Sunday, August 9, 2015

Pegawai SPRM perlu simpan rahsia, contohi ICAC



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, badan bebas itu perlu menjadikan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) Hong Kong sebagai contoh ketika menjalankan sesuatu siasatan. 

Menurutnya, melalui peruntukan yang ditetapkan, jelas menyebut tidak boleh mana-mana pihak atau pegawai SPRM membocorkan rahsia sama ada orang yang menuduh mahupun pihak yang menyiasat.

“Saya pernah duduk dalam jawatankuasa SPRM selama lima tahun, di mana saya juga turut diajar untuk menghormati satu peruntukan dalam agenda mereka iaitu kerahsiaan kerana tugas suruhanjaya itu adalah untuk menyiasat mereka yang dikatakan rasuah.

BN contoh, kena dedah dahulu dana politik


KUALA LUMPUR - BN perlu menjadi contoh dengan mendedahkan dahulu sumber dana politik yang diterima sebelum meminta parti pembangkang berbuat demikian.
 
Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk situasi sekarang, lebih adil jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dahulu identiti penderma wang yang di dalam akaun peribadinya itu.
 
"Kita tak ada masalah untuk isytihar. Bahkan setiap kali derma kita isytihar terus. Parti kita telus.
 
"Untuk lebih adil, perdana menteri juga kena beritahu sekarang siapa penderma itu. Jadi, sebelum kita minta pembangkang. Kerajaan mesti tunjuk contoh," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan parti itu, semalam.
 
Sebelum ini Najib dilaporkan mencadangan agar diwujudkan semula peraturan yang mengehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima mereka.
 
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mendedahkan perbelanjaan sebenar setiap parti politik di negara ini.
 
"Kita tengok setiap kali pilihan raya, BN berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.
 
"Kita harap SPR mesti telus untuk membongkar dan mendedahkan berapa perbelanjaan setiap parti politik dalam pilihan raya," katanya.

Siasatan babit SPRM ditangguh, tak mahu masam muka


 
Beliau berkata walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.

"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment (penderaan)".
 
Mengulas lanjut mengenai kes siasatan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dan rampasan fail-fail serta komputer agensi itu, Khalid berkata polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyiasat berdasarkan laporan polis yang diterima.
 
Khalid berkata polis tidak sekali-kali berniat untuk mengganggu apa juga siasatan yang dilakukan apatah lagi menyasarkan mana-mana institusi lebih-lebih lagi SPRM.
 
"Kami pula tidak ada pilihan, kami tidak boleh membuat siasatan pilihan,  kami tak boleh buat macam tu...apabila kami mendapat laporan kami terpaksa menjalankan tanggungjawab kami tambahan pula ini satu laporan yang amat serius.

"Kami perlu lengkapkan siasatan itu dan menyerahkan kepada peguam negara biar beliau yang membuat keputusan.

"Pertuduhan ini bukan dilakukan oleh satu institusi tetapi oleh individu-individu yang kami cari yang kami perlu siasat...saya tidak mahu bermasam-masam muka antara PDRM dan SPRM kerana ini sesungguhnya tidak baik untuk negara, untuk pasukan penguat kuasa," katanya.

Khalid berkata, apa yang dilakukan oleh polis adalah mengikut peruntukan undang-undang dan sebarang rampasan barang-barang bagi membantu siasatan merupakan asas dalam siasatan polis.
 
Terdahulu ketika berucap pada Malam Mesra Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2015 di sini, Khalid berkata SPRM bukanlah musuh polis dan adalah menjadi tanggungjawab polis memberi sokongan terhadap tugas-tugas agensi pencegahan rasuah itu.
 
"Kita semua tahu dalam satu minggu ini berlaku sedikit kemelut antara PDRM dan SPRM, kami tidak sekali-kali ingin mengganggu apa juga tugas-tugas yang dilaksanakan lain-lain agensi," katanya.
 
