SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) digesa mengambil pendekatan menangani gejala penceraian yang semakin meningkat terutama melibatkan pasangan warga emas. Peguambela dan Peguamcara Syariah/Sivil, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, kadar penceraian terutamanya bagi warga emas semakin mendadak meningkat jika dibandingkan tahun lalu. “Bagi Januari hingga September ini, peningkatan penceraian warga emas berumur lebih 50 tahun hampir mencecah 35 peratus. “Jumlah ini amat membimbangkan kerana ketika di usia emaslah seharusnya diluangkan bersama-sama isteri yang bersama puluhan tahun,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, walaupun penceraian halal di sisi Islam, namun daripada pandangan generasi muda dan orang bukan Islam adalah tidak wajar ia berlaku terutamanya dalam kalangan warga emas. “Bagaimana anak-anak muda masa kini ingin melihat contoh hubungan keluarga yang baik, sedangkan penceraian semakin banyak berlaku pada warga berusia? “Masyarakat prihatin khuatir ia akan menjadi ikutan warga muda yang baru melangsungkan bahtera perkahwinan dengan tidak memelihara keharmonian kekeluargaan disebabkan contoh tidak baik ini,” katanya. Beliau berkata, kebanyakan kes penceraian usia emas ini berpunca daripada memendam rasa yang terlalu lama yang dihadapi kebanyakan isteri selama ikatan perkahwinan itu berlaku. “Ia juga mungkin berpunca sikap suami yang kaki botol, suka memukul dan kerap berfoya-foya dan pada waktu sama, si isteri ingin mempertahankan ikatan perkahwinan demi anak-anak yang kecil. “Ketika sudah di usia yang meningkat dan anak-anak pun sudah dewasa, perasaan ingin berpisah dengan pasangan masing-masing meluap-luap berlaku, terutamanya jika si suami masih tidak berubah,” katanya. |
Friday, October 29, 2010
Penceraian pada usia emas meningkat
UMNO tendang Pas dulu: MB
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas menegaskan kerjasama Pas dengan DAP selama ini kerana DAP mahu bersama-sama berjuang dengan parti itu dan ia berbeza kerjasama antara UMNO dan MCA.
Bagaimanapun, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, UMNO pula pernah menendang Pas keluar tanpa sebarang rundingan tetapi kembali ‘jual muka’ apabila Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
“Kami (Pas) tidak mahu bersama UMNO kerana pertama dia tendang kami dulu bukan kerana kami salah. Tetapi kami ditendang tanpa sebarang rundingan atau apa-apa penjelasan.
“Pada asasnya Pas bersama DAP kerana parti itu mahu bersama kami, berbeza pula dengan UMNO kerana UMNO tendang kami. Takkan selepas ditendang kami nak masuk semula (kerjasama dengan UMNO),” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Pas terus mengeluarkan ‘fatwa’ sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam Barisan Nasional (BN).
Katanya, tindakan menganggap kerjasama UMNO dengan MCA adalah salah tetapi dalam masa yang sama ‘menghalalkan’ kerjasama Pas dengan DAP, membuktikan pemimpin Pas suka membuat ‘fatwa’ sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.
Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya yang menganggap kerjasama parti itu tidak salah sebaliknya kerjasama antara UMNO dan MCA yang salah.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, dahulu DAP pernah meminta Pas membuang Islam dalam dasar perjuangannya ketika dalam Barisan Alternatif tetapi Pas enggan kerana jika dasar Islam dibuang tiadalah Pas.
“Jadi DAP mengambil keputusan keluar dari kerjasama itu namun parti itu masuk semula kerana ia mahu bersama Pas,” katanya.
Oleh itu, katanya, sebelum menimbulkan isu berkenaan Muhyiddin sepatutnya mengkaji sejarah kerjasama Pas dan UMNO terlebih dahulu.
Ini kerana katanya, pada asalnya Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO namun kerana pujukan Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjemput Pas lalu ia diterima.
Menurutnya, ketika itu Pas berpecah kepada empat iaitu, Pas, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa berikutan Pas tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
“Saya antara individu yang hendak sekali masuk Barisan Nasional ketika itu tahun 70-an, tetapi apabila masuk kami ditendang pula bukannya kami keluar pada 1978. Banyak usaha daripada Pas untuk bersama orang lain memenangi pilihan raya-pilihan raya dalam negara.
