Thursday, December 16, 2010

Melayu Jakun Dah Ramai Pupus...




Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yang miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui untuk masa depan yang lebih vogue dan anggun.


Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yang ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Kola Lumpuq. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang, yalah takut gak nanti orang tackel mak dia, sapa susah? dia gak nanti yang susah tak pasai pasai dapat bapak tiri.


"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Kolumpoq tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi.


"La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau takat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, untuk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang ooo... nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira champiang oooo.." kata maknya bangga.


"T.Q. mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia.


Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Kolumpoq. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) untuk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang.


"Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang.


Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak.


"Mak, syiok la dok kat Kolumpoq, macam-macam ada. Mak tau dak kat sanakan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia.


"Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sungguh-sungguh.


Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Kolumpoq. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Kolumpoq sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni.


Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dan sebagainya. Woih... memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa.


Proud gila laaa.... Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua orang kampung" bisiknya.


"Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah.


"Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona.


"Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah2 pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab.


"Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah danlain-lain yang pasti akan terpegun den terkezut nanti.


"Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti.


"Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah.... mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relax aja.


"Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi.


"Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang.


"Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payah mak ka..., hang ka..., nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.


Laaaa.. Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu, taklah bersusah payah mak dia mencedok ayaq dalam "telaga kecik tu"


uuuuwaaaaaaa......


Moral cerita versi gua: Kebanyakkan pengundi saluran satu seperti Cik Kiah (jenis melayu kampung, melayu felda, melayu hutan yang hidup dengan sekampit beras dan sehelai kain pelekat setiap 5 tahun sekali) dah banyak yang padam/pupus..., itu yang membuatkan bn mengelabah gilerrrr... hahahahaaaa....
IkutSukaAku - Isa: Melayu Jakun Dah Ramai Pupus...

Dua penyokong PKR ditahan cetus kekecohan depan Parlimen


16/12/2010 8:49pm

KUALA LUMPUR 16 Dis. — Seramai 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini dan cuba mengadakan perarakan tanpa permit menyebabkan dua daripada mereka ditahan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka enggan menyebabkan daripada mereka ditahan.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata perhimpunan bermula tengah hari apabila kumpulan itu cuba mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai bantahan terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga anggota Parlimen pembangkang yang lain daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Polis kemudian memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai dan hanya membenarkan dua atau tiga orang sahaja untuk ke Suhakam tanpa mengganggu lalu lintas.
Memorandum itu kemudian dihantar oleh Anggota Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Yusmadi Yussof, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut di sini pada 2.30 petang.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan kerana mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd, manakala tiga lagi anggota Parlimen pembangkang juga digantung enam bulan kerana menghina dewan. — Bernama

Nik Aziz dibenar pulang ke rumah


KOTA BHARU: Selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini berehat di kediamannya selepas dibenarkan pulang kelmarin.
Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Nik Abdul Aziz kini berehat di rumahnya di Pulau Melaka, selain dijangka menjalani rawatan susulan pada hujung minggu ini seperti disarankan doktor.
“Menteri Besar sedang berehat di kediamannya selepas doktor berpuas hati dengan kesihatannya dan beliau dijangka menjalani rawatan susulan hujung minggu ini.

“Doakanlah supaya beliau sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan daripada Allah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Nik Aziz, 79, yang juga Mursyidul Am PAS dibenarkan pulang ke rumahnya pagi kelmarin selepas dimasukkan ke HUSM, Khamis lalu, untuk rawatan pada bahagian pinggangnya.

Nik Aziz derma simpanan tanda syukur bebas siasatan rasuah




2010/12/16

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya. 

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.
"Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, semalam bahawa SPRM menutup kes melibatkan beliau dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. - BERNAMA 

Lelaki maut kereta terbakar di Jambatan Pulau Pinang





2010/12/16

GEORGETOWN: Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar di Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi tadi. 

