Friday, July 13, 2012

20.000 MUSLIM DI MYANMAR DIBANTAI SEPERTI HEWAN!

MANA MEDIA ELEKTRONIK ?
MENGAPA TIDAK PERNAH ADA BERITA INI DAN DUNIA TIDAK PERNAH TAHU?
20.000 MUSLIM DI MYANMAR DIBANTAI SEPERTI HEWAN!

Where is Media ?
Semuanya berawal dari 03 Juni 2012, ketika 11 muslim birma tak berdosa dibunuh oleh tentara Burma dan massa Budha setelah membawa mereka digiring turun dari sebuah bus buntut dari aksi pemerkosaan seorang gadis Budha. Protes kejadian ini disampaikan oleh kelompok muslim tapi para demonstran malah dihabisi tentara Myanmar dan massa Budha extrimis.

Data dari Salam-online.com seorang aktivis Muslim Burma memberitahukan ada 250 muslim Myanmar tewas, 500 muslim luka parah , dan 300 muslim diculik .

Muhammad Nasr (pejuang Muslim Myanmar) melalui sebuah wawancara menyebut bahwa milisi ekstrim Budha Burma, MAgh, membakar lebih 20 desa muslim dan 1600 rumah kaum muslim Myanmar.

Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin, saudara-saudara kami di Myanmar yang sedang teraniaya..
 

Adik ‘setan’ punca kakak hamil


KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.
Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya.
Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.
Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.
“Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.
“Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad.
Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.
“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.
“Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya.
Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.
“Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.
“Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya,” katanya.
Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.
Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.
“Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku,” katanya.
Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
“Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.
“Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah,” katanya.
Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.
“Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi ‘lebih tahu’ mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya,” katanya.
Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa ‘menyembunyikannya’ di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.
“Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.
“Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain,” katanya.
Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: “Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.
“Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh,” katanya

Protes Bogel di Shell – Kenaikan Harga Minyak - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News

Protes Bogel di Shell – Kenaikan Harga Minyak - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News: "Seorang pemandu berasal dari Jerman nekad bogel sebagai bentuk protes atas kenaikan minyak . Lelaki yang tidak diketahui identiti-nya tersebut terlihat tiba di pam minyak Shell wilayah Klosterlausnitz dan hanya menggunakan sepasang kasut hitam.
Pengurus stesen minyak Frank Hollmotz, 25 tahun, mengatakan bahawa dia berfikir lelaki tersebut hanya mengenakan kasut kerana tidak ingin kakinya kotor.
Namun, saat mengisi minyak ke tangki keretanya, tiba-tiba lelaki tersebut menaiki kereta dan lalu masuk ke dalam super market untuk membayar dalam keadaan bogel. Setelah membayar, lelaki tersebut keluar dan kembali menaiki keretanya lalu pergi. Sebuah bentuk protes yang aneh bukan? -idahsalam"

'via Blog this'

Krisis Petronas – Keangkuhan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir puncanya- (2) - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News

