Thursday, September 6, 2012

Perhimpunan: Seorang lagi wanita serah diri




6 September 2012
KUALA LUMPUR - Seorang lagi wanita menyerah diri semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjan Kuala Lumpur berhubung dengan siasatan kes memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara dan membawa bendera "Sang Sangka Malaya" pada perhimpunan "Janji Demokrasi" 30 Ogos lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berumur 21 tahun itu menyerah diri pada pukul 10 malam semalam di IPK Kuala Lumpur.
  
Polis telah membebaskan wanita itu dengan ikat jamin setelah merakam percakapannya, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata setakat ini seramai empat daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan oleh media,  telah dikenalpasti dan dirakam percakapan serta dibebaskan dengan ikat jamin.
  
Sementara sebanyak 238 laporan polis telah diterima berhubung kejadian tersebut, katanya.

Dua individu turut menyerah diri semalam iaitu seorang pelajar kolej di Kuala Kubu Baru, Selangor berusia 19 tahun yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1 tengah hari, dan seorang model sambilan wanita berusia 19 tahun yang menyerah diri di Balai Polis Sentral Johor Baharu pada 11 pagi.
  
Pada Selasa lepas, seorang pelajar lelaki kolej swasta di sini yang didakwa menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara ditahan di Cheras. Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis merekodkan keterangannya.
  
Ku turut mengesahkan pihak polis hari ini telah merakamkan percakapan penganjur perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu, Maria Chin Abdullah, dan Sasterawan Negara A. Samad Said di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
  
Sementara itu, kedua-dua mereka yang ditemui pemberita selepas siasatan itu enggan mengulas mengenai tindakan sekumpulan peserta perhimpunan yang bertindak biadab itu, dan Maria hanya berkata "ia bukan bermula dari pihak kami."
  
Turut hadir peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang merupakan pengerusi perhimpunan Bersih 3.0. - Bernama

Rahsia Najib dan isa samad akhirnya kantoi.. mereka kata saham naik sebab tengok terbalik rupanya!!!

ekor ni patut kena baling kasut...mane ada tauliah....JOM UBAH

Ku sangka selama ini kita ada menteri2 yg jaga rakyat.. rupanya jaga umno!pui!!

BUDAYA SAMSENG...Transformasi Najib yang paling berjaya



Dibawah pelan tranformasi Perdana Menteri Najib Tun Razak, tranformasi paling berjaya Najib adalah tranformasi budaya matang kepada budaya politik samseng.
Dulu masih ada segan silu, tetapi sekarang semakin menjadi-jadi lagi perangai samseng budak-budak suruhan mereka. Dulu hanya tahu berbohohng, lepas tu sudah berani tunjuk punggung, sekarang pakai kasut, baling tong cat.
Lihatlah insiden terkini berlaku ke atas bas ‘Merdeka Rakyat’ milik PKR dan perlakuan kurang ajar anak Melayu baling kasut dalam Masjid Al Husain, Seberang Pumpong Alor Setar Kedah semalam ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ingin menyampaikan tazkirah Maghrib.
Mungkin buku belum bertemu ruasnya. Biarlah, pasti setiap kejahatan bakal menerima padahnya kelak, hukum karma tetap ada.
Budaya samseng yang berlaku sama naik dengan budaya fitnah. Cuma Pimpinan UMNO tidak pun bersuara. Kata orang, ‘redha dalam diam’ dan baling batu sembunyi tangan. UMNO menggunakan cyber troopers untuk menfitnah, membiarkan jaringan suku-sakatnya seperti Perkasa, Jati dan pelbagai lagi topeng NGO untuk membiakkan budaya fitnah.

