Sunday, November 23, 2014

Individu paling berkuasa dunia

Turki rancang bina 80 masjid di universiti


Sebuah masjid yang tersergam indah di Universiti Bitlis Eren di wilayah timur Bitlis.
Sebuah masjid yang tersergam indah di Universiti Bitlis Eren di wilayah timur Bitlis.
ANKARA - TURKI. Kerajaan Turki merancang untuk membina kira-kira 80 masjid di setiap universiti di negara itu, menurut Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama (Diyanet), Mehmet Gormez, kelmarin.

Mehmet memberitahu sebanyak 15 masjid telah dibuka untuk kegunaan penuntut dan orang ramai.

"Kira-kira 50 lagi masjid akan dibina dan dijangka siap menjelang akhir tahun hadapan. Kami mahu mendekati remaja memandangkan terdapat kira-kira 20 juta golongan tersebut di negara ini.

"Kami mahu menjadikan masjid di kampus sebagai wadah penting untuk pembangunan sahsiah dan rohani golongan muda terutamanya pelajar. Ia juga boleh menjadi sebuah institusi penting untuk mendidik golongan muda," katanya lagi.

April lalu, pembukaan masjid di Universiti Erzurum Ataturk, di wilayah timur Erzurum telah menjadi projek perintis untuk pembinaan lebih banyak masjid di dalam kampus di negara itu, laporan dipetik dari Agensi.

SIAPA JUMPA BENUA AMERIKA SEBENARNYA?