….bersambung dari babak (1)
RANGSANGAN PILIHANRAYA?
Reuters – Najib, yang mengambil alih kepimpinan negara, tetapi masih belum lagi menerima mandat pilihanraya sebagai perdana menteri. Beliau telah menaikkan gaji penjawat awam dan pembayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah – yang dilihat lebih untuk memenangi undi -  dilihat Petronas mempunyai bahagian dalam dana program tersebut.
Agensi Penilaian Fitch memberi amaran pada Februari, bahawa bajet Malaysia adalah terlalu bergantung pada hasil petroleum, dan pilihan raya boleh meningkatkan perbelanjaan dan meluaskan defisit bajet.
“Jika langkah-langkah rangsangan yang agresif dilaksanakan dan ini membawa kepada peningkatan yang berterusan dalam nisbah hutang awam (public debts ratio), ia akan menjadi negatif untuk rating penilaian,” tulis Fitch.
Ianya mungkin sudah berlaku. Kerajaan pada Jun lalu telah membentangkan di parlimen untuk perbelanjaan tambahan berjumlah  RM13.8 billion – lebih daripada separuh untuk subsidi makanan dan bahan api yang akan meluaskan defisit fiskal kepada 6% daripada KDNK.
Petronas hanya mula memperincikan sumbangan kepada kerajaan 2 tahun lalu – sementara mula melobi untuk perubahan di dalam polisi dividen. Malah, perkataan “dividen” tidak  pernah muncul dalam laporan tahunannya bagi tahun 2001 hingga 2009.
Reuters juga memperincikan kajian untuk tahun-tahun sebelumnya, bermula 1976 mendapatkan angka-angka daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang kini penasihat kepada Petronas. Tetapi Petronas enggan untuk mengesahkan ketepatan tersebut.
TIADA PENDEDAHAN AWAM
Data Mahathir menunjukkan Petronas membuat pembayaran kepada negara lebih daripada dua kali ganda antara tahun 2005 dan 2011 kerana harga minyak yang melonjak tinggi.
Dalam pada itu, Perbelanjaan Negara juga turut berkembang, melebarkan defisit bajet walaupun pendapatan meningkat. Tetapi Malaysia tidak akan mendedahkan untuk apa wang Petronas dibelanjakan.
Reuters membuat permintaan rasmi bagi mendapatkan data dari pejabat Audit Negara Malaysia,  tetapi Agensi Audit berkata ia boleh memberikan angka belanjawan untuk segala-galanya, kecuali sumbangan Petronas.
Tanpa akses kepada perangkaan rasmi, ia adalah sukar untuk menentukan bagaimana kerajaan membelanjakan wang Petronas. Mahathir berkata kepada Reuters beliau mengeluarkan data tambahan Petronas di laman blognya sebagai “penjelasan” untuk maklumat lanjut, mengenai ke mana wang “pergi” setelah beliau berundur pada tahun 2003.
“Sebahagian besar untuk perbelanjaan operasi, termasuk kenaikan gaji untuk 1.4 juta penjawat awam yang kebanyakannya etnik Melayu,” Mahathir berkata.
Sejak Najib mengambil alih jawatan pada tahun 2009, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak hampir 16 %. Sementara perbelanjaan pembangunan, termasuk pendidikan, keselamatan dan kesihatan, adalah sama.
Menaikkan gaji memerlukan kos tinggi, Dr Mahathir berkata dalam satu temu bual dari pejabatnya di tingkat 83 Menara Berkembar Petronas. Sekali gaji naik, beliau berkata, ia adalah sukar untuk memotong pada tahun-tahun berikutnya.
“Jadi, hasilnya, anda mengambil lebih dari perbelanjaan pembangunan kerana perbelanjaan pembangunan tidak merupakan satu keperluan wajib,” katanya. “Anda boleh memotong dari situ!”
MENGEMBANGKAN OPERASI LUAR NEGARA
Dengan bekalan minyak domestik menurun, Petronas telah berkembang di luar negara, melabur di Sudan, stesen petrol di Afrika Selatan dan Industri Gas Asli Cecair di Eropah. Peta Korporatnya menunjukkan operasi Petronas di lima benua.
Tetapi 29% daripada pengeluaran antarabangsa syarikat itu tertumpu di Sudan dan Selatan Sudan, dan pertempuran di sepanjang sempadan Sudan menyebabkan kebanyakan saluran paip ditutup. Shamsul memberi amaran bahawa terhentinya pengeluaran di Sudan akan menelan kos kepada syarikat sebanyak RM3 bilion.
Itu adalah salah satu sebab di sebalik pembelian Syarikat Canada’s Progress Energy. Shamsul berkata perjanjian-pembelian itu akan meningkatkan sumber gas syarikat di rantau “geopolitik yang tidak stabil”.
Pengambilalihan seperti ini memerlukan banyak wang, dan Petronas berpendapat ia tidak memenuhi “misinya” apabila menyerahkan lebih daripada separuh keuntungan kepada kerajaan.
Menurut kabel diplomatik yang dikeluarkan oleh Wikileaks dalam bulan Jun tahun lepas. Ahli Lembaga Petronas , Mohammed Azhar Osman Khairuddin berkata kepada Diplomat AS yang tidak dikenali bahawa Petronas “merasakan tekanan yang besar untuk mengembangkan perniagaannya, di samping untuk mengekalkan status politik Malaysia.”
Azhar berkata Petronas mahu wang dilaburkan dalam aset minyak dan gas “untuk menggalakkan keuntungan pada masa depan, lebih daripada utama dari dibelanjakan sekarang untuk program domestik mendapat, demi keuntungan politik”. Azhar mahupun Petronas tidak memberi maklum balas bila ditanya mengenai hal ini.
Isu pembayaran kepada kerajaan dan pelaburan korporat adalah masalah bagi syarikat-syarikat minyak milik negara yang lain juga.
Petronas dilihat menghadapi dilema yang sama dihadapi oleh syarikat minyak negara Mexico, Pemex. Kerajaan Mexico, mengambil tunai begitu banyak daripada perniagaan Pemex, Syarikat mempunyai masalah melabur dalam pengeluaran.
Firma Fitch memberikan penarafan “BBB” kepada penerbitan hutang terbaru syarikat itu, memetik beban cukai yang besar dan “pendedahan kepada risiko campur tangan politik.”
Dengan permintaan tenaga global dijangka meningkat sebanyak kira-kira 30% pada tahun 2050 dan penduduk pula dijangka meningkat kepada 9 bilion, para Eksekutif bertanya sama ada kerajaan adalah halangan utama dalam memastikan bekalan masa depan pada tahap yang berpatutan.
Ketua Eksekutif Exxon Mobil, Rex Tillerson berkata di Persidangan Gas Dunia bahawa peraturan, cukai dan subsidi meletakkan risiko kepada projek-projek yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan global. Jika keadaan ini berterusan, kerajaan akan melihat ekonomi mereka “berjalan ke belakang,” katanya.
Petronas mempunyai empat projek minyak di Iraq, yang dijangka mencapai pengeluaran komersial tahun ini. Anggaran Shamsul bahawa output Operasi Petronas akan memuncak pada 800,000 tong minyak sehari pada tahun 2015 – kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran minyak mentah tahunan Malaysia.
Syarikat itu tidak mendedahkan berapa banyak melabur di Iraq, tetapi dianggarkan sebanyak US$8 billion dilaburkan di satu medan, Gharf Oilfield, di mana Petronas membangunkan bersama Jepun petroleum exploration Co.
“Sebab (Petronas) tidak mahu memberikan wang kepada kerajaan kerana ia memerlukan wang untuk melabur semula,” kata Mahathir. “Ini adalah perniagaan yang sangat mahal seperti yang anda tahu. Semuanya berjalan di atas angka berbilion-bilion dolar. ”

