israel dengan tidak kurang 200 roket yang mengakibatkan tiga rakyat Israel mati. Kematian itu merupakan yang pertama di pihak Israel dalam persengketaan kali ini.

suasana di Gaza akibat pengeboman Israel

PENGKEBUMIAN JENAZAH AHMED JABARI KORBAN PEMBUNUHAN KEJAM ISRAEL.



Warga Palestin memberikan penghormatan terakhir dan mengucapkan selamat tinggal kepada jenazah Ahmed Jabari, Ketua Sayap Tentera Pergerakan Hamas, AL-QASSAM semasa majlis pengebumiannya di Bandar Gaza semalam pada 15 November 2012.posted by omak kau!!!!
 

AL-QUDS

AL-QUDS - Sekelompok pasukan zionis Israel telah menaikkan bendera Israel setinggi tiga meter di dalam Masjid Al-Aqsa dan mereka telah mengambil gambar, seperti dilaporkan PIC.

Azzam Al-Khatib, Pengarah Badan Wakaf di Al-Quds berkata kira-kira 160 tentera zionis dari pasukan khusus dengan provokatif telah menaikkan bendera Israel di dalam Masjid suci umat Islam itu.

Al-Khatib menambah, salah sa
tu penjaga Masjid Al-Aqsa meminta kepada pasukan zionis itu untuk menurunkan bendera Israel dan menyuruh mereka keluar dari lingkungan Al-Aqsa, tetapi mereka menolak dan bertindak mencacinya.

Ini merupakan tindakan provokasi dan penghinaan terhadap umat Islam, khususnya umat Islam Palestin.

Al-Khatib menekankan bahawa insiden tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak penjajahan Israel atas Al-Quds
 

TERKINI! Pejabat PM Palestin Dibom Rejim Israel!



Ini maklumat terbaru berhubung serangan tentera rejim Israel!

Pejabat perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh sebentar tadi telah dibom tentera rejim Israel laknatullah yang terus melancarkan serangan yang masuk hari keempat berturut-turut.

Pejabat itu juga menempatkan ibu pejabat operasi Hamas, pemerintah Palestin sejak memenangi pilihanraya pada 2007.

Difahamkan Ismail tidak berada di pejabatnya ketika serangan menggila itu dilancar menggunakan roket jarak jauh.

Semalam, roket tentera rejim hampir mengenai kediaman Ismail kurang 30 meter dari kawasan rumahnya menyebabkan penjana elektrik bergerak meletup tetapi tiada yang cedera.

Roket tersebut dilancarkan dari laut menggunakan kapal perang yang sudah bersiap sedia menunggu arahan untuk dilepaskan.

Ketika ini, pejabat Ismail dibedil teruk dan kerosakan yang dilihat setakat ini sangat membimbangkan.

Setakat ini, lebih 36 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam serangan bertali arus rejim yang diketuai perdana menterinya, Benjamin Netanyahu.

Semalam, pejuang Al Qassam menggempur pejabat Netanyahu dan parlimen Israel, Knesset menyebabkan seluruh ahli parlimen rejim lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing dengan berlindung di bawah kubu kebal yang dibina khas sekiranya berlaku serangandi semenanjung tanah Palestin itu.

Sementara itu, Presiden Mesir, Muhammad Mursi akan bergerak ke Semenanjung Gaza bersama-sama dengan tentera negara itu membantu pejuang Palestin mempertahankan tanah air mereka.

Israel pula meluluskan usul menggempur kesemua tanah milik rakyat Palestin dengan mengarahkan 75 ribu tentera rejim bersiap sedia untuk mara ke selatan dari Tebing Barat.

Laporan terkini menyebut, keadaan kini kelam kabut dengan beberapa lagi nyawa melayang akibat serangan yang dilancarkan ke atas pejabat Ismail sebentar tadi.

Seorang ahli parlimen rejim menyatakan bahawa Ismail mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun, menunjukkan bahawa rejim sudah tidak berminat dengan perjanjian damai tajaan Washington yang kini menyokong Israel melancarkan serangan kunun bagi mempertahankan negara haram itu.

Perang terbaru ini meningkatkan ketegangan di Semenanjung Arab termasuk di Syria yang terang-terang disokong Netanyahu kerana berani membunuh penduduknya sendiri tanpa belas kasihan.