PADA awal 800-an, Khalifah kerajaan Abbasiyah, al-Ma’mun menghimpunkan saintis-saintis Islam terkenal termasuk al-Khawarizmi di Baghdad yang kemudian mengira ukuran bumi dan kiraan mereka cuma kurang empat peratus daripada saiz sebenar.
Dengan mengetahui ukuran bumi, ramai umat Islam dipercayai telah membuat pengembaraan untuk mengelilingi dunia beratus tahun sebelum pelayaran Columbus. Sejarawan dan ahli geografi Islam, al-Masudi dalam catitannya pada 956 merekodkan bahawa kumpulan pelayar dari Andalusia pada 889 belayar selama berbulan-bulan ke arah barat.
Menurut al-Masudi, kumpulan pelayar Islam itu menemui satu benua yang luas di seberang laut dan mereka berdagang dengan penduduk pribumi sebelum kembali ke Eropah. Beliau merekodkan benua tersebut yang dirujuk sebagai `tanah yang tidak diketahui’ di dalam peta.
Selain itu, dua pengembaraan oleh umat Islam dari Sepanyol ke benua Amerika dicatatkan dalam sejarah iaitu yang diketuai oleh Ibn Farrukh dari Granada pada 999 dan al-Idrisi yang bekerja dengan Raja Roger II dari Sicily pada 1100-an.
Dalam catitan al-Idrisi, sekumpulan pelayar Islam belayar ke barat dari Lisbon (Portugal) selama 31 hari dan mendarat di sebuah pulau di Caribbean. Kumpulan pelayar itu kemudian ditahan oleh penduduk pribumi Amerika di situ selama beberapa hari.
Namun, mereka bernasib baik selepas seorang penterjemah yang hidup bersama penduduk pribumi itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab membantu untuk membebaskan mereka. Kumpulan pelayar Islam itu kemudian pulang ke Andalusia dan menceritakan pengalaman mereka di `Dunia Baharu’ itu. Kewujudan penterjemah yang boleh bertutur dalam bahasa Arab itu menunjukkan sudah wujud hubungan antara dunia Islam dengan benua Amerika.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di Istanbul, Turki baru-baru ini, mendakwa benua Amerika dijumpai oleh orang Islam pada abad ke-12 iaitu hampir tiga abad lebih awal sebelum ketibaan Columbus ke benua itu.
“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.
“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya.
Malah, dalam satu artikel yang diterbitkan oleh pakar sejarah, Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika pada 1996, merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
Umat Islam dari Afrika Barat
PADA 1300-an, wujud sebuah empayar yang kuat dan kaya dikenali sebagai Mali di Afrika Barat. Empayar tersebut diketuai Mansa (raja) Musa. Sebelum Musa menjadi raja, empayar tersebut diketuai abangnya iaitu Abu Bakr.
Semasa memegang tampuk kuasa, Abu Bakr menghantar 400 kapal untuk menerokai Lautan Atlantik tetapi hanya sebuah kapal yang berjaya kembali dan melaporkan bahawa mereka menemui sebuah daratan yang sangat luas di seberang lautan itu. Abu Bakr kemudian belayar bersama 2,000 kapal untuk mencari daratan itu tetapi tidak pernah kembali dan terus menghilangkan diri.
Walaupun tidak diketahui sama ada pelayaran Abu Bakr itu berjaya sampai ke benua Amerika atau tidak, terdapat banyak bukti arkeologi di Amerika Utara dan Amerika Selatan yang menunjukkan kehadiran orang dari Empayar Mali di situ.
Antaranya, kumpulan pelayar awal dari Sepanyol merekodkan mereka menemui inskripsi dalam bahasa sama dengan bahasa Mandika (bahasa orang Mali) di bandar-bandar yang terbiar di Brazil. Inskripsi-inskripsi ini turut ditemui di Amerika Syarikat terutamanya berhampiran Sungai Missisippi yang menunjukkan kehadiran orang Mali di situ.
Di Arizona misalnya, satu inskripsi yang ditemui yang mempunyai lakaran gambar gajah mencatatkan “Gajah sakit dan marah. Pada masa ini, banyak gajah sakit”. Inskripsi itu menunjukkan pengembaraan Abu Bakr berjaya sampai ke benua Amerika 100 tahun sebelum Columbus kerana gajah tidak wujud di benua Amerika.
Di samping itu, penghasilan peta dunia oleh Piri Reis di zaman Empayar Uthmaniyyah pada 1513 turut membuktikan bahawa
Empayar Uthmaniyyah
SEBUAH peta dunia yang dihasilkan oleh pelukis peta di zaman Empayar Uthmaniyyah, Piri Reis pada 1513 ditemui di Istanbul, Turki pada 1929. Peta itu merupakan bukti fizikal paling kukuh bahawa umat Islam telah menerokai benua Amerika, lama sebelum ketibaan Columbus dan pelayar Eropah lain.
Reis menghasilkan peta itu menggunakan sumber-sumber terdahulu termasuk peta dari Greek purba, Arab dan Columbus. Walaupun peta itu dihasilkan 21 tahun selepas ketibaan Columbus di benua Amerika, apa yang menakjubkan peta itu menunjukkan timur pantai Amerika Selatan dengan kedudukan yang betul dari benua Afrika. Malah, pantai Brazil ditunjukkan dengan begitu terperinci termasuk kedudukan sungai-sungai yang tepat.
Memang benar Reis turut menggunakan peta Columbus sebagai rujukan tetapi Columbus tidak pernah sampai ke Amerika Selatan dan ini membuktikan bahawa lakaran peta itu dihasilkan menggunakan sumber rujukan dari peta umat Islam terdahulu.
Satu lagi bukti penting bahawa umat Islam telah lama meneroka benua Amerika ialah kewujudan Gunung Andes di dalam peta Reis itu, sedangkan gunung itu hanya ditemui orang Eropah pada 1520-an.
Viking
RAMAI sejarawan mengakui bahawa Viking atau pelaut Norse yang berasal dari Skandinavia telah sampai ke benua Amerika 500 tahun sebelum kehadiran Columbus. Pelayar Norse, Leif Erikson dianggap sebagai orang Eropah pertama mendarat di Amerika Utara termasuk Greenland, bukannya Columbus.
Dari akhir abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11, Viking telah menerokai, berdagang dan menetap di merata tempat di Eropah, Atlantik Utara termasuk Amerika Utara. Dalam pelayarannya untuk mencari sumber-sumber semulajadi baharu, Erikson Erikson turut membina penempatan kekal di Greenland yang bertahan selama 500 tahun.
Pelayar hebat itu turut membina penempatan di beberapa kawasan di Amerika Utara khususnya di kawasan yang kini dikenali sebagai Kanada tetapi ia hanya sementara. Walaupun tidak dapat dipastikan kenapa mereka tidak membina penempatan kekal di Amerika Utara, sejarawan percaya ia berikutan penentangan oleh penduduk pribumi sama seperti yang dialami oleh Columbus dan penjajah Eropah lain di benua Amerika.
Terdapat bukti fizikal menunjukkan kehadiran Viking di benua Amerika. Antaranya, penemuan batu yang terdapat tulisan menceritakan tentang pengembaraan pelaut Norse di Amerika Utara yang bertarikh 1362 di sebuah ladang di Kensington di Amerika Syarikat. Batu yang dikenali sebagai `Kensington Stone’ itu ditemui oleh rakyat Amerika Syarikat, Olof Ohman ketika membersihkan ladangnya pada 1898.
Pelayar dari China
SEORANG pelayar dan penjelajah terkenal dari Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho telah melakukan beberapa penjelajahan antara 1405 hingga 1433. Di bawah arahan Maharaja Zhu Di, Cheng Ho bersama armadanya yang membawa 28,000 orang telah belayar ke Timur Tengah dan Afrika sehingga sampai ke Indonesia. Armada ini dipercayai telah kembali ke China sebelum belayar ke Amerika Utara.