TADBIR-URUS BAIK
Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global.
Tetapi ia telah membiayai beberapa projek yang boleh dipersoalkan, kedua-dua di bawah Najib dan pemimpin sebelumnya. Dua kali pada tahun 1984 dan 1989 – Mahathir meminta Petronas untuk menyelamatkan (Bailout) Bank Bumiputra Bhd dari keruntuhan akibat beberapa skandal. Dalam kedua-dua penyelamatan (bailout) tersebut, Petronas telah menyuntik sejumlah RM3.3 bilion ringgit ke dalam bank.
Mahathir juga telah menarik kritikan umum apabila menggunakan dana Petronas menyelamatkan (bailout) Syarikat Perkapalan anak sulung beliau, Mirzan yang dibebani hutang. Dan sekali lagi dana digunakan untuk “menyokong” Syarikat Proton (pembuat Kereta Malaysia), yang menaja Pasukan Lotus dalam Formula Satu.
Mahathir menafikan beliau menyelamatkan anaknya. Petronas “telah ditawarkan dengan tawaran yang agak berisiko dan ianya berakhir dengan keuntungan dengan tawaran itu!,” beliau menegaskan.
Petronas bagaimanapun telah berulang kali menolak untuk membincangkan tentang hal penyelamatan (bailout) itu.
Krisis antara Petronas dan kerajaan menjadi perhatian umum selepas Najib mengambil alih jawatan pada 2009.
Hassan Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada masa itu, tidak bersetuju dengan Najib mengenai isu-isu siapa yang patut dinamakan sebagai Ahli Lembaga Petronas sehinggalah kepada Pasukan Formula Satu mana untuk ditaja.
Reuters difahamkan bahawa Najib memberi notis 6 hari kepada Hassan bahawa kontrak beliau tidak akan diperbaharui pada tahun 2010, berakhirnya kerjaya 21 tahun beliau.
Tiga orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang keadaan ini berkata Hassan telah melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat “bersama-menuruti” Najib.
“Hanya enam hari notis untuk kerjaya yang merangkumi lebih dua dekad bersama Petronas,” kata orang yang rapat kepada Hassan.
Hassan, kini merupakan ahli lembaga di syarikat minyak utama Amerika, ConocoPhillips dan pengerusi syarikat Singapore Power Utility, tidak memberi repon di atas permintaan temubual.
Dilantik oleh Mahathir, Hassan Seorang Akauntan berusia 59 tahun, mempunyai kebebasan yang agak besar  di Petronas sebelum pertempuran dengan Najib.
Mahathir berkata Hassan sering berkata “tidak” kepada cadangan-cadangan beliau, walaupun beliau tidak bersetuju untuk menyelamatkan syarikat kereta nasional yang merupakan kebanggaan negara dan syarikat yang dimiliki oleh anak Mahathir.
Hassan enggan untuk menggunakan syarikat Malaysia yang tidak berpengalaman untuk membangunkan industry minyak dan gas, atau meneruskan operasi mahal membangunkan lapangan minyak kecil di negara ini, kata sumber yang rapat kepada Hassan.
Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada cita-cita tinggi Najib bernilai US$444billion (RM1.42 Trillion), lebih dikenali Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada September 2010 – hanya 7 bulan selepas penyingkiran Hassan. ($1 = 3,1985 Ringgit Malaysia)

(Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterje
mah oleh Hasani Mohamed)

Krisis Petronas – Keangkuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir puncanya (1) - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News


Reuters – Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan Gas Dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah.
Di bawah,  bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan.
Kemudian, apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi – yang di sumbang Petronas mempunyai – “objektif sosio-ekonomi”.
Beliau menekankan, rakyat Malaysia membayar kadar elektrik & petrol yang terendah di Asia. Walaupun kerajaan telah berikrar untuk merasionalisasikannya.
Ianya kelihatan amat mustahil untuk berlaku sebelum pilihan raya yang dijangka dalam beberapa bulan lagi.
Kekesalan Petronas ditegaskan lagi oleh persepsi umum bahawa Perdana Menteri seolah-olah menggangap Petronas sebagai “Kantung Bank Peribadi” bagi menyelamatkan projek-projek kesayangannya, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974.
Temubual dengan pegawai-pegawai yang terdahulu dan terkini juga pemeriksaan dokumen Petronas, membangkitkan persoalan: berapakah jumlah sebenar yang telah disumbang Petronas kepada kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen dan cukai.
Data kewangan yang dikaji oleh Reuters menunjukkan kerajaan sangat bergantung kepada pembayaran Petronas – melalui ‘dividen’ kepada pemegang saham tunggal (kerajaan) – untuk mengekang defisit fiskal yang telah mula membangkitkan persoalan dari agensi penilaian dan penganalisis.
Data juga menunjukkan bayaran ini meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila harga minyak dunia melonjak, turut melonjak bersama-sama adalah perbelanjaan kerajaan. Tetapi akaun rasmi Malaysia tidak menunjukkan bagaimana wang itu dibelanjakan dan kerajaan enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai itu.
“KAMI PERLUKAN TUNAI”
Petronas adalah pembayar cukai tunggal yang terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45 peratus daripada bajet kerajaan.
Tidak seperti negara-negara lain yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Norway atau Brazil, Malaysia semakin kronik. Belanjawan Defisit yang besar dan semakin berkembang walaupun hasil minyak meningkat.
Jurang fiskal tahun lepas, pada 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), diikuti negara India untuk perbezaan, ini adalah mencemaskan di sebalik “Ekonomi Besar” yang baru muncul di Asia, dan ia mungkin bertambah meluas tahun ini.
“Subsidi kepada sebahagian besar defisit. Ianya mempunyai kelemahan lain juga,” kata Shamsul  dalam ucapannya kepada persidangan gas.
“Subsidi menghalang ketelusan, mengurangkan persaingan dan menghalang pelaburan baru,” katanya, sambil menambah bahawa Petronas membayar antara RM18 bilion dan RM20 bilion ringgit (US$ 5.75-6.35) setahun untuk subsidi penggunaan gas.
Malaysia tidak menghadapi krisis fiskal. Pelabur asing tidak sabar membeli bon kerajaan Malaysia, yang yakin rizab negara minyak, gas dan mata wang asing adalah cukup untuk memastikan hutang-hutang akan dibayar.
Namun, ianya akan diuji dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Kejatuhan harga minyak dan gas, akan mengekang keuntungan 2012 Petronas, dan krisis zon euro 1 semakin teruk boleh menjejaskan eksport negara.
Pengecilan pembayaran Petronas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan.
Shamsul berpendapat kini adalah masa yang sesuai untuk meneruskan pemerolehan syarikat luar sebagai “backup” akibat  bekalan tenaga domestik Malaysia yang akan mengurang.
Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat “Joint-Venture” Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini.
“Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai,” kata Shamsul dalam ucapannya.
“Masalahnya ialah, kerajaan perlu tunai, juga”.

