Monday, August 18, 2014

China denda Mercedes-Benz kerana monopoli - Xinhua

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 1:41 PM

Dalam gambar fail 20 April 2014, pengunjung menyaksikan model terbaharu Mercedes di pameran auto Beijing.
 
SHANGHAI: Mercedes-Benz, pengeluar kereta mewah anak syarikat Daimler AG didapati salah memanipulasi harga khidmat selepas jualan di China, lapor agensi berita Xinhua.

Sejak beberapa tahun lalu, syarikat dalam beberapa sektor industri sudah dikenakan tindakan, seiring dengan peningkatan penguatkuasaan yang diambil China bagi mendesak syarikat patuh kepada peraturan anti-monopoli yang diperkenalkan pada 2008.

Undang-undang itu membolehkan pihak berkuasa anti-monopoli iaitu, Suruhanjaya Penambahbaikan dan Pembangunan Nasional (NDRC) mengenakan denda hingga 10 peratus daripada pendapatan tahun sebelumnya syarikat berkenaan di China.

Industri automotif adalah antara industri yang berada dalam perhatian pihak berkuasa sehingga menyebabkan pengeluar seperti Mercedes-Benz, Audi dan BMW menurunkan harga alat ganti baru-baru ini.

Biro Harga Wilayah Jiangsu, yang menggerakkan siasatan minggu lalu, menemui bukti mengenai amalan anti-daya saing selepas menyerbu sebuah wakil jualan Mercedes-Benz di wilayah itu yang bersebelahan Shanghai.

Pada 5 Ogos lalu, Mercedes-Benz dilaporkan mengumumkan sedang membantu penyiasatan itu.

"Ia adalah kisah tipikal monopoli menegak yang mana pengeluar kenderaan memanfaatkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran untuk mengawal harga alat ganti, kos pembaikan dan penyelenggaraan," kata Zhou Gao, ketua penyiasatan anti-monopoli di Jiangsu, kepada Xinhua.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut kemungkinan hukuman.

Pemeriksaan Persatuan Dagangan Automotif dan Penyelenggaraan Automotif China, mendapati kos menggantikan semua komponen Mercedes-Benz C Class boleh menjadi 12 kali lebih mahal berbanding membeli sebuah kereta baharu.

Awal bulan ini, NDRC berkata ia akan menghukum Audi (VW) dan Chrysler (Fiat) kerana amalan monopoli. Media China minggu lalu melaporkan Audi akan didenda sekitar 250 juta yuan (RM128.3 juta).

Pakar industri berkata, pengeluar automotif mempunyai terlalu banyak kawalan terhadap wakil pengedar dan pembekal komponen di China, sehingga membolehkan mereka mengawal harga, keadaan yang dianggap melanggar peraturan anti-monopoli di negara itu.

Kerajaan China sejak beberapa tahun lalu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang anti monopoli dengan mendenda beberapa syarikat antarabangsa termasuk Mead Johnson Nutrition Co dan Danone SA.

Kerajaan juga sudah melaksanakan siasatan anti-monopoli terhada firma gergasi dari AS termasuk Microsoft Corp, manakala pengeluar cip , Qualcomm juga sudah disahkan beroperasi dengan monopoli. - Reuters

Anak Jati Selangor tolak Wan Azizah

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 2:59 PM

 
SHAH ALAM: Sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Anak Jati Selangor memberi amaran akan berpaling tadah sekiranya Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd Kamal Hasbi, berkata Pakatan Rakyat (PR) harus sedar bahawa golongan muda adalah golongan pengundi terbesar pada Pilihan Raya Umum.

Katanya, mereka akan menerima siapa juga calon Menteri Besar asalkan calon berkenaan adalah warga Selangor.

"Kami membantah sekeras-kerasnya sekiranya Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar kerana beliau bukan anak jati negeri ini.

"Kami mahukan anak Selangor yang mentadbir negeri ini. Sekiranya suara anak muda seperti kami tidak diendahkan, gerakan anak muda Selangor akan bertindak dan jangan menyesal dengan tindakan mereka ini," katanya ketika ditemui di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Bicara kes 30 individu insiden Lahad Datu bersambung hari ini

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 3:17 PM
TERTUDUH, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah.
 
KOTA KINABALU: Perbicaraan terhadap 30 individu yang menghadapi pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas, bersambung hari ini selepas hampir dua bulan ditangguhkan.

Saksi pihak pendakwa ke-32, pegawai penyiasat Inspektor Jamirin Kintai meneruskan keterangan mengenal pasti barangan yang diserahkan kepadanya oleh pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA), ASP Mursalim Mohd Salleh, yang merampas barangan itu berikutan pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, pada 8 Mac tahun lepas.

Antara barangan yang dikenal pasti oleh beliau ialah beberapa kemeja-T putih dan sehelai kemeja-T berwarna kuning, dua pisau dan sarung parang diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) yang terlekat di tali pinggang hitam sepanjang 96sm.

Memandangkan sarung parang itu dikemukakan di mahkamah buat kali pertama, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar memohon kepada mahkamah agar sarung parang itu ditanda sebagai eksibit dan bukan bahan bukti.

Ini kerana, beliau berkata ia tidak disahkan oleh Mursalim sebagai satu daripada barang yang beliau rampas ketika beliau memberi keterangan.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.

- BERNAMA

Assange akan keluar dari kedutaan Ecuador tidak lama lagi

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 5:37 PM

 
LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange akan meninggalkan kedutaan Ecuador di sini tidak lama lagi, di mana beliau mendapat perlindungan selama lebih dua tahun.

