Thursday, May 23, 2013

Tentera AS bunuh dua pelajar kolej

Tentera AS bunuh dua pelajar kolej
Tentera AS dipercayai menembak sekumpulan pelajar di di Azizabad, Shindand.
KABUL - Sekumpulan tentera di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dipercayai melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar kolej menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut dan berpuluh cedera di Afghanistan.

Menurut pegawai keselamatan wilayah barat Herat, kejadian itu berlaku ketika kumpulan pelajar terbabit sedang menghadiri satu majlis di Azizabad, Shindand.

“Sekumpulan penyiasat dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan penuh,” katanya kepada AFP.

Akibat daripada kejadian itu, puluhan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di luar pejabat gabenor bagi mendesak tentera terbabit ditahan dan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Kehadiran tentera AS di Afghanistan bagi menghapuskan Taliban tidak disenangi sejak kebelakangan ini kerana jumlah kematian terus meningkat walaupun mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan awam.

Mengikut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam tempoh enam bulan pertama 2012, lebih 1,140 orang awam terbunuh dan kira-kira 2,000 cedera dengan 30 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

BUNGA TERATAI DI KUBAH MASJID XIAN YANG MERUPAKAN SIMBOL MELAYU TUA KEKHALIFAHAN SHAH ALAM KESULTANAN KEDAH PASAI MA


Kota Xian memiliki dasar tanah seperti di dasar tanah Kedah yang mempunyai ribuan artifak yang berharga di Sungai Batu, Lembah Bujang serta Pangkalan Bujang. Di Xian dasar buminya terdapat juga beribu artifak purba, antaranya ialah Patung Perajurit Purba yang berlainan wajah seperti di sumpah menjadi batu di kenali sebagai Panglima Terakota. Di dalam bahasa Indonesia China bermaksud Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam bahasa Siam Melayu ia di gelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’ dan ‘Na’ ialah Datuk. Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus. Tai Zhong yang merupakan Tabien dan salah seorang anak murid Penakluk Agung empayar Parsi dan seorang sahabat besar nabi s.a.w. sesudah beriman telah membina Masjid Raya Xian yang sangat besar dan unik terletak di kota Xian. Ia di anggap salah satu masjid dengan arsitektur paling indah di dunia. Pada tahun 1988 pemerintah China menetapkannya sebagai salah satu bangunan bersejarah terpenting di China. Ia mempunyai halaman berkeluasan seluas 12.000 – 13.000 m2 manakala bangunan masjidnya mempunyai keluasan lebih dari 6.000 m2. Ia berbentuk empat persegi panjang, memanjang dari Timur ke Barat. Selepas siap di bina ramailah orang-orang dari Arab dan Persia mendatangi China melalui Jalur Sutera singgah di situ. Dari Kota Xian ini sesetengah dari mereka berpindah pula ke beberapa kota seperti Zaitun, Quanzhou, Hoangzho, Yangzhou, dan seluruh China. Selain berdakwah mereka juga bermuamalat dengan orang tempatan seperti berniaga, berternak dan lain-lain sambil meninjau tempat yang perlu guna menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk setempat. Aktiviti utama Masjid Agung Xi’an iaitu Dakwah ila Allah menjadi salah satu jejak asas aktifitas dakwah mereka. Kerajaan China selepas kematian Mao Tze Tong telah menjaga masjid ini dengan teliti dan ia disenaraikan pula sebagai bandar bersejarah lama yang terkenal oleh UNESCO manakala kotanya pula diiktiraf sebagai sebuah daripada 4 buah ibu negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan Kahirah. Ini kerana Xian merupakan ibu negara China sepanjang 13 dinasti pada sejarah zaman purbanya.

CHINA, EMPAYAR ISLAM YANG TELAH DI SEMBUNYIKAN

CHINA, EMPAYAR ISLAM YANG TELAH DI SEMBUNYIKAN
KELIHATAN TENTERA ISLAM CHINA SEDANG KELUAR DARI KOTA ISLAM CHINA DI TAHUN 1598 YANG MANA BANGUNAN ISLAM INI SUDAH PUN TIDAK WUJUD DAN IA ANTARA RIBUAN KOTA ISLAM YANG DI BOM OLEH TENTERA KOMUNIS CHINA ATAS ARAHAN KAFIR MAO TZE TONG


