Thursday, May 12, 2011
Murid lelaki pakai skirt ke sekolah
LONDON: Seorang murid berusia 12 tahun semalam memakai skirt paras lutut ke sekolah kerana membantah dasar pakaian seragam sekolah yang mengharamkan murid lelaki memakai seluar pendek sepanjang musim panas.
Chris Whitehead juga berucap kepada lebih 1,350 murid pada perhimpunan dengan memakai skirt hitam itu.
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, murid lelaki sekolah itu dibenarkan memakai sedemikian kerana kelemahan dalam undang-undang yang dilaksanakan.
Whitehead, dalam ucapannya berkata, tindakan melarang murid lelaki di Impington Village College, berhampiran Cambridge di timur England memakai seluar panjang menjejaskan tumpuan dan keupayaan mereka untuk belajar. - Agensi, mymetro
Tubuh kurus, berat melampau
DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu. |
KUANTAN: Doktor mengesahkan dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun timbul pelbagai persoalan apabila susuk tubuhnya jauh berubah hingga kurus melidi sedangkan dia makan dengan banyak berbanding sebelum dia diserang penyakit misteri itu dua tahun lalu.
Lebih aneh, di sebalik tubuhnya yang kurus itu, Saila Alias, 25, yang kini mampu terbaring di atas tilam, cukup berat untuk diangkat, malah tidak cukup dengan kudrat dua orang dewasa.
“Pernah dua ahli keluarga kami cuba mengangkat Saila tapi tak mampu. Biarpun kurus, beratnya tidak masuk akal dan tidak setanding dengan fizikalnya,” kata ibunya, Rosyatinah Yon, 48.
Menurutnya, sebelum sakit dua tahun lalu, berat badan Saila kira-kira 49 kilogram (kg), namun sekarang bila dia diangkat beratnya dirasa bertambah lebih sekali ganda, dianggarkan tidak kurang daripada 100kg.
“Saya tak tahu berat sebenar Saila sekarang kerana sejak dia sakit kami tak pernah timbang memandangkan dia lumpuh,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumah adiknya di Taman Tas.
mymetro
Suami Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon Saida
Oleh SALWA SHA'ARI
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.
Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.
"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.
"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.
Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.
Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.
Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".
Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.
"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.
"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.
"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.
Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.
Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.
Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.
Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.
Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.
Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.
Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.
Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.
Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.
Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.
Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.
mstar
Gadis maut, ibu parah dalam kejadian samun
JELEBU 12 Mei – Seorang gadis maut manakala ibunya pula parah dalam satu kejadian samun di sebuah rumah kedai di pekan Simpang Durian di sini hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Christy Erny, 20, manakala ibunya, Sumimah, 39, warga Indonesia kini dirawat di Hospital Kuala Pilah, dalam kejadian pukul 4 petang. – UtusanGaddafi muncul di kaca televisyen Libya
TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akhirnya muncul di kaca televisyen negara itu hari ini selepas beberapa minggu tidak berbuat demikian terutama selepas serangan NATO yang mengorbankan anak lelaki dan cucunya pada 30 April lalu.
Gaddafi muncul hanya beberapa minit saja dengan kamera merakamkan gambarnya dari jarak jauh ketika beliau sedang duduk bersama beberapa pemimpin etnik negara itu.
Gaddafi bagaimanapun tidak bercakap dalam rakaman itu.
Pemimpin Libya itu tidak kelihatan atau tiada berita mengenainya sejak serangan NATO di kediamannya yang menyebabkan anaknya, Seif al-Arab Gadhafi terkorban.
Sejak serangan itu, khabar angin merebak menyatakan Gaddafi turut cedera atau terbunuh dalam serangan itu.
Bagaimanapun dengan penyiaran rakaman video mengenai Gaddafi itu, ia sekali gus melenyapkan tanggapan bahawa pemimpin Libya itu sudah terkorban.
Malah, untuk menguatkan bukti Gaddafi masih hidup, lensa kamera rakaman mendekati satu siaran televisyen yang berhampiran Gaddafi yang menunjukkan Rabu, 11 Mei. - AFP
Penganggur bunuh ustazah, anak dihukum gantung sampai mati
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemasang paip kerana membunuh seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun pada tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Ahmad Nasfy Yasin mendapati Ali Tan Abdullah, 35 tahun bersalah kerana membunuh jiran sebelah rumahnya ustazah Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusoff di B5-1-09B, Flat Win Min, Pasar Baru Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2 September tahun lalu.