Assange memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau akan meninggalkan kedutaan itu tidak lama lagi tetapi bukan kerana masalah kesihatan seperti dilaporkan oleh akhbar di sini.

Media di Britain semalam memetik sumber WikiLeaks sebagai berkata Assange menghadapi masalah jantung yang mengancam nyawanya dan mengadu mengenai paru-paru kronik serta tahap darah tinggi yang merbahaya.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino.

Beliau tidak menyatakan rancangan Assange untuk meninggalkan kedutaan itu tetapi menyeru kerajaan yang terbabit dalam kes ini supaya mengambil tindakan.

"Situasi berkenaan mesti sampai ke penghujungnya - dua tahun adalah terlalu lama," katanya. - AP

PDRM akan hantar batalion PGA ke Sabah

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 6:08 PM

  
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ke timur Sabah dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Salleh Mat Rasid, berkata penghantaran itu bagi memperkuat dan mengetatkan kawalan benteng pertahanan di kawasan berkenaan.

"Pengambilan anggota akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung dan Sarawak.

"Setakat ini, kita masih lagi menilai sama ada penghantaran itu untuk jangkamasa pendek atau panjang," katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota PGA di Dewan Briged Utara, Markas Briged Utara, Hulu Kinta dekat sini, hari ini.

Turki panggil duta Jerman berhubung dakwaan pengintipan


Eberhard Pohl 
 
ISTANBUL: Turki hari ini memanggil duta Jerman berhubung laporan yang menyatakan republik berkenaan melakukan pengintipan ke atas sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selama beberapa tahun.

"Eberhard Pohl dipanggil pagi ini berhubung laporan dalam akhbar Jerman. Kami akan merakamkan kebimbangan dan duka cita kami," kata pegawai Kementerian Luar.

Majalah mingguan Der Spiegel melaporkan semalam perkhidmatan perisik Jerman, BND, melakukan pengintipan ke atas Turki sejak 2009 dan mendengar sekurang-kurangnya satu perbualan telefon Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

Menurut majalah itu, kerajaan Jerman memilih Turki sebagai sasaran pengintipannya pada 2009.

Jerman sendiripun marah dengan pendedahan mengenai tindakan perisik Amerika Syarikat mendengar perbualan Canselor, Angela Merkel tahun lalu. - AFP

Naib Presiden PKR ditahan atas dakwaan hasutan

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 9:00 PM

 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, N Surendran hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini kira-kira jam 7.30 petang malam tadi selepas diarahkan polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya mempertikaikan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 18 April lalu.

Surendran yang hadir bersama peguamnya, Latheefa Koya ditahan sejurus menghadirkan diri ke balai berkenaan selepas polis Kuala Lumpur mengeluarkan satu waran tangkap terhadapnya petang tadi.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, waran tangkap disempurnakan terhadap Surendran oleh pegawai penyiasat pada jam 7.52 malam tadi sebelum pihak polis merekod keterangannya.

"Bagaimanapun, penama (Surendran) dibebaskan dengan jaminan untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.30 pagi esok untuk pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948," katanya.

MH17: Persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah berjalan lancar

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 9:54 PM

 
SEPANG: Persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, berjalan lancar.

Seorang pegawai yang terlibat dalam raptai urusan pengendalian jenazah berkata raptai telah diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini untuk melihat pergerakan jenazah ketika tiba pada Jumaat ini.

"Kita akan melihat dari semua sudut yang perlu diperbaiki dan diperkemas untuk memastikan majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah berjalan lancar pada Jumaat ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini mendapati raptai yang dijalankan untuk melihat pergerakan jenazah dari kedua-dua pintu kargo pesawat ke van jenazah.

Anggota tentera dilihat mengusung keranda dan bekas abu khas yang ditutup dengan jalur gemilang dari pintu kargo pesawat sebelum ditempatkan dalam van jenazah.

"Kita cuba beberapa senario termasuk menggunakan satu pintu kargo atau kedua-dua pintu kargo ketika ketibaan keranda. Semua ini akan diperkemas lagi," kata pegawai itu.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata 300 anggota di bawah naungan 12 Briged Infantri Malaysia akan terlibat dalam istiadat penghormatan penerimaan jenazah.

"Empat helikopter akan menerbangkan jenazah di Semenanjung Malaysia manakala dua pesawat Charlie disediakan untuk menerbangkan jenazah ke Sarawak," kata jurucakap ATM.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kumpulan pertama jenazah yang terdiri daripada 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Belanda dalam tragedi pesawat MH17 akan tiba di KLIA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong pula berkata 22 jenazah termasuk empat bekas berisi abu mayat mangsa dijangka dihantar pulang dari Amsterdam.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA

Malaysia Insider berdepan saman RM100 juta


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Portal propembangkang, The Malaysian Insider berdepan saman RM100 juta jika tidak meminta maaf dan menarik balik laporan berbentuk fitnah terhadap konsortium Fuelsubs-Datasonic-Pos Malaysia dalam tempoh 48 jam ini.
Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili konsortium berkenaan berkata, laporan berbentuk fitnah daripada portal berkenaan boleh menjejaskan peluang konsortium yang terdiri daripada Fuelsubs House Sdn. Bhd.; Datasonic Group Berhad dan Pos Malaysia Bhd. itu untuk mendapat kontrak kerajaan bagi melaksanakan program rasionalisasi subsidi petrol dan diesel.
Menurut beliau, pihaknya memberi tempoh lanjutan dua hari untuk portal berkenaan melakukan perkara demikian selepas notis tuntutan pertama kali dihantar pada 26 Julai lalu.
“Berdasarkan andaian fitnah dan kenyataan palsu itu, akan mengakibatkan konsortium berkenaan kehilangan kontrak kerajaan yang hampir dalam tangan mereka.
“Kami menganggarkan kerugian ratusan juta ringgit dan kerana itu kita meletakkan anggaran saman RM100 juta dalam notis tuntutan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140818/dn_38/Malaysia-Insider-berdepan-saman-RM100-juta#ixzz3AkrfK3ym
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Salleh minta pihak berkuasa pantau penghasut di Sabah


KOTA KINABALU 18 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa memantau kegiatan individu dan kumpulan tertentu yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar daripada Malaysia.
Beliau berkata, fahaman ekstrem berkenaan yang dibawa oleh pihak tertentu menerusi Facebook dan Twitter itu amat berbahaya dan boleh menggugat kestabilan dan mengancam keselamatan negara.
"Saya lihat di Sabah ini, melalui 'posting' dalam Facebook, Twitter dan lain-lain, ada usaha kumpulan dan individu tertentu menanam semangat supaya Sabah keluar daripada Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penerangan di Wisma Dang Bandang di sini hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140818/dn_41/Salleh-minta-pihak-berkuasa-pantau-penghasut-di-Sabah#ixzz3AkrG0WNb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Surendran ditahan di bawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran ditahan di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju, Jalan Pudu di sini petang ini.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika tiba di balai tersebut kira-kira pukul 7.52 petang bersama peguamnya, Lateefa Koya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, Surendran ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
“Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan dan diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pukul 8.30 pagi esok," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140818/je_07/Surendran-ditahan-di-bawah-Akta-Hasutan#ixzz3Akqr4gfx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Brahim's bantu selamatkan MAS 11 tahun lalu


  • Brahim's Holdings Bhd
 1 / 1 
PEMBEKAL makanan dalam penerbangan, Brahim's Holdings Bhd, memain peranan kecil namun penting, dalam usaha menyelamatkan kedudukan kewangan Malaysia Airlines 11 tahun lepas.

Pada masa itu, Brahim's yang kini mengendalikan penerbangan dapur halal terbesar di dunia, mencuri perhatian apabila mendapat tawaran katering 25 tahun daripada syarikat penerbangan negara itu.

Ada yang mendakwa perjanjian bernilai RM6.25 bilion itu berat sebelah, namun mereka mungkin terlupa kos yang perlu ditanggung oleh Brahim's.

Brahim's terpaksa memperoleh pinjaman bank untuk menyediakan RM170 juta dalam bentuk tunai untuk membeli 70 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS Catering Sdn Bhd.

Pada masa itu, MAS Catering mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM240 juta, dana pemegang saham yang negatif dan membelanjakan RM40 juta setahun untuk kos operasi.

Brahim's juga terpaksa mewarisi semua 'lejar tidak seimbang'. "Konsesi 25 tahun diperlukan bagi memastikan pembeli mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan kembali pelaburannya, tidak seperti projek lain yang diselamatkan," kata Pengerusi Eksekutif Brahim's, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi.

"Menerusi penjualan itu, jelas pembeli memerlukan sedikit jaminan kesinambungan perniagaannya.

"Ia tidak boleh dibandingkan dengan kontrak lain dalam MAS yang secara umumnya akan diperbaharui dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas tamat kontrak," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Hasil kerja keras selama 10 tahun, akhirnya menyaksikan kerugian terkumpul MAS Catering sebanyak RM240 juta ditangani dua tahun lepas.

"Kami mengurangkan pembaziran, pekerja dikurangkan sebanyak satu pertiga kepada kurang daripada 1,200, menambah 12 pelanggan baharu dan menambah pengeluaran hampir dua kali ganda," kata Ibrahim.

Yang lebih penting, kecekapan meningkat menerusi pelaburan tambahan sebanyak RM57 juta bagi membeli mesin dan peralatan serta sistem kawalan.

Hasilnya, syarikat mencatat keuntungan operasi pada tahun kedua dan menghapuskan sepenuhnya kerugian terkumpul, katanya. - Bernama

Sultan tolak jumpa Khalid di luar negara


  • kemelut politik
 1 / 1 
SHAH ALAM – Keputusan bagi mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi Menteri Besar Selangor hanya akan terjawab setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kembali ke tanah air nanti.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani mengesahkan ada menerima permohonan daripada Abdul Khalid untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan tentang perkembangan terbaru membabitkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

"Bagaimanapun baginda telah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," jelas kenyataan itu.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan semalam memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat mengenai kedudukannya selepas Pas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu.

Sultan Selangor dijadual berangkat pulang dari luar negara pada 27 Ogos.

Khalid seru pimpinan politik hormati titah Sultan


  • Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIMAbdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dan menghormati nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar beliau menunggu baginda berangkat pulang ke tanah air untuk menghadap.

Menurutnya, sementara tempoh itu, Abdul Khalid dan barisan Exco kerajaan negeri akan tetap menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya menghormati dan akur nasihat DYMM Sultan Selangor supaya saya menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Sehingga itu, saya dan barisan Exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, beliau menyeru agar semua pimpinan politik turut menghormati titah baginda itu.