Masih ada hukum karma
Dalam keserakahan UMNO-BN mengaut semula sokongan rakyat, perbuatan samseng ini cuma mencemarkan imej mereka sendiri. Inilah model Melayu Islam ala UMNO. Kejantanan mereka sekadar baling tong cat,baling batu, baling telur dan baling kasut.
Ternyata, tindakbalas pra-matang UMNO-BN ini merupakan petanda bahawa mereka gagal memahami dan menerima arus perubahan dan gelombang kebangkitan rakyat yang mula menjiwai semangat demokrasi.
Atau, kerajaan UMNO-BN Najib mula merasai bahang kejatuhan mereka tersungkur di Putrajaya?
Kalaulah UMNO-BN matang dan anak jantan; tidak perlulah ‘baling-baling’ lagi. Hentikanlah budaya samseng ini, ayuhlah berpolitik secara matang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

KELENTONG wang petronas!



Sebelum gua dedahkan satu lagi siri KELENTONG wang petronas! gua nak tanya korang.. harga pasaram minyak mentah dunia berapa setong?

Dan bagaimana proses mengghasilkan minyak ron95 dan ron 97?

yg pasti minyak ron95/97 ni di proses dari minyak mentah setong tadi tu.. menapa harganya berbeza beza? mengapa krajaan tutup isu ni dari di bincangkan? mengapa pengurusan petronas begitu low profaial? tidakkah ada media tv ker suratkhabar ker nak interviu petronas pasal ni? sebab ianya di sekat!! KALAU RAYAT TAW,rakyat CERDIK maka BN xleh lah buat petronas tu seperti MESEN ATM depa.. bila2 masa mereka boleh cucuk duit petronas,tapi RAKYAT sikitpun tak tahu kemana wang2 tersebut pergi. ini bukan isu PAS/UMNO/PKR/DAP ker haper,,, ini isu RAKYAT!

RAKYAT berhak tahu,Petronas BUKAN HAK MILIK UMNO!!wang royalty dan keuntungan sebuah negara sekecil Malaysia MUSTAHIL memaksa rakyatnya hidup dalam kepayahan!!!!

Lihat shaja negara2 pengeluar EMAS HITAM ni.Rakyatnya mendapat manafaat dari hasil minyak.. TERBALIK DENGAN NEGARA KITA .. RAKYAT DI TIPU KONONNYA DI BERI SUBSIDI!!!!

Fakta : Harga minya sebenarnya adalah harga yg ZAMAN sebelum Dolah Badawi naikkan....[lebih rendah sedikit]

Korang taw tak... ?

Radzi sedih, Azmi tetap bantu BN



MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
6 September 2012
Radzi Sheikh Ahmad
Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad
KANGAR - Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melahirkan rasa sedih dengan dakwaan Ahli Parlimen di Perlis yang juga bekas menteri dikatakan akan lompat parti sekiranya tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini bukan masanya untuk membuat tuduhan, sebaliknya adalah bekerjasama memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah di negeri dan Persekutuan.

"Saya sedih dengan tuduhan itu, lebih-lebih lagi bukan dari luar. Ini dari dalam Umno sendiri. Sepatutnya dalam masa ini, Umno semua peringkat hendaklah bersatu menghadapi PRU.

"Ini PRU paling sengit, kita kena ingat, jadi hendaklah bersatu menghadapinya, bukan menuduh dengan dakwaan yang tidak berasas langsung," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Sinar Harian semalam yang menyebut bekas menteri yang masih menjawat Ahli Parlimen akan meninggalkan BN sekiranya tidak dicalonkan dalam PRU13.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen iaitu, Padang Besar disandang Datuk Seri Azmi Khalid; Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Arau, Datuk Ismail Kassim.

Hanya Azmi dan Radzi yang pernah menyertai kabinet di mana Azmi jawatan terakhirnya adalah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (ketika itu) manakala Radzi, Menteri Dalam Negeri.

Mengulas lanjut katanya, perbuatan sebegini boleh memecahbelahkan lagi parti dari dalam.

