Sunday, December 18, 2011

Waris lelaki OKU masih dicari

Waris lelaki OKU masih dicari

KUALA KUBU BHARU – Waris seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang kini terlantar di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) masih dijejaki kerana sehingga kini masih belum ada yang tampil menemuinya.

Pegawai Kebajikan Puskap, Muhammad Khairull Nizam Abdullah berkata, lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu telah ditempatkan selama lebih dua bulan di HKKB.

“Kami membantu pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengesan waris pesakit tersebut.

“Difahamkan, pesakit lelaki ini dahulunya di tempatkan di Hospital Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke hospital ini dua bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan bentuk fizikal pesakit tersebut berkemungkinan dia pernah terlibat kemalangan sehingga mengakibatkan kecacatan.

Menurutnya, ketiadaan sebarang dokumen pada pesakit tersebut menyukarkan pihak hospital dan JKM mengesan warisnya.

“Pesakit ini juga tidak boleh bercakap dan ia lebih menyukarkan kita mengesan warisnya.

“Bagaimanapun, kita berharap orang ramai membantu bagi mengesan waris pesakit ini dan sekiranya ada waris terdekat diharap tampil atau menghubungi saya di talian 019-240 9448,” katanya.

Waris lelaki OKU masih dicari - Jenayah - Sinar Harian: 'via Blog this'

Kerajaan siasat lelaki Melayu kahwin sejenis

Jamil Khir Baharom

BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ‘berkahwin’ dengan lelaki warga asing di luar negara.

“Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.
“Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinansejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai di sebuah gereja.
Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir berkata, kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri.
“Kalau sekiranya mendirikan solat Jumaat hanya kerana berbeza ideologi dan politik, jadi mungkin menyebabkan Islam itu dipandang begitu berbeza sehingga kerana ideologi politik yang berbeza, kita mendirikan solat Jumaat di tempat berbeza,” katanya.
Kerajaan siasat lelaki Melayu kahwin sejenis - Nasional - Sinar Harian:'via Blog this'

Hudud: MCA hina, DAP sekadar beza pandangan

Aslani M
MACHANG, 18 Dis: Kefahaman mengenai hudud di antara pemimpin MCA dan DAP jauh berbeza, di mana MCA sampai ke peringkat menghina, sebaliknya DAP hanya mempertikai aspek perlembagaan sahaja.
Buktinya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini mendakwa pelabur akan meninggalkan Malaysia dan negara bakal berhadapan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan.
Sebaliknya pemimpin DAP terutamanya pengerusinya Karpal Singh sebelum ini hanya sekadar menganggap hudud bercanggah dengan perlembagaan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar kepada kenyataan presidennya pemimpin MCA secara jelas menghina hudud.
“Soi Lek mendakwa pelabur akan lari dan negara bakal musnah apabila perundangan hudud dilaksanakan di negara ini.
“Sebaliknya kalau kita lihat kenyataan pemimpin DAP tidak ada yang menentang sebegitu keras, sebaliknya sekadar menyebut ada percanggahan di sisi perlembagaan sahaja,” katanya pada satu program di Labok semalam.
Menurutnya juga wakil kerajaan Kelantan telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh membincangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Katanya, Kelantan diwakili beliau sendiri, anggota-anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Muhamed Fadzli Hassan, anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof.
Menurutnya pada pertemuan tersebut wakil kerajaan negeri menjelaskan panjang lebar mengenai perundangan hudud, biar pun ketika itu DAP ada pendiriannya tersendiri.
Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi mengkaji kaedah pelaksanaan perundangan tersebut.
Katanya, jawatankuasa seramai 20 orang itu turut menyenaraikan Ketua Polis Kelantan, Pengarah Jabatan Penjara, ulama dan pakar perundangan Islam.
Kata beliau penglibatan sama pihak polis dan penjara penting kerana mereka akan menguatkuasa peraturan di bawah perundangan hudud apabila seseorang itu didapati bersalah.
Malah Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad sebelum ini menjelaskan pihak-pihak terbabit perlu memberi kerjasama bagi menguatkuasa perundangan hudud.
Hudud: MCA hina, DAP sekadar beza pandangan:

'via Blog this'

NFC: Tun M perlu desak Najib arah Muhyiddin undur

Muhamad Faizal
KUALA LUMPUR, 18 Dis: PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang terpalit dengan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tun M yang juga bekas perdana menteri diyakini sangat tahu tentang kerakusan pemimpin di dalam Umno yang mengambil wang rakyat untuk untuk kepentingan peribadi termasuk dalam isu NFC.