Di dalam bukunya bertajuk “1421: The Year China Discovered America”, seorang sejarawan British, Gavin Menzies mendakwa, China terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan perdagangan dengan penduduk pribumi Amerika yang berkongsi keturunan yang sama.
Menzies dikatakan menggunakan peta purba China yang menunjukkan Fu Shang iaitu benua dongeng yang ramai tidak mempercayai kewujudannya, sama seperti Atlantis bagi membuktikan bahawa orang China menemui benua Amerika sebelum Columbus dan mana-mana pelayar dari Eropah.
Apa yang menarik, kedudukan Fu Shang di dalam peta itu sama dengan Amerika Utara. Lebih menakjubkan, beberapa ciri yang ditunjukkan di dalam peta itu adalah unik kepada muka bumi Amerika Utara seperti Grand Canyon. Peta itu juga dengan jelas menunjukkan kesemua tujuh lautan dan tujuh benua dengan bentuk dan kedudukan yang tepat. Menzies percaya bahawa dengan peta itulah, pelayar dari Eropah mampu belayar mengelilingi dunia.
Di samping itu, penemuan beberapa artifak China termasuk duit syiling dan batu jed dari Dinasti Ming di sepanjang pantai Amerika Utara dan Selatan membuktikan hubungan antara China dan benua Amerika sudah lama wujud. Pada kain berusia 300 tahun milik puak Nez Perce yang menduduki Idaho di Amerika Syarikat juga terdapat hiasan yang dipercayai menggunakan manik dari China.
Pelayar dari Empayar Rom
KEHADIRAN pelayar dari Empayar Rom ke benua Amerika tidak boleh dinafikan dengan penemuan pelbagai artifak dari Empayar Rom di merata tempat di benua itu. Ini termasuk penemuan sekeping duit syiling di Cass Country, Illinois, Amerika Syarikat pada 1882, yang dipercayai digunakan pada zaman pemerintahan Antiochus IV iaitu maharaja Rom yang memerintah dari 175 hingga 165.
Sebuah kapal karam yang mirip dengan kapal perang tentera Rom pada awal abad pertama turut ditemui di Galveston Bay, Texas pada 1886. Turut dijumpai di Galveston Bay ialah runtuhan jambatan daripada kayu balak yang mirip dengan jambatan yang dibina oleh orang Rom. Sekeping duit syiling era Rom bertarikh 800AD turut ditemui di Texas.
Selain itu, sebuah belanga Rom yang dipercayai dari abad kedua dijumpai di Mexico, serta beberapa keping duit syiling era Rom di sekitar Venezuela dan Kanada. Sekeping duit syiling bertarikh 63AD yang memaparkan wajah Maharaja Nero yang hidup sezaman dengan hawari Nabi Isa iaitu Yahya dan Peter atau Petrus.
Satu lagi fakta menarik ialah penemuan lakaran buah nenas dan buah-buahan berjus pada dinding runtuhan bandar Pompeii iaitu kota purba di Rom. Buah nenas sebenarnya hanya terdapat di benua Amerika sebelum dibawa ke tempat-tempat lain di dunia ini. Ini menunjukkan hubungan antara Empayar Rom dengan benua Amerika telah lama wujud sebelum kedatangan Columbus dan Viking.
MENGIKUT catatan sejarah, pelayar tersohor dari Genoa, Christopher Columbus merupakan manusia pertama merentasi Lautan Atlantik dan menemui benua Amerika pada tanggal 12 Oktober 1492 ketika mencari laluan baharu ke India.
Memang tidak dinafikan, penemuan benua Amerika oleh Columbus telah membawa kepada penjajahan dan pembinaan penempatan masyarakat Eropah sehingga merubah demografi benua berkenaan.
Namun, untuk mengatakan Columbus sebagai orang pertama menemui benua Amerika adalah tidak wajar kerana benua itu sudah dihuni oleh masyarakat Orang Asli Amerika yang digelar sebagai ‘Red Indian’ oleh Columbus kerana menyangka beliau menemui India tetapi penduduknya bukan berkulit gelap, sebaliknya putih kemerah-merahan.
Sejarawan percaya orang Red India berasal dari ras Mongoloid dari Asia atau dari wilayah kecil di pergunungan timur berhampiran Siberia. Ini sudah cukup membuktikan bahawa orang Red Indian ini yang dipercayai sudah menetap di benua Amerika sejak lebih 14,000 tahun lalu merupakan kumpulan manusia pertama merentasi Lautan Atlantik dan menemui benua Amerika.
Sebelum kedatangan Columbus pun, terdapat banyak bukti yang menunjukkan pelayar Islam dari Sepanyol dan Afrika serta pelayar China sudah menjejak kaki ke bumi benua Amerika. Begitu juga dengan orang Rom dan Viking dari Eropah yang terlebih dahulu menemui Amerika, lama sebelum Columbus.
Fokus minggu ini melihat kepada kumpulan manusia yang sudah belayar ke benua Amerika serta bukti-bukti yang menunjukkan Columbus bukan manusia pertama menemui benua Amerika.
PADA awal tahun 800-an, Khalifah kerajaan Abbasiyah, al-Ma’mun menghimpunkan saintis Islam terkenal termasuk al-Khawarizmi di Baghdad yang kemudian mengira ukuran bumi dan kiraan mereka cuma kurang empat peratus daripada saiz sebenar.
Dengan mengetahui ukuran bumi, banyak umat Islam dipercayai telah membuat pengembaraan untuk mengelilingi dunia beratus tahun sebelum pelayaran Columbus. Sejarawan dan ahli geografi Islam, al-Masudi dalam catatannya pada 956 merekodkan bahawa kumpulan pelayar dari Andalusia pada 889 belayar selama berbulan-bulan ke arah barat.
Menurut al-Masudi, kumpulan pelayar Islam itu menemui satu benua yang luas di seberang laut dan mereka berdagang dengan penduduk pribumi sebelum kembali ke Eropah. Beliau merekodkan benua tersebut yang dirujuk sebagai ‘tanah yang tidak diketahui’ di dalam peta.
Selain itu, dua pengembaraan oleh umat Islam dari Sepanyol ke benua Amerika dicatatkan dalam sejarah iaitu yang diketuai oleh Ibn Farrukh dari Granada pada 999 dan al-Idrisi yang bekerja dengan Raja Roger II dari Sicily pada 1100-an.
Dalam catatan al-Idrisi, sekumpulan pelayar Islam belayar ke barat dari Lisbon (Portugal) selama 31 hari dan mendarat di sebuah pulau di Caribbean. Kumpulan pelayar itu kemudian ditahan oleh penduduk pribumi Amerika di situ selama beberapa hari.
Namun, mereka bernasib baik selepas seorang penterjemah yang hidup bersama penduduk pribumi itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab membantu untuk membebaskan mereka. Kumpulan pelayar Islam itu kemudian pulang ke Andalusia dan menceritakan pengalaman mereka di ‘Dunia Baharu’ itu. Kewujudan penterjemah yang boleh bertutur dalam bahasa Arab itu menunjukkan sudah wujud hubungan antara dunia Islam dengan benua Amerika.
Malah, dalam satu artikel yang diterbitkan oleh pakar sejarah, Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika pada 1996, merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
Umat Islam dari Sepanyol
PADA 1300-an, wujud sebuah empayar yang kuat dan kaya dikenali sebagai Mali di Afrika Barat. Empayar tersebut diketuai Mansa (raja) Musa. Sebelum Musa menjadi raja, empayar tersebut diketuai abangnya iaitu Abu Bakr.