Katanya, beliau sentiasa akur dengan apa yang ditentukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya sudah lama dalam politik.... saya pun tak tahu saya 'Winable Candidate' atau tak, pengerusi akan tentukan segalanya," katanya.

Ditanya mengenai jawatan Menteri Besar, beliau berkata, "dicalonkan pun belum tahu lagi, inikan pula saya nak jadi MB".

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, beliau menafikan akan lompat parti sekiranya tidak dicalonkan PRU13.

Sebaliknya, beliau bertegas akan terus memberikan sokongan dan bantu siapa saja calon yang diputuskan.

"Saya tidak akan lakukannya (lompat parti), itu hanya cerita mereka-mereka saja. Tidak perlu serius.

"Dengan pengalaman yang sedia ada, saya akan bantu sebaik mungkin dalam menghadapi PRU akan datang ini," katanya yang kini dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

double standard

syiah patut dihapuskan

SELAMATKAN MALAYSIA! PILIHAN TERBAIK ADALAH PAKATAN RAKYAT! :)

nak UP saham felda guna duit PEMBAYAR CUKAI !!

Gua dapat maklumat,geng2 FELDA iaitu jiby dan kementot sedang loby nak UP saham felda guna duit PEMBAYAR CUKAI !!!! hope pemimpin2 PR alert isu nih.. tekan kat PARLIMEN besok soal mereka yg SEMBERONO guna wang pembayar cukai ni... jangan korek lobang,tutup lobang!!!DAH BUAT SILAP TU NGAKU JER!!! 

Puak-puak jahanam yang dah dapat TAULIAH dari PERKASAM

samseng taik kucing

Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)



KUALA LUMPUR, — Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.

Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.

“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam insiden bulan Mei lalu, potret Lim telah dipijak oleh ahli Perkasa di Komtar dan melakukan upacara simbolik pengkebumian dihadapan rumahnya di Pulau Pinang akan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tingkahlaku biadab tersebut.

Lim juga membangkitkan isu “tarian punggung” yang berlaku diluar rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan mempertikaikan sikap parti komponen BN bukan Melayu yang berat sebelah kerana mengutuk tindakan memijak potret PM tetapi tidak mengambil tindakan sama apabila beliau yang berbangsa Cina diperlakukan dengan aksi sama.

“Presiden Gerakan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengutuk tindakan potrait PM dipijak tetapi berdiam diri apabila gambar saya dipijak,” tambah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam “Himpunan Janji Bersih” anjuran Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih pada Khamis lalu, beberapa laporan media menyelar tindakan peserta yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, menunjukkan punggung dan mempamerkan bendera “Sang Saka Malaya” yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.

Ekoran laporan tersebut, polis telah membentuk pasukan khas bagi menyiasat laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka dan berhubung tindakan penganjur “Himpunan Janji Bersih” yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan.

--The Malaysian Insider

LAPURAN BACUL DRP TV TALI BARUT PERKASA DAN UMNO

LAPURAN BACUL DRP TV TALI BARUT PERKASA DAN UMNO:
-AKHIRNYA PKR JUGA YG SALAH WALAUPUN IBU PEJ PKR YG DISERANG OLEH CAI2 PELIHARAAN PERKASA ITU..
-INIKAH MAMAK MULUT BUSUK MCM BANGKAI YG MENJADI IDOLA DAN IKON CAI2 PELIHARAAN PERKASA DAN UMNO..
-SBBNYA HANYA YG BODOH SJA YG MASIH TINGGAL DLM UMNO..
 

Yang ni kategori sopan dan tak biadap ker??????.....JOM UBAH

DI MANA KEADILAN?

Menteri nafi adanya amalan jual beli pulau di Indonesia




6 September 2012
JAKARTA - Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Sharif Cicip Sutardjo berkata tidak adanya amalan jual beli Pulau Gili Nangu dan Pulau Gambar di wilayah Indonesia seperti tercatat dalam laman web komersil www.privateislandsonline.com.
  
"Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) tidak membenarkan amalan jual beli pulau. Dalam undang-undang, kerajaan tidak mengenal istilah penjualan pulau," katanya di Jakarta, pada Khamis.
  
Sharif menjelaskan pihaknya sedang melakukan pengesahan dan mendapatkan penjelasan berhubung proses sewa-menyewa terhadap Pulau Gili, sebagaimana dipaparkan dalam laman web itu.
  
Mengenai mekanisme kelulusan bagi pemanfaatan dan pengurusan pulau-pulau kecil dan perairan di Indonesia, beliau berkata kelulusan itu boleh diberikan kepada orang perseorangan atau agensi undang-undang berdasarkan undang-undang Indonesia serta adat masyarakat setempat.
  
Sementara itu, Ketua Pengarah Kelautan, Pesisir dan Pulau-Pulau Kecil KKP, Sudirman Saad berkata pemanfaatan pulau kecil dan perairan sekitarnya harus diuruskan secara mampan dan melibatkan masyarakat.
  
Pihak pengurusan harus menjaga ekosistem, keaslian nilai budaya dan pengurusan pulau itu juga harus berfungsi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah, katanya.
  
Pemanfaatan pulau lebih diutamakan untuk kegiatan pemuliharaan, pendidikan dan latihan, penelitian, penanaman, pelancongan dan penternakan ikan secara lestari, katanya. - Bernama

Allah Maha Pemberi Rahmat, Allah Maha Pengasih pada Hamba nya




"Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada orang yang berhaji ke rumah Allah yang suci: 60 rahmat untuk yang berthawaf, 40 untuk yang sembahyang, dan 20 rahmat untuk yang menyaksikannya" (hadits hasan riwayat Baihaqi). 

Adapun 20 rahmat Allah, untuk yang menyaksikannya (memandangnya) disini, terdapat 3 perkara yang tergolong dalam “tengok sahaja pun dah dapat pahala“:

1. Melihat atau memandang Kaabah (Baitullah).
2. Melihat atau memandang wajah ibubapa. Apalagi kalau buat baik kepada mereka.
3. Melihat atau memandang ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan. MasyaAllah,

Mari renung renungkan dan kita amal amalkan..

Bentuk bangunan di China dikritik



Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur (kiri) di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang, sementara Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing (kanan), dikatakan menyamai bentuk puding dan donut. - AGENSI
BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.
Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).
Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.
Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.
Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.
Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.
Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.
Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI

Perancis mahu gali mayat Arafat



Gambar fail merakamkan Arafat mengucapkan selamat tinggal kepada penyokongnya semasa menaiki helikopter tentera Jordan di Muqatta, yang merupakan pejabatnya di Ramallah, Tebing Barat pada 29 Oktober, 2004 menuju ke Amman sebelum berlepas ke Paris bagi mendapatkan rawatan. - AFP
PARIS 5 Sept. - Tiga hakim Perancis yang terlibat dalam siasatan berhubung kematian bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat, bakal pergi ke Tebing Barat untuk proses penggalian mayat pemimpin Palestin itu.
Hakim-hakim itu, bagaimanapun perlu mendapat kebenaran Israel dan Palestin terlebih dahulu, walaupun Presiden Mahmoud Abbas dilapor telah menyatakan persetujuan kerajaannya untuk kerja-kerja penggalian itu.
Balu Arafat, Suha dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiranya rancangan itu mendapat lampu hijau, pasukan polis saintifik Perancis akan mendapatkan sampel daripada mayat Arafat supaya siasatan lanjut boleh dijalankan.
"Para hakim terlibat memberitahu peguam saya bahawa mereka telah mengambil langkah yang perlu untuk pergi ke Ramallah.
"Saya dengan penuh hormat turut meminta pihak Palestin dan Liga Arab supaya menghentikan sementara semua siasatan bagi memberi laluan kepada pihak kehakiman Perancis mengendalikan kes itu," katanya dalam satu kenyataan kepadaReuters.
Suha berkata, siasatan berhubung dakwaan pembunuhan Arafat oleh Perancis perlu diberi keutamaan kerana ia bersifat bebas dan neutral.
Bulan lalu, pendakwa raya Perancis membuka siasatan terhadap kematian Arafat, 75, berikutan dakwaan pemimpin itu mati diracun akibat bahan radioaktif polonium pada 2004.
Dakwaan itu dibangkitkan selepas stesen satelit al-Jazeera menyiarkan siasatan oleh pakar Switzerland yang menemui kandungan polonium yang tinggi pada barangan peribadinya.
Polonium adalah bahan tinggi toksik yang jarang dijumpai di luar kawasan saintifik dan ketenteraan.
Ia pernah digunakan bagi membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko, pada 2006 sejurus selepas dia minum teh yang mengandungi racun berkenaan. - REUTERS/AFP