JALAN PULANG

Dua bekas Jeneral Croatia dilepas

Dua bekas Jeneral Croatia dilepas:

Ante Gotovina (kiri) dan Mladen Markac, tiba di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) bagi mendengar keputusan terhadap mereka dibacakan di The Hague, Belanda, semalam. - Reuters
THE HAGUE 16 Nov. - Tribunal Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi bekas wilayah Yugoslavia (ICTY), hari ini membebaskan dan melepaskan bekas Jeneral Croatia, Ante Gotovina dan Mladen Markac atas kesalahan melakukan jenayah perang semasa Perang Yugoslavia dari 1992 hingga 1995.
Ketika keputusan dibacakan Hakim Theodor Meron, penyokong kedua-dua pemimpin Croatia itu dilihat mengalirkan air mata sambil Markac memeluk isterinya, Mirjana, yang turut berada di kamar mahkamah.
Gotovina dan Markac, yang digambarkan sebagai hero Croatia, masing-masing dihukum penjara 24 tahun dan 18 tahun, pada tahun lalu kerana membunuh orang awam Croatia Serbia ketika perang Yugoslavia sekitar tahun 1990-an.
Namun, mahkamah mendapati sabitan awal ke atas kedua-dua pemimpin itu berdasarkan fakta palsu yang menyatakan bahawa sebarang serangan meriam yang berlaku di bandar Serbia dan lebih 200 meter dari kawasan sasaran tentera merupakan serangan terhadap orang awam.
Hakim turut menggugurkan bukti yang menyatakan 'usaha jenayah bersama yang bertujuan kekal dan menggunakan kekerasan bagi menghalau orang awam Serb dari wilayah Krajina'.
Gotovina, berpakaian suit berwarna biru muda dan bertali leher hitam pekat, mendengar dengan teliti ketika keputusan dibacakan dan kelihatan tersenyum serta berjabat tangan dengan Markac selepas keputusan diumumkan.
Penyokong kedua-dua pemimpin tersebut yang berada di luar mahkamah, turut bersorak dan menyanyikan lagu kebangsaan Croatia. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121117/lu_04/Dua-bekas-Jeneral-Croatia-dilepas#ixzz2CYF2RvZw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat desak Raja Abdullah berundur, protes harga minyak

Rakyat desak Raja Abdullah berundur, protes harga minyak: "AMMAN 17 Nov. - Ribuan rakyat Jordan semalam menggesa kepimpinan negara ini ditukar sebagai tanda protes ekoran kenaikan harga minyak yang memasuki hari keempat.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan menggesa Raja Abdullah II melepaskan takhtanya selepas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.

Semasa perhimpunan itu, mereka melaung-laungkan `Kebebasan dari Allah’, `tumbangkan Abdullah’, `Abdullah telah hilang kewajarannya’ dan `tidak kepada pembaharuan, kami mahukan Jordan yang bebas’.

Kumpulan aktivis Islam dalam pada itu menggesa rakyat Jordan bangkit berdemontrasi secara besar-besaran pada Ahad ini. - DPA"

'via Blog this'

Bom tepi jalan: 17 penumpang bas terbunuh

Bom tepi jalan: 17 penumpang bas terbunuh: "KABUL 17 Nov. - Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dengan sebahagian besar mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, dalam satu letupan bom tepi jalan yang dipercayai dilakukan pengganas al-Qaeda di barat Afghanistan, semalam.

Ketika kejadian, kebanyakan mangsa berada dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan ke sebuah majlis perkahwinan sebelum bom itu meletup di wilayah Farah.

``Jumlah mangsa terbunuh setakat ini adalah 17 orang dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak manakala 14 lagi cedera,’’ kata Ketua Polis Wilayah, Aqa Noor Kintoz. - AFP"


AS bimbang konflik buruk di Gaza


AS bimbang konflik buruk di Gaza
Rakyat Libya mengadakan protes di Tripoli semalam membantah serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Foto EPA
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bimbang konflik semasa antara Israel dan Hamas kemungkinan akan membawa kepada pencerobohan tentera Yahudi ke wilayah Gaza, sekali gus mengakibatkan "malapetaka buruk."
Pegawai AS dipetik CNN berkata, tindakan itu akan menjadi malapetaka yang boleh menyebabkan konflik yang lebih besar di rantau tersebut.

"Peningkatan ketegangan yang kami bimbang. Kami tidak mahu ia meningkat besar sehingga Israel merasakan ia perlu mengambil langkah-langkah tambahan khususnya tindakan ketenteraan dari darat," kata pegawai itu lagi.

Pada sidang media di sini semalam, Duta Israel ke AS, Michael Oren berkata, negaranya sudah ada sejumlah askar di sempadan dan bersedia untuk bertindak jika diperlukan.

Lewat semalam, Kabinet Israel juga meluluskan kebenaran mengerahkan 75,000 askar simpanan.