Semasa memegang tampuk kuasa, Abu Bakr menghantar 400 kapal untuk menerokai Lautan Atlantik tetapi hanya sebuah kapal yang berjaya kembali dan melaporkan bahawa mereka menemui sebuah daratan yang sangat luas di seberang lautan itu. Abu Bakr kemudian belayar bersama 2,000 kapal untuk mencari daratan itu tetapi tidak pernah kembali dan terus menghilangkan diri.
Walaupun tidak diketahui sama ada pelayaran Abu Bakr itu berjaya sampai ke benua Amerika atau tidak, terdapat banyak bukti arkeologi di Amerika Utara dan Amerika Selatan yang menunjukkan kehadiran orang dari Empayar Mali di situ.
Antaranya, kumpulan pelayar awal dari Sepanyol merekodkan mereka menemui inskripsi dalam bahasa sama dengan bahasa Mandika (bahasa orang Mali) di bandar-bandar yang terbiar di Brazil. Inskripsi-inskripsi ini turut ditemui di Amerika Syarikat terutamanya berhampiran Sungai Missisippi yang menunjukkan kehadiran orang Mali di situ.
Di Arizona misalnya, satu inskripsi yang ditemui mempunyai lakaran gambar gajah mencatatkan ‘Gajah sakit dan marah. Pada masa ini, banyak gajah sakit’. Inskripsi itu menunjukkan pengembaraan Abu Bakr berjaya sampai ke benua Amerika 100 tahun sebelum Columbus kerana gajah tidak wujud di benua Amerika.
Di samping itu, penghasilan peta dunia oleh Piri Reis di zaman Empayar Uthmaniyyah pada 1513 turut membuktikan bahawa umat Islam telah sampai ke bumi Amerika lebih awal daripada Columbus.
SEBUAH peta dunia yang dihasilkan oleh pelukis peta di zaman Empayar Uthmaniyyah, Piri Reis pada tahun 1513 ditemui di Istanbul, Turki pada 1929. Peta itu merupakan bukti fizikal paling kukuh bahawa umat Islam telah menerokai benua Amerika, lama sebelum ketibaan Columbus dan pelayar Eropah lain.
Reis menghasilkan peta itu menggunakan sumber-sumber terdahulu termasuk peta dari Greek purba, Arab dan Columbus. Walaupun peta itu dihasilkan 21 tahun selepas ketibaan Columbus di benua Amerika, apa yang menakjubkan peta itu menunjukkan timur pantai Amerika Selatan dengan kedudukan yang betul dari benua Afrika. Malah, pantai Brazil ditunjukkan dengan begitu terperinci termasuk kedudukan sungai-sungai yang tepat.
Memang benar Reis turut menggunakan peta Columbus sebagai rujukan tetapi Columbus tidak pernah sampai ke Amerika Selatan dan ini membuktikan bahawa lakaran peta itu dihasilkan menggunakan sumber rujukan daripada peta umat Islam terdahulu.
Satu lagi bukti penting bahawa umat Islam telah lama meneroka benua Amerika ialah kewujudan Gunung Andes di dalam peta Reis itu, sedangkan gunung itu hanya ditemui orang Eropah pada 1520-an.
BANYAK sejarawan mengakui bahawa Viking atau pelaut Norse yang berasal dari Skandinavia telah sampai ke benua Amerika 500 tahun sebelum kehadiran Columbus. Pelayar Norse, Leif Erikson dianggap sebagai orang Eropah pertama mendarat di Amerika Utara termasuk Greenland, bukannya Columbus.
Dari akhir abad kelapan hingga pertengahan abad ke-11, Viking telah menerokai, berdagang dan menetap di merata tempat di Eropah, Atlantik Utara termasuk Amerika Utara. Dalam pelayarannya untuk mencari sumber-sumber semula jadi baharu, Erikson turut membina penempatan kekal di Greenland yang bertahan selama 500 tahun.
Pelayar hebat itu turut membina penempatan di beberapa kawasan di Amerika Utara khususnya di kawasan yang kini dikenali sebagai Kanada tetapi ia hanya sementara.
Walaupun tidak dapat dipastikan kenapa mereka tidak membina penempatan kekal di Amerika Utara, sejarawan percaya ia berikutan penentangan oleh penduduk pribumi sama seperti yang dialami oleh Columbus dan penjajah Eropah lain di benua Amerika.
Terdapat bukti fizikal menunjukkan kehadiran Viking di benua Amerika. Antaranya, penemuan batu bertulis yang menceritakan tentang pengembaraan pelaut Norse di Amerika Utara bertarikh 1362 di sebuah ladang di Kensington, Amerika Syarikat. Batu yang dikenali sebagai ‘Kensington Stone’ itu ditemui oleh rakyat Amerika Syarikat, Olof Ohman ketika membersihkan ladangnya pada 1898.
SEORANG pelayar dan penjelajah terkenal dari Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho telah melakukan beberapa penjelajahan antara 1405 hingga 1433. Di bawah arahan Maharaja Zhu Di, Cheng Ho bersama armadanya yang membawa 28,000 orang telah belayar ke Timur Tengah dan Afrika sehingga sampai ke Indonesia. Armada ini dipercayai telah kembali ke China sebelum belayar ke Amerika Utara.
Di dalam bukunya bertajuk 1421: The Year China Discovered America, seorang sejarawan British, Gavin Menzies mendakwa, China terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan perdagangan dengan penduduk pribumi Amerika yang berkongsi keturunan yang sama.
Menzies dikatakan menggunakan peta purba China yang menunjukkan Fu Shang iaitu benua dongeng yang orang tidak mempercayai kewujudannya, sama seperti Atlantis bagi membuktikan bahawa orang China menemui benua Amerika sebelum Columbus dan mana-mana pelayar dari Eropah.
Apa yang menarik, kedudukan Fu Shang di dalam peta itu sama dengan Amerika Utara. Lebih menakjubkan, beberapa ciri yang ditunjukkan di dalam peta itu adalah unik kepada muka bumi Amerika Utara seperti Grand Canyon. Peta itu juga dengan jelas menunjukkan kesemua tujuh lautan dan tujuh benua dengan bentuk dan kedudukan yang tepat. Menzies percaya bahawa dengan peta itulah, pelayar dari Eropah mampu belayar mengelilingi dunia.
Di samping itu, penemuan beberapa artifak China termasuk duit syiling dan batu jed dari Dinasti Ming di sepanjang pantai Amerika Utara dan Selatan membuktikan hubungan antara China dengan benua Amerika sudah lama wujud. Pada kain berusia 300 tahun milik puak Nez Perce yang men­duduki Idaho di Amerika Syarikat juga terdapat hiasan yang diper­cayai meng­gunakan manik dari China.
KEHADIRAN pelayar dari Empayar Rom ke benua Amerika tidak boleh dinafikan dengan pene­muan pelbagai artifak dari Empayar Rom di merata tempat di benua itu. Ini termasuk penemuan sekeping duit syiling di Cass Country, Illinois, Ame­rika Syarikat pada 1882, yang dipercayai digunakan pada zaman pemerintahan Antiochus IV iaitu Maharaja Rom yang memerintah dari 175 hingga 165 SM.
Sebuah kapal karam yang mirip dengan kapal perang tentera Rom pada awal abad pertama turut ditemui di Galveston Bay, Texas pada 1886. Turut dijumpai di Galveston Bay ialah runtuhan jambatan daripada kayu balak yang mirip dengan jambatan yang dibina oleh orang Rom. Sekeping duit syiling era Rom bertarikh 800 SM turut ditemui di Texas.
Selain itu, sebuah belanga Rom yang dipercayai dari abad kedua dijumpai di Mexico, selain beberapa keping duit syiling era Rom di sekitar Venezuela dan Kanada.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/siapa-jumpa-benua-amerika-sebenarnya-1.28237#sthash.TOt6hl3F.dpuf

