11 April 2013
PYONGYANG - Kementerian Pertahanan Korea Selatan melaporkan, Korea Utara bersiap sepenuhnya untuk melancarkan serangan ujian peluru berpandu dalam minggu ini.
Kenyataan itu disuarakan selepas Pyongyang mengumumkan tarikh 15 April sebagai hari bersejarah buat Korea Utara dalam mengingati ulang tahun pengasasnya, Kim Il Sung sekali gus menyaksikan kebangkitan kuasa tentera.
Bagaimanapun, di Pyongyang seluruh masyarakat negara itu gigih membuat persediaan memperindah bandar-bandar utama menjelang hari cuti umum di negara tersebut dengan menghias bangunan rasmi kerajaan dan mengadakan acara tari menari.
Di Seoul pula, tentera Korea Selatan meningkatkan latihan dengan melancarkan peluru berpandu Scud dan peluru berpandu jarak sederhana Rodong serta menempatkan peluru berpandu ke pantai timur negara itu.
Sehingga kini, bank dan pasar raya serta sekolah masih dibuka dan beroperasi seperti biasa serta diplomat dari beberapa kedutaan juga tidak meninggalkan negara tersebut.
Sementara itu, di Jepun, Tokyo berada dalam keadaan siap siaga sekiranya Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu mereka pada bila-bila masa.
Menteri Pertahanannya, Itsunori Onodera berkata, anggota tentera ditempatkan di kawasan strategi sekiranya ujian tersebut berlaku.
“Kami berusaha sedaya upaya melindungi rakyat dan memastikan keselamatan mereka,” katanya.
Menurutnya, peluru berpandu Patriot juga berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi ancaman itu. - Reuters