Pegawai Turus Trafik Negeri, DSP Abdul Rahim Md Din, berkata nahas berlaku jam 1 pagi di Kilometer 5.1 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Butterworth.
"Pemandu yang maut itu dikenali sebagai Khor Chai Tong, 25. Beliau mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta mati sejurus dikeluarkan dari kereta oleh rakannya yang mengekori keretanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bot pelarian karam di Pulau Christmas

BERKEJAR HULUR BANTUAN: Penduduk Pulau Christmas berkejar ke pantai bertubir batu dalam usaha hendak menyelamatkan penumpang sebuah bot pelarian yang pecah selepas terhempas di tubir berkenaan akibat pukulan ombak besar semalam. -- Foto AP
LUAR NEGARA



SYDNEY: Sebuah bot kayu yang sarat dengan pencari suaka terhempas di pantai bertubir tinggi di Pulau Christmas, Australia, menyebabkannya karam dan sekitar 70 hingga 80 penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak, terhumban ke laut bergelora.
Sorotan televisyen menunjukkan haluan bot merempuh tubir batu menyebabkan ia pecah lalu karam, dan para penumpang tercampak ke batuan bersegi tajam.'Mereka yang terhumban ke laut menjerit meminta tolong. Ia satu tragedi,' kata pegawai pentadbir Pulau Christmas, Encik Gordon Thomson, kepada pemberita.Penduduk pulau itu, yang berada di atas tubir, menyaksikan tragedi tersebut tanpa dapat berbuat apaapa sewaktu bot itu pecah dan karam.Operasi menyelamat sudah dilancarkan tetapi para pegawai berkata mereka belum tahu berapa ramai penumpang yang terkorban.Sebuah bot tentera laut Australia dan sebuah kapal kastam sedang membantu operasi menyelamat.Media setempat berkata 41 orang sudah diselamatkan, tetapi 30 lagi masih dilaporkan hilang selepas bot itu karam sekitar 6 pagi.Seorang mangsa yang diselamatkan memberitahu polis Australia bahawa terdapat antara 70 dengan 80 penumpang dalam kapal itu.Polis percaya kebanyakan pe- numpang kapal itu rakyat Iraq.Perkhidmatan Flying Doctors di Australia berkata angka korban mungkin sekitar 50 orang manakala 33 lagi cedera.'Kami lempar tali dan beratus jaket pelampung lewat tebing tinggi. Sekitar 15 atau 20 orang berjaya mendapat jaket pelampung, tetapi banyak mayat terapung di laut,' kata seorang penduduk Pulau Christmas yang tidak mahu namanya disiarkan kepada akhbar Australia.'Ada banyak mayat bayi dan wanita di dalam air,' tambahnya.Ketua Menteri Australia Barat, Encik Colin Barnett, berkata:'Meskipun butir lanjut tragedi ini belum diketahui, saya difahamkan bahawa ramai mangsa yang terkorban dan cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak.'Pemangku Perdana Menteri Australia, Encik Wayne Swan, berkata bot tersebut adalah sebuah bot penyeludup. Tetapi masih belum jelas berapa ramai penumpang dan dari mana mereka datang.'Sejumlah penumpang telah diselamatkan, dan beberapa mayat sudah ditarik naik,' kata beliau.Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, yang sedang bercuti, berkata beliau akan segera kembali untuk menangani keadaan. -- AP, AFP, Reuters.

AS: Pyongyang ada satu lagi loji perkaya uranium




WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Barack Obama merumuskan bahawa loji terbaru Korea Utara untuk memperkaya uranium menggunakan teknologi 'jauh lebih canggih' daripada yang hendak dimajukan Iran selama dua dekad.
Para pegawai kanan Amerika dan Korea Selatan berkata loji terbaru itu tidak dapat dibangunkan sebegitu pantas kecuali ada rangkaian sulit tapak rahsia yang lain - mungkin sebuah loji pemperkaya uranium - di tempat lain di negara itu.Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Philip Crowley, kelmarin berkata Korea Utara mempunyai 'setidak-tidaknya satu lagi' tapak pengayaaan uranium selain daripada yang didedahkan kepada pakar Amerika bulan lalu.Kenyataan itu menguatkan lagi kenyataan yang dibuat lebih awal oleh Menteri Luar Korea Selatan, Encik Kim Sung-Hwan, yang mengesyaki Pyongyang mungkin menyembunyikan kemudahan sulit memperkaya uranium.'Kami sedar bahawa pendedahan yang dibuat kepada perwakilan Amerika baru-baru ini tidak muncul secara tiba-tiba. Ia sudah tentu membayangkan kerja-kerja turut dilakukan pada satu tapak yang lain,' kata Encik Crowley kepada pemberita. -- AP, AFP.