MENARA DI MALAYSIA
Petronas, satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Menara kembar 88-tingkatnya, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, menguasai latar langit Kuala Lumpur.
Rizab Minyak Petronas dan gas berada di rangking ke-28 di dunia, menurut data daripada PetroStrategies di Plano, Texas, di hadapan beberapa pemain utama (main-player) yang lebih dikenali seperti Norway Statoil dan CNOOC (ChinaNational Offshore Oil Corp).
Ianya luar biasa untuk syarikat milik negara, hutang Petronas dinilai lebih besar daripada sebuah kerajaan negeri. Syarikat itu mempunyai pinjaman kira-kira $15.6 billion pada Mac 31.  Dan syarikat US,  U.S. insurer Aflac Inc di kalangan pemegang hutang.
CEO Petronas dan Ahli Lembaga, dilantik setelah diperkenan Perdana Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perdana Menteri menyalurkan dana Petronas untuk membina projek-projek impian mereka dan menyelamatkan kesilapan-kesilapan mereka(bailout).
Pemimpin-pemimpin politik telah digunakan untuk berurusan dengan Pegawai “yes sir!” dalam Petronas, yang pada carta organisasinya di Malaysia adalah sebahagian daripada mereka di Pejabat Perdana Menteri.
Kini Petronas cuba untuk mengatakan “tidak!”.
Seperti semua syarikat minyak milik negara, Petronas dijangka mengistiharkan bersama bahagian keuntungan kepada kerajaan, Ianya sama seperti syarikat minyak sektor swasta membayar dividen kepada pemegang saham.
Angka Petronas menunjukkan, dividen baru ini menetapkan sehingga hampir 55% daripada keuntungan bersih dalam tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2011, jauh melebihi purata 38% yang dibayar oleh syarikat-syarikat minyak nasional di seluruh dunia.
Termasuk cukai, duti eksport dan dividen, Petronas menganggarkan jumlah bayaran kepada kerajaan Malaysia sehingga RM65.7 billion (US$21.10 billion) dalam tahun fiskal.
MELUASKAN DEFISIT
Petronas telah menolak  dasar dividen baru yang akan menetapkan pembayaran tahunan kepada kerajaan pada 30 peratus daripada keuntungan dan bukannya kadar rata RM28 billion (US$ 8.75) seperti yang akan dibayar tahun ini.
Pembayaran yang lebih rendah akan membolehkan Petronas menyimpan wang untuk melabur semula dalam industri global, untuk mengimbangi penurunan bekalan domestik.
Analisis Reuters terhadap data kewangan menunjukkan Petronas akan membayar hampir kepada RM17 bilion dalam tahun fiskal Mac 2011, jika dividen 30%  digunakan.
Pembayaran dividen yang lebih kecil akan meluaskan defisit fiskal Malaysia, melebar kira-kira 6.5 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu hampir tiga kali ganda purata di kalangan Negara Ekonomi Baru Muncul di pasaran dunia, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF).
Dengan wang yang kurang daripada Petronas di bawah formula baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mempunyai tiga pilihan yang tidak popular: pemotongan perbelanjaan, meningkatkan cukai atau mengekang defisit.
Semakin teruk kewangan awam boleh menggoncang pelabur asing, yang memegang kira-kira 39% daripada hutang mata wang tempatan kerajaan, antara yang tertinggi di rantau Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas meletakkan wajah yang berani apabila Reuters bertanya kepadanya jika formula baru mungkin akan dimasukkan ke dalam tahun ini, dengan pilihan raya kini dijangka secepat September.
“Kerajaan cukup sedar akan keperluan kami mempunyai dana sendiri untuk pertumbuhan Petronas,” Shamsul berkata selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan pada 31 Mei. “Mereka menghormati dan mereka akan bersetuju dengan permintaan kami.”
Bagimanapun Pejabat Najib enggan mengulas. – (bersambung babak (2))
(Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterjemah oleh Hasani Mohamed)

Rahsia kerabat diraja Selangor terbongkar - The Kuala Lumpur Post


 
Kuala Lumpur – Dari dulu lagi ramai suka ikuti perkembangan pelakon seksi dari Indonesia ini.
Kalau di Indonesia, Syahrini memang terkenal dengan gosip-gosip panasnya. Tapi secara tiba-tiba Syahrini bertambah lagi ‘panas’ di Malaysia apabila khabar angin telah tersebar mengatakan dia bercinta dengan seorang kerabat diraja dari Malaysia.
Dalam artikel OHBULAN!, “ Penyanyi Indonesia, Syahrini Pilih Teman Lelaki Dari Malaysia”, pengurus Syahrini telah mengesahkan bahawa Syahrini sememangnya bercinta dengan seorang jejaka dari Malaysia. Namun khabar angin ini terus menjadi tanda tanya apabila para peminat mula mempersoalkan siapakah jejaka bernama “Bubu” yang dimaksudkan Syahrini.
Terbaru dari Detikhot.com, Syahrini telah mendedahkan identiti teman lelakinya yang bernama Raja Mohammad Syazni (Bubu). Jejaka ini dipercayai dari keturunan kerabat Diraja Selangor dan mereka berdua sudah bercinta hampir 2 tahun. Menurut Syahrini, dia bertemu Bubu ketika sambutan tahun baru pada tahun 2010 dan mula bercinta pada bulan Februari 2011.