Merokok punca sperma bermasalah


23 November 2014 3:35 PM
Merokok mengganggu pergerakan sperma... 

Merokok menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindakbalas ‘free radicals’ daripada kimia rokok. -Gambar hiasan

Saya dan isteri berusia 28 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Baru-baru ini saya melakukan ujian air mani di hospital swasta. Keputusan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang kuantiti sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah sperma aktif hanya 20 peratus. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. Saya juga kuat merokok. Saya merokok sekitar 20 batang sehari. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam.
Suami Sedih, Kuala Lumpur
Jawapan
Anda menjalani ujian air mani dan mendapati bilangan dan kualiti sperma merosot. Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal. Mungkin doktor memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan bukannya berada di luar badan. Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma.
Begitu juga jika berat badan tinggi atau anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana ia membuatkan buah zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan pengilangan sperma.
Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas. Mungkin maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda berhenti merokok.
Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Merokok juga menyebabkan penyumbatan pada salur darah buah zakar yang dapat mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan. Semakin lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda.
Merokok mengurangkan bilangan sperma kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zakat galian zinc. Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan yang diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka jika keadaan serius.
Merokok juga mengganggu pergerakan sperma iaitu keupayaan ia bergerak secara ke depan memasuki rahim dan salur telur untuk percantuman. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik dan mudah sampai ke destinasi. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan telur bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur.
Merokok menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas free radicals daripada kimia rokok. Sperma yang berbentuk tidak normal tak akan dapat bergerak serta bercantum dengan telur.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/merokok-punca-sperma-bermasalah-1.28230#sthash.USHpWzbK.dpuf