Anwar mahu Mahathir minta maaf




KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengemukakan surat bagi menuntut permohonan maaf daripada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa akhbar berhubung pendedahan WikiLeaks mengenai tuduhan liwat membabitkannya.
Peguam Datuk Seri Anwar, Encik S.N. Nair, berkata beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Dr Mahathir kelmarin.Pihaknya juga menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataannya itu.Sebarang tindakan lanjut, sama ada memfailkan saman atau tidak, bergantung pada reaksi terhadap surat tuntutan berkenaan.'Pada peringkat ini kami masih lagi dalam proses perbincangan dan mengumpulkan maklumat untuk dikemukakan sebagai bukti,' katanya seperti ditukil Berita Harian Malaysia.Sementara itu, pengarah strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Tian Chua, menggesa Singapura agar menjelaskan kandungan kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks itu.Beliau sudah menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk meminta penjelasan.'Jika kabel itu sahih, ulasannya sesuatu yang ofensif bagi Malaysia,' katanya.Sewaktu ditanya sama ada Datuk Seri Anwar akan turut menyaman Menteri Pembimbing Singapura, Encik Lee Kuan Yew, Encik Nair menjawab:'Sehingga kini, belum ada sebarang arahan daripada anak guam saya untuk menyaman Encik Lee.' - The Star, Utusan Malaysia.

Menteri nafi polis Malaysia sebagai sumber maklumat

PENDEDAHAN WIKILEAKS TENTANG KES LIWAT
Hishammuddin tegaskan perincian dan rahsia siasatan sentiasa dijaga dan dipertahan


PUTRAJAYA: Pendedahan terbaru mengenai kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam kabel diplomatik yang dibocorkan WikiLeaks tidak diperolehi daripada maklumat risik polis dan siasatan ke atasnya.
Demikian menurut Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.'Pendedahan yang menyentuh perbuatan liwat seperti yang tersiar dalam WikiLeaks itu tiada kaitan langsung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),' katanya seperti ditukil akhbar Berita Harian Malaysia semalam.Beliau berkata demikian sewaktu mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan mengenai kegiatan Anwar berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi Malaysia.'Dalam konteks ini, saya ingin tegaskan bahawa semua maklumat dan rahsia mengenai siasatan yang dilakukan PDRM sentiasa terpelihara dan sememangnya dijaga serta dipertahankan kerana ia membabitkan imej selain kredibiliti PDRM sendiri,' tambahnya.'Pendedahan dalam laman web WikiLeaks di mana sumber perisikan Singapura mengesahkan kepada pihak Australia bahawa Ketua Pembangkang itu memang terlibat dalam kegiatan meliwat tiada kaitan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini,' jelasnya seperti ditukil akhbar Utusan Malaysia.'Apa yang didedahkan oleh WikiLeaks adalah perbincangan antara dua pihak iaitu Singapura dengan Australia,' katanya lagi.Oleh itu, menurutnya, adalah tidak bertanggungjawab jika ada pihak cuba mengaitkan perkara itu dengan polis atau Kementerian Dalam Negeri Malaysia.Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Ismail Omar, pula kelmarin menafikan PDRM membocorkan maklumat kepada WikiLeaks.'Saya tidak mahu pasukan polis diheret ke dalam perkara ini. Kami adalah pasukan yang profesional dan tahu tugas dan tanggungjawab kami,' tegasnya seperti ditukil akhbar The Star semalam.Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar menerusi Twitter berhubung kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks, yang menunjukkan agensi perisikan Australia dan Singapura membincangkan kes liwatnya.Perbualan itu mendakwa Cawangan Khas (SB) PDRM sebagai sumber pendedahan seperti dilapor akhbar Australia, Sydney Morning Herald.Datuk Seri Anwar dilapor berkata:'Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada.' - BHM, Utusan Malaysia, The Star.