"Saya menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap Sultan Selangor," katanya.

Sebelum ini,  Sultan Selangor menolak bertemu Abdul Khalid di luar negara selepas Abdul Khalid membuat permohonan untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan tentang perkembangan terbaru membabitkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau mahu menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat mengenai kedudukannya selepas Pas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu.

Azizah tetap perlu tunggu keputusan Sultan


  • Wan Azizah Wan IsmailWan Azizah Wan Ismail

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan PR sebagai calon menteri besar tetap perlu menanti perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyandang jawatan nombor satu di Selangor itu.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun PR telah memilih calon Menteri Besar Selangor, namun keputusan akhir tetap terletak di tangan Sultan Selangor.

Malah beliau menjangkakan, perjalanan Wan Azizah dalam usaha mendapatkan perkenan Sultan Selangor agak sukar.

“Perjalanan Azizah agak sukarlah sebab sekarang ini, mahu atau tidak, beliau tetap perlu mendapat restu daripada Sultan.

“PR sudah menyatakan sokongan kepada Azizah, jadi, dia kena kemukakan bukti kepada Sultan mengatakan bahawa dia mendapat sokongan majoriti.

“Selepas itu kena tunggu Sultan buat keputusanlah,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini,

Menurutnya, andai Sultan Selangor tetap menolak Wan Azizah, PR perlu mengemukakan calon lain ataupun baginda mungkin akan memanggil kesemua Adun PR bagi memilih siapa yang layak untuk jawatan itu.

“Cuma sekarang ini sama ada Sultan setuju atau tidak setuju untuk terima Azizah. Kalau Sultan tak setuju juga, mungkin Sultan kena panggil semua ahli PR untuk mesyuarah bagi memilih siapa yang layak untuk menjadi MB.

“Tapi nampaknya agak sukarlah kerana nama yang dicadangkan itu hanya satu. Jadi saya rasa, bergantung pada mesyuarah Sultan dengan PR untuk tentukan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya pilihan raya sekiranya isu menteri besar ini tetap tidak menemui jalan penyelesaian.

Isu MB: PR tidak boleh paksa Sultan


  • Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory HussainPenganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain

SHAH ALAM – PR tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.

“PR tak boleh mendesak Sultan...nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.

“Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malah katanya, Sultan juga berkuasa untuk menitahkan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawat jawatan itu buat sementara.

Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal hanya satu nama yang dikemukakan PR kepada Sultan Selangor selepas nama kedua yang dicadangkan Pas, Mohamed Azmin Ali mengumumkan mengundur diri.

“Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.

“Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama.

Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan. Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih,” katanya.

Jelasnya, andai Sultan Selangor akhirnya memilih Wan Azizah atau Azmin, calon yang tidak dipilih perlu akur dengan keputusan tersebut.

“Sekiranya Sultan memilih Azizah tak apalah, Azmin sudah akur awal-awal. Kalau Azmin yang Sultan pilih, Wan Azizah kena akurlah pula. Begitulah sepatutnya.

“Walau Azmin dipilih sekalipun, saya rasa tidak timbul bantahan atau PR tidak akan keberatan,” katanya.

Semalam, hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit mendedahkan dua nama, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.

Namun, melalui satu sidang media PR lewat petang semalam, Azmin mengumumkan beliau akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Wan Azizah dan menghargai keputusan Pas meletakkan namanya sebagai calon jawatan tersebut.

Pertahan tindakan parti, PR


  • Mohd Khalil Abdul HadiMohd Khalil Abdul Hadi
 1 / 1 
CHANGKAT JERING - Pemuda Pas mempertahankan tindakan parti itu mengambil masa dalam menyatakan pendirian berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan PKR sebelum ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Khalil Abdul Hadi berkata, Pas mengambil langkah sewajarnya dengan tidak membuat keputusan terburu-buru yang mungkin merugikan parti itu dan PR sekiranya hanya pertimbangan akal diambil kira.

Menurutnya, selaras keputusan dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pagi semalam, Dewan Pemuda Pas berdiri teguh di belakang parti dan PR bagi penyelesaian terbaik dalam menangani krisis negeri Selangor.

“Pendirian diambil Pemuda Pas adalah jelas iaitu menyokong keputusan parti meneruskan kerjasama dalam PR.

“Keputusan Pas tangguh pendirian sebelum ini tepat berikutan ia melibatkan kepentingan banyak pihak dan perlu mengambil masa untuk parti membuat kajian dari segenap sudut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak kali ke-31 di Markas Pas di Air Kuning, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Noh Ahmad, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin, Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasaie Ishak dan Bendahari Pemuda Pas Perak, Mohd Fakhrul Razi Mokhtar.

Mohd Khalil turut menafikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang berlaku ketika ini menyebabkan Pas berpecah kepada puak-puak tertentu.

Menurutnya, kemelut itu sebaliknya dilihat oleh anggota Pemuda Pas dari sudut positif, iaitu kelemahan dan permasalahan yang timbul susulan krisis tersebut memberi ruang untuk memantapkan lagi dasar Pemuda Pas pada masa hadapan.

Menghadap: Sultan titah Khalid tunggu baginda pulang


HARAKAHDAILY | .
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dititahkan menunggu sehingga Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat pulang ke tanah air untuk menghadap baginda.
  
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri itu serta kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada Tuanku. Bagaimanapun, baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Tindakan Abdul Khalid itu dilihat susulan beliau kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor selepas PAS semalam menggugurkan sokongan terhadapnya untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.
  
