Tuesday, November 24, 2015

Arab Saudi Tali Barut US



Raja Saudi
< Terkini Isu Semasa Mesir >
Antara Perkara Yang Dipersetujui :
1) Mesir akan diberi minyak petroleum percuma selama setahun.
2) Membekalkan makanan asasi yang mencukupi dengan harga yang murah.
3) Menyelesaikan masalah elektrik yang selalu terputus dengan mengadakan kerjasama antara negara teluk.
4) Parti Nur telah memihak kepada askar setelah menteri dalam negeri kerajaan Arab Saudi menjanjikan satu bentuk bantuan kewangan kepada parti itu untuk menyalurkan wang sebanyak 50 billion setahun.
5) Polis telah menyatakan sokongan padu kepada tentera untuk menyingkirkan Presiden Dr.Muhammad Mursi
6) Mereka menyekat kebebasan bersuara.
7) El-Barodie mengarahkan agar hakim dan tentera menghapuskan huriyyah wal adalah dan ikhwan muslimin.Kementerian dalam negeri mengarahkn agar mana-mana siaran televisyen dan surat khabar yang menunjukkan sokongan kepada ikhwan muslimin dihentikan perkhidmatannya.
9) Syeikh Al-Azhar dan pendeta dipergunakan oleh Hamdain Sobahi,untuk melengkapkan rampasan kuasa yang dilakukannya kepada Dr.Muhammad Mursi.
10) Kerajaan Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Mesir.
Muhammad bin Naif bin Abd Aziz,menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir,dengan rampasan kuasa ini.Kerajaan Arab Saudi akan memberi 3 billion dolar kepada kerajaan Mesir,dalam masa yang sama,separuh dari duit ini,akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Gurauan Yang Sunnah



bergurau dalam islam
Bergurau dari aspek psikologi boleh mendatangkan banyak faedah…Ia boleh merapatkan silaturrahim,mengintimkan pasangan suami isteri bahkan menghidupkan rumah tangga yang suram lagi muram menjadi ceria dan bahagia…Tahu tak yang kekasih teragung kita Rasulullah s.a.w suka bergurau..tapi Nabi kita bila bergurau baginda tidak pernah berbohong..
Nabi S.A.W ditanya oleh sahabatnya tentang perbuatan baginda bergurau dengan mereka..Lalu baginda menjawab : “Aku tidak berkata kecuali yang BENAR”. (Riwayat Tirmizi).
Diriwayatkan bahawa Ibn mas’ud berkata : “Dusta tidak elok samada dalam situasi serius atau gurauan”..Demikianlah adab dan sunnah Nabi s.a.w.dlm bergurau…:))
Saya nak kongsikan dengan anda kisah guraun Nabi dengan seorang wanita tua..Kisah ni  masyhur..mesti dikalangan anda dah biase mendengar atau terbaca..tapi saya tetap nak cerita..”ada aku kesahh”hak3…
Suatu hari seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah s.a.w “Wahai Rasulullah,tolonglah berdoa kepada ALLAH agar aku dapat masuk ke Syurga.” Rasulullah s.a.w pun jawab “Syurga itu tidak dihuni oleh orang tua.” Mendengar jawapan Nabi wanita itu pergi dari situ sambil menangis..Rasulullah s.a.w bersabda “Beritahu kepada wanita tua itu,dia tidak akan masuk ke Syurga dengan keadaan usia tua..Sesungguhnya ALLAH Ta`ala berfirman:

إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً. فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا. عُرُبًا أَتْرَابًا


(Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung,dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan,penuh cinta lagi sebaya umurnya)” (HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf hasan…Rupenye Nabi cuma bergurau dgn makcik tuu..tp guraun Nabi adalah benar:))..

Pemegang Rahsia Terbaik



pahlawan-islam
Apabila Hafsah binti Umar menjadi janda, Umar al-Khattab telah cuba untuk memadankannya “dengan beberapa orang sahabat dan antaranya Uthman bin ‘Affan. Tetapi, Uthman menolaknya kerana belum bersedia untuk berkahwin,
 
Lalu, Umar bertemu dengan Abu Bakar dan menyatakan cadangannya. Namun, Abu Bakar berdiam diri tanpa memberikan apa-apa jawapan. Umar berasa tidak senang dengan Abu Bakar kerana sepi tanpa berita. Tidak lama selepas itu, Rasulullah s.a.w. datang melamar Hafsah. Pucuk dicita ulam mendatang, lamaran Rasulullah s.a.w. telah diterima lalu bersatulah antara seorang Rasul dengan seorang srikandi bernama Hafsah.
 