Beliau berkata tindakan yang diambil polis terhadap pengarah dan dua pegawai kanan SPRM adalah kerana perlu mencari punca bagaimana salinan pertuduhan boleh dimuat naik dalam portal Sarawak Report.

"Kami juga memanggil saksi dari Bank Negara dan bank-bank  omersial dalam melaksanakan siasatan. Tindakan yang kami ambil adalah atas arahan yang diberi oleh Peguam Negara. Kami mula tangkap tiga orang, rampas dokumen dan kemudian membebaskan mereka.

"Semua yang kami rampas telah kami kembalikan selepas kami selesai meneliti dokumen itu. Fokus kami cuma kepada kebocoran maklumat dalam Sarawak Report dan juga kebocoran maklumat perbankan. Kami anggap ini satu perbuatan yang amat serius kerana boleh mengancam kestabilan negara," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata Bukit Aman telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

"Kita memang telah keluarkan waran tangkap ke atas beliau dan juga meminta bantuan Interpol untuk disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki di bawah 'red notice'," katanya. - Bernama

Henti Desak Muhyiddin Letak Jawatan - Shahrizat


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 9:05 PM
 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat Abdul Jalil.

BERA: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Sabtu, meminta segelintir anggota parti supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai timbalan presiden. 
Katanya, tindakan Muhyiddin untuk kekal menjawat jawatan itu juga tidak melanggar undang-undang mahupun peraturan parti. 
"Pada saya, beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan presiden juga perlu beri sokongan sebagai satu pasukan. 
"Tak payah suruh letak jawatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, Sabtu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Ketua Wanita Umno Bera, Zanariah Sahadan; Ketua Pemuda Umno Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri Umno Bera, Salmiah Abdul Rahman.  
Shahrizat mengulas kenyataan Muhyiddin yang menegaskan tidak akan meletak jawatan meskipun ada desakan daripada ketua bahagian parti supaya beliau berbuat demikian.  
Berhubung perkara ini, Shahrizat berkata, isu ini bukan perkara baharu dan beliau berpandangan anggota Umno perlu memberikan ruang kepada kedua-dua tokoh itu dan tidak melayan desakan itu. - Bernama

Panel SPRM Tuntut Dua Pegawai Dikembalikan


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 8:37 PM

PETALING JAYA: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menuntut agar Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing.
Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaafar dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya yang merupakan salah satu panel memantau perjalanan SPRM terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada Jumaat.
Menurutnya, pertukaran tersebut pasti akan meningkatkan ketegangan seperti yang berlaku ketika ini.
"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.
"PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Jumaat, Bahri dan Rohaizad dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Johan berkata, panel itu menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.
Panel itu turut memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya bertindak atas arahannya. 
"Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali," kata Johan.

Shahrir Samad Minta Sidang Khas Parlimen Lantik Pengerusi Baharu PAC


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 7:16 PM
Shahrir Abdul Samad.

SEGAMAT: Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta satu sidang parlimen khas diadakan bagi melantik pengerusi baharu bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Ahli Parlimen Johor Baru yang juga Pengerusi Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBC) berkata, sidang sehari itu boleh diadakan pada bulan depan dan tidak perlu menunggu sehingga Oktober bagi menunggu sidang parlimen bermula.
"Langkah ke hadapan buat PAC adalah mempunyai pengerusi baharu secepat mungkin supaya jawatankuasa itu boleh memulakan siasatan mereka terhadap isu 1MDB," kata Shahrir selepas merasmikan mesyuarat Pemuda Umno Segamat di Kampung Bukit Tunggal di sini, Sabtu.
Beliau berkata, tanpa pengerusi baharu, PAC tidak dapat meneruskan siasatan 1MDB atau memanggil saksi bagi membantu siasatan.
"Kita tidak perlu menunggu sehingga Oktober depan bagi melantik pengerusi baharu PAC kerana kita perlu menyelesaikan isu 1MDB secepat mungkin," katanya.
Shahrir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin perlu mengadakan sidang sehari bagi mencadangkan calon untuk menggantikan Datuk Nur Jazlan sebagai Pengerusi PAC.
"Ramai Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang bersesuaian untuk menggantikan Nur Jazlan dan ia bergantung kepada jawatankuasa pemilih untuk membuat pemilihan.
"Selagi individu tersebut (pengerusi PAC baharu) bukan saya, saya akan sentiasa menyokongnya yang dipilih oleh jawatankuasa," katanya.