Juga semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang disertai PAS, PKR dan DAP memutuskan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
  
Abdul Khalid dalam reaksinya selepas itu berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan terbaharu PAS dan memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik Selangor.
  
Menteri Besar itu juga dilaporkan berkata sehingga sultan membuat keputusan muktamad, beliau akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat anggota Exco daripada PAS. - Bernama

Setiausaha PAS S'gor nafi SMS, dakwa telefon digodam


HARAKAHDAILY | .
SHAH ALAM: Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menafikan SMS yang menggunakan nombor telefon beliau yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Kandungan mesej palsu itu antara lain cuba melagakan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Ketua Umum PKR Selangor berhubung isu menteri besar Selangor.

SMS itu juga antara lain turut mengaitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Nombor telefon bimbit saya telah digodam dan diguna untuk hantar SMS berikut yang bukan dari saya,” kata beliau di Facebook.

Isu pertukaran MB Selangor terus mendapat perhatian banyak pihak sehingga ada yang sanggup mengambil kesempatan di atas isu tersebut.

Sejak isu ini hangat diperdebatkan, beberapa lagi pimpinan PAS turut menjadi mangsa fitnah khususnya di media sosial yang menggunakan nama mereka.

HARAKAHDAILY 18/8/2014

Menghadap: Khalid akur titah Sultan Selangor


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya beliau menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Sehingga itu, saya dan barisan Exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau turut menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah Tuanku Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri itu serta kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada Tuanku. Bagaimanapun, baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya hari ini. - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Mahathir janji akan terus 'tekan' Najib


SHAHBUDIN HUSIN | .
Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib.

Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib. Tambahan pula dalam beberapa majlis berbuka puasa sebelum ini dirakamkan pula kemesraan antara kedua mereka itu.

Tetapi dalam tulisan terbaru Mahathir dalam blognya yang bertajuk "Menegur", bekas Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya masih tiada perubahan dari segi dasar dan pendekatan.

Sambil mengimbas tindakannya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dan kritikannya kepada Abdullah Badawi sebelum ini, Mahathir tetap berpendapat bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka barangkali tidak sedar dengan kesilapan yang dilakukannya.

Beliau juga membawakan dua kisah zaman silam bagaimana pengampu dan datuk-datuk yang kerjanya hanya mengampu dan mengiyakan saja semua perkataan dan perbuatan raja, akhirnya telah membawa malu kepada raja setelah disedari semua yang dilakukan selama ini adalah salah.

Dua kisah yang ditulis oleh Mahathir dalam blognya seperti menyindir Najib dan mereka yang dekat dengannya lantaran Mahathir mengetahui bahawa ada orang-orang tertentu telah menyampaikan kepada Najib bahawa beliau telah memburuk-burukkan pemerintahan Perdana Menteri.

Tidak menyangkal hakikat itu, malah Mahathir juga menyebut beberapa teguran yang pernah dilakukannya sebelum ini terhadap Najib serta alasan berbuat demikian.

Di akhir tulisannya, Mahathir menegaskan sekali lagi, "jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur" dan "bukan saya tidak sayang pemimpin tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya".

Tulisan yang dimuatkan dalam blognya serentak dengan mulanya Najib kembali bertugas setelah bercuti mewah selama lebih dua minggu di beberapa negara Eropah di sebalik meminta rakyat bersederhana dan turut berduka dengan tragedi MH17 sambil membatalkan jamuan Hari Rayanya, barangkali adalah perkhabaran buruk bagi Najib pada hari ini.

Selain terus berhadapan dengan serangan pembangkang dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinannya, isyarat jelas daripada Mahathir bahawa beliau akan terus menegur dan mengkritik Najib, barangkali juga turut tidak disenangi oleh para penasihat dan datuk-datuk yang berada di sekeliling Najib sekarang ini.

Sejak tragedi MH17 terutamanya, Najib agak terpisah daripada banyak kritikan kerana rakyat rata-rata bersimpati dengan tragedi yang berlaku itu. Tambahan pula, Najib turut menunjukkan beliau turut "lebih berakal" dalam menangani sesuatu musibah berbanding MH370 sebelumnya.

Tetapi apabila kelibatnya menghilang lebih dua minggu di sebalik perbagai kemelut dalam negara dan kemudian didapati bercuti mewah di beberapa bandar Eropah bersama jutawan playboy Hollywood, Taek Jho Low dan bekas Perdana Menteri Qatar, reputasi sebenar Najib mulai tercalar dan diperkatakan. Lebih-lebih lagi dalam sebuah kunjungannya ke Sardinia, Itali, turut juga bersamanya ialah sekumpulan besar ahli perniagaan Cina.

Dengan isyarat jelas daripada Mahathir yang masih mempunyai pengaruh dalam UMNO dan masyarakat bahawa beliau akan terus menegur walaupun akhirnya tinggal keseorangan, Najib sebenarnya masih jauh dari selesa dalam memimpin negara ini.

Walaupun tidak diketahui sampai ke mana teguran Mahathir ini atau apa kesudahannya nanti, ditambah dengan PR yang kembali kukuh setelah menyelesaikan isu pertukaran Menteri Besar Selangor dengan jayanya, masa depan Najib sebenarnya masih lagi tidak menentu sambil serangan daripada luar dan dalam UMNO akan berterusan tanpa titik nokhtahnya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Ulamak dan gerakan Islam dalam perjuangan kemerdekaan


DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .
"Sejarah ditulis oleh pemenang" ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana muslim ialah meluruskan sejarah, kerana sejarah itu tidak pernah berbohong di langit yang paling sakral. Siapa pun tak mampu memadam sejarah ulamak dalam perjuangan membebaskan tanah leluhur ini.

Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat Islam adalah dipelopori oleh alim ulamak walaupun sejarah ini cuba di padamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat Islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulamak dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulamak tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Di tanah air kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulamak membentengi akidah umat Islam semenjak kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulamak kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada umat Islam bagi berdepan dengan "ghazwatul fikri" penjajah barat. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) (kanan) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, ulamak tersohor Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemulian Syariat Islam.

Haji Abdul Rahman Limbong (kiri) atau nama lengkapnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, beliaulah yang banyak memberi corak agama dalam pemberontakan agama Terengganu ini. Sejak dari kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925 dan seterusnya pemberontakan 1928, penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana sepatutnya diambil tindakan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai hukumannya, beliau dibuang negeri ke Mekah, dengan harapan agar penentangan terhadap British tidak lagi wujud di Terengganu.

Abdul Rahman Limbong telah berguru kepada banyak tokoh agama tetapi paling istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh, di mana beliau turut menjadi khadam di rumah tuan gurunya itu. Kemudiannya beliau mengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku Paloh, beliau meengajar di surau Sayyid Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar di tempa-tempat lain, iaitu di mana sahaja beliau singgah dalam pengembaraannya. Dalam pengajaran ini, antara teks yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, seperti Siyar al-Salikin dan Hikayat al-Salikin serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu al-Durr al-Nafis. Dan sebagaimana gurunya Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman juga merupakan tokoh pendukung tariqat Naqshabandiyah. (Abdul Rahman HajiAbdullah, 1994)

Pada dekad 1920-an pula berlaku 'revolusi mental' yang digerakkan oleh ulamak-ulamak muda yang mendapat pendidikan tinggi di Universiti al-Azhar di Mesir. Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk pengislahan diri bangsa Melayu yang serba terperuk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islam yang syumul.

Mereka mendapat tentangan sengit daripada penjajah British yang cuba menunggangi istana (melalui pihak berkuasa agama negeri-negeri) untuk menyekat arus kesedaran yang digerakkan oleh ulamak-ulamak muda yang progresif ini. Perjuangan menuntut kemerdekaan juga bertambah rancak dengan kepulangan Dr Burhanurddin al-Helmi daripada pengajiannya di India. Beliau merupakan tokoh tersohor yang mendapat pengalaman antarabangsa dalam perjuangan menentang imperialisme.

Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam perjuangan kemerdekaan. Geraan ini ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Gerakan ini dengan jelas menyatakan matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan menegakkan darul Islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian ketat oleh pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan:

  "The development of this movement should be very closely watched, for its preachs nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has always been a militant creed. There can be no doubt that its propanganda is made to appeal to the young Malay intellectuals and progressives, since it strives to give scriptual authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independent. In the present relatively lethargic state of UMNO, it may well draw away of the younger and more progressive minds. Its promoters have had bad political record, and it may well be that in the current crisis any extension of its activities will force goverment to consider the question of outlawing the party. Wheather Hizbul Muslimin moves to the right or to the left in step with its true paent, the Masjoemi (MASYUMI-penulis), it remains a menace to the British authority."

PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh para alim ulamak dan guru-guru agama juga dengan tegas memperjuangkan kemerdekaan namun cuba dipadamkan sejarah citra dan nuansa ini dalam catatan sejarah. Sebahagian daripada pimpinannya telah mendekam dalam penjara British seperti Dr Burhanuddin Al Helmy (kiri), Khatijah Sidek (pernah menjadi calon PAS di Dungun) dan lain-lainnya. Perjuangan kemerdekaan oleh PAS dilihat sebagai tanggungjawab akidah seperti yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Zulkifli Mohamad:

  "Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengaannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-Nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya daripada ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih daripada itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan."

PAS memainkan peranan yang besar menyedarkan masyarakat untuk menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan tanah leluhur ini berpandukan Syariat Islam. Ramai tokoh besarnya mendekam di penjara kolonial seperti Dr Burhanuddin al Helmi, juga alumni Hizbul Muslimin demi melihat deenul Islam tertegak di atas Tanah Melayu ini. – HARAKAHDAILY 18/8/2014

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Ada hikmah di sebalik keputusan PAS Pusat - Exco


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi percaya ada hikmah di sebalik keputusan mesyuarat PAS Pusat semalam, laporSelangor Kini.

Hal ini berikutan, lazimnya ahli mesyuarat PAS dibenarkan memberikan pelbagai pandangan dari semua sudut sebelum apa-apa keputusan diambil.

“Ada hikmah di sebalik keputusan ini. Saya fikir ini yang terbaik.

“Biasanya dalam mesyuarat PAS kita menerima apa-apa pandangan dari ahli tidak semestinya majoriti itu jadi keputusan.

“Biasanya kita beristiqfar dan membuat keputusan yang terbaik dan dapat diterima semua pihak,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan penutupan Kejohanan Perahu Layar Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) – KFC Open Regatta 2014 semalam.

Tambahnya, ini dapat dilihat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Datuk Menteri Besar sendiri dah keluarkan kenyataan akhbar dia dapat menerima keputusan ini dengan baik dan dia akan mengadap Tuanku apakah langkah seterusnya selepas ini,” kata beliau lagi.