Awal semalam, pihak angkatan tentera Israel berkata 30,000 askar sedang dimobilisasikan untuk mengadakan serangan ke atas Gaza.

AS dengan jelas menyokong hak Israel untuk mengadakan tindakan mempertahankan diri, tetapi tidak mahu ia menceroboh Gaza.

"Tindakan dari darat sudah pasti akan menjadi malapetaka buruk," katanya.

Malah katanya, tindakan itu juga akan mengheret sama Mesir.

Israel tangguh serangan


I
Israel tangguh serangan
Bumi Gaza masih dihujani bedilan bom tiga jam sebelum lawatan Kandil.
BAITULMUQADDIS - Israel menangguhkan serangan di Semenanjung Gaza dengan alasan memberi laluan kepada lawatan singkat Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil ke Gaza, hari ini.
Menurut sumber, Kandil yang dijadual melawat Hospital Al-Shifa bersama Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh, terlebih dahulu menggesa Israel melaksanakan penangguhan itu.
Peperangan di antara Israel dan pejuang Hamas, dilihat menambah lagi kekeruhan hubungan serantau termasuk Mesir.
Mesir yang kini sedang membaiki hubungannya dengan pemimpin Hamas di wilayah Palestin, bertindak memanggil balik dutanya di Israel.
Israel bagaimanapun, mendakwa pejuang Hamas masih melancarkan serangan roket ke dalam negaranya sebelum ketibaan Kandil, tetapi jurucakap paramedik Palestin menjelaskan, bedilan roket dari pihak rejim tidak putus sejak awal pagi semalam.
Serangan itu juga telah membunuh seorang rakyat Palestin yang terkena serpihan roket dilancarkan ke arah kediaman penduduk di utara Gaza.
Sehingga kini, seramai 19 rakyat Gaza terkorban termasuk lima kanak-kanak dan wanita.

Perwakilan Pas sokong Hadi jadi Perdana Menteri

KOTA BHARU - Beberapa perwakilan Pas di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini hari ini menyokong cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi Perdana Menteri apabila pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
   
Mereka berkata ini bagi memastikan sinar Islam subur di negara ini.
   
Perwakilan Kapar, Mohd Senu Saad berkata cadangan oleh Perwakilan Dewan Ulamak Pas, Hairun Nizam itu adalah tepat pada masanya dan perlu disokong oleh semua umat Islam di negara ini.
   
"Kami perwakilan sangat bersetuju demi melihat kesuburan sinar Islam terus berkembang di negara ini," katanya ketika ditemui sewaktu muktamar itu berhenti rehat.
   
Beliau berkata tidak ada calon lain yang lebih layak selain Abdul Hadi.
   
Perwakilan Serdang, Nik Razak Nik Hashim yang turut menyokong cadangan itu yakin semua rakyat terutama umat Islam di negara ini turut menyokongnya.
   
Nizam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada sebelah pagi mencadangkan parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Abdul Hadi.
   
Beliau berkata Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya itu.  - Bernama

Norliana nafi pura-pura mengandung




NORLIANA bersama suami, Aziz Hussein menunjukkan barangan yang telah dibeli untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya 
di Kampung Kelut Jabi, Pokok Sena semalam.



POKOK SENA - Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu 'ghaib'.
Norliana, 28, seorang pembantu kedai makan memberitahu, dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.
Bagaimanapun katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya kerana tiada sebarang makna jika dia berbohong berhubung perkara itu.
"Saya berbelanja lebih RM500 membeli kelengkapan pakaian bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kembar perempuan, namun sedih apabila ada pihak menyatakan kehamilan saya palsu.
"Buat apa saya berpura-pura mengandung. Selama sembilan bulan saya mengusung perut yang berat tetapi lain pula pandangan orang. Apa pun itu hak mereka, namun tetap dengan pendirian, saya memang hamil," tegasnya ketika ditemui di Kampung Kelut, Jabi di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Norliana kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.
Norliana dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mendakwa, kehilangan bayi kembar perempuan itu ketika dia bermimpi dikunjungi lima wanita berjubah semasa tidur di rumah ibunya, Cik Som Endut.
Bagaimanapun, Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamarulzaman Ali berkata, simptom pseudosiesis itu bukan sahaja membabitkan perubahan fizikal malah gangguan mental serta tekanan perasaan.
Katanya, pesakit akan mengalami pertambahan berat badan khususnya di bahagian perut selain tidak datang haid, rasa mual, muntah dan ketegangan perut.
Norliana memberitahu, ketika hamil berat badannya meningkat kepada lebih 50 kilogram (kg) berbanding sebelum itu 40kg.