Wednesday, June 22, 2016
Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka - Suara Kami
Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka - Suara Kami: "Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka
suarakami 7 hrs ago News
Militan Abu Sayyaf dilaporkan marah apabila wang yang dikumpul daripada keluarga dan rakan-rakan daripada empat tebusan Malaysia yang diculik pada April tahun ini tidak sampai kepada mereka.
Mereka dikatakan kecewa selepas mendapati daripada wang tebusan sebanyak P130 juta (RM12 juta) yang dikumpul, hanya P100 juta sampai ke tangan mereka.
Menurut laporan The Manila Times, jumlah wang yang hilang menimbulkan syak bahawa pihak pemberontak mungkin bersekongkol dengan pihak berkuasa dari Malaysia dan Filipina yang telah berkongsi wang selebihnya itu di antara mereka.
Laporan itu turut memetik ‘dua pegawai kerajaan Filipina kanan yang ditugaskan’, diikuti laporan bahawa pembayaran wang tebusan itu telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, The New Straits Times melaporkan Zahid sebagai berkata, RM12 juta yang diperoleh oleh keluarga mangsa itu telah diserahkan kepada bahagian Cawangan Khas dan disalurkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang sah (NGO) di Filipina.
Beliau juga menafikan wang itu dibayar sebagai wang tebusan dan pihak polis Malaysia juga menyatakan Malaysia tidak terlibat dalam apa-apa pembayaran wang tebusan.
Sejurus selepas urusan pembayaran dilakukan, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny, 21; dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34 telah dibebaskan.
Keempat-empat mereka diculik di perairan Sabah pada 1 April oleh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan sebuah bot laju.
Mereka dibebaskan di Jolo, Sulu, pada 7 Jun selepas rundingan tempoh panjang oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang diketuai oleh sub-komander Apo Mike.
“Kami mendapat maklumat kumpulan Abu Sayyaf tidak berpuas hati (marah) setelah mendapat tahu dari laporan berita bahawa wang itu sebenarnya RM12 juta, bersamaan dengan P130 juta tetapi yang diterima hanya P100 juta,” kata seorang pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan kepada The Manila Times.
“Persoalannya sekarang, di mana wang itu hilang hilang?” tanya sumber.
Laporan itu juga mendedahkan khabar angin bahawa wang yang telah melalui Cawangan Khas Polis Malaysia dan pegawai-pegawai tempatan di Sulu sebelum sampai ke kumpulan Abu Sayyaf.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media baru-baru ini menafikannya.
“Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.
“Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik,” kata beliau.
Petik laporan itu lagi, daripada maklumat yang dikumpul, seorang pegawai kerajaan tempatan Sulu terlibat dalam rundingan.
Umumnya kerajaan Malaysia membayar P30 juta sebagai wang tebusan bagi beberapa kes culik pada masa lampau.
Namun, jumlah P130 juta adalah yang paling tinggi setakat ini.
Sumber The Manila Times juga percaya dengan dakwaan Jolo Mayor Hussin Amin bahawa beberapa pegawai tempatan, kemungkinan termasuk tentera telah bersubahat dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden pancung warga Kanada, Robert Hall.
Abu Sayyaf masih menyimpan beberapa tebusan asing dan tempatan, termasuk teman wanita Hall Maritess Flor dan warga Norway, Kjartan Sekkingstad laporFMT"
'via Blog this'
Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara - Suara Kami
Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara - Suara Kami: "Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara
suarakami 19 hrs ago News
Filipina menuduh pegawai-pegawai Malaysia telah berkongsi baki wang tebusan berjumlah RM3.2 juta. Jika ini benar maka perbuatan ini amat memalukan negara dan siasatan yang telus perlu dilakukan. Tuduhan Filipina ini ada asasnya, tidak mungkin wang RM3.2 juta hilang di makan HANTU POLONG.
Zahid Hamidi menteri bertanggungjawab perlu menyiasat perkara ini dan membawa pegawai-pegawai yang memalukan negara ini di bawa ke muka pengadilan.
Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.
Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.
Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.
"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.
"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.
"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.
Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.
Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.
Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.
Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.
Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32."
'via Blog this'
6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat - Suara Kami
6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat - Suara Kami: "6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat
suarakami 1 year ago News
Masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan lagi, apabila ia perlu menjelaskan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya, lapor harian perniagaan Singapura, Business Times.
Enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa syarikat itu menyelesaikan hutangnya kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.
Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos."Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber.
Dalam situasi terburuk, sekiranya jumlah itu gagal dibayar, 1MDB juga berdepan kegagalan melangsaikan hutang sebanyak AS$15.5 bilion (RM42 bilion).
"Kemungkinan ini sudah lama disebut-sebut pengkritik," laporan itu dipetik.
Pihak terlibat kini sedang berbincang mengelakkan krisis berkenaan pinjaman tersebut.
Deutsche Bank Singapura yang dihubungi Business Times tidak dapat memberi komen, sementara 1MDB sebelum ini berkata ia tidak akan mengulas sebarang spekulasi atau khabar angin pasaran.
Pada 22 April, laman Sarawak Report berkata akaun 1MDB di BSI Singapore mengandungi "aset atas kertas semata-mata" dan "nilai sebenarnya tidak dapat ditentukan".
Semalam, Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menyatakan kerisauan sama ada 1MDB boleh membayar hutangnya yang bakal matang.
Dakwanya, beliau mempunyai maklumat dana pelaburan negara itu menyenaraikan akaunnya di BSI Singapore "yang diragui" sebagai cagaran.
Jika benar, kata Rafizi, 1MDB mungkin menggunakan dana awam untuk memenuhi tarikh akhir pembayaran pada September ini, memandangkan akaunnya di Bank BSI sebenarnya tidak memiliki wang tunai.
Business Times dalam laporannya turut maklum isu hutang 1MDB ini melibatkan beberapa bank seperti BSI, RBS Coutts dan Deutsche Bank.
Menurutnya, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membantu pihak berkuasa Malaysia menyiasat akaun firma itu yang bermasalah.
Ia berkata beberapa bank, termasuk BSI Singapore, akan mengambil tindakan undang-undang jika "kes ini menjadi semakin serius dan tuntutan dibuat terhadap mereka".
"Ia langkah berjaga-jaga yang biasa dilakukan," kata sumber itu.
Akhbar itu juga berkata seorang pegawai BSI Singapore yang mungkin berurusan dengan 1MDB diarahkan bercuti dan beliau juga dipercayai mengupah peguam.
Seorang peguam yang tidak dinamakan berkata: "MAS adalah penyelia yang berhati-hati dan cermat dan ada banyak kuasa untuk memperoleh maklumat daripada bank dengan cepat.
"Persoalannya kini adalah sama ada kemelut membabitkan bank Singapura ini adalah tentang kegagalan mematuhi amalan terbaik atau pencabulan yang terletak di bawah bidang kuasa badan penyelia lain seperti CAD (Jabatan Hal Ehwal Komersial) dan polis".
1MDB yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2009 dikritik hebat apabila mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mendedahkan Putrajaya meluluskan kredit sedia ada kepada 1MDB sebanyak RM950 juta dan RM600 juta sudah digunakan."
'via Blog this'
Thursday, June 16, 2016
Pembunuhan maruah satu dosa besar
15 JUN 2016
Pembunuhan maruah satu dosa besar Polis mengiringi Perveen Bibi, yang didakwa membakar anak perempuannya hidup-hidup kerana berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri. - Foto AFP
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sekumpulan ulama terkenal di Pakistan telah mengeluarkan fatwa berhubung 'pembunuhan bermaruah' dan menyifatkannya sebagai dosa besar.
Fatwa dikeluarkan Majlis Ittehad Sunni (SIC) kelmarin, dibuat selepas seorang remaja Zeenat Bibi dari Lahore, dibakar hidup-hidup oleh ibunya minggu lalu kerana berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.
Menurut Setiausaha Agung SIC, Mufti Saeed Rizvi, Islam membenarkan golongan wanita memilih pasangan untuk dikahwini asalkan kedua-dua belah pihak bersetuju.
"Oleh itu, pembunuhan biasa atau dengan cara kejam seperti dilakukan kepada Zeenat yang tidak bersalah sememangnya satu dosa besar.
"Semua ulama mengutuk keras tindakan tersebut dan mengisytiharkan ia sebagai menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan, tidak demokratik dan beretika, dan ia mesti dihentikan," katanya.
Fatwa itu turut menggesa kerajaan menggubal undang-undang baharu untuk menghukum pesalah yang melakukan 'pembunuhan maruah', di samping mewujudkan kempen kesedaran mengenai perkara tersebut. - Press TV
Subscribe to:
Posts (Atom)