“UMNO pula tidak menjemput kami semula tetapi apabila kalah teruk pada PRU 12 baru mereka ‘jual muka’ kepada Pas supaya tolong BN semula. Tetapi Pas tidak pernah ‘jual muka’ kepada UMNO,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, isu kerjasama Pas dengan DAP ada asasnya berdasarkan beberapa faktor sejarah Islam termasuk Nabi Muhammad SAW berlindung dengan golongan orang bukan Islam ketika dilarang masuk ke Madinah.
Kereta James Bond dilelong RM12.8 juta
LONDON - Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Sean Connery dalam filem Goldfingerdan Thunderball dilelong di sini kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).
Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy.
Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam.
Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik.
Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.
Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).
Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa.
Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine,Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen.
Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.
Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi.
Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain.
Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal. - Agensi
Pekerja terkejut mayat dalam beg
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja di sebuah bengkel kereta di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini tidak menyangka beg pakaian yang ditemuinya semalam berisi mayat seorang remaja perempuan.
Terkejut dengan penemuan itu, lelaki itu yang berusia 20-an terus menghubungi pihak polis yang kemudian bergegas ke tempat kejadian pada pukul 3.35 petang.
Mayat yang diletakkan di dalam beg itu ditinggalkan dalam semak samun di belakang bengkel berdekatan sebuah parit yang boleh dilalui menggunakan sebuah jambatan.
Mayat remaja yang dipercayai belasan tahun itu lengkap berpakaian gaun berwarna biru dan dia dipercayai masih baru dibunuh kerana tidak mengeluarkan bau.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat remaja yang berkulit sawo matang itu masih dalam keadaan sempurna lengkap dengan anggota badan.
Ujarnya, mayat mangsa tiada kesan kecederaan luaran yang jelas dan sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti sementara menunggu hasil siasatan forensik.
Anak tiada sijil lahir
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my
JOHOR BAHRU – “Kedua-dua anak saya teringin untuk ke sekolah. Malangnya mereka tiada surat beranak untuk diterima belajar.”
Itulah keluhan seorang mekanik, Mahamud Kadir, 46, memikirkan masa depan dua anaknya, Norazlina, 10, dan Normazlin, 9, yang tidak memiliki sijil lahir sejak mereka dilahirkan.
Menurut Mahamud, kegagalan mendapatkan sijil lahir itu disebabkan dia dan isterinya, Raihanah Lahakim, 44, tidak memiliki sijil nikah seperti yang diminta pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
“Saya dan isteri berkahwin di Kampung Titingan, Tawau, Sabah pada 2 Oktober 1999 dan sewaktu kembali ke Semenanjung, saya terlupa membawa bersama sijil nikah asal, cuma terambil dokumen fotokopi.
“Malangnya, salinan sijil nikah itu pun hilang sewaktu banjir besar pada 2006 manakala sijil asal sudah hilang berikutan keluarga telah berpindah,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Pasir Gudang di sini semalam.
Mahamud berkata, ekoran tidak dapat menunjukkan sijil nikah, proses permohonan sijil lahir kedua-dua anaknya tidak dapat dilakukan.
Mahligai pendatang
BERDERET...rumah setinggan yang dibina pendatang di tepi Sungai Puchong.
PUCHONG: Mencemarkan pandangan mata apabila puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir, di sini, sejak empat bulan lalu.
Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati lebih 10 unit rumah setinggan setingkat dan dua tingkat diperbuat daripada kayu didirikan yang terlindung di sebalik pokok besar.
ITU DIA...seorang penghuni menunjukkan rumah setinggan pendatang di sebalik pokok besar.
Penduduk, Rozita Abd Razak, 38, berkata, pendatang berani mendirikan rumah setinggan itu kerana ia tersorok di sebalik pokok besar hingga tidak kelihatan penduduk sekitar.
Katanya, penempatan haram itu boleh mendatangkan pelbagai masalah sekiranya tidak dibendung kerana mereka mungkin akan menambah lagi bilangan rumah serta mengajak masyarakat mereka mendiami kawasan itu.
“Kita bukan tidak suka dengan pendatang asing tetapi kedatangan mereka yang sesuka hati mendirikan rumah boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk kecurian dan rompakan kerana pada masa ini pelbagai masalah jenayah berlaku di sini.
“Kami bukan mahu menuduh mereka melakukan jenayah, tetapi eloklah kita berjaga sebelum kena,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Angsana Hilir,.
Peniaga, Nasir Mohamad, 45, berkata, walaupun kedatangan setinggan tidak mengancam penduduk, ia memberi kesan pada masa akan datang kerana mereka berani mendirikan rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu.
Katanya, kawasan tebing sungai diteroka boleh merosakkan ekosistem air kerana mungkin mereka menggunakan sungai sebagai punca air dan melakukan kegiatan harian.