PDRM Akan Terus Pertahan Kerajaan Dipilih Secara Sah - KPN


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 11:30 PM
Khalid Abu Bakar.

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempertahankan kepimpinan kerajaan yang sedia ada pada hari ini kerana ia dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, PDRM sebagai tiang yang mempertahankan kestabilan negara tidak boleh goyah dan mudah dimanipulasi kerana ketika ini terdapat ancaman yang mampu menggugat kestabilan negara melalui penyebaran maklumat tidak tepat di laman sosial.
"PDRM akan kekal menghormati kerajaan yang telah dipilih mengikut kehendak rakyat hari ini, kami akan menghormati pilihan rakyat dan bersama-sama memastikan kerajaan yang dilantik mengikut perlembagaan diletak di tempat yang sepatutnya.
"Adalah menjadi tanggungjawab polis dalam memastikan kerajaan yang dipilih rakyat ini kekal memerintah negara dan perdana menteri yang dipilih perlu diberi penghormatan yang sepatutnya," katanya semasa berucap pada Majlis Mesra sempena Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara di Kontijen Polis Pulau Pinang, di sini, malam Sabtu.
Beliau berkata, PDRM juga akan menyokong polisi dan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri yang dilantik serta akan terus setia kepada Yang di-Pertuan Agong dalam mempertahankan keharmonian negara.
Khalid berkata, PDRM merupakan satu daripada tonggak kerajaan dan negara akan pincang jika pihaknya tidak menjunjung apa jua yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara.
"Kami tidak akan sekali-kali benarkan negara kita dalam keadaan pincang ...PDRM adalah tonggak utama negara dan kami sentiasa mematuhi apa jua yang telah diperintahkan oleh undang-undang negara," katanya.
Beliau berkata, PDRM juga tidak menghalang sesiapa sahaja yang mahukan pertukaran kerajaan tetapi perlu mengikut perlembagaan dan cara yang betul. - Bernama

Khairy Tegas Pandangan Isu Pertukaran Pegawai SPRM, Tak Kisah Ditegur


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 10:16 PM
Khairy Jamaluddin.

KLANG: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak bimbang akan ditegur kerana bersuara mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Tidak, saya tidak risau kerana saya percaya kita perlu menegakkan apa yang betul.
"(Kita perlu) memelihara kebebasan institusi dan bercakap tanpa gentar dan pilih kasih," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat perwakilan Wanita dan Puteri Umno bahagian Klang di sini, malam Sabtu.
Khairy pada Jumaat berkata, pegawai SPRM perlu menjalankan tugasnya tanpa intimidasi dan institusi seperti SPRM perlu dilindungi dan dibenarkan menjalankan hal ehwalnya secara bebas.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob ke Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengatakan bahawa beliau tidak mahu dikelilingi "yes men" dan ia menunjukkan Najib menghargai perbezaan pendapat.
"Ini yang saya lakukan. Saya cuba untuk menyampaikan pandangan peribadi saya mengenai isu ini yang saya percaya bukan sahaja akan menimbulkan kebimbangan di kalangan kakitangan SPRM tetapi juga ramai penjawat awam.
"Saya tidak risau kerana kita lakukan apa yang dirasakan betul," jelas Khairy.