CERITA SEBUAH BUKIT


SELEPAS huma di lereng Bukit Siguntang berbuah emas, berdaun perak dan berbatang suasa, malah tanahnya juga bertukar menjadi emas, ramailah orang yang bertamu ke sana. Tuan-tuan yang sekian lama meninggalkan tanah menjadi semak samun tempat bermukimnya binatang buas, kembali semula ke huma mereka. Bukan tuan tanah sahaja yang balik, malah orang asing yang entah siapa-siapa juga ke sana. Bukit Siguntang yang sepi berubah wajah mendadak. Semakin ramai yang muncul menggali keluar emasnya. Malah ramai juga yang berhijrah ke sana, memperhumai tanah selepas emas langsai dikorek lalu kekal menjadi orang bukit.
Bukit Siguntang jadi kebanggaan yang hikayatnya diperturunkan dan diwaritakan dari satu generasi ke satu generasi. Selama tujuh keturunan lamanya. Selama tujuh angkatan itu, ramai yang datang dan pergi. Kebanyakan mereka adalah orang luar yang muncul mengaut hasil dan kemudian pergi membawa sejumlah keuntungan, meninggalkan tanah bukit yang kosong dan gondol.
“Bukit Siguntang sudah botak,” keluh Empuk seraya memandang saudaranya, Malini.
Dia melayangkan pandangan melalui tingkap pondok comel mereka. Angin dari bukit menampar manja wajahnya. Hatinya diserbu semacam keanehan, serasa-rasa angin itu sudah lain pusarannya. Angin yang sepatutnya nyaman dingin, terasa sudah lenyap nyamannya. Gerak angin tidak lagi membawa aroma segar, sebaliknya menghurung bau busuk lugai, barangkali bau bangkai binatang dari bukit.
“Adakah kita akan kekal di sini? Seperti janji kita pada moyang demi membangunkan tanah ini?” Malini merenung semula wajah sepupunya, melontarkan persoalan atau mungkin memberikan jawapan.
“Kalaulah moyang melihat segala yang berlaku sekarang!”
Dua bersaudara senyap sambil menghalakan pandangan keluar. Pandangan mereka merentasi pagi yang masih berselimut kabus. Kalau moyang berdua masih ada, tentu mereka terkejut. Setiap kejadian meninggalkan kesan tersendiri. Kedatangan tiga anak muda bersaudara ke Bukit Siguntang menukarkan huma di lereng bukit menjadi laba. Buah emas, daun tembaga dan batang suasa yang lumayan tidak terkata. Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama jadi tetamu Wan Empuk dan Wan Malini, penghuni asal Bukit Siguntang. Dua wanita ini berkahwin dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pandita, sementara adik bongsu mereka, Nila Utama ditabalkan sebagai raja yang membawa kepada gelaran Sang Sapurba.
Empuk dan Malini cucu cicit Wan Empuk dan Wan Malini yang selepas tujuh generasi hanya mewarisi bukit botak yang makin kehilangan baja dan kini terancam oleh orang asing pula. Namun begitu demi sebuah wasiat, Empuk dan Malini menerima tugasan ini. Demi moyang. Amanat moyang, mereka mesti bangunkan Bukit Siguntang!
Memang sesuatu yang nikmat dapat berpagi-pagi di huma. Seperti biasa huma menyambut kehadiran mereka dengan harum padi yang mula menguning. Tetapi ketara hasil tuaian semakin susut. Itu suatu masalah juga. Tahun ke tahun, kutipan kian kurang. Kalau dapat lepas makan sendiri, itu sudah dikira lumayan sejak beberapa tahun ini.
“Mungkin kita patut tukar tanaman,” Malini sudah beberapa kali mengutarakan cadangan. Empuk menekur pandangan ke arah batang padi. Merenung padi yang menguning. Terlihat kesan padi angin. Padi hampa memang menghampakan sesiapa jua yang bergelar petani.
“Ya, barangkali sudah sampai masa kita tukar tanaman.” Empuk membalas beriring keluhan dalam. Bakal terkuburkah huma moyang ini? Rawan mencanak naik dalam ladang hatinya.
“Aku terfikirkan tanaman bunga-bungaan. Mungkin sayur-sayuran juga. Bukit ini masih dingin, walaupun tidak sesejuk dahulu. Tanaman itu aku kira amat bersesuaian,” balas Malini, sedikit teruja.
Dari huma mereka, dua bersaudara bergerak melintasi huma lain. Ada keluhan yang terlantun keluar setiap kali menatap banyak petak sudah menjadi rang, bersemak samun tanpa diusahakan. Pasti jadi istana mewah tikus dan biawak, yang tentunya akan berleluasa mencari makanan lalu menjahamkan petak-petak milik jiran.
Di petak yang masih dikerjakan, padinya mengalami nasib sama. Lebih banyak padi hampa. Tanah kian kehilangan baja, makin tidak subur. Sungai dari puncak bukit pula tidak berdaya lagi mengairi. Sungai itu sudah kotor membawa bangkai, batang kayu dan sampah hanyut dalam alirannya yang pekat berlumpur. Ada pembangunan yang tidak terkawal di puncak sana.
“Kita beli petak kosong yang tidak diusahakan. Tanah lain juga, kalau tuan tanah mahu lepaskan, kita ambil. Kita pugar dan bajakan semula. Sekarang zaman teknologi, semuanya serba mungkin. Kita usahakan ladang bunga-bungaan dan sayur-sayuran untuk tujuan eksport,” suara Malini agak teruja.
“Tapi kalau mereka mahu sertai kita, apa salahnya? Kita akan sama-sama datang untung dan mengurangkan beban.” Empuk membuka jalan.
Mereka berpapasan dengan dua tiga orang tuan tanah yang sudah berusia. Ramah dua wanita itu mengumbarkan senyuman dan salam. Mereka bertegur sapa sebagai tanda hormat dan mesra, mewarisi kemesraaan penduduk asal Bukit Siguntang, Wan Empuk dan Wan Malini. Tujuh generasi berganti, tetapi moyang masih diingati sebagai orang yang membawa kemajuan pada Bukit Siguntang. Dan adakah kini terpindah pula amanah itu di atas bahu Empuk dan Malini sebagai generasi ketujuh bagi membangunkan semula bukit ini? Dengan cara mereka sendiri?
“Kadangkala aku lelah. Serasa-rasa aku mahu berputus asa,” pernah Empuk mengeluh.
“Jangan dulu. Kita ada perjuangan yang belum selesai. Kita mesti jaga warisan kita ini,” Malini akan cepat memujuk.
Atau kadangkala Malini yang menunjukkan tanda-tanda kecewa, lalu meluahkan kata-kata bernada kehampaan. “Aku rasa seperti mahu kembali ke bandar.”
“Dan tinggalkan semua ini? Tinggalkan perjuangan kita meneruskan legasi moyang? Mengabaikan wasiat moyang?” Empuk meningkah, sekali gus menaikkan semula semangat sepupu yang goyah.
Mereka harus saling bergandingan dan bahu-membahu, demikian moyang pernah berpesan. Amanat yang sama diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Yang kini sangkut pada mereka. Dan pastinya akan mereka perturunkan kepada generasi mereka nanti.
“Pasti ada sebab mengapa kita dinamakan Empuk dan Malini oleh ibu bapa kita. Kau generasi Wan Empuk dan aku pula dari jurai keturunan Wan Malini. Kita memang telah dibentuk dalam acuan itu bagi mewarisi bukit ini sama seperti generasi sebelum kita,” itulah kata-kata yang sering Empuk dan Malini tuturkan saling berganti. Kata-kata penguat semangat ketika mereka lelah dan mahu rebah.
Pun begitu tidak mudah mewarisi bukit yang sudah botak dan hampir tiada apa-apa ini. Selama tujuh generasi, sudah banyak yang ditarah, dikikis, dikaut malah dicuri. Tidak mustahil lama-kelamaan bukit botak ini juga akan rata ditarah andai tidak dikawal.