"Mahathir perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta barisan kabinetnya agar mengarahkan Muhyiddin dan Shahrizat meletak jawatan.

"Jika beliau ingin Najib lakukan tranformasi, maka skandal tersebut perlu disiasat secara telus tanpa ada sebarang perlindungan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal projek NFC bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat suami Shahrizat yang sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.

Selain Shahrizat, ianya juga didakwa membabitkan Muhyiddin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan.

Sementara itu, Dzulkefly juga turut membidas kenyataan Tun yang mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Katanya, cabaran Tun itu tidak lebih dari cuba mengalihkan isu skandal NFC dari diperkatakan oleh rakyat khususnya berdepan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya tidak pasti tujuan sebenar dan mungkin ia ingin mengalihkan perhatian rakyat dari isu lembu kepada desakan tersebut.

"Ini adalah cara Umno sebenar bila terdesak mereka akan mengalihkan isu, bagi saya isu tersebut sudah lama," katanya.

Felda dalam proses kehancuran - Aspan Alias


Aspan Alias

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.

Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang ber[pecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung enyalahkan mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’ yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu.

D imana sahaj UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta ‘corporatization’ ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbedanan ini telah di pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemipin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple’ menople dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.

ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’.
-----------------------------------------------------------
Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/felda-sedang-dalam-proses-kehancuran.html
Felda dalam proses kehancuran - Aspan Alias:

'via Blog this'

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI



harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar)dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.
Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.
"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.
RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI:

'via Blog this'

'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun



Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan.

Katanya, kesangsian itu mempunyai asas yang cukup kuat kerana tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Ventures.

"Rekod buruk Felda Global Ventures itu sendiri pun sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik.

"Syarikat itu telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah," katanya ketika dihubungi.

Ketua Eksekutif syarikat itu pula, menurut beliau, pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd.

"Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, Ketua Eksekutif syarikat itu akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan Sime Darby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008 lalu," jelasnya.

Sehingga kini, tambahnya, Felda Global Ventures hanya memiliki 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian.

"Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar tanahnya kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda dengan tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Razak," ujarnya.

Di peringkat ini, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi perlu meneruskan segala perancangan yang telah dibuat ke arah penyenaraian itu, sebaliknya perlu dengan telus memberikan penjelasan yang lengkap kenapa Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab diarahkan untuk mengambil cuti belajar selama lapan bulan?

"Sebelum ini, semasa Datuk Dzulkifli sedang melakukan umrah, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permodalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," katanya.

Beliau difahamkan tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk memungkinkan Isa mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi.

Ia juga, tambahnya, untuk menutup mata kakitangan Felda yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55 peratus dalam saham Felda Holdings Bhd.

"Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat Felda susut kepada 30 peratus sahaja dan baki 70 peratus lagi ditawarkan kepada pelabur luar," jelasnya. 'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun:

'via Blog this'

Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah



Mohd Sabri said
TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.
Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno.
"Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh.
“Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.
Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan.
Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil.
“Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang.
"Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi.
Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah:

'via Blog this'

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu

Muhamad Faizal
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.
IMF: Tun Mahathir cuba alih isu:

Hakim kes Husam saman Kickdefella tarik diri


Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 18 Dis: Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes saman fitnah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella).
Keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira beliau mengenali kakak Syed Azidi dan juga kenal Husam ketika menuntut di Universiti Malaya.
Keputusan itu dibuat katanya bagi mengelakkan tanggapan yang tidak sesuai kepada mahkamah, dan lebih baik baginya menarik diri daripada mendengar kes tersebut.
Sehubungan itu kes berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (1), Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.
Pada 19 September lalu Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
Rencana tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ diterbit pada 27 Januari 2011, kedua, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ (3 Februari 2011) dan artikel ‘Husam itu pembohong’ (3 Julai 2011).
Pada writ saman juga Husam menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat, memadam rencana terbabit dalam laman blog defendan dan mengiklankan permohonan maaf dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Bagaimanapun pada 9 Oktober lalu Syed Azidi memohon Mahkamah Tinggi memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam afidavitnya itu beliau mendakwa aspek keselamatan diambil kira dalam permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Disebut juga beliau kini berada di bawah jagaan pihak polis.
Pada korum hari ini sepatutnya mahkamah mendengar hujahan di atas permohonan Syed Azidi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun disebabkan Hakim Azman menarik diri hujahan peguam defendan ditangguhkan ke 29 Januari hadapan.
Husam diwakili peguam Hisham Fauzi dan Zainal Abidin Mustapha, manakala Syed Azidi diwakili Dato' Firoz Hussein dan Natasya Amelia Yean daripada firma Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Hakim kes Husam saman Kickdefella tarik diri:

'via Blog this'

Bekas ketua puteri Umno ikrar menangkan PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Ruhani Hassan yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, kini mula tampil di pentas ceramah PAS bagi menjelaskan segala ketidakadilan yang berlaku dalam BN.

Bertempat di Dataran Pasar Maras di Batu Rakit di Terengganu baru-baru ini beliau menjelaskan beliau serta 80 orang yang lain menyertai PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu," katanya yang dipetik Buletinonline.

Ruhani yang pernah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008 berkata, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Ekoran itu beliau mengambil sikap meninggalkan mesyuarat tersebut dan tawar hati dengan sikap Umno yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

Sambil menyifatkan Umno sebagai ‘tuli’ dan 'pekak', beliau telah nekad untuk menentang projek itu biarpun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran dari dalaman parti sendiri.

“Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,

“Inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya,”katanya tidak puas hati.

Namun ujarnya, Umno kemudian bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“Kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,” jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

“Saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,” tegasnya. Bekas ketua puteri Umno ikrar menangkan PAS:

Dua tahun derita barah hidung


Dua tahun derita barah hidung

BALING - Seorang penduduk Kampung Rambong Batu 7, Baling, terpaksa menanggung derita barah hidung sejak dua tahun lalu.

Barah yang berpunca daripada ketumbahan kecil di dalam hidung Zakaria Awang, 71, bertambah teruk selepas melakukan pembedahan.

Isterinya, Salmah Mat, 61, berkata, suaminya pernah menjalani pembedahan membuang ketumbahan pada tahun lepas namun keadaannya kembali teruk semasa menjalani proses rawatan susulan.

“Semasa pembedahan, isi bahu kanan suami diambil untuk menampung isi hidung suami yang dibedah. Namun, pembedahan itu tidak memberikan hasil malah menjadikan keadaan suami bertambah teruk sehingga sekarang.

“Kini, barah semakin membesar sehingga meluruhkan semua giginya. Suami tidak lagi mampu mengunyah makanan pepejal melainkan makanan yang berbentuk cecair.

“Keadaannya semakin lemah dan terpaksa mengharapkan sokongan keluarga untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya, pelbagai cara yang digunakannya untuk mengubati penyakit suaminya namun tidak memberikan sebarang perubahan yang positif.

“Saya telah ke Hospital Sungai Petani, doktor berkenaan mengatakan bahagian hidung suami perlu dibuang untuk mengelakkan barah ini terus merebak.

“Tetapi. saya terbayangkan, apakah suami mampu hidup dalam keadaan wajah yang tidak berhidung. Saya berharap, keadaan suami pulih tanpa membuang bahagian hidungnya.