Dalam keputusannya, hakim itu berkata, Ali Tan memberi keterangan bahawa dia hanya memasuki rumah mangsa untuk mengambil barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan alat permainan Playstation tetapi tidak membunuh mangsa dan anaknya.
"Dia kemudian menggadai barang kemas itu dan menghantar komputer riba terbabit ke sebuah kedai untuk diformatkan. Selepas kejadian itu, Ali Tan tidak pulang ke rumah sebaliknya bermalam di sebuah hotel.
"Selepas kejadian, rumah mangsa dikunci dengan baik dan tidak ada kesan pecah masuk. Ini menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang terakhir yang bertemu mangsa. Semua keterangan tertuduh adalah satu bentuk penafian semata-mata tanpa sokongan daripada sesiapa," katanya.
Menurut suami mangsa, Mohd Yusoff Awang Besar, Allahyarham isterinya selalu memakai barang-barang kemas dan pada kejadian itu tertuduh bergelut dengan mangsa untuk merampas barang kemas.
"Pergelutan di dalam rumah menunjukkan tertuduh cuba merampas barang kemas itu. Mangsa juga mengalami beberapa kecederaan ketika dalam usahanya untuk mempertahankan diri. Muka dan leher mangsa lebam akibat dipukul dengan benda tumpul," katanya.
Ketika kejadian itu, suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di Mesir.
Ali Tan yang dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, diwakili peguam Philip Yeow Boon dan S Gobind dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA
Kemalangan bas: 12 jemaah Mesir maut menuju ke Makkah
EL-ARISH (Mesir): 12 jemaah warga Mesir yang sedang menuju ke Makkah terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van.
Pegawai polis Mesir, berkata kemalangan di jalan raya sehala di semenanjung Sinai, Mesir turut mengakibatkan tiga penumpang lain cedera. - AP
benjy sihat perbicaraan diteruskan
11 MEI 2011: Pelakon, Khaeryll Benjamin atau Benjy yang sebelum ini dilaporkan tenat kerana serangan lelah, kelihatan sihat ketika hadir di mahkamah bersama ibunya, dramatis Azean Irdawaty bagi meneruskan perbicaraan kes memiliki syabu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Utusan/MUHAMAD IQBAL ROSLI |
Jerubu buruk landa Kuala Lumpur
11 MEI 2011: Bandar raya Kuala Lumpur "lenyap" dari pandangan apabila keadaan jerebu yang buruk melanda beberapa bandar di negara ini, termasuk di ibu negara. Gambar ini dirakam dari Menara Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang. - Utusan/HAFIZ JOHARI |
Bekas isteri Datuk K bernikah
12 MEI 2011: Datuk Rayyan Joseph King menyarungkan cincin pernikahan dijari Tengku Zawyah pada majlis pernikahan pasangan tersebut di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Tengku Zawyah adalah bekas isteri Datuk K. - Utusan/MOHD FARIZWAN HASBULLAH |
Operasi cari Nur Syaza Sakinah dihentikan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan serta nasihat daripada ketua gerakan operasi dan anggota keselamatan selepas usaha tersebut dilihat menemui jalan buntu.
‘‘Kita sudah putuskan perkara ini dalam mesyuarat bahawa kemungkinan untuk kita menemui mangsa yang telah hilang masuk hari kelapan, amat tipis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Jelasnya, pelbagai inisiatif dan pendekatan diambil bagi mengesan kanak-kanak itu termasuk memanggil Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) serta unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Mohamad berkata, pihaknya berharap keluarga mangsa dapat menerima keputusan itu dengan tabah.
‘‘Ini amat mendukacitakan kita dan saya telah meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk mengadakan sembahyang jenazah ghaib di Masjid Bandar Baru Senawang, memandangkan kita tidak menemui mangsa,” katanya.
Tambahnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga mangsa lewat hari ini.
Nur Syaza Sakinah bersama dua kakaknya dihanyutkan air deras ketika sedang mandi-manda di hutan lipur tersebut Selasa lalu.
Kakaknya, Allahyarham Nur Syaza Alisa, 5, dan Allahyarham Nur Syaza Azira, 4, ditemui lemas dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban, sehari selepas kejadian.
Dalam kejadian itu, bapa kanak-kanak terbabit, Said Ahmad dan kenalan wanita, Alwani Abu Hassan, 18, yang turut hanyut dalam insiden kepala air di hutan lipur itu berjaya diselamatkan oleh orang ramai.-utusan
Bil telefon DPR RM54 juta
JAKARTA 11 Mei – Badan pemantau perbelanjaan bajet negara ini hari ini menerbitkan satu laporan menggemparkan yang menunjukkan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia secara keseluruhan membelanjakan 151 bilion rupiah (RM54 juta) untuk bil telefon setiap tahun.
