Tuesday, July 27, 2010

BETUL KATA DATO SRI NIZAR...

Era Pasca: BETUL KATA DATO SRI NIZAR...

BETUL KATA DATO SRI NIZAR...

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria tidak mencampuri urusan politik jika mahu masyarakat lebih menghormatinya.

“Adalah lebih terhormat dan mulia jika beliau (Harussani) tidak langsung masuk campur dalam hal ehwal politik kerana sejarah membuktikan jelas yang beliau berpihak kepada UMNO.

“Beliau boleh mendengar segala bentuk perancangan mahupun pelaksanaan dari kedua-dua pihak (Pas/UMNO) tapi bukannya bertindak menjadi orang tengah dan perantaraan dalam soal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 berkata demikian ketika diminta mengulas lama sosial pihak tertentu yang menghina dan menggunakan kata kesat seperti ‘haramsani’ dan haram jadah’ terhadap Harussani yang disiarkan Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, Harussani diakui seorang mufti yang cukup terkenal dengan kelantangannya mengutarakan pandangan bukan sahaja di dalam negara bahkan seluruh dunia.

"Tetapi ia bukanlah tiket beliau sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik, lebih baik bersikap berdiam diri ataupun sekadar ambil tahu saja.

“Dalam konteks politik baru hari ini, pandangan beliau lebih bersifat ketuanan Melayu saja, bagaimana dengan kaum lain,” katanya

KALAU DULU AKU AMAT RESPEK NGAN TOK PETI INI..TETAPI SEKARANG TIDAK LAGI BAHKAN AKU MAKIN TAK PERCAYA KERANA TOK PETI INI SANGGUP BERBOHONG BAGI MENEGAKKAN PARTI KEBANGSAAN DARIPADA MENEGAKKAN ISLAM..

AKU SYORKAN SUPAYA TOK PETI INI TERJUN AJE KEDALAM BIDANG POLITIK..DUDUKLAH DIDALAM PARTI UMNO ..AKU BERPUASHATI DARIPADA BERADA DITENGAH-TENGAH DAN HANYA BERCAKAP APABILA TIDAK SETUJU DENGAN KERAJAAN PR DAN SEBALIKNYA HANYA BERDIAM DIRI APABILA KERAJAAN UMNO MELAKUKAN KESALAHAN DARI SEGI AGAMA DAN UNDANG-UNDANG...

CUPING : ADA YANG KATA TOK PETI HARAM SANI..KAH..KAH..KAH

Harussani pencacai UMNO - Mahfuz


KUALA LUMPUR 26 Julai - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pencacai UMNO kerana berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang didakwa menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.
Mahfuz menjelaskan, Hassan telah mengakui yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama UMNO dan Pas.
"Hassan sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah diberi mandat oleh Pas untuk berbincang dengan Harussani mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO.
"Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sabtu lalu, Hassan mengesahkan dirinya pernah menemui Harussani kira-kira dua bulan lalu tetapi menafikan perjumpaan itu menyentuh mengenai kerjasama UMNO dan Pas sebaliknya persiapan bagi menghadiri Mesyuarat Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Sebelum itu, Harussani menyatakan ada di kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan untuk merealisasikan usaha menyatukan orang Melayu dan mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas.
Tambah Mahfuz, Mufti Perak itu sepatutnya meletakkan jawatannya kerana berbohong mengenai perkara tersebut.
"Pembohongan ini sangat memalukan para ulama sedangkan beliau sendiri pernah menyatakan seorang Mufti tidak akan berbohong," jelasnya.
Beliau turut menuntut supaya Harussani memohon maaf secara terbuka kepada Pas dan seluruh orang Melayu Islam dan tidak membiarkan diri terus menjadi pencacai kepada UMNO.
HABIS

perangai UMNO tuduh macam-macam dari dulu kini dan selamanya

Nik Abdul Aziz semakin takbur - Md. Alwi

KOTA BHARU 26 Julai - Sikap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam keras ulama yang menjadi perantara kepada kerjasama antara UMNO dan Pas menunjukkan Mursyidul Am Pas itu semakin takbur.
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, kekuasaan dimiliki Nik Abdul Aziz dalam Pas dan kerajaan negeri menyebabkan beliau lupa bahawa Islam mahu umatnya sentiasa menjalin hubungan persaudaraan.
Jelas beliau, komen-komen Menteri Besar Kelantan itu yang selama ini konsisten mengecam mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendapatnya, menampakkan lagi sikap takburnya itu.
"Jangan takbur, saya menganggap Nik Abdul Aziz ini sudah sampai ke peringkat takbur sebab cap mufti macam itu sekali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Md. Alwi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu dengan mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga menegaskan bahawa Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.
Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan kesediaan beliau untuk terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.
Harussani berkata, terdapat beberapa pemimpin kedua-dua parti itu yang bertemu dengannya untuk berbincang dan meminta pandangan ke arah menjayakan perpaduan tersebut.
Bagaimanapun, hasrat beliau dikritik pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu.
Dalam pada itu, Md. Alwi berkata, sebagai seorang ulama, Harussani cuma menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan ajaran agama bagi menyatukan umat Islam di negara ini.
"Dalam al-Quran (ada menyebut) jika dua bersaudara bergaduh mereka perlu didamaikan, inilah yang dilakukan oleh Harussani sebagai seorang pemimpin agama.
"Kalau dia (Nik Abdul Aziz) rasa dirinya ulama janganlah bersikap demikian. Dulu dia juga pernah berseorangan tetapi sekarang apabila sudah kuat jadi macam begini.
"Soal dia tidak mahu perpaduan tidak mengapalah tetapi kehendak majoriti rakyat Islam Malaysia mahu kita bersatu dan memastikan orang Islam kembali kuat di negara ini," tambah beliau.

Dr. M sertai persidangan blogger Asia


KUALA LUMPUR 26 Julai - Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara penulis blog Asia yang akan berkumpul buat pertama kali di ibu negara bermula Rabu ini bagi membicarakan isu itu pada satu persidangan.
Dr. Mahathir akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Building a Community Around Your Cause by Attracting dan Engaging People" pada persidangan dua hari tersebut.
Persidangan Blogger dan Media Sosial Asia 2010 dijangka menarik 400 peserta dari dalam dan luar negara, kata Shahul Hameed Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, iaitu penganjur persidangan.
"Persidangan ini juga akan membuka peluang kepada pengamal media sosial untuk mendapatkan pengetahuan dan bertukar idea selain memupuk perhubungan perniagaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Bertemakan Refleksi Revolusi Media Sosial, persidangan tersebut akan menyaksikan penulis blog terkenal dan pakar media sosial dari seluruh Asia membincangkan pelbagai topik termasuk undang-undang dan pengaruh media sosial.
Penceramah lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, penulis blog Datuk Ahirudin Attan, Pengarah Ogilvy Public Relations Worldwide Asia Pacific Thomas Crampton dan Michael Netzley yang merupakan felo Society for New Communications Research. - Bernama