“Mereka tawarkan harga tinggi. Mungkin ini musim terakhir tuk di sini. Tuk dan isteri akan pindah lepas musim menuai,” Tuk Aki memberitahu mereka ketika singgah di teratak dua bersaudara.
“Kami juga sudah rancang sesuatu bagi memajukan tanah. Tanah kita semua. Kalau tuk boleh tangguhkan dulu pada mereka, kita boleh rancang sama-sama,” Empuk separuh merayu.
Tuk Aki, antara petani yang paling lama bertahan di huma. Dia sudah bercucu dan mungkin bercicit. Kental semangatnya tetapi tentunya dia bakal dikalahkan juga oleh usia. Tenaganya sudah tidak bersisa lagi bagi dihabiskan di huma ini. Usianya barangkali hanya berbaki sejengkal bagi dibazirkan di tanah yang semakin kurang berhasil ini.
“Tuk faham tetapi tuk tak ada pewaris. Untung Wan Empuk dan Wan Malini, ada piat- piutnya yang mahu teruskan perjuangan. Tapi tuk tak ada sesiapa. Anak cucu nak bawa kami ke bandar. Memang kalau boleh, kami nak habiskan usia di sini walaupun keadaan dah tak damai macam dulu … tapi apa daya!” Sayu suara Tuk Aki.
Tuk Aki pulang. Sehari dua juga Empuk dan Malini berduka menyesali nasib huma yang bakal tergadai. Seperti diduga, hasil tuaian musim ini kurang memberangsangkan. Empuk dan Malini reda. Tidak mengapa, mungkin inilah masa menukarkan tanaman. Empuk sibuk merancang membuka ladang. Malini pula memanfaatkan kepakaran botaninya. Saudara mara di bandar dari kalangan penyelidik pertanian bersetuju membantu. Mereka sudah sepakat, yakin muafakat itu akan mengganjarkan berkat.
Tengah hari itu ada kenderaan pacuan empat roda berhenti di laman teratak comel mereka. Empuk menjenguk dan berubah air wajahnya mendadak. Malini tertanya-tanya.
“Cucu cicit keturunan naga sudah turun!” Empuk menghela nafas.
Ada suara memberi salam. Empuk dan Malini menyambut santun. Tetamu yang datang diraikan, walaupun tetamu itu mungkin sang naga yang membawa cenderamata api bahaya. Di perlak hadapan teratak comel, mereka berbincang.
“Kami tawarkan harga berpatutan. Seluruh bukit ini akan dibangunkan. Demi pembangunan dan kemajuan. Tuan Wang sudah ada perancangan strategik,” pegawai yang sedikit muda berkemeja dan berdasi berjenama tenang menerangkan, seraya menjeling lelaki di sebelahnya, lelaki bertubuh kecil, agak berusia yang mengenakan bush jacket kelabu.
“Pembangunan apa? Pembangunan yang tidak terkawal?” Malini meningkah. Empuk meletakkan tangan di atas kura tangan sepupunya. Dia tahu ada pertengkaran yang bakal bertunas dalam pagi yang masih berkabus ini.
“Berhuma ini aktiviti orang lama, cik puan. Sudah ketinggalan zaman. Jadi kami sudah sediakan suatu rancangan yang cukup bagus. Puncak bukit sana sedang diratakan untuk kami bangunkan taman tema dan hotel mewah. Jalan dari bawah sedang dirintis serentak dan akan siap tak lama lagi. Di lereng bukit ini, kami akan bina banglo dan kondominium. Dalam masa 10 tahun ini, cik puan akan lihat Bukit Siguntang akan menjadi bukit cahaya. Bukit bercahaya emas sama seperti legenda Wan Empuk Wan Malini.” Lelaki separa usia itu beria sedikit.
Keemasan
“Oh ya, khabarnya cik puan berdua dari keturunan Wan Empuk Wan Malini! Kami sangat berbesar hati kalau cik puan berdua dapat beri sokongan bagi mengembalikan zaman keemasan itu,” pegawai muda menyampuk cepat.
Lelaki separa usia itu spontan besar bercahaya matanya. “Oh, sangat bagus! Kami akan buat promosi besar-besaran. Oh, sungguh-sungguh bagus!”
“Siapa beri persetujuan? Kami tak pernah setuju apa-apa?” Malini meninggikan suara. Hati disimbah amarah mendengar celoparnya mulut dua lelaki itu. “Puncak bukit itu mungkin hak pemerintah. Terpulang pada mereka untuk beri pada sesiapa yang mereka mahu. Tapi tanah di lereng bukit ini masih bertuan. Kami tuan tanah. Kami takkan benarkan orang seperti encik buat sesuka hati atas tanah nenek moyang kami!”
Dua lelaki di hadapan mereka menegakkan tubuh yang senget. Wajah mereka berubah sedikit tetapi masih berusaha dilindungkan dengan senyuman bergula.
“Semua tuan huma di lereng bukit ini sudah bersetuju. Mereka mahukan kemajuan. Kebanyakan mereka lebih tua daripada cik puan berdua tapi mereka tak tolak kemajuan. Bagaimana cik puan yang masih muda belia ini pula yang mahu menolak kemajuan? Aneh!” Senyuman manis lelaki separuh usia itu sudah berubah sinis.
“Kemajuan takkan jadi kemajuan kalau menjahanamkan. Kami memang muda tapi
kami kenal pembangunan yang memajukan dan pembangunan yang menjahanamkan. Muktamad, perbincangan kita selesai di sini!” Empuk tangkas menutup pintu bicara. Senyuman dihadiahkan semanis mungkin untuk tetamu. Dan tetamu beredar dengan wajah masam kelat.
“Cucu cicit naga tak pernah kenyang!” Malini mencemuh mengiringi kenderaan tetamu yang beredar pergi. Dia mendongak dan melihat langit yang kelam berat menampung air.
Hujan turun lebat beberapa hari. Bukit ini jarang-jarang menerima hujan tetapi sekarang hujan tak kenal jadual lagi. Mujur padi sudah dituai, jadi kuranglah bimbang mereka. Mereka keluar meninjau sekitar pada pagi ketiga. Jalan-jalan becak dan berlumpur likat. Di sungai yang bermuara dari puncak bukit, airnya pekat keruh. Denai yang dibuka sebagai laluan keluar masuk kenderaan ke puncak, sudah berubah menjadi sungai lumpur yang berarus deras.
“Mujur denai ini jauh dari teratak dan huma kita. Kalau tidak, harus huma banjir lumpur dan rumah dihanyutkan arus. Oh, kesan pembangunan! Bagaimana pihak berkuasa boleh benarkan semua ini dipugar tanpa kawalan?” Ada kesal dalam suara Empuk.
“Mungkin mereka tak tahu. Lain yang dibuat tapi mungkin lain yang dilaporkan! Siapa yang tahu aktiviti manusia di bukit itu kecuali mereka yang ada di sana,” Malini meningkah.
Di huma, beberapa orang petani sedang mengetam saki-baki padi yang tidak sempat dituai. Air bergenang tetapi tidak seteruk yang disangka. Langit di atas mereka biru cemerlang. Dari situ pandangan mereka tertala ke puncak yang nampak botak merah sebahagiannya.
“Cik puan berdua ada dengar cerita?” Tuk Aki mendekati mereka.
“Dengar apa?”
“Waktu hujan lebat senja semalam, di denai turun naik kereta itulah. Ada ular besar menyerang beberapa buah kereta. Khabarnya salah satunya kereta tuan punya projek di puncak tu. Tak tahulah nasib mereka!”
“Ular besar?” Malini berdebar.
“Ular Saktimuna!” Empuk terketar.
“Bagaimana ular itu boleh tiba ke sini? Bukankah sudah mati dibunuh moyang Sang Sapurba dengan Corek Simandang Kini?”
“Mungkin cucu cicit keturunannya. Mereka pun seperti kita, mengembara mencari tempat terbaik untuk bermukim.” Empuk memandang Malini.
Dua bersaudara termenung panjang. Merenung bukit gondol botak, cuba membayangkan Tuan Wang dan pegawai mudanya yang mungkin dibelit Saktimuna. Adakah Saktimuna kembali untuk membalas dendam atau menyelamatkan mereka daripada terus tertindas? Mereka tidak tahu!
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/cerita-sebuah-bukit-1.28242#sthash.4DOuGgS8.dpuf