Kampung sering banjir kilat


Oleh Jamaludin Husin

2010/12/16

MUAR: Penghuni Jalan Cenderawasih 9, Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 5 (KKTDI5), Jalan Sungai Abong mendakwa sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat, disebabkan saliran di bahu jalan utama di sini, tersumbat. 

Mereka mendakwa setiap kali hujan, air akan melimpah ke permukaan jalan dan masuk ke dalam rumah, sehingga menyebabkan kerosakan peralatan kerana dibasahi air.
Tinjauan mendapati, parit di bahu jalan hadapan sebuah warung berdekatan dengan kediaman penduduk di jalan berkenaan, tertimbus dengan tanah dan batu konkrit, sehingga menyekat pengaliran air.Saliran sepanjang kira-kira 300 meter itu adalah parit di jalan utama yang sepatutnya mengalirkan air ke parit utama di Jalan Sungai Abong, ke Sungai Muar. 

Bagaimanapun, sebahagian daripada permukaan saliran itu tertutup, akibat sering digunakan pemandu dengan memandu kenderaan di atas permukaan saliran itu ketika mereka menjamu selera di warung berkenaan sehingga menyebabkan saliran itu tertimbus. 

Penduduk, Kamalruzaman Abdul Rahman, 45, berkata setiap kali hujan, air akan melimpah di atas jalan di depan kediamannya di jalan berkenaan. 

Katanya, bagi mengelak keadaan itu berpanjangan, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau saliran berkenaan, kerana kedudukannya semakin rendah daripada permukaan jalan. 
“Saliran yang tertimbus itu keadaannya selari dengan permukaan jalan raya dan apabila hujan air akan melimpah di permukaan jalan dalam kawasan perumahan itu. 
“Keadaan ini sudah berlarutan sejak lebih lima tahun lalu tanpa sebarang tindakan pihak berkuasa untuk mengatasinya, ” katanya. 

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk KKTDI5, Gani Zakaria yang turut meninjau keadaan saliran yang tertimbus itu berjanji akan menyuarakan masalah penduduk kepada pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM). 

Beliau berkata, tindakan bagi mengatasi masalah itu perlu dilakukan segera termasuk membina parit konkrit berbentuk U, bagi membolehkan air mengalir ke sungai dengan sempurna. 

“Jika saliran itu dibiarkan terus tertimbus dipercayai merosakkan struktur sebahagian tanah tapak kawasan perumahan itu sehingga menjejaskan kediaman penduduk di situ, 

“Kegiatan perniagaan yang terlalu dekat dengan saliran itu menyebabkan saliran itu tertimbus kerana ada pemandu yang memandu melalui permukaan parit sehingga menyebabkan konkrit pecah dan menutup permukaan saliran, ” katanya. 

Artis India intai peluang ke Hollywood




2010/12/16
Bipasha Basu dapat tawaran berlakon filem ‘Singularity’

NEW DELHI: Ketika Hollywood semakin banyak membawa masuk pelakon India dan Asia ke dalam filem mereka, bintang terkenal India kini mengintai peluang mencipta nama dalam industri itu. 

Pelakon Slumdog Millionaire, Anil Kapoor berjaya mendapat peranan dalam filem Mission Impossible, sementara Irrfan Khan, yang bekerja dengan Angelina Jolie dalam A Mighty Heart, mendapat peranan dalam kedua-dua filem Spiderman dan filem arahan Ang Lee, Life of Pi, lapor media India.
Kejayaan itu turut dirasai Bipasha Basu, pelakon wanita paling popular Bollywood yang mendapat peranan dalam filem pemenang Anugerah Akademi, Roland Joffe, Singularity.“Penonton India pasti teruja ketika menyaksikan filem Hollywood lakonan Bipasha Basu berbanding filem keluaran Hollywood lain yang tiada kaitan dengan India,” kata pengarah Uma D’Cunha, yang membantu Joffe mengambil Bipasha. 

D'Cunha berkata penggiat seni Bollywood kini mengintai peluang bagi memastikan lebih ramai pelakon India muncul dalam filem aliran utama Hollywood. 