Polis Tangguh Siasatan Kes Kebocoran Maklumat Babitkan SPRM - KPN


Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 12:39 AM

GEORGE TOWN: Polis akan menangguhkan sementara siasatan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar dalam portal Sarawak Report, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.
"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.
Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment (penderaan)". 
Mengulas lanjut mengenai kes siasatan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dan rampasan fail-fail serta komputer agensi itu, Khalid berkata, polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyiasat berdasarkan laporan polis yang diterima.
Khalid berkata, polis tidak sekali-kali berniat untuk mengganggu apa juga siasatan yang dilakukan apatah lagi menyasarkan mana-mana institusi lebih-lebih lagi SPRM.
"Kami pula tidak ada pilihan, kami tidak boleh membuat siasatan pilihan,  kami tak boleh buat macam tu...apabila kami mendapat laporan kami terpaksa menjalankan tanggungjawab kami tambahan pula ini satu laporan yang amat serius.
"Kami perlu lengkapkan siasatan itu dan menyerahkan kepada peguam negara biar beliau yang membuat keputusan.
"Pertuduhan ini bukan dilakukan oleh satu institusi tetapi oleh individu-individu yang kami cari yang kami perlu siasat...saya tidak mahu bermasam-masam muka antara PDRM dan SPRM kerana ini sesungguhnya tidak baik untuk negara, untuk pasukan penguat kuasa," katanya.
Khalid berkata, apa yang dilakukan oleh polis adalah mengikut peruntukan undang-undang dan sebarang rampasan barang-barang bagi membantu siasatan merupakan asas dalam siasatan polis.
Terdahulu ketika berucap pada Malam Mesra Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2015 di sini, Khalid berkata, SPRM bukanlah musuh polis dan adalah menjadi tanggungjawab polis memberi sokongan terhadap tugas-tugas agensi pencegahan rasuah itu.
"Kita semua tahu dalam satu minggu ini berlaku sedikit kemelut antara PDRM dan SPRM, kami tidak sekali-kali ingin mengganggu apa juga tugas-tugas yang dilaksanakan lain-lain agensi," katanya.
Beliau berkata, tindakan yang diambil polis terhadap pengarah dan dua pegawai kanan SPRM adalah kerana perlu mencari punca bagaimana salinan pertuduhan boleh dimuat naik dalam portal Sarawak Report.
"Kami juga memanggil saksi dari Bank Negara dan bank-bank komersial dalam melaksanakan siasatan. Tindakan yang kami ambil adalah atas arahan yang diberi oleh Peguam Negara. Kami mula tangkap tiga orang, rampas dokumen dan kemudian membebaskan mereka.
"Semua yang kami rampas telah kami kembalikan selepas kami selesai meneliti dokumen itu. Fokus kami cuma kepada kebocoran maklumat dalam Sarawak Report dan juga kebocoran maklumat perbankan. Kami anggap ini satu perbuatan yang amat serius kerana boleh mengancam kestabilan negara," katanya.
Sementara itu, Khalid berkata Bukit Aman telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
"Kita memang telah keluarkan waran tangkap ke atas beliau dan juga meminta bantuan Interpol untuk disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki di bawah 'red
notice'," katanya. - Bernama

Derma RM2.6 Bilion Tak Dibangkit Dalam Mesyuarat MT Umno, Dakwa Shafie Apdal


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 8:01 PM
Shafie Apdal.

 
BATU PAHAT: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata sepanjang pengetahuannya, derma berjumlah RM2.6 bilion tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.
"Setahu saya, wang derma itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat yang saya hadiri," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Parit Sulong di MRSM Batu Pahat pada Sabtu.
Bagaimanapun Shafie berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu Kabinet mengenai wang derma itu.
Ditanya bila mesyuarat Kabinet itu, Shafie berkata: "mesyuarat terakhir yang saya hadiri", katanya tanpa mengulas lanjut.

Calon pilihan raya wajib ada tandas


Patna: Pihak berkuasa Bihar, negeri di timur India, mewajibkan calon yang bertanding dalam pilihan raya peringkat desa memiliki tandas di rumah masing-masing.