“Kita tidak mahu kehadiran mereka memberi kesan kepada pelbagai pihak dan meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi melegakan hati masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.
Katanya, perumahan itu mungkin baru kerana Subang Jaya bersih daripada setinggan apabila semua penduduk dipindahkan ke perumahan yang disediakan.
“Pada masa ini tidak sepatutnya ada setinggan kerana dasar inflasi sifar sudah menghapuskan semuanya dan mungkin ia dibina oleh pendatang asing,” katanya.
Mungkin keliru
SEREMBAN: “Saya rasa mungkin dia (Rita Rudaini Mokhtar) keliru atau tidak memahaminya secara jelas mengenai kaedah Sulh (perbincangan) hingga menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan itu,” kata pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan yang juga suami Rita Rudaini, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, semalam.
Menurutnya, perkara itu sepatutnya tidak timbul jika isterinya memahami mengenai kaedah Sulh, namun pihaknya cuba memberikan penjelasan lanjut dalam masa terdekat.
“Saya akan cuba memberikan penjelasan dalam tempoh terdekat ini kerana ketika ini tumpuan diberikan kepada persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini (esok),” katanya ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama pemain Negeri Sembilan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Rita Rudaini Mokhtar yang disiarkan dalam akhbar ini semalam.
Harian Metro melaporkan Rita mendakwa dirinya keliru dan terkejut mengenai tindakan Aidil yang pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban untuk memfailkan permohonan Sulh, sedangkan mendakwa hubungan mereka berdua kembali pulih dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Dalam kenyataan itu juga, Rita mendakwa suaminya berjanji menjaga rumah tangga mereka selain memastikan anak kedua yang dikandungnya berusia tiga bulan dalam keadaan baik.
Menurutnya, perkara itu sepatutnya tidak timbul jika isterinya memahami mengenai kaedah Sulh, namun pihaknya cuba memberikan penjelasan lanjut dalam masa terdekat.
“Saya akan cuba memberikan penjelasan dalam tempoh terdekat ini kerana ketika ini tumpuan diberikan kepada persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini (esok),” katanya ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama pemain Negeri Sembilan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Rita Rudaini Mokhtar yang disiarkan dalam akhbar ini semalam.
Harian Metro melaporkan Rita mendakwa dirinya keliru dan terkejut mengenai tindakan Aidil yang pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban untuk memfailkan permohonan Sulh, sedangkan mendakwa hubungan mereka berdua kembali pulih dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Dalam kenyataan itu juga, Rita mendakwa suaminya berjanji menjaga rumah tangga mereka selain memastikan anak kedua yang dikandungnya berusia tiga bulan dalam keadaan baik.
Umpama padang jarak padang tekukur
Laporan dari Yogyakarta, Indonesia oleh Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/10/29
PENGARAH Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Jakarta, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar memberi taklimat pelan kecemasan kepada pelajar Malaysia di Yogyakarta.
KAKI Gunung Merapi, gunung berapi yang memuntahkan asap dan debu sehingga mengorbankan 32 nyawa dan meninggalkan ratusan lain cedera, kini diibaratkan seperti 'padang jarak padang tekukur'.
Pokok layu menyembah bumi, manakala rumah, bangsal, surau dan kenderaan diselubungi debu tebal.Kesan kemusnahan akibat letusan itu juga kelihatan sehingga lima kilometer dari kaki gunung berkenaan dengan haiwan ternakan seperti angsa dan lembu mati bergelimpangan di bahu jalan.
Malah, tiada seekor pun burung berterbangan di kawasan itu kerana debu gunung berapi itu mengeluarkan bau belerang yang kuat.
Penulis dan jurugambar tiba di rumah jurukunci Merapi, Mbah Maridjan, antara mangsa korban letusan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu dengan bantuan penduduk tempatan, Eko, 27; dan Bluri, 26, menggunakan ngojek (motosikal sewa) jam 1 tengah hari semalam.
“Aktiviti di sini lumpuh mas (abang), harus lakukan sesuatu untuk pertahan hidup,” kata Eko sebelum membawa kami ke kaki gunung.
Operasi mencari dan menyelamat mencari dua penduduk tempatan yang dikatakan memotong rumput ketika Gunung Merapi meletus, Selasa lalu dihentikan semalam bagi menghormati upacara pengebumian Maridjan di Desa Srunen, Glasharjo selepas solat Zuhur.
Pengebumiannya dihadiri ribuan penduduk tempatan, selain Ketua Umum Partai Glokar, Aburizal Bakrie.