“Selain itu, saya juga telah membawa suami ke hospital swasta di Pulau Pinang, doktor berkenaan tidak mampu mengambil kes suami dan menyarankan menggunakan khidmat rawatan tradisional,” katanya.

Menurutnya, dia telah berjumpa ratusan pengamal perubatan tradisional bagi membantu memulihkan keadaan suami, namun, rawatan itu juga tidak berhasil.

“Saya turut bercadang membawa suami ke Thailand untuk mendapatkan rawatan, namun disebabkan faktor jarak dan kewangan, saya terpaksa membatalkan hasrat ini.

“Saya dan anak-anak telah berikhtiar pelbagai cara untuk mengubati penyakit suami namun tiada sebarang perubahan yang berlaku sehingga kini.

“Ada sesetengah pihak yang menyarankan agar membawa suami berjumpa dengan doktor pakar namun kekangan kewangan membatalkan segalanya,” katanya

Sesiapa yang mempunyai kemahiran dan ingin membantu membantu Zakaria Awang boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Rambong, Sofian Isa di talian 019-4283919. Dua tahun derita barah hidung - Utara - Sinar Harian:

Anwar enggan bersumpah


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 18, 2011
Datuk Seri Anwar Ibrahim

GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersumpah dengan memegang al-quran.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu tidak perlu dilakukan berikutan ia perlu dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan bersumpah seperti yang diminta.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat hari ini, membidas dakwaan Tun Dr Mahathir mengenai Anwar yang dikatakan adalah agen Barat iaitu Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut kenyataan itu, dalam rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu Tun Dr mahathir memfitnah Anwar.

"Sewajarnya juga dinyatakan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah bertindak menulis surat kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

Kini, rakyat tidak lagi mudah ditipu dan tidak akan tergugat keyakinan terus menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang."

Beberapa hari lalu, Tun Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran.

Anwar enggan bersumpah - Politik - Sinar Harian:

Ibu lima anak terkilan sikap wakil rakyat


lima anak

SENTUL – Seorang ibu lima anak di sini mendakwa dirinya digunakan wakil rakyat PR untuk mendapatkan publisiti murahan membantunya menyelesaikan masalahnya.

S Valamathi, 28, yang tinggal di pangsapuri Sri Dahlia, Taman Puteri, Puchong mendakwa, dia dikunjungi akhbar yang melaporkan masalahnya yang kehilangan suami dipercayai ditahan polis.

Dakwanya, selepas kisahnya didedahkan, dia dikunjungi Ahli Parlimen Puchong, Gobinh Singh dan Adun Kinrara, Teresa Kok yang berjanji menyelesaikan masalahnya.

“Mereka berjanji membantu menjelaskan bil air RM1,200 dan elektrik RM1,100 serta akan menjejaki lokasi suami, S Murugan, 35, ditahan.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada sebarang makluman dan bantuan disalurkan menyebabkan kami sekeluarga hidup bergelap dan tiada bekalan air lebih setahun serta hidup bergantung ehsan jiran tetangga,” katanya ketika ditemui di bandar Sentul, semalam.

Dakwanya, dia yang turut menghadapi masalah sewa rumah tertunggak lebih tiga tahun berjumlah RM14,700 buntu keadaan suaminya yang telah lebih tujuh bulan tidak ditemui kerana tidak dimaklumkan tangkapan ke atas suaminya.

“Kami dimaklumkan mengenai penahanannya daripada penduduk pangsapuri Sri Dahlia Taman Puteri yang kebetulan melihat suami ditahan pihak berkuasa sewaktu sedang bekerja di kedai berhampiran rumah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Alternative Action Team, Kalai Vanar yang mengunjungi Valamathi berkata, pihaknya memberi bantuan sementara berbentuk bekalan perbelanjaan harian bernilai RM300 kepada mangsa sekeluarga sehingga suaminya dibebaskan.