Pelakon India membuat kemunculan seketika dalam filem Barat, namun kebanyakannya hanya memegang watak dalam filem yang tidak mendapat sambutan. 

Aishwarya Rai Bachchan berlakon dalam beberapa filem, seperti mana kebanyakan bintang lelaki lain seperti Naseeruddin Shah dan Om Puri, namun tiada seorang pun mendapat pujian. 
Ketika Slumdog Millionaire yang menang besar ketika Oscar 2009, dikeluarkan pada 2008, ia berjaya mengubah perspektif Barat dan pelakon India mula diberi perhatian dan peranan utama di Hollywood selepas itu. 

Freida Pinto mendapat peranan utama pertama dalam filem Slumdog Millionaire dan kemudian peranan utama dalam filem Woody Allen, You will Meet a Tall, Dark Stranger dan filem Juliet Schnabel, Miral. – Agensi 

6 bulan jelajah dunia tunggang motosikal kapcai


Oleh Rashidi Karim

2010/12/16

Jurutera selamat pulang kembara 24 negara

PADANG BESAR: ‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 39, yang mencipta kelainan selepas berjaya mengharungi cabaran mengelilingi dunia secara solo dengan menunggang motosikal kapcai Modenas 128cc. 

Beliau memulakan perjalanan menjelajah dunia dari Kuala Lumpur pada 24 April lalu dan mengakhiri misi sejauh 30,000 kilometer dengan merentasi beberapa benua sebelum tiba di London, pada 24 Oktober lalu.
"Saya berasa puas," itulah ungkapan pertamanya sebaik menjejakkan kaki di tanah air bersama motosikalnya berhampiran pintu sempadan Perlis-Thailand, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.Ketibaan Syed Ahmad yang juga seorang jurutera dan chef terlatih disambut Kelab Motosikal Beseri yang menunggu di pintu sempadan. 

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, pelbagai cabaran ditempuhi selama enam bulan merentasi 24 negara dengan menunggang motosikal kapcai berkuasa rendah sebagai menyahut cabaran Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib. 

"Ramai beranggapan perjalanan mengelilingi dunia ini kerja gila berikutan kenderaan digunakan jenis kapcai dan mungkin membawa masalah ketika dalam perjalanan. Namun, saya dapat membuktikan dan berjaya sampai ke destinasi dituju serta selamat pulang ke tanah air,” katanya. 

Katanya, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah termasuk berdepan penyeluk saku ketika misi perjalanan tiba di India, selain terpaksa mengharungi cuaca melampau termasuk panas, sejuk dan bersalji. 
"Bayangkan saya terpaksa mengharungi pahit maung ketika merentasi laluan setinggi 5,486 meter dari paras laut dalam keadaan cuaca begitu sejuk sebelum tiba di sebuah perkampungan di pergunungan di Balucistan, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan. 

"Selain disoal siasat anggota keselamatan di negara berkenaan, saya terpaksa bermalam di balai polis yang dilalui di situ bagi menjaga keselamatan berikutan kawasan terbabit amat berbahaya untuk orang asing berjalan pada waktu malam,” katanya. 

Syed Ahmad berkata, misi perjalanan itu merentasi beberapa negara Asia, termasuk Thailand, Nepal, India, Asia Barat dan menghabiskan masa beberapa hari di sekitar Jerman, sebelum meneruskan perjalanan peringkat akhir menuju London. 

Usah percaya dunia kiamat 2012


Oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/12/16

Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012. 

Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya. 

Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar. 

Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu. 
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012. 

Dewan Rakyat gantung Anwar selama 6 bulan




2010/12/16

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, digantung daripada Dewan Rakyat selama enam bulan selepas usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. 

PKR bincang tindakan susulan penggantungan: Anwar




2010/12/16

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan menggunakan pentas konvensyen pakatan pembangkang untuk memberi penjelasan mengenai penggantungannya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. 

Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membincangkan perkara itu bagi tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, mencadangkan untuk mencabar penggantungan Ketua Pembangkang itu di mahkamah.


Pagi tadi, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar selama enam bulan tanpa bahas selepas dibentangkan dan wakil rakyat pembangkang bertindak keluar Dewan sebagai tanda protes.