Selepas epas itu, Abu Bakar berjumpa Umar dan memberitahu: “Mungkin engkau berasa tidak senang denganku kerana tidak memberikan respons terhadap cadanganmu.” Umar mengakui: “Ya.
 
”Abu Bakar menjelaskan: “(Sebenarnya) perkara yang menghalang aku untuk menjawab permintaan kamu adaah kerana aku telah mengetahui bahawa Rasuiullah s.a.w. telah menyebut-nyebut nama Hafsah. Aku tidak mahu membuka rahsia Rasulullah s.a.w.Seandainya Rasulullah s.a.w. tidak menerima Hafsah, nescaya aku menerima tawaranmu.”(Riwayat al-Bukhari,no. 5122)

Khalifah Abdul Malik bin Marwan



Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Abdul Malik bin Marwan adalah seorang Khalifah islam yang faqeh dalam ilmu agama..Tau tak yang beliau merupakan murid kepada Uthman, Abu Hurairah,Umm Salamah,Muawiyah dan Ibn Umar radhiyallah ‘anhum…
Ibn Umar r.a berkata: Marwan ada seorang anak yang faqeeh, bertanyalah kepadanya..
Abu Hurairah r.a pernah memandang ke arah Abdul Malik semasa beliau masih kecil lalu berkata: Dia ini akan merajai orang Arab..
Khalifah Abdul Malik bin Marwan adalah orang pertama yang menempa dinar emas dan mengukir ayat al-Quran di atasnya..
Alangkah indahnya jika Malaysia tanah airku dipimpin oleh seorang yang soleh+faqeh di dalam ilmu agama:))

45 Warga Asing Filipina Serentak Masuk Islam



45-orang-filipina-serentak-masuk-islam-di-arab-saudi
Seramai 45 orang pekerja asing Filipina yang bekerja di Arab Saudi mengucap dua kalimah syahadah secara serentak..Mereka menerima islam setelah mendapat pencerahan dari Ulama-Ulama dari Pusat Kajian agama kerajaan..
Laman emirates247.com melaporkan,Rabu (7-3-13),secara rutin para pendakwah dari lembaga dakwah Islam di Ibu Kota Riyadh akan mengunjungi pelbagai tempat yang menempatkan pekerja-pekerja asing.Mereka rajin memperkenalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada para warga tenaga asing itu..
“Ini memang aktiviti berkala agar para non-Muslim dari luar negeri mendapat pengetahuan Islam langsung dari tanah sumbernya,” kata pengurus lembaga dakwah Syeikh Muhammad Al Dousari.
Dousari berharap makin ramai pekerja asing di Saudi tertarik untuk mengenal Islam dan memeluknya..
Allahu Akbar…
Semoga Malaysia dapat mencontohi Arab Saudi..

Hidayah Dihujung Nyawa



600155_479474128772631_1778306378_n
Kata Sheikh Abu Ishak Al-Huweiny:
Dua orang pemuda memberitahuku mereka berada di hospital, mereka mendapati seorang pemuda bersama seorang wanita yg sakit tenat duduk di atas kerusi roda hospital..
pemuda itu kemudian meninggalkannya untuk membayar bill hospital,
dan dua orang pemuda tadi perasan bahawa wanita itu hendak meninggal dunia, lalu mereka pergi kepadanya dan mengajarkannya dua kalimah syahadah, katakanlah :

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah”
Maka perempuan itu berkata:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah”.
lalu dia terus mati sejurus selepas mengucap..
Dan pemuda tadi yang sebenarnya anak wanita itu datang semula setelah bayar bill,lalu dia rebah dan menangis..
Maka dua orang pemuda itu datang kepadanya dan cuba menenangkannya dengan mengatakan bahawa mereka telah mengjarkan ibunya kalimah syahadah sejurus sebelum dia menghembus nafas terakhir,
tetapi pemuda itu marah dan menyembur mereka dengan makian dan berkata “kamu telah menjadikannya kafir!”.
Rupanya perempuan itu sebenarnya seorang kristian..
Subhanallaah..Kisah ini mengingatkan saya kepada pesanan imam al Ghazali,kata beliau jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.
Di dalam Hadis Nabi s.a.w disebutkan:
“…Dan sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada diantaranya dengan neraka kecuali sejengkal,maka atasnya takdir,lalu beramallah dia akan amalan ahli syurga,ketika itu dia mati,maka matinya mati beriman dan masuklah dia ke dalam syurga.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadith Riwayat Bukhari).