“Sewaktu sesi lawatan November lalu, Teresa dan Gobinh berjanji menyelesaikan isu terbabit tetapi sehingga Disember tiada bantuan dihulurkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobinh Singh Deo ketika dihubungi mendakwa, pihaknya tidak mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa sebaliknya Valamathi dikunjungi Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Tamil.

Sementara itu Michael Tamil ketika dihubungi mendakwa, dia berjanji untuk memberikan payung, meja dan kerusi tetapi tidak pernah berjanji menyelesaikan masalah hutang berkenaan.

Sementara itu, Adun Kinrara, Teresa Kok gagal dihubungi Sinar Harian, semalam.
-sh

Lady Gaga paling kaya


lady gaga

Penyanyi yang sering muncul dengan imej pelik, Lady Gaga diumumkan sebagai penyanyi wanita berpendapatan paling tinggi sepanjang tahun 2011.

Majalah Forbes melaporkan jumlah pendapatan Gaga adalah AS$90 juta (RM287 juta) sepanjang tahun ini mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Taylor Swift dan Katy Perry yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Berdasarkan pengiraan pihak Majalah Forbes, kekayaan Gaga datang daripada hasil penjualan album terbarunya, Born This Way yang terjual hampir 10 juta unit di seluruh dunia.

Selain itu, kekayaan penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu juga terhasil daripada siri jelajah Monster Ball dengan nilai AS$72 juta (RM229 juta).
-sh

Banjir kilat pelu penyelesaian segera


Banjir kilat pelu penyelesaian segera

KUALA LUMPUR - Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir kilat ekoran hujan lebat yang melanda sekitar Jalan Tun Razak di sini, Selasa lepas.

Mereka berpendapat isu banjir kilat di kawasan arteri utama di ibu kota itu sudah berlarutan sejak sekian lama, dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah kepada lalu lintas yang lumpuh dan ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat turun.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata langkah penyelesaian holistik perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

"Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk menyelesaikan masalah ini. Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata peruntukan besar diperlukan untuk membina lebih banyak sistem penahan banjir dan membuat lencongan sungai.

"Ini berbalik semula kepada kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan projek meningkatkan saliran dapat dibuat sebaik mungkin," kata Johari.

Beliau berkata penglibatan kerajaan persekutuan perlu memandangkan DBKL dan KWPKB mungkin mempunyai peruntukan terhad dan tidak mampu menyelesaikan masalah banjir kilat secara sendiri.

Johari yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa berkata pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai masalah yang timbul bila berlaku banjir, terutamanya melibatkan penduduk Kampung Baru yang perlu berpindah.

Beliau menegaskan cadangan pembinaan sistem penahan banjir dan lencongan sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu dibuat dalam kadar segera.

Dalam pada itu, 10 lokasi dikenalpasti menerima taburan hujan luar biasa di sekitar Kuala Lumpur, termasuk Jalan Tun Razak dan Cheras, yang menjurus kepada banjir kilat itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata Sungai Bunus, anak sungai yang mengalir berhampiran Jalan Tun Razak, Kampung Baru, Jalan Semarak dan beberapa tempat di Setapak, tidak mampu menampung jumlah air  hujan Selasa lepas, sehingga melimpah ke Jalan Tun Razak dan kawasan sekitarnya.

"Saya akan cuba membawa hal ini ke pengetahuan kabinet untuk memperuntukkan RM20 juta bagi kerja pengalihan aliran air melibatkan Sungai Bunus ke Sungai Gombak melalui Taman Tasik Titiwangsa," katanya pada satu majlis di Cheras.-SH

Upah Penyiasat Persendirian Awasi Gerak Geri Pasangan

KUALA LUMPUR: Perbuatan curang tidak baik untuk perkahwinan tetapi ia membawa keuntungan kepada penyiasat persendirian yang melaporkan peningkatan dalam jumlah klien yang sangsi terhadap pasangan masing-masing.

Menurut beberapa firma penyiasatan terkemuka di Lembah Klang, klien mereka sanggup membayar sehingga RM1,500 sehari untuk membuktikan kecurangan pasangan masing-masing sebelum memulakan prosiding penceraian.