Terbongkar Kes Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News

SHAH ALAM : Tun Dr Mahathir Mohamad melarikan wang rakyat Selangor ke Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri.
Perkara itu didedahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
“Semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, duit pembayar cukai rakyat Selangor (yang dilarikan) ke Langkawi adalah paling tinggi, tapi perkara itu tidak pernah dibincangkan.
“Dulu wakil dalam sidang DUN tidak berani nyatakan perkara tersebut,” kata Adun Ijok itu menjawab pertanyaan Adun Meru, Abd Rani Osman berkenaan pembayaran cukai rakyat Selangor kepada Kerajaan Pusat.
Khalid berkata, sejak memegang tampuk pimpinan negeri itu pada 2008, beliau tidak akan membenarkan duit pembayar cukai Selangor ‘dikebas’ begitu sahaja.
“Sekarang saya berani untuk bertemu Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut kerana melibatkan duit rakyat. Saya akan carikan keadilan bagi mereka.
“Walaupun setiap tahun Kerajaan Pusat tidak pernah keluarkan pernyataan terperinci, namun kita boleh anggarkan jumlah pembayaran cukai rakyat Selangor melalui gaji perkapita dan pendapatan bulanan mereka,” jelas Khalid.

Sekolah berasramapun tak selamat!Pelajar asrama dirogol oleh ‘guard’ di kelas kosong

Pelajar asrama dirogol oleh ‘guard’ di kelas kosong - The Kuala Lumpur Post 
REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini.
Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.
“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.
“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. (SH)
(Gambar untuk illustrasi sahaja)

Tamak keluarga Mahathir bolot segala rezeki rakyat Malaysia – Anwar

KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.
Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.
Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan  beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.
“Apabila saya menolaknya, dia gunakan RM2,000 juta wang Petronas untuk membantu syarikat perkapalan Mirzan iaitu MISC,” kata Anwar.
Menurut Anwar, 10 tahun kemudian, sekali lagi terbukti sikap Mahathir apabila beliau membela tindakan anaknya Mirzan yang membeli penguasaan dalam syarikat pembuat arak dari Filipina, San Maguel dengan harga RM2,900 juta secara tunai.
“Bila kita buat semua tak boleh. tunjuk perasaan haram, tetapi dia semua boleh, beli syarikat arak pun boleh,” tempelak Anwar.
Yang terbaru, kata Anwar, San Maguel telah membeli syarikat Esso Mobil Malaysia dan dinamakan Petron.
Lalu, semua kapal terbang MAS telah dipaksa untuk membeli minyaknya dari Petron ini dan tidak boleh membeli minyak dari Petronas.
“Ini pun Najib takut nak bantah. Kat Mahathir takut, Obama takut, Syed Mokhtar takut…balik rumah pun takut…Apa nak jadi dengan Perdana Menteri kita ni,” kata Anwar diikuti sorakan dari ribuan hadirin yang hadir malam itu.
Anwar mengajak semua rakyat negara ini agar bersama-sama membina negara ini dengan ilmu.
“Setiap sesuatu kita perlu mulakan dengan ilmu…Min huna naklam…permulaan tindakan kita dengan ilmu,” kata beliau bagi memastikan semuanya dibuat dengan betul bukan kerana takut atau emosi.
Anwar memberikan contoh apa yang berlaku di Kelantan sekarang.
“Memang Kelantan secara relatifnya agak miskin tetapi Kelantan berkat,” kata beliau. – Harakah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membekukan kedudukan Datuk Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF)