Ia sebahagian usaha untuk meningkatkan sistem kebersihan dan kesihatan negeri itu.

Dewan Undangan Negeri Bihar meluluskan undang-undang berkenaan Rabu lalu.

Menurutnya, calon yang bertanding perlu mengesahkan mereka memiliki tandas di rumah sebelum boleh bertanding pada pilihan raya 2016.

“Matlamat kami ialah meningkatkan kebersihan dari peringkat bawah dan mengakhiri perbuatan membuang air besar di tempat terbuka yang menjadi punca pelbagai penyakit,” kata Menteri Pengurusan Desa Bihar, Binod Prasad Yadav.

Hampir sepertiga daripada 1.2 bilion penduduk India tidak mempunyai akses kepada tandas dan lebih 186,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun mati setiap tahun akibat penyakit yang berpunca daripada air tercemar dan pembuangan najis sesuka hati.

Kerajaan Pusat diketuai Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menjadikan pembinaan tandas satu keutamaan.

Modi berikrar memastikan setiap rumah memiliki tandas menjelang 2019.

Bihar yang ditadbir Parti Janata Dal Bersatu ialah negeri kedua meluluskan undang-undang itu menjelang pilihan raya peringkat desa dan daerah tahun depan, selepas Gujarat.

“Dengan jumlah calon yang ramai, langkah itu akan menyaksikan pembinaan begitu banyak tandas. Ia memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:29 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69065#sthash.Ta3cw8lW.dpuf

Thai haram khidmat ibu tumpang

Bangkok: Thailand melaksanakan undang-undang mengharamkan pengkomersialan ibu tumpang oleh rakyat asing negara itu.
Associated Press (AP) melaporkan ramai pasangan dari seluruh dunia datang ke Thailand untuk perkhidmatan ibu tumpang kerana harganya murah dengan membayar seseorang wanita untuk mengandungkan anak, biasanya dengan memasukkan embrio ibu bapa kandung ke dalam rahim wanita berkenaan.
Kos di Thailand tidak sampai AS$50,000 (RM190,000) berbanding kira-kira AS$150,000 (RM570,000) di Amerika Syarikat.
Undang-undang baru itu yang berkuat kuasa bulan ini, melarang ibu tumpang memberi khidmat komersial kepada rakyat asing dan jika didapati bersalah boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara dan denda sehingga 200,000 baht ($ 6,200).
Hanya pasangan heteroseksual Thailand yang berkahwin selama lebih tiga tahun boleh menggunakan ibu tumpang komersial.
Sementara itu menurut BBC, tahun lalu, industri ibu tumpang di Thailand menjadi perhatian apabila seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan sindrom Down oleh wanita negara itu ditinggalkan pasangan Australia yang ‘menyewa’ wanita berkenaan tetapi mengambil kakak kembarnya yang sihat.
Bayi lelaki itu yang dipanggil Baby Gammy, kini dipelihara ibu tumpangnya, Pattaramon Chanbua, 21. Bayi itu kemudian diberi kerakyatan Australia supaya dia boleh mendapat rawatan perubatan.
Kebimbangan mengenai industri ibu tumpang itu bertambah apabila seorang lelaki Jepun didapati menjadi bapa kepada lebih 12 bayi yang dilahirkan wanita ibu tumpang Thailand yang berbeza dan kes itu kemudian digelar ‘kilang bayi’. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 6:48 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68892#sthash.uKzznGsz.dpuf