Kristian Nair dari Kay Spy Solutions berkata, permintaan untuk menyiasat hubungan sulit menyumbang kepada 90 peratus perniagaan tersebut dengan kira-kira 100 pertanyaan diterima setiap bulan.

Jumlah tersebut menunjukkan Malaysia berada di ranking ketiga daripada 36 negara yang melakukan kecurangan terhadap pasangan masing-masing.

Dalam kajian yang dilakukan Durex, 33 peratus lelaki dan 39 peratus wanita di Malaysia mengaku menipu pasangan masing-masing.

Nair berkata, kebanyakan kliennya terdiri daripada suami yang tidak berpuas hati dengan kecurangan isteri mereka.

"Harga untuk mengawasi gerak-geri pasangan klien setiap hari adalah sebanyak RM1,000 dan boleh mencecah RM1,500 jika tugas tersebut memerlukan mereka berada di luar kawasan," katanya.

Seorang detektif dari Jay Private Investigations di sini berkata, kes melibatkan pasangan yang kaki perempuan menyumbang pendapatan terbesar kepada syarikat tersebut.

Kebanyakan klien adalah wanita yang sudah berkahwin yang mengesyaki suami mereka menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

"Kami melakukan siasatan di seluruh negara. Kadang kala, kami turut mengikut suami klien ke Thailand," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, MVD International, Aziz Ariarasa Abdullah berkata, pengintipan terhadap pasangan suami isteri menjana pendapatan sebanyak 10 peratus kepada perniagaan itu.

"Secara purata, kami mengendalikan tujuh kes sebulan dengan setiap kes memerlukan sekurang-kurangnya pengintipan selama tiga hari," katanya.

Ekoran persaingan yang sengit, beberapa penyiasat persendirian mengiklankan perkhidmatan mereka di surat khabar, secara online dan di belakang teksi.

Terdapat kira-kira 26 syarikat mengiklankan perkhidmatan mereka dalam laman web 88db.com tetapi jumlah itu dipercayai mungkin lebih tinggi.

Mereka berkata, terdapat beberapa penyiasat tidak berdaftar yang beroperasi hanya menggunakan kamera dan kereta.

Pakar psikologi, Prof Dr Sarinah Low Abdullah berkata, perubahan persekitaran membuka ruang kepada lelaki dan wanita untuk bersosial.

"Dalam kehidupan serba moden pada hari ini, godaan ada di mana saja dan kadang kala anda lemah untuk menghadapinya.

"Kita akan tertarik dengan orang lain terutamanya apabila seseorang yang anda temui itu menepati citarasa anda," katanya.
-mstar

"Ombak Rindu" Cecah Kutipan RM10 Juta



Filem "Ombak Rindu" dilakonkan Aaron Aziz dan Maya Karin
PETALING JAYA: Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan.
Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.
Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.
"Setakat ini kutipan Ombak Rindu ialah RM 10 juta yang mana melebihi sasaran awal kami iaitu RM6 juta.
"Saya jangkakan mungkin boleh mnecapai RM14 juta kerana tayangan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas tarikh wajib tayang," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Sharad turut berkata pihaknya akan menyediakan ganjaran atau bonus kepada pelakon dan krew produksi sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.
"Pihak kompeni sudah tentu berbangga dengan kejayaan filem ini dan semamangnya telah merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat," katanya.
Selain itu, Sharad berkata, selepas kejayaan filem adaptasi Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan tahun lalu,Tarantella Pictures akan terus menerbitkan filem yang diadaptasi novel.
“Kejayaan dua filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak setan, Tarantella Pictures akan muncul dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tulisan Ahadiat Akashah danLagenda Budak Setan 2," katanya.
Katanya, filem Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012
Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.
Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

Tun Mahathir Cabar Anwar Tunjuk Surat Pinjaman Bank Dunia



BUTTERWORTH: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.

"Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di sini Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) pada Sabtu, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir bahawa bekas perdana menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

"Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada bank dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut bersama berkata beliau boleh menjadi saksi bahawa Dr Mahathir adalah orang yang menolak pertolongan bank dunia dan apa yang didakwa oleh Anwar itu tidak benar.

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau masih ingat ada satu ketika wakil daripada bank dunia dan IMF telah datang untuk mencari Dr Mahathir untuk membincang tentang cara untuk elakkan krisis pada 1999.

"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi.

"Namun Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa cadangan itu akan membawa kepada 'bloods in the street' dan mereka berkata 'let it be bloods in the streets' tetapi cadangan itu telah dibantah keras oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menghalau wakil bank dunia itu keluar dari pejabatnya pada ketika itu," katanya. - BERNAMA


Daif selepas suami ditahan

KUALA LUMPUR: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib seorang wanita dan lima anaknya sejak hilang tempat bergantung apabila suaminya ditahan polis akibat terjebak dengan najis dadah.
Lebih menyedihkan, wanita terbabit tinggal dalam kedaifan sejak tiga tahun lalu selepas bekalan elektrik dan air dipotong, malah terpaksa berlapar kerana tidak mampu bekerja untuk menyara kehidupan.

S Valarmathi, 28, mengharapkan sinar daripada ahli Parlimen dan Adun kawasan tempat tinggalnya di rumah pangsa Taman Dahlia, Puchong, di sini, selepas berjanji mahu membantunya, namun tiada bantuan dihulurkan.

Valarmathi yang tinggal bersama anaknya berusia tiga hingga lapan tahun menanggung hutang hampir RM20,000 membabitkan tunggakan sewa rumah, bil elektrik dan air lebih tiga tahun.

Bagaimanapun, nasib keluarga wanita itu terbela selepas Alternatif Action Team bersama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bersimpati dengan nasib mereka.

Pengerusi (AAT), B Kalaivanar berkata, pihaknya simpati dan menyuarakan ketidakpuasan hati dengan sikap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dan Adun Kinrara, Teresa Kok yang berpura-pura menghulurkan bantuan untuk mengaburi mata masyarakat.

“Kami akan menghantar faks mengenai perkara itu dan tidak teragak-agak membuat laporan polis kerana pihak itu seolah-olah menyeleweng wang peruntukan kerajaan kerana bantuan tidak disalurkan kepada yang memerlukan.

“Malah, kami akan menghantar memorandum kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) mengenai perkara terbabit,” katanya.

Himpunan Sejuta Umat: Mubaligh Kristian berjubah solat Zuhur



Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2011/12/18

ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam.
ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam.
Hassan Ali dedahkan gerakan murtad cuba pengaruhi Muslim lemah iman, kaki hutang

KUALA KANGSAR: Usaha untuk memurtadkan umat Islam di negara ini semakin licik apabila ada kalangan mubaligh Kristian yang turut memakai jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugat akidahnya.
EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, ketika mendedahkan perkara itu berkata sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.
Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat. - Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor
“Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

“Malah, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabat saya beberapa bulan lalu, ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Hassan percaya gerakan untuk memesongkan akidah umat Islam bukan saja sedang giat dijalankan di Sabah, Sarawak dan Selangor, malah sudah menular ke negeri lain di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata ada 43 permohonan untuk murtad dikemukakan di Mahkamah Syariah di Perak untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besarnya golongan mualaf yang mahu kembali ke agama masing-masing serta mereka yang mempunyai nama Melayu dan anak kepada orang Melayu tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam. 
Pada masa sama, katanya, ada 52 orang sedang menjalani proses pemulihan akidah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi tempoh sama tahun ini.

“Bilangan itu adalah berdasarkan data rasmi tetapi bagaimana pula yang berlaku (murtad) secara senyap-senyap? Mungkin lebih ramai lagi. Isu murtad ini bukan masalah individu tetapi ummah kerana apabila seseorang itu murtad, dia akan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak cantik dan tidak baik.