Suami langgan pelacur selepas naik pangkat


Assalamualaikum ustaz. Suami saya berubah sikap dan mula melanggan perempuan sama ada Melayu, Cina dan Siam selepas naik pangkat sejak empat tahun lalu. Pada akhir tahun lalu, suami saya mengaku tersilap jalan selama empat tahun itu. Hati saya hancur berkecai, apa salah saya sehingga dia buat saya begini. Saya tidak beritahu anak-anak kerana malu kalau anak tahu ayah mereka sudah tua buat perangai begini. Apa yang harus saya buat? Adakah perceraian jalan terbaik untuk saya dan anak-anak.
Kak Za, Kuantan, Pahang.
UKE: Waalaikumsalam Kak Za. Kalau suami Kak Za sekarang telah bertaubat dan berubah, menjadi orang yang baik serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, maka adalah baik jika Kak Za berdamai semula dengan suami. Memang saya tahu hati Kak Za kecewa dan hati Kak Za sangat sedih tapi apa salahnya Kak Za beri peluang kedua kepadanya.
Mungkin selepas ini, dia akan menjadi lebih baik kerana dia pernah melakukan kesalahan dan telah membuat pengakuan di depan Kak Za. Tutuplah aib suami di depan anak-anak dan kalau Kak Za rasa tak boleh hidup lagi dengannya, terpulanglah pada Kak Za untuk meminta cerai atau tidak. Saya hanya boleh memberi nasihat. Apa-apa keputusan di tangan Kak Za.
Hukum nenek jaga cucu
Ustaz, saya ingin bertanya hukum ibu kandung saya menjaga dua anak saya semasa saya keluar bekerja. Ini kerana saya ada terbaca di sebuah laman sosial hukumnya haram jika kita membiarkan ibu kandung kita menjaga anak kita.
Walau apa pun alasannya termasuk kekangan kewangan kerana ia seperti ibu kandung kita melahirkan ‘tuan’. Saya ada memberi duit kepada ibu sebagai balasan untuk menjaga anak-anak saya.
Maziah, Klang, Selangor
UKE: Puan Maziah, laman sosial mana yang mengatakan haram itu? Jika kita salah memilih laman sosial, dibimbangi salahlah pula maklumat di dalamnya. Sebaik-baiknya kita hendaklah berguru dan berkitab. Boleh ada soal jawab di dalamnya. Berkenaan memberikan wang kepada ibu kandung yang menjaga anak puan Maziah, adalah harus jika si ibu itu sukarela mengasuh anak puan dan tidaklah boleh dianggap seperti ibu kandung melahirkan ‘tuan’.
Yang paling afdal biarlah ibu bapa kandung berehat di usia tua dengan melakukan amal ibadat yang bersesuaian dengan mereka. Mereka telah bersusah-payah menjaga kita dari kecil dan sekarang mereka telah tua maka berilah mereka berehat dan peluang untuk beribadat. Tetapi, pada dasarnya, tidaklah menjadi kesalahan memberi wang kepada ibu bapa yang menjaga cucu-cucunya dan penjagaan itu pula berlaku secara sukarela daripada pihak ibu bapa itu sendiri.
Isteri difitnah adik ipar
Saya sangat sayang dan hormat ibu saya. Saya mengesyaki adik perempuan saya sering membaca Facebook isteri saya dan kemudian membuat fitnah atau cerita tidak betul dan disampaikan kepada ibu saya. Kemudian, ibu telefon saya dan percakapannya seolah-olah tidak menyukai isteri saya.
Saya sangat kecil hati dan perkara ini telah berlarutan selama lima tahun. Adik perempuan saya itu tinggal dengan ibu saya di utara manakala saya di Kuala Lumpur. Apa harus saya buat ustaz?
Anak Keliru, 
Shah Alam, Selangor.
UKE: Anak keliru, pertama sekali, anda mengesyaki adik perempuan anda membaca Facebook isteri anda dan membuat fitnah disampaikan kepada ibu anda. Perbuatan syak ini pun, sudah menjadi kesalahan. Adakah anda telah menyiasat sebenar-benarnya adakah perbuatan itu telah dilakukan oleh adik perempuan anda?
Jangan kita cepat menuduh tanpa sebarang bukti kerana boleh merenggangkan hubungan silaturahim. Dalam kes ini, anda tidak perlu berkecil hati dengan kata-kata ibu anda kerana beliaulah yang melahir dan membesarkan anda. Apa sekalipun perbuatan ibu, kita sebagai anak simpanlah di dalam hati dan banyakkan bersabar. Jika kita tidak bersetuju atau mungkin berasa kecil hati dengan tindakan ibu, maka adalah lebih baik kita mengambil jalan untuk terus berbaik-baik tanpa mengira siapa yang bersalah.
Sebagai anak, kita hendaklah berlapang dada dan berjiwa besar. Tidak perlu merajuk atau berkecil hati dengan ibu. Bab adik perempuan, berterima kasihlah kepada dia kerana sanggup menemani ibu yang berada di utara tanah air. Mungkin ada satu kesilapan yang dia lakukan, tetapi ada banyak lagi kebaikan yang diperbuatnya. Nasihat saya, kenanglah kebaikan dan jangan dikenang keburukan.
Hukum menyarung cincin selepas nikah
Saya ingin bertanya apa pandangan ustaz berkenaan pasangan pengantin lelaki dan perempuan mengadakan upacara menyarung cincin selepas akad nikah kerana amalan itu menyerupai amalan agama Kristian. Adakah ini boleh dibenarkan dalam Islam dan adakah ia dilakukan pada zaman Rasulullah?
Intan, Melaka
UKE: Puan Intan, harus menyarung cincin pasangan lelaki dan perempuan selepas upacara akad nikah.
Bayi mati dalam kandungan
Assalamualaikum ustaz. Saya ada dua kemusykilan:
a) Bayi lelaki saya meninggal setelah lapan bulan dalam kandungan. Saya terkilan bila anak saya itu cuma dimandi dan dikapankan tetapi tidak disembahyangkan. Menurut imam di kampung saya, anak yang meninggal dalam kandungan tidak perlu disembahyangkan. Dapatkah anak saya itu memberi syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak walau akikahnya telah disempurnakan?
b) Bolehkah diakikahkan anak setelah kedewasaannya kerana ketika bayinya tidak berkesempatan berbuat demikian, sedangkan akikah itu merupakan tebusan bagi anak dari berbagai musibah di samping dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Kamsiah, Nilai, Negeri Sembilan
UKE: a) Puan Kamsiah, mengikut pandangan mazhab Syafie, bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan) jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya) hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup.
Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat, jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan) hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan lembaga berbentuk manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (iaitu membersihkan dari darah kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam, tidak perlu mandi dan disolatkan.
Insya-Allah anak yang meninggal waktu kecil boleh memberi kebaikan kepada ibu bapanya yang sabar dan reda dengan kematiannya di hari kiamat kelak.
b) Apabila seseorang tidak dibuat akikah ketika kecilnya, maka apabila sudah dewasa tidak perlu diakikahkan lagi. Memadailah dia melakukan ibadat korban untuk dirinya sendiri.
Ragui petunjuk solat istikharah
Assalamualaikum ustaz. Sudah dua kali saya melakukan solat istikharah tentang pemilihan pasangan dan mendapat petunjuk yang sama. Tetapi saya masih meragui adakah benar petunjuk itu kerana bakal pasangan saya membuatkan hidup saya tidak bahagia.
Ikhmal, Paroi, Negeri Sembilan
UKE: Saudara Ikhmal, jika anda tidak yakin dengan solat istikharah anda, kerana bakal pasangan anda itu membuatkan anda tidak bahagia, maka sebenarnya, itulah jawapan kepada solat sunat istikarah. Ikhmal rasa tak selesa, rasa tak tenteram, tak membahagiakan. Itulah jawapan kepada solat istikharah anda.
Betulkah anak tidak sah taraf tidak boleh jadi imam?
Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai seorang anak angkat lelaki yang tidak sah taraf. Adakah benar anak tidak sah taraf tidak boleh mengimamkan solat?
Ida, Seremban, Negeri Sembilan
UKE: Puan Ida, jawapannya solat jemaah itu tetap sah jika anak luar nikah itu menjadi imam atas kelayakannya. Mengikuti kriteria-kriteria sebagai seorang imam. Fasih bacaannya, sebutannya jelas dan tajwidnya betul, maka itu tidak menjadi masalah dan solat jemaah tersebut adalah sah. Persoalannya adalah bagaimana status anak angkat tersebut dengan Puan Ida.
Adakah disusukan sewaktu kecil atau siapa hubungannya dengan Puan Ida. Yang itu jawapan yang Puan Ida perlu selesaikan terlebih dahulu. Bab sembahyang, bab imam dan anak luar nikah adalah persoalan lain. Kenapa perlu membenci anak luar nikah sedangkan dia tidak bersalah, malah sangat mulia mendidik seorang anak luar nikah sehingga boleh menjadi seorang imam. Seperti yang saya katakan tadi, Puan Ida kena selesaikan dahulu apakah status anak angkat itu dengan Puan Ida.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/suami-langgan-pelacur-selepas-naik-pangkat-1.28244#sthash.3pISQBfL.dpuf

Delegasi DAP Persoal Peta Seberang Perai Tiada Dalam Poster Konvensyen


Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 4:29 PM
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) ketika memberikan ucapan perasmian pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Dewan Ng Yam Huat di Bukit Mertajam pada Ahad. Foto MUSTAFA AHMAD / THE STAR

BUKIT MERTAJAM: Seorang delegasi pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang mempersoalkan mengapa peta Seberang Perai tidak ditunjukkan pada poster konvensyen.
"Siapa yang reka poster konvensyen tahun ini? Saya mahu tahu adakah Seberang Perai adalah sebahagian daripada Pulau Pinang atau tidak? Jika ya, kenapa peta Seberang Perai tidak ditunjukkan pada poster?
"Tidak syak lagi Seberang Perai dilihat sebagai anak tiri negeri Pulau Pinang," tegas Shamser Singh Thing, yang merupakan seorang pensyarah undang-undang pada sesi perbahasan konvensyen di Dewan Ng Yam Huat di sini, Ahad.
Beliau berkata, Kerajaan negeri Pulau Pinang dan DAP tidak boleh lagi boleh dipisahkan dan tindakan-tindakan kerajaan negeri akan menggambarkan budaya DAP.
Beliau turut mempersoalkan kenapa DAP Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menyampaikan ucapan mereka menggunakan bahasa Melayu dan Mandarin.
"Saya tertanya-tanya kenapa perlu bercakap dalam Mandarin? Bukankah kita semua adalah rakyat Malaysia dan faham bahasa kebangsaan? Mungkin inilah masa untuk fikirkan tentang keberkesanan sekolah kebangsaan," tambahnya.