Takdir saya jadi janda pada usia muda


SEMBANG-SEMBANG

ORANG ketiga sering dikaitkan dengan masalah dalam rumah tangga pasangan suami isteri. Jika tidak pun kekasih gelap, sudah tentunya mentua. Selagi tidak wujud kata sepakat dan tolak ansur dalam kalangan kedua-dua pihak, selama itulah rumah tangga pasangan suami isteri tidak akan aman damai.
Juga kerana perangai pasangan tidak kira suami atau isteri yang menidakkan kesetiaan yang telah termeterai antara kedua-dua pihak semasa memilih untuk hidup bersama.
Apa pun alasan dan sebabnya, masalah tersebut boleh diselesaikan, jika pasangan mempunyai kesedaran, rasa insaf dan bertanggungjawab terhadap komitmen masing-masing.
Kisah Hani (bukan nama sebenar) yang saya pilih minggu ini merupakan pengakuan ikhlas seorang isteri terhadap perangai suami yang amat dicintainya. Namun setakat cinta dan kasih saja tidak mencukupi untuk menjerat hati suami kerana lelaki ini sukar dibaca hati mereka, kata Hani.
Hani bukan sahaja berdepan dengan masalah suami yang tidak setia dan mata keranjang tetapi juga sikap mentua yang asyik memenangkan anaknya walaupun anaknya itu telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak yang masih kecil.
Ikuti kisah Hani seterusnya:
“Ini  kali pertama saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman bersama anda semua terutama wanita yang senasib dengan saya. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, itu permintaan saya. 
“Kisah saya bukan istimewa sangat tetapi saya yakin ia mungkin turut dialami wanita di luar sana yang sedang bergelut dengan perasaan untuk mempertahankan rumah tangga mereka.
“Nama saya Hani berusia 20-an dan telah berkahwin dua tahun lalu dengan lelaki pilihan hati saya, seorang pegawai di sebuah bank. Kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun lebih.
“Alhamdullilah kehadiran cahaya mata ini memberi sinar baharu kepada saya. Tetapi suami pula menerimanya sebagai satu beban. Bukan tujuan saya menceritakan keburukan suami tersayang tetapi sekadar meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman ini agar semua kaum wanita di luar sana mendapat iktibar daripada apa yang saya alami. 
“Saya berkahwin dengan suami  atas dasar suka sama suka, setelah hampir empat tahun bercinta ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti. Keluarga merestui pernikahan kami dan saya sangat sayangkan suami dan anak.
“ Merekalah segala-galanya dalam hidup saya. Sebelum kahwin saya diberitahu yang suami pernah putus tunang. Maksudnya pertunangan sejak kecil atas dasar persaudaraan. Apabila berjumpa saya, suami minta diputuskan pertunangan dengan sepupunya kerana dia tidak mahu bernikah dengan saudara.
“Salah satu perkara yang harus saya terima adalah takdir, kerana takdir jugalah yang telah menyatukan saya dengan suami. Saya yang pilih dia, saya harus akur dengan takdir yang telah disusun untuk saya.
“Di awal perkahwinan memang tiada masalah,  kami sangat bahagia walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham. Namun setelah saya melahirkan anak sulung kami, keadaan mula berubah.
“Suami mula berubah. Dia banyak menghabiskan masa di rumah ibunya. Balik  kerja di situlah dia bertapa. Rupa-rupanya saya mendapat tahu sepupu yang pernah menjadi tunangannya itu tinggal bersama ibunya sementara mencari rumah sewa kerana dia mendapat kerja di Kuala Lumpur.
“Empat bulan keadaan tidak berubah. Balik  kerja dia terus ke rumah ibunya sedangkan saya bergelut dengan anak di rumah.  Mana nak ambil anak di taska, nak buat kerja rumah lagi. Memang saya penat sangat. Bila saya bagi tahu suami, dia salahkan saya. Katanya dah tau penat kenapa beranak awal? 
“Tergamak dia kata begitu sedangkan anak itu kan rezeki dan anugerah Allah. Masuk enam bulan,  perang besar berlaku. Saya bertanya dengan baik kenapa dia selalu balik rumah maknya.  Kan lebih baik balik rumah tolong saya jaga anak. Jawabnya malas, dia tak ada masa nak melayan anak, penat dan membebankan. 
“Mengucap panjang saya dengan kata-katanya itu.  Dia tuduh saya cuba mengawal pergerakannya. Pada hal saya tahu dia ke sana untuk bersama sepupunya. Bahkan mereka selalu keluar berdua membeli-belah dan makan-makan tanpa pengetahuan saya.