Dalam satu siaran media hari ini, Forum Transpirasi Bajet Indonesia (Fitra) menyatakan anggota DPR diberi peruntukan sangat tinggi untuk penggunaan telefon bimbit.Ia menyatakan anggota DPR menerima 14 juta rupiah (RM4,896) sebulan atau 168 juta rupiah (RM58,726.) setahun untuk kredit telefon dan tambahan 102 juta rupiah (RM35,663) setahun ketika waktu sidang berehat.
‘‘Maka, setiap ahli Parlimen menerima 270 juta rupiah (RM94,463) setiap tahun untuk kredit telefon sahaja,’’ kata wakil Fitra, Ucok Sky Khadafi.
Secara keseluruhan, Indonesia memperuntukan sebanyak 151 bilion rupiah (RM52.806 juta) untuk perbelanjaan telefon ahli Parlimen.
‘‘Ia merupakan satu pembaziran peruntukan negara. Ia terlalu banyak. Pada hakikatnya, ia mungkin dijadikan perbelanjaan peribadi berbanding komunikasi,’’ tambahnya.
Beliau berkata, peruntukan itu sangat tidak adil ekoran masih ramai rakyat Indonesia hidup dibawah paras kemiskinan.
Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen dari Parti Demokratik, Roy Suryo berkata, seorang ahli Parlimen menerima antara 1.5 juta hingga dua juta rupiah (RM524.25 hingga RM699) sebulan untuk komunikasi.
‘‘Saya tidak ingat jumlah sebenar tetapi ia sekitar jumlah berkenaan,’’ katanya.
Beliau memberitahu, kakitangan DPR yang menguruskan bajet peribadi ahli-ahli Parlimen. – Agensi, utusan
Gadis derita penyakit misteri
KUANTAN - “Mak, kenapa sejak akhir-akhir ini Sailaa jalan tak stabil? Ada sahaja benda yang Sailaa akan langgar walaupun dah nampak,” adu Sailaa Alias, 25, kepada ibunya Rasyatinah Yon,48 dua tahun lalu yang menunjukkan petanda awal gadis itu akan menghidap penyakit misteri.
Menurut Rosyatinah, anak kedua dari lima beradik ini yang bekerja di Petaling Jaya sebagai kerani itu sering mengadu kepadanya mengenai keadaan fizikal yang tidak dapat dikawal dan sering terlanggar apa sahaja di hadapannya.
“Itulah petanda awal keadaan dia, dan akhirnya saya suruh dia berhenti kerja kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Di rumah, sedikit demi sedikit perubahan fizikal yang dialami Sailaa sehingga di terlantar tidak berdaya seperti sekarang ini. Jika dulu, dia masih boleh menguruskan dirinya sendiri, tetapi sekarang ini nak bercakap pun dia tidak boleh, hanya menggunakan isyarat tangan sahaja,” katanya.
Selain itu, walaupun telah mendapatkan rawatan di hospital, penyakit Sailaa masih belum dapat dikenal pasti menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah tradisional.
“Pergi ke hospital doktor cakap anak saya tiada apa-apa masalah kesihatan, walaupun sudah terlantar begini, doktor masih tidak dapat kenal pasti apa penyakit yang dihidapi Sailaa.
“Sebab itu saya memilih untuk menggunakan kaedah tradisional dan rata-rata bomoh yang saya temui anak saya ini terkena buatan orang. Percaya atau tidak saya terima kerana kaedah moden tidak dapat menyembuhkan anak saya ini,” katanya.
Seterusnya, Sailaa mendapatkan rawatan alternatif ini tetapi sehingga sekarang ini masih tiada perubahan positif yang berlaku.
Rosyatinah berkata, dia tidak tahu bagaimana Sailaa mendapat penyakit ini kerana dia merupakan seorang yang periang dan baik hati.
Menurutnya, dia sedih jika betul anaknya ini terkena buatan orang kerana Sailaa seorang yang mudah disenangi oleh orang.
“Saya pun bingung memikirkan siapa yang tergamak buat anak saya seperti ini,” katanya yang menumpang tinggal di rumah adiknya di No.23,Lorong 9,Taman Tas di sini.
Selain itu, Rosyatinah juga berharap agar anaknya ini mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan perubatan.
“Jika ada bantuan tersebut mampu ringankan satu beban yang dialami keluarga saya untuk membeli keperluan Sailaa ini dan saya masih menaruh harapan agar dia akan pulih seperti sedia kala,” katanya.