Penulis buku No Easy Day boleh didakwa



Buku No Easy Day yang ditulis bekas anggota komando terlibat dalam operasi membunuh Osama bin Laden, Matt Bissonnette, yang mula dijual, dipamerkan di sebuah kedai buku di Washington D.C, kelmarin. - AFP
WASHINGTON 5 Sept. - Bekas anggota komando Amerika Syarikat (AS) yang menulis buku mengenai pengalamannya terlibat dalam serangan yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden, berdepan dakwaan jenayah.
Amaran Pentagon itu dikeluarkan, semalam selepas Pemerintah Khas Perang Tentera Laut, Laksamana Muda Sean Pybus menyuarakan pandangan mengenai sesetengah komando bersara atau masih menganggotai badan itu yang cuba mendapatkan wang atas kemasyhuran mereka.
"Saya sangat kecewa, malu dan memandang serius perkara ini," ujar Pybus melalui surat yang dihantar kepada anggota tentera, mengecam sikap sesetengah mereka yang menjaja maklumat mengenai misi menentang musuh nombor satu negara itu.
Namun, masih belum jelas sama ada kerajaan akan mengenakan dakwaan jenayah terhadap penulis buku, Matt Bissonnette, yang merupakan antara komando terlibat dalam operasi pada Mei tahun lalu di Abbottabad, Pakistan.
Buku bertajuk No Easy Day itu mula dijual semalam, ditulis menggunakan nama penanya, Mark Owen.
Jabatan Pertahanan AS, sebelum ini mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bissonnette, namun ditangguhkan berikutan tidak pasti sama ada buku itu mendedahkan rahsia negara.
No Easy Day mencetuskan kontroversi apabila ia mendedahkan bahawa misi membunuh Osama jauh bercanggah dengan kenyataan White House.
Menurut buku itu, Osama sudah mati ketika pasukan elit tentera laut AS menyerbu bilik tidurnya di sebuah banglo di Abbottabad, bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian bekas pemimpin al-Qaeda itu. - AFP

syiah hancurkan syria

Seorang ayah dari Aleppo bersama anak kecilnya, manakala seorang budak lelaki berjalan sambil memegang roti, dan kelihatan juga dua kanak-kanak kecil sedang bermain-main antara satu sama lain di belakangnya. Kesemuanya berlatarkan sebuah bandar usang yang musnah di bom. Do’akan agar semua kesengsaraan ini cepat berakhir. Generasi baru pasti akan bangun membina kembali bumi yang penuh keberkatan ini berlandaskan syariat Islam di masa akan datang. -MN-

tentera dilarang solat waktu kerja

Bagi yang yang masih menganggap Basyar Asad Syiah tu baik, sila lihat arahan surat ini ;"Tidak dibenarkan semua anggota tentera dan perisik di semua kem latihan untuk menunaikan solat secara perseorangan atau berjemaah pada waktu kerja/pejabat"...sebarkan.