by Viktor Wong
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membekukan kedudukan Datuk Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dan keahliannya dalam KPF, koperasi tersebut kini bergerak tanpa seorang pengerusi, walaupun ianya telah mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini.
Perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berdasarkan Undang-undang Tubuh KPF yang mensyaratkan keahlian KPF adalah hanya terbuka kepada para peneroka Felda, ahli-ahli keluarga peneroka Felda dan para pekerja Felda sahaja. Datuk Isa ataupun keluarganya tidak pernah pun menjadi sebahagian daripada rumpun Felda selama ini dan oleh itu beliau tidak mempunyai sebarang hak untuk menjawat apa-apa jawatan ataupun kedudukan di dalam KPF.
Bagaimana Isa dapat menjadi “ahli” KPF?
Persoalannya adalah, bagaimana Datuk Isa dapat menyeludup masuk ke dalam KPF dan menjadi ahli, seterusnya menjawat jawatan sebagai pengerusi koperasi tersebut?
Di dalam Undang-undang Tubuh KPF, adalah jelas, untuk menjadi ahli KPF seseorang itu hendaklah daripada kalangan para peneroka Felda, ahli-ahli keluarga peneroka Felda ataupun seorang pekerja ladang Felda sedangkan Datuk Isa itu tidak pernah pun menjadi sebahagian daripada rumpun Felda tersebut. Jadi bagaimana Datuk Isa dapat menyeludup masuk ke dalam KPF tanpa disedari oleh orang ramai?
Malah, apabila aduan dikemukakan oleh sekumpulan 16 orang peneroka Felda terhadap kedudukan Datuk Isa yang tidak sah itu kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ianya ditolak mentah-mentah oleh para pegawai-pegawai SKM sebagai “tidak ada isu”. Malah presiden Umno Datuk Najib Razak turut menyelar tindakan 16 orang peneroka Felda itu dan mengecapkan mereka sebagai “pengkhianat”.
Ini menunjukkan bahawa para pegawai SKM itu sememangnya sama ada cacat penglihatan kerana tidak nampak apa yang tertera di dalam Undang-undang Tubuh KPF ataupun hanya sengaja menutup sebelah mata oleh kerana sipenjawat pengerusi KPF itu adalah orang kuat Umno. Alasan para pegawai SKM itu yang menyatakan bahawa tidak ada peruntukan khas untuk menyingkirkan Datuk Isa itu telah menjadi suatu bahan ketawa umum.
Selain daripada kecacatan pada pihak SKM, kecacatan itu turut disengajakan di pihak lembaga pengarah KPF untuk memberi laluan kepada Datuk Isa menjadi pengerusi KPF mungkin kerana takut dengan kuasa dan pengaruh pemimpin Umno itu terhadap koperasi tersebut.
Datuk Isa adalah bekas naib-presiden Umno yang pernah digantung keahliannya disebabkan oleh karenah politik wangnya di pemilihan parti yang lalu dan beliau kini adalah seorang ahli dewan undangan negeri dan ahli majlis tertinggi Umno.
Alasan tak masuk akal
Apabila sekumpulan 16 orang peneroka Felda itu mengajukan aduan mereka kepada SKM terhadap kedudukan Datuk Isa yang tidak sah di dalam KPF, para pegawai SKM pula memberikan alasan bahawa tidak ada peruntukan khas di dalam Undang-undang Tubuh KPF yang boleh menyingkirkan beliau daripada jawatan pengerusi koperasi tersebut.
Apakah “peruntukan khas” yang dimaksudkan oleh SKM itu? Undang-undang Tubuh KPF sememangnya jelas menyatakan bahawa Datuk Isa bukannya merupakan seorang ahli dan pengerusi KPF yang sah kerana beliau tidak layak menjadi ahli KPF pada mulanya.
Keperluan “peruntukan khas” seperti yang dikatakan oleh para pegawai SKM itu adalah tidak masuk akal, bodoh dan alasan tersebut sengaja dibuat, agar 16 orang peneroka Felda itu akan menjadi keliru dan seterusnya menerima ketetapan tersebut.
Akan tetapi, 16 orang peneroka Felda itu tidak “bodoh” seperti yang disangka oleh SKM, malah terus membawa isu tersebut ke mahkamah untuk dituntut kembali hak-hak mereka.
Sudah menjadi konspirasi pada mulanya
Sebenarnya, sudah menjadi jelas bahawa ada konspirasi di pihak Umno untuk mengambil-alih KPF selama ini. KPF adalah pemegang berkepentingan di dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVB) yang kini telah disenaraikan di dalam Bursa Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk memperoleh saham-saham FGVB melalui penyenaraian, Umno perlu menguasai sepenuhnya jalan keluar masuk di dalam KPF agar semua ahli-ahli koperasi tersebut dapat diangkat menyokong usaha tersebut. Dengan itu, timbul komplot untuk menyeludup Datuk Isa masuk ke dalam KPF untuk diangkat menjadi pengerusi KPF bagi mempermudahkan komplot tersebut.
Dan apabila sebahagian ahli-ahli KPF mendapat tahu dan membantah komplot tersebut, Umno pula terpaksa mengeluarkan wang berbilion Ringgit daripada Perbendaharaan untuk dihadiahkan RM15,000 kepada setiap keluarga Felda sebagai usaha untuk menyogok dan memaksa mereka mengikut kehendak Umno bagi memastikan penyenaraian FGVB berjaya.
Ini jelas merupakan satu bentuk rasuah, ancaman dan peras ugut dan ianya sedang berlaku. Tetapi apa yang para peneroka Felda ini berdaya? Bolehkah mereka melawan balik? Apakah yang akan terjadi jika sekiranya mereka bangkit melawan?
Bagi mencapai tujuan politik dan kekuasaannya, Umno sanggup berbuat apa sahaja walaupun perbuatan tersebut adalah terkutuk, keji dan bertentangan dengan ugama. Selepas Felda, Umno mungkin akan menghalakan keris dan tombaknya kepada Felcra pula.
Di harap para peneroka Felcra tidak akan terpedaya dengan perangkap Umno ini. -viktorwong-socialaffairs

Isa Samad dpt 180,000 unit saham FGVH tidak khianat?