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun terpaksa ke negara China … ianya Hadis Hasan sebagaimana perkataan Imam Al-Mizi iaitu kawan karib Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah (1263 – 1328) juga salah seorang ulama besar yang menjadi mangsa orang yang tidak menghormati ulama, beliau mati di dalam penjara Damsyik di tangan raja-raja Arab yang mengaku layak menjadi Khalifah bagi Umat di masa itu. Hadis ini juga diriwayatkan dari jalan Abu ‘Atikah al-Bashri, dari Anas bin Malik. Imam Tarmizi juga ada meriwayatkan tentang hadis mengenai nagara China ini. Di zaman Rasulullah s.a.w. bangsa Arab sangat mengenali negera China kerana rakyatnya merupakan pakar ahli pernigaan dan adalah tidak pelik akan perkara ini karena China adalah sebuah negara tua yang sudah lama masyhur di pentas dunia. Kehebatan, bijak di dalam hal ehwal perdagangan dan ketinggian peradaban masyarakatnya ini ternyata sudah terdengar di negara Arab dan bangsa ini sudah lama berdagang dengan rakyat China 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s. lagi. Sebelum sampai ke negara China pula, para pelaut dan saudagar-saudagar Arab akan melintasi kapalnya ke Laut Kedah atau Selat Malaka dahulu sebelum sampai ke pelabuhan Zaitun atau Guangzhou yang merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan utama China. Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah s.a.w. mendirikan pemerintahan di Madinah menurut catatan sejarah, China sudah mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan Rasulullah s.a.w. sebagai al-Madinah. Kota Xian sebelum berpindah ke Beijing sekarang bermaksud Kedamaian di Sebelah Barat . China dan gelarannya di dalam penulisan moden sebagai Sian tapi pada sejarah realiti nama lamanya adalah Cháng'ān. Di zaman raja Iskandar Zulkarnain pula ia di kenali itu sebagai Negara Siamen. Ia salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . Bandaraya Xi'an adalah bandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'an sudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari 4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam Lama ini sebagai ibunegara merek

salah sorang drp 18 org yg ditahan di jinjang.. Kenny Teh.. beliau tidak bersenjata dan telah di pukul oleh polis/fru

Tipu undi

Tiap kezaliman akan dilas di akhirat

YANG DIPUKUL TULAH YANG MEMBAYAR GAJI POLIS NIE!!POLIS NIE IKUT PARATURAN MANA SEBAGAI PENGUATKUASA?? KAMU BUKAN BADAN HUKUM!!YG BOLEH MENENTUKAN KITA DIPUKUL!DIPENJARA DAN DIROTAN ADALAH MAHKAMAH!!AKU NAK TANYA POLIS YG MEMUKUL RAKYAT NIE DIA IKUT UNDANG2 MANA DAN UNDANG2 SAPA!!KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP POLIS SUDAH HAMPIR SAMPAI KEKEMUNCAK!!!LIHAT GAMBAR YANG SEDANG MENGHAYUN BELANTAN TU!!BELANTAN TU JUGA DIBELIKAN OLEH RAKYAT!!YG MENYOKONG SEBAB TAK KENA PADA KELUARGA SENDIRI!!MASEH BOLEH SENYUM!!AKU SIALKAN DIA 7 KETURUNAN ANAK DIA DITIMPA MUNISAH!!

Himpunan #BlackOut 505 Kuala Terengganu

Dato Husam Musa sedang berucap di depan ribuan rakyat ganu #Tolak Penipuan PRU13

Wanita kudung pertama tiba di Everest

Wanita kudung pertama tiba  di Everest
Kathmandu: Seorang wanita India yang kudung sebelah kaki selepas dilanggar kereta api bergerak dua tahun lalu menjadi wanita pertama tanpa kaki berjaya mendaki Gunung Everest, kata penganjur ekspedisi semalam.

Arunima Sinha, 26, (gambar) dari Uttar Pradesh, tiba di puncak pagi kelmarin selepas satu pendakian lambat dari Kem Pangkalan Everest.
“Beliau mula mendaki kem puncak jam 6 petang Isnin dan tiba di puncak jam 10.55 pagi Selasa,” kata Ang Tshering Sherpa, pengasas Asian Trekking, syarikat yang menganjurkan ekspedisi.


Pemandu arah Sinha bimbang dengan pergerakannya yang lambat sehingga pasukan itu sampai pada persimpangan 8,750 meter yang perlu dilalui pendaki untuk sampai ke puncak gunung, kata Sherpa.

“Sebaik saja beliau sampai ke titik itu, Sinha memperoleh semula tenaga dan bergerak pantas,” kata Sherpa.