Harapan Mayat Di Dalam Kubur



MAYAT
Harapan Mayat Di Dalam Kubur:
Mayat di dalam kubur tidak mengharapkan siraman air mawar..
Mayat di dalam kubur tidak mengharapkan dibina di atas kuburnya dengan binaan yang cantik..
Mayat di dalam kubur tidak mengharapkan rumput-rampai yang ada di atas kuburnya dipotong..
Tapi..
Mayat di dalam kubur mengharapkan doa dari anak-anak yang soleh..
Mayat di dalam kubur mengharapkan kiriman doa dari sanak saudara dan kenalannya..
Mayat di dalam kubur mengharapkan amal kebajikan 0rang hidup yang dilakukan untuknya..
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
“Apabila mati anak Adam,putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya”
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.
Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar,apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya.Maka baginda bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا اَنَّ امْرَاَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَ تْ اِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ، اَنَّ اُمِّيْ نَذَرَتْ اَنْ تَحِجَّ فَلَمْ تَحِجَّ حَتَّى مَاتَتْ اَفَاَحِجُّ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ حُجِّيْ عَنْهَا . اَرَاَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيَتَهُ ؟ اُقْضُوْا اللهَ فَاللهُ اَحَقُّ بِالْقَضَاءِ وَفِى رِوَايَةٍ : فَاللهُ اَحَقُّ بِالْوَفَاءِ.
“Dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang perempuan dari suku Juhainah datang kepada nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Ibuku nazar akan mengerjakan haji,tetapi dia telah meninggal sebelum menunaikan nazarnya apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya,hajikan untuknya, bagaimana sekiranya ibumu menanggung hutang,apakah engkau yang membayarnya? Bayarlah hak Allah,kepada Allah lebih layak orang membayarnya”.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menziarahi jenazah Abu Salamah,Baginda Nabi s.a.w berdoa:
اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah.Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk.Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal.Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya,wahai Tuhan sekelian alam.Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

Pesanan Dan Petua al Fadhil Ustaz Ismail Kamus



ismailkamus

1.Amalan Sebelum Dan Selepas Tidur
Bila nak tidur baca Basmalah sebanyak 21 kali
Untuk mengelak dari berlaku kecurian atau kebakaran atau apa-apa sahaja musibah yang tidak diingini ketika sedang tidur malam..
Bila bangun dari tidur baca surah al ikhlas 11 kali
Untuk mengelak dari melakukan dosa diwaktu siang
2.Anak-anak degil@nakal
Penyelesaian:
-Sediakan air satu jug
-Baca Basmalah 786 kali
-Baca surah yasin ayat 72
وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ
“Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan”
-selesai baca hembus ke air dan bagi anak minum
insyaallah anak tak nakal lagi dah lepas tu…… kalau nakal lagi.. baca lagi…. dan kalau nakal lagi baca lagi…. dan kalau nakal lagi… SALAH BACA LAH TU….hehehehe
Atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali..nanti malam anak tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup..
Perhatian!!!
JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL..
3.Petua Awet Muda
-Lambatkan minum air setelah makan..Minum setelah setengah jam selepas makan.
-Rajin-rajin baca Al-Quran. – niat ikhlas kerana Allah.
-Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
-Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam
4.Anak menangis tengah-tengah malam
Penyelesain:
-azankan 7-10 kali
Atau bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali waqaf (tekniknya)
5.Apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya) atau di dalam hutan
Bacalah Salamun ‘Ala Sulaiman,Fil ‘alamin..
i.Allah sebelum buang air jin sempit lah lari dan tak la “anu” tu bengkak hihihi

4 Amalan Bahagia Di Alam Kubur Dan 4 Amalan Derita Di Alam Kubur



kubur
Ada empat amalan yang boleh membahagiakan manusia di alam kubur dan ada 4 amalan yang memawa derita kepada Manusia di alam kubur..
Kata Abu-Laits:Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara.
4 Perkara Yang Mesti Dilazimi:
1. Menjaga solat lima waktu
2. Banyak bersedekah
3.Banyak membaca al-Quran
4. Memperbanyak bertasbih:

سبحان الله و الحمد لله و لا اله إلا الله و الله اكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله

Subhanallah Walhamdulillah Wa laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar,Walahaula WaLa Quwwata Illa Billah
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.
Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1. Berbohong
2. Khianat
3. Mengadu-domba
4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing,sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing.(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)
Sumber : Kitab Tanbihul Ghafilin

10 Sahabat Yang Dijamin Syurga



10 sahabat dijamin syurgaSAHABAT-SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA :
Rasulullah soallallaahu alihi wa sallam bersabda :
Abu Bakar di syurga,Umar di syurga,Utsman di syurga,Ali di syurga,Thalhah di syurga,az-Zubair di syurga,Abdurrahman bin Auf di syurga,Sa’ad bin Abi Waqqash di syurga,Sa’id bin Zaid di syurga dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah di syurga..
(HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
BEBERAPA ORANG LAIN YANG DISEBUT SEBAGAI AHLI SYURGA :
Rasulullah shallallaahu ‘alihi wa sallam bersabda :
Pemimpin para wanita syurga setelah Maryam bintu Imran adalah Fatimah,Khadijah dan Asiah (isteri Firaun)
(HR. Ath-Thabarani)
Anas bin Malik r.a pernah bercerita :
“Rasulullah s.a.w pernah diberi hadiah berupa jubah yg terbuat dari sutera,sementara Rasulullah melarang untuk menggunakan sutera..Ketika para sahabat melihat jubah tersebut mereka merasa takjub dgn keindahannya..Maka kemudian Rasulullah bersabda “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya,sesungguhnya sapu tangan Sa’ad bin Muadz di syurga lebih baik dan lebih indah dibandingkan jubah ini.”
(HR.Al-Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah r.a bercerita :
“Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal,ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam,Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku,aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dgn wuduk tersebut,dgn apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat.
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shallallaahu ‘alihi wa sallam bersabda :
“Hasan dan Husain,keduanya adalah pemimpin para pemuda syurga.”
(HR. At-Tirmidzi)

Tokoh Islam Yang Terulung




Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pendakwah dan pencinta As-Sunnah Rasulullah S.A.W, sumbangannya sangat besar dalam meneruskan kesinambungan  dalam usaha memelihara dan mendakwahkan As-Sunnah Rasulullah S.A.W kepada umat manusia di samping menangkis dan menjaga As-Sunnah daripada sebarang kepalsuan.
Peribadi Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah
Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Abd Al-Halim bin Ab Al-salam Al-Harani. Beliau merupakan imam Mujtahid yang dilahirkan pada tahun 661 hijrah dan wafat pada tahun 728 hijrad di Damsyik. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah yang berusaha mempelajari ilmu-ilmu agama sehingga bergelar pakar dalam bidan keilmuan. Antara kepakaran beliau adalah dalam bidang usul, hadis, tafsir, fiqah, bahasa, syariat, mantik, falsafah, keagamaan dan pelbagai lagi. Beliau merupakan ulama Islam yang banyak berkarya. Dikatakan beliau mempunyai lebih daripada 300 buah karya mengenai Islam dan kitab beliau yang tersohor ialah Majmu Al-Fatwa.
Kepujian Berdakwah
Al-Hafiz Al-Zahabi Rahimahullah, seorang tokoh agong dalam Ilmu Hadis, merupakan murid Ibn Taimiyyah. Beliau menyenaraikan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya yang bertajuk Tazkirah Al-Huffaz, memuji Ibn Taimiyyah dengan pujian yang hebat serta menggelarnya dengan gelaran Sayikhul Islam. Beliau berkata :
“Ibn taimiyyah, seorang syeikh, Imam, Al-Allamah(sangat alim), Al-Hafiz(dalam hadis), seorang kritis, mujtahid, penafsir Al-Quran yang mahir, beliau adalah Syaikhul Islam dari lautan ilmu, dari para cendiakawan, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang.” [Buku Himpunan Risalah Dalam beberapa Persoalan Ummah (Buku 3) edisi e-book, Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, 2005, mukasurat 115)].
Pujian Al-Imam Al0Subki Rahimahullah, iaitu seorang ahli tafsiran dan pendebat terkemuka bermazhab Syafi’e. Berkata mengenai Ibn Taimiyyah semasa menjawab surat gurunya, Al-Hafiz Al-Zahabi yang memarahinya atas perkataannya terhadap Ibn taimiyyah sebelum ini yang dia berkata :
“Adapun apa yang tuan katakan mengenai Al-Syaikh Taqiyuddin (Ibn Taimiyyah), maka hamba ini telah pasti ketinggian kemampuannya, limpahan dan keluasan lautan ilmunya dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan akal. Kehebatan dan kebijaksanaan dan ijtihadnya juga dia mencapai kesemua itu lebih daripada yang disifatkan. Hamba sentiasa mengakuinya. Ibn Taimiyyah pada diri ini lebih besar dan mulia dari segalanya. Dengan apa yang telah Allah himpunkan padanya dari sifat zuhud, warak, kuat beragama, membela dan menegakkan agama Islam semata-mata kerana Allah. Dia melalui perjalanan ulama salaf dengan sepenuhnya, sangat asing  orang sepertinya pada zaman ini bahkan dimana-mana zaman pun.”
[Nukilan daripada buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama Dan Tokoh-Tokohnya, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor, 2005), Mukasurat 123]