“Kita tiada masa untuk bertelagah sesama sendiri seperti firman Allah bermaksud mari kita bersama-sama melakukan takwa dan jangan bekerjasama melakukan kebatilan manakala pepatah Arab ada menyatakan api yang besar itu bermula daripada sumber yang kecil dan jika ia tidak ditangani, maka sumber kecil itu akan merebak menjadi besar,” katanya berucap pada majlis sama. -bharian

Dua juta rakyat mohon BR1M

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

IPOH – Sebanyak dua juta orang sudah mengemukakan permohonan masing-masing untuk mendapatkan wang sekali bayar RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam tempoh enam hari sejak ia dibuka pada 10 Disember lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesemua permohonan itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menentukan kelayakan mereka.

Katanya, jumlah pemohon seramai dua juta orang itu membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.

“Saya yakin proses melibatkan 5.2 juta permohonan itu dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bayaran akan dibuat mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember lalu hingga 10 Januari depan.

Ahmad Husni berkata, pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ahmad Husni berkata, bagi memudahkan lagi proses permohonan, borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama esok selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Katanya, mereka yang berdaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Bagaimanapun, Ahmad Husni menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terperdaya dengan pengedaran borang permohonan palsu yang telah ditokok tambah seperti meminta nombor akaun bank.

Kosmo! Online - Negara:

Pendapatan pekerja terjejas teruk



SEBAHAGIAN daripada pemandu bas Cityliner mengadakan demonstrasi secara aman di Stesen Bas Pendang, Pendang semalam.


PENDANG - Pendapatan lebih 100 pekerja termasuk pemandu bas henti-henti Cityliner terjejas berikutan pemberhentian operasi di 18 daripada 20 laluan di Sungai Petani, Pendang dan Kulim sejak awal bulan ini.

Langkah itu terpaksa dibuat ekoran syarikat Kenderaan Langkasuka Sdn. Bhd. yang mengendalikan bas tersebut menanggung kerugian mencecah RM400,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Kesatuan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia (TWU) Sesi Alor Setar, Mohd. Shukri Mahmood berkata, kakitangan syarikat berkenaan kini hanya memperoleh pendapatan asas tanpa bayaran elaun dan kerja lebih masa.

"Pemandu bas hanya menunggu di depoh dan memperoleh pendapatan sekitar RM400 sebulan berbanding lebih RM800 (termasuk elaun) sebelum ini.

"Selain pendapatan pekerja, ia turut menjejaskan ribuan penduduk yang menggunakan khidmat bas henti-henti setiap hari," katanya kepada pemberita di Stesen Bas Pendang di sini semalam.

Mohd. Shukri berkata, pemberhentian operasi itu melibatkan laluan dari 13 buah taman perumahan di sekitar Sungai Petani, Pendang ke Alor Setar, Sungai Petani-Kulim, Baling dan Jeniang selain Alor Setar ke Kangar.

Bagaimanapun, syarikat itu masih meneruskan operasi di laluan Butterworth ke Sungai Petani dan ke Alor Setar.

Sementara itu, seorang pemandu, Ahmad Dahlil, 59, berkata, ini adalah kali pertama masalah seumpama itu berlaku sejak dia berkhidmat dengan syarikat itu kira-kira 30 tahun lalu.

"Sebelum ini majikan dapat menyerap kos tetapi sekarang syarikat mungkin tiada pilihan dan terpaksa hentikan operasi," katanya.

Seorang penduduk di Kobah di sini, Zaiton Shafie, 46, memberitahu, ketiadaan bas henti-henti menyukarkannya untuk pergi ke pekan memandangkan kos tambang teksi yang mahal.

"Saya terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM6 untuk pulang ke rumah berbanding tambang bas hanya RM1.30," katanya yang bekerja di kilang.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat memberitahu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju berjumpa dengan pihaknya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan akhir bulan ini bagi membolehkan operasi bas henti-henti disambung semula awal tahun depan iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.

"Kita harap satu dana disuntik sama ada menerusi bantuan kerajaan Pusat atau negeri bagi menampung kerugian yang ditanggung syarikat," katanya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'