Semoga omar dipanjangkan umur

Masih kenalkah? Inilah Omar, HERO KECIL dambaan hati perwira-perwira SYRIA. Sejak menjadi HERO ni Omar kelihatan semakin bulat, apa tidaknya semua orang sangat sayangkan dia. Omar telah dikurniakan semangat luar biasa setelah kehilangan keluarga dihadapan matanya. Video: http://bit.ly/LQdTIK -MN-

" ya Allah berikanlah rezeki kepada mereka yang berinfak di jalanMu,dan binasakanlah mereka yang menyimpan harta mereka"

" ya Allah berikanlah rezeki kepada mereka yang berinfak di jalanMu,dan binasakanlah mereka yang menyimpan harta mereka"

[ bumi syam menangis ]

Mangsa kekejaman Basyar Asad.

Alleppo dihancurkan oleh syiah

Penduduk Syria membawa roti berjalan di tengah-tengah runtuhan banggunan di Aleppo.

Hi! Omar dah pandai bersolat!

Hi! Omar dah pandai bersolat!
Solat nanti kawan-kawan jangan lupa doakan Omar dan rakyat Syria di sini yer :)

Kanak kanak di kawasan pergunungan Bukit al Zawiya

Kanak kanak di kawasan pergunungan Bukit al Zawiya yang tidak dapat bersekolah semenjak kebangkitan bermula kerana kebanyakkan sekolah digunakan sebagai pusat tahanan.

Pada dinding masjid di Homs ini terukir tulisan “ Assad selama-lamanya, sama ada Allah suka atau tidak”.

Pada dinding masjid di Homs ini terukir tulisan “ Assad selama-lamanya, sama ada Allah suka atau tidak”. Lihatlah betapa bongkaknya mereka bagai hidup tidak akan mati. Astagfirullah ala’ zim ....Ya...Allah dengan kekuasaanmu kau hancurkanlah kuffar ini dari bumi Syria, Amin.

Dr Mursi telah membantu pelajar2 Syria di Mesir dgn menurunkan kadar bayaran yuran mereka

Dr Mursi telah membantu pelajar2 Syria di Mesir dgn menurunkan kadar bayaran yuran mereka.
Dptkan buku terbaru tulisan AF Ust Riduan Mohd Nor - 'Mesir sebelum & selepas Dr Mursi'. Hubungi Cik Aini 013-7154166.

KEHANCURAN MASJID DI ALEPPO



Lihat: http://www.youtube.com/watch?v=FexXNeAgMeA

Inilah Syiah .. Inilah Bashar al Assad .. Inilah epal busuk yang pernah dikatakan oleh Bashar .. Inilah yang mereka perangi ... {Rumah Allah} ...
Pernahkah anda melihat pihak Israel melakukan sebegini rupa?
MEMANG BENAR SYIAH LEBIH BAHAYA DARI YAHUDI

Hacker Shabiha Assad telah menyerang laman web AlJazeera

- Hacker Shabiha Assad telah menyerang laman web AlJazeera malam semalam sehingga beberapa jam. Mereka menulis mesej kebencian pada laman utama web.
- FSA telah menembak jatuh helikopter ke 4 dan sebuah Jet tempur awal hari ini.
- USA mengarahkan presiden Iraq Syiah Al-Maliki untuk menutup perhubungan udara dengan Iran kerana telah menyokong persenjataan Bashar selama 2 tahun.
- Kata Mursi kepada Bashar “Masa kamu sudah tiba, kamu tidak akan tinggal lama lagi dan tiada tempat lagi bagi kamu di Syria.
- Kata Erdoghan kepada Bashar “Tidak lama lagi saya akan pergi ke Homs dan bersolat di Masjid Khalid bin Alwaleed”.
-Turki menahan sekumpulan perisik Iran yang bekerja di Turki dan membocorkan maklumat kepada Iran.