Oleh itu, beberapa kepujian dan pengiktirafan yang diberikan kepada beliau oleh ulama-ulama Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah terhadap Sayikhul Islam Ibn Taimiyyah. Maka demikianlah kepujian keatas beliau dalam menegakkan agama Islam. Namun begitu, masih ada segelintir umat manusia, yang berusaha mencemari kesucian hadis dan As-Sunnah Rasulullah S.A.W dan begitu zalim memerangi dakwah Syaikhul Islam. Walaupun perjuangan beliau diperangi dengan fitnah dan tomahan, telah menjadi satu contoh kepada umat Islam tentang kesungguhannya memperjuangkan agama Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Insan-insan Yang Mati Dalam Husnul Khatimah



tanda-tanda husnul khatimah
1. Meninggal Dunia Ketika Sedang Sujud
Lelaki dalam gambar di bawah ini adalah warga Negara Mesir yang bekerja di Arab Saudi.
Setelah dua hari tidak datang bekerja maka seorang dari kawannya pun pergi mencari ke biliknya.
Bila dia buka pintu,dia melihat kawannya itu sedang sujud kepada Allah.
Kawannya telah dijemput oleh Allah dalam keadaan husnul khotimah..
Arab mesir mati sedang sujud
2. Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud
Kisah ini berlaku pada tahun 2010 lalu.Kejadian ini terakam dalam sebuah CCTV dan menjadi buah mulut orang karana begitu menggetarkan hati dan mengharukan.
Saat itu pukul 11: 08 pada tanggal 1 Januari 2010,seperti tertera dalam kamera CCTV.Kelihatan seorang lelaki sedang solat..
Lelaki ini solat sekitar dua rakaat,kelihatan ok je..Namun setelah melakukan salam dan berzikir beberapa saat,perlahan-lahan ia nampak menunduk dan makin menunduk..Seperti mahu bersujud,dan ketika itu tak ada seorang pun yang sedang memperhatikannya meski ada 2 orang di dalam masjid yang masih lalu lalang.
Ketika jam 11.11 belum ada lagi yang menyadari bahawa lelaki itu tak bangun-bangun dari sujudnya.Setelah 10 minit kemudian,datang seorang menghampirinya karana nampak curiga..Beberapa kali dia menghampiri almarhum yang sedang bersujud itu..
Satu minit kemudian,semua orang baru menyedari bahawa lelaki ini telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan sujud..Beberapa orang pun menghampiri almarhum..Membantu menelentangkannya dan semakin ramai orang berduyun-duyun menghampiri almarhum.
Meninggal Ketika Sujud di Masjid
3. Meninggal Dunia Ketika Sujud Di Masjid Nabawi
Insan ini juga tergolong dari kalangan orang-orang yang beruntung..Tanda-tanda mati dalam husnul khatimah ada pada almarhum..
Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah,maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana”.
(Riwayat Tirmizi,al-Nasaii dan disahihkan oleh al-Albani)