Pemandu kenderaan pelancong dari Kalasan, Purwanto 40, berkata Madrijan amat disegani penduduk setempat dan luar ekoran ramalan tepatnya pada 2006 yang gunung berapi itu tidak akan meletup walaupun mengeluarkan asap dan debu.
Kira-kira 400,000 penduduk di daerah sekitar Gunung Merapi terutama di Daerah Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali (Jawa Tengah) terjejas akibat bencana alam itu.
Tinjauan mendapati kebanyakan hospital di Yogyakarta termasuk di Hospital Umum Daerah Muntilan sesak berikutan pertambahan mangsa bencana alam itu, kebanyakannya mengadu mengalami masalah pernafasan.
Beberapa pusat pemindahan turut dibuka agensi kerajaan dan badan swasta di daerah terbabit dengan 3,000 mangsa ditempatkan di Lokasi Pemindahan Desa Keporharjo di Cangkringan, kira-kira lapan kilometer dari Gunung Merapi.
Sementara itu, di Yogyakarta, kira-kira 500 pelajar Malaysia diletakkan dalam keadaa
Pemeriksaan ke atas Saiful tidak guna jari
Dr. Mohd. Razali Ibrahim, 37, memberitahu, sebelum prosedur pemeriksaan tersebut dilakukan, beliau telah bertanya kepada pengadu terlebih dahulu sama ada ia boleh dijalankan kerana kemasukan bahan itu boleh menyebabkan kesakitan.
''Sebelum saya memulakan pemeriksaan, saya menjelaskan kepada pesakit saya akan memasukkan sesuatu ke dalam bahagian duburnya dan jika rasa sakit, saya pasti tidak akan meneruskannya,'' katanya ketika disoal balas oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
Ketua Pembangkang itu dibicarakan kerana didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Mohd. Razali sebelum itu disoal oleh Nair mengapa beliau tidak bertanya kepada Mohd. Saiful Bukhari sama ada dia masih merasa sakit sedangkan beliau mengetahui pemuda itu pernah mengadu sakit dubur ketika pemeriksaan awal di Hospital Pusrawi.
Menurut saksi pendakwa kedua tersebut, beliau tidak bertanya secara langsung kepada pengadu mengenai perkara tersebut tetapi telah memberitahu kepadanya prosedur yang dijalankan.
''Saya jelaskan kepadanya, prosedur tersebut akan menyebabkan ketidakselesaan dan sakit, dan pesakit itu menyatakan dia okay,'' katanya.
Mengenai cara pemeriksaan yang dijalankan, beliau yang diberi tanggungjawab memeriksa dubur pengadu berkata, bahagian tersebut diperiksa dengan cara pemuda itu diletakkan secara lateral pada sebelah kirinya di atas katil hospital.
Jelas beliau, kedua-dua lutut pemuda itu diletakkan berdekatan dadanya supaya bahagian dubur terdedah untuk memudahkan pemeriksaan.
Menurutnya, tiada garis panduan bagaimana posisi seorang pesakit diletakkan semasa pemeriksaan itu tetapi posisi tersebut adalah amalan biasa yang dilakukan di hospital.
Beliau pada mulanya memeriksa bahagian perianal pengadu bagi mengambil beberapa calitan putik kapas sebelum memasukkan proktoskop ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Ujar saksi tersebut lagi, beliau mengambil dua sampel spesimen daripada bahagian atas dan bawah rektum pengadu serta diserahkan segera kepada pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng.
Ditanya mengenai keadaan rektum pengadu, katanya, keadaannya ketika itu adalah kosong kerana jika ia mengandungi najis, kandungan tersebut akan terkeluar.
Katanya, memandangkan tiada najis, beliau mempunyai peluang untuk mengambil spesimen tanpa ada gangguan.
Berhubung pemeriksaan awal Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi, menurut Mohd. Razali, pengadu tersebut memberitahu bahawa ada peralatan digunakan tetapi tidak tahu apakah peralatan berkenaan.
"Dia (Mohd. Saiful Bukhari) tidak menyatakan dimasukkan tetapi terdapat alat digunakan dalam pemeriksaan tersebut,'' katanya.
Terdahulu, perbicaraan kes tersebut tidak berjalan lancar pada awalnya apabila prosiding tertangguh sebanyak tiga kali dengan kedua-dua pihak terpaksa dipanggil berbincang secara tertutup di kamar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Ia bermula apabila peguam bela utama Anwar, Karpal Singh pada awal prosiding menyatakan, beliau ingin mengemukakan hujahan bagi mendapatkan nota klinikal doktor pakar terbabit kerana mendakwa terdapat kekeliruan dalam keputusan hakim itu semalam berhubung dokumen sebenar yang diingini oleh pihaknya.
Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun menegaskan keputusannya semalam adalah jelas bahawa hanya laporan perubatan bertarikh 10 Julai 2008 yang boleh dibekalkan dan bukannya nota klinikal.
Perbicaraan bersambung esok dengan hujahan berhubung permohonan pasukan pembelaan untuk mendapatkan nota klinikal.
Peluru tembusi otak mangsa
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 28 Okt. - Seorang pakar perubatan forensik hari ini mengesahkan remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia hampir serta merta pada 26 April lalu akibat luka tembakan di kepala.
Dr. Khairul Azman Ibrahim yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini berkata, sebutir peluru telah mengenai bahagian kiri belakang kepala dan menembusi otak mangsa sebelum keluar dari tengkorak bahagian kanan dahi berhampiran kening.
Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang berpendapat, pelajar Tingkatan Tiga itu mempunyai peluang hidup yang tipis kerana luka tembakan itu terlalu hampir dengan bahagian batang otak.
''Satu tembakan mengenai belakang kepala mangsa sehingga peluru tembus di bahagian depan tengkorak di bawah kulit menyebabkan sekitar kening kanan lebam.
''Kemungkinan besar mangsa mati hanya beberapa minit atau saat selepas ditembak kerana luka tembakan tersebut terlalu hampir dengan bahagian otak yang mengawal pernafasan,'' katanya.
Khairul Azman yang merupakan saksi pendakwa ke-23 berkata demikian sewaktu menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Adilla Ahmad semasa sesi pemeriksaan utama.
Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Menurut Khairul Azman, tembakan yang mengenai bahagian belakang kepala dengan kesan luka sebesar 1x0.5 sentimeter sehingga menyebabkan kematian mangsa mungkin dilepaskan dari jarak jauh.
Beliau berpendapat demikian berikutan tiada kesan terbakar pada kulit kepala selain anak peluru tersebut tidak menembusi kepala mangsa.
''Tembakan yang dikesan itu berbentuk bulat dan bukan berbentuk bintang dalam kes-kes yang ditembak kurang dari jarak satu kaki. Kalau dekat biasanya peluru akan tembus.
''Saya juga difahamkan oleh pegawai penyiasat kes ini bahawa terdapat satu kesan tembakan pada cermin belakang kereta yang dipandu oleh mangsa,'' katanya.
Hasil bedah siasat yang dilakukan pada pukul 3.15 petang, 26 April lalu, saksi itu turut menjumpai kesan-kesan calar dan lebam pada beberapa bahagian badan Aminulrasyid.
Beliau bagaimanapun berpendapat ia mungkin berlaku akibat pergeseran dengan objek tumpul disebabkan impak perlanggaran atau hentakan pada papan pemuka kereta.
Pada prosiding hari ini, Khairul Azman turut mengecam sehelai baju- T, seluar pendek dan seluar dalam berlumuran darah yang dipakai oleh Aminulrasyid semasa mayatnya dibawa ke HTAR.
Mahkamah terpaksa berhenti rehat untuk seketika selepas bahan-bahan bukti itu dibuka daripada bungkusan masing-masing berikutan bau darah kering yang agak kuat.
Sementara itu, Shaari Desa dari Jabatan Kimia pula mengesahkan tembakan telah dilepaskan daripada dua sub-mesingan Heckler & Koch MP5 yang didaftarkan keluar atas nama Jenain dan Konstabel Mohd. Izham Mahayadin.
Beliau yang merupakan Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat, Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik berkata, sebanyak 13 kelongsong peluru yang dianalisis sepadan dengan senjata api yang digunakan oleh Jenain pada malam kejadian.
Sementara tiga lagi kelongsong peluru yang dikatakan ditemui di sekitar jalan antara Bulatan Kayangan ke Jalan Tarian di Seksyen 11 di sini pula sepadan dengan senjata yang digunakan Mohd. Izham.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar bersambung pada 9 November ini.
Zul Noordin dedah perjanjian rahsia DAP, PKR
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP begitu rapat sehingga wujud satu perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara kedua-dua parti itu yang tidak diketahui oleh Pas.Perkara itu didedahkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim/Bandar Baharu) yang berkata, melalui perjanjian rahsia itu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.
“Sebenarnya di antara kepimpinan DAP dan PKR, yang membuatkan mereka jadi rapat sebab adanya perjanjian sulit yang Pas sendiri tidak tahu.
“Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.
Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang.
Zulkifli bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu kerana masa perbahasannya sudah tamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)