Showing posts with label tertua. Show all posts
Showing posts with label tertua. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Kota tertua Eropah dijumpai di Bulgaria

Kota - SofiaKota terletak kira-kira 410 kilometer dari timur laut Sofi a ini dipercayai wujud sebelum permulaan tamadun Yunani purba. - Foto: Reuters
SOFIA - Sebuah kota prasejarah Eropah ditemui di timur Bulgaria, kelmarin. Profesor Institut Arkeologi Nasional, Vasil Nikolov berkata, kumpulan penyelidiknya yang melakukan kerja penggalian berhampiran bandar Provadia itu sejak tahun 2005 menganggarkan kota tersebut wujud sekitar tahun 4,700 sebelum Masihi.

Menurutnya, dinding setinggi tiga meter itu dipercayai menjadi kubu terawal dan paling besar pada zaman tersebut.

"Kami turut menemui rumah berkembar yang dikelilingi dinding kubu itu dan beberapa tinggalan sejarah menunjukkan masyarakat pada zaman tersebut sudah mengamalkan upacara keagamaan," jelasnya. - Al-Jazeera

Thursday, August 12, 2010

Lelaki tertua masih berpuasa



RANTAU PANJANG – Seorang warga emas yang mendakwa berumur 120 tahun dan menjadi manusia tertua di Kelantan masih lagi berupaya berpuasa dan menunaikan amalan rukun ketiga itu. 

Yaacob Deris, dari Kampung Bendang Ikan, di sini dipercayai dilahirkan pada tahun 1880 di Kampung Cenerai, Siram ketika zaman Sultan Mulut Merah kelihatan masih lagi kuat untuk berdiri dan berpuasa walaupun usia lebih satu abad. 

Meskipun tutur katanya sukar untuk difahami, sembilan anaknya sudah biasa mendengar luahan bapanya itu untuk menunaikan amalan berpuasa menjelang Ramadan. 

Anaknya yang keempat, Mohd Zainudin Yaacob, 33, berkata, aktiviti rutin bapanya itu adalah membaca al-Quran bukan sahaja menjelang bulan puasa, malah ia menjadi kebiasaannya di waktu terluang. 

“Ayah selalu menceritakan pengalamannya ketika remaja, dilahirkan pada zaman Kesultanan Melayu Kelantan, Sultan Mulut Merah, Tok Kenali, Penjajahan Jepun dan British,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Terdahulu, Yaacob menerima sijil pengiktirafan sebagai tokoh kemerdekaan tahun ini yang dianugerahkan oleh Sekolah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau Panjang. 

Mengulas lanjut mengenai perjalanan hidup ayahnya itu, Zainuddin berkata, ketika zaman pergolakan politik antara Sultan Mulut Merah dengan Raja Bangkok, bapanya berhijrah bersama isteri dan diikuti rakan-rakan membuka kampung yang masih dipenuhi hutan tebal. 

Malah katanya, Kampung Bendang Ikan telah dinamakan oleh bapanya bersama-sama teman seperjuangannya kerana kampung itu dipenuhi ikan di bendang. 

Menurutnya, bapanya merupakan seorang tokoh patriot yang disegani di zaman peperangan dengan Jepun dahulu dan dilantik sebagai ‘Home Guard’ manakala ‘Military Force’ pada zaman penjajahan British. 

“Ayah sangat mengagumi Tok Kenali iaitu seorang ulama dan tokoh pembangunan pemikiran Islam di rantau sini, yang dilahirkan hampir 20 tahun lebih awal berbanding ayah. 

“Ayah sering kali mengingatkan kami untuk berusaha mencapai kejayaan hasil dari pengorbanan pemimpin terdahulu mengejar dalam kemerdekaan,” katanya.