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah,kurniakanlah aku syahid di jalanmu,matikan aku di Negeri Rasulmu SAW (Madinah)
(Hadis riwayat Bukhari)meninggal ketika sujud di madinah
4. Solat Jenazah Seorang Ulama Bangladesh
Antara tanda-tanda sesorang itu mati dalam husnul khotimah ialah terdapat ramai orang yang mensolatkan jenazahnya.Doa-doa orang yang mensolatkan jenazah Allah makbulkan.
Dalil:
“Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya,yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya,Kitab al-Janaaiz,no: 948)
Daripada  Aishah radhiallahu’anha, dia berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Tidaklah seorang yang meninggal dunia lalu disolatkan oleh umat Muslim yang jumlahnya mencapai seratus orang,yang semunya memohon syafaat baginya,melainkan mereka akan diberikan izin memberi syafaat untuk jenazah tersebut.
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya,Kitab al-Janaaiz,no: 947)
Beruntungkan siapa yang mati disolatkan oleh ramai orang seperti Ulama Bangladesh tersebut.. lebih-lebih lagi yang solatkan jenzah itu orang-orang soleh dari kalangan ulama dan auliya’.
Ulama Bangladesh
5. Seorang Bilal meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika sedang solat sunat ba’diah Zuhur..Beruntung almarhum meninggal dunia di dalam bulan Ramadhan karim,dalam waktu 10 akhir Ramadhan pula,selepas solat Zuhur dan ketika sedang sujud dalam solat sunat selepas Zuhur..
Almarhum ketika hayatnya banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan surau Al-Mujaahideen,Bangi.
Semua orang ingin meninggal dunia dalam keadaan yang indah,mati dalam husnul khotimah(penyudah yang baik)namun sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk dipanggil oleh-Nya pada bila-bila masa sahaja yang tidak seorang pun dari kita tahu bila tarikh dan masanya?

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah,akhirilah hidup kami dengan islam,akhirilah hidup kami dengan membawa iman,akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”bilal mati dalam sujudMindaKini.Com

Tiga Golongan Yang Paling Awal Diseru Di Hari Kiamat



sesal
Dari Abu Hurairah,Rasulullah SAW bersabda:
“Yang paling awal diseru di hari kiamat adalah orang yang hafal Al Quran dan seorang yang syahid dalam peperangan serta seorang yang kaya.”
Maka firman Allah kepada yang hafal Al Quran,
“Apakah Aku tidak mengajarmu? Mengajar Al Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?”
Jawab orang itu, “Tentu saja ya Tuhanku.”
Dan firman Allah, “Digunakan untuk apa ilmu yang kau miliki itu?”
Jawabnya, “Aku amalkan dan aku kaji siang dan malam.”
Firman Tuhan,”Kamu dusta!”
Demikian pula para malaikat berkata,”Kamu dusta.”
Firman Tuhan,”Sebenarnya Kamu hanya ingin menjadi seorang qari maka cukuplah pujian orang-orang itu sebagai ganjaranmu.Itulah bagianmu.”
Sekarang giliran orang yang mati di dalam peperangan dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan berfirman,
“Apakah yang engkau telah lakukan di dunia?”
Jawabnya, “Saya diperintahkan ikut perang sabil,kemudian perintah itu saya jalankan sampai saya mati dalam peperangan itu.”
Firman Allah: “Kamu dusta!”
Demikian pula para malaikat berkata,”Kamu dusta.”
Firman Allah, “Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang berani (pahlawan). Cukuplah pujian itu sebagai bagianmu.”
Kemudian tibalah giliran orang kaya dihadapkan ke hadirat Allah SWT.Firman Allah,
“Apakah engkau tidak diberi kekayaan oleh-Ku? Sehingga engkau tidak memberikan kepada sesiapapun?”
Jawab orang kaya, “Tentu saja ya Tuhan, hamba telah diberi kekayaan olehMu.”
Firman Tuhan,”Dipergunakan untuk apa kekayaan yang Aku berikan padamu itu?”
Jawabnya, “Saya pergunakan untuk bersilaturrahim dan bersedekah.”
Firman Tuhan, “Kamu berdusta!”
Demikian pula para malaikat berkata, “Kamu berdusta.”
Firman Tuhan, “Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang pemurah.Pujian orang-orang itulah sebagai bagian untukmu.”
“Kemudian Rasulullah menepuk lututku,” kata Abu Hurairah dan Rasulullah bersabda, “Ya Abu Hurairah untuk merekalah Api Neraka pertama kali akan dinyalakan.”
Wal’iyazubillahi min zalik
wahai para hufaz Al Quran…Wahai Mujahidin fi sabilillah..Wahai Para jutawan yang telah dilimpahkan kekayaan kepada anda..Perbetulkanlah niat kalian dan ikhlaskanlah hati..