Syahid Zuhair Khalaf, Ketua Liwa Kadisiah telah pergi menemui Ilahi

Syahid Zuhair Khalaf, Ketua Liwa Kadisiah telah pergi menemui Ilahi ketika mempertahankan keluarga, agama dan tanah airnya di Dair ElZur hari ini. Ya...Allah terimalah Syahidnya. 

Assad perangi rakyat sendiri

Kereta Kebal tentera Assad 25-8 -2012, Assad telah membazirkan sumber negara dalam peperangannya terhadap rakyat sendiri. -MN-

syria hancur kerana syiah

Bom mortar yang belum meletup di Boustan al Dewan di bandar Homs...amat merbahaya kepada kanak kanak dan jika meletup boleh menghancurkan tangan atau kaki mereka. -MS-

syria dihancurkan oleh syiah

aduan Polis telah di buat kepada si penghina gambar pemimpin selain PM..

Pecah berita!
aduan Polis telah di buat kepada si penghina gambar pemimpin selain PM.. hahaha sila rujuk di wall sini [http://on.fb.me/zKwAgs]
Adakah polis akan mengamalkan dwi standard seperti biasa..? kahkahkah

Minyak naik lagi

BiAr BIDADARI menCemBuRui dIRIMU

(ISTERI NABI)Ummu Salmah melaporkan;
"Aku berkata'Ya Rasulullah,jelaskan padaku tentang firman Allah tentang bidadari-bidadari bermata luas lagi cantik,..'Rasulullah menjawab,'bidadari yang kuliTnya beRSih,maTAnya cANTik seperti JEli dan luAS,ramBUTnya berkILau bak sayap burung nasar(hering raja),

'Aku berkata lagi,'Jelaskan kepadaku Ya Rasulullah,perihal kata-kata Allah,'Laksana mutiara yang tersimpan sebaik-baiknya...'Rasulullah menjawab,'Kebenigannya seperti kebeningan mutiara dalam lautan ,tidak pernah disentuh oleh tangan manusia'

AKU bertanya,Ya Rasulullah ,jelaskan kepadaku perihal kata2 ALLAH ,'dalam kedua2 syurga itu ada bidadari yang baik akhlaknya lagi cantik paras rupanya ..........'Rasulullah menjawab,'akhlaknya terpuji dan wajahnya cantik jelita.'

'AKU bertanya lagi,'jelaskan kepadaku Firman ALLAH,'puteh kekuningan seakan akan mereka adalah telur yang tersimpan sebaik baiknya.'Rasulullah menjawab ,'kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada bahagian dalam telur unta ia trlindung oleh kulit kulit pada bahagian luarnya aau biasa disebut puteh telur .'

AKU bertanya lagi,'YA Rasulullah jelaskan kepadaku Firman ALLAH,'yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya.'Rasulullah menjawab ," mereka adalah wanita2 yang meninggal dunia apabila usia sudah lanjut dengan keadaan rabun dan beruban..itu yang dijadikan ALLAH tatkala mereka sudah tahu,lalu ALLAH menjadikan mereka sebagai gadis2 yang penuh cinta,bernafsu,bersifat mengasihi,dan umur mereka sebaya ."

AKU bertanya,"YA Rasulullah,yang mana lebih utama,wanita dunia ataupun bidadari bermata jeli?" Rasulullah menjawab,"DISEBABKAN SOLAT,PUASA,dan AMAL IBADAH mereka,Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka,tubuh mereka disaluti kain sutera,kulit mereka putih bersih,mereka berpakaian serba HIJAU,perhiasannya berwarna KEKUNINGAN, mereka mengenaka sanggul emas.MEREKA BERKATA,'Kami hidup kami hidup abadi dan tidak mati.Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak berganjak,. Kami REDHA & TIDAK BERSUNGUT. berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.'"...