Ahmad Yunus berkata, mesyuarat yang dilangsungkan semalam itu juga memutuskan beliau dan tiga lagi Exco Kerajaan Selangor daripada PAS meneruskan tugas seperti biasa sehingga terdapat arahan baru sama ada dari pihak istana, kerajaan negeri atau pimpinan PAS pusat.

Semalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohammed Azmin Ali bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Pengganas: Minta maaf kepada keluarga pejuang merdeka


HARAKAHDAILY | .

TEMERLOH: Kerajaan digesa memohon maaf kepada keluarga para pejuang kemerdekaan yang dilabel sebagai pengganas semasa menentang penjajah dahulu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para pejuang kemerdekaan itu yang dianggap sebagai menentang kerajaan adalah tidak betul kerana mereka berjuang untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah.

"Pejuang kemerdekaan dianggap penentang kerajaan, pengganas, itu tak betul. Kerajaan patut minta maaf buat tuduhan itu," ujarnya kepada media di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, kerajaan masih belum menarik balik tanggapan dan tuduhan itu terhadap para pejuang kemerdekaan seperti Datuk Bahaman dan lain-lain di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil kira perasaan kaum keluarga dan persatuan sejarah kerana melabelkan para pejuang itu sebagai penjenayah.

"Sepatutnya kerajaan memberi penghargaan kepada mereka, bukannya cop mereka sebagai golongan kiri," ujarnya lagi.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada para pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah di negara ini masih tidak mencukupi.

Lajnah Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama PAS Pahang dan Ahli Parlimen Temerloh mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Malaysiaku...Minda Merdeka.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di padang awam Taman Temerloh Jaya, Sabtu lepas.

Majlis Sambutan Hari Malaysia dan penutup program Bulan Kemerdekaan 2014 akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 September depan.

Objektif program itu adalah merakam semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara dalam catatan yang lebih tepat dan adil, menghayati perjuangan tokoh pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan negara.

Ia juga untuk menyedarkan rakyat tentang peranan PAS dalam perjuangan kemerdekaan negara dan membincangkan hala tuju dan masa hadapan negara dalam kerangka kemerdekaan sebenar. -HARAKAHDAILY 18/8/2014

Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS


ASLANI M | .

KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)

“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,”  ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.  -HARAKAHDAILY 18/8/2014

CHINA: PELOMBONG DITEMUI HIDUP SELEPAS 17 TAHUN TERPERANGKAP BAWAH TANAH

pelombongÜrümqui | Sekumpulan pelombong arang batu dari wilayah barat Xinjiang, mempunyai kejutan yang sukar dipercayai apabila galeri mereka mengorek membuka pada bahagian lombong lama, yang ditinggalkan 17 tahun lalu selepas kejadian gempa bumi yang menyebabkan beberapa bahagian besar daripada terowong runtuh. Walaupun mereka telah meneroka galeri, mereka terjumpa Cheung Wai, yang masih hidup 59 tahun Perempuan daripada kemalangan tahun 1997, jelas dalam bentuk yang tidak baik. Beliau dengan segera dibawa ke hospital di mana penilaian lengkap negeri fizikal dan mentalnya akan dilakukan pada minggu-minggu akan datang.
Lelaki miskin kekal terperangkap di bawah tanah dengan mayat 78 rakan sekerja yang telah mati, selepas gempa bumi magnitud 7,8 melanda rantau ini dan menyebabkan struktur sokongan kayu lombong runtuh dan runtuh. Entah bagaimana bertuah nasib malang beliau, Encik Cheung diselamatkan oleh hakikat bahawa beberapa saluran pengudaraan masih disambungkan penjara bawah tanah ke permukaan, yang membolehkan dia akses kepada udara yang tulen adalah cukup untuk memastikan dia hidup.
Beliau berjaya untuk terus hidup terima kasih kepada kumis kecemasan beras dan air, yang disimpan dalam depot bawah tanah, diilhamkan terutamanya untuk jenis ini kes. Lelaki itu dilengkapkan dietnya dengan menangkap dan memakan tikus yang tidak terkira banyaknya yang berkembang biak di lombong itu, dan juga mengumpul sejumlah besar semacam pendar lumut, yang merupakan sumber hanya beliau vitamin. Walaupun dia telah mengalami tekanan fizikal dan mental yang hebat, beliau berjaya memberikan pengkebumian yang betul kepada semua rakan-rakannya, menghabiskan hampir setahun dalam akta ini tidak mementingkan diri sendiri yang besar.
Kemalangan perlombongan kekal biasa di China semakin meningkat walaupun langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah itu, yang mengorbankan lebih dari 4000 pelombong setahun pada awal alaf. Sejak beberapa tahun yang lepas, pihak berkuasa telah retak ke bawah pada banyak operasi perlombongan yang tidak terkawal, yang mewakili hampir 80 peratus daripada 16,000 lombong negara.Penutupan kira-kira 1,000 lombong kecil berbahaya tahun lepas membantu dipotong dua purata bilangan pelombong terbunuh, kepada kira-kira enam hari, pada bulan-bulan pertama tahun ini, mengikut statistik kerajaan.
Kes Encik Cheung kekal unik bagaimanapun, dan merupakan rekod dunia, menurut pihak berkuasa universal diiktiraf memecah rekod pencapaian, Guinness. Bekas rekod bagi yang masih hidup di bawah tanah adalah 142 hari dan dipegang oleh seorang lelaki bernama british Geoff Smith. Beliau telah secara sukarela dikebumikan di belakang rumah daripada Railway Inn , pub kegemarannya, dengan niat untuk memecahkan rekod.
>- See more at: http://worldnewsdailyreport.com/china-miner-found-alive-after-17-years-underground/#sthash.kV23HlUl.dpuf