MAHKAMAH TETAPKAN TIADA SIAPA BERSALAH DALAM KES NFC, HANYA LEMBU BERSALAH

Saya tidak sedikit pun terkejut dengan keputusan mahkamah yang mendapati Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) tidak bersalah dalam satu pertuduhan pecah amanah menggunakan dana NFC sebanyak RM9,758,140 untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar.

Saya akan menunggu perincian perbicaraan sebelum boleh membuat komen lanjut tetapi saya boleh mengagak tertuduh mengemukakan bukti bahawa pembelian tersebut telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat. Atas sebab itu, oleh kerana pembelian kondo tersebut telah diluluskan maka tidak berlaku sebarang pecah amanah.

Jika ini yang berlaku di dalam perbicaraan, ia memberi makna berikut:

1. Kelulusan itu diberikan sama ada di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan sebagai mewakili Kerajaan Malaysia yang mempunyai saham istimewa di dalam NFC;

2. Wakil-wakil kerajaan di dalam Lembaga Pengarah hanya boleh memberi kelulusan pembelian kondominium tersebut dengan persetujuan dan arahan dari pegawai atasan kerajaan iaitu Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian;

3. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana yang diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium.

Dengan keputusan mahkamah ini, secara langsung pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi mesej bahawa ia tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletakkan jawatan.

Jika sebelum ini skandal NFC hanya terpalit kepada keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, keputusan hari ini mengesahkan bahawa skandal NFC ini bukan sahaja melibatkan keluarga bekas menteri itu tetapi keseluruhan Umno kerana pimpinan Umno di dalam kerajaan memberi izin dana NFC digunakan untuk membeli kondominium.

Saya mengingatkan pimpinan Umno supaya jangan terlalu ghairah berselindung di sebalik alasan pembelian atau perbelanjaan yang tidak munasabah mematuhi prosedur untuk lari dari tindakan undang-undang (seperti mana juga alasan yang digunakan di dalam skandal YaPEIM) kerana rakyat menilai kewajaran perbelanjaan itu berlaku; bukan semata-mata sama ada ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah atau tidak.

Keputusan pada hari ini dan sangkaan saya bahawa wakil kerajaan telah membenarkan pembelian ini (jika benar) mengesahkan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak ada iltizam untuk memerangi penyelewengan atau rasuah.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Umno pecat Hamidah; Muhyiddin dan Shafie selamat


Di tengah-tengah spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdalakan digantung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawahanya seorang ketua wanita bahagian yang dipecat.
Najib yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan displin parti.
“Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin.
"Perkara lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.
Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.
Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presiden dan naib presiden, tidak hadirpada mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.