Dua tahun lalu, bekas pemain bola tampar peringkat kebangsaan itu tercampak dari kereta api bergerak akibat mengejar perompak yang mencuri dompetnya. - AFP

19,781 warga asing kahwin penduduk tempatan


 
Kota Kinabalu: Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) Pendatang Asing Sabah semalam diberitahu, 19,781 warga asing lelaki dan wanita berkahwin dengan penduduk tempatan sejak 2000 sehingga Oktober tahun lalu.

Perkara terbabit dimaklumkan saksi ke-78, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Baharuddin Alwi, pada sesi pendengaran di depan pengerusinya, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Soalan mengenainya dikemukakan Pegawai Pengendali RCI, Datuk Azmi Ariffin, bagi menunjukkan perkahwinan antara warga asing dengan penduduk tempatan adalah antara faktor berlakunya peningkatan penduduk negeri ini.

Baharuddin berkata, lelaki warga asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan kebanyakannya berasal dari Filipina, Indonesia dan Bangladesh manakala wanita warga asing berasal dari Indonesia serta Filipina.

“Kita membenarkan mereka berkahwin selepas mematuhi syarat ditetapkan iaitu mempunyai dokumen pengenalan diri yang diakui pihak berkuasa.

Tujuh etnik

“Bagaimanapun, kita tidak membenarkan penggunaan pas bekerja,” katanya ketika menjawab soalan Azmi pada prosiding di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini, semalam.
Saksi ke-77, Penolong Pengarah Unit Kanak-Kanak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Mohd Azlan Hussin, berkata 1,455 kanak-kanak berusia enam hingga 18 tahun tidak mempunyai kewargarnegaraan ditempatkan di Rumah Perlindungan Ehsan dikendalikan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah dan Labuan) sejak Jun 2007 sehingga Oktober 2012.

Katanya, daripada jumlah itu 902 orang berusia 15 hingga 18 tahun, 13-14 tahun (348), enam hingga 12 tahun (205 orang) manakala dari segi jantina, seramai 1,119 adalah lelaki dan 336 perempuan.

“Mereka dipecahkan kepada tujuh etnik kumpulan iaitu Sulu, Bajau, Bugis, Buton, Tatur serta lain-lain merangkumi Kagayan, Ayakan, Timur dan Pakistan.

“Kita mengalami kesukaran kerana kanak-kanak itu tidak dapat menentukan kewarganegaraannya. Mereka tidak ada ibu bapa atau penjaga yang boleh dikesan,” katanya. Prosiding bersambung hari ini.

‘Silap orang saya jawab’



Kuala Terengganu: “Apa boleh buat, akibat kesilapan orang lain, saya terpaksa jawab dan memang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyelesaikan sebarang masalah dengan baik walaupun ia dibina bukan dalam tempoh pemerintahan saya,” kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengulas kejadian runtuhan bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu, malam Isnin lalu.

Menurutnya, beliau sudah memanggil Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan mengarahkan pihak berkenaan menjalankan siasatan sama ada ia berpunca akibat kegagalan reka bentuk atau bahan digunakan tidak mengikut piawaian ditetapkan.


Beliau berkata, kontraktor yang membekalkan dan memasang kekuda masjid itu dari Puchong, Selangor, manakala atap dibekalkan sebuah syarikat dari Yong Peng, Johor.

“Mengikut syarat, kontraktor terbabit memberi jaminan 10 tahun terhadap pemasangan kekuda berkenaan, namun kajian terperinci perlu dilakukan JKR bagi mengetahui punca sebenar.


“Saya turut mengarahkan JKR membuat siasatan di tiga lagi masjid yang dipercayai menggunakan reka bentuk dan bahan sama digunakan di Masjid Binjai Kertas yang runtuh itu.


“Sebelum ini (3 Oktober 2009), Masjid Batu Putih, Kerteh, Kemaman turut mengalami masalah sama apabila bumbungnya runtuh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ahmad berkata, beliau turut mempertikaikan cara pengawasan dilakukan JKR terhadap kerja pembinaan bangunan kerajaan di negeri ini.


Menurutnya, tempoh dua minggu diberikan kepada JKR mengemukakan kertas siasatan berhubung tiga lagi masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Kampung Binjai Kertas.

Katanya, sudah berulang kali beliau meminta JKR memantau kerja pembinaan bangunan berkaitan kerajaan, namun kecewa apabila masih terjadi runtuhan seperti yang berlaku di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ketika kerja menurunkan struktur bumbungnya.