AKU berKata,'YA Rasulullah,salah seorang wanita diantara kami pernah menikah 2,3 ataupun 4 lelaki lalu mereka meninggal dunia. DIA masuk syurga dan mereka masuk syurga. SIAPAKAH antara lelaki yang menjadi suaminya di SYURGA?' rasulullah menjawab,'Wahai Ummu salamah,wanita itu disuruh MEMILIH,LALU DIA MEMILIH orang yang terbaik AKHLAKNYA antara mereka.Kemudian dia berkata,"TUHANKU,INI ADALAH LELAKI YANG TERBAIK SEMASA HIDUP BERSAMAKU DIDUNIA.MAKA NIKAHKANLAH AKU DENGANNYA......."

"""wAhai Ummu Salamah,AKHLAK yang BAIK,membawa DUA KEBAIKAN,
---DUNIA
&
---AKHIRAT."""

***BiAr BIDADARI menCemBuRui dIRIMU***
(Hr Tabrani)

Sejarah bendera rakyat

Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Disember 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947, hampir semua bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Akhbar Utusan Melayu telah melaporkan semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Disember 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

"Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama-sama diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya (AMCJA). Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap-tiap hari."

Maksud disebalik simbol-simbol dalam Bendera Rakyat:

1. 12 biji bintang simbol 12 negeri yang bergabung di Malaya - 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor) dan 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura).

2. Warna kuning bintang simbol keadilan dan kedaulatan rakyat, pengiktirafan Perlembagaan Rakyat dan membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur.

3. Bintang berbucu lima melambangkan 5 perkara: Ketuhanan, Kedaulatan Rakyat, Keadilan sosial, Kebajikan dan Kebangsaan.

4. Warna merah simbol keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan-rintangan supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya.

5. Warna putih simbol perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita-cita yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat.

Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk-penduduk di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.

Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

Syahid 2 beranak

Syahid 2 beranak iaitu seorang ibu, Fatima Mohammed Khosrv bersama anak kandungnya Abdul Majid Khalid Al Kassim yang baru lahir, di katakan terkena serpihan dengan ledakkan bom oleh pihak tentera regim Bashad Assad di bangunan berdekatan rumahnya. Semoga Allah S.W.T menempatkan mereka berdua di dalam syurga bersama dengan orang-orang yang soleh dan solehah.

Bendera asal malaysia

Bapa pelajar: 'Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia'



Polis bebas pelajar tunjuk punggung
Seorang pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, (dua, kiri) ditahan pihak polis berhubung kejadian menunjuk punggung pada gambar pemimpin negara ketika sambutan Ambang Kemerdekaa
 Insiden 30 Ogos
Insiden meletakkan gambar pemimpin negara dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan Dataran Merdeka Khamis lalu. – Foto ihsan Gossip Rakyat
BATU PAHAT – "Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.

"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.

"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.

Kolej buat pertimbang​an wajar buang pelajar tunjuk punggung, kata Khaled



WARTAWAN SINAR HARIAN
6 September 2012
BANGI - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Beliau berkata, tindakan itu wajar dilakukan kerana ia telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi berkenaan.
"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau mengulas mengenai seorang pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif sebuah kolej, yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.
Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.
Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.
Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.
Terdahulu, Khaled menghadiri majlis tinjauan mesra menteri bersama pelajar Kolej Keris Mas sempena Minggu Mesra Pelajar Sesi Akademik 2012-2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Dalam ucapannya, beliau menasihati pelajar supaya memahami dan menghayati matlamat berada di universiti iaitu untuk menguasai ilmu pengetahuan.
"Anda perlu memahami kebebasan. Tapi ia tidak bermaksud kita membuat apa yang kita suka dan melanggar undang-undang negara," katanya.
Seramai 521 pelajar baru mendaftar masuk ke Kolej Keris Mas untuk sesi akademik 2012-2013. Mereka antara 3,180 pelajar baru yang mendaftar di UKM sesi tersebut. - Bernama