Isu Raba, Ramas Gamat Sidang Dewan Rakyat


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 6:25 PM

KUALA LUMPUR: Isu "meramas" dan "meraba" telah menggamatkan persidangan Dewan Rakyat petang Selasa apabila beberapa anggota Parlimen mempersoalkan standard pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang negara ini.
Perkara itu mula dibangkitkan oleh Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanyakan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang ketika itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan.
Mojigoh meminta Ab Aziz menjelaskan mengapa pemeriksaan keselamatan terhadap anggota badan penumpang sebelum menaiki pesawat dilakukan menggunakan tangan, sedangkan ia sepatutnya dilakukan menggunakan pengimbas badan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa pemeriksaan keselamatan seperti itu masih dilakukan di lapangan terbang negara ini, sedangkan negara Amerika Syarikat yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi di lapangan terbang juga tidak melakukan pemeriksaan sedemikian.
"Saya tidak faham, mengapa pemeriksaan dilakukan menggunakan tangan? Seolah-olah pegawai keselamatan yang membuat pemeriksaan itu mempunyai tangan ajaib yang boleh mengesan bahan letupan.
"Kita anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak setiap minggu menaiki pesawat dan maknanya setiap minggu kami semua kena raba," katanya sambil disambut gelak tawa dari anggota Parlimen yang lain.
Rungutan Mojigoh itu turut dipersetujui Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang mempersoal adakah pemeriksaan "meraba" itu boleh menjamin keselamatan.
"Ini berkaitan isu keselamatan bukan isu meraba, jadi mengapa tidak disediakan alat seperti di lapangan terbang di luar negara," katanya. 
Menjawab pertanyaan itu, Ab Aziz berkata, isu tersebut sepatutnya tidak timbul kerana setiap penumpang diperiksa oleh pegawai keselamatan dari jantina yang sama dengan penumpang terbabit.
Katanya, pemeriksaan badan menggunakan tangan amat penting kerana tidak semua pengimbas badan mampu mengesan bahan letupan terutama yang diperbuat daripada seramik.
"Oleh kerana kita mengamalkan standard keselamatan yang tinggi, maka ia perlu dibuat. Bagaimanapun ia tidak dilakukan sehingga ke bahagian anggota sulit," katanya.
Beberapa anggota dewan kemudian bangkit untuk menyatakan pandangan mengenai perkara itu namun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mencelah dan berkata: "Ini kalau dibiarkan sampai malam pun tidak habis."
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) turut mencelah yang bertanyakan mengenai pemeriksaan keselamatan yang menghendaki penumpang menanggalkan tali pinggang.
"Saya tiada masalah kena raba. Cuma saya ingin tahu konsistensi mengenai tali pinggang di mana ada lapangan terbang perlu tanggalkan, tapi ada lapangan terbang tidak perlu tanggalkan," katanya.
Ab Aziz kemudian menyatakan bahawa isu pemeriksaan keselamatan itu akan dibawa untuk perhatian Malaysia Airports Holdings Bhd dan akan dilihat secara mendalam. - Bernama

NFCorp: Rafizi Dakwa Salleh Bebas Kerana Umno 'Benarkan' Rasuah


Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 5:29 PM

KUALA LUMPUR: Keputusan mahkamah yang mendapati Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail tidak bersalah dalam pertuduhan pecah amanah secara tidak langsung menunjukkan pimpinan Umno membenarkan rasuah, dakwa Rafizi Ramli.
Naib Presiden PKR itu mendakwa, keputusan tersebut dibuat oleh mahkamah setelah tertuduh berjaya membuktikan bahawa pembelian dua unit kondominium menggunakan dana NFC telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat melalui ‘retrospective approval’ (kelulusan retrospektif).
"Saya sedikit pun tak terkejut...apa yang tak melanggar peraturan, apa yang mengikut prosedur dan syarat itu tak semestinya benar.
"Rakyat tahu, jangan memandang rendah kefahaman rakyat,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ‘kelulusan retrospektif’ itu telah dibuat sama ada di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan  yang dihadiri wakil-wakil kerajaan yang mempunyai saham istimewa dalam NFC.
Katanya, beliau telah diberitahu bahawa kelulusan retrospektif itu dibuat sekitar Jun tahun ini tetapi tidak mengetahui tentang butiran lanjut.
"Wakil-wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah hanya boleh beri kelulusan pembelian kondominium itu dengan persetujuan dan arahan daripada pegawai atasan kerajaan iaitu menteri atau ketua setiausaha kementerian.
"Keputusan pada hari ini dan sangkaan saya bahawa wakil kerajaan telah membenarkan pembelian ini (jika benar) mengesahkan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada iltizam untuk memerangi penyelewengan dan rasuah," katanya.
Beliau menambah keputusan pada Selasa juga mengesahkan bahawa skandal NFC bukan hanya melibatkan keluarga bekas menteri (Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil) tetapi keseluruhan Umno kerana pimpinan Umno dalam kerajaan memberi izin dana NFC digunakan untuk membeli kondominium.
Beliau turut menyatakan kegusaran apabila pimpinan Umno yang menerajui kerajaan kini semakin ghairah memberi alasan terhadap pembelian atau perbelanjaan tidak munasabah sebagai ‘mematuhi prosedur atau syarat’ untuk lari daripada tindakan undang-undang.
"Ia bukan soal ikut prosedur atau syarat tapi tindakan menggunakan duit orang awam.
"Saya rasa tak ada penutup yang baik dalam isu NFC tetapi ia memberi kesan politik kepada Barisan Nasional…yang menghidupkan semula isu ini dan meletakkan ‘tangan-tangan Umno’ di dalamnya," katanya.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa melepas dan membebaskan Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFC didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140.
Ini melalui empat keping cek NFC untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerong, Bangsar.
Beliau juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, ke dalam akaun syarikat National Meat Livestock Corporation pada 2009.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.