“Saya sangat kecewa dengan sikap suami dan meminta dia berubah dan kembali seperti dulu. Tapi nak tahu apa yang saya dapat? Dia minta izin untuk berkahwin dengan sepupunya itu kerana masih sayangkan dia.
“Kalau sudah sayang kenapa minta putuskan pertunangan dulu dan kahwin dengan saya? Memang betul lelaki pandai bermain kata-kata. Sanggup melukakan hati isteri hanya kerana ingin puaskan hati sendiri.
“Seperti yang saya bimbangkan,  suami akhirnya berkahwin dengan sepupunya  dengan restu mentua saya. Dalam sekelip   mata seluruh keluarga itu berubah dan menyalahkan saya di atas apa yang berlaku. Pada hal, anak dia yang buat salah, saya yang terkena tempiasnya.
“Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Keluarga saya mengamuk dan mahu  bersemuka dengan suami tapi saya tidak benarkan. Kata saya pada mak dan ayah, orang dah tak nak, kita jangan terhegeh-hegeh lagi. Saya masih boleh hidup tanpa dia.
“Sakitnya hati, hancur luluh mengenangkan dia melayan sepupunya dengan penuh kasih sayang sedangkan saya terabai dengan anak yang masih dahagakan kasih seorang bapa. Pada  masa yang sama,  saya berharap saya tidak akan lama menanggung derita ini. Saya tidak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.
“Sokongan keluarga terus menjadi kekuatan saya. Saya melakukan solat hajat dan beramal ibadat sepenuh hati untuk mendapatkan ketenangan.
“Akhirnya saya mendapat petunjuk dari Allah SWT. Saya merendah diri dengan pergi berjumpa suami dan meminta supaya dia melepaskan saya dengan baik. Saya tidak mahu berkongsi kasih. Lagipun saya tidak sanggup diperlakukan seperti orang yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Buat apa bersuami kalau sepanjang masa tidak ada di rumah. Asyik berkepit dengan isteri baru saja. Saya reda dia bernikah dengan sepupunya. Kalau itu takdir saya, saya terima dengan lapang dada.
“Sebagai  manusia biasa tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Begitu juga dengan saya. Yang lain biar saya simpan di hati sebab pada saya setiap masalah rumah tangga perlu diselesaikan oleh tuan empunya diri sahaja. Orang lain tidak boleh campur. 
‘’Setelah menunggu hampir enam bulan dan tidak ada perubahan di pihak suami, saya akhirnya memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah kerana tidak tahan lagi diabaikan suami.
“Sudahlah tidak pulang ke rumah selepas bernikah lain, nafkah anak dan tanggungjawab zahir batin kepada saya juga tidak dilunaskan. Saya nekad untuk menuntut cerai kerana sudah tidak dapat menerima dia lagi dalam hidup saya.
“Mujur keluarga terutama mak, ayah dan abang memberi sokongan kepada saya. Alhamdulillah akhirnya saya dibebaskan dengan talak satu setelah hampir enam bulan naik turun mahkamah. Anak secara automatik di bawah jagaan saya.
“Saya tidak tahu kenapa suami boleh berubah dengan begitu mudah, adakah kerana sabotaj ibu mentua atau memang suami ingin kembali kepada sepupunya? Sehingga kini saya tidak pernah bertanya dan tidak ingin ambil tahu.
“Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun sedih terpaksa jadi ibu tunggal di usia muda, ia ada hikmah tersembunyi. Rezeki saya dan anak melimpah-limpah dan saya juga dinaikkan pangkat.
“Buat masa ini, saya tidak langsung teringin untuk mencari pengganti sebab serik dengan apa yang berlaku. Baik macam mana kita dengan suami, bercinta sampai empat tahun, kalau dia nak tinggalkan kita, dia akan buat juga.
“Kepada mertua,  jangan lihat kebaikan anak sahaja dan menyalahkan menantu. Tegur perangai anak sendiri dulu sebelum nak salahkan menantu.  Saya  harap para suami dapat berfikir dengan matang sebagai  lelaki, suami dan bapa. Jangan ambil mudah masalah rumah tangga.
“Belajar untuk menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Bukan nikah cerai, nikah cerai macam salin baju. Ingat di dunia mungkin anda terlepas, tetapi di akhirat...balasan Allah pasti menanti!’’ tegas Hasni  menamatkan ceritanya.
Kagum saya dengan semangat yang ditunjukkan oleh Hani dalam memperjuangkan hak dan mempertahankan kedudukannya sebagai isteri.  Kekuatan dan semangat inilah yang harus ada pada semua wanita yang bergelar isteri apabila berdepan dengan masalah rumah tangga. Jangan mengalah pada keadaan.
Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya, walau yang datang itu badai dan ombak yang mengganas, bertabahlah kerana di antara waktu-waktu itu, ada bahagia yang menunggu! 
    