Akhbar semalam melaporkan, bumbung bahagian anjung Masjid Binjai Kampung Kertas, Hulu Terengganu runtuh hingga mengejutkan seorang imam bersama enam jemaah yang baru selesai menunaikan solat sunat selepas Isyak di masjid berkenaan.

Izan nafi terima bantuan AirAsia


Izan Suhaila Mohd. Ali bersama anaknya, Maryam kecewa dengan layanan buruk AirAsia ketika berada di Vietnam.
SEREMBAN 22 Mei - Penumpang malang pesawat tambang murah AirAsia, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, menafikan menerima sebarang bantuan daripada syarikat penerbangan itu selepas dia dan anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, dihalang menaiki pesawat di Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke tanah air baru-baru ini.
Malah, kata Izan Suhaila, dia kecewa dengan sikap lepas tangan AirAsia ketika berada di Vietnam dan berasa dipermainkan selepas hanya menerima panggilan daripada syarikat penerbangan itu yang menawarkan tiket percuma selepas selamat tiba di negara ini.
"Saya tegaskan di sini, tiada apa bantuan pun diperoleh daripada syarikat AirAsia selepas saya dihalang menaiki pesawat penerbangan itu. Tiada siapa yang membantu saya daripada syarikat berkenaan.
"Mereka (AirAsia) tidak langsung menawarkan sebarang bantuan, malah saya terus mengambil teksi pada pukul 11 malam di negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, malam ini.
Kenyataan Izan Suhaila itu berbeza dengan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar yang mendakwa, ibu malang berkenaan menolak bantuan pihaknya kerana sudah menerima bantuan daripada pihak lain.
Aireen seperti laporan Buletin Utama di TV3 malam tadi berkata: "Pihak kami telah tawarkan bantuan kepada Suhaila Mohd. Alian, termasuk balik dengan percuma pada ketika ini (itu), tetapi saya rasa puan Izan (Izan Suhaila) telah dapat uruskan dengan pihak lain, jadi kami hormati bantuan diberi pada masa dan hari yang sama."
Sementara itu, Izan Suhaila berharap kejadian yang menimpa dia dan anaknya tidak berlaku kepada individu lain pada masa akan datang.
"Saya sedih dan tidak mahu bercakap mengenai AirAsia lagi. Apa yang berlaku ini sesuatu yang tidak dapat diterima. Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain.
"Mujurlah saya ada ahli keluarga yang dapat membantu ketika saya dan anak berada dalam kesulitan. Tetapi cuba bayangkan jika individu yang terkandas itu tidak mengenali atau mempunyai sesiapa di negara orang yang boleh diminta bantuan atau dihubungi," katanya.
Pada 18 Mei lalu, Izan Suhaila dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.
Ibu berkenaan dan anaknya berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas dibantu Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dan Tourism Malaysia.
Sebelum ini, kakak Izan Suhaila, Norhamiza mempersoalkan kewajaran AirAsia memaksa adiknya itu tinggal selama lima hari di Vietnam sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130523/dn_06/Izan-nafi-terima-bantuan-AirAsia#ixzz2U4IezXEB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 23 Mei - Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini, malam tadi.
Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130523/dn_01/Polis-tahan-18-individu-sertai-perhimpunan-depan-Lokap-Berpusat-Kuala-Lumpur#ixzz2U4HxtViO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi


KUALA LUMPUR 22 Mei - Bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau bersetuju membayar sejumlah RM2.75 juta kepada ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail bagi perkhidmatan nasihat dan konsultansi untuk tempoh 12 bulan.
Mohamad Salleh, 65, berkata, persetujuan itu dibuat secara lisan bagi mendapatkan perkhidmatan yang merangkumi kepakaran dalam bidang korporat, media dan perhubungan awam untuk memulih nama baik syarikat dan keluarga selepas diserang bertalu-talu oleh pembangkang melalui media.
"Serangan tersebut menuduh 'keadaan NFC kucar-kacir', tidak mempamer prestasi yang diharapkan, ada yang kata projek NFC gagal sedangkan projek itu baru bermula pada 2009 iaitu baru beroperasi satu setengah tahun," katanya pada pemeriksaan utama oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.
Saksi ke-42 pendakwaan itu berkata, beliau setuju bertemu Shamsubahrin buat pertama kali di sebuah restoran di Bukit Tunku selepas tertuduh memberitahu ada seseorang yang sangat penting (VVIP) memintanya membantu Mohamad Salleh mengatasi serangan pembangkang ketika itu.
"Pada mulanya, saya bertanya kepada dia siapa VVIP itu, tetapi dia enggan memberitahu. Jadi saya tidak berminat untuk berurusan dengannya dan bangun untuk pulang, terus dia menyebut nama Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya.
Mohamad Salleh berkata, perwatakan Shamsubahrin yang bersuara lantang serta mempunyai hubungan rapat dengan polis menyebabkan beliau bertambah yakin untuk menggunakan khidmat konsultansi yang ditawarkan.
Selepas RM1.75 juta dibayar kepada Shamsubahrin, Mohamad Salleh mendapati tiada sebarang hasil yang ditunjukkan tertuduh menyebabkan beliau curiga untuk membuat pembayaran selebihnya sebanyak RM1 juta.
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan jumlah sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga isteri Mohamad Salleh berkata, beliau berasa curiga kerana tertuduh menggunakan nama Dr. Mahathir namun perkara itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa.
Shahrizat, 56, berkata beliau bercakap dengan Shamsubahrin melalui telefon setiausaha sulitnya, Datuk Roziyah Mohd Yusuff, ketika mengerjakan umrah.
Dalam perbualan itu, Shahrizat memberitahu Shamsubahrin bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan meminta tertuduh menghubungi sendiri Mohamad Salleh. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130522/ma_09/Mohamad-Salleh-setuju-bayar-Shamsubahrin-RM275-juta-untuk-konsultasi#ixzz2U4HUV8Pt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis


GEORGE TOWN 22 Mei - Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berhubung kenyataan dalam laman sosial miliknya yang didakwa berbaur hasutan dan menyerang beliau secara peribadi.
Beliau berkata, Kian Ming dalam kenyataan itu memfitnah dirinya terlibat dalam insiden kekecohan di perhimpunan lilin menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia (USM).
"Saya minta pihak polis siasat kenyataan fitnah itu kerana beliau tiada di tempat kejadian. Betul saya ada di sana tapi saya datang pun lewat dan bertujuan meleraikan kekecohan bukanya bertindak ganas," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong di sini.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO negeri turut menunjukkan salinan kenyataan berbahasa Inggeris yang bertulis, "Zairilkj's assistants beaten up by thugs including a former Pg (Penang) UMNO youth leader". Norman dalam laporan polisnya turut mendakwa hampir keseluruhan cermin kereta miliknya telah dipecahkan individu tidak bertanggungjawab dipercayai perbuatan khianat petang semalam.
"Saya letak kereta di Sungai Dua pada sebelah pagi dan ambil semula (kereta) pada petang hari yang sama. Masa itu saya dapati cermin di semua tingkap dan bahagian belakang dan hadapan telah pecah. Mujur tiada barang berharga yang hilang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan telah menerima laporan daripada tiga individu yang mendakwa dipukul ketika berada di lokasi perhimpunan itu.
Pada kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, 30 mahasiswa mengadakan himpunan menyalakan lilin di Sungai Dua sebagai simbolik mendesak agar Adam Adli yang direman lima hari dibebaskan.
Program itu kemudian diganggu sekumpulan lelaki memakai topi keledar yang datang ke lokasi itu dan cuba membangkitkan kemarahan pelajar berkenaan dengan mengutuk tindakan mereka sebelum berlaku kejadian tolak menolak antara kedua-dua belah pihak. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_08/Naib-Ketua-Pemuda-UMNO-Pulau-Pinang-buat-laporan-polis#ixzz2U4Gxzo9G
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penalti untuk wakil rakyat