Pemberontak tembak jatuh pesawat Ukraine


KIEV 18 Ogos - Kumpulan pemberontak pro-Rusia berjaya menembak jatuh sebuah pesawat milik tentera Ukraine, semalam.
Jurucakap tentera Ukraine, Oleksiy Dmitrashkovsky berkata, pesawat berkenaan ditembak di daerah Luhansk, bagaimanapun, juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri dan kini ditempatkan di kawasan yang selamat.
Maklumat lanjut berkenaan punca kejadian dan keadaan terkini juruterbang tersebut tidak didedahkan. AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_03/Pemberontak-tembak-jatuh-pesawat-Ukraine#ixzz3AjG1NHgt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

“Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain),” katanya.

Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.

Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.

Namun, Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid masih mempunyai hak sebagai menteri besar untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan Dun.

“Tetapi, ia masih tertakluk kepada perkenan baginda. Dalam keadaan sekarang, saya tidak melihat pembubaran Dun dan mengadakan pilihan raya negeri merupakan pilihan terbaik kerana sudah ada calon menteri besar yang dapat sokongan,” katanya.

Aziz Bari: Keputusan Pas hari ini tiada makna

Abdul Aziz Bari
Abdul Aziz Bari
KUALA LUMPUR - "Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat kemukakan 30 orang di belakang beliau 'game over' untuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas," demikian menurut bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengenai keputusan Pas hari ini.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Pas hari ini sememangnya tidak membawa sebarang makna.

"Dalam undang-undang, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jatuh.

"Situasinya adalah seperti seorang pencuri yang ingin memulangkan barang yang beliau curi kepada tuannya.

"Baiklah dalam bahasa mudahnya mana lebih banyak di antara 30 dengan 26," katanya pada forum mengenai keadaan politik Selangor di Dewan Himpunan Cina hari ini.

Justeru, Aziz dengan sinisnya berkata, Pas sekiranya ingin bersama dalam arus politk negara perlu pandai mengurus pasukannya.

"Kalau nak main bola hendaklah main bola bukannya bermain ragbi.

"Nak main bola main bola, kalau tidak pandai belajar," katanya.

Bagaimanapun, hujahan Aziz itu disangkal Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan keputusan Pas hari ini tidak membawa sebarang makna.

"Untuk politik, ini bukan keputusan yang tiada makna, tetapi satu keputusan yang membawa sejarah kepada politik negara dan Pakatan Rakyat," katanya.

Rumah Selangorku: 40,000 rumah mampu milik 5 tahun


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor terus komited membina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan untuk memenuhi keperluan rakyat negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 40,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang melalui program Rumah Selangorku.

Katanya, komitmen itu selaras dengan keperluan mendesak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan, laporSelangor Kini.

“Kita akan mulakan projek rumah mampu milik sendiri pada Oktober tahun ini di Sungai Sering yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menggunakan rizab negeri RM100 juta.

“Usaha ini akan kita perluaskan lagi bagi membolehkan rakyat menikmati hasil ekonomi Selangor,” katanya di hadapan lebih 100 hadirin pada Majlis Cabutan Undi Rumah Selangorku Idaman Antara Gapi yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Hulu Selangor, hari ini. (Foto atas oleh Selangor Kini)

Antara Gapi adalah projek mampu milik ketiga dibangunkan PKNS selepas Bukit Botak, Selayang dan Bandar Baru Bangi.

Projek yang dijangka siap pada penghujung Disember ini menyediakan 129 unit kediaman rumah teres 1 1/2 tingkat pada harga bermula RM180,000 seunit mengikut keluasan tapak.

Pada perkembangan lain, PKNS akan membangunkan 198 unit ‘town house’ di Kota Puteri selain 5,000 kediaman mampu milik yang dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa lima tahun lagi.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan LPHS dan melepasi saringan dengan syarat ditetapkan sebelum nama mereka dimajukan kepada PKNS.

Antara syarat permohonan, pendapatan bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan, tidak memiliki sebarang jenis kediaman lain di Selangor dan tujuan pembelian untuk mendiami bukan disewakan.

Keputusan PAS kecewakan Umno dalam isu MB Selangor


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau.
Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi  kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.

"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan," tulis ketuanya, Suhaizan Kayat di dalam facebooknya.

Katanya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang kerana pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.

Namun, ujarnya sokongan tersebut bertukar setelah Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR kerana tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid.

"Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," tulisnya lagi. -HARAKAHDAILY 17/8/2014

Khalid terima keputusan PAS dengan hati terbuka


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

"Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Beliau juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

"Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT," ujarnya lagi.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden PKR dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi. - HARAKAHDAILY 17/8/2014

Pakatan Rakyat putus terima Wan Azizah


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas seorang lagi calon yang dicadangkan PAS, Mohammad Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, akur dengan keputusan parti itu sebelum ini yang telah bersetuju memilih Azizah.

Ianya diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor petang tadi.

"Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

"Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor," kenyataan yang ditandatangan pemimpin ketiga-tiga parti itu dipetik.

Tiga pemimpin tersebut adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat katanya akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan tersebut kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

- HARAKAHDAILY 17/8/2014