Salam
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/takdir-saya-jadi-janda-pada-usia-muda-1.121745#sthash.XH0hy3Bl.dpuf

Senaskhah al-Quran ditemukan di Pulau Reunion


SAINT ANDRE 8 Ogos – Penduduk Pulau Reunion semalam menyerahkan senaskhah al-Quran bersalut plastik kepada pihak berkuasa Perancis yang ditemukan mereka semasa mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di pantai timur pulau itu.
mh
“Naskhah itu mungkin dari Malaysia, Indonesia atau Brunei yang majoriti penduduknya adalah Islam,”’ kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya oleh media tempatan mengenai buku bersalut plastik itu.
Wartawan itu menambah, al-Quran berkenaan yang merupakan penemuan terbaharu penduduk pulau juga berkemungkinan dari Mindanao, Filipina.
“Namun secara realitinya, naskhah itu berasal dari mana-mana negara Islam,” kata wartawan itu yang namanya tidak didedahkan sebagaimana lapor portal Telegraph.
Peningkatan penemuan serpihan yang diserahkan di Pulau Reunion meningkatkan keinginan dalam kalangan waris 239 penumpang yang mahu mereka dibawa ke pulau itu.
Sementara itu, kerajaan Perancis terus meningkatkan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan sebuah kapal terbang peninjau di Pulau Reunion manakala bot memantau di laut.
“Atas arahan Presiden dan Perdana Menteri Perancis, aset tambahan maritim dan pasukan udara dikerahkan bagi mengesan serpihan di sekitar Pulau Reunion,” kata kementerian pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama.
Tambah kenyataan itu, pihak pentadbir Pulau Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang akan dilakukan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan.
Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/senaskhah-al-quran-ditemukan-di-pulau-reunion-1.122294#sthash.l27nR8pw.dpuf

PM larang sebarang tindakan terhadap Muhyiddin


TAIPING 8 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melarang sebarang tindakan diambil ahli parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, larangan itu dibuat Najib semasa mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana tiga hari selepas rombakan Kabinet tersebut dibuat.
Malah, kata Zambry, dalam pertemuan itu Perdana Menteri juga berkali-kali berpesan supaya semua pihak menghormati Muhyiddin yang masih merupakan Timbalan Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti tersebut.
“Bila berlaku krisis itu, adalah suara-suara yang nak suruh Tan Sri Muhyiddin itu, ini. Pecatlah. Tapi Perdana Menteri (Najib) kata jangan.
“Sedangkan mungkin dari segi pentadbiran mereka ada masalah, jadi patutnya beliau (Najib) boleh cari macam-macam. Tapi tindakannya (Najib) lain, dia pesan supaya semua hormat kepada Muhyiddin kerana dia masih orang besar dalam parti dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pm-larang-sebarang-tindakan-terhadap-muhyiddin-1.122245#sthash.RVdQoSZP.dpuf