JAKARTA 22 Mei - Kegagalan 172 daripada 560 Ahli Parlimen Indonesia menghadiri sidang parlimen di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Selasa lalu mencetus kebimbangan masalah disiplin dalam kalangan wakil rakyat.
Ironinya, jumlah kehadiran yang disifatkan sangat menyedihkan itu berlaku seminggu selepas Badan Kehormat (BK) DPR menyiarkan senarai nama ahli-ahli
Parlimen yang kehadiran mereka di bawah skala 50 peratus antara November dan Disember tahun lalu.
Pendedahan nama wakil rakyat yang kehadiran mereka di bawah 50 peratus itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan anggota DPR.
“Selagi DPR tidak mengenakan hukuman penalti yang jelas, maka selama itu akan berlaku budaya ahli Parlimen tidak menghadiri sidang Parlimen," kata pemerhati politik daripada Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Siti Zuhro.
Beliau menegaskan, cara paling efektif untuk mengawasi anggota DPR yang kerap ponteng sidang ialah mewajibkan kehadiran mereka dengan memperkenalkan polisi yang jelas.
“Bila anggota (DPR) tidak hadir harus ada surat. Misalnya bila sakit ada surat pengesahan sakit daripada doktor panel DPR bagi memastikan kesahihan surat berkenaan.
“Seandainya kegagalan hadir disebabkan masalah lain setiap pimpinan parti politik yang diwakili mereka harus mengeluarkan surat pemberitahuan sebab kegagalan anggota ke sidang Parlimen," tegas Siti Zuhro lagi.
Menurut beliau juga, prosedur dan polisi yang jelas berkenaan hukuman penalti ke atas anggota DPR yang memiliki masalah disiplin akan menyebabkan kesemua wakil rakyat akan berfikir dua kali untuk ponteng sidang Parlimen. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130523/lu_02/Penalti-untuk-wakil-rakyat#ixzz2U4FRbQbW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Orang tengah kaut untung besar



MOHD. RIDZUAN (dua dari kiri) dan beberapa ahli Ikhlas menunjukkan memorandum yang akan dihantar kepada KDN berhubung kebanjiran peniaga warga asing di ibu negara pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyiasat dakwaan berhubung kegiatan pihak ketiga yang mengaut untung besar melalui penjualan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan perlu diambil bagi membasmi kegiatan itu kerana ia menjejaskan periuk nasi peniaga tempatan.
Katanya, beliau menerima 10 aduan daripada peniaga berhubung kegiatan orang tengah yang menjual satu tapak bazar pada harga antara RM30,000 hingga RM40,000 berbanding harga biasa RM400.
“Kita percaya kebanyakan tapak bazar itu dijual pada harga yang tinggi kepada peniaga warga asing. Ini sudah tentu akan menutup peluang peniaga tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Mohd. Ridzuan mendakwa, kegiatan itu dipercayai didalangi oleh tiga persatuan yang bernaung di bawah DBKL dan diberi tanggungjawab menguruskan penjualan tapak bazar itu.
Tapak bazar Ramadan di beberapa lokasi di ibu negara dibuka kepada peniaga sempena bulan puasa pada Julai ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2U4DfFWbU 
Hakcipta terpelihara 

Syarikat makanan di Balkan tingkatkan pengeluaran produk halal



SEORANG pekerja Bosnia mengatur sosej halal untuk dibungkus di sebuah kilang makanan dekat Sarajevo pada 16 Mei lalu.- AfP


SARAJEVO - Dalam usaha menangani krisis ekonomi di Balkan, para pengilang makanan di rantau ini kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan makanan halal bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara-negara Barat dan Islam.
Pada satu pameran makanan halal yang pertama di Balkan yang berlangsung di ibu kota Bosnia di sini, sekitar 30 pengeluar makanan di rantau berkenaan berkumpul untuk memperkenalkan produk mereka termasuk, keju, manisan, minyak masak dan barangan kosmetik.
"Pasaran halal mewakili lebih satu bilion orang di seluruh dunia. Ia merupakan pasaran baharu tetapi memiliki kuasa beli yang penting," kata seorang penganjur festival makanan halal tersebut, Amel Kovacevic.
Menurutnya, permintaan produk halal pula meningkat antara 10 hingga 20 peratus pada setiap tahun.
Selain kos buruh yang rendah, katanya, rantau Balkan juga merupakan lokasi strategik untuk pengeluar makanan halal kerana ia terletak di kawasan Mediterranean sekali gus hampir dengan pasaran Asia Barat dan Eropah.
Kilang Brajlovic yang terletak dekat Sarajevo merupakan antara 150 pengeluar makanan di Balkan yang memperoleh sijil halal untuk mengeluarkan 2,000 produk makanan.
Sejumlah syarikat makanan di rantau Balkan seperti di Croatia, Serbia, Montenegro Macedonia turut berusaha mendapatkan sijil halal walaupun negara-negara tersebut mempunyai bilangan penduduk Islam yang kecil.
Jumlah produk halal yang dikeluarkan dari Balkan meningkat sehingga 40 peratus dengan jualan tahunan kini dianggarkan sekitar 550 juta euro (RM2 bilion). - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2U4ABaxaH 
Hakcipta terpelihara