Semalam, dlm ucapan PM di Cini; peneroka yg ambil 'durian runtuh' tetapi menentang penyenaraian FGVH di Bursa Msia sebagai golongan yg tak tau malu. Yg membawa kes ke Mahkamah pula adalah pengkhianat kerana menghalang transformasi.

Meskipun anak Tun Razak dan acapkali menyebut2 jasa Ayahnda beliau menggagaskan Felda; Najib lupa sejarah dan melanggar amanat Ayahndanya sendiri. Elok dia baca balik handsard parlimen 27 april 1960 sewaktu Tun Razak membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act(GSA)1960.

Apakah Najib bincang dgn Majlis Raja2 Melayu dan Menteri Besar/Ketua Menteri tentang keghairahan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Msia sebagaimana dibuat Tun Razak dulu?
Kenapa dibelakangkan Sultan dan Kerajaan Negeri sedangkan tanah milik kerajaan negeri?
Bukankah ia bertentangan dengan Seksyen 7(2) Akta GSA bahawa tanah yg diberi kerajaan negeri adalah untuk individu dan koperasi sahaja?

Kenapa Najib memandai2 tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar dipajak kepada FGVH selama 99 tahun dengan hanya membayar sewa pajakan berjumlah RM251 Juta sahaja setahun?
Bukankah Najib telah mengkhianati dasar yg termaktub sejak zaman ayahndanya lagi?

Saya cabar dia buktikan kerajaan negeri mana yg bersetuju untuk menyerah tanah Felda Plantation. Hatta, saya cabar dia nafikan terdapat puluhan juta lagi premium yg tidak di bayar oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri kerana memajukan tanah2 milik kerajaan negeri. Bukan sahaja Felda; bahkan Felcra, Risda, Ketengah, Kesedar dll. Tidakkah itu perompak dan penyamun namanya?

Kenapa peneroka harus malu mengambil 'durian runtuh' kerana itu duit mereka sendiri?
Bukankah dakwaan ANAK sebelum ini bahwa wang ' durian runtuh' dtgnya dari sumber Felda sendiri adalah benar?
Tidakkah ianya diakui sendiri oleh Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat baru2 ini?

Atas asas apa peneroka yg membawa kes KPF di Mahkamah dianggap pengkhianat?
Kalau 8 0rang peneroka yang ada tanah 10 ekar, pencarum dlm KPF, 40 tahun tinggal di Felda, menjual semua hasil komoditi di kilang Felda, membayar semua hutang piutang dan menjunjung perintah segala surat perjanjian yg ditandatangani....mereka menuntut hak mereka, adakah itu khianat?

Adakah Najib mahu semua 112,635 0rang peneroka jadi pak angguk semata?
Biarlah tanah mereka tergadai seperti peneroka di Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson, Felda Sendayan dan Felda Bukit Cherakah baru dikatakan peneroka yg tahu bersyukur dan berterimakasih?

Bila Isa Samad bolot semua jawatan; Pengerusi Felda, Pengerusi FGVH, Pengerusi Felda Holding, Pengerusi Felda Plantation, Pengerusi berpuluh2 Anak Syarikat dgn elaun ratusan ribu sebulan tidak khianat?

Sedang peneroka yg hidup susah puluh tahun, dipaksa sign borang pinjaman saham, cuma dpt 800 unit saham tidak khianat?

Isa Samad dpt 180,000 unit saham FGVH tidak khianat?

Peneroka Felda bersama ANAK dan PR adalah pejuang bukan penkhianat. Walau jumlah mereka lebih kecil; tetapi inilah pemegang watak ' ABD WAHUB' atau P RAMLEE dlm filem 3 ABDUL. Kami bukan bodoh utk dilelong oleh Sadeq Sigaraga yg wataknya hari ini Najib atau Isa Samad...

Ingat wahai Najib...ketika penyenaraian FGVH sedang diharumkan ceritanya melalui media BN; kamu dan kuncu2 kamu seperti Isa dan Ahmad Maslan bolehlah bermain sandiwara. Tipu dan perdaya peneroka yg hidupnya seperti katak di bawah tempurung.

Tidak berapa lama lagi tipudaya kamu akan berakhir...
Harga saham akan jatuh, peneroka menanggung hutang pinjaman saham, harga komoditi merudum, sykt asing monopoli anak2 sykt Felda, tanah2 peneroka akan tergadai...
Rakyat akan bangkit menumbangkan kamu wahai Najib dan BN.

Muqaddimahnya, tunggu Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini!!!!
Sekurang2nya 20 ribu rakyat akan berarak ke Istana Negara. Kami akan serah memo ke bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja Raja Melayu.

Kami nak isytihar Najib dan pemimpin Umno derhaka serta menentang Yang DiPertuan Agong.
Kesalahan yg membawa hukuman...........