Showing posts with label Bruce Lee. Show all posts
Showing posts with label Bruce Lee. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Rumah Bruce Lee dijual RM71.1 juta

pix_gal0Hong Kong: Bekas kediaman rasmi legenda filem kung fu, Bruce Lee di Hong Kong bakal dijual selepas rancangan untuk menyerahkannya kepada muzium khas untuk ikon berkenaan dilaporkan gagal.

Dermawan, Yu Panglin, yang memiliki rumah agam terbabit yang menjadi ‘hotel cinta’ itu merancang untuk menjualnya dengan harga HK$180 juta (RM71.1 juta) selepas perbincangan dengan kerajaan untuk muzium terbabit gagal tahun lalu.
“Saya tidak lagi mempertimbangkan rancangan muzium terbabit berikutan kerajaan tidak menyokongnya,” kata jutawan 90 tahun itu kepada akhbar berbahasa Cina, Singtao Daily dalam satu temu bual.


Pemilik hotel gagal lunas hutang

“Saya sudah hilang sabar, saya tidak mahu tunggu lagi,” katanya sambil menambah bahawa pemilik hotel terbabit gagal membayar sewa selama dua tahun berikutan tidak membawa keuntungan selain ia memerlukan pengubahsuaian segera.

Peminat Lee sejak sekian lama mahukan bintang kelahiran China-Amerika Syarikat yang meninggal pada 1973 ketika berusia 32 tahun dikenang selepas beliau banyak membantu menonjolkan seni mempertahankan diri melalui filem kung fu klasik seperti Fists of Fury (1971) dan Enter the Dragon (1973).

Bagaimanapun mereka hampa berikutan kerajaan Hong Kong menghentikan rancangan muzium terbabit Jun tahun lalu dengan memberi alasan gagal mencapai persefahaman dengan Yu selepas dua tahun berunding.
Yu memberitahu Singtao Daily bahawa kerajaan menolak rancangan untuk meluaskan rumah agam yang menjadi kediaman terakhir Lee. - AFP

Sunday, August 7, 2011

Baju Bruce Lee dilelong 9 kali lebih tinggi daripada jangkaan

HONG KONG: Kot dipakai Bruce Lee dalam filem terakhirnya, Game of Death, dijual pada harga RM231,615 dalam sesi lelongan di Hong Kong, semalam.
Nilai itu jauh lebih tinggi daripada anggaran awal.

Sebanyak 13 barang milik aktor filem aksi itu dilelong dalam majlis itu.

Antara yang ditawarkan, kot bulu berwarna biru tua yang dihasilkan pada 1973 untuk filem Game of Death.

Filem itu mula ditayangkan kepada umum selepas Lee mati pada Julai 1973.

Sebelum lelongan, kot itu dijangka dijual pada harga kira-kira RM27,000 saja, tetapi seorang pengumpul barangan lama dari AS menawarkan harga hampir sembilan kali ganda daripada asal.


Sepucuk surat ditulis Lee 45 tahun lalu (gambar) pula dijual pada harga RM154,127. Barangan lain yang dilelong termasuk kad keahlian Lee dalam satu pusat latihan kung fu serta sampul surat beralamat seorang pelajarnya di Hong Kong. - AFPhmetro