Fergie sedih tak dijemput
LOS ANGELES: Bekas isteri Putera Andrew, Sarah Ferguson atau terkenal dengan singkatan 'Fergie' mengaku sukar menerima bahawa beliau tidak diundang ke majlis perkahwinan diraja berlangsung bulan lalu.
Dalam satu temu bual dengan Oprah Winfrey, beliau mengakui ia lebih daripada menyakitkan kerana turut membabitkan memori perkahwinan beliau sendiri di Westminster Abbey, tempat Putera William dan Kate Middleton berkahwin pada 29 April.
“Saya tidak diundang dan saya memilih untuk pergi dan berada di Thailand di satu tempat dipanggil Camelia dan saya dikelilingi hutan,” kata wanita berusia 51 tahun dalam satu temubual yang disiarkan Rabu dipetik majalah People.
“Keadaan tidak dihiraukan itu sungguh sukar kerana saya mahu berada di sana bersama anak perempuan saya dan mengenakan pakaian kepada mereka serta pergi sebagai satu keluarga.
“Ia juga sukar kerana pengantin perempuan terakhir di situ adalah saya,” katanya.
Ferguson sekian lama dilihat sebagai memalukan kepada keluarga diraja itu, terutama pada tahun lalu apabila beliau dilaporkan dalam sebuah akhbar cuba mendapatkan wang kepada pihak yang mahu mendekati bekas suaminya. – AFP
bharian
Nursaida didakwa ada teman lelaki
KUALA LUMPUR – Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya.
Demikian antara dakwaan yang dibuat oleh suami Siti Nursaida, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah, Mohd. Suhaily Rosdi di sini semalam semasa prosiding permohonan cerai oleh bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu.
“Saya sangat sedih dan kecewa, dulu isteri saya seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab tapi dia sudah berubah. Sekarang anak-anak sampai tidak pergi sekolah, bangun lewat kerana dia (Siti Nursaida) sudah tinggal di rumah lain,” kata bekas jurutera kaji bumi itu.
Mohd. Ghazali dinamakan sebagai defendan oleh Siti Nursaida, 35, selaku plaintif dalam permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Defendan hadir bersama peguam syarie, Amli Embong manakala Siti Nursaida pula ditemani kakak iparnya, Rozi Abd. Razak.
kosmo
Rimas tekanan air rendah
MELAKA – Lebih 300 penduduk Blok G Pangsapuri Tengkera Jaya, Taman Siantan, Tengkera di sini merayu pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) agar dapat berbuat sesuatu terhadap tekanan air yang terlalu rendah di kediaman mereka sejak tiga minggu lalu.
“Kami yang tinggal di tingkat empat sudah tidak sanggup lagi untuk turun naik mengangkut air ke rumah setiap hari,” kata seorang penduduk, Roszaini Jantan, 28.
Menurut Roszaini, banyak aduan telah dibuat kepada MBMB namun masalah yang dihadapi masih belum diselesaikan.
“Keadaan semakin teruk sejak tiga minggu lalu dan air yang sampai ke tangki mengambil masa satu hari untuk penuh.
“Air dalam tangki pula hanya cukup untuk memasak dan membasuh pakaian dan untuk mandi, saya bersama lima anak berusia setahun hingga lapan tahun terpaksa mandi di koridor rumah menggunakan tadahan air hujan,” katanya.
Jelas Roszaini, masalah tekanan air rendah di pangsapuri tersebut menyebabkan banyak urusan harian penduduk terganggu terutama bagi mereka yang bekerja.
Roszaini memberitahu, seorang pegawai Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pernah datang membuat pemeriksaan namun keadaan masih tidak berubah.
kosmo
Penunjuk perasaan disembur air merah jambu
KAMPALA - Polis Uganda menyembur air berwarna merah jambu ke arah para penunjuk perasaan yang menentang kenaikan harga makanan dan minyak di sini pada Selasa lalu.
Taktik menyembur air berwarna ke arah para penunjuk perasaan merupakan sesuatu yang biasa dilakukan di Uganda dan Afrika.
Semburan berwarna itu digunakan semasa era pemerintahan aparteid di Afrika Selatan kebanyakannya pada 1989 di Cape Town dalam satu tunjuk perasaan.
Tunjuk perasaan anjuran parti pembangkang itu diadakan dua hari sebelum Yoweri Museveni mengangkat sumpah jawatan presiden selepas dia menang dalam pilihan raya pada 18 Februari lalu. - Agensi, kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)