Showing posts with label pakatan. Show all posts
Showing posts with label pakatan. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Kemenangan 15 kerusi bukti PR berjaya kukuhkan kedudukan

KUALA LUMPUR: Walaupun hanya menang 15 kerusi, penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengukuhkan kedudukannya di Sarawak.Bagaimanapun, para penganalisis berkata hanya Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding Parti Keadikan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).PR memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.Calon Bebas memenangi satu kerusi.'Bagi Pakatan Rakyat, mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP, yang telah mendapat 12 kerusi berbanding sebelum ini, enam. Ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.'Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.Katanya, walaupun PR merupakan parti dari Semenanjung, jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.'Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan dalam DUN Sarawak. Namun begitu, nampaknya bukan semua pengundi masih boleh menerima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,' katanya.Jelas Dr Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang membantu jentera parti itu.'Tapi cabarannya adalah memastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.'Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dengan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan,' katanya.Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP membuktikan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.Jelasnya, keputusan yang diperoleh PR itu masih belum dapat menyaingi BN yang mempunyai pengaruh kuat di Sarawak.'Saya melihat daripada keputusan itu secara keseluruhannya memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN. Namun, kalau kita melihat kawasan yang dimenangi DAP, ia menunjukkan peningkatan parti itu, begitu juga dengan PKR.'Ini menunjukkan peningkatan kepada PR dalam pilihan raya Sarawak ini. Tapi secara keseluruhan, BN masih berada dalam keadaan cukup selesa,' katanya.Sementara itu, PKR bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin setelah calonnya, Dr Michael Teo Yu Keng, kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada BN.Naib Presiden PKR, Encik Tian Chua, menyuarakan rasa tidak puas hatinya berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Encik Chai Ko Het, mengira semula undi di pusat penjumlahan undi malam tadi.'Kami tidak puas hati, beliau (Encik Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu,' katanya.Datuk Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Saturday, April 9, 2011

Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan - Malaysiakini



Wong Teck Chi
Apr 9, 11
5:06pm
Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

NONEBeberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]
NONEPada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

sarawak election miri dap ceramah 080411 01DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

NONEMeskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.
Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan - Malaysiakini

Sunday, April 4, 2010

Kerajaan Pakatan terbukti mendahulukan rakyat



Mohd Nor Yahya   
PENGKALAN CHEPA, 4 April: Negeri-negeri Pakatan Rakyat ternyata mendahulukan rakyat dalam setiap program, biar pun slogan itu menjadi motto utama kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau berkata, banyak dasar dan gerak kerja di negeri Pakatan Rakyat ternyata mendahulukan rakyat.
Di Kelantan ada skim Takaful Kifaalah yang memberi wang saguhati sebanyak RM1,500 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun apabila meninggal dunia.
Begitu juga di Selangor ada skim mesra usia emas dan Tabung Warisan Anak. Manakala  di Pulau Pinang setiap warga emas menerima RM100.
“Pelbagai program di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jelas menunjukkan rakyat benar-benar didahulukan,” katanya pada satu program di Putik semalam.
Perdana Menteri melancarkan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan pada 5 April selepas menduduki kerusi perdana menteri. 
Idris juga berkata, bagi memastikan rakyat tahu kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan, program penerangan di peringkat akar umbi perlu diperhebatkan.
Katanya, kegagalan itu berpunca amalan rasuah politik menjadi darah daging mereka.
Kata beliau amalan memberi wang kepada perwakilan ketika pemilihan parti sudah menjadi kelaziman kepada pemimpin Umno.
“Dan sekarang makin teruk lagi apabila kerajaan BN sanggup menjadi agen kepada Yahudi apabila sanggup menggunakan khidmat Apco Worldwide. Ini boleh mengancam keselamatan negara,” ujarnya.
Pada majlis itu beliau juga berharap petugas parti di semua peringkat perlu mengembeleng tenaga menerangkan kepada masyarakat pelbagai isu yang berlaku dalam negara sekarang.
Katanya, PAS mempunyai jentera penyebaran maklumat agak terhad untuk menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai.
“Kita perlu mendekati golongan atas pagar atau di luar pagar supaya mereka faham terhadap apa berlaku,” ujar beliau.
Hadir sama pada program berkenaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Husam Musa.