Showing posts with label sita. Show all posts
Showing posts with label sita. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Putera Mahkota Thai janji bayar RM83.5 juta


GAMBAR fail menunjukkan pesawat Boeing 737 milik Putera Maha Vajiralongkorn yang disita di sebuah lapangan terbang di Munich, selatan Jerman.


BANGKOK - Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn (gambar kecil) berikrar membayar sebanyak AS$28.4 juta (RM83.5 juta) dalam bentuk bon untuk mendapatkan semula sebuah pesawat baginda yang disita di bandar Munich, Jerman ekoran pertelingkahan komersial melibatkan kedua-dua buah negara.
Pejabat Setiausaha Putera Mahkota berkenaan dalam satu kenyataannya kelmarin memberitahu, Vajiralongkorn akan menawarkan bon dana peribadinya kepada sebuah mahkamah di negeri Bavaria, Jerman untuk mengekalkan hubungan diplomatik yang baik antara Jerman dan Thailand.
Sebuah pesawat Boeing 737 milik putera berkenaan dirampas pihak berkuasa Jerman pada bulan lalu kerana kerajaan Thai didakwa berhutang dengan firma pembinaan negara itu, Walter Bau AG yang telah dibubarkan, sejak dua dekad lalu.
Perbuatan menyita pesawat berkenaan mencetuskan kemarahan Kementerian Luar Thailand yang meminta ia dipulangkan semula tanpa sebarang pembayaran dibuat kerana jet berkenaan hak milik peribadi Putera Maha Vajiralongkorn dan bukan milik mana-mana entiti kerajaan. - Reuters

Wednesday, April 13, 2011

Sita motosikal




PENGUAT KUASA DBKL menyita motosikal dalam operasi di PPR Taman Muhibah, Puchong.
PENGUAT KUASA DBKL menyita motosikal dalam operasi di PPR Taman Muhibah, Puchong.


Pemilik degil guna lif bawa kenderaan ke tingkat atas 


PUCHONG: Tujuh pemilik motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, yang sering membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas menggunakan lif, terkejut apabila motosikal mereka disita Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.
Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata operasi membabitkan 40 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKP) DBKL selama dua jam mulai jam 12 tengah malam itu, dilakukan selepas beberapa notis dikeluarkan kepada pemilik motosikal supaya tidak membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas.
Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata tindakan sita itu untuk memindahkan halangan selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974). 


“Operasi itu juga dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai kerosakan lif disebabkan kedegilan pemilik motosikal membawa kenderaan masing-masing menggunakan kemudahan itu ke tingkat atas,” katanya yang mengetuai operasi itu, malam kelmarin. 


Kamal Idham berkata, motosikal yang disita akan dihantar ke Depoh Tunda Jinjang dan pemilik dikenakan bayaran kompaun RM155 merangkumi bayaran notis, upah simpan sehari dan upah tunda. 


“Pemilik yang menuntut semula kenderaan harus membawa geran atau dokumen insurans. 
“DBKL juga dalam perancangan mengadakan operasi ini secara berperingkat bagi mengatasi masalah yang berlaku berikutan sikap tidak prihatin penduduk. 


“Kami juga akan terus memantau PPR lain yang turut menghadapi masalah sama dan tindakan bakal diambil dalam masa terdekat ini,” katanya. 


Beliau berkata, DBKL memandang serius kedegilan pemilik motosikal yang membawa kenderaan masing-masing menggunakan lif sehingga kemudahan itu sering rosak kerana terlebih bebanan. 


“Apabila lif rosak, banyak aduan kita terima, sama ada melalui borang aduan atau laman facebook Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. 
“Masalah ini juga akan menyukarkan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua,” katanya. 


Sementara itu, Ketua Inspektor JKP, Julia Thamby, berkata pemilik motosikal yang disita boleh mendapatkan maklumat berkenaan kenderaan mereka melalui Pejabat Kecil Perumahan di PPR itu atau dengan menghubungi talian 24 jam JKP 03-40267222. -bharian

Saturday, March 5, 2011

Britain menyita kapal yang bawa wang AS160j ke Libya



05/03/2011 10:05am

LONDON 5 Mac - Britain menyita mata wang Libya yang berjumlah AS$160 juta (RM480 juta) yang ditemui dalam sebuah kapal yang menuju ke Libya dan mengiring kapal tersebut pulang ke pelabuhan Inggeris, hari ini.
“Sebuah kapal yang sedang menuju ke Libya kembali ke United Kingdom Rabu lalu. Kapal tersebut diiring ke pelabuhan Hairwich yang terletak di sempadan United Kingdom.
“Beberapa buah kontena diturunkan dari kapal itu dan kini di bawah kawalan Agensi Sempadan United Kingdom serta telah dialihkan ke lokasi yang selamat.
“Difahamkan kargo tersebut mengandungi sejumlah wang yang banyak dan tertakluk kepada sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” ujar jurucakap Kementerian Dalam Negeri. - AFPUtusan Malaysia Online - Terkini

Wednesday, November 17, 2010

Rumah Khir Toyo disita tak jelas penilaian




2010/11/17

SHAH ALAM: Banglo milik Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Sekysen 7 di sini, sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan notis sita rumah selepas bekas Menteri Besar itu dikatakan tidak menjelaskan penilaian bagi rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir segera menjelaskan bayaran tertunggak itu kira-kira RM11,000 sebaik menerima notis berkenaan yang diserahkan kakitangan Unit Perolehan MBSA kepada seorang wanita di rumahnya kira-kira jam 10 pagi.Ketika dihubungi kemudian, Dr Mohamad Khir berkata, beliau tidak mene-rima sebarang notis daripada MBSA sejak kebelakangan ini, malah ketika notis sita rumah itu diserahkan, beliau tiada di rumah ketika itu.

"Saya sudah menyelesaikan bayaran ini. Ia hanya kes terlepas pandang dan saya harap ia tidak dijadikan isu," katanya.

Banglo milik Dr Mohamad Khir menjadi isu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, Ng Suee Lim dilaporkan mendakwa kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar bernilai kira-kira RM24 juta.